SEKATAN l\1INYAK EU KE ATAS SYRIA: EFEKTIF' ATAU TIDAK?
•
Siti N,:raishah Hinti M.CJhd Nor~iD
Sarjana Muda Sains So~ial Dengan Kepujian (program Kajia" Antarabangsa)
2014
P . KHID"AT "AKLU"AT AKADE"IK
UNI"AS
SEKATAN 1111111111 I11I1 ATAS SYRIA: 1000284800
E~'~Kl1.l<· AIAU lwAK?
SITI NURAISHAH BINTI MOHD NORDIN
FAKULTI SAINS SO SIAL
UNIVERSITI MALA YSIA SARA W AK
2014
til at Krudmat Maklumat Aka emi.k UNlVERSm MALAYSiA SARAWAK
SEKATAN MINYAK EU KE ATAS SYRIA:
EFEKTIF ATAU TIDAK?
SITI NURAISHAH BINTI MOHD NORDIN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Satjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian
(Program Kajian Antarabangsa)
FAKULTI SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2014
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1\Grade:
Please tick <,,) Final Year Project Report [2 Masters D PhD D
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the .................day of.. .......... '" ..2012.
Student's Declaration:
SrTI tt\j~~15ffrl~ f,ltJ"lt Matt{) ?-loRD,"'! ,3.303~, ~b.~Ln s\<'-\~~ sostto.-LI --- --. -- ---. -.-. --- .--. -. --. -----... --. --. ----. --- -.- ------.- -. -- --- .. --- ---- .. ----. -.. -. --. -- --. -- --- ---- -.. --. ---. -- ----. ---.. -----. -(PLEASE INDICATE STUDENT'S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that. the
. S.£-K~~ l\(\\llYIC\K \.c:~ ~~ s)l!u~: £f~kTlf:. ~t\ 't1DAK. . . work ent! tled . -.... --- ---- --. -. -- ---- ------ -. ---- --.. -- -- ---.. ----- -- --- ---.--.. -... --. --. -. ----- -. --- -- ----. - IS my onginal work. I have not. copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
\-I<:ltl> I tJ C3-303,'4sill iJ\.l9..~,~t-I .l!,1\JTl Mo4-lD
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor's Declaration:
I···-·-··-····-·-----·----·-··----·-·--··-·-------------------- (SUPERVISOR'S NAME) hereby certifies that the work entitled -------------------------------------------------------------- ------------·-(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------ ------------ -------------- ------------ ------------------- ---------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
Da te: __~_I)-II_\_\)+\_~_\_+!.--Received for examination by: (N ame of the supervisor)
.'
I I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick C-J)):
o CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* DRESTRICTED (Contains restl'icted information as specified by the organisation where
research was done)* GJOPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
• This ProjectlThesis is the sole legal property ofUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). • The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose. • The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database. • The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
ProjectlThesis for academic exchange between Higher Learning Institute. • No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
ProjectlThesis once it becomes the sole property of UNIMAS. • This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
~~.*;pJ' . . -Student signature ___________ SuperVIsor SIgnature: \
(Date) 00/' o/~ol.l! (Date) ~o I\ Current Address: ~o· .q.:s- I<~ ?1.lL-f\\\
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
~ ,'\"
'U at Kltldml' MaklumatAbdeoti U'NIVERSm MALAYSIA ~ ~I(
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
BABI. METODOLOGI
1.0 Latar Belakang Kajian
1.1 Penyataan Masa1ah
1.2 Objektif Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Kaedah Kaj ian
1.4.1 Kaedah Kualitatif
1.4.2 Kod Etika
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Limitasi Kajian
1.8 Penutup
BAB II. SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengena1an
2.1 Sekatan
2.2 Kepentingan Negara
2.3 Kepentingan Ekonomi
2.4 Kesimpu1an
Halaman
11
iv
v
VI
5
7
8
8
8
11
12
13
15
17
18
19
23
27
31
BAB III. PUNCA SEKA T AN MINY AK OLEH EU
TERHADAP SYRIA
333.0 Pengena1an
343.1 Pendahu1uan
3.2 Sistem Autokrasi 37
3.3 Perang Sivi1 dan Kekejaman Pimpinan Presiden Baashar 40
AI-Assad
3.4 Sekatan Minyak Terhadap Syria 46
3.5 Pembekuan Aset Ke Atas Syria 48
3.6 Peranan Rusia Da1am Sekatan Di Syria 54
3.7 Kesimpu1an 57
BABIV. KESAN SEKATAN MINYAK OLEH EU
TERHADAP EKONOMI SYRIA
4.0 Pengena1an 59
4.1 Tekanan Ekonomi Syria 60
4.2 Pembe1ian Minyak 01eh Pe1abur Asing Daripada 65
Puak Penentang
4.3 Kesimpu1an 71
BABV. ANALISA KEBERKESANAN SEKAT AN MINY AK
EU DALAM MENANGANI KRISIS 01 SYRIA
5.0 Pengena1an 72
735.1 Pennainan Rusia, EU dan U.S. Di Syria
5.2 Konsep Demokrasi Yang Diketengahkan Barat 77
5.3 Sekatan: Efektif atau Tidak? 80
BAB VI.
5.4 Aplikasi Konsep Kepentingan Negara dan Kepentingan
Ekonomi
KESIMPULAN
6.0 Kesimpulan
83
85
RUJUKAN 91
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya penulis dapat
menyempumakan Projek Tahun Akhir ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
penulis, Pn. Noor'ain binti Aini, yang telah banyak membantu penulis sepanjang proses
melaksanakan projek ilmiah ini dijalankan. Jutaan terima kasih kepada Pn. Noor'ain binti
Aini di atas segala didikan dan kesabaran serta perkongsian ilmu dari beliau dalam
membimbing penulis dan rakan-rakan bagi menyiapkan latihan ilmiah ini.
Penghargaan istimewa buat mereka yang tersayang, Che Mah Binti Omar, Normah Binti
Omar, Salmah Binti Omar, Azizah Binti Omar dan Azna Binti Omar yang telah banyak
membantu dan memberi dorongan serta semangat kepada penulis sepanjang menyiapkan
penulisan ini. Segala doa dan restu dari mereka yang telah membantu penulis sehingga ke
hari ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Kajian Antarabangsa dan kepada
semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
penulis menyempumakan penulisan ini dari mula hingga ke akhimya.
Sesungguhnya jasa kalian sungguh besar dan sangat bermakna buat penulis. Doa penulis,
semoga dilimpahkan rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah dari Tuhan untuk
kalian semua.
Siti Nuraishah Binti Mohd Nordin
Jun 2014.
-
ABSTRAK
Kerajaan Syria pimpinan Baashar AI-Assad telah dikenakan sekatan minyak oleh EU. EU
menjadikan sekatan minyak sebagai satu bentuk hukuman kepada Syria kerana telah
menggunakan kekerasan untuk melakukan keganasan terhadap rakyatnya. Rakyat Syria
juga telah melakukan demostrasi secara aman untuk menyuarakan kebebasan agar
mereka boleh keluar daripada kesengsaraan pemerintahan autokrasi di Syria. Namun,
rakyat Syria terpaksa berdepan dengan kezaliman rejim tentera Baashar. Rusia turut
memainkan peranan sebagai sekutu, kepada kerajaan Syria yang menghadapi banyak
tekanan daripada U.S., EU dan Liga Arab Bersatu. Sekatan dan pembekuan aset adalah
hukuman yang terpaksa Kerajaan Syria hadapi. EU pula telah melaksanakan hubungan
dagang dengan puak pemberontak yang cuba menjatuhkan Presiden negara itu.
Kata kunci: Syria, EU, sekatan, kekerasan, demonstrasi, autokrasi, rejim tentera, Rusia,
U.S, Liga Arab Bersatu, pembekuan aset, hubungan dagang, puak pemberontak.
ii
--
ABSTRACT
Syria government under Baashar AI-Assad rule has been sanction by EU. EU use oil
sanction on Syria as a tool of punishment due to Syria using force to violate their citizens.
