doa kanzil arasy

Upload: faiz-alwi

Post on 15-Oct-2015

540 views

Category:

Documents


72 download

DESCRIPTION

DOA KANZIL ARASY

TRANSCRIPT

  • DOA KANZIL ARASY

    1

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Klinik muallij

    http://klinik-muallij.blogspot.com

    oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)

    tanpa hakcipta ilmu untuk semua

  • DOA KANZIL ARASY

    2

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    KANDUNGAN Muqaddimah Doa Kanzil 'Arash 3 Al-Asma Al-Husna 8 Doa Kanzil 'Arash 13 Doa Qurani 40 Selawat 54

  • DOA KANZIL ARASY

    3

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Segala puji adalah khusus bagi Allah. Kita memuji ZatNya dan kita meminta pertolongan dariNya dan kita beriman denganNya dan kita bertawakal kepadaNya dan kita berlindung dengan Allah dari segala kejahatan nafsu diri kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah memberikan petunjuk kepadanya, maka tiada sebarang penyesat yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, maka tiada sebarang pemberi petunjuk yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Kita bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu melainkan Allah dan kita bersaksi bahawa sesungguhnya Hadhrat Baginda Sayyidina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam adalah seorang hamba Allah dan merupakan Rasul utusan bagiNya. Setelah memuji dan mengagungkan Allah serta memuliakan RasulNya, hamba yang dhaif, faqir hina dina ini semoga Allah mengampunkannya dan kedua ibu bapanya dan sekelian guru-gurunya dan seluruh ummat Muslimin, ingin mempersembahkan kepada para pembaca suatu khazanah yang agung dari perbendaharaan 'Arash yang mulia. Ianya berupa himpunan Nama-Nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tersusun dalam lafaz-lafaz yang indah dan dinamakannya sebagai Doa Kanzil 'Arash yang bererti seruan doa dari Khazanah 'Arash. Seluruh Nama-Nama Allah adalah bagi menyatakan keagungan ZatNya. Allah adalah Zat Yang Maha Sempurna dan Maha Agung KebesaranNya. Lafaz Allah adalah nama bagi ZatNya manakala seluruh Nama-NamaNya yang lain adalah bagi menyatakan kesempurnaan ZatNya, SifatNya dan PerlakuanNya. Allah adalah Zat yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat kesempurnaan dan terbebas dariNya segala sifat-sifat yang lemah dan keji. Amalan doa ini begitu masyhur di kalangan Ummat Islam di rantau Nusantara khususnya Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja dan Filipina.

  • DOA KANZIL ARASY

    4

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Ianya juga begitu masyhur bagi kalangan Ummat Islam di benua Hindi seperti di India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan. Doa ini juga teramat masyhur di kalangan Ummat Islam di seluruh rantau Negara-negara 'Arab dan bukan 'Arab. Kami telah menemui fadhilat kelebihan membaca himpunan Nama-Nama Allah ini dalam dua buah kitab yang masyhur lagi makbul di kalangan Ummat Islam iaitu Majmu' Syarif Melayu yang mengandungi beberapa Surah dari Al-Quran yang menjadi amalan yang lazim dan juga mengandungi doa-doa serta Istighfar dan juga amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah Wa Matba'ah Darul Ma'arif, 173-C, Sungai Pinang Road, Pulau Pinang, Malaysia. Sebuah lagi adalah kitab yang berjudul Majmu'ah Awrad Wa Wazaif yang mengandungi beberapa Surah Al-Quran yang lazim diamalkan pembacaannya dan juga mengandungi Hadits-Hadits Nabawiah. Kitab ini telah diterbitkan oleh Azad Publishers, No. 56, Urdu Bazar, Karachi, Pakistan. Di dalam kitab ini terdapat sebuah riwayat yang menyatakan bahawa pada suatu hari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sedang berada di dalam masjid. Tiba-tiba Hadhrat Jibril 'Alaihissalam telah datang dan mengajarkan Doa Kanzul 'Arash ini kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjelaskan kepada Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang kelebihan yang tidak terbatas dan keberkatannya.Betapa kemasyhuran doa ini sehingga ianya telah dimisalkan seumpama pelita yang terang benderang di Dunia ini. Sesiapa sahaja yang membaca doa ini, maka segala apa yang dihajatkan olehnya, Insya Allah akan tercapai dan dia akan mendapat keberkatan dari amalan doa tersebut sehingga ke anak cucunya dan dia akan mendapat kemurahan rezeki dalam kehidupannya. Doa ini juga dinamakan sebagai Raja Segala Doa-Doa kerana ianya mengandungi fadhilat kelebihan dan faedah yang tidak terhitung banyaknya. Walaubagaimanapun, bukanlah maksud untuk mendapatkan segala kelebihan ini yang sepatutnya menjadi matlamat utama, tetapi perkara yang paling penting dan utama adalah kerana kecintaan kita terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan 'Aqidah yang suci bersih dan tulus ikhlas, maka kita menyebutksn Nama-NamaNya yang mulia ini semata-mata dengan niat untuk mencintaiNya dan mencari keredhaanNya. Ada dinyatakan dalam kitab tersebut dalam meringkaskan nilai kelebihan doa ini dari menyatakannya dengan panjang lebar dari sebuah Hadits yang panjang bahawa Hadhrat Jibril 'Alaihissalam dalam menerangkan kelebihan doa ini telah bersabda bahawa bagi sesiapa yang membaca doa yang diberkati ini maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya tiga perkara. Pertama, Allah memberikan keberkatan dalam rezekinya. Kedua, Allah akan mengurniakan rezeki kepadanya dari sumber yang ghaib. Ketiga, Allah akan menundukkan musuhmusuhnya dengan rasa rendah dan hina diri terhadapnya. Barangsiapa yang membaca doa ini atau menyimpan doa ini di sampingnya, maka Allah Yang Maha Agung KebesaranNya akan melimpahkan Rahmat kepada orang tersebut pada setiap masa dan jika dibawa ketika berperang dengan orang Kafir, maka akan menang mengatasi orang Kafir dan mendapat pertolongan ghaib dari Allah

