dokumen konsultasi kajian semula - ssm.com.my · pdf fileringkasan eksekutif 3 bahagian b: ......
TRANSCRIPT
1
DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA
AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengalu-alukan maklum
balas dan ulasan ke atas kajian semula Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B di
dalam Dokumen Konsultasi ini pada atau sebelum 30 Jun 2017. Sila nyatakan nama dan organisasi yang anda wakili
(jika berkenaan) dan mohon sertakan rujukan kepada soalan anda.
Maklum balas dan ulasan hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada: [email protected]
Kerahsiaan: Mana-mana penafian kerahsiaan yang mungkin dijana oleh sistem IT organisasi anda atau dimasukkan pada
helaian hadapan faks sebagai satu pernyataan umum hanya akan terpakai kepada maklumat dalam maklum balas yang
anda pohon akan kerahsiaannya.
2
KANDUNGAN
_______________________________________________
MUKASURAT
Bahagian A:
Ringkasan Eksekutif
3
Bahagian B: Kajian Semula Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956
7
3
BAHAGIAN A
KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
RINGKASAN EKSEKUTIF
1. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh
perniagaan kecil kepada pertumbuhan domestik, SSM mengambil
inisiatif untuk memodenkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
(APP) ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif dan
dinamik untuk perkembangan perniagaan.
2. Dasar-dasar polisi berikut dicadangkan untuk
dipertimbangkan sebagai asas dalam merangka proses dan
prosedur pendaftaran perniagaan yang lebih cekap:
(a) Pengekalan rangka kerja semasa untuk mentadbir
pendaftaran perniagaan sebagai pemilik tunggal atau
perkongsian berdasarkan kategori aktiviti perniagaan sedia
ada.
(b) Bahawa konsep pendaftaran secara sukarela untuk aktiviti
perniagaan tertentu diperkenalkan.
(c) Bahawa kuasa untuk membatal, mengubah atau
mengecualikan mana-mana aktiviti daripada pemakaian
undang-undang ini terletakhak kepada Menteri.
(d) Bahawa frasa "orang yang bertanggungjawab untuk
pengurusan perniagaan" diguna pakai dan mengekalkan
4
takrif semasa "orang yang bertanggungjawab". Ia juga
disyorkan bahawa perlu ada peruntukan nyata mengenai
liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan
perniagaan" itu.
(e) Bahawa konsep "orang yang ditetapkan" yang mana boleh
diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik
diperkenalkan.
(f) Peruntukan yang jelas disediakan bagi membolehkan suatu
pertubuhan perbadanan untuk menjadi pekongsi dalam
perniagaan yang didaftarkan di bawah APP.
(g) Pengekalan dasar mengenai sekatan ke atas warga asing
dari mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP.
(h) Bahawa pendaftaran mandatori perniagaan diperlukan
sebelum seseorang boleh menjalankan perniagaan.
(i) Bahawa peruntukan berkaitan permohonan untuk carian
nama dan perizaban nama disediakan dengan jelas.
(j) Bahawa proses perizaban nama tidak mandatori dan perlu
ada tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan
kemungkinan disalahguna.
(k) Bahawa proses kelulusan penggunaan nama yang
komprehensif selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 diperkenalkan.
(l) Bahawa undang-undang harus membenarkan pertukaran
nama perniagaan berdaftar.
5
(m) Bahawa rangka kerja yang komprehensif disediakan untuk
menangani isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan atau
perniagaan dalam talian atau tanpa premis fizikal.
(n) Bahawa peruntukan yang lebih jelas disediakan bagi
menguruskan pendaftaran butir-butir yang perlu didaftar
dengan Pendaftar di samping memastikan pekongsi dalam
perniagaan dilindungi secukupnya.
(o) Bahawa keperluan mandatori semasa bagi menamatkan
perniagaan sekiranya pekongsi yang tidak dapat dikesan
atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahkan
perniagaan. Pekongsi lain yang masih ada dalam perniagaan
perlu diberi pilihan samaada untuk meneruskan perniagaan
jika perniagaan masih berdaya maju.
(p) Bahawa prosedur yang berkaitan dengan penamatan atau
pembatalan pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa
perniagaan itu digunakan atau berniat untuk digunakan bagi
tujuan yang menyalahi undang-undang, dikaji semula untuk
memasukkan prosedur pengeluaran notis oleh Pendaftar
kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang
yang bertanggungjawab dalam perniagaan. Pengeluaran
notis itu tidak memerlukan balasan yang menunjukkan
sebab yang sebaliknya. Adalah dicadangkan juga bahawa
mana-mana orang yang terkilan diberi peluang membuat
rayuan kepada Menteri.
(q) Bahawa undang-undang harus membenarkan Pendaftar
untuk membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan
daripada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan
6
tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa
perniagaan itu telah digunakan untuk tujuan yang tidak
sesuai dengan kepentingan negara atau keselamatan. Dalam
kes sedemikian, pengeluaran notis adalah tidak diperlukan.
(r) Bahawa amalan semasa dalam memfailkan Borang C
dikekalkan sekiranya berlaku penamatan perniagaan akibat
kematian sekutuniaga atau pekongsi di mana tidak ada
sekutu yang masih hidup.
(s) Bahawa prosedur bagi permohonan untuk mendaftar semula
perniagaan boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas
pendaftaran perniagaan terhenti.
(t) Bahawa rangka kerja berkaitan pembetulan daftar atau
kesalahan yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Syarikat 2016 diguna pakai.
(u) Bahawa rangka kerja yang sama dalam pemfailan elektronik
di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.
7
BAHAGIAN B
KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
PENGENALAN
1. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) secara rasmi
digubal sebagai Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Ia berkuat
kuasa pada 1 Januari 1957. Ia kemudiannya disemak dan
diterbitkan pada 26 Januari 1978 sebagai Undang-Undang
Malaysia 197 dan mengekalkan nama seperti sedia ada.
2. APP memperuntukkan pendaftaran perniagaan dan terpakai
di Semenanjung Malaysia sahaja. Pada tahun 1996, permohonan
APP telah dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan.
3. APP tidak terpakai kepada aktiviti-aktiviti berikut menurut
peruntukan seksyen 4:
(a) sesuatu perniagaan yang dipunyai dan dijalankan
sepenuhnya oleh mana-mana syarikat yang
didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016;
(b) sesuatu perniagaan yang dipunyai atau diuruskan
oleh Kerajaan atau mana-mana badan awam yang
diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis;
(c) sesuatu pertubuhan yang didaftarkan atau
dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan
8
dengan pendaftaran pertubuhan atau syarikat
kerjasama;
(d) sesuatu perniagaan yang semata-mata untuk
menjalankan apa-apa profesion di bawah mana-mana
undang-undang bertulis dan hanya boleh dijalankan
oleh mereka yang memiliki kelayakan-kelayakan
tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis
tersebut dan melalui proses pendaftaran di bawah
undang-undang tersebut.
4. Sejak dikuatkuasakan, APP telah dipinda sebanyak empat
kali tetapi prinsip-prinsip dan peruntukan substantif APP kekal
sama.
5. Setakat 31 Mac 2017, sejumlah 6,492,032 perniagaan telah
didaftarkan di bawah APP. Jumlah ini mewakili pertumbuhan sihat
aktiviti perniagaan domestik.
6. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh
perniagaan-perniagaan kecil terhadap pertumbuhan domestik,
SSM mengambil inisiatif untuk mengkaji semula peruntukan di
bawah APP bagi memastikan perkembangan komuniti perniagaan
melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan dinamik.
PERKARA YANG PERLU UNTUK DISEMAK DAN
PERBANDINGAN PENANDA ARAS
7. Kepentingan untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif dan dinamik bagi komuniti perniagaan untuk
9
berkembang menjadi pertimbangan utama kajian semula ini.
Kebanyakan prinsip di bawah APP masih relevan. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang ketinggalan
zaman dan lapuk yang perlu dikaji semula bagi memastikan
bahawa undang-undang ini kekal dinamik dan seiring dengan
evolusi trend perniagaan semasa.
8. Dokumen ini akan membincangkan isu-isu spesifik dengan
matlamat untuk menggalakkan kelancaran dan kemudahan
menjalankan perniagaan di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada
tiga bahagian seperti berikut:
(i) Bahagian A - Dinamik undang-undang
(ii) Bahagian B - Parameter aktiviti yang didaftarkan di
bawah APP;
(iii) Bahagian C - Pendaftaran, pembaharuan, pembatalan
dan pendaftaran semula perniagaan; dan
(iv) Bahagian D - Pelbagai
BAHAGIAN A - DINAMIK UNDANG-UNDANG
9. Di kebanyakan negara Komanwel dan negara-negara bukan
Komanwel, pentadbiran bagi aktiviti perniagaan dijalankan
melalui pendaftaran nama perniagaan1.
1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran nama-nama perniagaan Ireland
1963, Akta Nama Perniagaan Wilayah-Wilayah Ibu Negeri 1963, Akta Pendaftaran
Perniagaan Perusahaan Norway.
10
10. Di sesetengah negara, berbanding keperluan menghendaki
aktiviti-aktiviti tertentu didaftarkan, pendekatan yang lebih luas
telah diguna pakai di mana undang-undang menghendaki mana-
mana orang yang menjalankan perniagaan2 di bawah nama
perniagaan3 hendaklah berdaftar. Keperluan untuk mendaftarkan
nama perniagaan adalah terpakai secara menyeluruh terhadap
mana-mana orang (sama ada tidak diperbadankan atau
diperbadankan) yang bercadang untuk menjalankan perniagaan
di bawah nama perniagaan. Jika sebuah syarikat atau individu
yang menjalankan perniagaan di bawah nama sebenar4 syarikat
atau individu itu, undang-undang ini tidak terpakai kepada
mereka.
11. Sebaliknya, objektif APP adalah untuk menyediakan
peruntukan berkaitan pendaftaran perniagaan dalam bentuk
pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan jenis aktiviti
"perniagaan" tertentu tanpa mengira sama ada atau tidak ia
dijalankan di bawah nama perniagaan atau nama sebenar.
2 Akta Pendaftaran Nama Wilayah-Wilayah Ibu Negeri Australia mentakrifkan bahawa
menjalankan perniagaan adalah termasuk menubuhkan tempat perniagaan dan mendapatkan pesanan untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak termasuk-
(a) mengambil atau membela prosiding undang-undang; atau (b) membuka atau menjaga akaun dengan institusi pengambilan deposit yang diberi
kuasa; atau (c) membuat pembelian atau jualan melalui kontraktor bebas; atau (d) mewujud dan membuktikan hutang atau gadaian atas harta; atau (e) mengutip hutang, mendapatkan hutang atau menguatkuasakan cagaran berhubung
dengan hutang; atau (f) menjalankan transaksi terpencil tidak lebih lama daripada 31 hari; atau (g) melabur dana atau memegang harta. 3 Nama perniagaan bermaksud satu nama, stail, tajuk atau gelaran di mana perniagaan itu
dijalankan.
4 Berbeza dengan nama perniagaan, nama yang benar adalah nama syarikat atau individu tanpa apa-apa tambahan lain.
11
12. Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 Singapura
(APNP Singapura) telah berubah di mana keperluan untuk
mendaftar di bawah APNP telah diperluaskan kepada perbadanan
(body corporate) sekiranya ia menjalankan perniagaan di bawah
nama perniagaan. Mauritius sebaliknya mengambil pendekatan
yang berbeza di mana syarikat atau perkongsian komersial
secara automatik dianggap telah didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 2012 Mauritius (APP Mauritius).
13. Dalam keadaan tertentu, peluasan keperluan untuk
mendaftar syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah nama
perniagaan akan mengurangkan kekeliruan kerana semua nama
perniagaan akan didaftarkan dengan Pendaftar. Carian awam
boleh dijalankan untuk menentukan siapa pemilik sebenar
perniagaan. Namun sebaliknya, keperluan tersebut akan
mewujudkan suatu dua sistem pendaftaran yang mungkin tidak
berfaedah dari segi kos dan keberkesanan.
14. SSM mencadangkan bahawa kerangka sedia ada untuk
mengawal pendaftaran pemilik tunggal atau perkongsian
berdasarkan takrif "perniagaan" dikekalkan. Selanjutnya, SSM
berpandangan bahawa seksyen 4 APP yang mengecualikan
pemakaian APP untuk aktiviti-aktiviti tertentu juga dikekalkan.
