disediakan oleh : prof.madya dr.suwaid tapah mohammad kamari haji taib
DESCRIPTION
Peradaban Islam di Nusantara. KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA. Disediakan oleh : Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah Mohammad Kamari Haji Taib CITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu r azizi.uitm.edu.my. 4.0 Peradaban Islam di Nusantara. 4.1 Kedatangan Islam di Nusantara. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Peradaban Islam di Nusantara
Disediakan oleh :Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah Mohammad Kamari Haji TaibCITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu
razizi.uitm.edu.my
4.0 Peradaban Islam di Nusantara
4.1 •Kedatangan Islam di Nusantara
4.2 •Kegemilangan Islam di Nusantara
4.3 •Kedudukan Islam di Malaysia
Apakah itu Nusantara?Nusantara atau dikenali juga sebagai Alam Melayu adalah sebahagian daripada wilayah Asia Tenggara yang terangkum di dalamnya gugusan kepulauan Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Sumatera,Sulawesi, Jawa, Kalimantan, Kepulauan Riau, Maluku, Sulu, Luzon dan Mindanao.
Didiami oleh pelbagai suku kaum Rumpun Melayu-Polinesia seperti Melayu, Melanau, Brunei, Dusun, Jawa,Bugis,Banjar, Bajau, Iban, Bugis, Suluk, Minang dan lain-lain lagi.
4.1 Kedatangan Islam di Nusantara
Peta Nusantara
Kerajaan-kerajaan di Alam MelayuSebelum IslamKutai (Abad ke 4M)
Tarumanagara (358–669M )Srivijaya (Abad ke 7– Abad ke 11M)Wangsa Sailendra (Abad ke8 – 9M)Dharmasraya (Abad ke12 – 14M)Singhasari ( 1222 – 1292M)Majapahit ( 1293 – 1500 )Gangga Negara ( Abad ke 2 – 11M)
Langkasuka ( Abad ke 2 – 14M)
Selepas Kedatangan IslamSamudra Pasai (Abad ke 13-15M)
Ternate ( 1257 M - ? )Melaka ( 1400 – 1511M )Inderapura ( 1500 – 1792M)Demak ( 1475 – 1548M)Aceh ( 1496 – 1903M)Banten ( 1527 – 1813M)Kesultanan Mataram ( 1588-1681M)
Johor Riau ( 1528 – Merdeka )
SrivijayaDidirikan oleh Dapunta Hyang Sri JayanasaTerletak di Sumatera dan Semenanjung Tanah MelayuMenganut ajaran Hindu dan Buddha
Peninggalan Kerajaan Sri Vijaya
Candi Gumpung di Jambi yang merupakan salah sebuah wilayah
Srivijaya
Pembinaan Candi Borodur bermula pada era pemerintahan
Sangramadhananjaya dan siap ketika pemerintahan Samaratunga.
Majapahit
Didirikan oleh Raden WijayaPada 1293 – 1500MBerpusat di Jawa TimurGemilang di
zaman Hayam Wuruk dibantu oleh Patih Gajah MadaDipengaruhi oleh Hindu-BuddhaMelebar hingga Semenanjung Tanah Melayu
Pelabuhan Utamanya adalah Temasik dan Kataha (Kedah Tua).
Nusantara Sebelum Islam
* •Kepercayaan•Politik
Aspek
•Sosial•Ekonomi
* •Keilmuan•Kesenian
Kepercayaan / AgamaPercaya kepada faham Animisme dan Dinamisme
Percaya kepada Mitos, Roh dan Semangat beralih kepada agama Hindu dan Buddha
Percaya kepada Dewa Dewi
Arca Maitreya dari Komering, Sumatera Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.
Samb.Animisme – percaya kepada kuasa roh. Ini kerana mereka percaya setiap benda hidup ada rohDinamisme – roh benda hidup tersebut ada tenaga.Pemujaan terhadap benda-benda berpuaka dan berpenunggu.Memuja semangat seperti memuja semangat padi supaya hasil lebih baik.
Kepercayaan Animisme dan Dinamisme membentuk ‘taboo’ (pantang larang).
Samb.
