NOTA AWALAN
Kod Kursus : EED3200Nama Kursus : Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
(History of the Malay Languge, Literature and Culture)Pensyarah : Shamsudin OthmanJabatan : Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.Email : [email protected] telefon : 013-3423166/ 03-89468204 (pej.)
BAB 1: Warisan Bahasa Melayu
Pengenalan
Bahasa adalah satu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Tanpa
bahasa akan mewujudkan pelbagai masalah. Oleh itu, umumnya bahasa boleh
merujuk kepada bahasa lisan dan bahasa tubuh. Semenatar dalam konteks bahasa
Melayu, bahasa merujuk kepada bahasa yang dipertuturkan seharian oleh orang
Melayu atau masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bahasa Melayu telah dikanunkan dalam;
AKTA PELAJARAN 1961 dan AKTA PENDIDIKAN 1996.
Akta Pendidikan 1996 diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Menurut tafsiran
Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERKARA 152. Perkara 152(1)
memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta
1
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi. Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kecualian, iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Asas perlembagaan dan dasar Bahasa Melayu penting bagi mencorakkan
jenis manusia yang diperlukan dalam proses pembangunan negara. Taraf
dan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
berasaskan kontrak sosial sebelum kemerdekaan lagi, iaitu penerimaan
semua rakyat tanpa mengira keturunan terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa negara. Sepatutnya masyarakat kita termasuk para legislatif dan
eksekutif perlu membicarakan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
ke arah memartabatkan bahasa Melayu, bukannya menggugurkan perkataan
Melayu dalam bahasa Melayu. Dari sudut perundangan, Bahasa Melayu
termaktub dalam Perkara 152 perlembagaan Malaysia sebagai sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Justeru adakah atau wajarkah penggunaan istilah Bahasa Malaysia?
Fungsi Bahasa
a. Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti
kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama
sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa
rasmi negara tersebut.
Ia merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang
kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
2
Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-
undang dan ditetapkan di dalam
sesebuah kerajaan negara.
b. Bahasa Rasmi Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan
rasmi dan surat-menyurat.
Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai
bahasa rasmi.
Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu,
tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah
bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
c. Bahasa Perpaduan Bahasa yang menjadi alat terpenting dalam pengucapan dan difahami semua
bangsa.
Bahasa yang dipilih telah disepakati dan mendapat persetujuan
perlembagaan negara.
d. Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,
maktab, politeknik dan universiti.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi
menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan.
Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang
menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.
3
e. Bahasa Ilmu Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia
abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat
bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan
bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan
tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris
turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan
negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.
Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan
jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan
fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan
kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi
Bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
f. Bahasa Komunikasi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan
di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan
telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit
yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa
campuran (Melayu-Inggeris).
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat
jelata.
Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana
pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.
4
Bahasa sebagai lambang jati diri
Umumnya jati diri mempunyai perkaitan yang amat rapat antara individu dengan
bangsa, Bahasa Melayu adalah unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada jati diri
individu. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dibicarakan serentak dengan melihat
lakuan individu bagi menentukan jati dirinya, dan jati diri individu kemudian
membentuk jati diri masyarakatnya. Dengan melihat jati diri individu, kita dapat
memahami jati diri masyarakat dan dengan melihat jati diri masyarakat, kita dapat
memahami jati diri individu.
Lazimnya dalam menghuraikan ciri-ciri yang membentuk jati diri sesebuah
bangsa, ahli falsafah melihat kepada jati diri individu. Kita dapat menggunakan
definisi daripada beberapa orang ahli falsafah Eropah yang membicarakan tentang
perkara ini. Joseph Butler (1692–1752), seorang ahli falsafah Inggeris,
menghasilkan idea tentang prinsip pengindividuan. Prinsip ini menyatakan bahawa
idea kesedaran atau memori dan proses mengakui sesuatu dengan kesedaran yang
tidak dipaksa-paksa kehadirannya dalam memori, jiwa dan perasaan.
Persoalannya, apabila berlaku perubahan terhadap dasar bahasa dan tabiat
berbahasa bangsa Melayu, apakah yang akan berlaku terhadap jati diri bangsa
Melayu?
Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu
Bahasa Melayu juga telah melalui proses yang yang panjang dalam proses
pemantapan. Proses ini melibatkan unsure peminjaman, penyerapan dan
penyebatian daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan
Inggeris-Eropah.
Jenis-jenis peminjaman
a. peminjaman tulen (matematik, bonus)
b. peminjaman kacukan (kasut but)
5
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d, peminjaman dialek Impar (dialek Pulau Pinang).
e. peminjaman kuno (purnama)
f. peminjaman berpindah (vokal/vobel)
Kesimpulan
Melalui definisi dan teori yang dipaparkan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat
perubahan pada lakuan bahasa Melayu apabila berlaku peristiwa-peristiwa pada
bahasa yang digunakan. Hal ini demikian kerana bahasa ialah alat dan wahana
pembentuk dan pemindah memori bangsa. Memori bangsa pula ialah himpunan nilai
sesuatu bangsa. Oleh itu, apabila sistem telah mengubah bahasa di dalam
pendidikan, maka kita sedang berhadapan dengan satu penjajahan lain, iaitu
penjajahan minda. Minda yang terjajah akan terus kagum dan terkesima dengan
budaya bahasa penjajahnya. Akhirnya, kesan daripada hal ini ialah seluruh
perlakuan dan nilai jati diri akan turut sama berubah. Mereka yang mengubah
bahasa ekspresifnya juga akan mengubah nilai dan muatan rohaniah pada dirinya.
Hal ini menyebabkan jati dirinya berubah. Mungkin perubahan tidak berlaku pada
rupa paras, tetapi tentu sekali pada minda dan nilainya. Perubahan itu sedemikian
besar sehingga kita hilang jati diri. Mungkin pada jasadnya kita masih Melayu, tetapi
dari segi budaya dan rohaninya kita mungkin sudah bukan Melayu lagi.
6
BAB 2. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan
Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara
bertahap–tahap, iaitu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut ialah;
i. zaman bahasa Melayu Purba,
ii. Melayu Kuno,
iii. Melayu Klasik,
iv. Melayu Pramoden
v. Melayu Moden.
Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan itu
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah
penyebarannya.
Asal Usul Bahasa Melayu
Bangsa yang terawal menduduki negara ini merupakan bangsa yang melahirkan
orang asli di Semenanjung, papua New Guie dan Australia. Kumpulan ini dikenali
sebagai Melayu-Proto. Mereka datang pada tahun 2500 sebelum Masihi(SM) dan
mengembara ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Golongan ini juga dikenali
sebagai Indo-Melayu. Golongan ini menggunakan Gua Cha (Kelantan) dan Gua
Niah (Sarawak).
Pada tahun 1500 SM, golongan kedua dari Yunan pula datang dengan
kebudayaan yang lebih tinggi serta menduduki daerah-daerah subur di persisiran
pantai dan kuala sungai. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro. Kumpulan ini
membawa tamadun yang lebih maju daripada kumpulan Melayu Proto. Golongan ini
mahir dalam bidang pelayaran dan kedatangan mereka ke serata Asia Tenggara
dikaitkan dengan teori Gelombang. Mereka datang ke Asia Tenggara pada zaman
logam. Ini menyebabkan golongan Melayu-Proto lari ke kawasan-kawasan lain
7
seperti ke hutan belantara, lembah dan kawasan gunung. Golongan Melayu Deutro
ini juga mahir dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh
kepulauan melayu dan membuka penempatan yang menyebabkan perkembangan
bangsa Indonesia dan bangsa Melayu hingga kini. Lama-kelaamaan bangsa ini
semakin maju dan kehidupan bermasyarakat mereka semakin berkembang.
Kumpulan Melayu-Proto dan Melayu Deutro dikenali sebagai Austronesia. Oleh
sebab, kawasan yang didatangi luas dan terpisah-pisah maka berkembang pelbagai
bahasa di daerah masing-masing.
Rumpun Dan Salasilah Bahasa Melayu
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum
bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China.
Pembahagian keluarga bahasa ini ditunjukkan dalam rajah 1.1 di bawah.
Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang iaitu;
a. Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu(Nusantara) i. Bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di
Hawaii,Moari,Tonga, dan Moari)
b. Malenesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia)
c. Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna)
Rumpuan bahasa Austronesia dapat digambarkan dalam rajah di bawah.
8
Bahasa_bahasa Austronesia tersebar luas meliputi kepulauan Lautan Teduh dari
Pulau Easter di sebelah timur dan kepulauan Asia Tenggara di sebelah barat.
Bahasa Melayu merupakan subkeluarga daripada keluarga Indonesia.
Cabang-cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 3000 bahasa
yang tersebar di Kepulauan Melayu dan boleh dibahagikan kepada 16 golongan
bahasa seperti;
a) Golongan Filipina : antaranya Tagalog, Bikol dan Bisayab) Golngan Sumatera : Antaranya Acheh, Gayo , Lampungc) Golongan Jawa : Sunda, Jawa dan Madura.d) Golongan Kalimantane) Golongan Tominif) Golongan Torajag) Golongan Gorontaloh) Golongan Bali-Sasaki) Golongan Loinangj) Golongan Muna-Butungk) Golongan Sulawesil) Golongan Bungku-Lakim) Golongan Bima-Sumban) Golongan Ambon Timoro) Golongan Sula-Baconp) Golongan Halmera Selatan Irian Jaya
Bahasa Melayu Kuno menjadi salah satu daripada bahasa Austronesia telah
mengalami banyak perubahan. Fenomena ini biasa berlaku dalam proses
perkembangan sesuatu bahasa. Bahasa Melayu kuno telah melahirkan banyak
bahasa baru yang tinggal dalam satu kawasan tertentu. Maka timbullah batas
georgafi yang bersifat linguistik. Penduduk di kawasan geografis linguistik ini
bertutur dalam beberapa variasi bahasa yang disebut dialek. Dialek-dialek ini
berkembang dan digunakan dalam pertuturan sekelompok masyarakat. Kelompok
masyarakat lain akan mengalami kesukaran untuk memahami dialek kerana
perubahan bunyi dan pembentukan perkataan baru.
9
Zaman Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman
prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada
masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai
dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam
bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.
Zaman Bahasa Melayu Kuno
Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno
bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad
ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di
Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan
bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.
Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu
Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno
mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur
bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau
dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri
yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat
kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu
juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan
bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah
melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang
dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke
barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat
Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja
11
sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India
dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.
Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke
Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para
pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat
pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.
Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa
Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.
Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara
penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada
pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.
Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata
Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa
Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.
Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat
yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar
Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada
abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis
tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu
bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan
12
dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.
Batu Bersurat Talang Tuwo, bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan
684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf
Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa
Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.
Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah
dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu
bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.
Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh
bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada
waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk
memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari
kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa
masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang
diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana,
tatakala dan sebagainya.
Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat
kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas
dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat
kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa
Sanskrit.
Definisi Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya
ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu
dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian
13
yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan
sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut
zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India,
tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang
dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa
Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.”
Sejarah Bahasa Melayu Klasik
Zaitul Azma (2007) telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik
mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari
segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang
untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,
ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan
kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi
sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada
abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu
juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman
kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit
perdagangan dan penyebaran agama Islam.
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik
adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-
Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed
Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama
seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal
14
ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan
pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu
Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam
kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.
Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik
Pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara.
Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini
memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan
huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa
Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan
Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan
bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar
abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di
seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang
bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M
sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman
Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa
prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi
bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa
Melayu klasik.
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan
kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi
medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama
Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu
dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan
rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun
bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan
15
tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad
ke-7 hingga abad ke-14.
Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa
Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa
Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan
kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi
bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut
mempengaruhi bahasa Melayu.
Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan
penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun
1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521
Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan
Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.
Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-
14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan
antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa
Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam
kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,
dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.
Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan
bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja
Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan
banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.
Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik
Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa
Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan
Johor–Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya
16
ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel.
Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa
Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan
bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga
banyak menggunakan laras bahasa istana.
Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu
Klasik. Umumnya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada kepada
beberapa aspek, iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Zaitul Azama
mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata
pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak
meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta",
"arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu
bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan
juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden
tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.
Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza
dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-
ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang
dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya
"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik
sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila
dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan
anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada
berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.
17
Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk
ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat
pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai
contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah
dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”
Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel
“pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti
“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam
ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti
dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.
Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam
bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan
Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama
islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim
daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan
raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.
Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.
Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi
penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta,
titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil
penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.
Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan
perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka
dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-
hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu
sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur
tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.
18
Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek (2006: 32), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah
mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada
bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu.
Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah
mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja
seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan
kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan
merakyat.
Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan
seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain
itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul
Rashid Melebek (2006: 33) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa
peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan
Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih
mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh
yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa
Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada
bahasa Melayu.
Zaman Bahasa Melayu Moden
Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman
bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi
19
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun
semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak
1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan negara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit
demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu
Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-
negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan
pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu
dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih
banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam
pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula,
seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah,
jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan
Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara
langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan
salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967,
bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal
berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura
terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.
20
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah
yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus
bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –
Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa
iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda
bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan
lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,
peristilahan, tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain –lain yang berkaitan
dengan bahasa Melayu. Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai
kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan, contohnya
ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga
1984, iaitu Kongres yang keempat.
Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini,
maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa
moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan
tulisan ilmiah.
21