rangka isi pelajaran - anita anuar - ppg jun...
TRANSCRIPT
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
TAJUK 1 Pengenalan Kepada Kerohanian
1.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan
Islam dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian,
agama Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta
Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam.
Seterusnya perbincangan menjurus kepada aspek-aspek yang
menjadi fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan,
kemanusiaan, ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar
juga akan didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian
iaitu melalui ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut
kefahaman agama Islam dan agama-agama lain.
2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan
Islam Prasekolah.
3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu,
kemahiran, amali dan pembudayaan.
1
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
1.3 Kerangka Konsep Tajuk.
1.4 Pengenalan Kepada Kerohanian
Mari kita mulakan perbincangan dengan menghayati secara
ringkas tentang konsep kerohanian.
1.4.1 Konsep Kerohanian
Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan
dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang
berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal
dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang
melibatkan semangat seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud
terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh.
Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat
intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani
2
Subtajuk 3 Akta Pendidikan 1996
seksyen 50 (1)Pengajaran Agama Islam
Subtajuk 1Konsep kerohanian
Subtajuk 4Fokus Pendidikan Islam
-keimanan-kemanusiaan-ketatanegaraan-kemasyarakatan
Subtajuk 5Penerapan kerohanian melalui:-ilmu-kemahiran-amali-pembudayaan
Pengenalan kepadakerohanian
Subtajuk 2 Pandangan mengikut agama-
agama
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan
emosi kendiri dan penaakulan strategik.
rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama,
individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh
individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang
mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan
kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara
total.
1.4.2 Konsep kerohanian mengikut agama-agama
Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani
membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan
kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri.
Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu
dan penetapan undang-undang.
Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai
perkara yang terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali
(1058-1111) lagi potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui
pendidikan potensi itu akan dapat diserlahkan. Seterusnya Hasan Ali
(1999) menambah bahawa kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu
kecenderungan. Menakala menurut Wahiduddin Khan, maksud
kerohanian adalah keinginan makhluk untuk berhubung dengan
Penciptanya.
Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan rohani merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang
telah diamanahkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud
”wahai orang –orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka” (Surah at Tahrim ayat 6). Menurut Islam, kanak-kanak
dilahirkan suci dengan membawa fitrah beragama. Maka kedua orang
3
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
tuanya yang bakal mencorakkan anak-anaknya samada menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah).
Sayyidina Umar r.a berpesan ” ajarlah anak-anakmu dengan ilmu
semasa, kerana sesungguhnya mereka dicipta untuk suatu zaman yang
bukan lagi zamanmu”. Imam al Ghazali (450-505 H) mensyaratkan
kanak-kanak mesti dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang kuat
beragama dan mulia tingkah laku. Seterusnya, kanak-kanak perlu dididik
dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan dan minum, mencuci
badan dan cara berwudhu’ yang betul serta bersolat (Hamid 1990).
Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema
iaitu kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi.
Dalam Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari
mana kita dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan
untuk kedua-dua utusan manusia dan rohaniah. Tuhan mengirim berbagai
jenis utusan. Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw.
36:15-16). Kedua, ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada
manusia dengan pesan atau fungsi khusus. Sebagai agen-agen Tuhan
mereka dikirim ke bumi untuk melaksanakan semua keputusan Tuhan
berkenaan hal-hal hukuman dan pembetulan manusia (Keluaran 12:23;
Mazmur 104:4; Ibrani 11:28). Malaikat juga membawa pesan kepada
nabi-nabi Tuhan dan melindungi umat Tuhan. Apabila para malaikat
muncul kepada manusia ini selalunya dalama rupa bentuk manusia.
Anak-anak rohaniah Tuhan juga ada disebut mempunyai pangkat dan
kuasa berlainan (Zakharia 1:9, 11; Yudas 1:9). Mereka “berkuasa” (2 Tes.
1:7); dipanggil “pahlawan-pahlawan perkasa” (Mazmur 103:20); “kudus”
(Lukas 9:26); “pilihan” (1 Tim. 5:21). Bagaimanapun, mereka harus jangan
disembah (Kol. 2:18; Wahyu 19:10).
4
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Dalam agama Buddha, ajarannya pula menggalakkan para
penganutnya melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk
melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada
diri sendiri, malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu.
mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian
adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan.
