doktor muda

3
DOKTOR MUDA Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah. Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda. SEJARAH Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991. Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini

Upload: mohamad-saleh-abdul-rahman

Post on 17-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

DOKTOR MUDADoktor Mudamerupakan murid sekolahtahun 4, 5 dan 6yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya,pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlangdalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

SEJARAHProgram Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya padatahun 1991.

Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PadaMei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagaiKelab Doktor Muda.

OBJEKTIF1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat : Mengamalkan cara hidup sihat Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.

3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

FAEDAH PELAKSANAANAntara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah: Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan. Murid belajar menghargai kesihatan. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah. Kesihatan asas murid kebersihan diri & penyakit kulit dipantau. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Sekolah bersih Sekolah bebas Aedes Imej sekolah meningkat