Download - 06. Taklimat Bahasa Seni Tahun 5
-
*UNIT PENDIDIKAN SENI VISUALBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-
* Unsur Seni GarisanRupaRuangBentukWarnaJalinanPrinsip RekaanHarmoniKontraPenegasanKepelbagaianKesatuanImbanganRitma dan Pergerakan
-
*
-
*Garisan
Sambungan titik-titik yang tidak bercantum diakhirnya
Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia
Antara jenis-jenis garisan adalah seperti garisan lurus, putus-putus bergerigi, beralun, berlingkar dan sebagainya
Terbahagi kepada dua iaitu garisan 2 dimensi dan 3 dimensi Garisan 2 dimensi Boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh (Contoh: Garisan yang dilakar atas permukaan kertas)
Garisan 3 dimensi Boleh dilihat dan disentuh (Contoh: Garisan pada alam semulajadi seperti akar yang menjalar)
Menimbulkan ilusi rupa, bentuk, jalinan, ton, ruang dan pergerakan
-
*
-
*Teknik Garisan Silang PangkahTeknik Garisan Selari Aplikasi Garisan dalam Penghasilan Karya Lukisan
-
*Fungsi Garisan
-
*Rupa
Rupa ialah hasil cantuman pertemuan hujung garisan dengan permulaan garisan
-
*Jenis Rupa
Rupa terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Rupa Geometri - segi empat, bulat, heksagon dll
ii. Rupa Organik - haiwan, tumbuhan dll
-
*Jenis Rupa
iii. Rupa positif iv. Rupa negatif
v. Rupa muka taip
-
*Aplikasi Rupa dalam Penghasilan Karya Seni VisualRupa Organik Rupa Geometri
-
*Ruang
Kawasan kosong di antara objek di alam nyata atau unsur seni dalam gubahan seni visual
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata dan ruang ilusi
-
*
RUANG NYATA (3 DIMENSI)
Ruang di antara satu objek dengan objek yang lain di alam nyata
Contoh: Ruang fizikal yang ada disekeliling kita secara realiti
-
* RUANG NYATA
-
*RUANG ILUSI (2 DIMENSI)
Ruang yang menampakkan jarak diantara satu imej dengan imejyang laindalam karya seni visual 2 dimensi(Contoh: Ruang yangwujud dalamkarya 2D seperti gambar foto, karya lukisan dan catan)
-
*Ruang Ilusi Foto Lanskap
-
*Ruang ilusi terbahagi kepada 3 jenis
Ruang dalam
Ruang cetek
Ruang rata
-
* Ruang Dalam
-
* Ruang Cetek
-
* Ruang Rata
-
*Bentuk
Struktur binaan bersifat 3 dimensi sama ada bersifat konkrit atau ilusi
Bentuk Konkrit Objek sebenar yang bersifat 3 dimensi ( maujud ) Mempunyai permukaan dan berjisim Contoh: Perabot, pokok, haiwan , bangunan dan sebagainya
Bentuk Ilusi Penzahiran bentuk bersifat 3 dimensi dalam karya 2 dimensi ( ilusi ) Contoh: Gambar perabot, pokok, haiwan , bangunan dan sebagainya
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu bentuk geometri dan bentuk organik(Geometri: perabot, pinggan mangkuk / Organik: haiwan, tumbuhan)Bentuk geometri dan bentuk organik wujud pada alam semulajadidan pada objek buatan manusia
-
* Bentuk KonkritBentuk yang wujud pada objek sebenar
-
* Bentuk Ilusi Lukisan Kerusi
-
*Warna
Kesan yang kelihatan akibat dari pantulan cahaya ke atas objek (Hadirnya cahaya menyebabkan objek dapat dilihat secara visual sebaliknya, tanpa cahaya objek tidak dapat dilihat dengan deria penglihatan)
Terbahagi kepada tiga kategori iaitu:Warna Primer Warna asas adalah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain
ii. Warna SekunderCampuran 2 warna primer yang bersebelahan dalam roda warna
Warna TertierCampuran warna primer dengan warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna
-
*Roda WarnaWarna Primer (Asas) Warna SekunderWarna Tertier
-
* Warna Harmoni
-
*Warna PenggenapWarna yang bertentangan dalam roda warna
-
*Suhu Warna
-
*Warna Neutral
-
*Jalinan
Kesan pada sesuatu permukaan
Jenis Jalinan: Jalinan TampakKesan pada sesuatu permukaan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh rasa (Contoh: gambar kulit buah tembikai, gambar jalan raya, gambar kulit kayu dan sebagainya)
