Download - 20110314 full bm buku pembestarian v.18 potr
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | ii
EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010
Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan apa-apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik,
gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada
Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan
tertakluk kepada pengiraan royalti dan honorarium.
ISBN: 978-983-3244-88-1
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-20987788
Faks: +60320923763
+60320987981
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | iii
KANDUNGAN
Prakata iv
Kata Alu-Aluan vi
Pengenalan 1
Bab 1 Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah 2
Konsep Sekolah Bestari
Komponen Sekolah Bestari
Ciri- Ciri Sekolah Bestari
Pembestarian Sekolah
Tahap Bestari Sekolah
Bab 2 Sokongan Pedagogi dan Teknologi 10
Infrastruktur ICT
Sokongan Teknikal
Bab 3 Dasar Pelaksanaan Pembestarian 16
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar ICT dalam Pendidikan
Pelaksana Dasar: Sekolah dan KPM
Bab 4 Pengajaran dan Pembelajaran 21
Bahan Sumber Pendidikan
Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad Ke-21
Amalan Terbaik: Pembelajaran Ubiquitous
Amalan Terbaik: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan
Bab 5 Keberhasilan Pembestarian Sekolah 36
Bab 6 Pembestarian Sekolah: Pacu Ke Hadapan 43
Lampiran: Logo Sekolah Bestari ix
Lagu Sekolah Bestari:
“Mendidik Jiwa dan Minda” & “Educating Hearts and Mind” x
Rujukan xi
Jawatankuasa Penerbitan xiii
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | iv
PRAKATA
Pendidikan di Malaysia, seperti negara lain yang mengalami globalisasi akibat
perkembangan pesat teknologi sedunia, menyedari keperluan mengubah
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti keberhasilan
modal insan yang berpengetahuan dan berdaya saing di peringkat global.
Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagi
merealisasi transformasi ini adalah melalui:
Pembelajaran sepanjang hayat
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan
kualiti pengurusan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan
inovatif
Pembentukan insan yang mmempunyai kemahiran abad ke-21
Penerbitan buku ini berhasrat untuk menyampaikan maklumat tentang
pembestarian sekolah serta untuk membantu sekolah memantapkan proses
pembestarian di sekolah. Dengan itu, buku ini mengupas tajuk-tajuk berikut:
1. Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah: Memperincikan pengertian
konsep, ciri, fasa pelaksanaan dan tahap bestari sekolah.
2. Sokongan Pedagogi dan Teknologi: Menghuraikan infrastruktur ICT dan
perkhidmatan sokongan ICT dalam pengurusan dan P&P.
3. Dasar Pelaksanaan Pembestarian: Menyatakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pendidikan serta peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4. Pengajaran dan Pembelajaran: Menghuraikan contoh amalan P&P terbaik
secara reflektif, holistik, kreatif dan inovatif.
5. Keberhasilan Pembestarian Sekolah: Menyatakan kualiti yang perlu oleh
pentadbir, guru, staf sokongan, ibu bapa dan komuniti.
6. Pembestarian Sekolah: Pacu ke Hadapan: Menggambarkan hala tuju ke
arah konsolidasi dan kelestarian pembestarian.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | v
Buku Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah diharap dapat
merangsang dan meningkat keupayaan sekolah untuk melonjak kecemerlangan
sekolah ke persada pendidikan bertaraf dunia melalui proses pembestarian.
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | vi
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurniaNya, Jiwa dan Minda
Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah dapat
dihasilkan sebagai panduan bagi menjayakan
pelaksanaan pembestarian sekolah. Ini adalah selaras
dengan hala tuju negara untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial melalui
pendidikan khususnya pengembangan sektor
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang
tahun 2020.
Pembestarian sekolah memerlukan perancangan strategik bersepadu yang
mengambil kira keperluan infrastruktur ICT, pembangunan sumber manusia dan
kelestarian demi pembangunan tenaga kerja berteraskan pengetahuan (k-
economy). Ini selaras dengan keperluan Pelan Transformasi Kerajaan terutamanya
Model Baru Ekonomi yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara sebagai negara
maju menjelang tahun 2020.
KPM telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur ICT dan rangkaian di
sekolah untuk menjayakan program pembestarian sekolah. Penglibatan dan
kerjasama kelompok pakar melalui perkongsian pintar dengan sektor awam juga
merupakan satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pihak sekolah supaya
teknologi semasa dapat dimanfaatkan dalam pembestarian sekolah. Harapan
saya, penggunaan optimum ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan oleh pelbagai pihak dapat merealisasikan hasrat negara untuk
menghasilkan individu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, dan
berkemampuan sebagai global player yang berteraskan sains dan teknologi
khususnya dalam bidang ICT.
Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan jiwa dan minda
bersatu ke arah pembestarian sekolah, harus diberi penghargaan. Saya berharap
buku ini dapat dijadikan rujukan pembestarian sekolah oleh semua pihak dalam
usaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin
kepada kehidupan yang lestari.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | vii
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana berjaya menerbitkan Jiwa dan Minda Bersatu Ke
Arah Pembestarian Sekolah.
Pembestarian sekolah merupakan strategi bersepadu
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan
sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka-
semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-
pembelajaran dan pengurusan sekolah demi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan
serta mampu mendepani cabaran kepesatan
kemajuan ICT. Ini selaras dengan tuntutan bidang
keberhasilan utama negara (NKRA) yang menekankan kepentingan pendidikan
untuk keberhasilan murid yang berkualiti dan akses pendidikan kepada semua
lapisan masyarakat.
Usaha berterusan ke arah pembestarian sekolah amat memerlukan penglibatan
semua pihak baik warga pendidik, ibu bapa dan komuniti pada amnya. Sekolah
sebagai penggerak pembestarian perlu seiringan mengorak langkah tangkas agar
anjakan paradigma dan penghayatan pembestarian sekolah di pelbagai peringkat
direalisasikan. Murid-murid era digital pula perlu dilengkapi dengan Kemahiran
Abad Ke-21 yang menuntut penguasaan kemahiran maklumat, kreatif dan inovatif
serta komunikasi berkesan untuk menangani kehidupan abad ke-21. Minda murid
perlu terus dicorak selaras dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan
keamanan, perpaduan dan kecemerlangan sejagat. Justeru, sinergi antara
pentadbir, guru dan murid serta sokongan ibu bapa serta komuniti berpotensi
memacu pencapaian pembestarian sekolah, sesuai dengan hasrat Jiwa dan Minda
Bersatu ke Arah Pembestarian Sekolah.
Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini, dan
mengharapkan semua agensi pelaksana dan pihak yang terlibat mendapat
manfaat agar pembestarian sekolah menjadi satu lagi tonggak kegemilangan
dalam sistem pendidikan negara.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | viii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Jiwa
dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah
dapat diterbitkan. Penerbitan ini merupakan satu
langkah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk
membantu semua sekolah di Malaysia
membestarikan sekolah masing-masing melalui
pembestarian sekolah, di mana penekanan diberi
kepada peningkatan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan sekolah
melalui penggunaan teknologi sebagai
pengupaya.
Penerbitan ini diharap dapat membantu sekolah
melengkapkan lagi amalan pengintegrasian
teknologi dalam P&P dan pengurusan demi menjana budaya penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Saya yakin, trend pembelajaran abad ke-21 yang diterjemahkan dalam pelbagai
strategi yang realistik dan futuristik dapat membantu pentadbir sekolah
meningkatkan keupayaan untuk memacu sekolah ke arah pencapaian optimum
tahap bestari.
