definisi tawarruq

13
DEFINISI AL-TAWARRUQ Dari Segi Bahasa Dalam aspek bahasa tawarruq ialah perkataan Arab yang berasal daripada daripada al-wariq, iaitu wang perak, dirham atau perak. Al-Quran telah menggunakan perkataan al-wariq dalam firman Allah: اً دَ حَ اۡ مُ كِ بَ ّ نَ رِ عۡ شُ ي اَ لَ وۡ فَ ّ طَ لَ تَ يۡ لَ وُ هۡ نِ ّ مٍ قۡ زِ رِ بۡ مُ كِ بۡ اَ يۡ لَ ف اً امَ عَ ط ىٰ كۡ زَ ا اَ هُ ّ يَ اۡ رُ ; ظۡ نَ يۡ لَ فِ هَ نۡ يِ دَ مۡ ل ى اَ لِ ا ٖ هِ دٰ هۡ مُ كِ H فِ زَ وِ بۡ مُ كَ دَ حَ ا ا ۡ وُ ثَ عۡ ب اَ فMaksudnya: Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah- lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (al-Kahf 18:19) Manakala perkataan al-tawarruq pula memberi maksud al-wariq, iaitu meminta wang. 1 Dari Segi Istilah Pada asalnya, tiada istilah tawarruq pada istilah fiqh kecuali pada mazhab Hanbali. Dari segi istilah Syara , tawarruq bererti seseorang yang membeli satu barangan dengan pembayaran secara tangguh, kemudian orang itu menjual pula kepada pembeli lain dengan harga yang kurang daripada pembelian pertama itu, bagi tujuan mendapatkan wang tunai. 2 1 Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), Konsep dan perlaksanaan al-tawarruq dalam pembiayaan peribadi : kajian di Al-Rajhi Bank (Malaysia) , (Latihan Ilmiah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h.16 2 Ibid.

Upload: anith-zahirah

Post on 27-Jun-2015

5.050 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

apa itu tawarruq yg sebenar

TRANSCRIPT

Page 1: definisi tawarruq

DEFINISI AL-TAWARRUQ

Dari Segi Bahasa

Dalam aspek bahasa tawarruq ialah perkataan Arab yang berasal daripada daripada

al-wariq, iaitu wang perak, dirham atau perak. Al-Quran telah menggunakan perkataan al-

wariq dalam firman Allah:

د�ا ح� حا م� ك� ب � ح ح� ب� م� ك� ح�ا ح� م� � ح ح� ح� ح� ح�م� ك� �م �م ق� م! ب� ب م� ك� ب" م# ح� م� ح$ #�د ح�# ح% ك'ى م! حا ا# ح* � ك حا م� ك+ �م ح� م� ح$ ب, �ح م� ب� ح- م� ا ح�ى با ./ ا ب0 ك1 م� ك� ب2 ب3 ح4 ب م� ك' ح� ح� حا ام4ا ك5 ح� م ح$#

Maksudnya: Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke

bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih

baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit

habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh

(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun

menyedari akan hal kamu.

(al-Kahf 18:19)

Manakala perkataan al-tawarruq pula memberi maksud al-wariq, iaitu meminta wang.1

Dari Segi Istilah

Pada asalnya, tiada istilah tawarruq pada istilah fiqh kecuali pada mazhab Hanbali.

Dari segi istilah Syara’, tawarruq bererti seseorang yang membeli satu barangan dengan

pembayaran secara tangguh, kemudian orang itu menjual pula kepada pembeli lain dengan

harga yang kurang daripada pembelian pertama itu, bagi tujuan mendapatkan wang tunai.2

Dalam al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, tawarruq didefinisikan sebagai satu bentuk jual

beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan secara tangguh dan kemudian barangan

tersebut dijual secara tunai kepada pihak ketiga (bukan penjual asal) yang mana harga jualan

tersebut lebih rendah daripada harga belian bagi tujuan mendapatkan tunai.3

1 Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), “Konsep dan perlaksanaan al-tawarruq dalam pembiayaan peribadi : kajian di Al-Rajhi Bank (Malaysia)”, (Latihan Ilmiah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h.162 Ibid.3 Ibid.