Soalan untuk Konsultasi:
(1) Adakah anda bersetuju bahawa prinsip untuk
mengawal pendaftaran di bawah APP hendaklah
berasaskan prinsip pendaftaran wahana perniagaan
12
dalam bentuk pemilikan tunggal atau perkongsian bagi
aktiviti perniagaan tertentu?
(2) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan untuk
mendaftar di bawah APP diperluaskan kepada mana-
mana orang yang menjalankan perniagaan termasuk
syarikat atau perkongsian liabiliti terhad?
BAHAGIAN B - PARAMETER AKTIVITI YANG DIDAFTARKAN
DI BAWAH APP
Takrif "Perniagaan"
15. Pada masa ini, apa-apa perniagaan yang ditakrifkan di
bawah seksyen 2 APP hendaklah didaftarkan. Seksyen 2
mentakrifkan "perniagaan" untuk meliputi tiap-tiap bentuk tred,
perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain
yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan,
tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-
apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan
dalam Jadual.
16. Takrif perniagaan adalah sangat luas dan menyeluruh yang
meliputi semua aktiviti tersebut yang dijalankan bagi maksud
mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, takrif ini tidak
termasuk pegangan jawatan atau pekerjaan; apa-apa
pengusahaan amal dan apa-apa pekerjaan yang dinyatakan
dalam Jadual APP walaupun aktiviti tersebut dijalankan bagi
maksud mendapat keuntungan.
13
17. Salah satu masalah takrifan ini adalah rujukan kepada
"pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" di mana, walaupun
Jadual tersebut bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang
dijalankan secara persendirian dan secara aktif bagi tujuan mata
pencarian, syarat yang ditetapkan untuk aktiviti yang
dikecualikan boleh menimbulkan kekeliruan yang mana kadang
kala memerlukan aktiviti tersebut didaftarkan di bawah APP.
18. Takrifan semasa "perniagaan" dalam APP adalah sebanding
dengan takrifan yang didapati di bawah APNP Singapura dan APP
Mauritius.
19. APNP Singapura mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:
"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred,
perdagangan dan profesion, dan apa-apa aktiviti lain yang
dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak
termasuk apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan5.
20. Di Singapura, Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32 Tahun
2004) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta
Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 yang merujuk kepada
pengusahaan amal atau aktiviti perniagaan yang dikecualikan.
Rujukan kepada "pengusahaan amal" telah dikeluarkan daripada
takrifan dan kini dikategorikan sebagai salah satu kategori yang
dikecualikan daripada pemakaian peruntukan APNP Singapura.
Daripada merujuk aktiviti yang dikecualikan sebagai "pekerjaan",
ia dirujuk sebagai aktiviti yang tidak termasuk dalam perniagaan.
5 Seksyen 2(1) APNP Singapura
14
21. Manakala, di Mauritius, "pekerjaan" menjadi sebahagian
daripada takrif perniagaan yang memerlukan pendaftaran jika ia
dijalankan bagi maksud keuntungan, rujukan kepada
"pengusahaan amal" telah dikeluarkan dan dikategorikan sebagai
salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual kepada APP
Mauritius.
22. APP Mauritius mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:
"Perniagaan"
(a) termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan atau
pembuatan, pertukangan, memanggil, profesion,
kerjaya atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti lain yang
dijalankan oleh seseorang bagi maksud mendapat
laba atau keuntungan; tetapi
(b) tidak termasuk-
(i) apa-apa jawatan atau penggajian;
(ii) apa-apa perniagaan atau aktiviti yang
dinyatakan dalam bahagian I di bawah Jadual
Pertama; atau
(iii) apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan
oleh seseorang, atau golongan orang, yang
dinyatakan dalam Bahagian II di bawah Jadual
Pertama6.
23. Berdasarkan di atas, SSM berpendapat bahawa terdapat
keperluan untuk menghalusi definisi "perniagaan" bagi
mengelakkan kekaburan. Adalah dicadangkan bahawa rujukan
6 Seksyen 2(1) APP Mauritius
15
kepada "pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" dipinda
kepada "aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual". Aktiviti-aktiviti
tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dikecualikan yang akan
ditentukan melalui senarai prinsip-prinsip dan elemen-elemen
yang berkaitan. Ia juga disyorkan bahawa rujukan kepada
"pengusahaan amal" hendaklah dirujuk sebagai salah satu aktiviti
yang dikecualikan di bawah APP.
24. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa takrif perniagaan adalah
seperti berikut:
"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred,
perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau
aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat
keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan,
penggajian atau pekerjaan, atau apa-apa aktiviti yang
ditentukan dalam Jadual.
Aktiviti-aktiviti yang dikecualikan
25. Pengecualian yang diperuntukkan di dalam Jadual APP
adalah bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan
bagi maksud mendapatkan mata pencarian dan aktiviti tersebut
perlu dilakukan secara persendirian atau secara aktif oleh orang
yang menjalankan aktiviti tersebut. Pengecualian ini juga
berdasarkan kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:
(A) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan
barangan dan perkhidmatan, aktiviti itu akan
dikecualikan jika ia-
16
(i) bersifat berpindah randah;
(ii) tidak dijalankan dari mana-mana bangunan
atau struktur; atau
(iii) tidak dijalankan dari sebuah kenderaan yang
digerakkan secara mekanikal yang mempunyai
lebih daripada tiga roda;
(iv) tidak dijalankan dari sebuah gerai yang perlu
dilesenkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis.
(B) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan
apa-apa barang atau dagangan di pasar mingguan
untuk tidak lebih daripada dua hari berturut-turut
dalam mana-mana minggu atau di mana-mana
pasaria Melayu atau pasaria yang sama jenisnya yang
ditubuhkan, ditaja atau dibantu oleh koperasi, aktiviti
itu akan dikecualikan jika barang-barang tersebut
ditanam, disediakan, dikilangkan atau diproseskan
semata-mata dalam negara.
(C) Dalam hal aktiviti-aktiviti pertanian, aktiviti tersebut
akan dikecualikan jika-
(i) aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan secara aktif
dan persendirian untuk kepentingan diri mereka
sendiri oleh mana-mana orang bagi maksud
mencari mata pencarian;
(ii) kawasan yang dipegang, diduduki atau
digunakan adalah tidak lebih daripada 25 ekar;
dan
17
(iii) orang yang menjalankan aktiviti tersebut tidak
mengambil lebih daripada 5 orang pekerja.
(D) Dalam hal aktiviti pertukangan, aktiviti tersebut akan
dikecualikan jika-
(i) aktiviti terebut dijalankan di premis domestik;
(ii) hasil pertukangan itu tidak dipamerkan untuk
dijual di khalayak ramai;
(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain
daripada anggota rumah tangganya bagi
maksud membuat atau menghasilkan kraf
tersebut.
(E) Dalam hal nelayan, pembiak ikan dalam kolam,
pembuat arang kayu, pemotong kayu, mereka
dikecualikan daripada keperluan untuk mendaftar di
bawah APP jika mereka terlibat secara persendirian
dan secara aktif untuk mencari mata pencarian
mereka.
26. Adalah sedia maklum bahawa kriteria dan syarat yang
dikenakan pada aktiviti yang dikecualikan telah menimbulkan
ketidaktentuan dan kekaburan. Kegagalan untuk memenuhi
kriteria dan syarat yang ditetapkan akan menyebabkan orang
yang menjalankan aktiviti tersebut perlu didaftarkan di bawah
APP.
27. Masalah ini bertambah apabila kriteria dan syarat yang
ditetapkan tidak boleh digunakan secara seragam. Sebagai
contoh, aktiviti yang dikecualikan perlu didaftarkan di bawah APP
18
jika ia perlu dilesenkan oleh undang-undang bertulis yang lain
termasuk undang-undang kecil majlis tempatan. Walau
bagaimanapun, tidak ada keseragaman dalam pemakaian ini
memandangkan majlis-majlis tempatan mempunyai undang-
undang yang berbeza berkaitan aktiviti yang sama.
28. SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk
mencadangkan jenis aktiviti perniagaan yang sepatutnya
dikecualikan untuk mendaftar di bawah APP misalnya, aktiviti
perniagaan tertentu yang bersifat sementara atau bagi maksud
mendapatkan mata pencarian berdasarkan kriteria ekonomi
tertentu. Oleh itu, parameter yang digunakan untuk pengecualian
perlu dikaji semula bagi memastikan ia selari dengn tren, unsur-
unsur dan alam sekitar perniagaan terkini. Keseimbangan di
antara maksud aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk
mendapatkan mata pencarian hendaklah jelas dibezakan atau
dinyatakan berbanding aktiviti yang dijalankan bagi tujuan
mendapat keuntungan. Begitu juga, pemakaian syarat-syarat dan
kriteria yang digunapakai hendaklah boleh diseragamkan.
Seksyen 4 APNP Singapura menyenaraikan jenis-jenis orang yang
tidak dikehendaki untuk mendaftar:
(a) apa-apa perniagaan oleh penjaja berlesen, sama ada
randah atau sebaliknya, yang menjual atau
mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan,
minuman, barangan, pakaian atau dagangan atau
apa-apa jenis, atau seseorang yang menawar untuk
mengupah kemahirannya dalam kraftangan atau
pertukangan;
19
(b) apa-apa perniagaan seseorang tukang yang-
(i) menjalankan pertukangannya di premis
domestiknya sendiri;
(ii) tidak mempamerkan hasil pertukangannya
untuk dijual di khalayak ramai; dan
(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain
daripada anggota rumah tangganya bagi
maksud pertukangannya.
(c) Apa-apa perniagaan-
(i) seorang pemandu teksi;
(ii) seorang pengayuh beca;
(iii) seorang pemilik perahu yang berulang-alik
dengan perahunya untuk disewa; atau
(iv) seorang petani, penjaga kolam ikan atau
penjaga udang yang-
(A) tidak mengambil bekerja mana-mana
orang selain daripada anggota
keluarganya yang terdekat;
(B) tidak memiliki tanah di mana ladang atau
kolamnya berada; dan
(C) tidak mengenakan orang ramai apa-apa
bayaran untuk kemasukan.
Seksyen 4 juga membenarkan kategori orang yang berikut untuk
mendaftar secara sukarela:
(a) mana-mana pemilik individu yang menjalankan
perniagaan di bawah nama penuh pemilik individu;
20
(b) mana-mana firma yang mempunyai 2 individu atau
lebih yang menjalankan perniagaan di bawah nama
penuh semua individu tersebut;
(c) tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana
individu atau firma individu yang menjalankan apa-
apa perniagaan yang hanya terdiri daripada amalan
mana-mana profesion yang di bawah peruntukan
mana-mana undang-undang bertulis boleh
dilaksanakan hanya oleh mereka yang mempunyai
kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-
undang bertulis dan yang nama mereka didaftarkan
atau selainnya direkodkan mengikut cara yang
ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;
(d) seorang (A) berkaitan dengan atau bagi seorang lain
(B) menjalankan perniagaan sepenuhnya atau
sebahagian besarnya sebagai penama atau pemegang
amanah jika B telah memberi butir-butir yang
dikehendaki di bawah seksyen 7(1);
…
(p) mana-mana orang lain yang pada masa ini
dikecualikan oleh Menteri di bawah peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40; dan
(q) mana-mana individu yang, sebaik sebelum tarikh
permulaan kuat kuasa Akta Pendaftaran Nama-Nama
Perniagaan 2014 (APNP), menjalankan apa-apa
perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
kepada Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32) yang
berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh tersebut, dan
sesiapa yang terus menjalankan perniagaan yang
sama, pada dan selepas tarikh tersebut
21
29. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan telah dipermudahkan
seperti berikut:
(a) perniagaan seorang tukang yang-
(i) menjalankan pertukangannya di premis
domestiknya sendiri;
(ii) tidak mempunyai mana-mana premis
perniagaan.
(b) apa-apa pertubuhan kebajikan agama atau
pendidikan; dan mana-mana orang yang terlibat
dalam penanaman tanah yang tidak melebihi 4.2208
hektar (10 arpent).
30. SSM berpandangan bahawa parameter yang digunakan di
Singapura dan Mauritius adalah lebih mudah dan lebih jelas serta
boleh digunakan secara konsisten. Dalam kes Singapura, aktiviti
perniagaan tertentu walaupun tidak dikehendaki untuk
mendaftar di bawah APNP, boleh secara sukarela berbuat
demikian.
31. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan adalah terhad kepada
pertukangan yang dijalankan hanya dari premis domestik
seseorang tukang itu. Selain daripada itu terdapat pertimbangan
lain termasuk sama ada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
kebajikan, keagamaan atau pendidikan dan menyatakan nilai
ambang (threshold) penanaman tanah.
22
32. Dalam kes Malaysia, adalah dirasakan bahawa parameter
itu perlu dikaji semula untuk memastikan ia boleh digunakan
secara konsisten seperti berikut:
(a) unsur-unsur komersial berbanding penglibatan secara
persendirian yang tinggi. Sebagai contoh, menggaji
orang yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat,
mengenakan yuran, dan lain-lain; dan
(b) Kewujudan berterusan berbanding kewujudan
sementara.
33. Sungguhpun parameter di atas boleh dengan mudah
digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan menjual atau
mempamerkan untuk jualan barangan dan perkhidmatan, ia
dirasakan bahawa parameter di atas juga boleh digunakan bagi
aktiviti perikanan dan pertanian seperti nelayan, penternak ikan,
penternak ayam dan ternakan atau penanaman tanaman.
34. Berhubung dengan kawasan tanah yang diduduki atau
ditanam bagi maksud aktiviti pertanian, SSM berpandangan
bahawa keluasan semasa 25 ekar masih relevan kerana Malaysia
masih dianggap sebagai negara yang ekonominya berasaskan
pertanian dan inisiatif itu bagi menyokong pekebun kecil7. Walau
bagaimanapun, ini perlulah dilengkapi dengan syarat yang
menyatakan bahawa bilangan pekerja selain daripada ahli
keluarganya yang terdekat tidak melebihi lima orang.
7Takrif kebun kecil di bawah RISDA adalah 100 ekar atau kurang. Ini membolehkan pekebun kecil yang layak menerima geran di bawah Akta RISDA.
23
35. Di Singapura, sekiranya seorang petani memiliki tanah di
mana ladang atau kolam itu berada; dia dikehendaki untuk
mendaftar aktiviti tersebut. Manakala di Mauritius, apa-apa
penanaman tanah tidak perlu didaftarkan jika keluasan tanaman
tersebut tidak melebihi daripada 10 arpent (4,2208 hektar).
36. Ia juga dicadangkan bahawa jenis tanaman hendaklah tidak
terhad hanya kepada getah, beras (padi), kelapa atau kelapa
sawit dan buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran.
37. Berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dikecualikan, SSM
mencadangkan supaya pendekatan Singapura diguna pakai di
mana beberapa aktiviti walaupun tidak dikehendaki untuk
mendaftar, boleh berbuat demikian secara sukarela. Walau
bagaimanapun, perniagaan itu mesti mematuhi sepenuhnya
peruntukan APP.
38. Berhubung dengan kuasa Dewan Rakyat di bawah seksyen
20 APP untuk menambah, mengubah atau membatalkan aktiviti
yang dikecualikan di bawah Jadual APP, SSM berpandangan
bahawa keperluan itu rumit dan tidak memudahcarakan.
39. Pada masa ini, Pendaftar telahpun diberikan kuasa di
bawah Jadual dalam perkara 3(4)(ii) untuk meluluskan pekerjaan
tertentu dalam pekerjaan pertanian, perhutanan atau di luar
bandar.
40. Adalah dicadangkan bahawa kuasa untuk membatal,
mengubah atau mengecualikan aktiviti yang dikecualikan
hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya.
Peruntukan ini akan memudahkan cara khususnya apabila
24
perubahan segera dikehendaki berkaitan aktiviti yang dikecualikan
itu.
Soalan untuk Konsultasi:
(3) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "perniagaan"
perlu diperhalusi untuk selari dengan tren, unsur-
unsur dan alam sekitar perniagaan semasa?
(4) Adakah anda bersetuju bahawa parameter aktiviti-
aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual Pertama
dikaji semula bagi memasukkan unsur-unsur
komersialisme dan kewujudan yang berterusan?
(5) Adakah anda bersetuju bahawa rujukan kepada
"pengusahaan amal" dalam takrif "perniagaan"
dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan?
(6) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan
nyata bagi aktiviti-aktiviti dikecualikan daripada
pemakaian APP?
(7) Adakah anda bersetuju bahawa keluasan 25 ekar ini
perlu dikekalkan?
(8) Adakah anda bersetuju bahawa pengecualian
penanaman tanaman tertentu ini diperluaskan untuk
merangkumi semua jenis tanaman?
25
(9) Adakah anda bersetuju bahawa kuasa untuk
membatalkan, mengubah atau mengecualikan aktiviti
yang dikecualikan hendaklah terletak hak kepada
Menteri dengan syor Suruhanjaya?
(10) Adakah anda bersetuju bahawa walaupun aktiviti-
aktiviti tertentu dikecualikan daripada takrif
perniagaan, ia mungkin mahu mendaftar aktiviti
perniagaan itu secara sukarela?
BAHAGIAN C - PENDAFTARAN, PEMBAHARUAN,
PEMBATALAN DAN PEMULIHAN PERNIAGAAN
41. Seksyen 2 APP mentakrifkan "orang yang
bertanggungjawab" untuk perniagaan meliputi tiap-tiap pengarah,
pengurus, pekongsi, pegawai, ejen atau pengkhidmat yang pada
bila-bila masa dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau
sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan.
42. Ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu
bertanggungjawab atas perniagaan itu terletak pada sama ada
atau tidak dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya atau
sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan.
Takrifan ini menggambarkan keperluan untuk akauntabiliti dalam
perniagaan yang mana perlunya ada seorang tertentu yang harus
bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan berkaitan
26
pematuhan peruntukan APP8. Takrifan ini juga menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan antara orang yang menjalankan
perniagaan (pemilik) dengan orang yang menguruskan
perniagaan.
43. Di bawah APP Mauritius, frasa "orang yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu perniagaan"
digunakan dan bukannya frasa "orang yang bertanggungjawab"
walaupun takrif itu adalah sama dengan takrifan di bawah seksyen
2 APP.
44. Frasa yang diguna pakai oleh Mauritius menunjukkan
peranan yang dimainkan oleh orang itu dalam memastikan
bahawa peruntukan undang-undang dipatuhi. Walaupun mereka
tidak semestinya pemilik, mereka diamanahkan dengan
pengurusan perniagaan termasuk aspek pematuhan.
45. Di Singapura, konsep "orang yang bertanggungjawab" telah
dimansuhkan di bawah APNP 2014. Sebaliknya, seksyen 6(3)
APNP 2014 telah memperkenalkan konsep "orang yang
bersesuaian" bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan undang-
undang.
46. Oleh kerana peruntukan di bawah APP turut membezakan
“pemilik” dan “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan
perniagaan”, SSM mencadangkan supaya frasa “orang yang
bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan” diguna pakai dan
takrifan “orang yang bertanggungjawab” yang sedia ada
dikekalkan.
8 Sebagai contoh, keperluan di bawah seksyen 5, 5B, 5D, 10 dan 12(2) APP.
27
47. Adalah juga dicadangkan bahawa perlu ada peruntukan
yang jelas berhubung liabiliti "orang yang bertanggungjawab
untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut:
"Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah
dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan apa-apa
perbuatan atau benda, orang yang bertanggungjawab
untuk pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang yang
pertama tersebut itu juga adalah bertanggungjawab untuk
perlakuan atau peninggalan melakukan perbuatan atau
benda tersebut."
Soalan untuk Konsultasi:
(11) Adakah anda bersetuju bahawa frasa "orang yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan"
diguna pakai untuk memberi peranan yang lebih jelas
bagi orang tersebut?
(12) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan
nyata mengenai liabiliti "orang yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan"
seperti berikut:
"Di mana orang yang menjalankan perniagaan
adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk
melakukan apa-apa perbuatan atau benda,
orang yang bertanggungjawab untuk
pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang
28
yang pertama tersebut itu juga adalah
bertanggungjawab untuk perlakuan atau
peninggalan melakukan perbuatan atau benda
tersebut"?
Pendaftaran oleh "orang yang bertanggungjawab"
48. Pada masa ini, perniagaan mesti didaftarkan oleh "orang
yang bertanggungjawab bagi perniagaan" dalam tempoh 30 hari
dari permulaannya.
49. Memandangkan orang yang bertanggungjawab bagi
perniagaan itu tidak semestinya pemilik perniagaan tersebut,
terdapat kebimbangan bahawa unsur-unsur penipuan boleh
berlaku apabila seseorang yang bukan pemilik sebenar
perniagaan dibenarkan mendaftar perniagaan dan
dipertanggungjawabkan untuk pelanggaran peruntukan di bawah
APP. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan takrifan oleh
orang tengah atau "ulat" dalam menawarkan perkhidmatan untuk
mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik perniagaan dengan
menyamar untuk bertindak sebagai "ejen" sedangkan mereka
tidak "dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau
sebahagian besarnya dengan pengurusan perniagaan".
50. Sebagai perbandingan, bagi maksud pendaftaran, APNP
Singapura 2014 menyatakan perlunya "orang yang bersesuaian"9
9 Seksyen 6(3) APNP Singapura 2014 menyatakan:
29
untuk menyerah simpan permohonan itu. Pada dasarnya, "orang
yang bersesuaian" merujuk kepada pemilik atau pekongsi
sebenar perniagaan dan juga termasuk orang yang ditetapkan10
yang diberi kuasa oleh orang yang bersesuaian tersebut. Oleh itu,
di Singapura, walaupun takrif "orang yang bersesuaian"
menghendaki pemilik untuk mendaftar perniagaan mereka, ia
juga memberikan fleksibiliti di mana seseorang yang ditetapkan
juga boleh mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik jika diberi
kuasa untuk berbuat demikian.
51. Di Mauritius, kewajipan untuk mendaftar perniagaan
terletak hanya pada orang yang menjalankan perniagaan dan
Dalam subseksyen (1) —
"orang yang sesuai" ertinya —
(a) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah sebagai pemilik
individu, individu itu;
(b) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan ialah suatu, pengarah
atau setiausaha syarikat itu;
(c) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa sesuatu
perkongsian liabiliti terhad mengikut pengertian seksyen 2 Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A), seorang pengurus perkongsian
liabiliti terhad;
(d) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa syarikat
asing yang didaftarkan di bawah Bahagian 2 Bahagian XI Akta Syarikat,
wakil yang diberi kuasa syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan
dalam seksyen 366 Akta itu (Cap 50);
(e) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah seperti firma,
individu yang sama ada -
(i) rakan kongsi firma itu; atau
(ii) orang yang berkenaan yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c)
atau (d) (mengikut mana-mana yang berkenaan) berkenaan
dengan mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau
syarikat asing yang merupakan rakan kongsi firma itu; atau
(f) ejen pemfailan yang berdaftar di bawah seksyen 28F 30 Akta Lembaga
Perakaunan dan Kawal Selia Korporat (Bab 2A.) yang diberi kuasa oleh,
dan bertindak bagi orang yang memohon untuk didaftarkan di bawah
Akta ini; ... "
10 Seseorang ditetapkan ertinya seseorang, atau orang yang dalam golongan
orang, ditetapkan oleh Menteri iaitu seorang peguam, akauntan, setiausaha
syarikat, ejen setiausaha korporat, seorang pekerja biro perkhidmatan.
30
bukan ke atas orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan
perniagaan11.
52. Dalam memberikan penjelasan mengenai siapa yang
mempunyai tanggungjawab untuk mendaftarkan sesebuah
perniagaan itu, SSM mencadangkan bahawa perlu ada suatu
peruntukan nyata bahawa permohonan untuk mendaftarkan
perniagaan mesti dilaksanakan oleh mana-mana orang yang
menjalankan perniagaan iaitu pemilik dan bukanlah orang yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan.
53. Untuk tujuan memudahcara perniagaan, pihak kami ingin
mendapatkan pandangan sama ada undang-undang perlu
menyediakan peruntukan "orang lain yang ditetapkan" yang
boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak
pemilik.
54. Orang yang ditetapkan boleh mengikut konsep "orang yang
bersesuaian" di bawah APNP 2014 Singapura12.