Kedatangan Hindu dan Buddha membawa pengaruh India ke Alam Melayu- upacara pemujaan dan penyembahan diteruskan dan dilakukan secara rasmi.Ajaran Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Mataram Kuno dan Majapahit.Lahir Sinkritisme – kepercayaan gabungan hindu, buddha dan unsur-unsur tempatan
Golongan Raja dianggap sebagai dewa yang suci dari kesalahan dan dosa – wajib ditaati secara mutlakMenurut S.M.Naquib : Golongan Bangsawan dan Raja lebih menyukai ajaran Hindu demi menjaga kedudukan dan status mereka.
PolitikPernah diperintah oleh beberapa kerajaan hindu buddha seperti Kutai, Tarumanegara, Mataram, Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.Timbul konsep dewaraja – raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa vishnu dan siva.
Wujud sistem feudalisme - Taat setia membuta tuli terhadap raja dan disembah secara total oleh rakyat.
Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari undang-undang.
Rakyat tiada hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan kurang wajar. Siapa yang menentang akan ditimpa daulat.
SosialPengaruh hindu-buddha menyebabkan masyarakat terbahagi kepada 2 kelas/kasta:i) Pemerintah – Raja dan golongan bangsawan.ii) Golongan diperintah – rakyat jelata/hamba yang dikira sebagai hamba raja.Sistem kasta ini memberi kesan kepada: i) Perbezaan peraturan, undang-undang dan hukuman ii) Adat seperti pakaian.
Masyarakat melayu juga melakukan pelbagai upacara adat seperti melenggang perut bagi wanita mengandung , berinai dan lain-lain
Sosial (samb)
AncakKehidupan masyarakat Alam Melayu sebelum kedatangan Islam diselubungi kejahilan dan perkara-perkara khurafat serta tahyul yang jauh dari nilai-nilai keilmuan yang bersifat ilmiah dan pemikiran logik.
Kepercayaan kepada perkara Tahyul sebahagiannya masih berterusan kerana kejahilan
Pembuangan Ancak di PerakPembuangan Jong yang
mengandungi Ancak di Indonesia
Ekonomi
Ekonomi sara diri – bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut dan tanah pertanian.Bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan (rotan, damar dan getah).Pertanian – padi, pisang, tebu, keladi, ubi kayu dan nenas. Berburu salah satu mata pencarian mereka,Berdagang secara kecil-kecilan dan secara tidak langsung.Menjadi tumpuan persinggahan pedagang asing seperti Temasik dan Langkasuka.
Perikanan (samb.-ekonomi)
Laut adalah sumber pendapatan masyarakat Melayu
Pertanian (samb. - ekonomi)
Bercucuk tanam adalah sumber pendapatan masyarakat Melayu
KeilmuanMasyarakat tidak terdedah dengan ilmu.
Pendidikan tidak formal di peringkat keluarga – mengajar nilai-nilai hidup tradisi.Lebih kepada kesusasteraan yang disampaikan secara lisan yang mengisahkan keistimewaan raja-raja.Contoh- hikayat-hikayat kehebatan Raja seperti Ramayana dan Mahabrata.Cerita juga kemudian disebar melalui wayang kulit dan cerita rakyat.
Pengajian agama lebih berlegar di Istana sahaja. Namun pada lazim melibatkan golongan kraton dan bangsawan sahaja.
KesenianTerpengaruh dengan Kesenian India
Menggunakan batu bata pada bangunan agama (religious monument) kerana sesuai dan tahan. Contohnya candi Prambanan, Jawi, Batu Pahat dll.
Pemaparan ukiran dewa-dewi bangunan agama seperti siva, vishnu dan brahma.Juga terdapat ukiran tumbuh-tumbuhan seperti teratai.
Samb.Walaupun terpengaruh denga budaya India tetapi tidak secara total.Pembinaan candi-candi lebih kepada tempat pemujaan roh nenek moyang (sinkritisme).Penguasa dan pemerintah amalkan hindu-buddha.