Page 2: definisi tawarruq

Di samping itu, Majma’ al-Fiqh al-Islami Rabitah al-‘Alam al-Islami merujuk

tawarruq sebagaimana berikut:

“membeli sesuatu barangan yang ada dalam kekuasaan dan milik penjual dengan harga

bertangguh, kemudian pembeli tersebut menjualnya kepada pihak ketiga yang bukan pihak

yang menjualnya kepadanya, secara tunai, untuk mendapatkan wang”.

Manakala Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’ menyebutkan pengertian

tawarruq menurut istilah adalah sebagaimana berikut:

“tindakan orang yang perlu kepada wang, dengan cara menghindarkannya dari cara-cara

riba. Caranya ialah orang tersebut membeli barang dengan harga yang mendekati jumlah

wang yang diperlukannya. Tetapi ia menambah harganya sebagai imbalan penundaan

pembayarannya. Kemudian ia menjual barang tersebut kepada orang yang bukan penjual

kepada, dengan tujuan agar ia dapat memenuhi keperluannya sekarang”4

Kesimpulannya, tawarruq ialah penjualan sesuatu barang kepada seseorang pembeli

secara harga tertangguh. Pembeli kemudiannya menjual barang tersebut kepada orang ketiga

secara tunai pada harga kurang daripada harga tertangguh dengan tujuan untuk mendapatkan

wang tunai. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli barang tersebut secara bayaran

bertangguh, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya

ingin menjadikannya laluan ke arah memperoleh wang tunai. Perbincangan dalam kalangan

majoriti fuqaha’ silam tentang tawarruq berlaku serentak sewaktu mereka berbicara tentang

bay’ al-‘Inah. Mereka tidak memisahkan, tetapi yang memisahkan perbincangan kedua-

duanya hanyalah fuqaha’ mazhab Hanbali.5

PANDANGAN ULAMA’ TENTANG KONSEP TAWARRUQ

Pandangan Ulama’ Silam

4 Ibid.5 Ibid.

Page 3: definisi tawarruq

Ulama’ silam turut berbeza pandangan mengenai konsep tawarruq. Menurut Ibn

Qudaimah, jika barangan itu hendak dijual secara tunai kepada penjual asal itu dengan harga

yang lebih rendah, barangan itu hendaklah telah berkurangan dalam aspek sama ada kualiti

mahupun kuantiti dan jika tidak ia hanyalah sama dengan bay’ al-‘Inah yang menjuru kepada

riba. Akan tetapi, jika barangan itu dijual kepada pihak yang ketiga secara tunai dengan harga

yang rendah, maka ia dibolehkan, sekalipun pihak yang ketiga itu ialah bapa atau anak

kepada penjual itu.6

Sementara itu, al-Mardawi menyatakan bahawa terdapat tiga pendapat Imam Ahmad

telah dilaporkan, iaitu makruh, harus dan haram. Manakala menurut Ibn Taymiyyah pula

menjelaskan jika sesuatu barangan yang dibeli (oleh seseorang yang ingin mendapatkan

kemudahan tunai) dijual balik kepada penjual asalnya, maka ia dianggap sebagai helah

kepada riba. Namun, jika barangan itu dijual kepada pihak lain, maka terdapat dua riwayat

daripada Imam Ahmad iaitu makruh dan harus. Walau bagaimanapun, majoriti fuqaha’

mengharuskan kontrak tawarruq ini.7

Manakala, menurut al-Hummam, ulama’ mazhab Hanafi yang lebih cenderung

mengharamkan bay’ al-‘inah, beliau berpendapat bahawa tawarruq sebagai harus tetapi

khilaf al-awla (bertentangan dengan yang lebih baik). Sementara itu, al-Zayla’i yang juga

tokoh di kalangan mazhab Hanafi mengatakan hukum tawarruq adalah makruh. Dapat

disimpulakan disini, mazhab Hanafi mengharuskan tawarruq kerana ia melibatkan pihak lain

yang akhirnya menggunakan barangan tersebut.8

Manakala dalam mazhab Syafi’i pula, tawarruq diharuskan berdasarkan harusnya

kontrak bay’ al-‘Inah. Menurut Imam al-Syafi’i, beliau tidak membezakana antara barangan