Sementara kerohanian di dalam agama Hindu pula, menjurus
kepada kepercayaan dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran
semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan
(karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di
alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai
penyatuan antara Atman (roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau
Tuhan). Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan)
melalui tiga sifatnya iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini
mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan
pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil
Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama: Shaivisme:
Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta
Semula.
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang konsep
kerohanian menurut perpektif agama-agama di atas? Cuba
buat rumusan terhadap pendapat-pendapat di atas dengan
menggunakan peta minda.
5
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
1.4.3 Akta Pendidikan 1996- Seksyen 50(1) Pengajaran Agama Islam
Akta Pendidikan 1996-Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam
menyatakan jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang
murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan
oleh pihak berkuasa negeri.
Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat lengkap
berkaitan Akta Pendidikan 1996 di atas.
1.4.4 Fokus Pendidikan Islam
Secara umumnya Pendidikan Islam memberi tumpuan terhadap
empat bidang utama iaitu keimanan, kemanusiaan,
ketatanegaraan, dan kemasyarakatan. Mari kita sama-sama cuba
hayati dan fahami penjelasan bagi semua bidang tersebut.
1.4.4.1 Keimanan
Antara perkara yang dititik beratkan di dalam Pendidikan Islam ialah
keimanan kepada Allah swt. Beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala
bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai
dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah
Subhanahuwata’ala dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu
yang mustahil baginya dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat
wajib itu. Begitu juga, yakin dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah
Subhanahuwata’ala. Dengan lain perkataan, secara umumnya, seseorang
Muslim wajib beri’tiqad bahawa segala sifat kesempurnaan itu adalah hak
6
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Allah Subhanahuwata’ala semata-mata, samada sifat-sifat itu yang
berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah. Begitu juga sebaliknya, segala
sesuatu yang tidak sempurna tidak layak diletakkan kepada zat yang
maha kudus itu.
Beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala juga bermaksud
seseorang muslim wajib beri’tiqad bahawa di sebalik alam kebendaan
yang nyata ini, sudah wujud suatu zat yang tidak dapat dicapai oleh
pancaindera lahiriah manusia. Pada Zat itu terkumpul segala kekuasaan
mutlak. Padanya sahaja ada sifat-sifat maha kuasa, maha mengetahui,
maha bijaksana dan maha pentadbir. Zat itu adalah punca kejadian
segala makhluk dan segala yang akan berlaku ke atasnya. zat itu punca
hidayah, nur dan al-haq bagi manusia sejagat.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menghidupkan dan yang mematikan.
(Dialah) Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu.”
(Surah ad-Dukhan: ayat 8).
Berdasarkan maklumat di atas, sila buat rujukan tambahan mengenai konsep keimanan menurut Islam. Seterusnya bincangkan tentang kepentingan memberi penekanan dalam aspek keimanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak prasekolah.
1.4.4.2 Kemanusiaan
Pendidikan Islam juga menekankan tentang nilai-nilai kemanusiaan
berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan
manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik dan
eksistensinya, kehormatannya dan hak-haknya, dan juga memelihara
7
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
darahnya, hartanya serta kerabat keturunannya dalam kedudukan mereka
sebagai individu anggota masyarakat.
Perbincangan dan catatan nota
Sebagai seorang guru prasekolah, nyatakan langkah-langkah
yang boleh anda laksanakan dalam usaha untuk menerapkan
nilai-nilai kemanusiaan terhadap kanak-kanak.
Bincangkan bagaimana Pendidikan Islam memberi fokus tentang
ketatanegaraan dan kemasyarakatan?
Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda
dan teguklah sedikit minuman agar dapat memberi sedikit
tenaga kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini.
Katakan boleh kepada diri anda.
1.4.5 Penerapan Kerohanian
Secara umumnya sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh
diajar dan dipelajari. Dalam erti kata yang lain ia boleh diterapkan oleh
seseorang individu kepada individu yang lain melalui medium-medium
atau saluran-saluran tertentu. Antaranya melalui saluran ilmu, kemahiran,
amali, dan pembudayaan.
Ilmu berperanan sebagai pemangkin dalam mendidik rohani/jiwa ke
arah kebaikan. Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai
sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan.
8
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau
peristiwa yang dilihat. Ketika itulah ilmu berperanan untuk membentuk
dan memandu manusia ke arah kebaikan. Nabi bersabda yang
bermaksud ‘sesiapa yang menghendaki dunia maka dia perlukan ilmu,
sesiapa yang menghendaki akhirat maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang
mahukan keduanya maka dia juga perlukan ilmu’, (hadis riwayat al
Bukhari).