Candi Borobudur
Faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu
Keunggulan IslamKehebatan Dakwah dan Pendakwah
PerdaganganPerkahwinan
Politik & PenaklukanSokongan Pemerintah
Peranan Pusat Kebudayaan
Keunggulan Islam
Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umatKesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya
Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa
Islam menjanjikan kejayaan hidup dunia dan akhirat
Kehebatan Dakwah dan Pendakwah
Dakwah Islam bersifat universal (syumul)
Pendakwah Islam menunjukkan peribadi yang baik.Toleransi Islam menarik minat masyarakat Melayu ketika itu.Risalah Nabi s.a.w untuk seluruh bangsa, darjat dan umat manusiaPemimpin dan pendakwah menjalankan tanggungjawab dengan amanah-Uswah Hasanah.Islam sebagai pencetus Era Baru di Alam Melayu
Pendakwah Islam di Alam Melayu
Tok Kenali di Kelantan Wali Sembilan di Tanah Jawa
Perdagangan
Tugas menyampaikan dakwah tanngungjawab seluruh umat turut dipikul oleh para pedagang IslamPedagang Islam memainkan peranan sebagai pendakwah dan golongan Teladan.
Mereka dengan penuh kecekalan berusaha menarik rakan dagang dan pembeli untuk memeluk Islam.Berjaya memenangi hati masyarakat Melayu dengan sifat lemah lembut dan keperibadian Islam yang mulia.
Pedagang muslim sanggup meredah lautan demi menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk rantau Alam Melayu
Pedagang musafir ke Alam Melayu melalui Jalan Laut
Para pedagang beriteraksi dengan masyarakat tempatan
Perkahwinan merupakan antara kaedah yang berkesan untuk perkembangan pengaruh agamaPara pemerintah kerajaan Melayu mengahwinkan anak-anak mereka dengan anak-anak raja negeri-negeri yang lain.Para pendakwah dan pedagang Islam turut berkahwin dengan kerabat diRaja dan penduduk tempatan – menyebarkan Islam dalam masyarakat.Contohnya : Perkahwinan Parameswara dengan puteri Sultan Pasai telah mendorong keislamannya.
Perkahwinan
Kerajaan-kerajaan Islam meluaskan kuasa mereka ke Wilayah-wilayah Melayu yang lain
Contohnya : K.M.Melaka meluaskan kuasanya ke atas Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar,Inderagiri, Aru, Siak, Rokan dan Bengkalis.Para Ulama’ dihantar ke negeri-negeri taklukan bagi memperkembang ajaran Islam
Golongan Raja-raja melayu adalah ikutan masyarakat. Keislaman mereka mendorongan pengislaman rakyat dan para pembesarnya.
Politik & Penaklukan
Pengislaman kerajaan Samudera-Pasai (1261-1289) telah membawa kepada keIslaman negeri jajahan takluknya (Ibn Battuta)Kerajaan Islam Perlak yang diketuai Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah menganut Islam pada tahun 840M – turut mendorong wilayah kekuasaannya memeluk IslamKesultanan Melayu Melaka berperanan melindungi tanah jajahan takluknya daripada serangan musuh seperti Siam, Burma dan lain-lain.
Politik & Penaklukan
Para pemerintah Kesultanan Melayu (K.M.) telah membuka ruang Istana sebagai pusat perkembangan ilmu IslamGolongan Istana dan kraton diberikan input agama khususnya bidang kepercayaan dan syariahPara Sultan membantu rakyat untuk membangunkan institusi agama mereka seperti masjid, surau dan pondok
Sokongan Pemerintah
Keunggulan Islam
Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umatKesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya
Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa
Islam menjanjikan kejayaan hidup dunia dan akhirat
Peranan Pusat Kebudayaan
Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara berperanan sebagai pusat penyebaran Islam dan Kebudayaan MelayuMelaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu
Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan MelayuAceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu
Pattani juga pernah menjadi pusat penyebaran Islam di bawah Sultan Mahmud Syah (Phaya Tu Nakpa).Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu
Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan MelayuAceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu
Samb.
Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi. Islam menjadikannya sebagai bahasa pengantar dalam bidang ilmu kesusasteraan, teologi dan falsafah IslamTulisan Arab ( Jawi ) diperkenalkan mengantikan tulisan Pallava. Hanya 5 huruf sahaja iaitu Cha, Nga, Pa, Ga dan Nya sahaja yang tidak menyamai huruf Arab . Ianya diubahsuai mengikut loghat lidah masyarakat melayu.
Kerajaan Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan- dari Bahasa Arab dll ke Bahasa MelayuSultan Mansur pernah menghantar Kitab al-Dur al-Manzum untuk diterjemah di Pasai.