itu dijual kepada pihak penjual asal atau pihak yang ketiga akan tetapi beliau mengatakan

kontrak jualan yang kedua selepas kontrak jualan yang pertama merupakan dua kontrak yang

berlainan dan boleh beroperasi secara sah9

Kesimpulannya, majoriti ulama’ silam iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali

mengharuskan tawarruq. Walau bagaimanapun, tawarruq yang diharuskan oleh Mazhab

6 Ibid.7 Ibid.8 Ibid.9 Ibid.

Page 4: definisi tawarruq

Hanbali, Maliki dan Hanafi ialah yang tidak melibatkan persepakatan awal antara pihak yang

bertransaksi (al-tawarruq al-fardi)10

Pandangan Ulama’ Kontemporari

Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama, iaitu pertamanya mengharuskan

tawarruq, sama ada berbentuk al-tawarruq al-munazzam mahupun tawarruq al-fardhi.

Antara yang mendokong pendapat ini ialah seperti Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’,

Usamah Bahr dengan beberapa syarat.

Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan terdapat perbezaan antara al-

tawarruq al-fardhi dengan al-tawarruq al-munazzam. Pendapat ini mengharuskan al-

tawarruq al-fardhi tetapi menganggap al-tawarruq al-munazam sama seperti bay’ al-‘Inah.

Antara mereka yang berpendapat sedemikian adalah seperti Dr. Ahmed Budhyi al-Din, Dr

Sami al-Suwaylem dan Dr. Hussin Hamid Hasaan.

Menurut al-Suwaylem, al-tawarruq al-munazzam berbeza dengan al-tawarruq al-

fardhi kerana kesan al-tawarruq al-fardhi, penjual barang dan pembeli akhir tidak bersangkut

paut antara satu sama lain. Di samping itu, persepakatan awal yang wujud dan menjadi wakil

penjual daripada pembeli dalam al-tawarruq al-munazzam sudah cukup untuk membuktikan

apa yang berlaku bukanlah jual beli tetapi hanya pergerakan wang tunai sahaja.11

Bekas Mufti Saudi, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Baz mengharuskan kontrak al-tawarruq

berasaskan pandangan ulama’ silam Hanbali yang amat ketat menolak bay’ al-‘Inah tetapi

tidak menyebut perbezaan antara dua bentuk al-tawarruq tersebut. Berkenaan dengan isu

tawarruq ini juga, beliau berpendapat transaksi ini tidak dihukum sebagai riba. Malah

pandangan yang tepat ialah hukumnya adalah diharuskan berasaskan kepada maksud umum

dalil-dalil syarak tentang jual beli serta dapat dijustifikasikan berdasarkan prinsip al-hajah

(keperluan) yang memberikan kemudahan serta membantah masyarakat/individu memenuhi

keperluan semasa mereka.

10 Ibid.11 Ibid.

Page 5: definisi tawarruq

Manakala Syeikh ‘Uthaymin pula mengharuskan tawarruq dalam keadaan yang

terdesak yakni dalam erti kata lain betul-betul memerlukan wang tunai dan bukannya mereka

yang berhasrat untuk meminjamkannya kepada orang lain. Menurut beliau lagi, sekiranya

tidak ada yang mahu meminjamkan wang kepada seseorang itu, maka dia bolehlah

menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan wang. Fatwa Syeikh ‘Uthaymin ini dilihat lebih

relevan dengan keadaan pasaran kewangan masa kini memandangkan tidak ada bank yang

boleh memberikan pinjaman tanpa mendapat keuntungan daripada keuntungan mereka.12

Adapun transaksi yang melibatkan penjualan balik sesuatu barangan daripada pembeli

kepada penjual yang dikenali sebagai bay’ al-‘Inah, akad sedemikian tidak dibenarkan

bahkan ia termasuk transaksi ribawi. Menurut beliau lagi, transaksi bay’ al-‘Inah diharuskan

disebabkan fungsinya yang bertindak sebagai helah untuk membolehkan larangan riba.