  • DOA KANZIL ARASY

    5

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Subhanahu Wa Ta'ala. Jika doa ini dibawa ketika dalam perjalanan mahupun musafir, maka dia sentiasa akan beroleh 'Afiat kesihatannya dan akan memperolehi kekayaan harta dalam rumahnya. Dengan keberkatan doa ini juga seseorang itu akan terpelihara dari kejahatan sihir dan syaitan serta sebarang bentuk bala musibah di bumi mahupun di langit. Jika doa ini ditulis lalu dibasuh dengan air hujan yang awal kemudian diberi minum kepada orang yang terkena sihir, nescaya akan sembuh. Jika ianya ditulis sebagai azimat kemudian dibasuhkan dengan air lalu diberi minum kepada orang yang berpenyakit sukar diubati atau tidak ditemui jalan penyembuhannya, maka dengan kelebihan dan kurniaan dari Allah Ta'ala nescaya penyakitnya akan sembuh. Jika pasangan suami isteri yang masih belum mendapat sebarang zuriat, maka hendaklah dituliskan doa ini dengan dakwat kasturi dan zakfaran lalu dibasuhkan dan diberi minum kepada pasangan tersebut selama dua puluh satu hari, nescaya Allah akan mengurniakan zuriat kepada mereka dengan kekurniaan dan kelebihan dari Allah. Dengan berkat pembacaan doa ini, pada hari Qiyamat para pembacanya akan dikurniakan ketinggian darjat sehinggakan orang lain juga akan turut mengharapkan ketinggian darjat tersebut. Para pembacanya sekali-kali tidak akan menjadi sesat dan tidak akan lupa tentang perjalanannya. Terdapat sebuah riwayat yang menyatakan tentang kelebihan doa ini iaitu pada suatu ketika di Kota Madinah Munawwarah, seorang yang layak dihukum pancung telah ditangkap dan dibawa mengadap kepada hakim. Hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Sebagai hukuman, beliau telah dipanah sebanyak tiga kali namun tiada sebarang kesan pada dirinya. Kemudian beliau telah dibakar namun tidak terbakar dan direndam di dalam air namun beliau tidak lemas sehingga berbagai-bagai kaedah dan cara telah dilakukan untuk menghukum pesalah tersebut, namun segala usaha telah menjadi sia-sia. Hakim menjadi agak teruja dengan keadaan ini dan telah bertanya kepada pesalah itu apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan yang sedemikian. Pesalah itu lalu berkata bahawa pada dirinya terdapat Ta'widz Azimat Kanzil 'Arash dan menerusi keberkatannya, tiada sebarang kesusahan musibah atau bencana akan datang kepadanya. Hakim pun lalu membebaskannya dan memberikan harta pampasan kepadanya dan telah meminta beliau menuliskan doa Ta'widz dan sentiasa mengamalkan pembacaannya. Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan yang terkandung di dalam pengamalan doa yang agung ini yang tidak dapat kami menukilkan kesemuanya. Jika ketujuh-tujuh petala langit dan bumi ini dijadikan sebagai kertas dan sekelian pohon-pohon di atas seluruh muka bumi ini dijadikan pena dan sekelian makhluk di langit dan di bumi dari azali hingga ke abadi berkumpul untuk menuliskan kata-kata pujian terhadap Zat Allah Yang Maha Agung, nescaya tetap tidak akan habis. Doa Kanzil 'Arash ini amat sesuai dijadikan wirid dalam kehidupan seharian bagi memohon hajat dan melapangkan rezeki. Menerusi keberkatannya juga dapat memberikan kemenangan ke atas musuh-musuh dan menyembuhkan penyakit orang-orang yang sakit.

