Download - 09 Bahan Bacaan Tajukpsv3104
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
TAJUK 1 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kursus ini meliputi konsep kurikulum dan sukatan pelajaran PSV KBSR. Penekanan diberikan kepada matlamat, objektif kurikulum, konsep 5P, kepentingan perkembangan kurikulum, huraian sukatan pelajaran, peranan guru PSV, pengurusan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik seni dan hasil kerja murid, dan peranan apresiasi terhadap hasil kerja murid.
1.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,
pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga
akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya
boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat
refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat
Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV.
1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing,
pemudahcara, motivator dan inisiator.
1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
1
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1.4 Kandungan
2INISIATORINISIATOR
MOTIVATORMOTIVATOR
PEMUDAHCARAPEMUDAHCARA
PEMBIMBINGPEMBIMBING
PENGURUSPENGURUS
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUALPERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1.5 Situasi
Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.
Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini.
Aktiviti 1
3
Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus?
Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:
Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;
Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual.
Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;
Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;
Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut
4
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).
Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi
5
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.
Rumusan:Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
2.5Latihan A
(i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang.
(ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
(iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik.
Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
6
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah:
Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Pengurus Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Pembimbing Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Pemudahcara Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Motivator Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Inisiator Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
7
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan.
”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan
dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama
ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.”
Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.
Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni
Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia
Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.
Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang
dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam
menyelesaikan permasalahan berikut.
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang
ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi
masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda
8
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di
dalam kelas ?
Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan
Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?
Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru
Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan
kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut
merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )
b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas
c) Alat dan bahan yang terhad
d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah
E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada
pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.
9
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,
penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan
tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,
membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran
secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang
asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk
menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual.
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
2.2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.
2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok.
2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.
2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
10
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2.4 KANDUNGAN
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaranBerdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:
11
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.
a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
A B C
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.
- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
- Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
- Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
- Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
- Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
- Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama
12
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
rakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
Pemulihan:
BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.
Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.
i) Prosedur penyediaan bahan bantu.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
- Menentukan bahan dan teknik
- Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak
dipaparkan.
- Menghasilkan bahan bantu.
- Kemasan
ii) Penggunaan bahan bantu.
- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber
perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
13
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
- Mengambil langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.
Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1
2
3
4
5
6
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan
14
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-
dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
meja……..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….
15
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
Sila senaraikan di sini :
16
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.
A http://images.ask.com/pictures B
C http://images.ask.com/pictures D
Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?
17
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2 Dimensi 3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai
langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :
Teknik :
Tahun :
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni
reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut
boleh disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit
kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual
termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan
18
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari
pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti
P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.
Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu
berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
19
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
20
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan
bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.
Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus
mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti
membuat tembikar dengan tanah liat.
Penyimpanan dan rekod stok
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.
21
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal
hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan
stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja.
Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke
dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil Item ( Peralatan Kekal )
Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus
1.
2.
Meja guru
Meja guru
2
2
13/09/2009
13/09/2010
15/10/2010
Jumlah Item
Catatan
22
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal
Bil Item ( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit Tarikh masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Kertas lukisan ( 1 imperior )
Kertas lukisan ( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah
Item
Catatan
Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.
Minyak turpentine
kertas lukisan
kain linen batik
kertas warna berus lukisan cecair tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat
23
Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat
1 Guru perlu membaca label bahan
2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan
3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan
4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu
5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal
24
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.
25
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Aktiviti 2.1
Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.
Alat dan bahan bantu
rekabentuk dan proses
menyediakan bahan
prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan
penyimpanan dan rekod stok
Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual
Salinan karya agung di dalam dan luar Negara
Contoh-contoh kraf tradisional
Kertas lukisan dan warna air
Alat-alat membuat ukiran
Mesin pembakar seramik
Rak-rak kayu
26
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Aktiviti 2.2
Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai
membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.
TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
27
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,
etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri
anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami
dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian
berkaitan dengan hasil kerja murid.
3.2 Hasil Pembelajaran
3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
3.4 Kandungan
28
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
29
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURIDPENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
Susun Atur Bilik PSVSusun Atur Bilik PSV
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari
hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
30
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual
31
Zon / Bengkel Mencanting Batik
Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan
Pintu 2
Pintu 1
Sud
ut P
amer
an H
asil
Ker
ja M
urid
Tin
gkap
Tin
gkap
Meja 1Meja 2
Meja 3Meja 4
Meja 6 Meja 5
Meja Guru /
DekstopStor Papan PutihskrinPapan Info
SudutBuku
Rujukan
Kab
inet
Ber
pint
u P
eral
atan
PS
V
Dap
ur G
asS
inki
Alat Pemadam Kebakaran
Pet
i Kec
emas
an
PusatAkses
SudutICT
LCD
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan1.3 Zon-zon kerja tertentu1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
32
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan
bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.
33
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.
Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid
34
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
35
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURIDPENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.5 SituasiPada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan.
Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;
36
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid?
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan.
Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis.
Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra.
Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
37
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.6 Latihan B
(i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.
(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual.
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
38
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
No.Item
ItemSkor
0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif 8 1 0 2 1 5.3 0.92
110 Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35
111 Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.1 0.74
112 Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.5 1.55
113 Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.5 1.66
114 Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.9 0.55
* Pur = purata
(v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh
tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
39