Soalan untuk Konsultasi:
(13) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
secara nyata menghendaki pendaftaran perniagaan
dilaksanakan oleh mana-mana orang yang
menjalankan perniagaan?
11 Seksyen 6 APP 2002.Mauritius
12 Seksyen 6 APNP 2014 Singapura.
31
(14) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
meentapkan orang lain selain daripada pemilik untuk
mendaftarkan perniagaan bagi pihak pemilik?
Pertubuhan Perbadanan sebagai Pekongsi
55. Peruntukan di dalam APP tidak menjelaskan tentang
pendaftaran pertubuhan perbadanan sebagai pekongsi dalam
suatu perniagaan. Oleh itu, peruntukan APP berkaitan keperluan
untuk mendaftar perniagaan telah ditafsirkan untuk menjurus
kepada individu dan perkongsian yang terdiri daripada individu
sahaja.
56. Penafsiran yang sedemikian adalah disebabkan oleh
keadaan di mana syarikat mendaftarkan perniagaan mereka atas
dasar bahawa perniagaan itu dijalankan di bawah suatu nama
perdagangan.
57. Menurut seksyen 4(a), peruntukan APP tidak terpakai
kepada perniagaan berdaftar yang dimiliki secara eksklusif dan
dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah
Akta Syarikat 2016. Walau bagaimanapun, peruntukan itu tidak
menyatakan bahawa peruntukan APP tidak terpakai dalam kes-
kes apabila syarikat menjadi pekongsi dalam usaha niaga,
sekaligus menjadikan perniagaan tersebut sebagai tidak dimiliki
secara eksklusif oleh syarikat itu.
58. Di samping itu, peruntukan seksyen 17(1) APP menyatakan
bahawa "Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap
mana-mana kaedah di bawahnya dilakukan oleh sesuatu
32
pertubuhan perbadanan, seeorang pengarah, pengurus,
setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu
hendaklah juga disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu
melainkan dia mebuktikan bahawa kesalahan tersebut telah
dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan tidak
disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihaknya".
59. Daripada pembacaan peruntukan seksyen 4(a) dan 17(1),
ia boleh disimpulkan bahawa suatu pertubuhan perbadanan boleh
menjadi pekongsi dalam perniagaan.
60. Dalam menerima pakai pendekatan yang bersifat fasilitatif,
SSM berpandangan bahawa perlu ada peruntukan yang jelas
yang membenarkan pertubuhan perbadanan yang telah
memasuki perkongsian sama ada dengan individu atau
pertubuhan perbadanan untuk mendaftar perkongsian tersebut di
bawah APP. Usaha niaga ini mestilah dibezakan dengan
pengecualian kepada perniagaan yang dimiliki dan dijalankan
secara eksklusif oleh pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 4
APP.
61. Di Singapura, pertubuhan perbadanan dibenarkan untuk
menjadi pekongsi dalam perkongsian perniagaan melalui takrif
'firma' yang bermaksud dua atau lebih individu badan yang tidak
diperbadankan, atau satu atau lebih individu atau satu atau lebih
perbadanan, atau dua atau lebih perbadanan yang memasuki
perkongsian antara satu sama lain dengan tujuan untuk
menjalankan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.
Selanjutnya, perkataan 'orang' ditakrifkan untuk termasuk suatu
perbadanan, firma, firma asing dan individu.
33
62. APP Mauritius juga membolehkan syarikat-syarikat menjadi
pekongsi dalam perniagaan melalui takrif 'firma' yang termasuk
badan yang tidak diperbadankan yang terdiri daripada satu atau
lebih individu, atau satu atau lebih pertubuhan perbadanan, yang
menubuhkan perkongsian dengan tujuan untuk menjalankan
perniagaan.
63. Pendekatan yang diambil oleh Singapura dan Mauritius
adalah selaras dengan takrif perkongsian sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961
sebagai "perhubungan yang wujud antara orang-orang13 yang
menjalankan perniagaan yang sama dengan tujuan mendapat
keuntungan".
64. Bagi menjelaskan isu ini dan agar selaras dengan takrif
perkongsian, SSM berpandangan bahawa suatu pertubuhan
perbadanan hendaklah dibenarkan menjadi pekongsi dalam
perniagaan yang didaftarkan di bawah APP. Ia adalah
dicadangkan bahawa takrif "firma" seperti yang terdapat dalam
APNP Singapura diguna pakai.
Soalan untuk Konsultasi:
(15) Adakah anda bersetuju bahawa perlu peruntukan
jelas yang membenarkan pertubuhan perbadanan
menjadi pekongsi dalam perniagaan?
13 Seksyen 66 Akta Tafsiran mentakrifkan "orang-orang" untuk termasuk mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan.
34
(16) Adakah anda bersetuju bahawa takrif "firma" seperti
dalam APNP Singapura diguna pakai?
Pendaftaran Perniagaan oleh Warga Asing
65. Pada masa ini, tiada peruntukan yang jelas dalam APP yang
tidak membenarkan warga asing daripada mendaftar perniagaan
mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran,
warga asing tidak dibenarkan mendaftar perniagaan mereka di
Malaysia. Ini disokong oleh arahan daripada Menteri Perdagangan
dan Industri (yang kini dikenali sebagai Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada tahun 1988
untuk tidak membenarkan mana-mana warga asing daripada
mendaftar perniagaan di Malaysia melainkan jika mereka
memegang status penduduk tetap. Ini dapat dibuktikan melalui
borang yang ditetapkan (Borang A) di mana rakyat Malaysia atau
penduduk tetap sahaja dibenarkan mendaftar perniagaan.
66. Selain daripada itu, terdapat juga kebimbangan bahawa
dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan di
Malaysia ia boleh menggalakkan penyalahgunaan sistem
pendaftaran kerana ia akan menjadi sukar dan tidak praktikal
untuk menentukan peniaga tulen daripada orang-orang yang
berniat untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek.
Tambahan pula, kebenaran untuk memasuki Malaysia yang
diberikan kepada orang asing berbeza bergantung kepada tujuan
lawatan mereka. Adalah dikhuatiri bahawa dengan membenarkan
warga asing mendaftar perniagaan akan sama seperti memberi
mereka pengiktirafan undang-undang untuk giat dalam aktiviti
perniagaan walhal pada hakikatnya, mereka tidak dibenarkan
35
untuk berbuat demikian. Terdapat juga kebimbangan bahawa
penguatkuasaan peruntukan APP tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya.
67. Pada masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa
kepentingan peniaga kecil tempatan akan terjejas dengan
kebanjiran peniaga asing.
68. Dalam APNP 2014 Singapura, takrifan "orang" dalam AAPNP
Singapura yang dimansuhkan itu telah dikeluarkan kerana APNP
2014 Singapura bergantung kepada takrifan sedia ada dalam
Akta Tafsiran Singapura yang termasuk apa-apa syarikat atau
persatuan atau kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak
diperbadankan. Oleh itu, syarat-syarat sedia ada berhubung
pertubuhan perbadanan14, firma, firma asing dan individu telah
dimasukkan ke dalam bahagian takrifan APNP 2014 Singapura
untuk penjelasan mengenai siapa yang dibenarkan untuk
mendaftar perniagaan. Selanjutnya, seksyen 6 APNP 2014
Singapura memerlukan individu atau setiap pekongsi firma yang
untuk menyatakan kewarganegaraan mereka dalam borang
pendaftaran.
69. Di Mauritius, takrifan "orang" adalah sesiapa yang
dibenarkan untuk mendaftar perniagaan termasuk sebuah
14 APNP 2014 Singapura mentakrifkan "perbadanan" sebagai makna "mana-mana
pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau sedia ada di
Singapura atau di luar Singapura dan termasuklah -
(A) mana-mana syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta
Syarikat (Bab 50.) atau mana-mana undang-undang bertulis yang
berhubungan dengan syarikat yang berada pada bila-bila masa yang berkuat
kuasa di Singapura;
(B) mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A.); dan
(C) mana-mana syarikat asing;".
36
konsortium, société15, perkongsian, usaha sama, amanah atau
firma. Penyertaan warga asing dalam pendaftaran perniagaan di
Mauritius hanya terhad kepada société asing, perkongsian atau
entiti perniagaan yang sama.
70. Kedudukan di bawah APNP Singapura telah menggantikan
istilah "firma asing" dengan "syarikat asing" yang mempunyai erti
yang sama seperti dalam seksyen 4(1) APNP Singapura.
Selanjutnya, APNP 2014 telah menggantikan istilah "pengurus
tempatan" dengan "wakil yang diberi kuasa"16, di mana
sekurang-kurangnya seorang wakil hendaklah dilantik, dan wakil
yang diberi kuasa akan secara peribadi bertanggungjawab untuk
segala tanggungjawab pemilik individu atau firma asing atau
syarikat.
71. Dalam konteks di Malaysia, penyertaan warga asing masih
boleh direalisasikan melalui pelbagai cara termasuk
pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 atau melalui
pegangan saham dalam syarikat-syarikat tempatan. Peruntukan
Akta Syarikat 2016 mengandungi perlindungan yang mencukupi
untuk melindungi kepentingan orang ramai dalam berurusan
dengan ahli perniagaan asing yang sedia ada. Selain itu, warga
15 Société-
(a) ertinya société yang ditubuhkan di bawah mana-mana enakmen di
Mauritius; dan
(b) termasuklah-
(i) société de fait;
(ii) société en penyertaan;
(iii) usaha sama;
(iv) konsortium; atau
(v) société, perkongsian atau sama entiti perniagaan yang
ditubuhkan di bawah undang-undang negara asing.
16 Seksyen 11 APNP 2014 Singapura.
37
asing juga boleh memulakan perniagaan melalui Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
72. Tambahan pula, dengan penguatkuasaan Akta Syarikat
2016 yang baru, konsep pengarah tunggal dalam sebuah syarikat
boleh memudahcara dan memudahkan pemilik tunggal asing
yang berhasrat untuk memulakan perniagaan di Malaysia
menurut dua bentuk perniagaan yang dinyatakan di atas. Oleh
itu, undang-undang yang relevan di Malaysia adalah tidak
menghadkan pemilik tunggal asing entiti perniagaan untuk
mengembangkan pelaburan perniagaan dan asing di Malaysia.
73. Justeru, SSM mencadangkan bahawa dasar mengenai
sekatan ke atas warga asing daripada mendaftarkan perniagaan
mereka di bawah APP dikekalkan.
Soalan untuk Konsultasi:
(17) Adakah anda bersetuju bahawa dasar berkaitan
pendaftaran perniagaan oleh individu atau syarikat-
syarikat asing perlu dikekalkan?
Tarikh permulaan perniagaan
74. Pada masa ini, suatu perniagaan hanya perlu didaftarkan di
bawah APP dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan
perniagaan itu. Rasional bagi keperluan tersebut adalah bagi
membolehkan usahawan menilai daya maju usaha niaga itu
sebelum mengambil langkah selanjutnya dengan secara rasmi
38
mendaftarkan perniagaan tersebut. Walaupun rasional ini
mungkin relevan semasa APP diperkenalkan pada tahun 1956,
keperluan ini mungkin tidak lagi mencerminkan persekitaran
perniagaan masa kini.
75. SSM berpandangan bahawa keperluan untuk mendaftar
perniagaan hanya selepas ia memulakan operasinya membuka
peluang kepada beberapa kemungkinan penyalahgunaan.
Walaupun kegagalan untuk mendaftar perniagaan dalam tempoh
tiga puluh hari adalah satu kesalahan di bawah APP, terdapat
keadaan di mana perniagaan membawa kebelakang tarikh
permulaannya dalam borang pendaftaran mereka untuk
mewajarkan kewujudan awal dengan tujuan mendapatkan
permit, lesen atau mengambil bahagian dalam tender dengan
agensi-agensi kerajaan yang lain, dan lain-lain.
76. SSM juga turut bimbang dengan kemungkinan terdapat
pengusaha perniagaan yang tidak tulen (fly-by-night) yang tidak
berhasrat mendaftarkan perniagaan tetapi mengadakan urus
niaga dengan orang awam dalam tempoh tiga puluh hari dari
tarikh permulaan perniagaan.