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan
untuk kamu apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan
untukmu nikmatnya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang
membantah tentang keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk
dan tanpa kitab yang memberi penerangan”. Dari nas-nas di atas
jelaslah bahawa ilmu merupakan sebagai medium dalam mendidik jiwa
kerohanian manusia ke arah kebaikan dan ke arah kecemerlangan hidup
dan mentauhidkan Allah swt.
Penerapan kerohanian juga diterapkan melalui unsur-unsur
kemahiran, seperti kemahiran berenang, kemahiran memanah dan
menunggang kuda. Ini terserlah melalui kata-kata saidina Umar al
Khattab “ ajarlah anak-anakmu memanah, berenang dan perintahkan
mereka melompat di atas punggung kuda” (al-Qardhawi 2002).
Penerapan kerohanian melalui amali dapat dilihat melalui arahan
latihan mendirikan solat oleh Rasulullah saw pada kanak-kanak melalui
sabdanya “ suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka
tujuh tahun, dan pukullah anakmu yang meninggalkan solat ketika mereka
berusia sepuluh tahun”. (Hadis riwayat Abu Daud)
9
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Perbincangan
Cuba anda jelaskan apakah yang dimaksud oleh Rasulullah
saw melalui maksud hadis: ”Bermainlah dengan anak-anakmu
sehingga 7 tahun pertama, ajarkanlah adab kepada anak-
anakmu sehingga 7 tahun kedua dan berkawanlah dengan
anak-anakmu sehingga tajuh tahun yang ke tiga”.
Nyatakan implikasi yang akan timbul jika nilai kerohanian
diabaikan.
TAJUK 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah
10
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
2.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada kurikulum
Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif
kurukulum tersebut. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan kepentingan
Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas
dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam
Saidina Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali.
Perbincangan seterusnya berfokus kepada kandungan-kandungan dan
hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah,
sirah dan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan pengenalan tentang kurikulum Pendidikan Islam
Prasekolah, falsafah, matlamat, objektif dan kepentingan Pendidikan
Islam pada peringkat awal kanak-kanak.
2. Memahami dan menjelaskan mafhum nas-nas berkaitan kepentingan
Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak.
3. Menghurai dan mengenalpasti kandungan dan hasil pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah.
4. Memahami konsep-konsep akidah,ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan
Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi yang diguna pakai dalam
pendidikan Islam Prasekolah.
2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK INI
11KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
2.3.1 Pengenalan
12
Subtajuk 1
-Pengenalan-Falsafah-Matlamat-Objektif
Subtajuk 2Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak berdasarkan:-Nas-nas al Quran-Nas-nas al Hadis-Pandangan Saidina Umar-Pandangan Imam Ghazali
Subtajuk 3 Kandungan dan Hasil
Pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah
Akidah: Rukun iman-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti
Sirah: Sirah Rasulullah-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktivitiIbadah: Rukun Islam
-Konsep-Merancang aktiviti-menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti
Akhlak:-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti
Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi:-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi lima
komponen utama iaitu akidah, ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan bahasa
Arab, al Quran dan tulisan jawi. Ia disusun sebagai suatu transformasi
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Skop kandungannya telah
dikurangkan setelah mendapat berbagai komen dari pelbagai pihak
kerana standard yang hendak dicapai banyak dan peratus pencapaian
murid masih ditahap minimum. Ia juga digubal agar wujud kesinambungan
dan keselarasan dari prasekolah ke tahun satu sekolah kebangsaan.
2.3.2 Falsafah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:
”Pendidikan di Malaysia adakah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
2.3.3 Matlamat Pendidikan Islam Prasekolah
Pendidikan Islam Prasekolah melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai
bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman,
rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah syahadah. Kanak-kanak
prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat,
mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian
13
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
mengikut adab adab Islam. Pendidikan Islam Prasekolah juga bertujuan
memperkenalkan kanak-kanak dengan asas bahasa al Quran, huruf
hijaiyyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa
pilihan.
2.3.4 Objektif Pendidikan Islam Prasekolah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang
kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk
mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan
rohani. Bagi bidang Pendidikan Islam penekanan diberi terhadap aspek
kerohanian iaitu mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian,
Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat
mengetahui asas rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah, dan
melafazkan Dua Kalimah Syahadah.
2.3.5 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak kanak
Pendidikan Islam pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat
penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai
satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa
sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang
diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai
samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department
of Education and Science,1990).
14
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang
kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan
baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur,
mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan
Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu
dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam
menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya
kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring
dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Mastura Badzis
2009). Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)
Di dalam al Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan
kepentingan pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak.
Antaranya ialah ayat 6 surah at Tahrim Allah berfirman ” Wahai orang
orang yang beriman jagalah dirimu dan seluruh ahli keluargamu dari api
neraka”. Sural al Alaq ayat 1 bermaksud bacalah dengan namu tuhanmu
yang telah menciptakan”. Di dalam surah Luqman ayat 13 pula Allah telah
merakamkan bagaimana Luqmanul Hakim mendidik dan membentuk
keperibadian anaknya dengan katanya ” dan apabila Luqman berkata
kepada anaknya dalam keadaan dia menasihat dan mendidik anaknya,
”wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik
itu merupakan suatu kezaliman yang amat besar”.
Ayat dari surah Luqman itu jelas menceritakan bagaimana didikan yang
berkaitan dengan Pendidikan Islam atau akidah anak-anak telah
ditekankan dari tahap kanak-kanak kecil lagi. Ini terbukti dengan
penggunaan lafaz arab ”Bunayya” kata nama yang membawa maksud
kecil bermaksud wahai anak kecilku.
15
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Di dalam hadis nabi juga terdapat banyak arahan-arahan berkaitan
pendidikan Islam kepada kanak-kanak. Antaranya ialah sabda nabi saw
bermaksud
Saidina Umar r.a juga pernah berpesan "ajarilah anak-anakmu dengan
ilmu semasa, sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu zaman
yang bukan lagi zaman kamu”. Sementara imam al Ghazali pula (450- 505
H) pula mensyaratkan agar anak-anak dididik sejak lahir oleh wanita-
wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku. Kanak-kanak juga
perlu dididik dengan ilmu agama, adab bersopan, adab berdepan dengan
makan dan minum, mencuci badan dan cara-cara berwudhuk dan solat
(Hamid 1990)
Kesimpulannya, Islam amat menitik beratkan pendidikan dalam
kehidupan manusia bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Kanak-
kanak perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai kerohanian dan
kemanusiaan agar dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang
berguna serta mendapat kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan
akhirat. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi para guru memberi bimbingan
dan tunjuk ajar kepada mereka untuk mencapai ke arah itu.
Soalan Tutorial:1. Perbincangan tentang pendidikan anak-anak menurut Islam.
2. Isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak
2.4 Pengenalan Kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah
16
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Dalam kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah terdapat lima tajuk utama
yang diberi tumpuan, iaitu: akidah, ibadah, sirah Rasulullah, akhlak dan
bahasa Arab al quran dan tulisan jawi.
2.4.1 Akidah: Rukun Iman
Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama
Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada
kita, maka barulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana,
di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan
mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah
perkara-perkara sam’iyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan
di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3 bermaksud “ orang
orang yang beriman dengan perkara ghaib, dan mendirikan solat dan
mereka menafkahkan apa yang kami rezkikan”.
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan,
dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman
ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini,
seseorang itu belum dikatakan beriman dengan iman yang sempurna.
Ketiadaan satu sahaja dari tiga perkara tersebut, seseorang itu boleh
digelar sebagai fasik, munafik atau kafir. Rukun iman terdiri dari enam
perkara iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya
kepada rasul, percaya kepada kitab, percaya kepada hari kiamat dan
percaya kepada qadha dan qadar.
2.4.2 Ibadah: Rukun Islam
17
Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akidah.
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-
kamus Arab, maka ianya bererti:
a. sesuatu yang menguatkan
b. yang mempertahankannya atau memuliakannya
c. bahagian yang penting dan terkuat.
Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu
sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan
bahagiannya. Dalam ibadat pula ada bermacam-macam seperti
mengucap syahadah, mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa,
menunaikan haji, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, berjihad
pada jalan Allah dan sebagainya. Bahagian yang boleh menguatkan,
mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam
rukun Islam. Bahagian inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam
kontek ini merupakan suatu konsep tersendiri yang amat luas
pengertiannya. la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang.
Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Dalam
kontek solat sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya, maka
sesungguhnnya dia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya
maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama yang terdapat di
dalam dirinya. Rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji.
2.4.3 Sirah: Sirah Rasulullah
Sirah rasulullah saw ialah perjalanan kehidupan rasulullah saw. Kanak-
kanak akan didedahkan dengan cara menyebut nama Rasulullah saw dan
ahli keluarga baginda yang terdekat seperti ibu rasulullah bernama
Aminah, bapanya bernama Abdullah, datuknya bernama Abdul Muttalib,
18
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
bapa saudaranya bernama Abu Talib dan lain lain lagi. Juga cerita
tentang peristiwa kelahiran rasulullah saw. Perkara perkara yang berlaku
ketika rasulullah dilahirkan.
2.4.4 Akhlak
Bahagian akhlak pula, kanak-kanak akan diberikan contoh bagaimana
akhlak rasulullah saw semasa baginda menjalani kehidupan seharian.
Akhlak-akhlak tersebut ialah amanah siddiq (bercakap benar), fatonah
(bijaksana), penyabar dan lain-lain lagi.
Akhlak juga termasuk amalan-amalan seharian dan termasuk cara
bagaimana melafazkan doa, contonhnya doa penerang hati dan doa
menaiki kenderaan. Adab sebelum makan dan minum, semasa makan
dan minum dan adab selepas makan dan minum. Cara melafazkan doa
sebelum dan selepas makan, membezakan makanan yang halal dan
makanan yang haram, makanan yang baik dan berkhasiat, adab adab
memasuki tandas dan keluar tandas, doa masuk dan keluar tanda, adab
menghormati ibu bapa, ahli keluarga,guru dan rakan sebaya.
2.4.5 Bahasa Arab, Al-Quran dan Tulisan Jawi
19
Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak. Sediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bertajuk adab ketika makan.
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan yang betul. Tanda-
tanda bacaan tersebut ialah baris atas, baris bawah dan baris hadapan.
Mengetahui huruf jawi dan menghafal beberapa surah dari juzu’ Amma
seperti surah al Fatihah, surah al Ikhlas, surah an Nas dan surah al Falaq.
2.5 Rumusan
Selepas mengikuti isi kandungan dan aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini
diharapkan anda telah dapat mengetahui dan memahami kurikulum
Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif
kurukulum tersebut. Selain itu, dengan mengetahui kepentingan
Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas
dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam
Saidina Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, akan dapat
membuka ruang untuk anda mendalaminya lagi. Seterusnya semoga
perbincangan tentang kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta
Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi akan memberi gambaran yang
jelas kepada anda terhadap komponen Pendidikan Islam Prasekolah.
Bagimana keadaan anda sekarang? Masih mampu untuk
berbincang tentang tajuk yang seterusnya? Kalau badan terasa
letih dan otak pun terasa kurang motivasi, jangan memaksa diri.
Cuba rehat seketika dan teguklah sedikit minuman mudah-
mudahan anda akan berasa segar kembali. Kemudian boleh
sambung lagi...
20
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
TAJUK 3 Pengenalan Kepada Perkembangan Moral
3.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep-konsep dalam
perkembangan moral, komponen-komponen moral dan teori-teori
berkaitan dengan perkembangan moral seperti teori psikoanalisis,
teori kognitif, teori Piaget, teori Kohlberg, teori pemelajaran sosial dan
lain-lain teori.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengkaji dan mengenalpasti konsep-konsep dalam perkembangan
moral dan komponen-komponen moral.
2. Merancang pengurusan pelaksanaan nilai-nilai Perkembangan
Kerohanian dan Moral dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
3.3 KERANGKA TAJUK
21
Pengenalan kepada perkembangan Moral
Konsep Perkembangan
Moral
Teori-Teori Perkembangan Moral:-Teori psikoanalisis-Teori kognitif-Teori Piaget-Teori Kohlberg
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
3.3.1 Konsep Perkembangan Moral
Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik,
apa yang betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujuk
kepada perolehan tentang apa yang betul dan apa yang salah
berdasarkan kod-kod etika masyarakat setempat.
Terdapat tiga komponen moral iaitu: afektif, kognitif dan tingkah
laku. Komponen moral afektif atau emosi mengandungi unsur-unsur
perasaan. Komponen moral kognitif mengandungi pemikiran atau konsep
betul dan salah. Manakala komponen moral tingkah laku
menggambarkan bagaimana kita bertingkah laku, contohnya apabila kita
dihadapkan dengan cabaran-cabaran untuk berbohong, menipu atau
mencuri.
Kajian-kajian psikologi tentang perkembangan moral terbahagi
kepada dua kategori iaitu sesetengah kajian tertumpu pada isu-isu seperti
kenapa setengah kanak-kanak atau remaja mencuri, lari dari rumah, lepak
dan sebagainya, apakah faktor-faktor yang menerbitkan tingkah-laku
tingkah-laku tersebut serta apakah elemen-elemen yang mengikat kanak-
kanak dan remaja untuk bekerjasama, akur sesama sendiri dan
sebagainya. Semua persoalan ini tertumpu pada menjelaskan tingkah
laku seseorang dalam situasi-situasi moral serta tingkah laku moral.
3.3.2 Teori-Teori dalam perkembangan moral
3.3.2.1 Teori PsikoanalisisFreud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila
kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun iaitu semasa tahap falik. Superego
akan menentukan cara-cara yang telah digunakan oleh ego untuk
memuaskan impuls id betul caranya. Superego akan menentukan cara-
22
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
cara tersebut diterima oleh masyarakat. Menurut Freud, kanak-kanak
dipenuhi dengan id, oleh sebab itu mereka sering bertingkah laku
mengikut motif kendiri dan lantaran itu ibu bapa amat penting untuk
mengawal mereka.
Superego bertindak seperti ibu bapa di dalam kepala dan akan
memberitahu apa yang betul dan apa yang salah. Superego juga akan
menerbitkan emosi-emosi seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang
individu melakukan tingkah laku yang salah.
3.3.2.2 Teori KognitifTeori ini menekankan soal penaakulan moral yang berlaku dalam tahap-
tahap invarian yang bermaksud tiap satu tahap bergantung pada
perolehan pada tahap sebelumnya. Dengan kata lain, proses- proses
pemikiran akan menentukan samada sesuatu itu betul atau salah. Salah
seorang pelopor teori ini adalah Jean Piaget (1869-1980).
3.3.2.3 Teori Kognitif Piaget
Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi ke
atas kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral
kepada dua tahap iaitu:
1- Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)
Kanak-kanak percaya yang undang-undang atau peraturan datang
daripada ibu bapa atau orang orang yang berautoriti yang lain. Peraturan
juga dilihat sebagai suci dan tidak boleh diubah. Oleh kerana kanak-
kanak bersifat egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu
perspektif peraturan sahaja. Pelanggaran peraturan adalah salah jika ia
23
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
membawa kepada konsekuen yang merosakkan walaupun orang yang
melanggar undang-undang itu mempunyai niat yang baik.
2- Moraliti Autonomus atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)
Tahap ini dicirikan oleh kelenturan atau fleksibiliti moral. Kanak-kanak
sudah kurang egosentriknya dan mereka melihat peraturan sebagai
persetujuan antara individu-individu. Peraturan tidak lagi dilihat sebagai
sesuatu yang tidak boleh berubah atau yang mutlak tetapi ia boleh
berubah mengikut individu. Misalnya Henry lebih tidak bermoral daripada
John. Autoriti orang dewasa sebagai punca ketaatan utama tidak lagi
dihormati. Saling menghormati dan kerjasama dengan rakan sebaya
mula menjadi dasar penaakulan moral.
3.3.2.4 Teori Kognitif Kohlberg
Lawrenc Kohlberg (1984) berpendapat moraliti juga berkembang mengikut
satu siri tahap. Ia berkembang secara universal dan dalam tiga tahap
iaitu tahap satu bagi awal kanak-kanak, tahap dua bagi masa kanak-
kanak dan tahap tiga bagi masa remaja. Dalam satu tahap pula terbahagi
kepada dua peringkat. Kohlberg membina teorinya berasaskan gerak
balas kanak-kanak terhadap satu set dilema. Kohlberg berpendapat
bahawa kanak-kanak pada tahap awal peringkat pertama berumur 7
tahun patuh kepada arahan kerana tidak mahu didenda. Manakala pada
peringkat kedua pula mereka mematuhi peraturan untuk mendapat
ganjaran, atau perkongsian untuk mendapat balasan.
Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder
lain bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan
teori perkembangan moral kanak-kanak.
24
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
TAJUK 4 Penaksiran Perkembangan Kerohanian dan Moral
4.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang penaksiran perkembangan
kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa
cara dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan pemerhatian,
hasil kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan
pelaporan. Melalui modul ini perbincangan mengenai penaksiran
hanya tertumpu kepada pelaksanaannya dari sudut pemerhatian
sahaja. Pemerhatian merupakan suatu cara pengesanan dan peningkatan
potensi kanak-kanak. Melalui modul ini, pelajar dapat memahami konsep
penaksiran / pemerhatian dalam perkembagan kerohanian dan moral
kanak-kanak prasekolah.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenalpasti cara-cara mengesan perkembangan kanak-kanak
prasekolah.
2. Menerangkan pelbagai jenis pemerhatian dalam proses penilaian
kanak-kanak.
3. Meningkatkan potensi kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai
kaedah pengajaran.
25
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
4.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini
4.3.1 Pengenalan
Kanak-kanak adalah unik, dinamik, mempunyai keperluan dan ciri-ciri
yang berbeza. Bagaimana kita dapat mengenal pasti keperluan mereka
yang berbeza? Bagaimana kita menilai perkembangannya yang
berterusan bagi memenuhi keperluannya dan merancang pengajaran
dengan berkesan? Penilaian kanak-kanak merupakan proses yang
berterusan dan memerlukan strategi yang bersepadu serta dilaksanakan
berdasarkan input daripada pelbagai sumber. Salah satu cara membuat
penaksiran perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah
ialah melalui pemerhatian.
26
PENAKSIRAN PERKEMBANGAN
KEROHANIAN DAN MORAL
Senarai semak
1. Pelaksanaan
2. Pelaporan
Pemerhatian
Hasil Kerja
Amali
HafazanSurah /doa
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
4.3.2 Konsep Pemerhatian
Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan
moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian
ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan,
pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu
diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif
dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan
tanpa disedari oleh kanak-kanak. Mengikut NAEYC (1987), pemerhatian
merupakan asas kepada merekodkan perkembangan kanak-kanak.
Maklumatnya boleh digunakan di dalam “realistic curriculum” di mana
matlamat dan tujuan dirancang untuk keperluan individu bagi melihat
kekuatan dan minat mereka. Kurikulum mesti bersesuaian dengan umur
dan kebolehan individu.
4.3.3 Objektif Pemerhatian
1. Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak prasekolah.
2. Menentukan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak prasekolah dari
segi perkembangan yang menyeluruh.
3. Membuat perancangan berasaskan keperluan individu.
4. Memantau kemajuan secara berterusan.
5. Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pertumbuhan
kanak-kanak.
6. Membuat rujukan kepada ibubapa dan pakar mengenai kesihatan,
pertuturan dan mental.
7. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi tujuan bimbingan dan
penempatan yang akan datang.
8. Merancang persekitaran belajar yang sesuai dan berkesan.
27
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri – ciri berikut :
Masalah kelewatan penguasaan bahasa,komunikasi dan literasi
seperti sukar memahami apa yang diperkatakan,pelat dan gagap.
Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti :
-Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz,bentuk,warna dan
kedudukan objek.
-Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik
-Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
-Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
-Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan
selalu resah.
Masalah berkaitan dengan pendengaran.
4.3.4 Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran
Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran,guru dan
pelaksanaan prasekolah harus merancang strategi untuk memenuhi
keperluan pembelajaran mereka. Berikut adalah cadangan untuk
membantu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memenuhi keperluan yang berbeza – beza.
1. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa
dan literasi guru perlu menggunakan:
Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan syarat
Bahan visual dan bertulis/ bercetak dalam pelbagai saiz dan format
Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi yang
lain
28
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
2. Bagi membina kefahamn melalui pengalaman semula sebenar ( hand-
on experience) dan deria,guru perlu menggunakan :
Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui
penglihatan ,pendengaran, sentuhan dan bau.
Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi
yang lain.
3. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan
praktikal, guru perlu :
Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa yang
lain
Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran
Mempunyai bahan dan peralatan yang khas
Menghargai dan memuji usaha murid
Membantu murid menghargai dan menghormati sumbagan sendiri
dan
Orang lain
Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan
Murid pintar cerdas mempunyai ciriciri berikut: Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang
tinggi
Mempunyai kosa kata yang banyak, tepat dan
mengekal/mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan
mudah.
Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan
dan berupaya menyelesaikan masalah.
Penyesuaian sosial dan kawalan emosiyang baik.
Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang
tinggi.
29
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Melebihi purata dari aspek ketinggian,berat badan,kekuatan dan
kesihatan..
4.3.5 Cara Pemerhatian
SOSIOMETRI RUNING REKOD
DURATION REKOD
SENARAI SEMAK SKALA PEMERINGKATAN
CARA MEMBUATPEMERHATIAN
REKOD ANEKDOT
REKOD PERISTIWA
INTERVEL REKOD
TIME SAMPLING
4.3.6 Bidang Pemerhatian
- Sosial-Cara berinteraksi.
