dokumentasi blk terapi 2012
TRANSCRIPT
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG,
SEKSYEN U16, TAMAN BUKIT SUBANG,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR.
TEL: 03-7847 5581 / 012-989 1033 FAX: 03-7848 3552
DOKUMENTASI:
BILIK INTEGRASI SENSORI
(SENSORY INTEGRATION ROOM)
TEMPAT:
PENDIDIKAN KHAS,
SK TAMAN BUKIT SUBANG, SHAH ALAM
PENGELOLA:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK TAMAN BUKIT SUBANG
1
1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang
telah diwujudkan pada bulan September 2007. Pada ketika itu, murid-murid
berkeperluan khas ini hanya berjumlah 18 orang. Bilangan ini meningkat seramai 28
orang pada tahun 2012. Murid-murid PPKI sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori
iaitu syndrome down, slow learner, autisme, cerebral palsy, attention deficit hyperactive
disorder, Predder Willy, dan mental retardation. Pihak pengurusan PPKI sentiasa
memikirkan pelbagai bentuk aktiviti yang sesuai untuk memperkembangkan potensi
murid-murid di sekolah ini. Segala aktiviti yang dirancang adalah berpandukan ‘Falsafah
Pendidikan Khas’. Pihak pengurusan PPKI telah merancang aktiviti yang berbentuk
ilmiah, riadah, sosial dan terapi kepada murid-murid ini.
Projek Bilik Integrasi Sensori ini ditubuhkan untuk tujuan memberi peluang sama
rata bagi kanak-kanak istimewa belajar dan turut melalui suasana persekolahan dengan
bantuan guru-guru terlatih serta peralatan yang dapat memupuk kebolehan belajar
mereka dan mengembangkan kemahiran serta kebolehan mereka. Oleh itu pihak F&N
Beverages Marketing Sdn.Bhd dengan berbesar hati akan menyumbangkan peralatan
terapi bilik Integrasi Sensori kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah
Kebangsaan Taman Bukit Subang. Maka dengan itu, Pihak Program Pendidikan Khas
Integrasi, SK Taman Bukit Subang perlu menyediakan bilik Sensori Integrasi yang
lengkap dengan kemasan jubin dan penghawa dingin serta cat yang bersesuaian untuk
bilik terapi.
2.0 RASIONAL
Walaupun tidak sesempurna murid-murid biasa, insan istimewa ini tetap
mengharapkan ada sedikit ruang bagi mereka di hati insan lain.Walaupun kelihatan
berbeza dari segi paras rupa, mereka juga pandai ketawa, menangis, mengadu kepada
orang jika sakit atau cedera.Tanpa betul-betul mendekati, bermesra dan melayan
mereka, tidak ada sesiapa menyangka keistimewaan murid-murid OKU. Ketika mereka
menunjukkan kebolehan, pasti ramai lupa mereka sebenarnya insan istimewa yang
kadang-kala dipinggir oleh masyarakat.
2
Biarpun diketegorikan sebagai OKU, murid-murid ini tetap memerlukan kasih
sayang daripada semua pihak. Kecacatan tidak menjatuhkan taraf kemanusiaan
terhadap individu berkenaan. Murid-murid ini perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak,
pendidikan akademik, dan terapi mengikut kemampuan masing-masing.Murid-murid
OKU ini masih mempunyai potensi untuk berjaya seperti murid normal jika diberi latihan
terapi dan pendidikan khas. Mereka sebenarnya mempunyai kemampuan mental, fizikal
dan perasaan seperti muird normal.
Kebanyakan daripada murid sekolah ini mempunyai masalah yang melibatkan
perkembangan mental,emosi, dan kurang keyakinan diri. Murid-murid ini memerlukan
terapi yang pelbagai dan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Kebiasaannya
selepas menjalani terapi yang berterusan murid khas ini akan menjadi bertambah baik
dan meningkat dari aspek mobility mereka.Ini akan sangat membantu murid menjalani
kehidupan seharian yang lebih baik, berkualiti dan meyakinkan.
Peralatan terapi yang moden dan canggih melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Kebanyakan ibu bapa murid tidak mampu untuk menyediakan peralatan terapi untuk
anak-anak mereka, justeru Kementerian Pelajaran juga tidak mampu memenuhi
permintaan semua sekolah untuk menyediakan peralatan terapi di setiap sekolah
kendaliannya kerana kos peralatannya yang terlalu tinggi.
Sehubungan dengan ini, kami daripada Program Pendidikan Khas Integrasi,
Bermasalah Pembelajaran, SK Taman Bukit Subang Shah Alam berinisiatif
mengemukakan kertas cadangan ini kepada mana-mana pihak yang berkenaan supaya
dapat membantu dengan memberi sumbangan kepada kami agar kami dapat
merealisasikan impian murid-murid OKU sekolah kami dengan menyediakan bilik
Integrasi Sensori seterusnya dapat memberi keyakinan yang lebih dalam diri murid
kami.