Syria citizen had protest against their government using peaceful demonstration to voice
out their freedom from the authoritarian government in Syria. However, Syria citizen had
to face the tyranny ruling system practice by Baashar military regime. Russia plays an
important role as Syria government allies. Syria had facing a lot of pressure from U.S.,
EU and Arab League. Sanction and freezing asset is a form of punishment Syria
government need to receive as a result of violating their citizen. EU has undergone trade
relation with the terrorist group who aim to withdraw the President.
Keywords: Syria, EU, sanctions, violence, demonstration, authoritarian, military regime,
Russia, U.S., Arab League, asset freeze, trade relation, terrorist group.
iii
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 1 Perbandingan pemusatan eksport 63
negara pengeluar minyak mengikut
turutan
-
iv
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 1 Kawasan minyak dan gas di Syria 2
Rajah 2 Syrian total petroleum balance 61
Rajah 3 Syria monthly total oil supply, 2011- 64
2013
-
v
BBC
BRICS
CAIS
CNN
EU
EIA
GDP
IMF
PBB
RM
SPC
UNIMAS
u.s.
USD
wro
WWII
SENARAI SIMBOL DAN SINGKAT AN
- British Broadcasting Corporation
- Brazil, Russia, India, China And South Africa
- Centre for Academic Information Services
- Cable News Network
- European Union
- Energy Information Administration
- Gross Domestic Product
- International Monetary Fund
- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
- Ringgit Malaysia
. - Syrian Petroleum Company
- Universiti Malaysia Sarawak
- United States
- United States Dollar
- World Trade Organization
- World War II
vi
BABI
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang Kajian
Syria adalah sebuah negara yang terletak di Timur Tengah. Kelebihannya sebagai sebuah
negara pengeluar minyak memberikannya tiket sebagai salah satu pengeksport terbesar
minyak mentah ke negara lain terutamanya Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan
pengeluaran minyak terbesar di Syria adalah AI-Omar yang terletak di timur Bandar Deir
AI-Zaor. Syrian Petroleum Company (SPC) dan Sytol adalah antara syarikat yang
bertindak sebagai jentera yang bertanggungjawab dalam industri minyak di Syria.
Syria dipilih sebagai kawasan kajian kerana negara ini adalah di antara negara
Timur Tengah yang sedang mengalami krisis minyak. Syria yang merupakan negara
pengeluar minyak, mempunyai temp at-temp at seperti AI-Omar yang terdapat di Bandar
Deir AI-Zaor yang merupakan pusat tumpuan pengeluaran minyak terbesar di Syria.
Selain itu, kawasan ini turut m~nghadapi pemberontakan rakyat akibat daripada
kekejaman pihak ketenteraan Syria. Kerajaan Syria menga1lami tekanan yang hebat
kerana ada di antara kawasan pengeluar minyaknya adalah dibawah kekuasan puak
penentang.
-1
Suwaiiy AH Oil and gasftelds in Syria
TUR Y
lOOkm
(Oil and gas fields in Syria, n.d)
Rajah 1: Kawasan minyak dan gas di Syria.
Rajah 1 menunjukkan kawasan minyak yang menjadi tumpuan di Syria seperti
dinyatakan yakni Deir AI-Zaor. Selain itu, turut digambarkan dalam peta di atas kawasan
paip minyak (oil pipeline) yang bermula daripada Tartus sehingga ke utara AI-Raqqa
iaitu Suwaiiy AH.
Kesatuan Eropah (EU) bergantung sebanyak 95% kadar eksport min yak daripada
Syria. Kenyataan ini terbukti yakni, "Syria earns 28% of its annual revenue from oil
sales. with Europe buying about 95% of its output" (Eric,2011). Syria mengeluarkan
2
sebanyak 360 000 tong min yak dalam sehari untuk dieksport, dan sebanyak 150 000 tong
minyak sehari dieksport kepada EU. Tetapi, pada September 20 II EU telah menjalankan
sekatan minyak terhadap Syria. Hal ini kerana, sekatan minyak adalah salah satu bentuk
hukuman yang diberikan oleh EU terhadap Syria di atas kegagalannya menghentikan
keganasan dan krisis yang melanda penduduk di Syria. Sebelum sekatan berlaku, rakyat
Syria telah menentang keganasan serta ingin menggulingkan kerajaan pimpinan Baashar
AI-Assad dan merekajuga menolak sistem autokrasi yang diamalkan kerajaan Syria sejak:
dulu lagi. Punca utama penduduk di Syria menjalankan protes adalah kerana mereka
menentang kerajaan Syria yang sewenang-wenangnya melakukan keganasan dan
pembunuhan ketika penduduk Syria menjalankan protes secara aman. EU telah berkali
kali menyarankan kerajaan Syria agar memberhentikan segala keganasan dan kekejaman
terhadap penduduknya tetapi tidak menampakkan sebarang tindakan dan perubahan di
negara tersebut. EU turut meminta Baashar agar turun dari takhta pemerintahan tetapi
tidak: dipedulikan pemimpin negara pengeluar minyak itu.
"The extend and the intensity ofthe resentment against the rulers in place and their Western allies and protectors are difficult to grasp because of the limited freedom of assembly and expression in most, if not all, Arab countries. The West is a victim of its own traps in the Middle East. By supporting cornlpt and dictatorial regimes for immediate economic and strategic advantages, the West has prevented necessary change to stabilize the countries concern through representatives government. Western oil interest and economic stability are shaky when dependent on moribund political system and paralysed society" (Noreng, 2006).
Dalam kenyataan di atas, Noreng berpendapat bahawa tidak wujudnya kebebasan rakyat
menjadikan rakyat menentang pemerintahnya. Perkara ini selaras dengan apa yang
dilakukan oleh rakyat Syria di atas kekejaman kerajaan autokrasi pimpinan Baashar Al
3
Assad. Apabila berlakunya pemberontakan rakyat dan kerajaan yang tidak mahu bertolak
ansur seperti Syria ini, EU cuba menonjolkan diri sebagai pengaman sementara dengan
mengisyaratkan kerajaan Syria untuk memberhentikan kekejaman yang dijalankan. Hal
ini kerana, ketidakstabilan politik dalaman Syria mampu mengundang gangguan kepada
perdagangan minyak EU.
Pendapat lain pula menyatakan,
" ... high oil prices, enable authoritarian regimes to consolidate their power and erode progress towards freedom and democracy. As a result, many part ofthe world, millions ofpeople have been enslaved, oppressed, and denied basic freedoms by non-democratic oil regimes aided by the silence ofthe importers who depend upon them" (Miller, 20 I 0).
Melalui kenyataan di atas, Miller pula menggambarkan bahawa dengan meningkatnya
barga minyak dalam kerajaan yang mengamalkan autokrasi, rakyat ditindas dan tidak
diberi kebebasan. Maka dengan itu, pengimport pula hanya berdiam diri kerana
bergantung kepada negara pengeluar. Mereka berdiam diri kerana mereka mempunyai
kepentingan ekonomi terhadap negara pengeluar yang merangkumi sumber dan
perdagangan. Hal ini kerana jika. dilihat dalam peristiwa di Syria, adalah benar rakyat
ditindas kerajaan sendiri tetapi, EU tidak hanya berdiam diri, tetapi berusaha memberi
tekanan kepada kerajaan Syria tetapi tidak diendahkan kerajaan itu. Bertitik tolak
daripada sikap ini, dan desakan daripada kuasa luar seperti U.S. dan Pertubuhan Bangsa
bangsa Bersatu (PBB), EU bertindak menjalankan sekatan kepada hasil minyak Syria dan
perkara ini mendatangkan kerisauan terhadap Syria kerana EU merupakan pengimport
temesar mereka. Jadi, berkaitan dengan kenyataan Miller, adalah tidak benar tentang
semua pengimport bertindak berdiam diri, mugkin di awalnya EU kelihatan seperti
4
'W' t KbJdmat Maldumat AkMenm. I/NIVERSm MALAYSIA SARAWAf<
beniiam diri tetapi EU tetap rnelaksanakan tanggungjawab dengan rnernberi tekanan
kepada Syria. Pendek kata, kenyataan Miller bercanggah dengan tindakan yang diarnbil
EU.