  • DOA KANZIL ARASY

    6

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Untuk memperolehi keberkatan dalam hidup dan mencapai banyak kelebihan, seseorang hendaklah mengamalkan pembacaan doa yang berkat ini kerana sememangnya ia amat mujarab dan ampuh dengan syarat hendaklah membacanya dengan hati yang ikhlas. Semoga Allah Ta'ala memberkati para pembaca doa ini yang menjadikannya sebagai amalan pembacaan harian mahupun sekali dalam seumur hidupnya dan orangorang yang menyimpannya dalam simpanan. Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 180,

    ! u !$o F{ $# 4 o_ t :$# $$s $p 5 ( (# s u t %!$# s= y r& 4 t t fy $t (#% x. t =y t

    180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

    Nama-nama yang terbaik adalah bagi menunjukkan keagungan yang sesuai dengan sifat-sifat Allah dan janganlah dihiraukan orang-orang yang menyembah Allah dengan Nama-nama yang tidak sesuai dengan sifat-sifat dan keagungan Allah. Segala nama-nama yang baik adalah dikhususkan hanya bagi Allah. Kita telah diperintahkan agar menyeru dan memohon kepada Allah menerusi sebutan Nama-NamaNya yang baik dan mulia. Nama-Nama Allah yang terbaik adalah begitu banyak dan tidak diketahui jumlah bilangannya yang sebenar. Menurut sebuah Hadits yang sahih yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama-nama yang terbaik.

    Di dalam surah Al-Isra ayat 110, Allah Ta'ala berfirman,

    % (# $# ! $# r& (# $# z uq 9$# ( $w r& $ (# s? &s#s !$y F{ $# 4 o_ t :$# 4 u ygrB y7 ?| / u M $s B $p 5 tF / $# u t t/ y7 9s W6 y

    110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.

  • DOA KANZIL ARASY

    7

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Maksudnya janganlah membaca ayat Al-Quran dalam Solat secara terlalu kuat atau terlalu perlahan tetapi cukuplah sekedar dapat didengari oleh ma'mum. Begitu juga dalam seruan doa terhadap Allah, tidak perlu diucapkan dengan sebutan yang terlalu kuat. Yang sebaik-baiknya adalah dengan sebutan yang sederhana iaitu tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah Zat Yang Maha Mendengar dan Dia tidak tuli. Pendengaran Allah adalah Maha Sempurna dan Dia dapat mendengarinya meskipun sesuatu yang diucapkan di dalam hati. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 8,

    ! $# I t s9) ) u ( &s! !$y F{ $# 4 o_ t :$# 8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.

    Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits di dalam Sahih Bukhari menerangkan tentang Keesaan Zat Allah Subhanahu Wa Taala; dari Abul Yaman dan beliau meriwayatkan dari Shuaib dan beliau meriwayatkan dari Abu Az-Zinad dan beliau meriwayatkan dari Al-Araj dan beliau meriwayatkannya dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu

    Telah diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda, Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus kurangsatu, barangsiapa yang memeliharaNya dalam hati akan masuk Syurga.