Sementara itu, para sarjana Arab Saudi moden seperti Dr. Sulaymen fabd al-ilm juga

mengharuskan tawarruq tetapi telah meletakkan beberapa syarat iaitu:

i) Orang yang melakukan konsep tawarruq hendaklah dalam keadaan memerlukan

wang tunai

ii) Ketiadaan institusi yang menawarkan pinjaman secara qard al-hassan

iii) Kontrak tawarruq berkenaan semestinya tidak menyertakan sebarang elemen yang

menyerupai riba

iv) Jualan barangan oleh pembeli hendaklah setelah dia benar-benar memilikinya13

Manakala fatwa semasa yang dilakukan oleh Dr. Rafiq Yunus al-Masri, beliau

mengatakan sebahagian ulama’ mengharuskan tawarruq tanpa membuat perincian. Pada

pandangannya, hukum jual beli tawarruq berbeza berdasarkan keadaan-keadaan berikut:

i. Jika ketiga-tiga pihak yang terlibat mengetahui tujuan pelanggan melaksanakan

tindakan tawarruq ini adalah memperoleh wang tunai, ketiga-tiga mereka berdosa.

ii. Jika dua pihak yang lain mengetahui bahawa pembeli menggunakan transaksi

tawarruq untuk mendapatkan wang tunai, kedua-dua pihak tersebut berdosa. Jika

mereka tidak mengetahui tujuan pembeli, mereka tidak berdosa.

iii. Seseorang boleh melakukan tawarruq untuk memperoleh wang tunai dalam

keadaan terdesak14

12 Ibid.13 Ibid.14 Ibid.

Page 6: definisi tawarruq

DALIL-DALIL DAN PENGHUJAHAN TERHADAP TAWARRUQ

Dalil-dalil dan Hujah-hujah Golongan yang Menyokong

1. Firman Allah Ta’ala

ح-ن ح$ 7 اا‌ ك4 ح م� ٱ� ح; � ح ح� ح� ح> م� ح= م� ٱ ك� � ح ٱ� > ح ح� ح?ا ح� 7 اا‌ ك4 ح م� ٱ� ك< م5 �ب ك> م� ح= م� ٱ ح-# A ح بBا اا و4 ك� ح#2 م� ك* A ح ح?# ب Dح ب� حFٲ 7 ‌Gم ح- م� ٱ حن �ب كن Hك ح� ح �م� ٱ� ك� ك� = ح Iح ح� ح� ب0ى � ح ٱ ك; 4Kك ح� ح-# ح' �ا ح بBا ح� 4�ك 4Kك ح� ح�ا اا ك4 ح م� ٱ� ح� ك�4 Lك #? م ح� حن ب�0 � ح ٱ

ك. Mح و# Nك�  ح ح� ح$ كى ح* ح� Aح$ٱ ب�ۦ م 3 ح م�ن ,Q ة ح+ Sب م4 �ح ك.  ۥ ك� �م ح?ا ح� ح� ح� Uح #�ح ح�  ۥ ك�� ب� Hك Vح #Wح ب$� م� ك1 ب7‌3 #� ح ٱ� Yك Hك Zح م] ح?ا Dح \Bب Hك و ح� ا� ك?# ح$ ح[ #Sح من �ح ح� 7 ب�‌ � ح ٱ� ح�ى بBا ۥا

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana

sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa

sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan

berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai

kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba),

maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya

dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan

mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Ta’ala menghalalkan semua jentuk jual beli,

kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Kita katakan “semua” kerana Allah Ta’ala

menyebut perkataan <� disertai alif-lam) $ي makrifah). Justeru itu, golongan yang

mengharuskan tawarruq ini mengatakan tawarruq termasuk jual beli kerana di sini tidak

terdapat dalil yang mengecualikan tawarruq dari makna umum firman Allah di atas. Jadi

Allah Ta’ala menghalalkan tawarruq.

2. Firman Allah Ta’ala:

7 ك.‌ ك=4 ك� Lم ح$ٱ د -ى ة ح_ � ك ق< ة Nح ح?ا كى و ح� بBا قن م� ح� ب ك�� �ح� ح�ا ح" حFا بBا اا و4 �ك �ح حMا حن ب�0 � ح ٱ ح*# � ك ح?# Hك و ح�

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan

dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka

hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)

Page 7: definisi tawarruq

Berdasarkan ayat ini, tawarruq adalah sejenis jual beli dan hutang piutang yang

termasuk dalam makna ayat umum di atas.15

3. Al-Sunnah, sabda Rasulullah s.a.w:

, , ?ا'< ��U� ���S ا��� ]�ى ا��� 4U3ل $K#ل Y��N �-� .M#ج$ �=�V �Sى N3لا >-��Uا? ��U� ���S ا��� ]�ى ا��� 4U3ل ?ا� ��S ا��� 3ضى ���1ة ?اي Sن

, , , , < �ا"ف�< ��U� ���S ا��� ]�ى ا��� 4U3ل $K#ل #�5لاث, �ا�ص#�Sن #�ص#�Sن 01ا �ن ا�ص�#غ 0V#�� #AاB ا��� �4U3#ل �ا��� �ا 2#ل 0�1ا �=�V �-"

#=��N �13��# ا�ج->

Maksudnya: Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w melantik

seorang sahabat sebagai petugas di Khaibar. Sahabat tersebut membawa kurma yang

disebut (janib). Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat tersebut: adakah semua kurma

Khaibar begini? Sahabat tersebut menjawab: demi Allah, tidak wahai Rasulullah. Kami

membeli kurma ini satu sha’ dengan imbalan kurma ini sebanyak dua sha’ dan jika kami

membeli kurma ini dua sha’ dengan imbalan kurma ini tiga sha’. Rasulullah s.a.w bersabda:

“jangan lakukan seperti itu. Tetapi juallah semua kurma tersebut dengan dirham, kemudian

belilah dengan dirham tersebut kurma janib”.

Hadis ini menerapkan cara untuk menghindar dari hakikat riba. Oleh itu, kita boleh

menggunakan akad jual beli yang sah tanpa niat untuk menjadikan jual beli tersebut sebagai

helah kepada riba. Transaksi ini juga dianggap sah kerana wujudnya pertukaran antara aset

dan matawang. Dengan demikian, transaksi seperti ini al-tawarruq tidak boleh dianggap

sebagai helah yang menjurus kepada riba.16

4. Kaedah fiqh

���Zا�� �Sى ا����< ��ل ��ي ,�#Bا ا� #? ?اش� ا� $ي ?ا]< ا�

Maksudnya: “Asal sesuatu adalah harus, hinggalah adalah dalil menunjukkan

pengharamannya"

Kaedah tersebut selaras dengan ciptaan Allah dan asal segala yang baik-baik dan

berfaedah ini diharuskan. Untuk urusan yang berkaitan dengan muamalat misalnya

penggunaan konsep tawarruq sesuai digunakan kaedah ini. Hal tersebut kerana kaedah itu

adalah selaras serta sesuai dengan manusia yang diberikan kebebasan dalam perkara yang

15 Ibid.16 Iman Salleh (2009), “Konsep bay` al-tawarruq dan aplikasinya dalam sistem perbankan Islam : kajian di Bank Islam Malaysia Berhad”, (Latihan Ilmiah. Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

Page 8: definisi tawarruq

berkaitan dengan urusan keduniaan mereka. Tambahan pula, penggunaan konsep tawarruq

dianggap relevan pada masa kini kerana ia menjadi keperluan kepada manusia untuk

mendapatkan kecairan tunai sebagai alternatif mengelak dari riba17

, ����� �Sى ا����< [ل #� Bا�ا ,�#ا�ا �ا����ط ]4Kا�� $ي ?ا]< ا�

Segala akad dan syarat adalah harus, kecuali jika terdapat dalil yang mengharamkannya.

Bay’ al-tawarruq termasuk di antara akad yang diharuskan dalam kaedh fiqh tersebut.18

Tujuan pedagang melakukan perdagangan ialah untuk mendapatkan wang yang lebih

banyak daripada wang yang sedikit. Jual beli adalah perantaraan antara keuntungan dan

modal. Dan tiada seorang daripada kalangan perdangan mahupun ulama’ yang memandang

tujuan ini sebagai satu tujuan yang buruk. Begitu juga dengan bay’ al-tawarruq. Tujuannya

ialah memperoleh wang dan barang sebagai objek akad dan perantara antara keuntungan dan

modal.19

Keperluan yang mendesak masyarakat kepada menggunakan transaksi ini untuk

memenuhi keperluan seharian. Pandangan ini merupakan pandangan ulama’ Rabitah

al-‘Alam al-Islami iaitu, ( غ��. ?ا� !�اج ?ا� M#ضK� D�F ا�ى ,�Sا��ا ,V#Zا�). Maksud dan tujuan melakukan riba

tidak jelas pada bentuk transaksi al-tawarruq. Pandangan ini dinyatakan oleh Syiekh

‘Abdullah b. Sulaiman al-Mani’ dalam Majallah al-Buhuth al-Islamiyah. Beliau berkata “ �� �Aا? �A34[ ��ا #ا�� 2ص� ��$ �*+�”20

Golongan Yang Menolak

Imam Ibn Taymiyyah menganggap jual beli tawarruq satu transaksi yang selalunya

dilakukan oelh golongan yang berhadapan dengan keadaan terdesak (darurat), keadaan di

masa dia amat memerlukan wang tunai di tangan. Lantaran itu, hujah yang dikemukakan

mereka adalah hadis yang berkaitan dengan jual beli golongan tersebut.21

Al-Quran, Firman Allah s.w.t:

17 Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 29.18 Iman Salleh (2009), op.cit19 Ibid.20 Ibid.21 Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 30.

Page 9: definisi tawarruq

7 اا‌ ك4 ح م� ٱ� ح; � ح ح� ح� ح> م� ح= م� ٱ ك� � ح ٱ� > ح ح� ح?ا ح�

Maksudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Dalam ayat ini Allah s.w.t telah mengharamkan riba, sementara bay’ al-‘Inah dan al-

tawarruq merupakan perantara yang paling hampir kepada riba dan ia merupakan sesuatu

wasilah kepada sesuatu perkara yang haram dan hukumnya juga haram.22

Al-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w:

" : : ا�ج*� ��'�"� #�ز3ع �3ض��� �K=ا� BاAF#ب �"0Vا� ,����# ����#=" اFا �4Kل ��U� ���S ا��� ]�ى ا��� 4U3ل U-�ت 2#ل #-*�S ا��� 3ضى �-S ان Sن

" ����] ا�ى "�4�Nا ��ى �S!0ا�� �Fا ����S ا��� �Uط

Maksudnya: daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “jika

kamu melakukan akad menggunakan bay’ al’Inah dan mengambil ekor-ekor lembu dan

meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menempatkan kehinaan ke atas kamu yang tidak

akan diangkatNya sehingga kamu kembali (bertaubat) kepada agamamu”.23

Ibn al-Qaiyym berkata bahawa terdapat tiga bahagian di dalam transaksi ini iaitu, jika

orang yang memerlukan wang dan dia terpaksa untuk membeli sesuatu dengan harga tangguh

kemudian menjualnya kembali kepada tuannya maka ini adalah bay’ al-‘Inah dan jika dia

menjual kepada orang selain tuannya maka ia dikenali sebagai bay’ al-tawarruq dan jika ia

dijual kepada pihak yang ketiga di mana pihak ketiga ini mempunyai hubungan dengan

pembeli dan penjual maka ketiga-tiga bahagian ini digunakan oleh orang-orang yang

mengamalkan riba. Oleh itu, ulama’ telah menolak bay’ al-tawarruq ini berpendapat bahawa

tujuan melakukan transaksi al-tawarruq adalah untuk mendapatkan wang, di mana pada akhir

transaksi ini pembeli mendapatkan wang dengan cara membeli dirham (wang) dengan dirham

(wang) yang lebih dan barang adalah perantara sahaja dan bukan tujuan yang sebenar.24