3.0 MATLAMAT
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Khas, maka bilik Integrasi Sensori ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek
serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.3
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan mobiliti murid-murid pendidikan khas dari segala aspek seperti
psikomotor halus, psikomotor kasar, lokomotor halus dan kasar serta aspek
emosi mereka.
4.2 Memberi peluang kepada murid mendapat kemudahan terapi yang pelbagai
dan terbaik secara percuma.
4.3 Menjadikan keupayaan yang dimiliki mereka adalah lebih baik daripada yang
sebelumnya.
4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
5.0 LOKASI BILIK INTEGRASI SENSORI DAN RELEVEN KEPERLUAN
Lokasi bilik Integrasi Sensori ini adalah di bilik Pendidikan Khas, SK Taman Bukit
Subang, Shah Alam. Lokasi ini dipilih kerana ianya berhampiran dengan kelas
pendidikan khas dan memudahkan pergerakan murid.
Antara peralatan yang disumbangkan Oleh pihak F&N Beverages Marketing Sdn.Bhd
adalah seperti (Gambar alatan-sila lihat Lampiran):
a) Bolster Swing
b) Curvey Wurvy Twizler
c) Climbing Wall
d) Scooter board ramp
e) Trampoline with Front bar
f) Resistance Tunnel
g) Balance board
h) Wavy Tactile Path
i) Gymnic Ball
j) Soft brush
6.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA.
5.1 Jumlah murid Pendidikan Khas SK Taman Bukit Subang : 28 Orang
5.2 Murid berkeperluan khas, sekolah-sekolah di daerah berhampiran.4
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat: Pn. Radziah bt.Talhah
(Guru Besar SK Taman Bukit Subang)
Pengerusi Program :Pn. Hjh.Eshah Bt.Abdullah
(Penolong Kanan Pendidikan Khas,SK Taman Bukit Subang)
Timbalan Pengerusi : En.Saiful Yazan bin Abu Hassan
(Yang Di Pertua PIBG SK Taman Bukit Subang)
Penyelaras Program:Pn. Ima Nadia bt.A.Rahim
Setiausaha:Pn.Salbiah bt.Muhammad
Bendahari: Pn.Noraini bt.Md.Noor Lamin
Ahli Jawatankuasa:Pn.Zalina bt.Zainal Abidin
Pn.Noor Azura JusohPn. Saraswathi K. Anthemuthu
Pn. Siti Raozah AJK BIRO PPKI SK Taman Bukit Subang
5
Program-program yang dijalankan.
A) F&N Sensory Integration Room (Facilitator Guide book Launch & Talk) Tarikh: March 2012
6
B) Kursus OT Guru-guru Pendidikan Khas Anjuran F & N Baverages Sdn. Bhd. Tarikh: 22/09/2012
7
C) Program Pendedahan Terapi Sensori Anjuran F & N Baverages Sdn. Bhd. bersama Ibu Bapa.
Tarikh: 22/09/201
D) Majlis Perasmian Bilik Sensory Integration Room Tarikh: 04/10/2012
8
\
9
8.0 PENUTUP
Setiap murid berhak mendapat pendidikan dan peluang yang sama.
Aktiviti yang dirancang dan dijalankan sentiasa mengambil kira kepentingan dan
10
keperluan mereka. Selain ini diharap dengan adanya program bilik Integrasi
Sensori ini murid-murid akan rasa lebih dihargai dan bersemangat pada masa
akan datang.
Membiarkan murid kategori OKU tanpa usaha pemulihan dan pendidikan
yang sewajarnya akan menjadikan keadaan lebih buruk. Jika mereka diasuh dan
diberi latihan, sudah pasti sedikit sebanyak penggantungan terhadap ibu bapa
dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental bertambah baik..
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan dan segala aktiviti yang dilaksanakan melalui program ini dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh murid-murid pendidikan khas demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Diharap kertas cadangan yang disediakan ini akan mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan dengan memberi
bantuan dari segi kewangan. semoga segala amal yang telah dilakukan akan
mendapat manfaat yang sewajarnya.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………. …………………………………….
(Pn.Hjh.Eshah bt.Abdullah) (Pn.Radziah binti Talhah)
Guru Penolong Kanan, Guru Besar,Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Taman Bukit Subang,SK Taman Bukit Subang, Seksyen U16, Taman Bukit Subang, Seksyen U16, Taman Bukit Subang, 40150 Shah Alam. 40150 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan
Selangor Darul Ehsan
AKTIVITI- AKTIVITI BILIK SENSORI INTEGRASI
11
LAMPIRAN
12
Bolster Swing 4’
Linear GliderScooter board ramp
Balance Beam
Balance rocker
13
Trampoline Step Board
Twin Walker School ball set
Rainbow river stoneWavy tactile path
LAMPIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK TAMAN BUKIT SUBANG
14
Forever Up-DownCircular/ maze Balancing Board
Rocking see-saw
Pedal roller
15