PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN AKHIR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DAN
SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: NORHUDA BINTI AHMAD
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO.136, KG. BELAHAN TAMPOK, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.
PM DR SETH BIN SULAIMAN
Nama Penyelia
Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : .
Nama Penyelia : PM DR SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : APRIL 2008
i
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(MATEMATIK) DAN SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA
PENDIDIKAN (MATEMATIK)
NORHUDA BINTI AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .
Nama Penulis : NORHUDA BINTI AHMAD
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda tercinta
HAJI AHMAD BIN AMAT TARMAN
Dan
Buat bonda yang amatku kasihi
HAJAH PUZIAH BINTI PALIL
Terima kasih atas segala kasih sayang
Pengorbanan membesarkanku
Sentiasa mendoakan kejayaanku
Sesungguhnya segala jasa tidak dapatku membalasnya
Buat kekanda dan adindaku
NOR RAZALI BIN AHMAD
NOR AZILAH BINTI AHMAD
NOR ARIF BIN AHMAD
Terima kasih atas segala dorongan dan tunjuk ajar
Buat anak saudara tersayang
MUHAMMAD AFHAM HAZIQ BIN RAZALI
Ketelahmu sentiasa membuatkanku terhibur
Buat rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih atas segala doa, nasihat, sokongan dan bantuan yang ikhlas diberikan
Tanpa kalian semua, tiadalah erti persahabatan
Walaupun hanya seketika kita bersama,
Ku mengharapkan agar persahabatan kita kekal selamanya.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, bersyukur saya ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyempurnakan projek sarjana muda
ini dengan jayanya.
Di atas kejayaan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada
individu-individu yang telah banyak menabur budi dan menghulurkan sokongan dan
bantuan yang tidak ternilai.
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, PM Dr Seth
Bin Sulaiman atas segala tunjuk ajar, pandangan dan bimbingan yang diberikan
sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
Penghargaan juga diberikan kepada semua responden saya iaitu pelajar tahun
akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) dan pelajar Sarjana Muda Sains
dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
yang telah memberikan sepenuh kerjasama dalam memberikan maklumat yang
diperlukan untuk kajian ini.
Akhir sekali ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan pembelajaran
matematik dalam kalangan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi
34 item dan telah diberikan kepada 81 orang responden. Statistik yang digunakan ialah
statistik deskriptif iaitu min dan peratusan, serta analisis statistik inferensi iaitu ANOVA
dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan pelajar cenderung memilih
kaedah pembelajaran gabungan pembelajaran bersendirian dan pembelajaran
berkumpulan. Namun, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
bersendirian adalah kaedah pembelajaran yang paling berkesan dalam pembelajaran
matematik. Pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran bersendirian mempunyai
pencapaian matematik yang paling tinggi berbanding pelajar yang mengamalkan
pembelajaran matematik secara gabungan dan berkumpulan. Terdapat perbezaan yang
signifikan antara pencapaian matematik dengan kaedah pembelajaran. Dapatan kajian
juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan
kaedah pembelajaran pada aras signifikan .05. Seterusnya, kajian juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pengajian pelajar dengan kaedah
pembelajaran pada aras signifikan .05. Ini menunjukkan jantina dan kursus pengajian
pelajar tidak mempengaruhi kaedah pembelajaran dalam matematik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to observe the effectiveness of mathematics’ learning among
final year students of Bachelor Science in Education (Mathematics) and Bachelor
Science and Computer in Education (Mathematics) in Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. The instrument that had been used in
this study is a questionnaire that comprises 34 items and had been given to the 81
respondents. All of the data had been analyze by using descriptive statistics that are
mean and percentage, and also the inferency statistic that are ANOVA and t-test. The
result shows, students generally tend to choose the combination of self-learning and
group learning. However, the result of this study shows that self-learning is the most
effective method in mathematics learning. Students who are practicing self-learning,
show highest achievement of mathematics, compared to students who is practicing the
combination and group learning. There is significant difference between mathematics’
achievement and learning method. The results also shows that no significant difference
between gender and learning method at alpha level .05. This study also shows there is no
significant difference towards students’ course and learning method at alpha level .05.