Samb.
Alam Melayu melahirkan ramai tokoh ilmuan yang menghasilkan pelbagai bidang keilmuan yang berpandukan syariat Islam Syeikh Nuruddin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan, prosa dan puisi Islam antaranya Siratul Mustaqim dan Akhbar al-Akhirah fi Ahwal al-Qiamah.Syeikh Abdul Rauf Singkel – Mirat al-Tulab, Durra al-Aqaid, Tafsir Badawi dan Majmuk al-Masail.Syeikh Abdullah Arif – mengarang Kitab Bahr al-Lahut (tasawwuf) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Samb.
Samb.
Syeikh Idris al-Marbawi menghasilkan kitab “ Kamus al-Marbawi”, Bahr al-Mazi, Tafsir al-Marbawi, Jami’ al-Ulum, Bulugh al-Maram dan lain-lain lagi.
Tokoh Ulama’ Islam daripada Patani seperti syeikh Ahmad dan Daud al-Fathani banyak menyumbang kepada perkembangan Ilmu Islam di Nusantara dengan menghasilkan karya-karya seperti al-Fatawa al-Fataniyyah,Bughyat al-Tullab, Munyat al-Musolli, Wasaya al-Abrar, al-Bahjat al-Saniyat dan lain-lain.
Tokoh 2 Ulama Nusantara turut menterjemah kitab-kitab besar Islam seperti karya Imam al-Nawawi, al-Baydawi, al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain lagi.Karya keilmuan Islam meliputi segenap aspek daripada aspek ketuhanan ( Siyar al-Salikin- Syeikh Abd Samad al-Palembangi, al-Durr al-Nafis-Syeikh Muhd Nafis al-Banjari) hingga sesusasteraan (Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis – Raja Ali Haji ).
4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara
PERUBAHAN
• Kepercayaan• P
olitik & Perundangan
SETELAH
• Sosial
• Ekonomi
ISLAM
• Keilmuan
• Kesenian
Aqidah (Kepercayaan)
Perubahan dari percaya kepada berbilang Tuhan kepada percaya kepada Allah yang EsaMasyarakat Melayu mula meninggalkan Mitos dan Khurafat
Muncul Revolusi Mental – Rasionalisme dan Intelektualisme
Al-Qur’an sebagai Kitab Pedoman Hidup
Kepercayaan (samb.)
Kepercayaan kepada Makhluk Halus – Jin dan Mambang diubah kepada perkara Ghaib. Kepercayaan Malaikat dan Jin adalah sebahagian daripada kepercayaan kepada perkara Ghaib yang memperkukuhkan keimanan bukan secara negatif.
Nota : Kepercayaan yang telah berakar umbi dalam pemikiran masyarakat Melayu ini hanya dapat dikikis secara beransur-ansur.
Solat mampu dilakukan di mana sahaja
Solat mampu dilakukan di mana sahaja
Perubahan sistem politik dan pemerintahan
Kerajaan Hindu dan Buddha digantikan dengan kerajaan Islam seperti Samudera Pasai, Aceh, Banten, Siak, Melaka, Johor Riau dan lain-lain.Lahirnya pemerintah-pemerintah yang terkenal seperti Sultan al-Malik al-Zahir (Samudera Pasai), Sultan Mansor Syah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mohkota Alam (Aceh).Konsep Dewa Raja diganti dengan Pemerintah sebagai Ketua Agama dan Penaung kehormonian rakyat jelata
Gelaran Raja ditukar kepada Gelaran Sultan dan Amir al-Mukminin. Para Sultan diasuh untuk mencintai ilmu dan keadilan.
Perubahan sistem perundanganPerundangan Hindu Buddha diganti dengan perundangan yang berpandukan syariat Islam dan adat istiadat MelayuMelaka menghasilkan 2 teks perundangan yang dengan memperuntukkan undang Islam dan adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Undang-undang Pahang yang dilaksanakan di zaman Sultan Abdul Ghafur Mahiyuddin Syah (1592-1614M) dengan jelas menggunkan undang-undang Islam (Mazhab Shafi’e)Terengganu telah melaksanakan perundangan Islam sejak 1303M – melalui catatan pada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang. Trg.
Perundangan (samb.)