"Mr. Abbas said that the drop in production had resulted from the destruction of oil facilities by rebel forces and from the effects of EU sanctions on oil exports. He said that nine wells in the Deir alZor region had been destroyed by the rebels. Prior to the uprising, about one-third of Syria's oil was produced in the Deir alZor region by joint ventures between the stateowned Syrian Petroleum Company (SPC) and foreign operating companies" (EIU Views Wire, 2013).
Selain daripada itu, Syria turnt rnengalarni rnasalah daripada puak pernberontak yang
melakukan kerosakkan terhadap hasil rninyak kesan daripada sekatan yang dijalankan
oleh pihak EU. Hal ini juga telah rnernberikan lagi tekanan terhadap kerajaan Syria yang
sudah sedia ada tertekan dengan sekatan yang diterirnanya. Perkara ini turnt
menambahkan lagi krisis ke dalarn ekonorni Syria yang bakal rnernberi kesan bukan
sahaja kepada kerajaan Syria sendiri tetapi turnt rnenglibatkan syarikat asing yang
melakukan usaha sarna dengan rnereka.
1.1 Penyataan Masalah
Syria mernpakan negara Tirnur Tengah yang popular sebagai salah satu negara pengeluar
minyak walaupun Syria bukanlah penyurnbang terbesar eksport rninyak dunia. EU
mernpakan pengirnport terbesar rninyak hasil keluaran Syria sehingga rnencecah 95%
daripada rninyak keluaran Syria. Narnun, apabila berlakunya krisis dalarnan yang
melanda Syria dan kegagalan Presiden kerajaan itu untuk rnengatasi konflik yang berlaku
Syria telah dikenakan sekatan rninyak oleh pernbeli tegar negaranya iaitu EU. Sekatan
ini bermula sejak daripada tahun 2011 dan dijangka akan diternskan hingga kini, 2014
5
dan masih belum diketahui jangkaan waktu ianya berakhir. EU mengenakan sekatan
terhadap Syria kerana kegagalan kerajaan pimpinan Baashar AI-Assad menghentikan
konflik yang menglibatkan kematian orang awam dan kemusnahan di Syria. Sekatan
minyak oleh EU terhadap Syria telah memberi kesan terhadap sistem ekonominya apabila
kewangan dan peIjalanan eksport minyak di Syria mula terganggu dan ianya juga turut
mendatangkan masalah lain apabila negara lain seperti U.S. dan Liga Arab Bersatu turut
menjalankan sekatan terhadap Syria. Tindakan negara lain yang menjalankan sekatan
terbadap Syria, memberi lebih tekanan kepada kerajaan autokrasi itu. Apabila EU
menghentikan perdagangan minyak dan membeli minyak dengan puak penentang
kerajaan Syria, hal ini telah menyebabkan mereka tidak mampu untuk membuat pusingan
modal bagi membayar barangan yang diimport akibat daripada kejatuhan jumlah jualan
eksport minyak daripada 360 000 tong kepada 150 000 tong dalam sehari.
Walaupun EU berhasrat menjalankan pengrehatan terhadap sekatan minyak di
Syria, ianya dilihat tidak mengurangkan tekanan ekonomi yang dialami Syria. Malahan,
krisis di negara itu juga masih belum boleh diselesaikan. Namun, tujuan utama EU
melaksanakan sekatan terhadap Syria bukanlah untuk menjatuhkan ekonomi negara
tersebut tetapi ianya lebih menjurus kepada agenda Barat yang memahukan Presiden
Baashar AI-Assad untuk turun daripada tampuk pemerintahan yang diwarisi daripada
ayahnya Hafiz AI-Assad. Justeru itu, Barat terutamanya EU dan U.S. menggunakan isu
kekejaman pimpinan Baashar terhadap rakyatnya sebagai punca utama sekatan dikenakan
ke atas Syria dan ianya juga menjadi sebab utama pada Barat mengapa Baashar tidak
layak untuk meneruskan kepimpinannya. Sekatan minyak hanyalah alasan untuk Barat
menyemai kebencian rakyat terhadap sistem autokrasi yang dikatakan kej am oleh Barat. 6
Barat cuba mencambahkan rasa ingin bebas daripada kongkongan autokrasi dan
mengubah kerajaan mereka ke arah demokrasi. Oleh yang demikian, sekatan minyak di
Syria adalah hukuman yang tidak efektif untuk dilaksanakan oleh pihak EU kerana
tekanan yang diberikan ini menjadikan kerajaan Syria mengalami masalah seperti
kehilangan pelabur asing dan penentangan daripada puak pemberontak yang boleh
mengganggu sistem ekonomi, politik dan juga sosial negara mereka. Walaupun sekatan
dijalankan, EU masih menjalankan pembelian minyak daripada puak penentang di Syria
dan kerajaan Syria masih mendapat pasaran minyak di Rusia di mana ianya memberi
garnbaran bahawa sekatan tidak efektif sarna sekali dijalaokan di Syria.
1.2 Objektif Kajian
Berdasarkan permasalahan kajian dalarn cadangan kajian ini, didapi beberapa objektif
perlu dicapai melalui kajian sekatan minyak oleh EU (Kesatuan Eropah) terhadap Syria.
Objektif yang ingin dicapai ialah:
1. Untuk mengenalpasti sebab penggunaan sekatan min yak oleh EU sebagai tindak
balas terhadap krisis di Syria.
2. Untuk mengkaji kesan sekatan minyak oleh EU terhadap ekonomi Syria.
3. Untuk menganalisa keberkesanan sekatan minyak oleh EU terhadap Syria dalarn
menangani krisis di Syria.
7
1.3 Persoalan Kajian
Dalam kajian kali ini, ada beberapa persoalan yang perlu dikaji berdasarkan sekatan
minyak oleh EU (Kesatuan Eropah) terhadap Syria. Di antara persoalannya ialah:
1. Mengapa EU menggunakan sekatan minyak sebagai tindak balas terhadap krisis
di Syria?
2. Apakah kesan sekatan minyak oleh EU terhadap ekonomi Syria?
3. Adakah sekatan min yak berkesan dalam menghentikan keg ana san di Syria?
1.4 Kaedah Kajian
Dalam bahagian ini, metodologi kajian digunakan untuk menjalankan dan memberi
penerangan mengenai cara ataupun kaedah yang diguna pakai sepanjang pencarian
maklumat kajian. Metodologi kajian yang digunakan untuk mengkaj i Sekatan Minyak di
Syria oleh EU adalah untuk mendapatkan penerangan lebih jelas dan terperinci mengenai
keadaan sekatan minyak di Syria dan tindakan yang diambil mereka.
1.4.1 Kaedah Kualitatif
Untuk memastikan kelansungan dan ketepatan maklumat penulis memilih kaedah
kualitatif sebagai cara utama untuk menjalankan kajian. Hal ini kerana, kaedah kualitatif
memberi peluang kepada penulis untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dalam
memperolehi data kajian. Tambahan pula, kaedah ini membantu penulis untuk melihat
dari pelbagai sudut ataupun perspektif yang lebih luas dan berbeza. Melalui kaedah
kualitatif juga, penulis berpeluang untuk menjalankan penelitian data dengan lebih
8
terperinci melalui peristiwa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Selain itu, cara ini
mampu memberi peluang untuk melakukan perbandingan tentang peristiwa masa kini dan
sebelumnya.
Kaedah Kualitatif turut memberi pendekatan pemerhatian kerana menggunakan
beberapa instrumen seperti kajian destop. Kajian destop adalah cara yang lebih mudah
untuk penulis gunakan kerana ianya merupakan suatu proses yang menjimatkan. Kajian
destop lebih signifikan untuk diguna pakai dalam kajian ini kerana Syria merupakan
sebuah kerajaan yang tertutup. Pengkaji dari luar tidak mempunyai banyak peluang untuk
masuk ke dalarn kerajaan Syria dan menjalankan apa-apa kajian berkaitan krisis di Syria
dan keadaan ini menghalang penerbitan sebarang bahan penulisan daripada dikeluarkan.
Malahan pengkaji-pengkaji di negara Syria itu sendiri tidak menerbitkan hasil penulisan
mereka ke negara luar. Oleh yang demikian, daripada berita-berita atas tali an (online)
seperti berita krisis daripada akhbar adalah lebih mudah didapati. Hal ini kerana berita
atas talian sentiasa diperbaharui maklumatnya berkenaan sekatan minyak Syria dari
semasa ke semasa. Selain itu, kajian destop memberi keuntungan kerana kajian destop
memberi peluang kepada penulis untuk mencari maklumat yang terkini daripada sumber
sumber online terutarnanya kajian sedia ada. Tambahan pula, kajian destop mempunyai
kelebihan tersendiri yakni turut menawarkan artikel yang boleh dicetak dalarn bentuk
salinan kasar. Artikel yang berbentuk pdf penulis gunakan dalam menjalankan kajian
kerana artikel jenis ini kebanyakannya mempunyai maklumat yang sentiasa diperbaharui.
Pada masa yang sarna, kajian destop mempunyai data sekunder yang banyak dan
pelbagai. Malahan, ada diantara data tersebut sudah diterbitkan dan masih belum
diterbitkan. Melalui sumber atas talian (online) yang pelbagai, perbandingan mengenai 9
pendapat, pendekatan dan hujah boleh dilakukan oleh pengkaji baru seperti penulis.
Seterusnya, ini dapat membantu penulis untuk memperbaiki, menjana idea baru dan
meningkatkan kajian ini dengan memberi penambahbaikan daripada kajian terdahulu.
Data sekunder diambil kira sebagai kaedah kualitatif dalam usaha pengumpulan
data sepanjang kajian dijalankan. Data sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk
seperti buku, jumal, artikel, video dan audio, gambar rajah, graf, statistik, dan
sebagainya. Dalam kajian ini, penulis telah memilih sumber-sumber seperti buku, jurnal,
artikel, gambar rajah, graf, dan statistik bagi memberi lebih penjelasan mengenai topik
kajian. Lazimnya, bahan seperti buku banyak membantu penulis untuk meningkatkan
pemahaman mengenai latar belakang dan sejarah kawasan kajian yakni Syria. Buku tidak
banyak digunakan dalam kajian ini dan kebanyakan buku yang digunakan adalah untuk
memberi penjelasan yang berkait dengan konsep yang diguna pakai dalam kajian kerana
buku adalah sumber yang kukuh dan sahih. Jurnal dan artikel seperti yang pernah
dinyatakan adalah sumber yang sentiasa diperbaharui dan digunakan dalam kajian penulis
ini kerana isu sekatan minyak adalah isu baru dan tidak mempunyai banyak buku sebagai
swnber rujukan. Jurnal dan artikel pula banyak membantu dalam memberi gambaran
terk.ini tentang peristiwa yang sedang berlaku di kawasan kajian. Hal ini, membolehkan
penulis memperolehi maklumat yang terkini berkenaan gambaran topik kajian. Tambahan
pula, jumal dan artikel ini juga banyak penulis perolehi dari atas talian (online) kerana
ianya mudah diakses dan sumber yang digunakan adalah sahih kerana kebanyakannya
adalah daripada laman web organisasi, Proquest, Encyclopedia Britannica dan J Stor
yang merupakan sumber sahih untuk memperkukuhkan kajian penulis. Sumber lain
seperti gambar rajah, graf dan statistik membantu untuk memberi ulasan yang lebih 10