Its shows that, gender and students’ course not affect the learning method in
mathematics.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
KELULUSAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi/Istilah 9
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kursus Matematik 12
2.3 Gaya Pembelajaran 13
2.4 Pembelajaran Bersendirian 14
2.5 Kaedah Pembelajaran Bersendirian 16
2.6 Pembelajaran Berkumpulan 20
2.7 Kaedah Pembelajaran Berkumpulan 21
2.8 Kebaikan Pembelajaran Berkumpulan 26
2.9 Kelemahan Pembelajaran Berkumpulan 27
2.10 Dapatan Kajian Lepas 29
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 34
3.5 Pecahan Item Soal Selidik 36
3.6 Analisis Kajian 36
3.7 Jangkamasa Kajian 38
ix
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Bahagian A
4.2.1 Maklumat Responden 40
4.2.2 Gred Pencapaian Matematik 41
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Analisis Pembelajaran Matematik
Secara Keseluruhan 42
4.3.2 Analisis Pencapaian Matematik
Dan Kaedah Pembelajaran 43
4.3.3 Analisis Kaedah Pembelajaran
Antara Jantina 46
4.3.4 Analisis Kaedah Pembelajaran
Antara Program Pengajian 47
4.4 Rumusan 48
5
KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Ringkasan 49
5.3 Kesimpulan Kajian 50
5.4 Perbincangan
5.4.1 Kaedah Pembelajaran Matematik
Secara Keseluruhan 52
5.4.2 Perbezaan Dalam Pencapaian
Matematik Antara Pembelajaran
Bersendirian, Gabungan dan
Berkumpulan 54
x
5.4.3 Pembelajaran Matematik Yang
Diamalkan Pelajar Lelaki dan
Perempuan 56
5.4.4 Pembelajaran Matematik Yang
Diamalkan Pelajar SPM dan SPT 56
5.5 Cadangan
5.5.1 Cadangan Kepada Pelajar 57
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 58
5.7 Kesimpulan 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A-C
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kursus Matematik 12
3.1 Nilai bagi Setiap Skala 35
3.2 Kelompok Skor Yang Dipilih Responden 35
3.3 Pecahan Item Soal Selidik 36
3.4 Nilai Markah Bagi Setiap Gred 37
3.5 Skala Kaedah Pembelajaran 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Responden Mengikut Program Pengajian 40
4.3 Pencapaian Matematik Responden 41
4.4
Bilangan Pelajar Bagi Setiap Kaedah
Pembelajaran 42
4.5 Kaedah Pembelajaran Secara Keseluruhan 43
4.6
Min Pencapaian Matematik dan Kaedah
Pembelajaran 44
4.7
ANOVA Pencapaian Matematik dan Kaedah
Pembelajaran 44
4.8
Perbandingan Berganda Pencapaian Matematik
dan Kaedah Pembelajaran 45
4.9 Ujian-t Kaedah Pembelajaran Antara Jantina 46
4.10
Ujian-t Kaedah Pembelajaran Antara Program
Pengajian 47
xii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
SPM – Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPT – Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
UTM – Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan UTM
Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik
Lampiran C Soal Selidik
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai
corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik atau simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan
mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang
sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Benjamin
Pierce (2007) memanggil ia “sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu”. Ia
berkembang melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik daripada
membilang, pengiraan, pengukuran dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-
objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk
merumuskan tekaan-tekaan (kemungkinan) baru yang mewujudkan kebenaran mereka
secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif yang sesuai.
2
Dalam pendidikan, matematik adalah salah satu mata pelajaran yang amat
diberikan perhatian oleh pihak berwajib. Pendidikan matematik memerlukan kurikulum
yang mantap, pedagogi yang terkini dan sesuai dengan tahap pelajar, guru yang cekap
dan berpengetahuan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai
kecemerlangan. Abdul Shukor (2000) menjelaskan untuk menghadapi keperluan masa
hadapan, aspek kurikulum bukan sahaja perlu berfokus kepada kandungan, tetapi harus
menyediakan individu dengan kemahiran yang perlu bagi memenuhi kehendak
pembelajaran seumur hidup. Ini bermakna, suasana pendidikan harus berubah, selaras
dengan realiti dan keperluan pembelajaran semasa. Hasil kerjasama semua pihak
diharapkan dapat membentuk pelajar yang berilmu, berketrampilan dan berkebolehan
dari semua segi. Sistem pendidikan harus melahirkan individu-individu yang cemerlang
(Rashidi & Abd. Razak, 1995). Individu yang berfikiran cemerlang adalah aset kepada
pembangunan sesebuah Negara.
Dalam memberikan nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
tidak kira sama pada peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi, pelajar
perlu dilatih dengan konsep pembelajaran yang lebih berkesan dan bermanfaat iaitu
memberikan pelajar pengalaman sendiri tentang matematik. Menurut, Johnson et. Al
(1998b) menegaskan sebagai pendidik, kita perlulah mengubah paradigma pendidikan,
“Paradigma lama ialah memisahkan pengetahuan pendidik kepada pelajar, supaya ianya
boleh disusun dan diklasifikasikan mengikut cara kompetitif, rujukan norma Dari sini,
jelaslah bahawa bentuk pengajaran kini masih memberi tumpuan kepada guru sebagai
penyampai ilmu dan tidak melibatkan peranan aktif pelajar.
Bagaimanapun, dalam mengendalikan pendidikan berpusatkan pelajar, kita perlu
berhati-hati. Menurut Abd. Rahman dan Zakaria (1999), pendidikan yang terlampau
memusatkan pelajar boleh mengakibatkan kekakuan, berfikiran sempit, mempunyai
prasangka dan tidak bersifat rasional. Ini bermakna guru tidak boleh membiarkan pelajar
belajar tanpa arah dan tujuan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar, menjadikan tanggungjawab guru adalah amat besar untuk mencorakkan kaedah
pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar itu sendiri.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam pembelajaran, interaksi sosial menjadi salah satu faktor penting bagi
perkembangan skima mental yang baru. Di sinilah pembelajaran dalam kumpulan kecil
memainkan peranannya dalam memberi kebebasan kepada pelajar untuk berfikir secara
analitis, kritis, kreatif, reflektif dan produktif. Pengajaran yang berkesan akan
menghasilkan pembelajaran yang diingini. Itulah yang perlu ditekankan kepada para
guru di mana pembelajaran yang baik boleh berlaku apabila pelajar melibatkan diri
secara aktif. Oleh itu, peranan guru berubah dari pemberi maklumat kepada seorang
fasilitator. Namun begitu, guru juga dijadikan sumber rujukan apabila seseorang pelajar
itu memilih untuk belajar secara bersendirian. Walau apa jua kaedah pembelajaran yang
diamalkan pun, peranan guru tetap penting dan sentiasa diperlukan.
Dalam konteks kajian ini, kursus matematik telah dipilih bagi melihat
keberkesanannya. Bagi pelajar pendidikan matematik, kursus matematik akan dipelajari
setiap semester. Kursus-kursus matematik dilaksanakan sepanjang empat tahun di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Dalam semua
kursus ini, banyak aktiviti yang dilaksanakan berteraskan kepada pembelajaran aktif dan
berpusatkan pelajar sama yang dijalankan di dalam kelas ataupun di luar waktu
pembelajaran yang formal. Pensyarah pula seringkali bertindak sebagai pembimbing
yang sentiasa membantu pelajar jika mereka mengalami sebarang masalah. Walaupun
demikian, terdapat juga pelajar yang lebih suka untuk mengamalkan pembelajaran
tradisional dengan pembelajaran individualistik iaitu pembelajaran yang dilakukan
secara bersendirian. Pelajar seperti ini, sentiasa menjadikan pensyarah sebagai sumber
yang utama untuk memudahkan pembelajaran mereka di universiti tanpa bantuan rakan-
rakan. Namun terdapat juga pelajar yang mengamalkan gabungan kedua-dua
pembelajaran iaitu belajar bersendirian dan pada masa yang sama belajar secara
berkumpulan. Mereka selesa menggunakan kedua-duanya sekali bagi memastikan
pembelajaran matematik mereka berkesan.