Pelbagai kaedah pengintegrasian ICT dalam P&P yang telah disarankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan program perkongsian pintar dengan
agensi swasta perlu dipertimbang, disepadu, dan digunakan secara optimum oleh
pihak sekolah. Bersama gandingan pembangunan dan penggunaan bahan
sumber pendidikan yang bersesuaian, usaha pembestarian sekolah berdaya maju
akan menjadi satu kepastian.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas atas usaha gigih
dan komitmen pasukan petugas penerbitan dan juga kepada pelbagai pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan ini. Harapan saya,
agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik dan
juga masyarakat umum amnya, sesuai dengan ungkapan, SEKOLAH BESTARI
MALAYSIA: “MENDIDIK JIWA DAN MINDA”.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 1
PENGENALAN
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH:
“PENTADBIR BESTARI, GURU BESTARI, MURID BESTARI, SEKOLAH BESTARI”
ekolah Bestari merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk mengupaya sekolah dalam pengurusan dan
pentadbiran (PP) serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui
penggunaan teknologi bagi merealisasi perkembangan murid yang holistik,
yakni kreatif, inovatif, berkebolehan berfikir secara kritis dan menyelesaikan
masalah, kompeten serta cekal menghadapi cabaran alam persekolahan
dan kehidupan abad ke-21. “Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari,
Sekolah Bestari” akan menjadi realiti apabila warga pendidik, murid, ibu
bapa dan komuniti bersatu jiwa dan minda ke arah pembestarian sekolah.
S
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 2
BAB 1: SEKOLAH BESTARI DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sekolah Bestari merupakan salah satu Aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor
Malaysia (MSC Malaysia) untuk mengupaya penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. MSC
Malaysia Smart School Flagship Application yang
dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad pada Julai 1997 merangkumi dua (2) fasa
pelaksanaan: fasa projek rintis dan fasa peluasan.
Dengan itu, Projek Rintis Sekolah Bestari telah dilaksanakan
dari 1999 sehingga Disember 2002. Berdasarkan kejayaan
projek ini, KPM telah mengusahakan pemantapan
infrastruktur dan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) untuk peluasan sekolah bestari, dan
seterusnya pembestarian sekolah. Empat (4) fasa
pelaksanaan Sekolah Bestari adalah seperti tertera.
Rajah 1.1: Fasa Pelaksanaan Sekolah Bestari
Fasa 1
(1999- 2002)
Projek Rintis Sekolah Bestari (88
Sekolah Bestari)
Fasa 2
(2003 - 2005)
Pemantapan 88 Sekolah Bestari
sebagai Penanda Aras
Fasa 3
(2006 -2010)
Pembestarian Sekolah
Fasa 4
(2011- 2020)
Konsolidasi dan Kelestarian
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 3
Konsep Sekolah Bestari
Berlandaskan konsep kreativiti dan pemikiran kritikal dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P), Sekolah Bestari
ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah
untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Objektif
Sekolah Bestari berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk:
Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan
celik teknologi,
Mendemokrasikan pendidikan,
Meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan,
Membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani
murid, dan
Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan
keupayaan individu.
Perubahan sistemik sekolah ke arah
pembestarian sekolah ini selain menumpu
kepada penambahbaikan berterusan
pelaksanaan dasar, pengurusan dan
pentadbiran, serta P&P yang berpaksikan
pembelajaran inkuiri dan kolaboratif,
penilaian autentik berpusat murid juga
tidak kurang pentingnya.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 4
Komponen Sekolah Bestari
Pengajaran dan Pembelajaran
P&P Sekolah Bestari, “jantung”
atau “nadi” sekolah adalah
berkaitan dengan kurikulum,
pedagogi, bahan P&P dan
pentaksiran untuk membantu
murid belajar dengan cekap dan
berkesan.
Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran
sekolah berbantukan teknologi
sebagai “pemandu” atau “pemacu pengoperasian”
Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan
berkesan di sekolah.
Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab
Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu
bapa, komuniti serta agensi swasta memainkan peranan
secara aktif untuk membangun profesionalisme dan
pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi
sekolah.
Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber
(input) untuk menjana keberhasilan (outcomes) yang
dikehendaki.
Rajah 1.2: Komponen Sekolah Bestari
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 5
Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P,
pengurusan dan pentadbiran serta komunikasi dengan
pihak luar.
Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan
Pembestarian Sekolah.
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Guru berperanan sebagai pemudah cara atau
fasilitator,
Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri,
dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran
sepanjang hayat,
P&P menarik, berkesan dan berpusatkan murid,
Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam
pengurusan dan P&P, dan
Sekolah mewujudkan rangkaian atau perkongsian
pintar dengan pelbagai pihak.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 6
Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah ialah
proses mempeluaskan konsep
Sekolah Bestari ke semua
sekolah dengan mengambil
kira manfaat (leveraging)
semua inisiatif ICT yang
sedang dilaksanakan oleh
KPM. Proses ini dijalankan
secara berterusan untuk
meningkatkan keberkesanan
pengurusan sekolah serta P&P
secara interaktif berasaskan
ICT.
Matlamat Pembestarian Sekolah
Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan
murid,
Membangunkan modal insan yang berkemahiran
ICT untuk memenuhi keperluan masa hadapan, dan
Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Untuk mencapai matlamat Pembestarian Sekolah,
Bahagian Teknologi Pendidikan, selaku peneraju teknologi
pendidikan untuk pendidikan bestari telah merancang
Pelan Strategik Pembestarian, 2011- 2015 sebagai
panduan pelaksanaan. Lima (5) bidang utama yang
menjadi tumpuan pelan ini seperti Rajah 1.4.
Rajah1.3: Manfaat Inisiatif ICT dalam
Pembestarian Sekolah
Inisiatif ICT KPM
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 7
Tahap Bestari Sekolah
Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan
indikator KPM untuk mengukur tahap bestari sekolah.
Setiap sekolah bertanggungjawab menilai secara kendiri
tahap bestari sekolah masing-masing mengikut jadual
ketetapan KPM. SSQS secara dalam talian boleh dicapai
melalui <http://ssqs.moe.edu.my>.
Rajah 1.5: Laman
Web Smart School
Qualification
Standards (SSQS)
Rajah 1.4: Bidang Utama Pelan Strategik Pembestarian 2011- 2015
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 8
Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan
(pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan
murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan
serta P&P), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah)
dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah).
Bidang Pemberat Keterangan Contoh Indikator
Penggunaan 40% Tahap sekolah
mengintegrasikan
ICT dalam
pengurusan dan
pentadbiran serta
P&P
Jumlah waktu pengintegrasian
ICT oleh:
(i) Pentadbir dalam
pengurusan
(ii) Guru dan murid dalam P&P
Modal Insan 40% Tahap kompetensi
ICT pentadbir, guru
dan murid
Kekerapan penyebaran
maklumat ICT oleh pentadbir
dan guru penyelaras ICT
Bilangan kursus dalaman yang
dilaksanakan di sekolah
Bilangan program inovasi yang
dilaksanakan di sekolah
Aplikasi 10% Bilangan aplikasi
yang digunakan di
sekolah.
Bilangan sistem:
(i) Pengurusan sekolah
(ii) Pengurusan pembelajaran
Infrastruktur 10% Infrastruktur ICT di
sekolah
Nisbah komputer dengan murid
Nisbah komputer dengan guru
Rangkaian LAN dan WAN di
sekolah
Bilangan lokasi capaian
Internet
Peralatan ICT yang berfungsi
Jadual 1.1: Contoh Indikator Smart School Qualification Standard (SSQS)
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 9
Pencapaian Tahap Bestari
Tahap bestari SSQS dikategorikan dalam lingkungan satu (1)
hingga lima (5) bintang. Sekolah yang mencapai satu (1) dan
dua (2) bintang ternyata belum mencapai tahap bestari
yang diunjurkan. Sekolah yang mencapai tahap 3 bintang ke
atas dikategorikan sebagai sekolah yang mencapai tahap
bestari.
Dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS)
Rajah 1.6: Tahap Bestari Sekolah
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 10
BAB 2: SOKONGAN PEDAGOGI & TEKNOLOGI
Persekitaran Sekolah Bestari yang tersedia dari segi
infrastruktur ICT dengan sokongan pedagogi dan
teknologi berupaya meningkatkan keberkesanan P&P dan
produktiviti pengurusan sekolah. KPM peka dengan
keperluan ini, justeru telah memastikan kemudahan dan
perkhidmatan sokongan pedagogi dan teknologi yang
merangkumi infrastruktur ICT dan sokongan teknikal
disalurkan ke sekolah dengan efisien dan efektif.
Komponen sokongan teknikal dan infrastruktur ICT yang
terkandung dalam bidang ini seperti dalam rajah 2.1.
Rajah 2.1: Komponen Sokongan Pedagogi dan Teknologi
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 11
Infrastruktur ICT: Rangkaian Komputer & Peralatan ICT
Rangkaian Internet
Satu sistem rangkaian luas (Wide Area Network) telah
disediakan oleh KPM untuk memudahkan capaian
Internet di sekolah dan institusi pendidikan. Rangkaian
Internet ini membolehkan suasana pembelajaran interaktif
dan pengurusan secara dalam talian merentas sempadan
dan masa. Contohnya, kemudahan berkomunikasi melalui
social network seperti emel, blog, Twitter dan Facebook
serta perkongsian maklumat pembelajaran dengan rakan
dari dalam dan luar negara. Jurang digital antara sekolah
bandar dan luar bandar juga dapat dirapatkan dengan
adanya kemudahan ini.
Rangkaian Dalaman Setempat Sekolah
KPM juga menyediakan rangkaian dalaman setempat
(Local Area Network) bagi memudahkan pengurusan,
perkongsian dan keselamatan data di sekolah. Satu
contoh ialah perkongsian bahan sumber P&P oleh guru
dan hasil pembelajaran murid.
Makmal Komputer
Makmal komputer Projek Makmal Pengkomputeran dibina
berdasarkan pendekatan tiga model makmal untuk
menggalak guna ICT dalam P&P.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 12
Model Bilangan Murid
Berdaftar
Bilangan PC
dibekalkan
Bilangan
Makmal
1 Kurang daripada
400
10 PC untuk murid
1 PC untuk guru
1
2 400 – 799
20 PC untuk murid
1 PC untuk guru
1
3 800 dan ke atas 40 PC untuk murid
1 PC untuk guru
2
Pusat Akses Sekolah
Pusat Akses Sekolah merupakan ruang pembelajaran berkonsep
ala cyber-café bagi pembelajaran berlaku pada bila-bila masa.
Pembekalan peralatan ICT oleh KPM membolehkan:
i. pembelajaran dibuat semasa dan di luar waktu
persekolahan,
ii. pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses
kendiri, dan
iii. peningkatan masa penggunaan komputer oleh murid.
Peralatan seperti pelayan (server), komputer, komputer riba,
projektor LCD, pencetak, pengimbas, kamera digital, interactive
whiteboard, TV, TV LCD dan DVD player juga dibekalkan oleh
KPM untuk projek ICT lain.
Sokongan Pedagogi
Perisian dan Aplikasi Sistem Pendidikan
KPM telah membangunkan beberapa aplikasi pendidikan P&P
dan pengurusan atas talian yang boleh dicapai melalui Internet
untuk menyokong penggunaan ICT dalam P&P serta pengurusan.
Jadual 2.1:
Pendekatan
Model Makmal
Pengkomputeran
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 13
APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM
CAPAIAN
1. EduwebTV Aplikasi P&P dengan kaedah „video
streaming‟
Guru dan
murid
Internet
2. LMS Aplikasi Pengurusan Pembelajaran
dengan kerjasama MAMPU
Guru Internet
3. MyGfL Aplikasi pengurusan pembelajaran
dalam talian
Guru dan
murid
Internet
APLIKASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM
CAPAIAN
1. e-GTUKAR Pengurusan permohonan
pertukaran guru antara
bahagian/Negeri, antara
daerah dan dalam daerah
Guru Internet
2. e-DISIPLIN Sistem kawalan disiplin murid JPN, PPD dan
Guru
Internet
3. ADU DISIPLIN Pengurusan aduan disiplin Guru Internet
4. e-PERLU Pengurusan pengumpulan data
operasi keperluan sekolah
Guru Internet
5. Sistem
Pengurusan
Peperiksaan
Atas Talian
Pendaftaran calon SPM dan
kemasukan markah berasaskan
sekolah (kerja kursus, lisan dan
markah percubaan)
Guru
(Setiausaha
peperiksaan)
Internet
6. SSQS Penarafan sekolah mengikut
tahap pembestarian.
Pentadbir,
Guru, Guru
Penyelaras
Bestari, Murid
Internet
7. SPS Pengurusan maklumat guru,
murid dan sekolah.
Guru Internet
8. STS Pengurusan masalah ICT di
sekolah
Guru Internet
9. SPPICTS Pengurusan penggunaan ICT di
sekolah
Guru Internet
10. IQ-PSS Penarafan pusat sumber
sekolah
Guru
Perpustakaan
& Media
Internet
Jadual 2.3: Perisian dan Aplikasi Pengurusan dan Pentadbiran
Jadual 2.2: Perisian dan Aplikasi P&P
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 14
Sokongan Teknikal
KPM menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal untuk
membantu sekolah menangani permasalahan dan isu
penggunaan ICT. Untuk tujuan di atas, sekolah boleh
menghubungi KPM secara terus, dalam talian atau melalui
pusat panggilan.
Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT
Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT digunakan oleh
KPM untuk mengumpul dan merekod isu dan masalah ICT
di sekolah. Maklumat terkumpul dijadikan asas kepada
keperluan penyenggaraan ICT sekolah. Perkhidmatan
sokongan teknikal dibahagikan kepada tiga (3) aras dan
dilaksanakan agensi yang bertanggungjawab.
Jadual 2.4: Aras Perkhidmatan Sokongan ICT
Aras Perkhidmatan
Skop Perkhidmatan Agensi
PERKHIDMATAN ARAS 1 Kenal pasti punca masalah
Troubleshooting Asas (on-line)
Troubleshooting on-site
PKG
PERKHIDMATAN ARAS 2 Penyenggaraan/penggantian
peralatan
Troubleshooting on-site
Troubleshooting server
Penyelesaian masalah yang tidak
dapat diselesaikan Aras 1
BTPN
PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan
peralatan/perisian dari KPM
Penyelesaian masalah yang tidak
dapat diselesaikan Aras 1 dan 2
Pemantauan pencapaian prestasi
perkhidmatan setiap aras dan vendor
BTP
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 15
Aras Perkhidmatan
Skop Perkhidmatan Agensi
PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan
peralatan/perisian untuk KPM
Perkhidmatan sokongan teknikal dan
peranti
Vendor
Tiga (3) kategori permasalahan ICT yang dikenal pasti di
sekolah adalah berkaitan dengan peralatan, perisian dan
rangkaian.
Peralatan: Komputer riba, komputer peribadi,
Central Processing Unit (CPU), Random Access
Memory (RAM), tetikus, papan kekunci dan
sebagainya,
Perisian: Perisian aplikasi , perisian Operating System
(OS), perisian antivirus dan cara penggunaan serta
lain-lain yang berkaitan, dan
Rangkaian: Talian Internet, peralatan rangkaian
seperti hub, switch, modem dan lain-lain.
Untuk tujuan penyelesaian, pihak sekolah
boleh melapor permasalahan melalui
talian telefon, 1800 884774 atau melayari
laman web, [email protected]
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 16
BAB 3: DASAR PELAKSANAAN PEMBESTARIAN
Pembestarian Sekolah, satu strategi KPM untuk
merealisasikan visi sekolah sebagai tempat menjana
generasi terbilang, dilaksanakan berteraskan Dasar
Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk
memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi
melahirkan generasi berilmu yang berupaya
menyumbang ke arah pembangunan negara.
Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang
terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor
penting untuk membantu pencapaian pembangunan
pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P
serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini
meliputi perkara berikut:
ICT untuk semua murid
ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata
pelajaran dan sebagai mata pelajaran
ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 17
Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam Pendidikan
Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010
menyarankan kerangka untuk menyusun transformasi
sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di
sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar,
perkongsian dengan sektor awam dan swasta serta
penglibatan komuniti.
Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk
melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk
berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi
menjana kekayaan negara.
Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan
perkara berikut:
Pembangunan modal insan secara
berterusan selaras dengan
keperluan kemahiran abad ke-21,
Penggunaan teknologi yang
bersesuaian untuk mengintegrasikan
inisiatif ICT sedia ada dalam
pendidikan, dan
Transformasi proses P&P dan
pengurusan pendidikan di sekolah
melalui penggunaan teknologi
sebagai pengupaya.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 18
Pelaksana Dasar: Sekolah
dan KPM
Pelaksana dasar KPM di
peringkat bahagian, negeri,
daerah dan sekolah
bertanggungjawab memastikan pegawai,
pentadbir dan guru berpengetahuan dan
kompeten dalam menjayakan inisiatif
pembestarian sekolah. Program kesedaran
untuk golongan ibu bapa dan komuniti juga
perlu supaya mereka turut menyumbang ke
arah ini. Tiga (3) bidang tanggungjawab KPM
ialah pembangunan modal insan,
pembangunan infrastruktur ICT dan aplikasi
serta sokongan pedagogi dan teknikal.