Kitab yang memaktubkan Hukum Kanun Melaka
Kitab Fiqh Mughni al-Muhtaj yang popular di Alam Melayu
Perundangan (samb.)Batu bersurat Terengganu memaktubkan undang-undang jenayah Islam
Dikenali sebagai “Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk” dilaksanakan di zaman Sultan Zainal Abidin III.
Nota : Kuala Berang adalah Ibu Negeri Terengganu di zaman Silam.
Batu bersurat Terengganu
Perubahan Sosial
Mengujudkan persamaan Taraf dan Persaudaraan Islam – menghapuskan sistem Kasta HinduMenghubungkan Tali Silaturrahim berasaskan syariah dan Akhlak Islam – Gotong-royong, Bantu mengbantu dan Hormat-menghormati . Lahir Ukhuwwah Islamiyyah.Masjid, Surau dan Madrasah memainkan peranan sebagai Media baru hubungan sosial.
Adat Istiadat Hindu mula diganti dengan adat Istiadat yang berpandukan syariat Islam seperti menyambut kelahiran, Aqiqah, Korban, Perkahwinan, Kematian dan lain-lain
Perubahan EkonomiKegiatan Ekonomi masyarakat lebih tersusun dengan semangat bantu membantu – Galakan Islam dalam mencari rezeki yang halalZakat dan Sedekah memainkan peranan instrumen jaminan sosial ekonomi ummat. Golongan Kaya wajib membantu golongan fakir miskin dan kurang berkemampuanAmalan Riba dan Kezaliman yang menindas masyarakat diharamkan. Semua golongan berhak mencari rezeki yang halal.Aktiviti-aktiviti ekonomi yang bertentangan dengan syariah Islam juga diharamkan seperti perjudian, pelacuran, pengukiran patung dan sebagainya.
Perubahan Keilmuan“Menurut Prof S.M.Naquib : ‘Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata”.Islam melahirkan kesedaran ilmu dalam masyarakat umum dan istana.
Istana, masjid, surau dan madrasah dijadikan tempat menimba ilmu terutama ilmu agama.
Alam Melayu berfungsi sebagai pusat keilmuan. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dll
Perubahan Keilmuan (samb.)“Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dihidayahkan kepada mereka yang melakukan maksiat” .. Wasiat Guru imam al-Shafei r.h.Institusi Pondok, Dayah, Rangkang dan Pasentren tumbuh dengan pesat sebagai pusat pengembangan ilmuLahirnya kitab-kitab Jawi seperti Anak Kunci Syurga, Matla’ al-Badrain, Taj al-Muluk, Furu’ al-Masail,
Alam Melayu berfungsi sebagai pusat keilmuan. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Syeikh Daud al-Fathani, Tok Kenali dll
Tokoh-tokoh ilmuan Islam Alam Melayu
Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh Arshad al-Banjari
Perubahan bidang kesenianKesenian Alam Melayu yang dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha diubah kepada kesenian yang berteraskan IslamSeni ukir yang memaparkan imej manusia dan haiwan berubah kepada seni yang memaparkan kalimah-kalimah suci Islam, Awan Larat dan Bunga-bungaan.Seni Lakun berubah kepada perwatakan yang lebih bersifat Islam (Wayang Kulit).
Seni Nyanyian berubah kepada yang lebih bersifat Islam seperti Ghazal, Nasyid, Nazam, Qasidah, Berzanji, Salawat dan lain-lain
Kesenian (samb.)Seni Bina, Istana, Candi dan Rumah Ibadah Hindu Buddha berubah kepada seni Bina Islam iaitu Masjid, Surau dan Istana yang bercirikan Islam
Contohnya : Pembinaan Masjid Kg.Laut, Kelantan; Masjid Agung, Demak dll.
Masjid Agung, Demak
Kesenian (samb.)
Masjid Kg.Laut, Kelantan Masjid Tengkera, Melaka
Kesenian (samb.)
Seni Khat merupakan seni warisan Islam di Alam Melayu
Kesimpulan
Kedatangan Islam ke Alam Melayu amat besar pengaruhnya kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyebaran dan penyerapan Islam berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana dan pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi yang harmoni ini memudahkan masyarakat Melayu menerima Islam dan ajarannya yang bersifat sederhana dan tiada paksaan.Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malahan ia membentuk cara hidup baru dalam amalan kehidupan seharian masyarakat. Amalan yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan.
