delegasi patriotik 2014 - universiti kebangsaan malaysia · pdf filemerupakan elemen penting...

Download DELEGASI PATRIOTIK 2014 - Universiti Kebangsaan Malaysia · PDF filemerupakan elemen penting dalam melahirkan fasilitator dan mahasiswa/I sejajar dengan teras ... inisiatif untuk mengadakan

If you can't read please download the document

Upload: nguyenliem

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • DELEGASI PATRIOTIK 2014

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 2

    KERTAS KERJA

    DELEGASI PATRIOTIK 2014

    URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    1.0 TUJUAN

    Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan sokongan serta bantuan

    kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan projek Delegasi

    Patriotik 2014. Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan

    demi merealisasikan moto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mengilham Harapan Mencipta

    Masa Depan. Oleh itu, semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan faedah

    kepada mahasiswa UKM umumnya ahli Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dalam

    menyemai semangat patriotisme serta nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia.

    2.0 PENGENALAN

    Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan salah sebuah urusetia yang wujud

    di Universiti Kebangsaan Malaysia. Paduan ilmu, mutu dan budi merupakan elemen-elemen

    penting diterapkan bagi melahirkan generasi-generasi muda yang sentiasa berfikir 100 kali jauh ke

    hadapan dan berkepimpinan dalam memastikan Malaysia terus maju sehinggakan pada masa

    hadapan, Malaysia mampu duduk dan berdiri melebihi negara-negara yang kini sedang pesat

    membangun. Pembentukan sahsiah diri yang tinggi serta berilmu di kalangan mahasiswa perlu

    diperkukuhkan dengan pengetahuan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen perpaduan amat

    penting tanpa mengira aras pendidikan. Oleh itu, suntikan semangat patriotisme dan cinta akan

    negara amat penting diterapkan dalam kalangan mahasiswa bagi meneruskan kelansungan

    perpaduan yang sedia terjalin erat di negara ini.

    Sejak dari dulu lagi UPSM berjaya melahirkan ramai fasilitator di kalangan mahasiswa/i

    UKM melalui kursus-kursus fasilitator seperti Kursus Asas Fasilitator, Kursus Ketahanan, Kursus

    Kumpulan Kecil dan Pengucapan Umum. Justeru itu, UPSM sangat giat menjalankan Program

    Motivasi sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Dengan berpegang teguh kepada kata

    hikmah Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali UPSM turut

    menganjurkan program-program yang berbentuk kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat

    Masyarakat (OPKIM) dan Bakti Siswa (BAKSIS). Program ini melibatkan masyarakat-masyarakat

    luar bandar seperti Kampung Beng Perak, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Nur Hikmah dan Rumah

    Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan. Bagi melahirkan ahli-ahli UPSM yang berfizikal cergas dan

    berfikiran cerdas, UPSM tidak lupa dalam memastikan aktiviti dan rekreasi luar dijalankan pada

    setiap tahun seperti wter rafting, water confident, berakit dan pendakian gunung di Malaysia

    seperti di Gunung Stong, Gunung Nuang dan Gunung Belumut.

  • DELEGASI PATRIOTIK 2014

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 3

    Keterampilan, keilmuan, ketahanan dan sahsiah akademik merupakan aspek penting

    dalam merealisasikan falsafah UKM. Namun, semangat kenegeraraan dan pepaduan antara kaum

    merupakan elemen penting dalam melahirkan fasilitator dan mahasiswa/I sejajar dengan teras

    UPSM dalam memperjuang negara yang harmoni. Keberkesanan dalam penyampaian akan

    meletakkan tuntutan baru kepada mahasiswa hari ini supaya menjadi celik minda, mempunyai

    kesedaran yang tinggi dan berkeupayaan dalam mentafsir isu global seiring dengan kemajuan

    Negara. Berteraskan ideologi tersebut, maka Urusetia Pembangunan Sumber Manusia mengambil

    inisiatif untuk mengadakan satu lagi program mega iaitu Delegasi Patriotik yang bertemakan

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara!.

    Program ini berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan kesedaran tentang

    kepentingan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan kakitangan. Tujuan program

    ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya ahli UPSM sendiri dan

    seterusnya menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunakan konsep

    intelektual dan lebih ilmiah daripada badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan

    perkembangan sains dan teknologi, maka mahasiswa juga diberi peluang untuk menyahut cabaran

    sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara ini kelak. Selain dari itu, program ini

    mewujudkan peluang kepada bakal pewaris negara untuk belajar dan mengahadapi cabaran akan

    datang dengan berkonsepkan pameran dan ceramah. Kebolehan dalam pengendalian medan

    perniagaan di antara mahasiswa dan peniaga-peniaga luar merupakan satu nilai yang perlu ada

    dalam diri setiap mahasiswa dan generasi Malaysia pada masa hadapan. Program ini merupakan

    salah satu sahutan daripada cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir

    Mohamad iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang sepenuhnya bermoral dan beretika, liberal

    dan toleran yang matang serta bebas dari segi psikologi, selamat dan maju.