Pembangunan Modal Insan
Warga pendidik dan murid perlu
diberi pengetahuan dan
kemahiran yang selaras dengan
keperluan sekolah abad ke-21
bagi menyokong program pembestarian
sekolah melalui penggunaan teknologi secara
kreatif dan inovatif.
Pembangunan Infrastruktur ICT
dan Aplikasi
Infrastruktur ICT dan aplikasi
yang mantap berupaya
Kata Singkatan
Bahagian KPM
BPG - Bahagian
Pendidikan Guru
IAB- Institut
Aminuddin Baki
BTP - Bahagian
Teknologi
Pendidikan
BPTV - Bahagian
Pendidikan Teknikal
dan Vokasional
BPKhas - Bahagian
Pendidikan Khas
BPSPSK - Bahagian
Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh
dan Sekolah
Kecemerlangan
BPSH - Bahagian
Pengurusan Sekolah
Harian
BPM - Bahagian
Pengurusan
Maklumat
JNJK - Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti
LP - Lembaga
Peperiksaan Malayia
BPPDP - Bahagian
Perancangan dan
Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 19
mewujudkan sistem pengurusan berkesan
dalam kalangan pentadbir, serta
meningkatkan kemahiran guru
menyampaikan ilmu dan murid meneroka
maklumat.
Sokongan Pedagogi dan
Teknikal
Sokongan pedagogi dan
teknikal yang mantap
dengan tersedianya jaringan
komunikasi yang kukuh dapat membantu
pengurusan pentadbir, P&P guru dan
pembelajaran murid secara berkesan.
Rajah 3.1: Bidang Tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 20
Seperti Rajah 3.1, semua Bahagian KPM terlibat sama ada
secara langsung dalam pelaksanaan Pembestarian
Sekolah. Struktur pelaporan Jawatankuasa Pembestarian
KPM ialah seperti Rajah 3.2. Kerjasama padu daripada
semua bahagian KPM dalam melaksanakan aktiviti
pembestarian berasaskan peranan dan tanggungjawab
masing-masing berserta pengurusan yang cekap akan
menjadikan pembestarian sekolah satu realiti.
Rajah 3.2:
Hierarki
Pelaporan
Jawatankuasa
Pembestarian:
Peringkat
Sekolah,
Daerah, Jabatan
Pelajaran
Negeri, KPM dan
Aplikasi Perdana
Kata Singkatan:
FCC- Flagship
Coordination
Committee
KSN- Ketua
Setiausaha Negara
KSU- Ketua
Setiausaha
JPN-Jabatan
Pelajaran Negeri
PPD- Pejabat
Pelajaran Daerah
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 21
BAB 4: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai
aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik
ke arah pencapaian P&P berkesan.
Penggunaan teknologi secara teratur dan
sistematik dalam kalangan guru,
digabungkan dengan kepelbagaian strategi
pengajaran dapat meningkatkan potensi
pembelajaran murid. Untuk melahirkan insan
yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru juga perlu
mengambil kira kepelbagaian gaya
pembelajaran murid yang visual, auditori atau
kinestetik serta kepelbagaian tahap
kecerdasan murid seperti terkandung dalam
Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard
Gardner - logik, linguistik, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, ruang, dan
naturalistik.
Cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid
abad ke-21 ialah pemerolehan dan aplikasi
pengetahuan secara kreatif dan inovatif
dalam kehidupan seharian dan persekitaran
teknologi. Justeru, topik teknologi pendidikan
dan aplikasinya dalam bentuk amalan terbaik
P&P dihuraikan dalam bab ini.
Rajah 4.1: Teori Pelbagai
Kecerdasan Howard Gardner
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 22
Bahan Sumber Pendidikan
Bahan sumber pendidikan perlu diurus dengan baik,
efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan
penggunaan oleh guru dan murid. Pemilihan dan
penggunaan bahan sumber pendidikan yang
bersesuaian akan menghasilkan suasana P&P yang
menarik dan justeru mempertingkatkan hasil
pembelajaran murid. Bahan sumber pendidikan
dikategorikan dalam bentuk media bercetak,
eletronik dan media sosial kini mudah diperoleh di
semua sekolah.
Rajah 4.2: Bahan Sumber Pendidikan
People trained in
the application of
information
resources to their
work… They have
learned
techniques and
skills for utilizing
the wide range of
information tools
as well as primary
sources in
molding
information –
solutions to their
problems”
- Paul Zurkowski
National
Commission of
Libraries and
Information
Sciences 1974
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 23
Guru boleh memudah cara aktiviti P&P dengan
mengguna pelbagai bahan sumber secara terancang
dan teratur. Tiga (3) peringkat perancangan penggunaan
bahan sumber pendidikan seperti dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3: Peringkat Perancangan Penggunaan Bahan Sumber
Pendidikan
Kepentingan penggunaan bahan sumber pendidikan
secara berkesan
Memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai
objektif dan peringkat perkembangan P&P,
Menjimatkan kos dan masa dengan penggunaan
teknologi yang sesuai,
Bersesuaian dari segi topik dan objektif P&P,
latarbelakang dan strategi pembelajaran murid, saiz
kelas dan keadaan fizikal bilik darjah,
Menarik minat dan memotivasi pembelajaran murid,
dan
Mengayakan pengetahuan dan pengalaman murid
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 24
Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad ke-21
Pembelajaran abad ke-21 memberi peluang
pembelajaran yang lebih meluas di mana murid bukan
sekadar belajar tentang isi kandungan dalam bilik darjah
tetapi berfokus kepada penjanaan ilmu pengetahuan
dan cara penyelesaian masalah secara inkuiri dalam
konteks pembelajaran semasa dalam keadaan dunia
sebenar. Kemahiran spesifik perlu dikuasai melalui P&P
berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan
literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Bidang
pembelajaran abad ke-21 melibatkan:
1. Tema abad ke-21,
2. Kemahiran Belajar dan Inovasi,
3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi, dan
4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya.
1. Tema Abad ke-21
Tema abad ke-21 yang digabungjalin dalam
kandungan mata pelajaran yang perlu
dikuasai murid adalah seperti berikut:
a. Kesedaran Global
Murid abad ke-21 mempunyai sikap hormat
menghormati dan kefahaman antara
budaya. Kesedaran global ini membantu
murid menangani isu-isu global dengan lebih
berkesan.
Rajah 4.4: Tema Abad ke- 21
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 25
b. Literasi Keusahawanan
Murid abad ke-21 mengetahui bagaimana membuat
pilihan ekonomik yang bersesuaian untuk peningkatan
produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya
murid.
c. Literasi Sivik
Murid abad ke-21 menyedari hak dan kewajipan sebagai
warganegara dan memahami implikasi keputusan yang
dibuat di peringkat setempat, negara dan global.
d. Literasi Kesihatan
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan untuk
mengamal gaya hidup sihat dan selamat.
e. Literasi Persekitaran
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan dan
kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam
sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana
cara penyelesaian.
2. Kemahiran Belajar
dan Inovasi
Kemahiran belajar dan
inovasi bagi menjamin
kesejahteraan hidup dan
penentuan kerjaya murid
dalam era maklumat ialah:
Rajah 4.5:
Kemahiran
Belajar dan
Inovasi
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 26
a. Kreatif dan Inovatif
Murid berupaya menggunakan pelbagai teknik menjana
idea serta menilai dan menambah baik idea secara
kreatif dan inovatif.
b. Berfikir Kritis dan Menyelesaikan Masalah
Murid berupaya menggunakan kaedah penaakulan
bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan
untuk menyelesai masalah.
c. Komunikasi dan Kolaborasi
Murid berupaya berkomunikasi dengan efektif, secara
lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks. Kolaborasi
dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk
memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai
matlamat bersama.
3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
Pelbagai kemahiran literasi diperlukan warga dunia/global
citizens abad ke-21 dalam era ledakan teknologi dan
media.
a. Literasi Maklumat
Murid mempunyai kebolehan
untuk mengakses, menilai,
mengguna, dan mengurus
maklumat.
Rajah 4.6:
Kemahiran
Maklumat,
Media dan
Teknologi
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 27
b. Literasi Media
Murid berkebolehan menganalisis tujuan dan
kesesuaian media serta isu-isu yang berkaitan
dengan mengakses, mengguna dan
membangunkan bahan media.
c. Literasi ICT
Murid berkebolehan mengaplikasi teknologi
dengan berkesan dalam pembelajaran dan
urusan kehidupan seharian.
4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya
Individu dalam menempuh kehidupan abad
ke-21 perlu berkebolehan berdaya saing
dalam hidup dan kerjaya.
a. Kelenturan dan Kebolehsuaian
Murid fleksibel dan berupaya mengadaptasi
diri kepada perubahan persekitaran dan
urusan kehidupan seharian.
b. Berinisiatif dan Terarah Kendiri
Murid mempunyai jati diri dan mampu
mengurus masa, dan membuat perancangan
mengikut keperluan kendiri dan juga
organisasi.
c. Kemahiran Sosial dan Antara Budaya
Murid peka dan prihatin tentang budaya
yang berbeza serta hormat dan bersikap
toleransi dalam perhubungan sosial antara
budaya.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 28
d. Produktiviti dan Akauntabiliti
Murid mempunyai kadar produktiviti yang
tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan
tugasan.
e. Kepimpinan dan Tanggungjawab
Murid mempamerkan ciri seorang pemimpin
yang mampu berfungsi sebagai seorang ahli
pasukan yang berwibawa dan mampu
menyumbang kepada kebaikan kendiri dan
pasukan.
Rajah 4.7: Bidang Pembelajaran Kemahiran Abad ke -21
“Imagination
is more
important
than
knowledge.
While
knowledge
defines all
we currently
know and
understand.
Imagination
points to all
we might yet
discover and
create”
- Albert
Einstein
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 29
Amalan Terbaik: Pembelajaran Ubiquitous
Pembelajaran ubiquitous ialah pendekatan
pembelajaran merentas masa dan tempat.
Selain belajar daripada dalam bilik darjah,
murid belajar dari pelbagai lokasi pada bila-
bila masa. Sebagai contoh, Republik Korea
mengamalkan pembelajaran ubiquitous (u)
berpaksikan kemahiran abad ke-21 dalam
program ICT in Education. Infrastruktur ICT
yang mantap di negara ini telah
mengupayakan pendidikan ICT berganjak
dari pendidikan berbantukan komputer ke
pembelajaran jarak jauh secara dalam
talian, dan kini, pendidikan berasaskan
Internet. Pendidikan ICT di negara ini juga
menekankan aspek pembangunan
kandungan pembelajaran oleh guru dan
pembelajaran berpusatkan murid. Penilaian
rakan sebaya sesama guru dan murid di
samping penggunaan alat penilaian
alternatif diperhatikan.
Jadual 4.1: Amalan Terbaik Pendidikan ICT di Republik Korea: Ubiquitous Learning
Pendekatan Pembelajaran Pendekatan Pengajaran
U-Discussion
U-Tutorial
U-Problem Solving
U-Study Guide
Simulasi
Main Peranan (Role Play)
Pemilihan Topik
Definisi Permasalah/Isu
Perancangan Aktiviti P&P
Perancangan Sokongan Pembelajaran
Murid
Penilaian
Pendekatan Penilaian Murid Pendekatan Penilaian Pengajaran Guru
Penilaian kendiri dan rakan sebaya
Contoh alat penilaian alternatif:
Persembahan, portfolio, temuduga,
jurnal (log pembelajaran) dan lain-lain
Penilaian kendiri dan rakan sekerja dalam
Pelan P&P
Penilaian aktivti P&P
Etika penggunaan maklumat
(information ethics)
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 30
Amalan Terbaik: Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL)
Pembelajaran berasaskan projek atau
Project Based Learning (PBL) ialah satu model
pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid
merentas kurikulum. Penggunaan
pendekatan PBL sejajar dengan kurikulum
kebangsaan iaitu pembelajaran pelbagai
budaya, reflektif, holistik, global dan
berbantu teknologi. Penguasaan kemahiran
abad ke-21 melalui penerokaan topik
pembelajaran dalam situasi kehidupan
sebenar menjadi fokus. Bidang kemahiran
pendekatan PBL seperti berikut:
Perancangan Kreatif dan inovatif
Berfikiran Kritis Membuat keputusan
Penaakulan Mempertimbangkan
kesesuaian sesuatu teknologi
Komunikasi Mengenal pasti teknologi
yang sesuai untuk tugasan
Kelebihan pendekatan PBL ialah berikut:
Wujud komunikasi positif dan
perhubungan kolaboratif dalam
kalangan murid,
Menarik minat murid yang kurang
penumpuan dalam proses P&P,
Murid mudah memahami topik dan
mengaplikasi pengetahuan,
Murid berupaya menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah dan
pengurusan kendiri,
Menggalakkan akauntabiliti,
Menggalakkan murid menentukan
matlamat pembelajaran kendiri, dan
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 31
Memenuhi keperluan murid yang
berbeza tahap dan gaya
pembelajaran.
Enam (6) langkah pendekatan PBL
untuk amalan adalah seperti berikut:
Rajah 4.8: Aliran Pendekatan PBL
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 32
Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan
Penggunaan portal pendidikan berupaya memupuk
kreativiti dan kemahiran berfikir serta membudayakan
penggunaan ICT dalam P&P. Perkongsian sumber
pendidikan secara online yang disarankan mampu
mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
1. http://www.mygfl.gov.my
Portal Malaysian Grid For Learning (MyGfL), KPM
merupakan platform untuk muat naik dan askes
bahan sumber P&P.
2. http://www.eduwebtv.com
EduwebTV menyediakan lapan (8) saluran
maklumat pendidikan untuk P&P. Sehingga
November 2010, 3696
video boleh dimuat
turun dari saluran berita
akademik, panduan,
rencana, wawancara,
kurikulum, interaktif dan
siaran langsung.
3. http://www.spp.moe.edu.my
Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi
memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan
gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang
berasaskan kurikulum ini menggalakkan
pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan
terarah kendiri.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 33
4. http://www.thinkquest.org
Portal rakan kongsi KPM memberi
peluang murid berkolaborasi dengan
komuniti global dalam suasana yang
selamat dan terkawal.
5. http://www.intel.com/education/eleme
nts/
Portal rakan kongsi KPM ini menawarkan
kursus Intel Teach Elements untuk
pembangunan profesional guru dalam
pengintegrasian ICT dalam P&P.
6. http://www.petrosainslearning.com
Portal ini menggalakkan pembelajaran
kolaboratif melalui perkongsian hasil
kajian saintifik murid dengan komuniti
global.
7. http://myideas.my
Portal MyIdeas, usaha sama KPM
bersama Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) merupakan satu
platform untuk berbagai lapisan
masyarakat berkongsi idea. Hasil idea
yang bernas kemudian diterjemahkan
kepada amalan terbaik untuk
menambah baik secara keseluruhan
hidup masyarakat Malaysia.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 34
8. http://www.cybersafe.my
CyberSAFE iaitu Cyber Security
Awareness for Everyone, merupakan
inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan
kesedaran dan mendidik masyarakat
tentang isu teknologi dan sosial agar
golongan pengguna Internet berupaya
membuat pilihan bijak dalam mengurus
isu yang timbul semasa penggunaan.
9. http://bibliografi.moe.edu.my
Portal Pengurusan Sumber Pendidikan
merupakan katalog sumber pendidikan
berbentuk digital yang dapat
memudahkan murid dan guru
mengenal pasti, mencari dan
mengguna maklumat secara efisien
dan berkesan.
10. http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/
Portal ini mempunyai koleksi aktiviti
pembelajaran bagi pelbagai mata
pelajaran. Aktiviti P&P yang berciri
interaktif menggalak pembelajaran
kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri
dalam kalangan murid. Guru juga boleh
muat naik bahan P&P untuk
perkongsian secara atas talian.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 35
Secara keseluruhan untuk menyokong P&P berkesan, KPM
turut menyediakan kemudahan bagi menempatkan
pelbagai format bahan sumber pendidikan. Antaranya:
Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik
Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar),
Pusat Akses Sekolah, dan
Makmal Komputer.
Sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan
seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik/Ruang Akses
Kendiri, Laluan Ilmu dan Taman Ilmu akan menghasilkan
suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan
bermakna kepada murid.
Pusat Sumber Sekolah
Makmal Komputer
Ruang Pembelajaran Ubiquitous
BIlik Media
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 36
BAB 5: KEBERHASILAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sekolah, empunya dan penggerak Pembestarian
Sekolah memerlukan pentadbir, guru dan murid
serta pihak berkepentingan iaitu ibu bapa, komuniti
dan agensi luar untuk menyumbang kepakaran
secara kreatif dan inovatif dalam perancangan
program baru dan pemantapan program sedia.
Dalam Pembestarian Sekolah, keberhasilan dalam
kalangan Pentadbir, Guru, Guru Penyelaras Bestari
(GPB), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta
staf sokongan diukur melalui Standard Guru
Malaysia, Standard Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) dan Smart School Qualification
Standards (SSQS).
Keberhasilan modal insan sekolah bestari
berpaksikan kemahiran abad ke-21 mensasarkan
kemahiran belajar sepanjang hayat dalam
persekitaran P&P berasaskan ICT. Murid seharusnya
kreatif dan inovatif, berfikir secara kritis untuk
menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara
berkesan, dan berfungsi dalam kumpulan.
Penglibatan komuniti pula diterjemahkan dalam
bentuk sokongan ibu bapa, komuniti setempat dan
agensi luar dalam aktiviti sekolah.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 37
Keberhasilan modal insan berlandaskan standard-
standard KPM merangkumi tiga (3) aspek utama:
amalan nilai, pengetahuan dan kemahiran, serta
kemahiran profesional. Cadangan kualiti ini
diperjelaskan dalam Rajah 5.1 dan Jadual 5.1 hingga
5.5.
Dibaca dan
dirujuk
bersama
standard
KPM:
Standard
Kualiti
Pendidikan
Malaysia
(SKPM)
Standard
Guru
Malaysia
Smart School
Qualification
Standards
(SSQS)
The Smart
School
Conceptual
Blueprint
Surat
Pekeliling
Ikhtisas Bil.
3/2005 -
Penyelarasan
Waktu
Mengajar
bagi Guru
Penyelaras
Bestari Serta
Guru
Perpustakaan
dan Media
Sekolah
Rajah 5.1: Cadangan Kualiti Keberhasilan Pembestarian Sekolah
BIDANG KEBERHASILAN PIHAK BERKEPENTINGAN
PEMBESTARIAN SEKOLAH
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 38
Jadual 5.1: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Profesion)
AMALAN NILAI (PROFESION)
Bil Perincian P G GPB
&
GPM
SS K
(PIBG)
1. Berpegang teguh dan mengamalkan prinsip
etika kerja perkhidmatan awam.
√ √ √ √
2. Komited terhadap tugas dan tanggungjawab. √ √ √ √ √
3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan
infrastruktur, aplikasi dan data berkaitan ICT.
√ √ √ √
4. Berkomunikasi secara beretika menggunakan
pelbagai mod dan media dalam penyebaran
maklumat.
√ √ √ √ √
5. Berupaya berkongsi pengalaman penggunaan
ICT dalam pengurusan dan P&P.
√ √ √ √ √
6. Menyokong program perkongsian pintar dengan
pelbagai pihak dalam dan luar negara.
√ √ √ √ √
7. Memupuk dan mengamalkan semangat kerja
berpasukan.
√ √ √ √ √
8. Berwibawa sebagai agen perubahan bagi
membudayakan integrasi ICT dalam
pengurusan, P&P dan komunikasi.
√ √ √ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.2: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sahsiah)
AMALAN NILAI (SAHSIAH)
Bil Perincian P
G, GPM
& GPB
S M K
1. Bersopan dan berakhlak mulia dalam setiap
urusan harian.
√ √ √ √ √
2. Beretika dan mematuhi peraturan sejagat
penggunaan ICT.
√ √ √ √ √
3. Berfikiran terbuka dan rasional terhadap
pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam
pendidikan.
√ √ √ √ √
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 39
AMALAN NILAI (SAHSIAH)
Bil Perincian P
G, GPM
& GPB
S M K
4. Berfikiran kreatif dan kritis bagi menghasilkan
pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam
pendidikan.
√ √ √ √ √
5. Proaktif, sukarela dan berinovatif. √ √ √ √ √
6. Bermotivasi tinggi dalam usaha mencapai
kecemerlangan diri dan organisasi.
√ √ √ √ √
7. Menambah ilmu dan meningkatkan kompetensi
diri secara berterusan mengikut perkembangan
ICT terkini.
√ √ √ √ √
8. Berupaya menilai dan membuat refleksi kendiri. √ √ √ √ √
9. Bertanggungjawab terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
√ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.3: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sosial)
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
AMALAN NILAI (SOSIAL)
Bil. Perincian P G,GPM
& GPB
SS M K
1. Mesra, mudah didekati dan dibawa
berbincang.
√ √ √ √ √
2. Mengamalkan komunikasi interpersonal dan
intrapersonal yang berkesan.
√ √ √ √ √
3. Melibatkan diri secara aktif dalam program
sekolah.
√ √ √ √ √
4. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh
dalam kalangan staf.
√ √ √ √ √
5. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh
dengan komuniti.
√ √ √ √ √
6. Bersedia untuk bekerja secara kolaboratif. √ √ √ √ √
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 40
Jadual 5.4: Cadangan Perincian Pengetahuan dan Kemahiran
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Bil. Perincian P G, GPM
&GPB
SS M K (PIBG)
1. Berupaya menterjemah dan melaksanakan
dasar KPM.
√ √ √ √
2. Mempunyai kompetensi ICT untuk pelaksanaan
tugasan.
√ √ √ √ √
3. Mahir mencari dan memproses maklumat yang
relevan dari pelbagai sumber.
√ √ √ √ √
4. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21
dalam pengajaran dan pembelajaran.
√ √ √ √ √
5. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21
dalam pengurusan.
√ √ √
6. Berupaya membangun bahan multimedia. √ √ √ √ √
7. Mahir menyebar maklumat melalui Internet. √ √ √ √ √
8. Mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan mengikut
kesesuaian tahap, peringkat dan situasi.
√ √ √ √ √
9. Mengamal prosedur pengurusan sumber
mengikut Arahan Perbendaharaan/surat
pekeliling/peraturan/prosedur:
Sumber kewangan √ √ √
Sumber P&P √ √ √
Sumber manusia/murid √ √ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.5: Cadangan Perincian Kemahiran Profesional
KEMAHIRAN PROFESIONAL
Bil Perincian P G
GPM/
GPB
SS K
1. Memahami, menghayati dan melaksanakan
dasar pendidikan di peringkat sekolah.
√ √ √ √
2. Menggerakkan warga sekolah ke arah
mencapai visi dan misi pembestarian.
√ √ √ √ √
3. Berupaya membuat perancangan strategik,
taktikal dan operasi bagi program sekolah.
√ √ √ √
4. Memantau dan menilai pelaksanaan program
sekolah.
√ √ √
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 41
KEMAHIRAN PROFESIONAL
Bil Perincian P G
GPM/
GPB
SS K
5. Membentuk budaya ilmu dan berfikir dalam
kalangan warga sekolah.
√ √ √
6. Membudayakan penggunaan ICT dalam
pendidikan dalam kalangan warga sekolah
dan komuniti.
√ √ √ √ √
7. Berupaya merangsang daya intelektual staf
dan murid.
√ √ √
8. Mewujudkan sistem dokumentasi yang
sistematik untuk memudahkan capaian
maklumat.
√ √ √ √
9. Menggerakkan sekolah ke arah pembentukan
“Learning Organization”.
√ √ √ √ √
10. Cekap membentuk pasukan. √ √ √ √ √
11. Membuat keputusan secara rasional dan
bermusyawarah.
√ √ √ √ √
12. Bertindak sebagai penggerak utama program
sekolah.
√ √ √
13. Memimpin sekolah ke arah penambahbaikan
berterusan.
√ √ √
14. Menyedia iklim sekolah yang kondusif bagi
pengajaran dan pembelajaran.
√ √ √ √
15. Menjamin keselamatan staf dan murid di
sekolah.
√ √ √ √
16. Menjamin keselamatan peralatan dan
infrastruktur ICT di sekolah.
√ √ √ √
17. Menjalankan latihan bagi staf mengikut
keperluan individu dan organisasi.
√ √ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Berikut ialah laman web yang wajar dirujuk bersama dengan topik
keberhasilan modal insan pembestarian sekolah:
ISTE National Educational Technology Standards (NETS): www.iste.org;
http://cnets.iste.org,
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualit, KPM: www.jnjk.gov.my,
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 42
Standard Guru Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, KPM:
www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html,
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Institut
Aminuddin Baki, KPM: www.iab.edu.my,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 - Penyelarasan Waktu Mengajar
bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah: www.moe.edu.my,
Smart School Qualification Standards: www.moe.edu.my, dan
The Smart School Conceptual Blueprint: www.moe.edu.my
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 43
BAB 6: PEMBESTARIAN SEKOLAH: PACU KE HADAPAN
Mulai tahun 2011, Sekolah Bestari berganjak ke fasa
implementasi Gelombang ke-4 Pembestarian Sekolah iaitu
consolidate and stabilise (konsolidasi dan kelestarian). Unsur-
unsur Sekolah Bestari telah tersedia di sekolah semasa
Gelombang ke-3, iaitu Pembestarian Semua Sekolah yang
memanfaatkan inisiatif ICT KPM. Semua sekolah juga telah
ditarafkan untuk penentuan tahap bestari pada tahun 2010
seperti Rajah 6.1. Pelbagai strategi yang telah dilaksanakan ini
menjurus kepada pencapaian matlamat Sekolah Bestari demi
Wawasan 2020.
Tahap Bestari Sekolah Bil Sekolah Peratus (%)
5 Bintang 271 3.0
4 Bintang 3440 38.4
3 Bintang 4436 49.5
Jumlah 8147 91.0
Rajah 6.1: Sekolah Yang Mencapai Tahap Bestari Tahun 2010
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 44
Konsolidasi Dan Kelestarian Sekolah Bestari
Dalam pelancaran Dasar ICT dalam Pendidikan
oleh Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji
Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah
menekankan Bidang Keberhasilan Utama Negara
atau National Key Results Area (NKRA) bagi
pendidikan sebagai keberhasilan murid yang
berkualiti dan akses pendidikan yang berkualiti
kepada semua. Justeru, untuk mencapai agenda
nasional ini, faktor kejayaan kritikal Pembestarian
Sekolah bergantung kepada sokongan sekolah dan
kelancaran pelaksanaan program KPM sedia ada
seperti ternyata di Jadual 6.1.
Pembestarian Sekolah Sebagai Faktor Kejayaan
Kritikal
Jadual 6.1: Faktor Kejayaan Kritikal Pembestarian Sekolah
Perkara Matlamat Faktor Kejayaan Kritikal
NKRA Sekolah
Berprestasi
Tinggi (SBT)
Pembestarian menyumbang kepada
pemantapan dan pencapaian 100
SBT yang disasarkan.
15 buah sekolah yang disenaraikan
sebagai SBT adalah Sekolah Bestari
yang mencapai 5 Bintang. Menjelang
tahun 2015 100 SBT mencapai 5
Bintang
Jurang
Digital
Merapatkan
Jurang Digital
Kesemua 10,000 buah sekolah
mencapai tahap sekolah bestari
Wawasan
2020
Meningkatkan
penyampaian
sistem
pendidikan
negara
melalui e-Gov
Melahirkan modal Insan yang
berpengetahuan untuk memacu
transformasi negara ke arah
pembangunan k-ekonomi
(knowledge-economy)
- Y.A.B. Tan Sri Dato‟
Haji Muhyiddin Bin
Haji Mohd. Yassin,
Timbalan Perdana
Menteri Malaysia
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 45
Strategi Pelaksanaan
Untuk memacu pembestarian sekolah supaya
berdaya maju, KPM memberi tumpuan
kepada aspek berikut:
Peningkatan infrastruktur ICT yang sesuai
untuk kegunaan semua sekolah,
Mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang membolehkan murid belajar di
mana-mana dan pada bila-bila masa
melalui penggunaan media komunikasi
yang berbagai,
Menggalakkan sekolah mengintegrasi
teknologi dalam pendidikan melalui
program perkongsian pintar bersama
industri, akademia, badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan,
Memastikan teknologi dan pedagogi
yang terkini disampaikan kepada
pengguna, dan
Menyediakan khidmat nasihat
kepakaran dan kemahiran kepada
warga pendidik setempat melalui Pusat
Bimbingan Profesional Teknologi
Pendidikan
Perkongsian pengalaman dan
amalan terbaik oleh Pengetua
dan Guru Besar dengan sekolah
kelompok: Zon Sarawak
Program Pemantapan
Pemangkin Dalam Kelompok-
Zon Selatan (Melaka, Negeri
Sembilan dan Johor)
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 46
Strategi Pelaksanaan: Sekolah Pemangkin dalam
Kelompok
Satu strategi KPM untuk membantu sekolah mencapai
sasaran Pembestarian Sekolah ialah program “Sekolah
Pemangkin dalam Kelompok”. Strategi ini dijangka
menjana „Kesan Berganda‟ atau “Multiplier Effect” dan
mempercepatkan proses pencapaian tahap 5 bintang
sekolah melalui bimbingan dan sesi hands-holding oleh
sekolah pemangkin dengan sekolah dalam kelompok.
Rajah 6.2: Contoh Strategi Sekolah Pemangkin dalam Kelompok
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 47
Cadangan mekanisme pelaksanaan melibatkan sekolah
lima (5) bintang sebagai pemangkin untuk membimbing
500 sekolah dalam kelompok masing-masing untuk
mencapai tahap bestari iaitu tiga (3) bintang ke atas.
Sekolah yang telah dibimbing yakni sekolah kelompok
akan menjadi rujukan kepada sekolah yang berhampiran.
Contoh strategi ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2.
Rajah 6.3: Contoh Mekanisme Sekolah Pemangkin dalam Kelompok, Daerah
Kota Tinggi, Johor
Pengisian Program “Sekolah Pemangkin dalam Kelompok”
Tumpuan program sekolah pemangkin dalam kelompok
adalah kepada keberhasilan murid dan guru yang
menyeluruh. Aspek dan huraian setiap item seperti ditunjuk
dalam rajah di bawah.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 48
Rajah 6.4: Pengisian Program Sekolah
Pemangkin Dalam Kelompok
Mindset & Culture Change
Semua pihak berkepentingan melalui
proses anjakan paradigma dan minda
untuk mewujudkan budaya pengurusan
serta P&P yang menggunakan teknologi
sebagai pengupaya.
Sekolah
5-Bintang
Mindset & Culture Change
PemantauanOn-Site
PerkongsianAmalanTerbaik
ICT Buddy Support
KelabBestari(BrigedBestari)
Program Bersama
Komuniti/ Perkongsian
Pintar
British Council Connecting Classroom
Aktiviti Kelab Bestari…
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 49
Perkongsian Amalan Terbaik
Pelaksanaan dan perkongsian amalan-
amalan terbaik pengintegrasian ICT dalam
pengurusan dan P&P.
Program Bersama Komuniti/Perkongsian Pintar
Sekolah melaksanakan program dengan
pelbagai agensi untuk memanfaatkan
teknologi dan kepakaran ICT daripada industri
dalam usaha membudayakan penggunaan
teknologi semasa.
ICT Buddy Support
Program ini merupakan program pembimbing
rakan sebaya oleh Guru Penyelaras Bestari
(GPB) dan Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) untuk guru bagi menyokong
penggunaan ICT dalam pengurusan dan P&P.