Penyebaran Islam dan ajarannya ini menjadikan Islam sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya mereka dengan kehendak-kehendak Islam. Islam yang berkembang di dalam masyarakat Nusantara kini adalah hasil dari kegigihan dan sumbangan masyarakat silam yang berusaha merubah kehidupan masyarakat mereka daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk ilahi yang terang.
4.3 Kedudukan Islam Di Malaysia
Pengaruh Islam di Malaysia dapat diteliti …14.1-Peruntukan Islam dalam Perlembagaan
Persekutuan:a.Agama Islam sebagai Agama Persekutuanb. Kebebasan Beragama c.Agama Islam dan Negeri-negeri
14.2 - Pembentukan Institusi-istitusi Islam14.3 - Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar
Negara
Pendahuluan
Sebelum merdeka – sudah ada kerajaan Melayu-Islam Islam dan Tamadun Melayu tidak boleh dipisahkan = Syed
Muhammad Naquib al-Attas (1972) Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama negara
dari fakta sejarah = Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi=Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Sulu
= mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu negara ini dibentuk.
Islam juga menjadi identiti dan budaya Melayu
Ajaran Islam banyak mempengaruhi Tamadun Melayu di rantau ini. Tamadun Melayu menjadi lebih mantap dengan kedatangan Islam.
Islam dan adat Melayu, merupakan struktur yang saling melengkapi dan berinteraksi
Islam terus menjadi identiti kepada orang Melayu, iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat-istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
Mengapa Islam diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
= Melayu, Beraja dan Islam tidak boleh dipisahkan terutama sejak dari zaman keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi . Rujuk Hukum Kanun Melaka
=Zaman penjajahan bermula Perjanjian Pangkor 1874 - Kuasa Raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam
=Perlembagaan Negeri zaman Penjajahan – e.g Perlembagaan Johor 1895 dan Perlembagaan Terengganu 1911
=Syor dan cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih
=Keputusan-keputusan Mahkamah
14.1 -Islam sebagai Agama Persekutuan
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Tidak ada perkataan “rasmi” dalam Perlembagaan. Frasa “agama rasmi” akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.
Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lains [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
Peruntukan dalam Perkara 3 amat relevan dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri.
Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.
Perlindungan agama Islam dan Raja-raja MelayuPERKARA 150 6(A)
(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa perisytiharan Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.
(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
.
Kepentingan Agama dalam Perlembagaan
Dari sudut pemikiran dan peradaban:
Peruntukan “agama” atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.
membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”,
Peruntukan ini akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah.
Pemerintah bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza.
Dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.
Kedudukan dan Kuasa Raja sebagai Ketua Agama
Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing
YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi negerinya, Wilayah-wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja (tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Negeri
Memperkenan dan meluluskan undang-undang Islam di negeri masing-masing
Kebebasan Beragama
Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11(1)
secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.
Pengurusan Hal Ehwal Agama
Perlembagaan juga memberikan hak kepada penganut agama bukan Islam termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang =Perkara 11 (3)
Penyebaran Agama
Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan tentang penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Peruntukan ini menjaga menjaga dan mengekalkan keharmonian beragama dan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan
Perkara 11 (5) memberi tafsiran bahawa kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain.
PERKARA 12 (4)
Agama seorang anak adalah ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga, kecuali anak itu telah berumur lebih dari 18 tahun
Bidang Kuasa Persekutuan dan Negeri
Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan (Butiran 4k)
Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri (Butiran 1)
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.
14.2 – Institusi-institusi Islam
Penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Malaysia – JAKIM/Majlis Fatwa Kebangsaan/Majlis Fatwa Negeri
Mahkamah SyariahBaitulmal/Pusat ZakatPenubuhan YADIM/YAPIEM dsb
14.3 -Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar-dasar Kerajaan
Dasar Kebudayaaan Kebangsaan Dasar Pendidikan Negara Dasar Pembangunan Ekonomi Dasar Pentadbiran Negara
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Islam dipilih berdasarkan fakta sejarah dan nilai Islam yang didukung oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.- Islam unsur penting berasaskan rasional kedudukannya diiktiraf sebagai agama negara- Nilai serta ajarannya meliputi keperluan rohani dan jasmani manusia sejagat dan tidak terhad kepada soal ibadah semata-mata.- Sistem nilai Islam menekankan kesejahteraan dan kebajikan di dunia dan akhirat- Persoalan hidup tidak diasingkan daripada nilai kerohanian yang mementingkan moral, disiplin, etika dll.