    3.0 LATAR BELAKANG

    _____________________________________________________________________________

    Delegasi Patriotik adalah suatu program yang dianjurkan umumnya untuk menanam sifat patriotik

    serta sifat cinta akan negara dalam diri mahasiswa/i. Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

    juga turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini demi melahirkan pendekatan

    program yang berbeza daripada program-program lain. Program ini telah masuk tahun yang kedua

    pada tahun ini yang mana pada tahun sebelumnya program ini diberikan nama Delegasi Patriotik

    2013 atau Detik 13. Detik 13 bertemakan Dedikasi Buat Negara dibuat dengan kerjasama Biro

    Tatanegara. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kayuhan patriotik, larian patriotik,

    pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan pidato, wacana, pameran, kaunter dj serta

    cabutan bertuah. Antara aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan

    daripada warga Bangi dan warga UKM ialah kayuhan patriotik dan pertandingan melukis kain

    rentang .Melalui beberapa aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat menanam semangat

    patriotik malah dapat memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti yang telah

  • DELEGASI PATRIOTIK 2014

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 4

    dilakukan pada Detik 13 masih lagi dijalankan pada Detik 2014 yang mana terdapat pertambahan

    aktiviti dari program yang sebelumnya seperti Pertandingan Bintang Patriotik serta Pertandingan

    Badminton.

    4.0 MISI

    4.1 Menyemai semangat cintakan negara melalui ilmu kenegaraan.

    4.2 Meningkatkan kesedaran patriostisme dalam kalangan generasi muda pelbagagi

    kaum sebagai persediaan untuk mempertahankan dan memimpin negara.

    4.4 Mewujudkan masyarakat berbilang bangsa yang menyumbang kepada

    peningkatan kemahiran dan integriti dalam bekerja, matang dalam menyuarakan

    pendapat serta mempunyai daya kreativiti tinggi dan sentiasa pandang ke

    hadapan

    5.0 MATLAMAT

    5.1 Berusaha ke arah melahirkan generasi mahasiswa/i UKM yang berintegriti,

    bersatu padu, mempunyai semangat perpaduan dan semangat cintakan negara

    yang tinggi.

    5.2 Mendokong hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melahirkan generasi

    bersatu padu yang berfikiran bermoral dan beretika, liberal dan toleran yang

    matang serta bebas dari segi psikologi dan berfikiran maju kehadapan.

    5.3 Membantu menjayakan moto UKM Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

    dengan melahirkan mahasiswa yang progresif sebagai produk keluaran tempatan

    yang mampu bersaing dalam konteks ekonomi, politik dan sosial.

    5.4 Menjadikan program Delegasi Patriotik sebagai satu platform untuk membina

    semangat kepimpinan dan jati diri yang ada dalam diri pelajar yang bergelar

    mahasiswa selain memupuk semangat kerjasama serta perpaduan dalam

    menjayakan transformasi negara.

    6.0 OBJEKTIF

    6.1 Memastikan Delegasi Patriotik merupakan salah satu medium untuk mengeratkan

    hubungan di antara warga UKM dan pihak luar.

    6.2 Membentuk pelajar yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang

    tinggi dan seterusnya memupuk semangat perpaduan ke arah mengejar kejayaan

    dan kecemerlangan diri.

  • DELEGASI PATRIOTIK 2014

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 5

    6.3 Melatih dan mendidik mahasiswa/i berorganisasi, dipimpin dan memimpin serta

    kemahiran-kemahiran insaniah (softskill) yang diperlukan dalam menjadikan

    mahasiswa/i yang berketerampilan sebagai aset persediaan ke alam pekerjaan.

    6.4 Membentuk generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, berdaya saing, berakhlak

    mulia serta mempunyai jiwa perpaduan yang jitu untuk memastikan perpaduan

    terus terpelihara dalam negara ini

    6.5 Memperkasakan mahasiswa dari segi pengalaman di dalam mengurus, mentadbir,

    menyusun organisasi seterusnya memimpin generasi pemimpin muda ke arah

    masyarakat yang maju dan berdaya saing.

    6.6 Menuju visi dan misi UKM dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki Towering

    Personality; merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional

    Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).

    7.0 TEMA

    Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara

    8.0 ANJURAN

    Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

    9.0 TARIKH

    Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

    Tarikh : 26-27 April 2014

    10.0 TEMPAT PROGRAM

    10.1 Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi.