Download - -kelab-rukun-negara (1)
JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN
DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI
BUKU PANDUANKELAB RUKUN NEGARA
KANDUNGAN
1. Prinsip‐Prinsip Rukun Negara
2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara
3. Pendahuluan
4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara
5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara
6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara
7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara
8.Sumber Kewangan
9. Kesimpulan
10. Peraturan Kelab Rukun Negara
10.1Pendahuluan
10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara
10.3 Peraturan
11. Lampiran B ‐ AktivitiKelab Rukun Negara
12. Lampiran C ‐Cadangan Perancangan Tahunan AktivitiKelab Rukun Negara
2
Rukun Negara
Pengisytiharan
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita‐cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
3
Lima Prinsip Rukun Negara
Lima Prinsip Rukun NegaraHarus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar SahajaSekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun NegaraTelah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu NegaraTanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Chorus:
Amalkanlah Rukun NegaraDalam Hidup Harian KitaTanpa Mengira Tua MudaMengekalkan Warisan Kita
Lima Prinsip Rukun NegaraTelah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu NegaraTanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara
Ikrar:Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan NegaraKeluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang‐UndangKesopanan Dan Kesusilaan
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
4
Lagu Ciptaan : Dato’ Wah IdrisLirik Oleh : Dato’ Cosmas J. Abah
Dato’ Azman Amin Hassan
5
1. PENDAHULUAN
1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang‐undang negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat.
1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan‐ Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu‐isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah‐masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di‐Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.
6
1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid‐murid mengenai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah‐ sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004.
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.
2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah menengah seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7
17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah‐sekolahbertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.
2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip‐prinsip Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).
3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
3.1 Memperkenalkan prinsip‐prinsip Rukun Negara;
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
3.4 Menjadikan prinsip‐prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,
bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
8
4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA
Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan
Kelab Rukun Negara di sekolah‐sekolah adalah seperti berikut:‐
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /PELAKSANAAN
1. Jabatan - Ketua Pengarah - Garis Panduan
Perpaduan -Bahagian Perpaduan - Cadangan aktiviti
Negara Dan Masyarakat Dan - Kepegawaian /Integrasi Integrasi Negara FasilitatorNasional - Bahan cetak
- Promosi- Kewangan- Pemantauan- Pelaporan
9
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /PELAKSANAAN
2. Kementerian - Ketua Pengarah - Garis PanduanPelajaran Pelajaran Malaysia - Cadangan aktivitiMalaysia - Pengarah Bahagian - Kepegawaian /
Sekolah Fasilitator- Pengarah Bahagian - Bahan cetak
Pendidikan Guru - Promosi- Kewangan- Pemantauan- Pelaporan
3. Jabatan - Pengarah Jabatan - ArahanPerpaduan Perpaduan Negara - KewanganNegara Dan Dan Integrasi - Cadangan dan
Integrasi Nasional Negeripelaksanaan aktiviti
Nasional - Pengarah Pelajaran - PemantauanNegeri /Jabatan Negeri - PelaporanPelajaranNegeri
4. Pejabat -Pegawai Perpaduan - Pelaporan
Perpaduan Daerah/Bahagian - PenyelarasanDaerah - Pegawai Pelajaran/Bahagian/ Daerah/BahagianPejabatPelajaranDaerah/Bahagian
10
JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /PELAKSANAAN
5. Sekolah -Pengetua/Guru Besar - Penubuhan kelab
- Guru Penasihat -Pelaksanaan aktiviti
- Pemantauan- Pelaporan
-Sumber Kewangan
11
5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah‐sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:
* Kepercayaan Kepada Tuhan * Kesetiaan Kepada Raja dan Negara * Keluhuran Perlembagaan * Kedaulatan Undang‐Undang * Kesopanan dan Kesusilaan
5.2 Antara aktiviti‐aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran B.
5.3 Selain daripada aktiviti‐aktiviti yang dinyatakan di atas, dari semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan,
12
mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai‐ nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.
6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan kokurikulum sedia ada);
6.2 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;
6.3 Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;
6.4 Sumbangan daripada agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐ pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;
6.5 Perkongsian bijak dengan agensi‐agensi kerajaan, pertubuhan‐ pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan
6.6 Sumbangan individu dan lain‐lain yang difikirkan sesuai.
7. KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa
13
ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
14
PERATURAN‐PERATURAN KELAB RUKUN
NEGARA
1. PENDAHULUAN
1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah rendah dan menengah.
1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.
1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.
2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing‐masing.
2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing‐ masing.
15
2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli‐ahli jawatankuasa.
2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.
2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan‐laporan seperti berikut:‐
i) Perlembagaan kelab;
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.
2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang‐kurangnya 3 kali setahun.
3. PERATURAN
Peraturan 1: Nama Pertubuhan
1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.
16
1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah masing‐masing.
1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.
Peraturan 2 : Objebtif
2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip‐prinsip Rukun Negara;
2.1.2 Menyemai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;
2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;
2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;
2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya‐ mempercayai, hormat‐menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum;
17
2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum‐kaum di Malaysia.
Peraturan 3 : Keahlian
3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti‐aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.
3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah‐sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.
3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara‐perkara berikut:‐
3.3.1 Saling hormat‐menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana‐ mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.
18
3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;
3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah‐belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;
3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.
3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Peraturan 4 : Aktiviti
4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti‐aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:‐
4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan ‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;
19
4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;
4.1.3 Keluhuran Perlembagaan - Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
4.1.4 Kedaulatan Undang‐Undang ‐Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang‐ undang;
4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan ‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.
4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab Rukun Negara.
Peraturan 5 : Pentadbiran
5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat
Kebangsaan
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal
dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.
20
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
1. Penaung ‐ Menteri di Jabatan Perdana MenteriBersama
‐ Menteri Pelajaran Malaysia
2. Pengerusi ‐ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
‐ Ketua PengarahJabatan Perpaduan NegaraDan Integrasi Nasional
3. Timbalan ‐Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
PengerusiJabatan Sekolah Kementerian PelajaranMalaysia
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)Jabatan Perpaduan NegaraDan Integrasi Nasional
4. Setiausaha ‐ Pengarah Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia
‐ PengarahBahagian Perpaduan Masyarakatdan Integrasi Negara
5. Ahli ‐ a)Bahagian Perpaduan Masyarakat danIntegrasi Negara
b) Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia
c) Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
d) Jabatan Penerangan Malaysia
e) Bahagian Teknik dan Vokasional
21
Kementerian Pelajaran Malaysia
f) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri
5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan sekolah‐sekolah.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Penaung ‐ Exco Perpaduan
ii.Pengerusi bersama ‐ Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri/PengarahJabatan Perpaduan NegaraDan Integrasi Nasional (JPNIN)Negeri
iii. Setiausaha ‐ Penolong Pengarah JPNINNegeriKetua Unit KokurikulumJabatan Pelajaran Negeri
iv. Ahli ‐ Ketua Sektor PengurusanPembangunan KemanusiaanJabatan Pelajaran Negeri
‐Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
22
‐ Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian
1. Penasihat‐ Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/
Pengarah JPNIN Negeri
2. Pengerusi ‐ Pegawai Pelajaran Daerah/Bersama Pegawai Perpaduan Daerah
3. Setiausaha ‐ Penyelia KokurikulumPejabat Pelajaran DaerahPembantu Pembangunan MasyarakatJPNIN
5. Ahli‐ Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)
5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti berikut:
i) Penaung ‐ Pengetua/Guru Besar
ii) Penasihat ‐Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Penyelaras ‐ Guru Penasihat
iv) Pengerusi ‐ Seorang murid
v)Timbalan Pengerusi ‐ Seorang murid
vi) Setiausaha ‐ Seorang murid
23
vii)Penolong Setiausaha ‐ Seorang murid
viii) Bendahari ‐ Seorang murid
ix) Ahli Jawatankuasa ‐ 10 orang murid
x) Juru Audit Dalam ‐ 2 orang(seorang guru dan seorang murid)
Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa
Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan
yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan
Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.
Peraturan 6 : Tugas Jawata tankuasa
Pengerusi ‐Bertanggungjawab ke
atas keseluruhan
perjalanan kelab.‐ Mempengerusikan mesyuarat kelab.
‐Menyusun dan merangka aktiviti kelab.
‐Merapatkan hubungan dengan Kelab‐kelab Rukun Negara yang lain.
‐Berhubung dengan Pejabat PerpaduanNegeri / Daerah / Bahagian untukmendapatkan bahan penerbitan dansebagainya.
‐ Lain‐lain tugas pentadbiran kelab.
Timbalan Pengerusi ‐ Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
‐ Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
‐ Mempengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.
24
‐Membantu Pengerusi merancang aktivitikelab.
‐Tugas‐tugas lain yang diarahkan olehPengerusi.
Setiausaha ‐Mencatat minit mesyuarat.
‐Menyediakan laporan
kegiatan dan
aktiviti.
‐Menguruskan urusan surat‐menyurat.
‐Menyimpan dan merekodkan segala fail‐fail kelab.
‐Tugas‐tugas lain yang diarahkan olehPengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Penolong Setiausaha ‐ Membantu
Setiausaha menjalankan
tugas‐tugas kesetiausahaan.
‐Menjalankan
tugas
Setiausaha semasa
ketiadaan Setiausaha.
Bendahari ‐Bertanggungjawab menguruskan urusankewangan kelab.
‐ Menyimpan dan merekodkansegal
aurusan kewangan kelab.
‐ Mengusahakan sumber kewangan kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
AJK ‐Bertanggungjawab sepenuhnya
kepada
Pengerusi/Timbalan Pengerusi.
‐ MembantuJawatankuasa Eksekutif
menjalankan urusan kelab.
‐ Menghadirimesyuarat kelab
apabila
dipanggil.‐ Membantu Pengerusi menambah
keahlian kelab.
‐ Membantu pengerusimenjalank
anaktiviti kelab.
‐Tugas‐tugas lain yang diarahkan olehPengerusi.
25
‐ Memeriksa dan mengesahkan penyata
Juru Audit Dalam perbelanjaan Kelab Rukun Negara
sekurang‐kurangnya dua kali setahun.
Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara
7.1 Akaun bagi tiap‐tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah kawalan Pengetua /Guru Besar.
7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap‐tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.
7.3 Apa‐apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar
Peraturan 8 : Mesyuarat Agung
8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.
8.2 Peranan Mesyuarat Agung
a) Memilih Jawatankuasa Kelab;
26
b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal‐hal lain.
Peraturan 9:
9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana‐mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila‐bila masa dan tanpa terikat kepada mana‐ mana pihak.
27
28
PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid • Arahan daripada • Pengetua/ Guru Besar
RUKUN sentiasaKementerian Pelajaran • Semua murid
NEGARA menghayati Malaysia. (KPM) •AJK Kelab Rukun Negara
falsafah serta•
Setiap perhimpunan
• Pegawai Perpaduanprinsip‐prinsip Daerah (Pemantauan)
sekolah.Rukun Negara
• Hari Korikulum
• Majlis rasmi.
• Sambutan BulanKemerdekaan
• Sambutan BulanPerpaduan.
• Kumpulan pembacaikrar terdiri daripadapelbagai kaum.
2. MEMPAMERK Supaya murid • Di pintu masuk • Pengetua/Guru BesarAN sentiasa hadapan sekolah. • AJK KRNPRINSIP‐ mengingati • Sudut khas dalamPRINSIP prinsip‐prinsip kelas dan pejabat.RUKUN Rukun Negara. • Mural di dindingNEGARA • Papan kenyataan
3. NYANYIAN Menyemai rasa •Semasa majlis sekolah. • Pengetua/Guru Besar
LAGUcinta dan bangga • Setiap perjumpaan • AJK KRN
KEBANGSAAN
terhadap raja dan kelab.
’NEGARAKU’ negaraDAN NEGERI
29
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
4. FORUM‐ 1. Memperkenalkan nilai‐ • Menjemput ahli • Semua murid
MEMAHAMInilai sejagat dalam agama. panel yang • AJK KRN
KEPELBAGAIAN 2. Menghormati mewakili agamaAGAMA kepercayaan agama lain. masing‐masing.
3.Menghormati penganut‐
penganut agama lain.
5. CERAMAH‐ 1.Mendedahkan nilai‐nilai • Menjemput panel • Pengetua/Guru
Penerapan nilai sejagat dalam agama. penceramah Besarsejagat dalam bertauliah • PIBG
agama 2.Menerapkan unsur‐unsur daripada JPNIN, • JPNIN
positif dalam kehidupan. KPM dan JabatanPeneranganMalaysia.
6.PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan • Pertandingan • KPMPIDATO/DEBAT mencungkil bakat murid terbuka kepada • JPNINPERPADUAN 2. Memupuk minat setiap murid. • SekolahDAN INTEGRASI membaca. • Sempena Bulan • AJK KRNNASIONAL 3. Menggalakkan Kemerdekaan /
penggunaan ICT untuk Bulan Perpaduan
mencari bahan. •Peringkat Daerah,Negeri danKebangsaan.
30
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
7. LAWATAN KE 1. Mengenali secara • Menganjurkan • SekolahRUMAH‐RUMAH lebih dekat rumah‐
lawatan ke rumah‐ • AJK KRN
IBADAT rumah ibadat rumah ibadatpenganut agama lain. yang dibuka
untuk
2. Menyemailawatan/seperti di
perasaan/sikap Masjidmenghormati prinsip
Negara/Putrajaya,
kebebasan beragama Batu Caves
di kalangan setiapSelangor, Sam Poh
warganegara. Tong di Ipoh,Perak.
• Mendapatkankebenaranbertuulis daripadaibu bapa.
• Mendapatkebenarandaripada rumah‐rumah ibadat.
8.MERAIKAN HARI Mendedahkan murid • Mengadakan • Pengetua/Guru
PERAYAAN kepada pelbagai harimajlis sambutan di Besar
PELBAGAI KAUM
perayaan seperti Hari Raya sekolah. Murid • AJK KRNAidilfitri, Tahun Baru Cina, digalakkan
Deepavali, Krismas, Harimelibatkan diri di
Gawai dan Pesta Kaamatan. dalam aktiviti‐
aktiviti yangdianjurkan.
• Programdianjurkan dalambulan‐bulanberkaitan.
31
BIL AKTIVITI OBJEKTIFSTRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
9.PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap • Pertandingan • Guru
PENYEDIAAN mencintai danBuku Skrap Agama/Guru
FOLIO/BUKU menghargai tentang PendidikanSKRAP anugerah Tuhan di kepercayaan Moral
kalangan murid. kepada Tuhan. • AJK KRN
2. Memberi kesedaran • Sebelum danselepas Haridan keinsafanPerayaan Agama;kepada murid contoh: pada haritentang kesanMaulidur Rasul.terhadap alam
sekitarakibat daripada • Mengumpulperbuatan manusia. bahan‐bahan
berkaitan dengan
3. Menggalakkankeindahan dankemusnahan alam
penggunaan ICT ciptaan Tuhan.untuk mencaribahan.
