Download - 1-Larian Cergas
PERISTIWA : LARIAN CERGAS
TARIKH : 05 FEBRUARI 2015
Pada hari Khamis bersamaan dengan 2 Februari 2015, berlangsunglah satu
aktiviti “Larian Cergas” yang melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga
murid tahun 6. Sebelum berlangsungnya pertandingan ini, beberapa sesi latihan
telah diadakan bagi membiasakan murid-murid dengan laluan yang bakal dilalui oleh
mereka. Latihan ini penting bagi mengelakkan ada murid yang melalui jalan yang
salah. Latihan larian cergas ini berlangsung pada hari Isnin (petang) dan juga Rabu
(pagi).
Sebelum tiba hari kejadian, kami dipanggil oleh Encik Razali dalam satu
mesyuarat bagi menentukan ‘checkpoint’ yang perlu kami awasi kelak. Kami juga
diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada hari tersebut dan kami
juga diingatkan supaya sentiasa lebih peka sekiranya terdapat murid yang cedera.
Dalam pertandingan ini, mata dikumpul mengikut kedudukan yang diperoleh
oleh murid tersebut:
Hasil daripada mata yang dikumpul akan dikira mengikut rumah sukan
masing-masing. Dalam pertandingan larian cergas pada kali ini, johan telah
disandang oleh rumah merah, manakala tempat kedua disandang oleh rumah hijau
dan diikuti oleh rumah kuning dan rumah biru. Para murid kelihatan sangat gembira
dan berpuas hati dengan kemengangan yang diperoleh mereka. Usai sesi
penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Amer, Encik Alias, pasukan rumah merah
diajak bergambar dan guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid-murid.
Tempat Pertama : 10 mata
Tempat Kedua : 9 mata
Tempat Ketiga : 8 mata
dan seterusnya.
Gambar 1 Latihan Larian Cergas
Gambar 2 Majlis Penyampaian Hadiah
Gambar 3 Johan Prasekolah
Gambar 4 Johan Kategori Lelaki Tahun 6
Gambar 5 Johan Kategori Perempuan Tahun 6
Gambar 6 Johan keseluruhan - Wakil Rumah Merah mengambil hadiah
Gambar 7 Sesi bergambar Guru Rumah Merah dan murid dari rumah merah
Gambar 8 Guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid
Disediakan oleh: Disemak oleh:
__________________ ________________________
NUR ATHIRAH BT SHAFIE Guru/pensyarah pembimbing
Guru pelatih,
IPGKSM