Dasar Pendidikan Negara
Islam menjadi penting dalam penggubalan Akta Pendidikan
Pendidikan Islam menjadi suatu bahagian yang amat penting dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Diajar dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.
Di setiap negeri sudah ada institusi yang menyediakan pelajar untuk mperkukuhkan bahasa al-Quran dan menghafaz al-Quran
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras (Seksyen 18(2)
Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 5 orang/lebih orang Islam (Seksyen 150)
Dasar Pembangunan Ekonomi
Malaysia menjadi peneraju utama dalam membina institusi kewangan Islam, sistem kewangan Islam dan pasaran modal Islam
Bermula dengan Tabung Haji (1962), diikuti YPEIM (1967), Bank Islam (1983), Syarikat Takaful (1985), Sistem Perbankan Faedah (1993), Takaful Nasional Sdn Bhd (1994), Syarikat Sekuriti Islam (1994), Al-Rahnu (1993), Sukuk.
Malaysia telah menjadi negara Islam pertama di dunia yang mengendalikan sistem perbankan dan kewangan Islam
Sistem perbankan dan kewangan Islam telah membolehkan penubuhan Amanah Saham Islam, pengurusan dana Islam dan berbagai instrumen kewangan Islam spt. al-Ijarah, sukuk, pajak gadai Islam dll.
Pembangunan Ekonomi
Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).
Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).
Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan
Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Negara
Nilai-nilai sejagat diambil kira dalam pentadbiran negara.
Ajaran Islam amat relevan dalam konteks pentadbiran negara. Contoh, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Dasar Integriti Nasional
Semua dasar ini umumnya mampu membentuk negara dan rakyat Malaysia mencapai pembangunan yang seimbang dan sepadu.
Lampiran 1:
PERKARA 3 (1):“Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
Kembali
Lampiran 2
Perkara 11 (1):“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.”
Kembali
Lampiran 3
Perkara 11 (3):“Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak - (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri; (b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan (c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Kembali
Lampiran 4
Perkara 11 (4):“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Kembali
Lampiran 5
Perkara 11 (5):“Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.”
Kembali
Kesimpulan
Kehadiran Islam di Nusantara telah memberi kesan dan pengaruh yang amat mendalam dalam perkembangan tamadun di rantau khususnya di Malaysia.
Keuniversalan ajaran Islam menghasilkan satu pemikiran dan tamadun yang kekal sepanjang zaman.
Ia juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan etnik dan budaya yang pelbagai.
Rujukan A.Aziz Deraman (2005) Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Ampang: Dawama Sdn.Bhd.
Abdul Aziz Bari (2005) Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and
Publication. Abdullah Ishak (1990) Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu, Petaling Jaya: al-Rahmaniah. Abdullah Jusuh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Abdul Rahman Abdullah (1990) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya
Hingga Abd ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________________ (2000) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam,
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. _______________________ (1989) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan
Pena Sdn. Bhd. ________________________ (1984) Sejarah dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Ahmad Zaki Abd.Latiff. et.al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.
El-Muhammady, Muhammad Uthman (1976) Peranan Islam Pembentukan Kebudayaan ,
dalam Seminar Islam Dan kebudayaan Melayu, Bangi: UKM. Ismail Hamid (1985) Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd. ___________ (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Mahayudin Hj. Yahaya (1998) Islam Di Alam Melayu, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka. ___________________ (2000) Siri Sejarah Fajar Bakti Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Muhammad Hisyam Mohamad (penyunting) (2007) Pembangunan dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn.Bhd.
Ramawan Ab Rahman. et.al. (2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah
Pemikiran Islam. Shah Alam : Penerbitan AlamBaca Sdn.Bhd. Siddik Fadil (1986) Gerakan Islam Di Dunia Melayu-Tuntutan Zaman
Dan Cabaran Lingkungan, Kuala Lumpur: ABIM. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu Sukatan Terbaharu (2006) Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sekian