ii. Jalinan SentuhKesan sesuatu permukaan yang dapat dilihat dan dapat dirasa melalui deria sentuh (Contoh: kulit buah durian, bunga tayar, kain guni)
-
* Jalinan Tampak Gambar buah durianLukisanGambar batuan
-
* Jalinan SentuhBulu Kucing(Jalinan halus)Bunga Tayar(Jalinan bercorak)Kulit Kayu(Jalinan Kasar)
-
*Sifat sifat Jalinan:
-
*
-
*Harmoni
Terhasil daripada susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual yang dapat menimbulkan kesan menarik
Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia
Harmoni boleh diwujudkan dalam olahan seni visual melalui kesatuan unsur-usur garisan, rupa, bentuk, jalinan dan warna
-
*Harmoni bentuk dan warna (Alam Semulajadi) Harmoni Garisan ( Alam Semulajadi) Harmoni
-
*Harmoni rupa dan warna (Corak) HarmoniHarmoni bentuk (Tembikar)
-
*Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni,teknik dan bahan yang berlainan
Kontra boleh diwujudkan melalui perbezaan dalam unsur seni seperti: Kontra garisan,Kontra rupa, Kontra bentuk, Kontra jalinan, Kontra warna dan sebagainya
-
*Kontra warna KontraKontra bentuk dan warna
-
*Kontra Rupa KontraKontra Garisan
-
*Kontra BentukKontra Jalinan Kontra
-
*Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan prinsip kontra dalam unsur seni seperti:
Kontra SaizKontra rupaKontra bentukKontra jalinanKontra warna
-
*PenegasanPenegasan warna dan jalinanPenegasan warna, jalinan dan bentuk
-
*PenegasanPenegasan warna dan saizPenegasan rupa
-
*Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, idea dan olahan unsur seni dalam gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu karya supaya gubahan tidak membosankan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan pelbagai hal benda dan unsur seni seperti garisan, rupa, serta warna dalam sesuatu gubahan
-
*Kepelbagaian warna dan saizKepelbagaian bentukdan hal bendaKepelbagaian
-
*Kepelbagaian garisan dan jalinanKepelbagaian rupa, saiz dan warnaKepelbagaian
-
*Imbangan
Imbangan bermaksud keadaan yang sebanding atau tidak berat sebelah, sama ada secara ilusi ataupun nyata
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
Imbangan simetri gubahan yang kelihatan sama berat antara kiri dan kanan (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
Imbangan tidak simetri gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi masih mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan
-
*Imbangan Simetri pada Alam SemulajadiImbangan Tidak Simetri pada Alam SemulajadiImbangan
-
*Imbangan
-
*Kesatuan
Penggabungan prinsip rekaan dan unsur seni tersebut dapat mewujudkan kesatuan dalam sesebuah penghasilan karya sama ada karya 2 dimensi atau 3 dimensi
Hasil gabungan prinsip rekaan dan unsur seni dalam menzahirkan sesuatu rekaan seni visual yang menarik
Wujud pada alam semulajadi dan pada objek buatan manusia
-
*KesatuanGabungan unsur seni seperti bentuk, ruang dan warna dengan prinsip rekaan seperti harmoni menimbulkan kesatuan dalam karya 2 dimensi
-
*KesatuanGabungan unsur seni seperti bentuk, ruang dan warna dengan prinsip rekaan seperti , imbangan, kepelbagaian harmoni menimbulkan kesatuan dalam karya 3 dimensi
-
*Ritma dan Pergerakan
Pergerakan ialah keadaan yang nampak bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya
Ritma dan pergerakan dapat dihasilkan melalui susunan unsur seni secara berulang ulang/berlapis lapis /bertindan tindih.
Ritma dan pergerakan akan mewujudkan kepelbagaian dan dapat memberi kesan gubahan yang lebih hidup dan menarik
Ritma dan pergerakan dapat dilihat pada kesan pergerakan seperti angin, air, ombak, taufan dan sebagainya
-
*
Ritma dan Pergerakan pada karya 3 dimensiRitma dan PergerakanRitma dan Pergerakan pada karya 2 dimensi
-
*
Terima kasih
********************************************************