Imam Ahmad bin Hanbal juga membayangkan bahawa bay’ al-‘Inah adalah berlaku

daripada seseorang yang terdesak (amat perlu) kepada wang tunai, sewaktu orang kaya kikir

untuk memberikan pinjaman, langsung dia terpaksa terlibat dalam bay’ al-‘Inah (jikalau yang

membelinya semula ialah penjual sendiri) atau transaksi tawarruq (sekiranya pembelian

pihak lain). Maksud daripada kedua-dua transaksi tersebut ialah memperolehi harga jualan

22 Iman Salleh (2009), op.cit23 Ibid.24 Ibid.

Page 10: definisi tawarruq

tangguh yang lebih tinggi berbanding jumlah wang tunai yang lebih kecil sebagai harga

belian tunai yang merupakan fenomena riba pada hakikatnya25

Pandangan Ulama’ Semasa

i. Fuqaha Timur Tengah

Majma’ Fiqh al-Islami dalam persidangannya yang ke 15 mengharuskan tawarruq.

Keputusan ini sebenarnya merujuk kepada tawarruq yang tidak wujud persepakatan awal

antara pihak yang berinteraksi. Walau bagaimanapun, dalam persidangan yang ke 17

keputusan yang di buat ialah mengharamkan tawarruq. Keputusan ini terpakai untuk bentuk

tawarruq yang diamalkan disesetengah institusi kewangan atau yang diistilahkan sebagai al-

tawarruq al-munazzam. Alasan penolakan tawarruq tersebut ialah tindakan institusi

kewangan menjadi wakil kepada mustawrriq iaitu pelanggan yang memerlukan kecairan

wang tunai menjual barangan yang dibeli daripada institusi yang tertentu kepada pihak yang

ketiga mempunyai persamaan dengan amalan bay’ al-‘Inah dan tidak menepati bentuk

tawarruq yang diharuskan oleh ulama’ silam.26

Walau bagaimanapun, al-tawarruq al-munazzam telah diharuskan oleh Majlis

Penasihat Kewangan Islam Timur Tengah seperti HSBC Amanah, Arab National Bank, The

National Commercial Bank dan Shamil Bank. Antara ahli penasihat yang telah meluluskan

bentuk al-tawarruq ialah Syeikh ‘Abdullah b. Sulaiman al-Mani’. Selain daripada itu, antara

cendiakawan Islam semasa yang mengharuskan al-tawarruq yang diperkenalkan dalam

kewangan Islam semasa adalah Dr. Musa Adam ‘Isa, Dr. Usamah Bahr dan Dr. Sulaiman

Nassir al-‘Ulwan27

Dan di antara ulama’ semasa yang menolak bentuk al-tawarruq yang diamalkan oleh

intitusi kewangan Islam ialah Dr Khalid bin ‘Ali al-Musyaiqah, Dr Rafiq Yunus al-Migt, Dr

Muhammad b Abdullah al-Syaibani, Dr Sami Suwailem dan Dr Hussin Hamid Hassan.28

ii. Fuqaha Malaysia

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia dalam pertemuan atau

mensyuarat yang ke 51 yang dilaksanakan pada 28 Julai 2005 bersamaan dengan 21 Jamadil

25 Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 31.26 Iman Salleh (2009), op.cit27 Ibid.28 Ibid.

Page 11: definisi tawarruq

Awal 1426 Hijrah telah memutuskan bahawa produk deposit dan pembiayaan berdasarkan

konsep tawarruq yang dikenali sebagai murabahah komoditi adalah dibenarkan. 29

Tawarruq ditakrifkan sebagai tatacara yang melibatkan pembelian aset berdasarkan

musawamah (harga yang disepakati melalui tawar-menawar) atau murabahah dan penjualan

berikutnya dari aset yang sama kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai30

Ini berbeza dari bay’ Bithaman Ajil (BBA) sebagaimana biasanya dipraktikkan di

Malaysia dan bay’ al-‘Inah sebagai tawarruq melibatkan pihak ketiga, dan dalam urus niaga

tawarruq tidak ada keadaan untuk penjualan yang mendasari objek yang akan dikembalikan

semula (dijual kembali) kepada pemilik asal.31

29 http://www.azmilaw.com.my/archives/Article_9_Tawarruq_00093603_.pdf, tarikh akses 5 April 201030 Ibid.31Ibid.