4
Dalam semua kursus matematik yang ditawarkan oleh fakulti kepada pelajar
pendidikan matematik, banyak kemahiran generik yang diterapkan. Antaranya,
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Setiap kursus ini
pastinya akan melatih pelajar untuk berfikiran secara kritis serta berkemahiran
menyelesaikan masalah. Malahan, pembelajaran sepanjang hayat juga turut diterapkan,
disamping kemahiran menguruskan maklumat. Semua kemahiran ini banyak
memberikan manfaat kepada pelajar jika dipraktikkan dengan baik.
Secara keseluruhannya, semua kursus ini memperlihatkan kepada pelbagai
cabang ilmu matematik. Sebagai contoh, pada semester pertama dan kedua, pelajar
didedahkan dengan Kalkulus I dan Kalkulus II. Kalkulus I memperlihatkan tentang
matematik yang banyak berkisar tentang pengamiran dan pembezaan. Manakala dalam
Kalkulus II, pelajar didedahkan dengan matematik kejuruteraan. Selain itu, pelajar
bukan sahaja mempelajari matematik yang banyak berasaskan nombor tetapi juga
matematik abstrak seperti kursus Analisis Nyata dan Set Teori dan Mantik. Kursus-
kursus ini dapat membuka mata pelajar bahawa matematik bukan hanya nombor dan
pengiraan semata-mata tetapi juga pemahaman dan logik matematik. Malahan, pelajar
dapat mempelajari pelbagai cabang ilmu matematik lain seperti Statistik dan juga
Penyelidikan Operasi. Statistik banyak melibatkan data dan cara-cara mengolah data
untuk mendapatkan maklumat. Dalam Penyelidikan Operasi pula, pelajar bukan sahaja
dapat mempelajari operasi matematik tetapi mendapat pengetahuan tambahan tentang
perisian matematik yang menarik.
Malahan, Fakulti Pendidikan juga menawarkan kursus pendidikan yang berkaitan
dengan pendidikan matematik. Antara kursus-kursus tersebut ialah Kurikulum Sains dan
Matematik, Pengajaran Sains dan Matematik, Kaedah Mengajar Matematik, Pendidikan
Amali Matematik dan Pendidikan Matematik. Kesemua kursus ini pastinya dapat
memperlengkapkan bakal guru dengan cabaran kerjaya sebagai guru kelak. Dengan
adanya kursus ini, bakal guru pastinya lebih bersedia untuk menjadi guru matematik
yang berkaliber dan penuh dengan pengetahuan.
5
Ternyata sejak kebelakangan ini, tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi begitu
berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang diistilahkan sebagai
pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Tidak ketinggalan juga bagi kursus-kursus
matematik ini. Pembelajaran ini juga merujuk kepada pembelajaran aktif pelajar.
Pensyarah seringkali menggalakkan pelajar untuk melakukan perbincangan dalam
kumpulan kecil bagi memudahkan pemahaman dan berkongsi idea tentang pembelajaran
matematik. Pembelajaran berkumpulan membawa maksud belajar bersama-sama dalam
satu kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang sama iaitu ke arah kejayaan.
