demam

Upload: kia-agusputra

Post on 16-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tema

TRANSCRIPT

DemamCampakApa itu demam campak?Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.Apakah tanda-tanda demam campak?Antara 10 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti: Demam tinggi. Batuk,selesemadan sakit tekak. Mata berair dan sensitif kepada cahaya. Sakit otot.Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.Ruam akan kekal selama 4 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Ruam demam campakAdakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 23 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah: Jangkitan pada telinga. Jangkitan paru-paru (Pneumonia ). Jangkitan pada otak (encephalitis). Cirit-birit.Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiranpramatang.Bagaimana merawat demam campak?Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala: Panadol untuk mengurangkan demam. Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata. Berehat dan minum air yang cukup.Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).Bolehkah demam campak dicegah?Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.MMR adalah vaksin yang selamat.Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.HaNa:Saya copy paste dari blog saya.Boleh tengok entry kat link bawah nihttp://hanaseman.blogspot.com/2010/10/alahai-anak-ibu-demam-campak.html

Ibu rawat dengan mengambil petua di sana sikit, di sini sikit.Antara petua yang glamer.1. Daun semambu/mambu/neenKat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan campak.a) ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.b) letak daun mampu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya (ibu letak daun mampu atas tilam, pastu lapik ngan daun batik sebab anak2 ibu takmau tidur atas daun terus)2. Daun inaiPetua ni ibu dapat dari kawan ibu Ruzaina.(copy dari FB Ruzaina)sekadar berkongsi petua demam campak daripada Ustaz Abdullah - ambil daun inai tumbuk hg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki srta elakkan miang.3. Minum air kelapa mudaAda yang kata minum selepas, ada yang sebelum.. abi bagi minum pada hari kedua.

Petua hilangkan parut1. Daun asam jawa + bedak sejuk- tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk.. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.2. lendir ikan haruan- petua ni dapat dari Kak Ani a.k.a BS anak-anak ibu.ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut2 campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.

Pantang larangNi yang famous1. Jangan bagi kena air hujan- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untu k2,3 minggu2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumisPendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam, tapi staff ibu suruh bagi makan sup ayam untuk cepat keluar ruam.3. Mandi-ni ibu jumpa banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.MIL ibu suruh mandi kerap untuk turunkan suhu badan4. Jangan makan ubatOrang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi ibu bagi juga paracetamol, bahaya tu tak control demam, takut kena sawan pula.5. Jangan mandi guna sabunElakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi pulak.6. Jangan pakai bajuBiarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)7. Jangan garu atau kopek kuping campakNanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugaklah.

(petua-petua di atas ibu dapat dari orang sekeliling ibu sahaja)

Ada petua-petua lagi boleh ditambah??nik_ceema:kak umi...

anak nik dah naik campak bulan lepas. huhu... sedih gak le. mmg tak le nak goreng2 dlm umah. dah pesan kat ayahnya tapi si ayahnya p wat tumis sayur air. mmg makin menjadi2 gatal dia. kesian nik tgk Qistina. tapi Qistina dia campak ruam2 merah aje. bukan yg cacar air tu. naik sampai ke kaki baru hilang dia punya demam tinggi. mmg kene monitor demam dia aje la. kang tinggi sgt takut jadi mende lain.

alhamdulillah.. bila campak dah naik ke kaki tu baru la demam dia reda sket. huhu... doktor kasi ubat sapu aje. nik pon pernah sapu lotion calamine tu. mmg sejuk... syiok je Qistina. siap tunggu lagi. bagus utk redakan demam juga. oh ya dan ubat demam la. siap ubat demam cucuk ikut montot. takot panas sgt.

bab air kelapa tu, mak nik org kelantan dia suh minum lepas hilang semua ruam tu. kasi mandi dan minum sket. bab daun semambu tu mmg bagus la. tapi nik mmg tak sempat nak cari. lg pon dia jenis demam campak ruam je.mamaida:Anak saya baru kena demam campak ni. hari ni amsuk hari ke empat. semalam g check doktor bagi ubat demam, coz suhu badan dia panas sikit, ubat tahan gatal. calamine lotion saya dah ada, beli kat watson. Setakat ni sapu calamine lotion je la. Semalam dia tidur nyenyak. Pastu saya mandikan dengan air rendaman kangkung.

hari ni nak bagi mandi dan lapik tidur dgn daun semambu pulak. ofismate baru bawak td.ummi:wah bagusnya tips hana dan nik, terima kasih sangat....

saya tambah ya hasil googlean

1. Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurang-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

2- GARAM BUKIT ko bancuh dlm besen dan buat mandi.

3- Ambil sedikit daun jambu campurkan dengan bedak sejuk dan tumbuk sehingga lumat, kemudian di sapukan ke bahagian yang timbul bintik-bintik merah, apabila bintik-bintik merah hampir hilang mandikan dengan air mambu yang diramaskan di dalamnya.

4- kalau nak cepat hilang bekas campak.. pakai la aloe vera gel..

- sumber carigoldfiza umisofie:demam campak.... anak2 saya belum ada yg terkena. kena take note ni.Navigation[0]Message Index[#]Next page[*]Previous pageGo to full version