77. Di Singapura dan Mauritius, undang-undang menghendaki
seseorang dan nama perniagaan orang itu didaftarkan sebelum
dia menjalankan perniagaan17. Sungguhpun tempoh masa untuk
permohonan pendaftaran tidak dinyatakan di Singapura, APP
Mauritius secara spesifik menghendaki permohonan tersebut
dibuat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum operasi
perniagaan dimulakan.
17 Seksyen 5 APNP Singapura seksyen 6 (2) APP Mauritius.
39
78. SSM berpandangan permohonan untuk mendaftarkan
perniagaan hendaklah dibuat sebelum seseorang itu boleh
menjalankan perniagaan hendaklah dinyatakan secara jelas
dalam perundangan. SSM juga ingin mendapatkan pandangan
daripada orang ramai sama ada tempoh masa tertentu
dikehendaki bagi suatu permohonan untuk pendaftaran dibuat.
Soalan untuk Konsultasi:
(18) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
menghendaki seseorang mendaftar di bawah APP
seelum orang itu boleh menjallankan perniagaan?
(19) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada tempoh
masa tertentu bagi permohonan untuk pendaftaran?
Jika ya, apakah tempoh masa yang sesuai:
(a) 7 hari;
(b) 14 hari; atau
(c) 30 hari?
Keperluan berkaitan nama perniagaan
Penggunaan nama perniagaan
79. Pada masa ini, orang yang bertanggungjawab untuk
perniagaan adalah dikehendaki mendaftar perniagaan dalam
tempoh tiga puluh hari dari permulaan perniagaan. Oleh itu,
perniagaan boleh dijalankan di bawah nama yang masih belum
40
didaftarkan. Ini mungkin memberi kesan bertentangan kerana
nama itu mungkin suatu nama yang terhad, dilarang atau
dianggap tidak dikehendaki oleh Pendaftar.
80. Bagi mengelakkan masalah yang sedemikian, SSM
berpandangan bahawa undang-undang patut melarang
penggunaan apa-apa nama perniagaan yang tidak didaftarkan
dengan Pendaftar. Terdapat juga keperluan untuk melepaskan
Pendaftar daripada liabiliti bahawa pendaftaran suatu nama tidak
boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan nama itu,
jika penggunaan nama tersebut dilarang di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang lain.
81. Kedua-dua Singapura dan Mauritius mempunyai
peruntukan berkaitan larangan penggunaan nama melainkan
nama itu telah didaftarkan sewajarnya. Pada masa yang sama,
kedua-dua negara ini juga dengan jelas memperuntukkan
bahawa pendaftaran nama oleh Pendaftar tidak bermaksud
membenarkan penggunaannya jika nama itu adalah dilarang oleh
undang-undang lain.
82. SSM mencadangkan pendekatan yang diambil oleh
Singapura dan Mauritius diguna pakai.
Soalan untuk Konsultasi:
(20) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang patut
melarang penggunaan apa-apa nama perniagaan
yang tidak difailkan atau didaftarkan dengan
Pendaftar?
41
(21) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan
nyata yang menyatakan bahawa pendaftaran nama
itu tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan
penggunaan nama itu, jika penggunaan nama
tersebut dilarang di bawah mana-mana undang-
undang bertulis yang lain?
Carian dan perizaban nama
83. Suatu perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama
peribadi pemilik atau di bawah nama dagangan. Bagi nama
peribadi, nama perniagaan hendaklah dinyatakan seperti di dalam
kad pengenalan pemilik.
84. Suatu nama dagangan adalah nama atau gelaran yang
digunakan perniagaan bagi menjalankan perniagaan atau yang
digunakan firma untuk beroperasi. Nama perdagangan yang
dicadangkan hendaklah menggambarkan sifat, skop atau
kepentingan operasi perniagaan. Suatu nama dagangan hanya
boleh didaftarkan setelah mendapatkan kelulusan Pendaftar.
85. Walaupun APP 1956 tidak memperuntukkan keperluan
untuk carian nama, sebagai perkara dasar pentadbiran,
permohonan carian nama boleh dilakukan melalui Borang PNA.42
bagai memastikan bahawa nama perniagaan memenuhi
keperluan Kaedah 15(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran
Perniagaan 1957 (KPP). Jika diluluskan, nama itu akan dirizab
untuk tiga puluh hari. Permohonan carian nama hanya terpakai
42
untuk perniagaan yang berhasrat untuk didaftarkan di bawah
nama dagangan.
86. SSM berpandangan bahawa peruntukan mengenai
permohonan carian nama dan perizaban nama perlu
diperuntukkan dengan jelas di bawah undang-undang.
87. Di bawah APNP 2014 Singapura, seseorang boleh memohon
kepada Pendaftar untuk perizaban nama sebagai nama
perniagaan berdaftar yang dicadangkan dan Pendaftar boleh
meluluskan atau menolak permohonan di bawah keadaan
tertentu18. Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama itu bukan
satu nama yang dilarang atau terhad, Pendaftar boleh merizab
nama perniagaan yang dicadangkan untuk tempoh 60 hari
selepas tarikh Pendaftar memberitahu pemohon yang
permohonannya telah diluluskan pada atau dalam tempoh 60 hari
selanjutnya19.
88. APP Mauritius tidak mengandungi apa-apa peruntukan
berkaitan prosedur carian nama dan perizaban nama.
89. Setelah mempertimbangkan kedudukan di Singapura dan
Mauritius, SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk
mempunyai peruntukan berkenaan dengan carian dan perizaban
nama kerana ia akan meningkatkan pematuhan kepada
keperluan di bawah Kaedah 15 Kaedah-Kaedah Pendaftaran
Perniagaan 1957 (KPP) dan mengurangkan pertindihan nama.
SSM berpandangan bahawa peruntukan yang sama sebagaimana
18 Seksyen 16 (1), (2) dan (3) APNP Singapura 2014. Peruntukan ini juga sama
dengan peruntukan di bawah seksyen 22 (6) Akta Syarikat 1965 atau seksyen
27 (4) Akta Syarikat 2016.
19 Seksyen 16 (4) APNP Singapura 2014.
43
yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Syarikat 2016
hendaklah disediakan.
90. Selanjutnya, SSM berpandangan bahawa walaupun
prosedur perizaban nama akan dapat mengurangkan pertindihan
nama, proses perizaban tidak perlu diwajibkan dan perlu ada
tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan prosedur ini
disalahgunakan.
Soalan untuk Konsultasi:
(22) Adakah anda bersetuju bahawa perlunya peruntukan
bagi permohonan carian nama dan perizaban nama di
bawah undang-undang?
(23) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur perizaban
nama tidak perlu diwajibkan?
(24) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh perizaban
adalah satu bulan atau lebih lama sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Pendaftar?
Sekatan ke atas pendaftaran nama tertentu
91. Secara amnya, kaedah 15(1) KPP memperuntukkan
bahawa terdapat perkataan-perkataan tertentu yang dilarang
untuk digunakan sebagai nama atau sebahagian daripada nama
44
perniagaan kecuali dengan keizinan Menteri20. Pendaftar juga
diberi kuasa untuk menyekat penggunaan nama-nama tertentu
jka didapati tidak wajar. Larangan ini mesti diluluskan oleh
Menteri dan disiarkan dalam Warta.
92. Di Singapura, peruntukan sama berkaitan sekatan
pendaftaran nama perniagaan adalah terdapat di bawah seksyen
17 APNP 2014 Singapura. Di Singapura, kecuali dengan
persetujuan Menteri, Pendaftar hendaklah menolak untuk
mendaftarkan perniagaan di bawah suatu nama yang pada
pendapat Pendaftar tidak wajar, sama dengan mana-mana
perbadanan atau nama perniagaan, sama dengan suatu nama
yang dirizab di bawah Akta Syarikat (Bab 50) atau APNP, atau
suatu nama daripada jenis yang mana Menteri telah
mengarahkan Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta,
tidak boleh diterima untuk pendaftaran.
93. Di Mauritius, peruntukan sama dengan Kaedah 15 KPP yang
terdapat di bawah seksyen 10(3) APP Mauritius. Di samping itu,
Pendaftar mempunyai kuasa untuk membatalkan atau menolak
pendaftaran perniagaan jika namanya adalah sama atau
menyerupai nama mana-mana orang lain yang menjalankan
perniagaan atau nama perniagaan yang di bawahnya terdapat
orang lain menjalankan perniagaan atau jika pada pendapat
Pendaftar adalah tidak wajar atau mengelirukan.
20 Kaedah 15 KPP memperuntukkan bahawa kecuali dengan kelulusan daripada
Menteri, nama yang mengandungi perkataan tertentu, atau kata-kata yang
mencadangkan kaitan dengan royalti, kerajaan, badan-badan kerajaan atau
agensi kerajaan asing atau badan-badan antarabangsa atau mana-mana
pertubuhan atau badan yang ditubuhkan oleh Royal Charter.
45
94. Di Malaysia, tiada peruntukan dalam APP dan KPP yang
melarang pendaftaran nama perniagaan yang serupa atau sama
dengan perniagaan berdaftar yang sedia ada. Walau
bagaimanapun, sebagai satu perkara dasar, nama yang serupa
atau sama hanya dibenarkan untuk perniagaan yang didaftarkan
di bawah nama peribadi tetapi tidak di bawah nama dagangan.
95. Berikutan ini, SSM berpendapat bahawa selain daripada
prosedur sedia ada berhubung sekatan nama di bawah Kaedah 15
KPP, tiada perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama
dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan perniagaan
atau syarikat yang dianggap didaftarkan atau diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 2016 atau di bawah Akta Perkongsian
Liabiliti Terhad 2012 untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan
orang awam.
Soalan untuk Konsultasi:
(25) Adakah anda bersetuju bahawa selain daripada
sekatan nama di bawah Kaedah 15 RBR 1957, tiada
perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama
dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan
nama perniagaan berdaftar yang sedia ada atau
sebuah syarikat yang dianggap didaftarkan atau
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012?
Perubahan nama perniagaan
96. Tidak seperti dalam Akta Syarikat 2016, APP tidak
mempunyai peruntukan yang membolehkan perniagaan untuk
46
mengubah nama atau memberi kuasa kepada Pendaftar bagi
mengarahkan perubahan nama perniagaan.
97. SSM sedia maklum bahawa terdapat permintaan daripada
industri untuk membenarkan perniagaan mengubah nama
mereka. Antara sebab yang dinyatakan untuk permintaan
tersebut termasuk perubahan dari segi jenis perniagaan dan
perubahan pekongsi dalam perniagaan yang mungkin
memerlukan perniagaan melakukan perubahan-perubahan
tersebut.
98. Pada masa ini, apabila perniagaan ingin mengubah
namanya, ia perlu menamatkan perniagaannya dan mendaftar
semula perniagaan tersebut di bawah nama baru. Pendekatan ini
tidak fasilitatif dan tidak kos efektif. Pada masa yang sama,
ketiadaan peruntukan yang membenarkan Pendaftar
mengarahkan perubahan nama juga boleh menimbulkan
halangan kepada Pendaftar dalam menjalankan kewajipannya
bagi memastikan bahawa nama-nama perniagaan mematuhi
keperluan-keperluan seperti yang dinyatakan dalam APP.
Terutama sekali jika perniagaan telah didaftarkan untuk
menjalankan perniagaan di bawah nama yang terhad atau tidak
wajar.
99. Di Singapura, peruntukan yang membenarkan perniagaan
untuk mengubah nama dan memberi kuasa kepada Pendaftar
untuk mengarahkan perubahan nama terkandung di bawah
seksyen 18 APNP 2014 Singapura. Peruntukan ini adalah sama
dengan peruntukan baru di bawah seksyen-seksyen 28 dan 29
Akta Syarikat 2016.
47
100. Sama seperti APP, APP Mauritius tidak mempunyai apa-apa
peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan dan kuasa
Pendaftar untuk mengarahkan perubahan dalam nama
perniagaan.
101. Bagi tujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang
fasilitatif, kos efektif dan dinamik, SSM mencadangkan bahawa
peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan pelru
diperuntukkan di bawah undang-undang. Pada masa yang sama,
ia juga dicadangkan agar Pendaftar diberi kuasa untuk
mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan
tertentu seperti nama telah didaftarkan secara tidak sengaja atau
sebaliknya, sebagai nama yang terhad, dilarang atau tidak wajar.
Soalan untuk Konsultasi:
(26) Adakah anda bersetuju bahawa peruntukan berkaitan
perubahan nama perlu diperuntukkan di bawah
undang-undang?
(27) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar perlu diberi
kuasa untuk mengarahkan perubahan nama untuk
perniagaan atas alasan tertentu?
Peruntukan khusus bagi perniagaan tanpa suatu tempat
perniagaan atau kekal/ tetap tempat perniagaan
102. Salah satu maklumat yang diperlukan semasa mendaftar
perniagaan adalah alamat tempat perniagaan, dan jika
48
perniagaan mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan,
alamat cawangannya21.
103. Keperluan ini menunjukkan bahawa semua perniagaan
mesti mempunyai tempat perniagaan. Walaupun ini mungkin
benar dalam kebanyakan keadaan, terdapat beberapa jenis
perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau
tempat perniagaan yang tetap. Walaupun aktiviti itu termasuk
sebagai salah satu aktiviti dalam takrif perniagaan, orang yang
menjalankan perniagaan itu mungkin menghadapi kesukaran
untuk mematuhi keperluan di bawah APP.
104. Oleh itu, salah satu daripada agenda utama untuk proses
kajian semula ini adalah dengan menilai kecukupan undang-
undang dalam mengawal perniagaan yang tidak mempunyai
tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang ditetapkan atau
kekal. SSM menyedari bahawa parameter yang jelas perlu
diwujudkan bagi membolehkan perniagaan tanpa suatu tempat
perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap boleh mematuhi
undang-undang.
105. Bagi menangani aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai
tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang kekal atau
tetap, SSM mencadangkan bahawa undang-undang perlu
mengadakan satu peruntukan khusus bahawa selagi seseorang
itu mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; orang itu
dianggap menjalankan perniagaan di Malaysia bagi maksud APP.
106. Walaupun cadangan ini boleh diguna pakai dengan mudah
kepada perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan
21 Seksyen 5 (2) (d) APP.
49
yang tetap, tetapi ia sukar untuk perniagaan yang tidak
mempunyai tempat perniagaan.
107. Dalam hal peniaga-peniaga pasar malam atau pasar tani, ia
akan mudah untuk membuktikan tempat perniagaan mereka
kerana terdapat bukti fizikal tempat di mana perniagaan itu
dijalankan. Peruntukan khusus yang dicadangkan boleh diguna
pakai dan dipatuhi dengan mudah.
108. Dalam hal aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui
internet (perniagaan atas talian), untuk membuktikan suatu
tempat perniagaan akan menjadi lebih sukar. Perniagaan
berasaskan internet tidak perlu bergantung kepada tempat fizikal
untuk menjalankan perniagaan kerana aktiviti tersebut dijalankan
secara atas talian dan boleh dijalankan di mana-mana sahaja di
dunia. Oleh itu, ia juga bermakna bahawa perniagaan itu tidak
semestinya berlaku di Malaysia kerana transaksi boleh
diselesaikan di luar negara.
109. Justeru adalah penting untuk menentukan sama ada aktiviti
perniagaan tersebut dijalankan di Malaysia atau tidak bagi
membolehkan pendaftaran aktiviti itu di bawah APP.
110. Di Malaysia, Akta Perdagangan Elektronik 2006 (AKPE
2006) memperuntukkan pengiktirafan undang-undang untuk
mesej elektronik dalam urus niaga komersial, penggunaan mesej
elektronik untuk memenuhi keperluan undang-undang dan untuk
membolehkan dan memudahcarakan urus niaga komersial secara
elektronik.
111. Seksyen 5 AKPE 2006 mentakrifkan urus niaga komersial
sebagai komunikasi tunggal atau pelbagai komunikasi yang
50
bersifat komersial, sama ada secara kontraktual atau tidak, yang
termasuk apa-apa perkara berkaitan pembekalan atau pertukaran
barangan atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan,
perbankan dan insurans .
112. Oleh kerana ia adalah mustahil untuk menentukan tempat
perniagaan di mana urus niaga komersial elektronik berlaku,
penunjuk alternatif mesti digunakan untuk membolehkan aktiviti
itu mematuhi keperluan APP.
113. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan kaedah
yang jelas untuk menunjukkan tempat penghantaran dan tempat
penerimaan suatu mesej elektronik seperti berikut:
"22. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula22
dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan
dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan-
(a) jika pemula mempunyai lebih daripada satu
tempat perniagaan, dari tempat perniagaan
yang mempunyai hubungan yang terdekat
dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat
perniagaan yang mempunyai hubungan
terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat
utama perniagaan pemula; atau
(b) jika pemula tidak mempunyai suatu tempat
perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.
22 "pemula" ditakrifkan sebagai seseorang yang melaluinya atau yang bagi
pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar di bawah seksyen 5
AKPE 2006.
51
23. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula23
dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan
diterima di tempat perniagaan penerima, dan-
(a) jika penerima mempunyai lebih daripada satu
tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang
mempunyai hubungan yang terdekat dengan
urus niaga itu atau jika tiada tempat
perniagaan yang mempunyai hubungan
terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat
utama perniagaan penerima; atau
(b) jika penerima tidak mempunyai suatu tempat
perniagaan, dari tempat tinggal biasa
penerima."
114. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan secara
khusus bahawa mesej elektronik dianggap telah dihantar atau
diterima dari tempat perniagaan. Selain itu, dalam keadaan di
mana seseorang menjalankan urus niaga komersial melalui cara
elektronik dan tidak mempunyai tempat perniagaan, mesej
elektronik disifatkan dihantar atau diterima daripada atau dari
tempat tinggal biasa kediamannya. Selanjutnya, jika seseorang
itu tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan
yang tetap, tempat tinggal biasa kediamannya akan dianggap
sebagai tempat perniagaan.
23 “penerima” ditakrifkan sebagai seseorang yang dimaksudkan oleh pemula
untuk menerima suatu mesej elektronik di bawah seksyen 5 AKPE 2006.
52
115. AKPE 2006 memainkan peranan penting dalam membentuk
konsep tempat perniagaan untuk memastikan bahawa urus niaga
perdagangan yang dijalankan ditadbir oleh peruntukannya.
116. SSM berpendapat bahawa prinsip yang sama digunakan
dalam menubuhkan tempat perniagaan di AKPE 2006 perlu
diguna pakai bagi maksud menubuhkan tempat perniagaan untuk
perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau
tempat perniagaan yang tetap. Oleh itu, SSM mencadangkan
bahawa takrif "perniagaan" di bawah seksyen 2 APP dipinda
seperti berikut:
‘”perniagaan” meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan,
pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang
dijalankan bagi maksud-maksud keuntungan, elektronik
atau sebaliknya, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan,
penggajian atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti yang
dinyatakan dalam Jadual.’
117. Cadangan-cadangan di atas juga dapat dilihat di Singapura
dan Mauritius di mana seseorang yang mempunyai tempat
perniagaan di negara-negara tersebut hendaklah dianggap
menjalankan perniagaan di negara-negara tersebut24. Di
Singapura, jika seseorang itu tidak mempunyai tempat yang
tetap atau kekal untuk menjalankan perniagaan, tempat di mana
orang itu biasanya boleh dihubungi hendaklah dianggap sebagai
tempat perniagaan.
24 Seksyen 2(2) APNP 2014 Singapura dan seksyen 2(2) APP 2002 Mauritius.
53
Soalan untuk Konsultasi:
(28) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
mengadakan peruntukan khusus bahawa jika
seseorang itu mempunyai tempat perniagaan di
Malaysia, orang itu hendaklah dianggap menjalankan
perniagaan di Malaysia bagi tujuan APP?
(29) Adakah anda bersetuju bahawa jika seseorang itu
tidak mempunyai tempat perniagaan, atau di mana
tiada tempat perniagaan yang tetap, tempat tinggal
biasanya hendaklah dianggap sebagai tempat
perniagaannya?
Perubahan butir-butir berdaftar sekiranya pekongsi
berhenti menjadi pekongsi atau tidak dapat dikesan atau
dijumpai
118. Keperluan-keperluan semasa di bawah APP mengenai serah
simpan perubahan butir-butir berdaftar perniagaan adalah
bahawa perubahan itu boleh diserah simpan oleh orang yang
bertanggungjawab untuk perniagaan itu dalam tempoh tiga puluh
hari dari perubahan tersebut. Selain itu, semua pekongsi
dikehendaki mengesahkan apa-apa perubahan butir-butir
berdaftar sebelum perubahan tersebut boleh diserah simpan
dengan Pendaftar25. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan
perubahan mengenai butir-butir berdaftar sekutuniaga, hanya
sekutuniaga itu sahaja yang boleh membuat perubahan tersebut.
25 Kaedah 8 KPP.
54
119. Walaupun peruntukan ini menggalakkan ketelusan dan
akauntabiliti, peruntukan tersebut terbukti menjadi peghalang
apabila salah satu daripada pekongsi itu tidak dapat dikesan atau
dijumpai.
120. Pada masa ini, sekiranya pekongsi tidak boleh dikesan atau
dijumpai, satu-satunya tindakan yang ada untuk pekongsi yang
sedia ada adalah untuk menamatkan perniagaan26 tersebut
dengan memfailkan Borang C bersama-sama dengan akuan
berkanun yang menyatakan bahawa dia telah melakukan segala
usaha untuk mencari mana-mana pekongsinya tetapi gagal dalam
usahanya.
121. Keperluan tersebut dianggap tidak memudahcarakan
perniagaan kerana pekongsi yang masih ada mungkin masih
mahu meneruskan perniagaan kerana perniagaan itu masih
berdaya maju.
122. Di Singapura, undang-undang memperuntukkan bahawa
jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan mana-
mana orang, orang itu hendaklah menyerah simpan perubahan
tersebut dalam tempoh 14 hari27. Selanjutnya, jika seseorang itu
tidak lagi menjadi pekongsi, orang itu dan orang-orang yang
masih didaftarkan sebagai pekongsi firma hendaklah
memberitahu Pendaftar dalam tempoh 14 hari dari tarikh
pemberhentian itu. Jika mana-mana orang yang dikehendaki
26 Kaedah 7(3) KPP.
27 Seksyen 20 APNP 2014 Singapura.
55
memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian itu tidak dapat
dikesan atau dijumpai, Pendaftar boleh membenarkan orang lain
untuk menyerah simpan notis itu28.
123. APNP Singapura mengambil pendekatan yang
memudahcarakan di mana apa-apa perubahan mengenai butir-
butir berdaftar seseorang yang menjalankan perniagaan atau
butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah simpan oleh orang
yang menjalankan perniagaan itu atau oleh orang yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan itu. Tiada
peruntukan khusus yang menghadkan perubahan pendaftaran
berkenaan dengan butir-butir berdaftar sekutuniaga yang hanya
dibuat oleh sekutuniaga tersebut. Tiada keperluan untuk
pengesahan oleh semua pekongsi apabila menyerah simpan apa-
apa perubahan butir-butir berdaftar tersebut.
124. APNP Singapura juga membenarkan pekongsi yang masih
ada dalam firma itu untuk memberitahu tentang pemberhentian
pekongsi, jika pekongsi itu tidak dapat dikesan atau dijumpai.
125. APP Mauritius hanya mengandungi peruntukan am yang
berkaitan dengan keperluan untuk menyerah simpan apa-apa
perubahan berkaitan dengan butir-butir berdaftar pekongsi atau
perniagaan.
126. SSM berpendapat bahawa undang-undang harus
memperuntukkan satu alternatif bahawa apa-apa perubahan
kepada butir-butir berdaftar masih boleh dibuat sekiranya
28 Seksyen 22 APNP 2014 Singapura.
56
pekongsi yang tidak dapat dijumpai atau ditemui. Perubahan
pendaftaran itu harus meliputi kedua-dua butir-butir berdaftar
pekongsi dan perniagaan.
127. SSM berpendapat bahawa proses pengesahan oleh semua
pekongsi dalam apa-apa perubahan kepada butir-butir berdaftar
perniagaan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dan oleh
itu hendaklah dikekalkan. Walau apa pun, undang-undang perlu
memperuntukkan pengecualian untuk keadaan di mana pekongsi
tidak dapat dikesan, apa-apa perubahan masih boleh diserah
simpan dengan deklarasi yang sesuai yang membawa maksud
bahawa segala usaha telah dibuat untuk mencari pekongsi yang
hilang itu tetapi tidak berjaya. SSM percaya bahawa telahpun
ada perlindungan yang mencukupi terhadap penyediaan
maklumat yang tidak tepat atau palsu dalam APP.