- Emosi-Tingkah laku bukan lisan
- Fizikal
- Intelek-keupayaan, keputusan dan masalah
- Rohani-mengamalkan perilaku yang berasaskan nilai
30
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
- Bahasa-perbualan, mendengar, menulis
- Kreativiti-cara menghasilkan sesuatu pergerakan
Pengalaman masa mengajar berasaskan sekolah
Pelajar membuat refleksi ke atas pengalaman mengajar melalui taksiran yang dibuat berdasarkan pemerhatian semasa mengajar kanak-kanak yang bermasalah.
Pelajar berbincang dengan rakan sebaya mengenai perkara di atas dan membuat laporan bertulis kepada pensyarah.
4.3.7 Kepentingan menilai dan mengesan tahap perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat
dikesan secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai
kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan
bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan
pada peringkat awal lagi. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima
maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat
beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru
serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi,
guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti
bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti
beberapa kumpulan kecil. Respons kanak-kanak semasa rutin harian dan
aktiviti memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu
membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai
pembelajaran yang dikehendaki.
31
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan
potensi kanak-kanak. Guru juga dapat memerhati tingkah laku kanak-
kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. Kanak-kanak
dapat mengatasi masalah ‘tiada kawan’ contohnya, apabila guru memberi
peluang, masa dan bimbingan kepada mereka. Setiap catatan yang
dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak
merupakan bukti yang kukuh.
Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu
bapa sekurang-kurang dua kali setahun. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi
perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan.
Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal. Kanak-
kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa
yang telah dia hasilkan.
Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.
Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana
pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang
lampau. Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru
boleh memberi ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman,
pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina
dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.
4.3.8 Teknik Penaksiran
Penaksiran Kemajuan Kanak-kanak ialah:
Membuat kajian untuk mengenalpasti perkembangan dan
kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak dari segi JERIS
32
TEKNIK –TEKNIKPENAKSIRAN
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
untuk menjalankan tindakan susulan yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu ia dapat mengkaji faktor-faktor penghalang
proses perkembangan sedia ada seperti pembentukan sikap,
pengetahuan dan lain-lain.
Langkah mengenalpasti pembentukan sikap, penguasaan
kemahiran, konsep dan pengetahuan yang telah dicapai oleh
kanak-kanak di dalam persekitaran yang tertentu selaras
dengan perkembangan dan pertumbuhan di samping mengkaji
faktor-faktor yang membantu / menghalang proses
perkembangan sedia ada.
1. Membuat pemerhatian
2. Mengumpul maklumat 3. Menilai hasil kerja.
4. Ujian (contoh lisan, mendengar, melihat)
5. Penilaian kendiri kanak-kanak
AKTIVITI LATIHAN
Anda dikehendaki membuat rujukan perpustakaan berdasarkan teknik-
teknik penaksiran berikut:
- Membuat pemerhatian
- Mengumpul maklumat
- Menilai hasil kerja.
- Ujian (contoh hafazan surah dan doa)
- Penilaian kendiri kanak-kanak
33
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Setelah anda melakukan rujukan perpustakaan,
2. Bincangkan dalam kumpulan kecil berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Anda
digalakkan mengadakan perbincangan maya bersama rakan anda.
3. Buat catatan perkara-perkara utama yang telah dibincangkan itu
dalam bentuk pengurusan grafik/ peta minda.
Contoh peta minda:
34
Teknik-teknikPenaksiran
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral
Kesimpulannya, Guru prasekolah perlu menguasai sepenuhnya
aspek teknik-teknik panaksiran dalam membuat taksiran ke atas kanak-
kanak / pelajar prasekolah. Penguasaan guru terhadap aspek tersebut
adalah sangat penting dalam usaha membuat penilaiaan yang tepat dan
berkesan. Sekarang bagaimana dengan anda? sudahkah anda dapat
menguasai teknik-teknik tersebut?
4.4 Rumusan
Setelah membincangkan tentang penaksiran perkembangan
kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah serta dapat
mengetahui beberapa cara dalam membuat taksiran, diharapkan anda
boleh melaksanakannya dengan baik dan berkesan apabila anda
berada dalam lapangan yang sebenar nanti. Semoga perbincangan /
isi kandungan dalam tajuk ini dapat membantu anda memahami konsep
penaksiran / pemerhatian dalam perkembagan kerohanian dan moral
kanak-kanak prasekolah.
35