Kejayaan ahli-ahli kumpulan adalah saling bergantung antara satu sama lain. Pelajar
memiliki semangat bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum
bagi diri sendiri dan juga bagi setiap ahli kumpulannya. Tetapi, tidak semua pelajar
sukakan kaedah pembelajaran ini kerana ada di antara warga kampus yang sukakan
pembelajaran secara individualistik. Ada antara mereka merasakan pembelajaran secara
individu lebih efektif kerana penglibatan orang lain dalam aktiviti pembelajaran mereka
kadangkala menimbulkan gangguan dan ketidakselesaan.
Kajian ini pula adalah satu usaha untuk meninjau keberkesanan pembelajaran
matematik yang dipelajari di Universiti Teknologi Malaysia kampus Skudai yang
dilakukan secara berkumpulan atau individu. Antara kedua-dua kaedah pembelajaran ini,
pelajar pastinya mempunyai cara tersendiri dalam memilih kaedah pembelajaran sendiri
yang dirasakan lebih berkesan. Malahan, tidak mustahil pelajar memilih untuk
mengamalkan kedua-dua kaedah pembelajaran ini dalam pembelajaran matematik
mereka.
Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau kaedah pembelajaran matematik yang
diamalkan oleh pelajar lelaki dan perempuan. Secara umumnya, seringkali diperkatakan
kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar perempuan lebih baik berbanding
lelaki berdasarkan banyak keputusan peperiksaan yang menunjukkan prestasi pelajar
perempuan lebih cemerlang. Selain itu, penyelidik juga fokus kepada kaedah
pembelajaran yang diamalkan pelajar yang berlainan program pengajian.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam pembelajaran matematik, pelajar mempunyai kebebasan untuk memilih
kaedah pembelajaran mereka sendiri. Mereka boleh memilih untuk belajar secara
individu, belajar secara berkumpulan ataupun gabungan kedua-duanya. Sama ada belajar
sendiri, berkumpulan ataupun gabungan, pastinya semua kaedah pembelajaran ini
diamalkan untuk memastikan pembelajaran matematik mereka lebih berkesan. Oleh itu,
penyelidik ingin meninjau keberkesanan pembelajaran matematik yang dilaksanakan
menggunakan tiga kaedah pembelajaran iaitu bersendirian, berkumpulan dan gabungan
pembelajaran bersendirian dan berkumpulan. Perbandingan akan dilakukan terhadap
ketiga-tiga kaedah pembelajaran ini bagi melihat kaedah pembelajaran mana yang lebih
membawa kesan yang baik terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar
tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains
dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan tujuan;
1) Untuk meninjau kaedah pembelajaran matematik yang diamalkan oleh pelajar
secara keseluruhan.
2) Untuk melihat perbezaan dalam pencapaian matematik antara pelajar yang
belajar bersendirian, gabungan belajar bersendirian dan berkumpulan, dan belajar
berkumpulan.
3) Untuk melihat kaedah pembelajaran matematik yang diamalkan oleh pelajar
lelaki dan perempuan.
4) Untuk melihat kaedah pembelajaran matematik yang diamalkan oleh pelajar
SPM dan SPT.
7
1.5 Persoalan Kajian
Kajian keberkesanan pembelajaran matematik ini mempunyai persoalan spesifik
iaitu;
1) Apakah kaedah pembelajaran matematik yang diamalkan oleh pelajar secara
keseluruhan?
2) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik antara
pelajar yang belajar bersendirian, gabungan belajar bersendirian dan
berkumpulan, dan belajar berkumpulan?
3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran
matematik yang diamalkan oleh pelajar lelaki dan perempuan?
4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran
matematik yang diamalkan antara pelajar SPM dan SPT?
1.6 Hipotesis
1) Hipotesis nol satu :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik bagi
pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran bersendirian, gabungan
pembelajaran bersendirian dan berkumpulan, dan pembelajaran berkumpulan.
2) Hipotesis nol dua :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran matematik
antara pelajar lelaki dan perempuan.
3) Hipotesis nol tiga :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran matematik
antara pelajar SPM dan SPT.
.