128. SSM berpendapat bahawa keperluan mandatori ini untuk
menamatkan perniagaan sekiranya pekongsi tidak dapat dikesan
atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahcarakan
perniagaan. Pekongsi yang masih ada dalam perniagaan perlu
disediakan dengan pilihan untuk meneruskan perniagaan jika
perniagaan masih berdaya maju dan jika terma tersebut
diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian mereka.
Soalan untuk Konsultasi:
(30) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
memperuntukkan alternatif bahawa apa-apa
perubahan kepada butir-butir berdaftar masih boleh
57
dibuat sekiranya pekongsi tidak dapat dijumpai atau
dikesan?
(31) Adakah anda bersetuju bahawa proses pengesahan
oleh semua pekongsi sebelum apa-apa perubahan
dalam butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah
simpan adalah dikekalkan tertakluk kepada
pengecualian kepada rukun am sekiranya pekongsi
tidak dapat dikesan atau ditemui?
(32) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan mandatori
ini untuk menamatkan perniagaan sekiranya
pekongsi tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu
dipinda untuk membolehkan pekongsi yang sedia ada
meneruskan perniagaan, jika terma tersebut
diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian
mereka?
Pembaharuan (setiap tahun atau untuk tempoh yang
ditetapkan, bagi membenarkan pembaharuan perniagaan
dalam tempoh 12 bulan dari tempoh luput)
129. Pada masa ini, perniagaan dikehendaki untuk
memperbaharui pendaftaran mereka dalam tempoh 30 hari
sebelum tarikh tamat tempoh pendaftaran mereka29. Sebuah
perniagaan boleh memperbaharui pendaftaran untuk tempoh
tidak melebihi lima tahun. Ini bermakna bahawa perniagaan
boleh memperbaharui pendaftaran untuk satu, dua, tiga, empat
atau lima tahun.
29 Seksyen 5A(1) APP.
58
130. Tempoh yang lebih lama untuk pendaftaran bermakna
pemilik perniagaan diberi pilihan untuk memperbaharui
pendaftaran mengikut kesesuaian keadaan mereka tetapi tidak
melebihi 5 tahun. Walau bagaimanapun, fleksibiliti ini mempunyai
kelemahan di mana SSM tidak akan tahu sama ada perniagaan
itu masih dijalankan sehingga tamat tempoh pendaftaran.
131. SSM berpendapat bahawa pembaharuan itu perlu
ditetapkan untuk tempoh yang lebih singkat iaitu dari satu tahun
hingga tiga tahun supaya pangkalan data yang berkaitan dengan
perniagaan yang aktif akan menjadi lebih tepat.
132. Di Singapura, tempoh pembaharuan tidak ditetapkan
secara statutori kerana ia adalah tertakluk kepada kelulusan
Pendaftar. Di Mauritius, pendaftaran perniagaan adalah sah
selama tiga tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh tambahan
selama tiga tahun.
133. Oleh yang demikian, kami ingin mendapatkan pandangan
orang ramai sama ada tempoh pembaharuan sehingga lima tahun
perlu dipendekkan atau perniagaan boleh memperbaharui
pendaftarannya untuk tempoh yang ditetapkan.
Soalan untuk Konsultasi:
(33) Adakah anda bersetuju bahawa perniagaan boleh
memperbaharui pendaftaran mereka sehingga lima
tahun?
59
(34) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh
pembaharuan itu hendaklah berasaskan kepada
tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
(a) setiap tahun
(a) tiap-tiap dua tahun; atau
(c) tiap-tiap tiga tahun?
Pembatalan (sama ada Pendaftar perlu mengeluarkan
notis)
134. Pada masa ini, Pendaftar diberi kuasa untuk membatalkan
pendaftaran perniagaan dalam keadaan seperti berikut:
(a) dalam keadaan di mana Pendaftar berpuas hati
bahawa perniagaan itu digunakan bagi tujuan-tujuan
yang menyalahi undang-undang atau sebarang tujuan
yang memudaratkan atau tidak bersesuaian dengan
keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau
prinsip moral30; atau
(b) di mana Pendaftar mempunyai sebab yang
munasabah untuk mempercayai bahawa perniagaan
tidak lagi dijalankan31.
135. Dalam kes di mana Pendaftar mempercayai bahawa
perniagaan itu tidak lagi dijalankan, Pendaftar akan
mengeluarkan notis mengenai niatnya untuk membatalkan
pendaftaran perniagaan itu dan orang yang telah diberikan notis
tersebut akan berpeluang untuk membuat representasi bertulis
30 Seksyen 5C(2) APP.
31 Seksyen 5E(1) APP.
60
akan pembatalan yang diniatkan itu dalam tempoh 30 hari dari
tarikh penyampaian notis32.
136. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana perniagaan
berkemungkinan digunakan untuk tujuan menyalahi undang-
undang atau untuk tujuan yang tidak bersesuaian dengan
keselamatan negara, setelah Pendaftar berpuas hati dengan
fakta tersebut, Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran
perniagaan itu33. Namun, terdapat kebimbangan bahawa
prosedur berkaitan pembatalan perniagaan atas alasan
digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau
apa-apa tujuan yang memudaratkan keselamatan negara,
ketenteraman awam atau prinsip moral tidak cukup kuat untuk
memastikan tiada penyalahgunaan dalam prosedur berkenaan.
137. Di Singapura, Pendaftar mempunyai kuasa untuk
memotong pendaftaran seseorang dan nama perniagaan orang
itu dalam keadaan berikut:
(a) jika Pendaftar berpuas hati bahawa-
(ii) perniagaan orang itu digunakan atau diniatkan
untuk digunakan bagi tujuan menyalahi undang-
undang atau bagi tujuan yang memudaratkan
ketenteraman awam, kebajikan atau keadaan
baik di Singapura;
(iii) ia bertentangan dengan keselamatan negara atau
kepentingan orang itu untuk terus didaftarkan;
32 Seksyen 5E(2) APP.
33 Seksyen 5C(2) APP.
61
(b) berkaitan dengan perniagaannya, dia atau orang yang
bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan
telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta
Pengusahaan Amal (Bab 37)34.
138. Sebelum membatalkan pendaftaran perniagaan atas alasan
di atas, Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis mengenai
niatnya untuk memotong pendaftaran itu. Notis itu adalah untuk
tempoh tidak kurang daripada 30 hari. Jika seseorang itu terkilan
dengan keputusan Pendaftar, orang itu boleh merayu kepada
Menteri dalam tempoh 30 hari dan keputusan Menteri adalah
muktamad.
139. Perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri yang
bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri yang
mengeluarkan perakuan menyatakan yang beliau berpuas hati
bahawa ia adalah bertentangan dengan keselamatan negara atau
kepentingan orang yang dinamakan dalam perakuan itu untuk
didaftarkan atau terus didaftarkan hendaklah menjadi keterangan
muktamad mengenai perkara-perkara yang dinyatakan dalam
perakuan itu35. Jika Pendaftar enggan mendaftarkan menurut
perakuan yang dikeluarkan, Pendaftar tidak akan memberi notis
mengenai niatnya untuk membatalkan pendaftaran perniagaan
tersebut36.
140. Di Singapura, Menteri yang bertanggungjawab bagi
keselamatan dalam negeri mempunyai kuasa mutlak untuk
34 Seksyen 12(1) APNP Singapura.
35 Seksyen 13 (1) APNP Singapura.
36 Seksyen 13 (2) APNP Singapura.
62
membatalkan sesuatu pendaftaran perniagaan jika perniagaan itu
digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan yang
bertentangan dengan keselamatan dan kepentingan negara.
141. Adalah sedia maklum bahawa sama seperti Malaysia, APNP
Singapura membenarkan Pendaftar untuk memotong pendaftaran
perniagaan atas alasan bahawa perniagaan tersebut tidak lagi
dijalankan37.
142. Di Mauritius, tiada peruntukan berkaitan dengan kuasa
Pendaftar untuk memotong atau membatalkan pendaftaran
perniagaan.
143. SSM berpendapat bahawa prosedur yang berkaitan untuk
membatalkan atau memotong pendaftaran perniagaan atas
alasan bahawa perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk
digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang perlu dikaji
semula untuk memasukkan pengeluaran notis oleh Pendaftar
kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang
bertanggungjawab untuk perniagaan. Pengeluaran notis itu tidak
menghendaki perniagaan itu memberikan jawapan tunjuk sebab
sebaliknya. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana orang yang
terkilan hendaklah diberi peluang untuk didengar melalui
permohonan rayuan kepada Menteri.
144. SSM juga dicadangkan bahawa undang-undang hendaklah
membenarkan Pendaftar membatalkan pendaftaran jika terdapat
arahan daripada Menteri yang bertanggungjawab untnuk
37 Seksyen 22 dan 23 APNP Singapura.
63
keselamatan dalam negeri bahawa perniagaan itu digunakan bagi
tujuan yang tidak bersesuaian dengan kepentingan atau
keselamatan negara. Dalam kes sedemikian, pengeluaran notis
tidak diperlukan.
Soalan untuk Konsultasi:
(35) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur yang
berkaitan untuk membatalkan atau memotong
pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa
perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk
digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang
perlu dikaji semula untuk memasukkan pengeluaran
notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan
perniagaan atau orang yang bertanggungjawab untuk
perniagaan?
(36) Adakah anda bersetuju bahawa orang yang
kepadanya notis telah dikeluarkan tidak patut
dibenarkan untuk membuat representasi bertulis
tetapi dibenarkan untuk membuat rayuan terhadap
keputusan Pendaftar kepada Menteri?
(37) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang
hendaklah membenarkan Pendaftar untuk
membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan
daripada Menteri yang bertanggungjawab dengan
tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa
perniagaan itu digunakan untuk tujuan yang tidak
64
bersesuaian dengan kepentingan atau keselamatan
negara?
Penamatan perniagaan
145. Pada masa ini, jika perniagaan berdaftar ditamatkan; orang
yang bertanggungjawab untuk perniagaan itu diikehendaki
memberitahu Pendaftar dalam tempoh 30 hari dari tarikh
penamatan. Pemberitahuan itu hendaklah dilakukan melalui
penyerahsimpanan Borang C.
146. Borang C juga dikehendaki untuk diserah simpan sekiranya
berlaku kematian ke atas salah seorang sekutuniaga atau
pekongsi dan apabila tiada sekutuniaga atau pekongsi yang
masih hidup; atau apabila sekutuniaga atau pekongsi tidak dapat
dijumpai atau dikesan.
147. Namun dalam kes yang tidak melibatkan pembaharuan
pendaftaran perniagaan, Borang C tidak perlu diserah simpan.
148. Sehubungan itu, status sebenar bilangan perniagaan yang
aktif tidak dapat ditentukan dengan tepat. Oleh demikian,
terdapat cadangan supaya amalan yang menghendaki Borang C
diserah simpan perlu diselaraskan dalam kes-kes penamatan
perniagaan dan pemberhentian perniagaan akibat daripada
kegagalan memperbaharui pendaftaran perniagaan.
149. Di Singapura, jika seseorang yang berdaftar berhenti
menjalankan perniagaan, orang itu hendaklah memberitahu
Pendaftar mengenainya dalam tempoh 14 hari dari tarikh
65
pemberhentian tersebut. Selanjutnya, APNP Singapura juga
membenarkan seseorang itu untuk memberikan notis awal
kepada Pendaftar mengenai niatnya untuk berhenti menjalankan
perniagaan. Tiada peruntukan yang menghendaki seseorang
memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian perniagaan
yang disebabkan oleh tiada pembaharuan pendaftaran dilakukan.
150. Di Mauritius, seseorang yang berdaftar dikehendaki
memberitahu Pendaftar dalam tempoh 15 hari dari hari dia
berhenti menjalankan perniagaan38.