  • DOA KANZIL ARASY

    8

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Di dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamtelah menyatakan bahawa bagi Zat Allah itu terdapat sembilan puluh sembilan Nama. Yang dimaksudkan dengan sembilan puluh sembilan itu adalah Nama- Nama Allah Yang Terbaik atau disebut sebagai Al-Asmaa Al-Husna. Memelihara nama-nama tersebut di dalam hati bererti kita menghafalkannya dan mengamalkannyasebagai zikir dan doa. Nama-Nama Allah ini mengandungi nilai keberkatan yang amat besar kerana ianya merupakan Nama-Nama bagi Zat Yang Maha Esa, yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat yang sempurna dan Dia adalah Maha Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan. Nama-Nama Allah ini merangkumi Nama ZatNya, Nama Sifat-SifatNya dan Nama AfalNya. Para Alim Ulama menyatakan bahawa Allah Taala memiliki lebih 3000 Nama. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapakah jumlah bilangan yang sebenar Nama-NamaNya. Al-Asmaa Al-Husna yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • DOA KANZIL ARASY

    9

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    10

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    Sembilan puluh sembilan Nama-Nama Allah Yang Terbaik itu seperti mana yang masyhur dari Al-Quran dan Al-Hadits adalah seperti berikut: 1. AR-RAHMAN Yang Maha Pengasih 2. AR-RAHIM Yang Maha Penyayang 3. AL-MALIK Yang Maha Raja 4. AL-QUDDUS Yang Maha Suci 5. AS-SALAM Yang Maha Memberi Kesejahteraan 6. AL-MUKMIN Yang Memberi Keamanan 7. AL-MUHAIMIN Yang Maha Memelihara 8. AL-AZIZ Yang Maha Gagah 9. AL-JABBAR Yang Maha Perkasa 10. AL-MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki Kebesaran 11. AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta 12. AL-BARI Yang Mengadakan 13. AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan Rupabentuk 14. AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun 15. AL-QAHHAR Yang Maha Memaksa 16. AL-WAHHAB Yang Maha Memberi Kurnia 17. AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki 18. AL-FATTAH Yang Membuka Jalan Rahmat 19. AL-ALIM Yang Maha Mengetahui 20. AL-QABIDHZ Yang Menyempitkan 21. AL-BASIT Yang Melapangkan 22. AL-KHAFIDHZ Yang Merendahkan 23. AR-RAFI Yang Meninggikan Darjat

    24. AL-MUIZZ Yang Memuliakan 25. AL-MUDZILL Yang Menghinakan 26. AS-SAMI Yang Maha Mendengar 27. AL-BASIR Yang Maha Melihat 28. AL-HAKAM Yang Menetapkan Hukum 29. AL-ADL Yang Maha Adil 30. AL-LATIF Yang Maha Halus 31. AL-KHABIR Yang Mengetahui Rahsia 32. AL-HALIM Yang Maha Penyantun 33. AL-AZIM Yang Maha Agung 34. AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun 35. ASY-SYAKUR Yang Menghargai 36. AL-ALIY Yang Maha Tinggi 37. AL-KABIR Yang Maha Besar 38. AL-HAFIZ Yang Maha Pemelihara 39. AL-MUQIT Yang Maha Mencukupkan 40. AL-HASIB Yang Maha Menghitung 41. AL-JALIL Yang Maha Mulia 42. AL-KARIM Yang Memberikan Kemuliaan 43. AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi

  • DOA KANZIL ARASY

    11

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    44. AL-MUJIB Yang Menjawab Semua Permohonan 45. AL-WASI Yang Maha Luas Kekurniaan 46. AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana 47. AL-WADUD Yang Maha Pencinta 48. AL-MAJID Yang Maha Mulia 49. AL-BAITS Yang Maha Membangkitkan 50. ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan 51. AL-HAQQ Yang Maha Benar