10. KEM BINA Mempertingkatkan Mengadakan • Pengetua/GuruINSAN kerohanian dan nilai‐nilai ceramah, forum, Besar
murni di kalangan murid. bengkel dan • AJK KRNsebagainya. • JPNIN
Mengadakan11. BAHAN Mempertingkatkan ceramah, forum, • Pengetua/Guru
PENERBITAN kerohanian dan nilai‐nilai bengkel dan Besar
murni di kalangan murid.sebagainya. • AJK KRN
• JPNIN
32
PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
BIL AKTIVITIOBJEKTI
F STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRARSupaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA
menghayati falsafah serta KPM. Besarprinsip – prinsip Rukun
• Setiap• Semua murid
Negara • AJK Kelab
perhimpunan Rukun Negarasekolah. • (KRN)
• Hari • PegawaiPerpaduanKokurikulum.Daerah
• Majlis rasmi. (Pemantauan)
• Sambutan BulanPerpaduan.
• Kumpulanpembaca ikrarterdiri daripadamurid pelbagaikaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/GuruLAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAANnegara.
•Setiap perjumpaan
• AJK KRN’NEGARAKU’
kelab.DAN NEGERI
33
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
3. LAWATAN Memberi pendedahan •Lawatan ke Istana, • Semua murid
mengenai Sistem Muzium DiRaja • AJK KRNPemerintahan Raja dan MuziumBerperlembagaan. Negeri
•Lawatan Integrasisemasa HariKeputeraanAgong.
• Lawatan semasaPersidanganParlimen danDewan UndanganNegeri.
4.PERTANDINGAN
1. Menyemai rasa cinta dan • Bersifat • Pengetua/Guru
BUKUbangga kepada Raja dan pertandingan Besar
SKRAP/FOLIO Negara.• Kerja kumpulan.
• AJK KRNSALASILAHKESULTANAN 2. Memberi pendedahan • Dijalankan diNEGERI mengenai sistem peringkat
sekolah.pemerintahannegeri‐negeri di Malaysia.
3.
34
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
5. KEMPEN KIBAR Menyemai dan memupuk • Mengadakan • Pengetua/Guru
JALUR semangat patriotisme dimajlis pelancaran Besar
GEMILANG DAN kalangan murid. Kempen KibarBENDERA Jalur Gemilang • AJK KRNNEGERI dan Bendera
Negeri.
• Nyanyian lagu• JPNIN
Jalur Gemilangdan patriotik
•Tayangan gambarberunsurkanpatriotik untuksemua kaum.
• Ahli KRNmenyertaiPerbarisansempena ulangtahun HariKemerdekaan.
• SempenaSambutan BulanKemerdekaan.
•Majlis rasmi yanglain.
6. PENGKISAHAN 1.Mengingati dan • Bersifat • Pengetua/Guru
SEJARAHmenghayati sejarah pertandingan Besar
NEGARA OLEH dan pembangunan• Kerja kumpulan.TOKOH‐TOKOH negara. • AJK KRN
NEGARA DAN • Dijalankan di
TEMPATAN 2.Menghargai
jasa‐jasa
peringkat sekolah.
pemimpin negara.
35
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
7. PAMERAN 1. Mengenali dan • Mengadakan • Pengetua/Guru(Sejarah Negara)
menghayati sejarah pameran. Besarnegara.
• Menyediakan • AJK KRNbahan.2. Memupuk perasaan
cintakan negara. • Mengadakan
3.Menghargai jasa‐jasa
lawatan kepameran yang
pemimpin tempatan dianjurkan olehdan pejuang negara. agensi‐agensi
lain.
8.PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. • Menguruskan • Pengetua/Guru
KEBUDAYAAN/pertandingan:
‐ Besar
KESENIAN DAN 2.Membentuk keyakinan
a) puisi• AJK KRN
WARISAN diri.
b) drama
36
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
3. Memberipendedaha
n c) mencipta lagu • Pengetua/Gurukepada murid tentang patriotik Besarkebudayaan dan
d) menyanyikesenian kaum‐kaum • AJK KRNlain. e) tarian
f) buku skrap
g) cerpen
h) kata bestarikenegaraan
i) pertandinganpertandingan lainyang difikirkansesuai dan selarasdengan prinsip‐prinsip RukunNegara.
9. KARNIVAL 1.Memupuk semangat
Koir, sajak, pentomen dan • Pengetua/Guru
PATRIOTIK patriotik dan sebagainya. Besarmenyuburkan • AJK KRNsemangat perpaduandi kalangan murid.
2.Menyemarakkan jatidiri murid.
37
PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
BIL AKTIVITIOBJEKTI
F STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRARSupaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA
menghayati falsafah serta KPM. Besarprinsip – prinsip Rukun
• SetiapNegara • Semua murid
perhimpunansekolah. • AJK Kelab
• Hari• Rukun NegaraKokurikulum.
(KRN)• Majlis rasmi.
• Pegawai• Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
• Sambutan Bulan(Pemantauan)
Perpaduan.
• Kumpulanpembaca ikrarterdiri daripadamurid pelbagaikaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/GuruLAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAANnegara.
•Setiap perjumpaan
• AJK KRN’NEGARAKU’
kelab.DAN NEGERI
38
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
3. CERAMAHMemberi kesedaran dan • Semasa kempen/ • Semua murid
kefahaman tentangminggu kesedaran
keluhuran sivik. • AJK KRNperlembagaan/pembentuk
•Salah satu aktivitian
perlembagaan/kontrak • JPNINKursussosial
.Kepimpinan/Perkhemahan.
•Salah satu aktivitiBulan Patriotisme.
4. LAWATAN 1. Memberi peluang • Menganjurkan • Pengetua/Guru
KENEGARAAN kepada muridlawatan ke Sidang Besar
menyaksikan Dewan Undangan • AJK KRNproses sistem Negeri/ParlimenperundanganNegara dijalankan.
2.Mempertingkatkankefahaman muridmengenai sistemperundangannegara.
5. KUIZ / 1. Memupuk • Menganjurkan • Pengetua/Guru
PERBAHASANkemahiran lawatan Besar
(PERLEMBAGAAN)
pengucapan awam. pertandingan
peringkat • AJK KRN2. Menilai/menguji sekolah/daerah
tahap pengetahuan
murid tentangperlembagaan.
39
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
6. PERKHEMAHAN 1.Memupuk sifat‐ • Aktiviti luar • Pengetua/Guru
(MOTIVASI) sifat kepimpinan sekolah/ceramah Besarberlandaskan motivasi.prinsip‐prinsip
•Kerjasama dengan
• AJK KRNRukun negara.
agensi kerajaan /
2.Meningkatkan
swasta.
pengetahuan muridtentang sistemperlembagaannegara.
7. PERMAINAN 1.Menggalakkan •
Permainan Mencari • Pengetua/Guru
BERASASKANintegrasi kaum. Harta Karun Besar
PRINSIP KETIGA (Treasure Hunt)RUKUN NEGARA 2. Memupuk
• ’Clue’ yang• AJK KRN
perpaduan dan nilai
digunakankerjasama.berdasarkan sistem
3. Menambah perlembagaannegara.pengetahuan dan
pengalaman tentang • Pelaksanaansistem agensi‐agensiperlembagaan kerajaan/swasta.negara.
40
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
8. PERTANDINGAN 1. Memupuk • Pertandingan • Pengetua/GuruMENULIS kemahiran kreatif Menulis Esei Besar
menulis tentang Cerpen / Puisi
isu‐isuperingkat sekolah, • AJK KRN
perlembagaandaerah, negeri dan
negara. kebangsaan
2.Mencungkil bakat‐ • Berkala
bakat dalambidang berkaitan.
3.Kesedaran tentangisu‐isu semasaperlembagaannegara.
9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya • Dalam bentuk • Pengetua/Gurukreativiti. pertandingan. Besar
2.Menghayati sistem • Berkala • AJK KRNperlembagaannegara.
3.Sebagai pemangkinpercambahanfikiran.
4. Menggalakkanintegrasi kaum.
41
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
10. FORUM 1.Meningkat • Dianjurkan di • Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN pengetahuanperingkat sekolah. Besar
tentang•
Kerjasama denganperlembagaan. • AJK KRNagensi luar.
2. Perkongsian • JPNINpengetahuan danpengalaman.
3. Memperjelaskanisu‐isu semasayang timbul(kurangdifahami/keliru)
11. PERTANDINGAN 1.Memupuk daya • Bersifat • Pengetua/Guru
BUKU SKRAP kreativiti murid. pertandingan. Besar
2. Kesedarantentang • Kerja kumpulan • AJK KRNisu‐isu semasa
•Peringkat sekolah.
dalam sistemperlembagaan.
42
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
12. PAMERAN 1. Memupuk daya • Kerja keumpulan • Pengetua/GuruKENEGARAAN kreativiti murid. untuk Besar
mengendalikan2. Kesedaran isu‐isu pameran. • AJK KRN
semasa dalam• Menonjolkansistem
pencapaianperlembagaan.individu/syarikatyan berjaya.
• Melibatkan PIBG.
.
13. BULAN 1. Memupuk • Kerja keumpulan • Pengetua/GuruKEMERDEKAAN kesedaran untuk Besar
kebangsaan yang mengendalikanmerangkumi pameran. • AJK KRNPrinsip Rukun
• MenonjolkanNegara.pencapaian
2.Menghayati idea
individu/syarikatyan berjaya.kebebasan dan
demokrasi. • Melibatkan PIBG.
3.Mengetahui • Menganjurkantentang latar aktiviti‐aktivitibelakang kronologi yang bolehpenggubalan menyemarakkanperlembagaan semangatMalaysia. patriotisme.
4. MemupukContoh:Pertandingan
semangat setia dan mencipta lagucintakan negara patriotik, melukis
poster dan lain‐lain.
.
43
BIL AKTIVITIOBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
14. MENGADAKAN 1.Mencungkil bakat • Melibatkan semua • Pengetua/Guru
AKTIVITI ALA murid sebagai murid BesarMINI PARLIMEN pemimpin negara.
• Peringkat antaraDI SEKOLAH • AJK KRNsekolah.2. Memberi
kebebasan .membahas isupenting untukpembangunannegara.
15. BULAN 1.Memberi kesedaran • Mempamerkan • Pengetua/Guru
KESEDARAN dan kefahaman naskhah BesarPERLEMBAGAAN tentang Perlembagaan
pembentukanNegeri/Persekutua • AJK KRN
perlembagaan/kelu n dalam Pusat • JPNINhuran Sumber Sekolahperlembagaan/kont dan di papanrak sosial kenyataan.
2. Memperjelaskan • Menganjurkanceramah mengenaiisu‐isu yang
timbulperlembagaanyang kurangdaripada agensi‐difahami/keliru.agensi yang
3.Perkongsian
terlibat.
pengetahuan dan .pengalaman.
44
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
16.KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan • Penyeragaman • Pengetua/GuruPERLEMBAGAAN pengetahuan dan dalam penyediaan Besar
kefahaman murid soalan kuiz.tentang
•Hadiah disediakan
• AJK KRNperlembagaan
oleh JPNnegara.KPM/JPNIN.
.
45
PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG
BIL AKTIVITIOBJEKTI
F STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRARSupaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA
menghayati falsafah serta KPM. Besarprinsip – prinsip Rukun
• SetiapNegara • Semua murid
perhimpunansekolah. • AJK Kelab
• Hari• Rukun NegaraKokurikulum.
(KRN)• Majlis rasmi.
• Pegawai• Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
• Sambutan Bulan(Pemantauan)
Perpaduan.
• Kumpulanpembaca ikrarterdiri daripadamurid pelbagaikaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/GuruLAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAANnegara.
•Setiap perjumpaan
• AJK KRN’NEGARAKU’
kelab.DAN NEGERI
46
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
3. KEMPEN 1. Memberi • Syarahan semasa • Semua muridMENDAULATKAN kesedaran perhimpunanUNDANG‐UNDANG tentang sekolah. • AJK KRNNEGARA DAN kepentingan
• MempamerkanPERATURAN undang‐undangkeratan akhbar diSEKOLAH serta papan kenyataan.penghayatan
terhadap tugas‐ • Pertandingantugas buku skrappenguatkuasa. pertandingan
2.Menghayati cara
melukis/fotografi.
undang‐undangdipraktikan.
3.Mengetahui cara‐cara penggubalandasar‐dasar danperaturantertentu.
4. MINGGU 1.Menghayati nilai‐ • Menganjurkan • Pengetua/Guru
KESEDARAN SIVIK nilai murni. pameran dengan Besarkerjasama agensi‐
2. Pemahaman agensi yang • AJK KRNterhadap tugas‐ berkaitan sepertitugas PDRM, Majlis • Agensipenguatkuasa Perbandaran, Berkaitanundang‐undang. Pihak Berkuasa
Tempatan danAADK.
47
STRATEGIBIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN
• Tayangan Multimedia/slaid berkenaan tugas‐ tugas unit penguatkuasa undang‐undang.
• Bahan dibekalkan oleh Unit‐unit Majlis Perbandaran/Piha k Berkuasa Tempatan/PDRM/ JPJ/Jabatan Penerangan Malaysia.
5. LAWATAN 1. Kesedaran • Menganjurkan •Pengetua/Guru
tentang implikasi lawatan ke Besarmelanggar Mahkamahundang‐undang. Penguasa • AJK KRN
Tempatan.2. Melihat sendiri
• Lawatan kecara‐carainstitusi‐institusipentadbiranpemulihan sepertitempatPusatberkenaan.Serenti/sekolahpemulihan akhlakdan sebagainya.
48
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
6. PERMAINAN 1. Menggalakkan • Permainan • Pengetua/Guru(EXPLOLAW) interaksi murid mengenali Besar
pelbagai kaum. peraturansekolah/undang‐ • AJK KRN
2. Memberi undang negara.pengalaman
•Kerjasama dengantentangagensi kerajaan /pelaksanaanswasta.undang‐undang.
49
PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
BIL AKTIVITIOBJEKTI
F STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRARSupaya murid sentiasa • Arahan daripada • Pengetua/Guru
RUKUN NEGARA
menghayati falsafah serta KPM. Besarprinsip – prinsip Rukun
• SetiapNegara • Semua murid
perhimpunansekolah. • AJK Kelab
• Hari• Rukun NegaraKokurikulum.
(KRN)• Majlis rasmi.
• Pegawai• Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
• Sambutan Bulan(Pemantauan)
Perpaduan.
• Kumpulanpembaca ikrarterdiri daripadamurid pelbagaikaum.
2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan • Semasa majlis • Pengetua/GuruLAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAANnegara.
•Setiap perjumpaan
• AJK KRN’NEGARAKU’
kelab.DAN NEGERI
50
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
3. SEMINAR / 1. Memperkenalkan • Menjemput • KPMFORUM/ dan memupuk penceramah dariCERAMAH prinsip‐prinsip agensi kerajaan/ • JPNIN
Rukun Negara di swasta dan lain‐kalangan murid. lain.
• Pertandingan• JPN
2. MempertingkatkanSyarahankesedaran murid • Biro Tata(wujudkan piala)tentang nilai‐nilai Negaradi peringkatmurni dalamsekolah/daerah.masyarakat.
• Ceramahmengenaikesopanan dankesusilaan untukpemimpin‐pemimpin murid:‐
- Pengawas
- Ketua Kelas
-Pengerusi/AJKKelab/Persatuan
• Forum mengenaiadat resam pelbagaikaum/budaya/agama.
51
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
4. LAWATAN 1. Memberi keinsafan Menganjurkan lawatan • Pengetua/Gurudan kesedaran ke Rumah Orang Tua, Besar
semasa melakukan AnakYatim dan • AJK KRN
lawatan ke institusi‐ sebagainya.institusi yangberkenaan.
2. Menyemai danmemupuk nilai‐nilaimurni seperti kasihsayang, simpati danhormat‐menghormatidi kalangan murid.
5.PERKHEMAHAN 3.
Memberi pengertian •
Penerangan budaya • Pengetua/Guru
(MOTIVASI) dan menerapkan antara kaum. Besarnilai‐nilai murni bagi
Contoh:‐• AJK KRN
mengukuhkansemangat perpaduan a) Adat Resam/kaum. Pantang
Larang
b) PermainanTradisional/Sukaneka
c) Kebudayaan
52
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
6. KEMPEN 1. Menentukan Memilih murid yang • Pengetua/Guru
BERBUDIpertuturan yang baik terbaik
bertutur dan Besar
BAHASA di kalangan murid. berbudi bahasa. • AJK KRN
2. Menggunakan larasbahasa yang sesuaidengan semuaperingkat umur.
3. Memupuk sikapberadab sopandikalangan murid.
7. HARIMemupuk dan mengeratkan •
Pendedahan dan • Pengetua/Guru
KELUARGA/ kasih sayang yang panduan kepada Besar
HARI IBU BAPA mendalam antara ahliibu bapa dan murid
keluarga. di peringkat • AJK KRNsekolah.
• Ibubapa dan
• Ibu Bapa
murid akan • Muridmelaksanakannyadi rumah untukseluruh keluarga.
53
AKTIVITI‐AKTIVITI LAIN
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
1. HARI TERBUKA 1. Meningkatkan minat •Peringkat sekolah, • Pengetua/Guru
KELAB RUKUN murid untuk menjadiContoh: gerai
BesarNEGARA ahli Kelab Rukun • AJK KRN
jualan danNegara.pameran.
2. Mempromosikan Kelab • Pameran KelabRukun Negara di Rukun Negara.kalangan muridpelbagai kaum.
2. BULAN Mengingatkan muridPelbagai aktiviti ke arah • Pengetua/Guru
PENGHAYATANtentang kepentingan Rukun meningkatkan Besar
RUKUN NEGARA
Negara dalam mengekalkan penghayatan Rukunkeharmonian kaum di Negara di kalangan • AJK KRNnegara ini. murid dilaksanakan.
3. PROGRAM Mengeratkan hubungan • Sekurang‐ • KPMPERTUKARAN antara murid berbilang kurangnya satuMURID KE kaum. bulan. • JPNINSABAH/SARAWA
• PeringkatK/LABUAN/kebangsaanSEMENANJUNG
.
54
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
4. LAWATAN1. Memupuk semangat • Lawatan antara • Pengetua/Guru
INTEGRASI setiakawan dan sekolah/daerah/ Besarperpaduan di antara negeri/wilayah.murid.
• Berkonsepkan• AJK KRN
2. Memahami danHomestaymenghayati adat • JPNIN(Program Anakresam
sesuatuAngkat). Contoh:kaum.Rumah PanjangBaba dan Nyonya,PerkampunganMelayu dansebagainya.
5. KARNIVAL Memupuk semangat • Persembahan / • Pengetua/Guru
KESENIAN DAN cintakankesenian dan pertunjukkan Besar
KEBUDAYAANkebudayaan ke arah tarian/ nyanyian
PERPADUAN menyatupadukan rakyat tradisional. • AJK KRNpelbagai kaum.
• Pameran budayaadat resampelbagai kaum.
6. SUKAN 1. Menggalak dan • Menganjurkan:‐ • Pengetua/Gurumemupuk semangat
i) LarianBesar
kesukanan di
Perpaduankalangan murid. • AJK KRN
2. Memahami danii) PermainanTradisional/Sukan
menghayati adat ekaresam sesuatukaum.
55
BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKANPELAKSANAAN
7. PROGRAM PRA Memupuksemangat • Gotong royong di • Pengetua/Guru
LATIHANperpaduan dan sahsiah yang Rumah Orang Besar
KHIDMAT tinggi di kalangan murid. Tua/AnakNEGARA Yatim/Kawasan • AJK KRN
Rekreasi/RumahIbadat dan • NGOsebagainya.
• Memberi• KPM
sumbangan dalam • JPNINkerja‐kerjakebajikan anjuran • JLKNagensikerajaan/swasta.
56
LAMPIRAN CCADANGAN
PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI
KELAB RUKUN NEGARA
57
CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELABRUKUN NEGARA
(ARAHAN: Semua aktiviti yang dilaksanakan MESTILAH berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara)
Bulan Aktiviti Objektif Strategi TindakanPelaksanaan
1.Lafaz ikrar Rukun
Januari NegaraSila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu
kebangsaanSila rujuk Lampiran B
’Negaraku’ danlagu negeri.
3.Mesyuarat penaja/ 1.
Melantik ● Membuat Guru
Agung KRN Jawatankuasa hebahan PenasihatKelab Rukun ● Poster KelabNegara. ● Promosi
2. Merangka● Kain rentang
aktiviti tahunan. ● Borang
3.Mengemukakan keahlian
aktiviti● Pengumuman
tahunan/kewan dalam
gan kepadaperhimpunan
Pengetua/ Guru sekolahBesar. ● Kempen
58
Bulan Aktiviti Objektif Strategi TindakanPelaksanaan
1.
Lafaz ikrar Rukun
Februari NegaraSila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu
kebangsaanSila rujuk Lampiran B
’Negaraku’ danlagu negeri.
3. Mesyuarat Membincang dan ● Kertas kerja ● GuruJawatankuasa mengelolakan ceramah Rukun PenasihatKelab Rukun aktiviti Negara. Kelab
Negara. sekolah/negeri.● AJK Kelab
(rujuk Lampiran B) ● Pertandingan
buku skrap.
4. Ceramah Rukun 1. Melantik Memaklumkan ● GuruNegara (Latar Jawatankuasa kepada JPNIN Penasihatbelakang) Kelab Rukun Daerah/Negeri Kelab
Negara. untuk ● AJK KRN2. Merangka menetapkan ● JPNIN
aktiviti tahunan. tarikh dan masa
yang sesuaiuntukmengadakanceramah.
59
5.Pertandingan Buku Memupuk Pertandingan, ● GuruSkrap kreativiti murid. kerja Penasihat
berkumpulan. Kelab
6. Pertandingan Mencungkil bakat● Anjuran JPNIN ● Guru
menulis rencana di kalangan murid Ibu Pejabat Penasihatmengenai dalam bidang Kelabperpaduan nasional
penulisan rencana ● Syarat‐syarat ● AJK KRN
(Peringkat mengenai pertandingan ● JPNIN
kebangsaan.) perpaduan danakan diedarkan Negeri/
integrasi nasional. melalui pihak Ibu
KPM Pejabat
7. Hari ThaipusamSila rujuk Lampiran B
8.Sambutan Perayaan
Tahun Baru CinaSila rujuk Lampiran B
(tarikh sambutanmengikutkesesuaian)
60
Bulan Aktiviti Objektif Strategi TindakanPelaksanaan
1. Lafaz ikrar Rukun
Mac NegaraSila rujuk Lampiran B
2. Nyanyian lagu
kebangsaanSila rujuk Lampiran B
’Negaraku’ danlagu negeri
3. Mesyuarat .pertandingan debat
Sila rujuk Lampiran B
perpaduan danintegrasi nasionalperingkat sekolah.
4. Pertandingan debat
perpaduan danSila rujuk Lampiran B
integrasi nasionalperingkat sekolah.(tarikhpertandinganmengikutkesesuaian.)
61
BULAN AKTIVITI / PERAYAANTINDAKAN
April1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ● Guru
(Maulidur Rasul) Penasihat2. Hari Keputeraan Sultan Perak Kelab3. Hari Keputeraan Sultan Johor ● AJK Kelab
Mei1. Sambutan Bulan Perpaduan peringkat ● Guru
kebangsaan dan Negeri (boleh dibincang Penasihatbersama dengan JPNIN/Daerah/Bahagian) Kelab
2. Hari Wesak ● AJK Kelab3. Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku
Raja Perlis4. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)5. Bengkel Kelab Rukun Negara Peringkat
Kebangsaan
Jun 1. Perayaan Hari Dayak (Gawai) ● Guru2. Hari Keputeraan S. P. B. Yang di‐Pertuan Penasihat
Agong Kelab● AJK Kelab
Julai1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri ● Guru
Pulau Pinang Penasihat2. Hari Keputeraan Tuanku Yang di‐Pertuan Kelab
Besar Negeri Sembilan ● AJK Kelab3. Hari Keputeraan Sultan Johor
Ogos1. Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan ● Guru2. Ulang tahun kemerdekaan negara Penasihat3. Kempen Kibar Jalur Gemilang Kelab4. Peristiwa Israk dan Mikraj ● AJK Kelab
62
BULAN AKTIVITI / PERAYAANTINDAKAN
September 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri ● GuruSarawak Penasihat
2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September Kelab
1963) ● AJK Kelab3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri
Sabah4. Umat Islam menjalani ibadah puasa
Oktober 1. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua ● GuruNegeriSarawak Penasihat
2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September Kelab
1963) ● AJK Kelab3. Harijadi T. Y. T. Yang di‐Pertua Negeri
Sabah4. Umat Islam menjalani ibadah puasa
63