151. SSM berpendapat bahawa amalan serah simpan Borang C
hanya diperlukan dalam kes berlakunya penamatan perniagaan
dan penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau
pekongsi di mana tiada sekutuniaga yang hidup hendaklah
dikekalkan. Cadangan untuk menghendaki amalan sekarang
diperluaskan kepada kes-kes pendaftaran yang tidak diperbaharui
adalah tidak praktikal. Oleh kerana sifat pendaftaran perniagaan
di bawah APP adalah sah sepanjang tempoh pendaftaran itu,
pendaftaran yang tidak diperbaharui secara automatik yang
dianggap sebagai pemberhentian perniagaan atas alasan
pemakaian undang-undang.
152. Adalah diberi perhatian bahawa sebagai hal dasar
pentadbiran, sesebuah perniagaan masih boleh diperbaharui
dalam tempoh 12 bulan selepas tempoh pendaftarannya luput.
Perniagaan tersebut masih boleh mengekalkan nama dan nombor
perniagaannya. Namun begitu, tempoh 12 bulan (grace period)
38 Seksyen 12(1) APP Mauritius.
66
itu dianggap terlalu lama dan mungkin menghalang orang lain
daripada menggunakan nama perniagaan tersebut. SSM
mencadangkan agar dasar ini dikaji semula dan pembaharuan
pendaftaran perniagaan hanya boleh dibuat sebelum tarikh luput.
Soalan untuk Konsultasi:
(38) Adakah anda bersetuju bahawa amalan semasa
menyerah simpan Borang C hanya sekiranya berlaku
penamatan perniagaan dan penamatan perniagaan
akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi atau di
mana tiada sekutuniaga atau pekongsi yang masih
hidup hendaklah dikekalkan?
Pemulihan perniagaan
153. Adalah sedia maklum bahawa pada masa ini, tiada
peruntukan nyata dalam APP yang membenarkan permohonan
untuk memulihkan pendaftaran perniagaan apabila tempoh telah
terhenti atau luput.
154. Di Singapura, seseorang yang pendaftarannya dan nama
perniagaannya telah dibatalkan atau ditamatkan dibenarkan
untuk membuat permohonan kepada Pendaftar untuk
memulihkan pendaftaran tersebut. Peruntukan yang
membolehkan pemulihan itu didapati di bawah seksyen 24(1)
APNP 2014 Singapura yang menyatakan bahawa:
67
“24(1) Seseorang yang mana pendaftaran perniagaan dan
perniagaan berdaftarnya telah dibatalkan di bawah
seksyen 14, atau 23, atau yang pendaftaran dan nama
perniagaan berdaftarnya telah terhenti di bawah seksyen
22, boleh mengemukakan permohonan dengan Pendaftar
untuk memulihkan Pendaftaran perniagaan.”
155. Oleh itu SSM mencadangkan agar undang-undang di
bawah seksyen 24(1) APNP 2014 Singapura diadaptasi.
156. Juga, di Singapura permohonan untuk memulihkan
pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh masa
yang ditetapkan dalam seksyen 24(2) di mana ia menyatakan
bahawa:
“24(2) Permohonan untuk memulihkan pendaftaran
perniagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat-
(a) dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pendaftaran
itu dibatalkan atau telah berhenti; atau
(b) dalam masa yang lebih panjang sebagaimana yang
Pendaftar boleh dalam hal keadaan khas
membenarkan.”
157. Oleh itu, dalam mengadaptasi undang-undang di bawah
APNP, adalah dicadangkan agar permohonan untuk memulihkan
pendaftaran perniagaan perlu dibuat dalam tempoh 12 bulan dari
tarikh perniagaan itu dibatalkan atau berhenti, atau pada tempoh
lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar. Pemulihan
perniagaan mempunyai kesan seolah-olah perniagaan tidak
pernah dibatalkan atau berhenti. Namun begitu, pemulihan tidak
68
bermakna bahawa perniagaan itu dilepaskan daripada kesalahan
yang telah dilakukan di bawah APNP.
Soalan untuk Konsultasi:
(39) Adakah anda bersetuju bahawa permohonan untuk
memulihkan pendaftaran perniagaan boleh dilakukan
setelah perniagaan luput atau berhenti adalah
dibenarkan?
(40) Apakah tempoh masa yang sesuai bagi permohonan
pemulihanan perniagaan tersebut?
(a) 12 bulan; atau
(b) 24 bulan.
BAHAGIAN D - PELBAGAI
Pembetulan Daftar atau Kesilapan
158. Peruntukan semasa dalam seksyen 7 APP 1956 hanya
memberi kuasa kepada Pendaftar untuk membetulkan kesilapan
dalam daftar setelah menerima perintah daripada Mahkamah.
SSM menyedari bahawa peruntukan ini menimbulkan halangan
kerana perintah Mahkamah mesti diperolehi sebelum apa-apa
kesilapan atau ralat yang ditemui dalam daftar itu boleh
diperbetulkan.
69
159. Selaras dengan pindaan yang dibuat dalam Akta Syarikat
2016, SSM mencadangkan kerangka kerja yang sama untuk
pembetulan daftar atau kesilapan diguna pakai.
160. Peruntukan-peruntukan tersebut jelas menerangkan siapa
yang boleh memohon untuk membetulkan daftar tersebut, kuasa
Pendaftar untuk membuat pembetulan atas kehendaknya sendiri
dan juga menyediakan ruang untuk merayu dalam keadaan di
mana permohonan ditolak oleh Pendaftar.
161. Berdasarkan perenggan-perenggan terdahulu, ia adalah
dicadangkan bahawa Pendaftar diberi kuasa untuk membetulkan
kesilapan atau kesalahan dalam Daftar berdasarkan bukti yang
cukup bahawa sesuatu catatan dalam daftar yang telah
ditinggalkan, adalah tidak betul atau telah tersilap masuk.
162. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana pihak yang
terkilan dalam keadaan tertentu boleh memohon kepada
Mahkamah untuk mendapatkan perintah agar daftar
diperbetulkan dalam keadaan tertentu.
Soalan untuk Konsultasi:
(41) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan
untuk membetulkan kesilapan atau kesalahan dalam
Daftar berdasarkan bukti yang cukup bahawa
kemasukan dalam daftar telah ditinggalkan, tidak
betul atau telah tersilap masuk?
70
(42) Adakah anda bersetuju bahawa mana-mana pihak
yang terkilan boleh memohon kepada Mahkamah
untuk mendapatkan perintah agar daftar
diperbetulkan dalam keadaan tertentu?
Memudahcarakan Pemfailan Dokumen Secara Elektronik
163. Berikutan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22A APP,
pada awal tahun 2008 SSM telah melancarkan Perkhidmatan
Serah Simpan Elektronik untuk Perniagaan dan Syarikat.
164. Untuk menambahbaikn peruntukan undang-undang
berhubung dengan perkhidmatan serah simpan elektronik,
terdapat keperluan untuk mempertimbangkan isu-isu berikut:
Keperluan berkaitan dengan akuan berkanun dan pembuktian
165. Bagi memudahkan serah simpan dokumen-dokumen,
adalah dicadangkan di mana dokumen itu perlu difailkan atau
diserah simpan secara elektronik; dan jika terdapat keperluan
untuk suatu akuan berkanun, akuan berkanun tersebut
hendaklah difailkan atau diserah simpan secara elektronik atau
mana-mana cara yang ditetapkan oleh Pendaftar dan Pendaftar
akan menerima kenyataan tersebut sebagai bukti pematuhan
yang mencukupi.
166. Peruntukan ini adalah selari dengan keperluan di bawah
seksyen 604 Akta Syarikat 2016.
71
167. Sebagai perlindungan, undang-undang perlu
memperuntukkan kesalahan untuk membuat kenyataan palsu
dalam akuan berkanun yang dibuat secara elektronik.
168. Menurut Akta Akuan Berkanun 1960, kenyataan palsu yang
dibuat dalam akuan berkanun merupakan pemberian keterangan
palsu di bawah Kanun Keseksaan, di mana hukuman dinyatakan
di bawah Kanun Keseksanan. Kanun Keseksaan menggunakan
istilah "akuan". Oleh kerana pemfailan elektronik tidak boleh
menempatkan suatu akuan berkanun sebagaimana yang
dinyatakan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960, ia adalah
dicadangkan agar rujukan terus kepada Kanun Keseksaan dibuat
untuk memastikan bahawa hukuman dapat dilaksanakan.
169. Begitu juga, undang-undang patut memperuntukkan
bahawa di mana dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangni
dan disahkan perlu faikan atau diserah simpan secara elektronik,
keperluan untuk tandatangan dan pengesahan adalah tidak
terpakai. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen
604 Akta Syarikat 2016.
Soalan untuk Konsultasi:
(43) Adakah anda bersetuju bahawa di mana dokumen itu
hendaklah difailkan atau diserah simpan secara
elektronik, dan jika terdapat keperluan untuk suatu
akuan berkanun, akuan berkanun tersebut hendaklah
difailkan atau diserah simpan secara elektronik
dengan Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan
72
Pendaftar akan menerima kenyataan-kenyataan
tersebut sebagai bukti pematuhan yang mencukupi?
(44) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
memperuntukkan kesalahan terhadap kenyataan
palsu yang dibuat dalam akuan berkanun yang dibuat
secara elektronik?
(45) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
memperuntukkan bahawa jika dokumen yang
diperlukan untuk ditandatangani dan disahkan adalah
untuk difailkan atau diserah simpan secara
elektronik, keperluan untuk tandatangan dan
penyaksian itu tidak terpakai?
Pendaftar untuk menggunakan perkhidmatan elektronik
170. Walaupun seksyen 22A membenarkan Pendaftar untuk
menyediakan perkhidmatan elektronik, ia tidak dinyatakan
dengan jelas bahawa Pendaftar boleh menggunakan
perkhidmatan elektronik untuk memudahkan komunikasi dengan
pengguna.
171. Ia adalah dicadangkan bahawa seksyen 22A dipinda bagi
membolehkan Pendaftar menggunakan perkhidmatan elektronik
seperti mengeluarkan perintah, notis, sijil dan lain-lain kepada
perniagaan, rakan-rakan atau orang yang bertanggungjawab bagi
perniagaan.
73
172. Oleh kerana APP tidak mempunyai takrifan "dokumen", ia
juga dicadangkan bahawa suatu peruntukan undang-undang
perlu diadakan bagi mentakrif maksud dokumen. Adalah
dicadangkan bahawa definisi dokumen dalam APNP (Cap 50)
diguna pakai seperti berikut:
"Dokumen termasuk apa-apa permohonan, borang,
laporan, pensijilan, notis, pengesahan, perisytiharan, atau
dokumen lain yang difailkan atau diserah simpan dengan
atau diserahkan kepada Pendaftar, atau mengikut mana-
mana yang berkenaan, apa-apa perakuan, notis atau
dokumen lain yang hendak dikeluarkan oleh Pendaftar".
Soalan untuk Konsultasi:
(46) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan
untuk menggunakan perkhidmatan elektronik untuk
mengeluarkan perintah, notis, sijil dan lain-lain
kepada perniagaan, rakan-rakan atau orang yang
bertanggungjawab bagi perniagaan?
(47) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu
mengadakan peruntukan bagi menjelaskan takrif
"dokumen"?
(48) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "dokumen"
seperti yang terdapat dalam APNP (Cap 50) diguna
pakai?
74
Kebolehterimaan maklumat diperakui oleh Pendaftar secara
elektronik
173. Adalah sedia maklum bahawa undang-undang juga perlu
mengadakan peruntukan bagi nilai keterangan dokumen yang
dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara elektronik.
174. Undang-undang semasa membenarkan serah simpan
dokumen dibuat secara elektronik, namun begitu dokumen itu
masih perlu diperakui sebagai salinan benar di bawah meterai
tangan Pendaftar dan ini masih perlu dijalankan secara manual
dan bukan secara elektronik. Amalan ini dilihat sebagai kurang
membantu kepada perniagaan.
175. Oleh itu ia adalah dicadangkan bahawa undang-undang
perlu memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengesahkan
dokumen secara elektronik dan Pendaftar hendaklah menetapkan
cara untuk mengesahkan salinan benar dokumen secara
elektronik.
Soalan untuk Konsultasi:
(49) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang juga
perlu menyediakan nilai keterangan untuk dokumen
yang dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara
elektronik?
(50) Adakah anda bersetuju bahawa cara mengesahkan
salinan yang benar bagi dokumen itu secara
elektronik hendaklah ditetapkan?