i
PENYEDIAAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS
SERTA PENDIDIKAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS
DALAM PENGAJARAN MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
HAFIZULLAH BIN ALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2003
iii
DEDIKASI
Istimewa buat
Ayah, Ali B. Talib
Dan
Ibu, Habsah@Hasmah Bt. Idris
Serta
Abang-abang dan Kakak-kakakku,
Hasni Bt. Ali Hasnon Bt. Ali
Hasdi B. Ali Hazman B. Ali
Hasliza Bt. Ali Hasyimah Bt. Ali
"Segala Jasa, Pengorbanan dan Sokongan serta
Doa Kalian akan Ku Kenang Sehingga Akhir Hayatku"
dan
Yang Tersayang,
Norliza Bt. Roslin
“Kasihmu Pembakar Semangat Bagiku, Terima Kasih Sayang”
Amin Ya Rabalalamin
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNYA
dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda saya ini dengan selengkapnya.
Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat
baginda.
Salam penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada
penyelia yang dihormati dan disanjungi iaitu Puan Rohana Binti Hamzah di atas
segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan juga nasihat yang telah diberikan kepada
saya sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.
Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah yang
membantu saya dengan memberikan kerjasama untuk saya melengkapkan lagi kajian
saya ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjungan, orang
perseorangan atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di
dalam proses penyiapan projek ini. Kerjasama dan bantuan yang kalian berikan
amatlah dihargai. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Ucapan jutaan
terima kasih dariku khas buat kalian semua.
Hafizullah Bin Ali
Ogos, 2003
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penyediaan
pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan terhadap penggunaan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik. Responden
yang dikaji adalah seramai 154 orang dan melibatkan 4 aliran kursus iaitu Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains),
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Matematik). Instrumen kajian adalah soal selidik dan skala likert telah
digunakan untuk mendapatkan maklumbalas jawapan dari responden. Segala data
yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package for Social Sciences) versi 11.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa penyediaan pelajar terhadap penggunaan Bahasa
Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik, tahap keyakinan
pelajar, penggunaan alat bantu mengajar di sekolah, sokongan persekitaran dari
Universiti Teknologi Malaysia dan juga tahap penyediaan pelajar itu sendiri.adalah
berada pada tahap yang lemah. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan
beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang tertentu iaitu Universiti Teknologi
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah untuk kebaikan bersama di
masa hadapan.
vi
ABSTRACTS
This research is determined with the aim to identify the preparation of Fourth
Years Bachelor Science with Education students towards the English usage in
teaching Science and Mathematic subjects. 154 students involved different types in
Science stream course namely Bachelor Science with Education (Chemistry),
Bachelor Science with Education (Science), Bachelor Science with Education
(Physics) and Bachelor Science with Education (Mathematics) as respondents. The
research instruments are questionnaires and 5 points scales were used to measure the
respondents feedback. The data collected are being processed with SPSS (Statistical
Package for Social Sciences) version 11.0 software to get the mean and percentage.
The result show that the students preparations was at the lower level which mean that
they are not prepare yet to teach Sciences and Mathematic in English. It also shows
that teaching and learning process practice by the Science and Mathematic lecturer,
student’s confidence, teaching aid tools in school, supported environmental from
university and students willingness itself are in the feeble situation. In final section,
the researcher had outlined a few suggestions to university, Ministry of Education
and school to improve student’s preparation for better education in future.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.4.1 Objektif Am 6
1.4.2 Objektif Khusus 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 8
1.6.2 Sekolah 8
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8
viii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Kerangka Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Penyediaan 10
1.9.2 Pelaksanaan 10
1.9.3 Bahasa Inggeris 10
1.9.4 Sains 11
1.9.5 Matematik 11
1.9.6 Pengajaran Dan Pembelajaran 11
1.9.7 Alat Bantu Mengajar 12
1.9.8 Penilaian 12
1.9.9 Sokongan Persekitaran 13
1.9.10 Keyakinan 13
1.10 Penutup 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pelaksanaan Bahasa Inggeris 15
2.3 Guru Dan Kesediaan 17
2.4 Guru Dan Bahasa Inggeris 18
2.5 Program Pendidikan Kebangsaan Di Malaysia 21
2.5.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 23
2.6 Program Pendidikan Di UTM 24
2.6.1 Program Pendidikan Bagi Pelajar
SPN, SPF, SPC Dan SPM. 26
2.7 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 27
2.8 Tahap Keyakinan 31
2.9 Sokongan Persekitaran 34
2.10 Alat Bantu Mengajar 37
ix
BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Populasi 43
3.4 Instrumen Kajian 44
3.4.1 Bahagian A 46
3.4.2 Bahagian B 46
3.5 Kajian Rintis 49
3.5.1 Keesahan 49
3.5.2 Kebolehpercayaan 50
3.6 Prosedur Kajian 50
3.7 Analisa Data 51
3.7.1 Skala Min 52
3.8 Penutup 53
BAB IV ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 54
4.2 DAPATAN KAJIAN : Bahagian A 55
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Umur 56
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina 57
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Bangsa 57
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Agama 58
4.2.5 Taburan Keputusan Bahasa Inggeris
Dalam Peperiksaan SPM 59
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bahasa
Pengantar Semasa Sekolah Menengah 60
x
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Aliran
Ketika Sekolah Menengah 60
4.2.8 Taburan Keputusan Peperiksaan
Matapelajaran UHB1212, UHB1222
Dan UHB1232 61
4.3 DAPATAN KAJIAN : Bahagian B 62
4.3.1 Persoalan Kajian 2 63
4.3.2 Persoalan Kajian 3 66
4.3.3 Persoalan Kajian 4 69
4.3.4 Persoalan Kajian 5 72
4.3.5 Persoalan Kajian 6 74
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Rumusan Dapatan 78
5.3 Perbincangan 79
5.3.1 Latarbelakang Pelajar-pelajar tahun
4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Di UTM 79
5.3.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Yang Diamalkan Oleh Pensyarah
Sains Dan Matematik 81
5.3.3 Keyakinan Pelajar Untuk Mengajar
Dalam Bahasa Inggeris. 83
5.3.4 Kesesuaian Alat Bantu Mengajar
Di Sekolah 85
5.3.5 Persekitaran Sokongan Di UTM 87
5.3.6 Tahap Penyediaan Pelajar 89
5.4 Implikasi Kajian Dan Cadangan 90
5.5 Kesimpulan 92
xi
5.6 Cadangan 92
5.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 92
5.6.2 Pihak Sekolah 93
5.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 93
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.5 Penutup 94
RUJUKAN 95 LAMPIRAN Lampiran A
(Borang Soal Selidik) 98
Lampiran B
(Borang Keesahan isi Kandungan Instrumen Kajian) 99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kursus dan bilangan pelajar 44 3.2 Taburan skor mengikut Skala Likert 46 3.3 Contoh isi kandungan borang selidik 47 3.4 Item-item soalan mengikut pecahan
positif dan negatif 48
3.6 Kaeadah Analisis Persoalan Kajian 53 4.1 Bilangan Responden 55 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58 4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 58 4.8 Taburan Responden Mengikut Aliran
Ketika Sekolah Menengah 61
4.10 Skor Bagi Skala Liket 63
xiii
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh
Pensyarah Sains Dan Matematik Dapat
Membantu Pelajar Untuk Mengajar
Dalam Bahasa Inggeris. 64
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Keyakinan Pelajar Untuk
Mengajar Di Dalam Bahasa Inggeris
Bagi Matapelajaran Sains Dan Matematik. 67
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Alat Bantu Mengajar
Yang Disediakan Di Sekolah Bersesuaian
Dengan Pelaksanaan Bahasa Inggeris
Di Dalam Matapelajaran Sains Dan
Matematik. 70
4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Persekitaran Di UTM
Memberikan Sokongan Yang Sewajarnya
Kepada Pelajar Terhadap Pelaksanaan
Bahasa Inggeris Bagi Matapelajaran
Sains Dan Matematik. 73
4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Tahap Penyediaan
Pelajar-Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan Terhadap
Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam
Pengajaran Sains Dan Matematik. 75
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka kerja kajian. 9 3.5 Carta alir perjalanan kerja kajian 51 4.3 Carta Pai Taburan Responden
Mengikut Jantina 57
4.6 Graf Garis Taburan Keputusan Bahasa
Inggeris dalam Peperiksaan SPM 59
4.7 Carta Pai Taburan Responden Mengikut
Bahasa Pengantar Semasa Sekolah
Menengah 60
4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan
Matapelajaran UHB 1212,UHB 1222
dan UHB 1232 62
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 98 B Borang Keesahan Isi Kandungan
Instrumen Kajian 99
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di dalam konteks negara yang membangun, Malaysia berada di ambang
peralihan menuju ke arah era baru. Negara harus bersedia menghadapi pelbagai
kemungkinan dan ketentuan pada dekad ini. Tekanan terhadap persaingan
antarabangsa makin bertambah ketara dan kini ditambah pula dengan harapan
Wawasan 2020 yang memerlukan strategi pendidikan yang sedemikian mencabar.