    52. AL-WAKIL Yang Maha Memelihara 53. AL-QAWIY Yang Maha Kuat 54. AL-MATIN Yang Maha Kukuh 55. AL-WALIY Yang Maha Melindungi 56. AL-HAMID Yang Maha Terpuji 57. AL-MUHSI Yang Maha Menghitung 58. AL-MUBDI Yang Maha Memulai 59. AL-MUID Yang Mengembalikan Kehidupan 60. AL-MUHYI Yang Maha Menghidupkan 61. AL-MUMIT Yang Maha Mematikan 62. AL-HAYY Yang Maha Hidup 63. AL-QAYYUM Yang Maha Berdiri Sendiri 64. AL-WAJID Yang Maha Menemukan 65. AL-MAJID Yang Maha Mulia 66. AL-WAHID Yang Satu 67. AL-AHAD* Yang Maha Esa 68. AS-SAMAD Yang Menjadi Tempat Pergantungan Makhluk 69. AL-QADIR Yang Maha Menentukan 70. AL-MUQTADIR Yang Maha Berkuasa 71. AL-MUQADDIM Yang Maha Mendahulukan 72. AL-MUAKHKHIR Yang Maha Mengakhirkan 73. AL-AWWAL Yang Maha Awal 74. AL-AKHIR Yang Maha Akhir 75. AZ-ZAHIR Yang Maha Nyata 76. AL-BATIN Yang Maha Tersembunyi 77. AL-WALI Yang Maha Memerintah 78. AL-MUTAALI Yang Maha Memiliki Ketinggian 79. AL-BARR Yang Maha Memberi Kebaikan 80. AT-TAWWAB Yang Maha Menerima Taubat 81. AL-MUNTAQIM Yang Maha Penyiksa 82. AL-AFUW Yang Maha Pemaaf 83. AR-RAUF Yang Maha Pengasih 84. MALIKUL-MULK Raja Penguasa Segala Kerajaan 85. DZUL-JALALI WAL-IKRAM Yang Memiliki Kebesaran Dan Kemuliaan 86. AL-MUQSIT Yang Maha Adil 87. AL-JAMI Yang Maha Menghimpunkan 88. AL-GHANIY Yang Maha Kaya 89. AL-MUGHNI Yang Memberikan Kekayaan

  • DOA KANZIL ARASY

    12

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    90. AL-MANI Yang Maha Mencegah 91. ADH-DHARR Yang Memberikan Kemudharatan 92. AN-NAFI Yang Memberikan Kemanafaatan 93. AN-NUR Yang Maha Bercahaya 94. AL-HADI Yang Memberikan Petunjuk 95. AL-BADI Yang Memulakan Penciptaan 96. AL-BAQI Yang Maha Kekal 97. AL-WARITS Yang Maha Mewarisi 98. AR-RASYID Yang Maha Pembimbing 99. AS-SABUR Yang Maha Sabar

    Di dalam Doa Kanzil 'Arash ini juga mengandungi Nama-Nama Allah dan ada di antaranya yang tidak dinyatakan di dalam himpunan AlAsma Al-Husna yang sembilan puluh sembilan. Kesemua Nama-Nama yang dinyatakan ini adalah merujuk kepada Zat Allah Yang Satu, Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Menyebut Nama-Nama Allah sememangnya adalah merupakan suatu kurniaan nikmat dari Allah kerana diberikan Taufiq kepada kita menggerakkan lidah dan akal fikiran untuk menyebut dan memikirkan tentang kebesaran dan keagunganNya. Mudahmudahan amalan ini akan menguatkan 'Aqidah kita terhadap Ketuhanan Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menambahkan keyakinan kita terhadap kekuasaanNya. Dalam buku kecil ini juga kami sertakan transliterasi Roman dan terjemahan Doa Kanzil 'Arash dalam Bahasa Melayu dan disertakan juga Doa Qurani iaitu himpunan doa-doa yang dipetik dari Al-Quran dan amat bermanafaat untuk dijadikan amalan pembacaan harian. Semoga sekelian para pembacanya beroleh manafaat darinya. Doa Kanzil 'Arash ini sesuai diamalkan pembacaannya setiap kali selepas menunaikan Solat Fardhu ataupun sekurang-kurangnya dibaca sekali dalam sehari sama ada pada waktu pagi ataupun petang. Walaubagaimanapun, pembacaannya tiada batas sama sekali, ianya boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja yang sesuai untuk mengamalkan zikir dan doa. Insya Allah, keberkatan dari pembacaan ini akan dapat dirasai oleh orang-orang yang membaca dan mengamalkannya. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Al-Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 1 Dzul Hijjah 1429 H/ 30 November 2008 M

  • DOA KANZIL ARASY

    13

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    14

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    15

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    16

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    17

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    18

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    19

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    20

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    21

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    22

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    23

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    24

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    25

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    26

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    27

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    28

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    29

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    30

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    31

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    32

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    33

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    34

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    35

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    36

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    37

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    38

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    39

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    40

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

    DOA QURANI

  • DOA KANZIL ARASY

    41

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    42

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    43

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    44

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    45

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    46

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    47

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    48

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    49

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    50

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    51

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    52

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    53

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

  • DOA KANZIL ARASY

    54

    Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda