HHHC9501
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK
TUGASAN KURSUS CITRA
PENYELIDIKAN IKLAN MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK
NAMA PELAJAR
SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD ALI A145160
NURUL FAEISNUR BINTI HASIM A145227
NAMA PENSYARAH
ENCIK MAT PAUZI BIN BIN ABD RAHMAN
Pilih iklan yang terbaik. Mengapa?
-Iklan produk kecantikan ‘SALOMA ZARA -Ultimate Skin Perfection’ Menyatakan kelebihan produk, kandungan produk, faedah produk dan golongan
yang boleh menggunakannya. Atur letak kemas dan tidak berselerak. Menggunakan warna yang menarik. Memaparkan ilustrasi produk dengan baik. Memaparkan harga produk. Memaparkan testimoni pengguna terdahulu.
Iklan 1 media cetakPilih iklan yang tidak baik. Mengapa?
-Iklan produk kecantikan ‘THALIA EXTRA WHITE’ Tidak menyatakan kandungan produk dengan terperinci. Tidak menyatakan kelebihan dan faedah produk. Atur letak yang terlalu padat dengan ilustrasi. Memaparkan lebih dari satu produk dalam satu iklan.
PLATFORM KANDUNGAN IKLAN YANG TELAH DIPERBAIKI
Pemasalahan periklanan
-Masalah kesihatan dan kecantikan kulit wanita
Objektif periklanan
1. Memasarkan produk kecantikan yang baharu di pasaran
2. Membantu wanita merawat masalah kulit
3. Meningkatkan hasil jualan
Ciri produk
1. Berbentuk serbuk minuman
2. Warna bungkusan yang menarik
3. Menggunakan ekstrak buah-buahan
4. Tidak mengandungi lemak haiwan
5. Harga yang berpatutan
Faedah produk
1. Berkesan sepantas 7 hari
2. Menanggalkan kulit kusam dan gelap.
3. Mampu menghilangkan jerawat dan jeragat.
4. Sesuai untuk semua peringkat umu
Pilihan.:
Berorientasikan pengguna
-berorientasikan produk kerana menekankan faedah produk seperti mampu menanggalkan
kulit kusam dan gelap serta menghilangkan jerawat dan jeragat.
Perletakan
Pernyataan:
-menggunakan testimoni sebagai bukti keberkesanan produk
Daya tarikan
-menggunakan artis terkenal dan mempunyai wajah yang cantik
-dihasilkan daripada ekstrak buah-buahan
Kapi
Tajukutama:
‘10x Stem Cell’
Badan kapi:
-penggunaan warna tulisan yang ceria dan menarik minat pembeli
-reka bentuk iklan yang ringkas dan tidak terlalu padat
Ilustrasi
-iklan ini mengunakan artis terkenal sebagai duta produk.
-memaparkan testimoni pengguna.
-menggunakan gambaran produk yang menarik
Sasaran
-wanita yang memiliki kulit wajah bermasalah
-wanita yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan
Atur letak dan reka bentuk
-reka bentuk iklan yang ringkas, mudah difahami dan tidak terlalu padat dengan gambar dan
ayat yang meleret.
2.PLATFORM KANDUNGAN IKLAN 2
Permasalahan periklanan (komunikasi)-Masalah kesihatan dan kecantikan kulit wanita.
Objektif periklanan (penyelesaian)-Memasarkan produk kecantikan yang terbaru di pasaran.-Membantu wanita merawat masalah kulit wajah.-Meningkatkan hasil jualan.
Ciri produk-Berbentuk serbuk minuman.-Warna bekas yang cantik.
-Menggunakan teknologi pembuatan terkini.-Menggunakan herba.-Mempunyai produk sampingan.
Faedah produk-Berkesan sepantas tujuh hari.-Menghilangkan kulit kusam dan bermasalah.-Juga berkesan ke atas seluruh tubuh badan.
Pilihani. Berorientasikan pengguna
ii. Berorientasikan produk
- Iklan ini berorientasikan produk kerana lebih banyak memaparkan ciri-ciri produk seperti kandungannya.
Perletakani. Pernyataan
-Kandungan produk yang berkhasiat.-Berkesan dalam tempoh yang cepat.
ii. Daya tarikan-Menggunakan artis terkenal sebagai model.-Mempunyai produk sampingan.-Berkesan pada seluruh anggota badan.
KapiTajuk utama :‘10x Stem Cell- Thalia Extra White’-Jelas dan menarik minat.Badan kapi :-Penggunaan ilustrasi/gambar yang terlalu banyak, hampir 2/3 bahagian iklan dipenuhi gambar.-Penggunaan warna tulisan yang tidak menarik.-Tidak menerangkan faedah produk dengan terperinci.
IlustrasiIklan ini menggunakan artis terkenal sebagai model/duta produk mereka. Menggunakan terlalu banyak gambar sehingga menampakkan iklan yang terlalu padat dan tidak menarik minat pembaca.
Sasaran- Wanita yang memiliki kulit wajah bermasalah.- Wanita yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.
Atur letak dan reka bentuk
Hampir dua daripada tiga ruang iklan dipadatkan dengan gambar.Penggunaan fon yang terlalu kecil untuk senarai stokis dan agen
PROFAIL SASARANDemografik
1. Umur : 16 tahun ke atas2. Jantina : Perempuan3. Ras : Semua ras (Melayu, India, Cina dan lain-lain)4. Status perkahwinan : Berkahwin atau bujang.5. Agama : Semua agama6. Pendapatan : Individu yang bekerjaya7. Pekerjaan : Semua jenis pekerjaan8. Pendidikan : Semua taraf pendidikan9. Kelas social : Semua kelas sosial
Psikografik1. Gaya hidup : Pelbagai jenis gaya hidup ( gaya hidup sihat diutamakan )2. Program tv yang diminati : Pelbagai jenis rancangan tv3. Majalah yang dibaca : Majalah berunsurkan kewanitaan4. Setia pada satu jenama : Ya5. Berhati-hati : Ya6. Prihatin pada alam sekitar : Ya7. Perancang (planner) : Ya8. ‘image conscious’ : Ya9. Suka mencuba yang baru : Ya
Dapatkan dua iklan radio dan dua iklan tv bagi barangan atau perkhidmatan dari
kategori barangan atau perkhidmatan yang sama.
a. Daripada dua iklan radio dan iklan tv yang dipilih, sila isi borang penilaian
komersial yang berikan dan jawab secara kritikal soalan yang diberikan di
bahagian bawah borang tersebut.
PENILAIAN KOMERSIAL TV 1
Produk: Losyen putih susu D’Herbs terlajak laris
Jangkamasa: 30 saat
1. Pembukaan yang menarik ____10___
2. Pengakhiran yang menarik ____10___
3. VO yang powerful ____6___
4. Kesan bunyi yang menarik ___10____
5. Talent yang sesuai ___10____
6. Prop yang sesuai __10_____
7. Pengerakan/lakonan yang baik ___10____
8. Tema yang menarik ___10____
9. Penonjolan jenama yang baik ___10____
10. Mesej yang disampaikan adalah jelas __10_____
11. Pengucapannya jelas ___10____
12. Perkataan yang jelas _____10__
13. kreativitinya menarik ___10____
14. Iklan mudah diingati (memorable) ___10____
15. Muziknya sesuai ___10____
16. Iklan ini mendorong kepada tindakan ____10___
17. Markah diperolehi __156_____
18. Markah penuh _____160__
19. Keseluruhannya apakah kelemahan iklan ini (jika ada):
Pada pendapat saya, kelemahan iklan ini adalah apabila pelakon lelaki seakan-akan
menghina pelakon wanita yang mempunyai masalah tona kulit yang tidak sama antara
muka dan tangan. Namun, kelemahan ini telah ditutup apabila iklan ini menunjukkan
bahawa pada akhirnya lelaki tersebut yang membantu menyelesaikan masalah wanita
tersebut.
20. Keseluruhannya apakah kekuatan iklan ini (jika ada):
Kekuatan iklan ini adalah pada daya tarikan yang digunakan. Iklan ini menggunakan
unsur lawak yang mampu menarik minat para penonton untuk fokus pada penyampaian
idea. Seterusnya, iklan ini turut menggunakan para pelakon yang mempunyai rupa agar
penonton lebih tertarik untuk menonton iklan ini sehingga habis.
21. Apakah yang anda suka tentang iklan ini?
Saya amat tertarik pada idea dan lakonan yang seiring dengan tujuan utama video ini iaitu
bagi menyelesaikan masalah wanita yang mempunyai tona warna yang berlainan pada
muka dan tangan. Masalah ini sememangnya wujud dan iklan ini bagi saya benar-benar
memberikan kesan kepada wanita-wanita di luar sana bagi menyelesaikan masalah
mereka.
PENILAIAN KOMERSIAL TV 2
Produk: Vaseline Instant Fair Lotion
Jangkamasa: 30 saat
1. Pembukaan yang menarik ___5____
2. Pengakhiran yang menarik ___5___
3. VO yang powerful ___5____
4. Kesan bunyi yang menarik ___5____
5. Talent yang sesuai ___8____
6. Prop yang sesuai ____8___
7. Pengerakan/lakonan yang baik ___8____
8. Tema yang menarik ___8____
9. Penonjolan jenama yang baik ___5____
10. Mesej yang disampaikan adalah jelas ___10____
11. Pengucapannya jelas ___8____
12. Perkataan yang jelas ____8___
13. kreativitinya menarik ____5___
14. Iklan mudah diingati (memorable) ___5____
15. Muziknya sesuai ___5____
16. Iklan ini mendorong kepada tindakan ___8____
17. Markah diperolehi ___106____
18. Markah penuh ___160____
19. Keseluruhannya apakah kelemahan iklan ini (jika ada):
Kelemahan iklan ini adalah terletak pada idea lakonan yang agak clishe dan tidak
menarik perhatian di mana ia menunjukkan apabila seorang wanita memakai losyen
tersebut, semua wanita yang lain sama-sama memakainya. Idea ini tidak menarik
perhatian dan membuat penonton bosan ditambah pula dengan lantunan muzik yang tidak
sesuai. Selain itu, kandungan iklan ini saya anggap agak tidak mencapai pemikiran
kritikal kerana iklan ini menekankan suara latar yang menceritakan tentang segala
kebaikan produk dari segi kandungannya tetapi tidak memfokuskan kepada lakonan yang
sebenarnya lebih mendapat perhatian penonton.
20. Keseluruhannya apakah kekuatan iklan ini (jika ada):
Kekuatan iklan ini boleh dilihat pada lakonan yang mantap dan pemilihan pelakon yang
sesuai dengan tema iklan.
21. Apakah yang anda suka tentang iklan ini? -
PENILAIAN KOMERSIAL RADIO 1
Berikan nilai skor 1 sehingga 10. 1 adalah skor paling rendah, dan 10 adalah skor yang
paling tinggi.
Produk: Aji-no-moto
Jangkamasa: 30 saat
1. Pembukaan yang menarik ___8____
2. Pengakhiran yang menarik ____10_____
3. VO yang powerful ____8_____
4. Pengucapan perkataan yang jelas ____10_____
5. Perkataan yang jelas ____10_____
6. Kesan bunyi yang menarik ____10_____
7. Muzik/jinggle yang menarik ____10_____
8. Penyampaian mesej yang jelas ____5_____
9. Penyampaian mesej yang menarik ____5_____
10. Kreativiti yang menarik __5_______
11. Iklan mudah diingati (memorable) ____5_____
12. Markah diperolehi ____86_____
13. Markah penuh ____110_____
14. Keseluruhannya, apakah kekuatan iklan ini? (jika ada):
Kekuatan iklan ini adalah terletak kepada muzik dan kesan bunyi yang menarik. Selain
itu, ia memaparkan pengakhiran yang menarik dengan menekankan kepada penjenamaan
aji no moto melalui lagu.
15. Keseluruhannya, apakah kelemahan iklan ini? (jika ada):
Kelemahan iklan ini adalah idea clishe di mana ia memaparkan seorang suri rumah yang
mahu menambat hati suami melalui masakan. Idea ini sememangnya sesuai, namun cara
penyampaiannya kurang menarik dan agak membosankan.
16. Apakah yang anda suka tentang iklan ini?
PENILAIAN KOMERSIAL RADIO 2
Berikan nilai skor 1 sehingga 10. 1 adalah skor paling rendah, dan 10 adalah skor yang
paling tinggi.
Produk: Kicap Jalen
Jangkamasa: 30 saat
1. Pembukaan yang menarik ____10_____
2. Pengakhiran yang menarik ____10_____
3. VO yang powerful ____10_____
4. Pengucapan perkataan yang jelas ____10_____
5. Perkataan yang jelas ___10______
6. Kesan bunyi yang menarik ____10_____
7. Muzik/jinggle yang menarik ____10_____
8. Penyampaian mesej yang jelas ____10_____
9. Penyampaian mesej yang menarik ____10_____
10. Kreativiti yang menarik ___8______
11. Iklan mudah diingati (memorable) ____10_____
12. Markah diperolehi ____108_____
13. Markah penuh _____110____
14. Keseluruhannya, apakah kekuatan iklan ini? (jika ada):
Kekuatan iklan ini terletak pada ‘voice over’ yang sangat bersemangat dan boleh
membuatkan para pendengar mahu mendengar iklan ini sehingga habis kerana tertarik
kepada kekuatan unsur suaranya. Ideanya juga unik yang memaparkan bahawa kicap
Jalen senang dibawa untuk berkelah dan merupakan makanan yang sangat diperlukan
lebih-lebih lagi jika berada di dalam hutan.
15. Keseluruhannya, apakah kelemahan iklan ini? (jika ada):
Tidak ada
16. Apakah yang anda suka tentang iklan ini?
Saya suka kepada idea dan kreativiti yang menarik perhatian dan boleh dikatakan unik.
Hal ini kerana jika kita perhatikan, kebanyakan iklan tentang makanan keperluan rumah
akan menggunakan idea suri rumah yang suka dan selesa menggunakan keperluan
tersebut untuk memasak. Tapi iklan ini memanifestasikan keunikan idea yang menarik
dan menunjukkan bahawa kicap Jalen bukan hanya boleh dimakan di rumah, malah di
hutan juga ia sangat diperlukan. Selain itu, pemilihan suara pelakon yang mantap juga
perlu dipuji.
b. Bagi iklan radio dan tv yang mencatat skor tertinggi, sila isikan borang platform
kopi dan borang profail sasaran.
PLATFORM KANDUNGAN IKLAN TV KOMERSIAL (losyen putih susu
bercollagen)
1. Pemasalahan periklanan (komunikasi)
Permasalahan yang diketengahkan dalam iklan ini ialah tentang masalah yang dihadapi
oleh ramai wanita di luar sana iaitu masalah tona kulit yang tidak sama di bahagian wajah
dan badan terutamanya bahagian tangan. Hal ini berlaku kerana kebanyakan wanita
hanya akan fokus kepada penyelesaian masalah kulit wajah mereka berbanding tangan
kerana wajah lebih mudah dilihat.
2. Objektif periklanan (penyelesaian)
1. Menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sama di bahagian wajah dan badan dalam
kalangan wanita.
2. Memberikan keyakinan kepada wanita untuk tampil lebih yakin dan segar .
3. Menghapus pandangan negatif orang ramai terhadap wanita yang mempunyai masalah
ini.
3. Ciri produk (senaraikan 1 sehingga 5 ciri)
1. Saiz botol yang kecil.
2. Krim tidak melekit.
3. Sesuai untuk semua jenis kulit.
4. Haruman yang berpanjangan
5. Mengandungi collagen
4. Faedah produk (senaraikan 1 sehingga 5 faedah)
1. Mudah dibawa.
2. Selesa digunakan.
3. Selamat digunakan.
4. Memberikan keyakinan dengan haruman yang berpanjangan.
5. Memberikan kesan awet muda kepada kulit.
5. Pilihan : Berorientasikan pengguna
Iklan ini menekankan keistimewaan dan faedah yang akan diperoleh oleh para bakal
pengguna. Antara faedah yang ditonjolkan secara jelas dalam iklan ini adalah produk ini
dapat membantu menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sama pada kulit wajah dan
badan dalam kalangan wanita. Faedah ini membawa kepada faedah yang lain di mana
para wanita akan tampil lebih yakin di hadapan orang ramai. Selain itu, bakal pengguna
juga tidak perlu risau akan cemuhan dari orang lain mengenai keadaan kulit mereka
dengan adanya produk ini.
6. Perletakan (apa yang ingin ditonjolkan - kelainan)
Daya tarikan
Daya tarikan yang terdapat dalam iklan ini adalah penggunaan unsur lawak yang mampu
membuatkan para penonton dan bakal pengguna mahu menonton iklan ini sehingga
habis. Selain itu, iklan ini juga menggunakan khidmat para pelakon yang mempunyai
rupa agar para penonton dan bakal pengguna tertarik untuk menonton iklan ini. Iklan ini
turut memaparkan idea lakonan yang seiring dengan tema permasalahan yang dihadapi
oleh para wanita. Akhir sekali, iklan ini memaparkan pengakhiran yang menarik iaitu di
mana permasalahan telah dapat diselesaikan dan ini dapat menarik para penonton untuk
membeli produk ini untuk mencuba sendiri keberkesanannya.
PLATFORM KANDUNGAN IKLAN RADIO (kicap jalen)
1. Pemasalahan periklanan (komunikasi)
Permasalahan yang diketengahkan dalam iklan ini adalah tentang rasa makanan yang
tidak lengkap tanpa kehadiran kicap Jalen.
2. Objektif periklanan (penyelesaian)
1. Memberikan keenakan rasa kepada makanan dengan kicap Jalen
2. Memberikan kepuasan dalam menikmati hidangan.
3. Ciri produk (senaraikan 1 sehingga 5 ciri)
1. Saiz botol yang pelbagai (sederhana dan besar)
3. Produk tempatan.
4. Halal.
5. Harga yang berpatutan.
4. Faedah produk (senaraikan 1 sehingga 5 faedah)
1. Mudah dibawa untuk dimakan semasa beriadah.
2. Dapat menyokong makanan buatan Malaysia.
3. Boleh didapati oleh semua orang sama ada kaya atau miskin.
4. Boleh dimakan oleh semua jenis ras kerana halal.
5. Botol boleh dikitar semula.
5. Pilihan : Berorientasikan produk
Iklan ini menekankan ciri-ciri keistimewaan yang ada pada produk. Antara ciri produk yang
ditonjolkan secara jelas dalam iklan ini adalah rasa produk kicap Jalen yang sangat
enak dan lazat sehingga tanpa produk tersebut, kebanyakan orang tidak lalu untuk
makan. Selain itu, ciri kedua yang ditunjukkan dalam iklan ini ialah produk ini senang
dibawa ke mana-mana. Hal ini jelas kerana dalam iklan ini menceritakan tentang
ekspedisi ke Gunung Jerai dan kicap adalah makanan pelengkap bagi menambah
keenakan rasa makanan terutamanya apabila sedang menjalankan aktiviti di luar rumah.
6. Perletakan (apa yang ingin ditonjolkan - kelainan)
Daya tarikan
Daya tarikan yang terdapat dalam iklan ini adalah dari segi idea iklan yang segar dan
tidak clishe. Iklan ini memaparkan idea tentang sekumpulan lelaki yang pergi mendaki
Gunung Jerai dan mendapati mereka terlupa membawa kicap Jalen bersama. Lalu, Ketua
menyuruh salah seorang ahli pergi membeli kicap tersebut. Ini menunjukkan betapa
pentingnya kicap Jalen sebagai pembuka selera dengan rasa yang enak yang mampu
menambah kelazatan makanan. Seterusnya, iklan ini turut memaparkan daya tarikan dari
segi kesan suara yang baik kerana dapat didengar kesan suara yang bersemangat dan
boleh menarik perhatian para pendengar agar mendengar iklan sehingga habis.
Profail Sasaran Iklan TV komersial (losyen putih susu)
Demografik
Umur: Remaja dan dewasa (16 tahun ke atas)
Jantina: Perempuan
Ras: Semua jenis ras
Status perkahwinan: Bujang atau berkahwin
Agama: Semua jenis agama
Pendapatan: -
Pekerjaaan: Bekerja atau tidak bekerja
Pendidikan: -
Kelas sosial: Semua kelas sosial
Psikografik
Gaya hidup: sibuk dan berkerjaya/ masih bersekolah
Kegiatan masa lapang (riadah): Bersukan
Program tv yang diminati: -
Majalah yang dibaca: -
Hobi: -
Setia pada sesuatu jenama: -
Berhati-hati: : -
Prihatin pada alam sekitar: : -
Planners: : -
Image conscious: ya
Suka mencuba yang baru: -
Profail Sasaran Iklan Radio (kicap jalen)
Demografik
Umur: kanak-kanak, remaja dan dewasa
Jantina: Perempuan dan Lelaki
Ras: Semua jenis ras
Status perkahwinan: Bujang atau berkahwin
Agama: Semua jenis agama
Pendapatan: -
Pekerjaaan: Bekerja atau tidak bekerja
Pendidikan: -
Kelas sosial: Semua kelas sosial
Psikografik
Gaya hidup: Suri rumah/gaya hidup aktif
Kegiatan masa lapang (riadah): Ber’camping’
Program tv yang diminati: -
Majalah yang dibaca: -
Hobi: -
Setia pada sesuatu jenama: -
Berhati-hati: : ya
Prihatin pada alam sekitar: : ya
Planners: : -
Image conscious: Tidak
Suka mencuba yang baru: -
3. Anda dikehendaki menjalankan penyelidikan saintifik yang ringkas. Contohnya,
penyelidikan tentang keperluan pengguna.
Senaraikan lima ciri-ciri dan faedah produk yang paling digemari oleh pengguna. Pilih
tiga yang terbaik.
Antara ciri-ciri produk yang paling digemari oleh para pengguna ialah produk yang halal
dan disahkan oleh pihak Jakim, harga yang berpatutan, produk tempatan, produk yang
mesra alam dan mempunyai saiz yang pelbagai. Saya akan membincangkan tiga sahaja
ciri yang paling digemari oleh para pengguna iaitu produk halal, harga yang berpatutan
dan mesra alam. Halal di sini bukanlah hanya khusus untuk makanan, malah para
pengguna juga cenderung untuk memilih produk kecantikan seperti pencuci muka, krim
muka dan bedak yang dijamin halal. Ini amat perlu bagi umat Islam khususnya demi
menjaga kesucian dan mematuhi perintah agama.
Seterusnya, para pengguna juga cenderung kepada produk yang bercirikan harga
yang murah atau dalam istilah inggeris ‘within their budget’. Kebanyakan pengguna suka
membeli barang keperluan yang mudah dimiliki. Leboh-lebih lagi dalam zaman ini yang
memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Mereka akan memilih jenama yang berkualiti
tetapi harganya lebih murah daripada jenama lain. Sebagai contoh kicap Jalen lebih
cenderung dipilih oleh para pengguna berbanding kicap cap kipas yang harganya jauh
lebih mahal. Rasa kicap Jalen juga sedap dan berkualiti.
Ciri seterusnya ialah produk yang mesra alam. Produk mesra alam semakin mendapat
tempat di hati para pengguna dengan meningkatnya kesedaran terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar. Produk ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar, bahkan baik juga
untuk kesihatan. Sebagai contoh, kini telah muncul jenama tuala wanita lexee jenis kain
yang mengamalkan ciri ini dan semakin mendapat permintaan ramai. Jenis tuala wanita
yang sedia ada sekarang ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna kerana mengandungi
bahan kimia. Oleh itu, kebanyakan para pengguna wanita kini beralih arah kepada
pemakaaian produk yang aik untuk kesihatan dan baik untuk alam.
FAEDAH YANG DIINGINKAN OLEH PENGGUNA
Faedah yang diinginkan oleh pengguna terhadap produk (kecantikan) yang diiklankan.Mampu memberi kesan dalam tempoh yang cepat tanpa ada sebarang kesan buruk
bagi jangka masa panjang. Produk kecantikan yang dapat memberikan kesan dalam tempoh yang singkat amat disukai oleh pengguna. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah wanita ingin kelihatan cantik sepanjang masa. Dalam masa yang sama, produk tersebut tidak memberikan kesan buruk untuk jangka panjang kepada pengguna.
Memberikan kebaikan untuk seluruh anggota badan. Produk kecantikan yang mampu bertindak terhadap seluruh anggota badan menjadi kegilaan wanita. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan produk kecantikan untuk seluruh anggota badan dijual berasingan dengan harga yang agak mahal setiap satunya. Sesuatu produk kecantikan
yang mampu bertindak terhadap seluruh anggota badan dengan harga yang berpatutan akan digemari dan menjadi pilihan ramai wanita yang ingin tampil cantik.
Boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anak tanpa meninggalkan kesan terhadap ibu atau anak. Terdapat banyak produk kecantikan di pasaran yang tidak boleh digunakan, dimakan atau diminum oleh ibu yang menyusukan anak kerana mengandungi bahan-bahan yang dikhuatiri boleh menurunkan jumlah pengeluaran susu badan. Jika terdapat produk yang boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anak, produk tersebut pastinya mendapat sambutan kerana ibu-ibu yang baru habis berpantang juga ingin kelihatan cantik.