destinasi impian -aliff
DESCRIPTION
dESTINASI iMPIANTRANSCRIPT
-
Folio Bahasa Melayu
Destinasi Impian
Aliff Syahmi bin A. Raeff,
Tingkatan 1 Al Batani
Sekolah Menengah Sains
Tuanku Jaafar
2015
1
-
TEMA
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam
hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam
keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah
untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang
suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang
dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
2
-
PERSOALAN
Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak
apabila mengalami kesusahan.
Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang
memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh
dari basikal.
3
-
PERSOALAN
Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa
lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya.
Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.
4
-
SINOPSIS BAB
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran
datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus
sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana
destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina
memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar
perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus
terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh
basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama
menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan
kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan
menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
5
-
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana
mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi
nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar
semangat untuk meneruskan perjalanan.
Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlinaperlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar
dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar
Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari
dan berani.
SINOPSIS BAB6
-
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari
berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api
dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina.
Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh
mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat
berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga
atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus
gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-
kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-
kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan
kejayaan Firdaus mengayuh basikal.
SINOPSIS BAB7
-
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan
tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan
rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga
kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi
perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan
kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina
memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan
menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu
bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin
merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali
dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang
diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai
Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka
berdua telah ditipu.
SINOPSIS BAB8
-
SINOPSIS BAB
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda.
Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa
dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah
mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian
daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah
dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan
menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima
sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai
saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan
merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan
memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan
boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.
9
-
SINOPSIS BAB
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu.
Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya
untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-
betul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang
pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda
kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah
menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak
bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.
Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlinadan Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang
untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat
yang diberikan oleh Johari.
10
-
WATAK DAN PERWATAKAN Johari (Utama) :
Sepupu kepada Azlina dan Firdaus, pelajar Universiti Putra Malaysia, gemar berbasikal, penyabar, suka membaca dan
mempunyai banyak pengetahuan.
Azlina:
Anak bongsu daripada enam orang adik-beradik, 16 tahun, pelajar tingkatan empat, adik kepada Firdaus, adik sepupu
kepada Johari, lasak, aktif, pandai berkata-kata, berani
dan penyayang.
Firdaus:
Satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, abang kepada Azlina, agak keperempuanan, lemah-lembut,
tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tidak mempunyai
daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran, cepat
marah, cepat lupa diri.
Datuk :
Datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina, kuat semangat
11
-
WATAK DAN PERWATAKAN
Salim:
Kawan rapat Firdaus, baik hati, bangga akan kejayaan Firdaus.
Sazali:
Kawan Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus, curiga akan kata-kata Firdaus, berani.
Mazlinda:
Memiliki wajah yang cantik, diminati oleh Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus, berpura-pura tidak pandai
berenang, berani.
Moksin, Mokhtar, Erma, Zarina:
Kawan Firdaus.
Kasman, Tamrin:
kawan Johari.
12
-
LATAR BELAKANG
MASYARAKAT
Masyarakat yang penyabar.
Masyarakat yang aktif bersukan.
Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Masyarakat yang tidak mengenang budi.
Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Masyarakat yang taat pada perintah agama.
Masyarakat golongan peniaga
13
-
LATAR TEMPAT
Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang.
Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus belajar.
Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. Tempat permulaan ekspedisi berbasikal menuju ke Morib.
Jambatan Musaedin - tempat Johari, Firdaus dan Azlina melintas dalam ekspedisi berbasikaldan masuk ke Kampung Jawa.
Pekan Banting - tempat berehat.
Pantai Morib Baru - tempat yang dituju dan tempat perkhemahan.
14
-
LATAR BELAKANG MASA
Jam 7:00 pagi, hari Sabtu-Johari, Azlina dan Firdaus bertolak dari kampung mereka untuk berbasikal.
Jam 10:00 pagi, hari Sabtu - Perjalanan mereka diteruskan di jalan yang bertanah merah.
Jam 3:30 petang, hari Sabtu-Mereka tiba di Pantai Morib Baru.
Jam 7:00 petang, hari Sabtu-Azlina dan Kasmadiana berbual di tepi pantai.
Jam 9:45 pagi, hari Ahad-Azlina dan Johari berkemas untuk pulang
15
-
BIOGRAFI PENULIS
Mohd Ismail bin Sarbini dilahirkan di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang. Pada tahun 1979-1980, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Beliau mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (1981 - 1985) sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor (1985 - Jun 1989). Dari Julai 1989 - Mei 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kemudian, pada Mei 1991 - Januari 2001, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) Telok Datuk, Banting, Selangor. Mulai Februari 2001, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor. Beliau meninggal dunia
pada tahun 2006.
Dalam bidang penulisan kreatif, beliau banyak memberikan tumpuan dalam genre novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Antara karya beliau ialah Pulau Berukera, Berukera dari Planet Ulba, Pahlawan Pasir Salak, Mendung Semalam, Jalinan Kasih, Api yang
Telah Padam dan Jalidah Hidayati Nama Untukmu.
16
-
PLOT CERITA
PERMULAAN
Johari,Firdaus dan Azlina memulakan perjalanan berbasikal bagi menyahut cabaran datuk mereka.
PERKEMBANGAN
Firdaus ingin pulang tetapi Johari tetap dengan rancangannya untuk meneruskan perjalanan tersebut.
PERUMITAN/KONFLIK
Azlina mengalami kecederaan setelah dia terjatuh di atas tanah pejal di bahu jalan.
KLIMAKS/KEMUNCAK
Rakan-rakan Firdaus mengetahui bahawa dia berbohong dan menyindir firdaus sehingga menyebabkan dia berasa
serba salah.
PELERAIAN
Firdaus berasa menyesal setelah ditegur oleh Johari
17
-
GAYA BAHASA
Sinkope
Simile
Peribahasa
Metafora
Personifikasi
Kata-kata hikmat
Hiperbola
Inversi
Kata ganda
Repitisi
Bahasa Asing
18
-
NILAI
Keberanian
Ketabahan
Berpengetahuan
Simpati
Kasih sayang
Baik hati
19
-
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan.
Kita haruslah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan.
Kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
20