Kelab Bestari (Briged Bestari)
Kelab Bestari membantu sekolah
meningkatkan kelancaran pelaksanaan
pelbagai program ICT KPM dengan
melibatkan murid yang berkemahiran dan
berpengetahuan ICT dalam urusan ICT
sekolah. Antara aktiviti Kelab Bestari yang
dikendalikan ialah latihan dan bimbingan ICT
kepada rakan sebaya, menyenggara
kemudahan ICT sekolah, mendokumentasi
aktiviti multimedia sekolah, membangunkan
laman web sekolah serta menyebarkan
Pelancaran MyIdeas
Digital Story Telling
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 50
maklumat berkaitan Pembestarian Sekolah
dan ICT kepada warga sekolah dan komuniti
melalui pameran, minggu ICT, kem ICT atau
buletin.
Pemantauan On-Site
Pemantauan On-Site oleh pelbagai agensi
kerajaan bertujuan untuk memastikan segala
program Pembestarian Sekolah yang
dirancang oleh sekolah dijalankan mengikut
ketetapan dan mencapai matlamat yang
dihasratkan.
Penutup
Pendidikan memainkan peranan untuk
memupuk ilmu pengetahuan dan kemahiran
serta menyemai nilai murni dalam kalangan
generasi muda. Justeru Pembestarian Sekolah
ialah satu usaha berterusan KPM untuk
melengkapkan generasi muda dengan
kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat
bersaing dalam dunia tanpa sempadan, dan
berfungsi sebagai k-workers bagi menjana
ekonomi berasaskan pengetahuan. Dengan
itu, kelestarian (sustainability) Pembestarian
Sekolah amat bergantung kepada sokongan,
sumbangan serta komitmen semua pihak.
“The Government will
continue to work hard
to transform the
Malaysia economy
into an innovation-
based knowledge-
economy with higher
value add and having
knowledge,
technology and
innovation as a key
drivers of growth.”
- The
Honourable,
Dato’ Sri Najib Tun
Razak, Prime Minister
of Malaysia
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | ix
Lampiran 1
THE MALAYSIAN SMART SCHOOL LOGO
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | x
Lampiran 2
LAGU SEKOLAH BESTARI:
VERSI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xi
RUJUKAN
1. Cyber Security. Cybersafe: Cyber Security Awareness for Everyone.
Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://www.cybersafe.my.
2. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Pelan Strategik Pembestarian
Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian
Teknologi Pendidikan, KPM.
3. Bahagian Teknologi Pendidikan. KPM. Portal EduwebTV. Diperoleh
September 23, 2010 daripada http://www.eduwebtv.com.
4. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Diperoleh September 23, 2010
daripada http://www.spp.moe.edu.my.
5. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Portal Pengurusan Sumber
Pendidikan. Diperoleh September 24, 2010 daripada
http://bibliografi.moe.edu.my.
6. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Support Ticketing System. Diperoleh
September 24, 2010 daripada [email protected].
7. Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Portal
Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Oktober 14, 2010 daripada
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/.
8. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan. (2010).
Majlis Pelancaran Dasar Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pendidikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri
Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oktober 12, 2010.
9. Intel Electronics Sdn Bhd. (M). Intel Teach Elements. Diperoleh Oktober 4,
2010 daripada http://www.intel.com/education/elements/.
10. International Society for Technology in Education (ISTE) National
Educational Technology Standards (NETS). Diperoleh September 13,
2010 daripada www.iste.org; http://cnets.iste.org.
11. Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea. (2010). 2010 Global
Partnership of ICT in Education Project, Educational ICT Training.
Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea.
12. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-
Sekolah. Pernyataan Standard. SKPM 1 Edisi Disember. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xii
13. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-
Sekolah. Instrumen Pemastian Standard. SKPM 2 Edisi Disember. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
14. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). The Malaysia Smart School: A
Conceptual Bluerprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
15. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Project Based Learning Handbook
“Educating the Millennial Learner”. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi
Pendidikan, KPM.
16. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands: Institut
Aminuddin Baki, KPM.
17. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Smart School Qualification
Standards (SSQS). Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan,
KPM.
18. Kementerian Pelajaran Malaysia. Portal Malaysian Grid for Learning.
Diperoleh September 23, 2010 daripada http://www.mygfl.gov.my.
19. Marcinek, A. (2010). Embracing a Flat Classroom. Diperoleh Oktober 15, 2010
daripada http://www.edutopia.org/blog/web-20-21st-century-skills-
collaboration-digital-citizenship.
20. Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). Portal MyIdeas.
Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://myideas.my.
21. Mutlimedia Development Corporation, (2005). Malaysian Smart School
Roadmap 2005-2010: An Educational Odyssey (A Consultative Paper
on the Expansion of the Smart School Initiative to all schools in
Malaysia. Kuala Lumpur: Multimedia Development Corporation.
22. Oracle Education Foundation. Portal Think Quest. Diperoleh September 24,
2010 daripada http://www.thinkquest.org.
23. Petrosains. Petrosains Learning. Diperoleh Oktober 4, 2010 daripada
http://www.petrosainslearning.com.
24. Pumandevi, S. (2009). Modul Kemahiran Abad ke-21. Negeri Sembilan:
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, KPM.
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xiii
JAWATANKUASA PENERBITAN
“JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH”
Duduk Dari Kiri: Dr. Dorothy DeWitt, Encik Wong Kim Khat, Haji Shamsuddin bin Hassan, Y. Bhg.
Datin Dr. Fowzia binti Osman, Pn. Hawa binti Haji Said, Y. Bhg. Datin Dr. Siti
Zaleha binti Abdullah Sani (Pengarah BTP), Puan Rosnani binti Mohamed Ali,
Haji Mohd Haliza bin Adnan, Puan Yap Ley Har, Puan Maimunah binti Haji
Mohd Tahir, Puan Nur Ain Wong binti Abdullah.
Berdiri Dari Kiri: Hajah Zarina binti Paijo, Puan Hafidzah binti Omar, Puan Daruni binti Abdul
Rahman, Cik Ruzana binti Tukimin, Encik Saedan bin Abd Karim, Encik Mohd
Azmi bin Zakaria, Encik Mohd Yassim bin Ngah, Encik Ibrahim bin Ismail, Encik
Bahrin bin Mohd Kassim, Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff, Puan Fadzliaton
binti Zainudin, Puan Mary Anne Joseph, Cik Aminoor binti Jaya Waras, Cik
Rohana binti Abd Rahman.
Penaung : Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti
Abdullah Sani
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Penasihat : Puan Hawa binti Haji Said
Timbalan Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xiv
Puan Rosnani binti Mohamed Ali
Timbalan Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pengerusi : Y. Bhg. Datin Dr. Fowzia binti Osman
Bahagian Teknologi Pendidikan
Setiausaha : Puan Nur Ain Wong binti Abdullah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Ahli : Haji Mohd Haliza bin Adnan Bahagian Teknologi Pendidikan
Haji Shamsuddin bin Hassan Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Bahrin bin Mohd Kassim Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Vanida binti Krishna Bahagian Teknologi Pendidikan
Hajah Zarina binti Paijo Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Yap Ley Har Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul
Kadir
Bahagian Teknologi Pendidikan
Cik Ruzana binti Tukimin Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Fadzliaton binti Zainudin Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Wong Kim Khat Bahagian Teknologi Pendidikan
Dr. Dorothy DeWitt Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Maimunah binti Haji Mohd
Tahir
Bahagian Teknologi Pendidikan
Cik Rohana binti Abd Rahman Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Saedan bin Abd Karim Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Daruni binti Abdul Rahman Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Mohd Azmi bin Zakaria Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Hafidzah binti Omar Bahagian Teknologi Pendidikan
Puan Nur Ain Wong binti Abullah Bahagian Teknologi Pendidikan
Cik Aminoor binti Jaya Waras Bahagian Teknologi Pendidikan
Encik Ibrahim bin Ismail
Bahagian Teknologi Pendidikan
Rekabentuk
Grafik &
Susun Atur
: Encik Mohd Yassim bin Ngah
Encik Abdul Halim bin Sikit
Puan Mary Anne Joseph
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pembaca
Pruf
: Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff
Bahagian Teknologi Pendidikan