doa sempena jamuan hari raya.pdf

1
DOA MAJLIS HARI RAYA · عزي ز يا رحمن، يا Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dengan keberkatan bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, kami zahirkan rasa syukur di atas segala anugerah- Mu dapatlah kami berhimpun bagi meraikan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi penduduk melur dan sekitarnya yang disebut sebagai hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan benteng keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang bulan Ramadan yang telah lalu. Ya Allah Ya Ghafur,Ya Fattahu Ya Alimm , Di malam yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua. ا حميد يا غنى ي ياYa Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau Ya Allahu Ya Ghafur Rahim, Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha mengasihani. ا ا ا ع ا ي Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat Mu berikanlah hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, perkukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah pekerjaan kami, berikanlah kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta dipanjangkan usia dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan negara kami yang tercinta ini.

Upload: ahmad-faiz-zakaria

Post on 18-Aug-2015

3.540 views

Category:

Documents


203 download

TRANSCRIPT

DOA MAJLIS HARI RAYA

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dengan keberkatan bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, kami zahirkan rasa syukurdi atas segala anugerah-Mu dapatlah kami berhimpun bagi meraikan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi penduduk melur dan sekitarnya yang disebut sebagai hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan benteng keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang bulan Ramadan yang telah lalu.

Ya Allah Ya Ghafur,Ya Fattahu Ya Alimm , Di malam yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua. Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau Ya AllahuYa Ghafur Rahim, Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat Mu berikanlah hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, perkukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah pekerjaan kami, berikanlah kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta dipanjangkan usia dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan negara kami yang tercinta ini.