Menurut Dr. Sidek bin Baba (1992), matlamat Wawasan 2020 ialah untuk
mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri. Acuan sendiri merujuk kepada
corak pendidikan yang dipilih dan menepati maksud fitrah. Maksud fitrah ialah
ukuran kecemerlangan bukan hanya dihubungkan dengan pencapaian akademik
semata-mata tetapi ia juga mengambil kira aspek peribadi.
Salah satu keupayaan yang perlu ada dalam diri individu untuk
merealisasikan Wawasan 2020 ialah mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi
selain daripada Bahasa Malaysia iaitu boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Era globalisasi, k-ekonomi dan keperluan memanfaatkan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) yang melanda dunia dewasa ini menuntut kepada keperluan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi global bagi
memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dari segi kedudukan
bahasa dunia yang utama, bahasa yang mempunyai paling ramai penuturnya ialah
2
Bahasa Mandarin iaitu sekitar 1.5 billion, diikuti Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Malaysia iaitu 250 juta sahaja (Khairul Ariffin Mohd Munir, 2000).
Kerajaan memberi penekanan serius terhadap penggunaan Bahasa Inggeris
dalam pendidikan di Malaysia. Ini kerana bahasa tersebut merupakan medium yang
digunakan sebagai pencetus teknologi daripada Barat yang mengunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa perantaraannya.
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi sudah pun
dilaksanakan di kedua-dua peringkat persekolahan. Lain-lain bahasa tidak diberikan
tumpuan yang sama seperti Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, sistem persekolahan
perlu mengemukakan alternatif yang membolehkan lain-lain bahasa diajar dengan
pelbagai cara selain daripada cara biasa yang diamalkan ketika ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohammad (Massa, 4 Nov 2000,
m.s. 12) menyatakan bahawa asas penguasaan bahasa berlegar kepada tiga asas
utama, pertama ialah membaca, kedua ialah menulis dan ketiga ialah bertutur.
Kebanyakan pelajar, khususnya pelajar Melayu lemah dalam aspek penulisan,
komunikasi atau pertuturan sekalipun mereka memahaminya. Beliau berpendapat
sistem pembelajaran yang ada sekarang sudah cukup tetapi perlu dimantapkan lagi
bagi memastikan pelajar mampu mengatasi kelemahan ini.
Sains dan Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik
dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui
penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada
kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai
sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Pendedahan
Bahasa Inggeris kepada pelajar akan menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam
proses pencarian maklumat dan ilmu yang kebanyakkannya ditulis dalam Bahasa
Inggeris terutamanya yang berkaitan dengan Sains dan juga Matematik.
3
Pengajaran dalam Bahasa Inggeris akan dipraktikkan oleh semua guru-guru
yang mengajar matapelajaran Sains dan juga Matematik. Ini termasuklah juga kepada
pengajar-pengajar yang baru keluar dari Institut Pengajian Tinggi Awam,
termasuklah penuntut-penuntut lepasan dari Universiti Teknologi Malaysia yang
mengambil pengajian dalam jurusan Pendidikan Sains dan Matematik. Tetapi yang
menjadi kebimbangan sekarang, adakah pelajar-pelajar tersebut sudah bersedia untuk
keluar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Sanip
Suradi (2002) berkata, setiap guru dilatih asas penggunaan Bahasa Inggeris semasa
mereka menuntut di Maktab Perguruan atau Institusi Pengajian Tinggi. Katanya,
keupayaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berkemungkinan
tidak menjadi masalah tetapi berkomunikasi dalam bahasa tersebut mungkin menjadi
halangan.
Oleh itu, pengajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris adalah satu
langkah bijak yang diambil oleh kerajaan untuk dilaksanakan di negara ini. Menurut
Dato` Dr. Zainal Abidin Wahid (2002), agak menghairankan kalau Pasukan
Keamanan Amerika Syarikat (American Peace Corps) boleh menguasai Bahasa
Melayu dalam tempoh 6 bulan belajar di Amerika Syarikat dan tiga hingga enam
bulan lagi bagi menyesuaikan bahasanya untuk mengajar di sekolah Bahasa Melayu
tetapi pelajar kita yang diwajibkan belajar Bahasa Inggeris selama sebelas tahun, dari
darjah satu hingga tingkatan lima, kebanyakannya tidak dapat bertutur dalam Bahasa
Inggeris dengan memuaskan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Dato Seri Musa Mohamad (2002), sebahagian besar maklumat
terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa
Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan lagi asas bagi
memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain
menambah masa kontak terhadap Bahasa Inggeris.
Projek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dimulakan pada tahun 2003. Ini akan
melibatkan semua pelajar di sekolah rendah dan menengah, kecuali pelajar
Tingkatan 6.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains dan
Matematik adalah usaha besar yang dirancang untuk meningkatkan taraf pendidikan
di dalam negara. Sejajar dengan perkembangan teknologi, perubahan-perubahan
yang besar dari segi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang untuk
dilaksanakan.
Berikutan itu, guru-guru pelatih harus mempunyai persediaan dari segi
mental dan fizikal untuk merealisasikan setiap perubahan. Persediaan adalah tidak
tertakluk kepada diri bakal guru terbabit itu sahaja tetapi juga melibatkan pihak
Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab-maktab Perguruan di mana bakal guru
tersebut belajar.
Kurikulum bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan
menengah akan diubahsuai supaya ianya selaras dengan apa yang dirancangkan.
Oleh itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan juga harus
mengubah kurikulum bagi kursus pendidikan Sains dan Matematik yang ditawarkan
supaya ianya selaras dengan kehendak kementerian dan juga sekolah.
5
Sejajar dengan usaha untuk membina budaya pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik yang baru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana bagi merangka strategi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.
1.3 Pernyataan Masalah
Untuk melaksanakan matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris, kemudahan prasarana dan persiapan mestilah lengkap sepenuhnya. Pihak
Kementerian juga haruslah memastikan bahawa tenaga pengajar bagi kedua-dua
matapelajaran ini iaitu matapelajaran Sains dan juga matapelajaran Matematik adalah
mencukupi, benar-benar mahir dan mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan baik.
Sejajar dengan itu, bakal guru yang akan mengajar matapelajaran Sains dan
Matematik seharusnya sudah mempunyai kemahiran yang mencukupi dan keyakinan
diri yang sepenuhnya untuk melaksanakan program ini.
Sehubungan itu, pengkaji ingin membuat satu kajian mengenai “Penyediaan
Pelajar-Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Terhadap Penggunaan
Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Matapelajaran Sains dan Matematik”
Penyediaan pelajar-pelajar akan dilihat dari segi latar belakang pelajar, proses
pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik,
tahap keyakinan, penggunaan alat bantu mengajar di sekolah, sokongan persekitaran
di Universiti Teknologi Malaysia dan tahap kesediaan pelajar itu sendiri.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif am dan objektif
khusus.
1.4.1 Objektif am
Mengenalpasti tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran
matapelajaran Sains dan Matematik.
1.4.2 Objektif khusus
1.4.2.1 Mengenalpasti latar belakang pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan dari segi jantina, keputusan Bahasa Inggeris
dalam peperiksaan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris di UTM dan
jenis bahasa pengantar ketika sekolah menengah.
1.4.2.2 Mengenalpasti tahap kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran
yang diamalkan oleh pensyarah Sains dan Matematik dapat membantu
pelajar untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.
1.4.2.3 Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.
1.4.2.4 Mengenalpasti kesesuaian Alat Bantu Mengajar di sekolah untuk
digunakan dalam proses pengajaran sains dan matematik dalam
Bahasa Inggeris.
1.4.2.5 Mengenalpasti tahap sokongan persekitaran di UTM terhadap
kesediaan pelajar mengajar dalam Bahasa Inggeris.
7
1.4.2.6 Mengenalpasti tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris
dalam pengajaran Sains dan Matematik.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah latar belakang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan dari segi jantina, keputusan Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris di UTM dan jenis
bahasa pengantar ketika sekolah menengah?
1.5.2 Adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh
pensyarah Sains dan Matematik dapat membantu pelajar untuk
mengajar dalam Bahasa Inggeris?
1.5.3 Adakah pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
berkeyakinan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi
matapelajaran Sains dan Matematik?
1.5.4 Adakah Alat Bantu Mengajar yang disediakan di sekolah bersesuaian
dengan pelaksanaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains
dan Matematik?
1.5.5 Adakah persekitaran di UTM memberikan sokongan yang sewajarnya
kepada pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan terhadap
pelaksanaan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan
Matematik?
1.5.6 Apakah tahap penyediaan pelajar-pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran Sains dan Matematik?