doa sempena hari sukan(1)

Upload: charles-davis

Post on 06-Jul-2015

565 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

DOA Kejohanan Sukan/Bolasepak

. ,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami berhimpun pada tengahari ini sempena ............................................................................................. ......................................... dengan penuh semangat kesukanan dan silaturrahim. Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .