iii
AMALAN PENGURUSAN PERNIAGAAN PENIAGA-PENIAGA KEDAI
RUNCIT BUMIPUTERA DI LUAR BANDAR DAERAH HILIR PERAK
SUHAIDA BINTI ABDUL RHAPAR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................................
Nama Penulis : SUHAIDA BINTI ABDUL RHAPAR
Tarikh : APRIL 2008
v
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T
tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W.
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Ayahanda dan Ibundaku yang tercinta.....
Abdul Rhapar b. A’ala dan Siti Lamsiah bt Mohamed
Dan
Ayah dan Ibu mertuaku yang tercinta.....
Amdah bin Ali dan Maleh b Nordin
Serta
Suami tercinta.......
Zubir bin Amdah
Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan
mu senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.
Buat Kekanda & Adinda-adindaku yang Tersayang,
Kekanda Suzana serta adindaku Nor afizah, Mohammed Redzuan dan Siti Hajar
Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.
Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan
yang ada disamping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.
Sekian, Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
s.a.w.
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kemahiran Hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Prof Muhammad Rashid bin Rajuddin yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada peniaga-peniaga kedai runcit luar
bandar Daerah Hilir Perak di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam
menjayakan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat
keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk
dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif,
pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai sistem
organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Peranan dan
sumbangan perniagaan kecil ini dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar.
Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui amalan
pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar dalam
meningkatkan perniagaan mereka. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada
peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar Daerah Hilir Perak telah dipilih untuk
menjawab borang set soal-selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara
deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 14.0). Ia mengandungi 50 item
yang diukur dengan menggunakan skala binari. Hasil kajian menunjukkan amalan
pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana. Terdapat dua sahaja amalan
pengurusan yang berada pada skor yang baik, manakala dua amalan pengurusan lagi
berada pada skor yang sederhana. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniaga-
peniaga kedai runcit bumiputera ini perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan
perniagaan mereka pada masa akan datang. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan
telah diberikan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada
pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar.
viii
ABSTRACT
Retailing is one of the business field that in my opinion is easier to involve
with, comparing with other type of businesses such as automotives, tourism,
constructions, manufacturing, and many others. It is because of the organization
structure is more lean, simple system required and the operation is not complicated.
Although the retailing business seems like playing a small role in this country, but it
has a large impact to the economic growth. Especially in our country Gross Domestic
Products (GDP).. One of the objective of the research is to understand the type of
management of the retailing business at the countryside, in order to improve the
capabilities, effectiveness, and efficiencies of the retailers. In this research, 38
retailers were chosen as the respondent. Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS 14.0) was used system to analyzed the data gathered from the respondents,
which contains 50 questionnaire related to small and medium businesses and its
measure by binary scale. The results of the research found that the overall
capabilities of the retailers are at the medium level. The actions must be taken to
improve and enhance the continues growth of the businesses. In the final stage of this
research, many suggestions are given to the retailers to improve their weaknesses
and to enhance the continues growth of the businesses in countryside. It is also will
boost the state and country economic growth which also will continuously contribute
to increase lifestyle of the people in the area.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK iv
HALAMAN DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
x
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Latar belakang sejarah pengurusan 16
2.3 Kepentingan pengetahuan pengurusan perniagaan 21
2.4 Pengurusan Kewangan perniagaan 23
2.5 Pengurusan Operasi dan PengeluaranPerniagaan 25
2.6 Pengurusan sumber manusia perniagaan 26
2.7 Pengurusan pemasaran perniagaan 28
2.8 Kesimpulan 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Keesahan Soal Selidik 35
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 38
3.9 Penutup 38
xi
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Bahagian A 41
4.2.1 Latar Belakang Responden 41
4.3 Analisis Data Bahagian B 45
4.3.1 Latar Belakang Perniagaan Responden 45
4.4 Analisis Data Bahagian C 51
4.4.1 Persoalan Kajian 1 52
4.4.2 Persoalan Kajian 2 55
4.4.3 Persoalan Kajian 3 58
4.4.4 Persoalan Kajian 4 61
4.5 Kesimpulan 64
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan Kajian 67
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 69
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 69
5.3.2 Rumusan Latar Belakang Perniagaan 71
5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian 72
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 74
5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian Bahagian C 74
5.4.1.1 Adakah Amalan Pengurusan 74
Kewangan Perniagaan Peniaga-
Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Dalam
Melaksanakan Pengurusan
Perniagaan Mereka?.
5.4.3.2 Adakah Amalan Pengurusan 76
Operasi dan Pengeluaran
xii
Perniagaan Peniaga-Peniaga
Kedai Runcit Bumiputera
Dalam Melaksanakan Perniagaan
Mereka?
5.4.3.3 Adakah Amalan Pengurusan 78
Sumber Manusia Perniagaan
Peniaga-Peniaga
Kedai Runcit Bumiputera
Dalam Melaksanakan Pengurusan
Perniagaan mereka?
5.4.3.4 Adakah Amalan Pengurusan 80
Pemasaran Perniagaan Peniaga-Peniaga
Kedai Runcit Bumiputera Dalam
Melaksanakan Perniagaan Mereka?
5.5 Cadangan Kajian 82
5.5.1 Cadangan kepada peniaga-peniaga kedai runcit 84
bumiputera luar bandar.
5.5.2 Cadangan kepada Agensi Terlibat 87
5.5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 88
5.6 Penutup 89
RUJUKAN 91
LAMPIRAN A –D 94-108
xiii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUKMUKA
SURAT
3.1 Taburan Item berdasarkan persoalan kajian 37
3.2 Skor % dan Tahap pertimbangan 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur Peruncit 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa Perniagaan 49
4.6 Taburan Responden Mengikut Status Tapak Perniagaan 50
4.7 Taburan Responden Mengikut pemilikan Perniagaan 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52
4.9 Taburan Responden Mengikut Hubungan Pekerja 53
4.10 Taburan Responden Mengikut Matlamat Utama
Perniagaan
54
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi
Aspek Pengurusan Kewangan
56
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi
Aspek Pengurusan Operasi dan Pengeluaran
Perniagaan
59
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi
Aspek Pengurusan Sumber Manusia
62
4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Frekuensi
Aspek Pengurusan Pemasaran
65
xiv
4.15 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi Persoalan
Kajian Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-
peniaga Kedai Runcit Bumiputera Luar Bandar Daerah
Hilir Perak
68
xv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH TAJUKMUKA
SURAT
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur Peruncit 45
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 47
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48
4.5 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa Perniagaan 49
4.6 Taburan Responden Mengikut Status Tapak Perniagaan 50
4.7 Taburan Responden Mengikut pemilikan Perniagaan 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52
4.9 Taburan Responden Mengikut Hubungan Pekerja 53
4.10 Taburan Responden Mengikut Matlamat Utama
Perniagaan
54
4.11 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi Persoalan
Kajian Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-
peniaga Kedai Runcit Bumiputera Luar Bandar Daerah
Hilir Perak.
69
5.1 Konsep Pemasaran 88
5.2 Cadangan Kajian 90
xvi
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package For Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Pelajar 94
B Surat Pengesahan Pelajar 101
C Surat Pengesahan Pakar 103
D Gambar-gambar Berkaitan Dengan Kajian 105
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan sebarang
organisasi, baik organisasi perniagaan atau pun organisasi bukan perniagaan. Jatuh
bangun sesebuah organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada
pengurusan yang cekap dan berkesan. Pada asasnya, pengurus organisasi adalah
serupa dengan pengurus rumah tangga, juga serupa dengan pengurusan untuk
pembangunan negara. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen penting yang
hendak diuruskan iaitu manusia, organisasi dan matlamat atau tujuan kewujudan
organisasi tersebut ( Sabri Hussin, 2005).
Menurut Shaharuddin Harun dalam Chamhuri Siwar (1992). Dunia
perniagaan adalah satu bidang yang luas dan mencabar terutamanya dengan
berlakunya pemulihan ekonomi negara yang pesat yang mengarah kepada negara
perindustrian baru serta perkembangan dalam persekitaran ekonomi antarabangsa.
Penglibatan di dalamnya memerlukan kriteria-kriteria tertentu daripada masyarakat
perdagangan umumnya untuk menjamin kejayaan yang berterusan. Tambah beliau
lagi, penyertaan masyarakat bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
negara adalah pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan penglibatan
masyarakat bukan bumiputera. Antara sebab utama yang selalu diperkatakan di
peringkat usahawan individu ialah sikap kurang yakin dan berani menanggung risiko
untuk menerokai kegiatan yang lebih mencabar. Penglibatan dalam bidang ini
2
memerlukan satu persepsi yang berhemat untuk mengeluarkan barangan bermutu
dengan harga yang setimpal untuk kejayaan sesebuah perniagaan. Dalam hal ini,
tahap persepsi peniaga bumiputera adalah agak rendah disebabkan berpuas hati
dengan pencapaian yang diperolehi.
Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri Siwar (1992). Berdasarkan
kepada prestasi usahawan Bumiputera dalam jangka masa DEB, secara umumnya
masalah baru akan tetap timbul kerana dunia ekonomi atau dunia perniagaan
bukanlah statik. Ianya berubah mengikut keadaan masa dan bergerak mengikut arah
aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi
yang disebut oleh Adam Smith ‘the invisible hands’.
Pengurusan adalah suatu aktiviti yang kompleks. Ia mempunyai banyak
dimensi. Perundangan pada hari ini kian menyeluruh dan rumit. Persaingan menjadi
semakin hebat. Gaya pengurusan pun sedang mengalami perubahan. Jangka masa
membuat keputusan oleh pihak pengurusan semakin mengambil masa yang lebih
lama. Malah kesan keputusan yang diambil sekarang mungkin diketahui hanya
selepas beberapa tahun ( Abd Aziz Abd Rahman, 1994).
Menurut Abu Bakar Hamed (1998), terdapat lima pengkhususan pengurusan
di dalam sesuatu organisasi perniagaan. Di dalam organisasi besar mungkin terdapat
banyak bidang yang lebih khusus. Pengkhususan yang dimaksudkan beliau adalah
pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran, pengurusan sumber
manusia, pemgurusan pemasaran dan pengurusan maklumat.
Pengurusan kewangan merupakan bidang pengkhususan yang paling utama di
dalam sesuatu organisasi. Mereka yamg terlibat di dalam bidang ini,
bertanggungjawab mendapatkan wang diperlukan untuk menjalankan operasi.
Contohnya membuat ramalan pendapatan dan perbelanjaan jangka masa tertentu,
menentukan keperluan kewangan bagi jangka masa pendek dan panjang, menentukan
sumber kewangan dan sebagainya.
3
Manakala pengurusan operasi dan pengeluaran juga tidak terkecuali daripada
bidang pengkhususan pengurusan perniagaan. Pengurus operasi dan pengeluaran
melibatkan diri dalam proses pertukaran sumber firma untuk dijadikan barangan dan
perkhidmatan yang sedia dijual. Pengurus pengeluaran mengkoordinasi pengeluaran
produk ’tangidle’; manakala pengurus operasi mengkoordinasi pengeluaran servis.
Antara kegiatan pengurus operasi dan pengeluaran adalah merancang keupayaan
kemudahan untuk pengeluaran, merancang darjah automasi dalam proses
pengeluaran, merancang reka bentuk produk, merancang pengeluaran berdasarkan
permintaan, membeli bahan mentah, mengawal inventori, membuat penjadualan
kerja dan pengeluaran serta mengawal kualiti.
Di samping itu, pengurusan sumber manusia tidak kurang pentingnya dalam
melaksanakan perniagaan. Pengurus sumber manusia terlibat dalam kegiatan yang
berhubung dengan pekerja dalam organisasi. Antara kegiatan pengurus ini adalah
merancang sumber manusia untuk organisasi, membentuk deskripsi kerja,
mewujudkan sistem pengrekrutan dan pemilihan pekerja, mewujudkan program
orientasi dan latihan serta pembangunan kerjaya. Selain itu, ia juga
bertanggungjawab mewujudkan dan melaksanakan program pampasan dan kebajikan
pekerja, mewujudkan program penilaian prestasi serta memastikan peraturan
kerajaan berhubung dengan pekerja diikuti.
Pengurus pemasaran bertanggungjawab merancang, menetapkan harga,
mempromosi dan memastikan produk sentiasa tersedia untuk pelanggan. Terdapat
beberapa pengkhususan dalam kegiatan pemasaran, antaranya adalah penyebaran
produk jualan, penyelidikan pemasaran, peruncitan, pengiklanan, promosi dan
pengurusan produk.
Dalam perkembangan dunia perniagaan yang semakin mencabar, pengurus
bagi semua fungsi dan peringkat pengurusan perlu menyediakan sistem maklumat
pengurusan yang lebih baik. Penggunaan komputer amatlah diperlukan bagi
mewujudkan sistem pengurusan maklumat tersebut. Dengan cara ini pengurus akan
dapat membuat keputusan, merancang dan mengawal kerja dengan lebih cekap dan
berkesan.
4
Perniagaan runcit juga tidak terkecuali daripada aktiviti pengurusan ini.
Perniagaan runcit merupakan satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan
barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir untuk kegunaan persendirian.
Kewujudan perniagaan runcit dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang berorientasikan
keuntungan merupakan salah satu faktor yang turut memainkan peranan yang
penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Retail
Biz. Malaysian Retailers Association, April, 1998 dalam Nurazirawati Osman
(2000). Sumbangan kini begitu penting kepada penduduk tempatan dalam
membekalkan barangan keperluan harian terutamanya bekalan makanan kepada
penduduk yang tinggal di luar kawasan perniagaan.
Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk
dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif,
pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai sistem
organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Biasanya, operasi
perniagaan diasaskan oleh keluarga atau individu tertentu dengan dibantu oleh
beberapa orang pekerja am yang terdiri daripada kaum keluarga, jiran dan sebaginya.
Tahap penggunaan modal juga rendah kerana hanya melibatkan pembelian barang
dagangan sahaja (Nurazirawati Osman, 2000).
Peranan dan sumbangan perniagaan kecil dalam pembangunan ekonomi
negara cukup besar. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka juga cukup luas.
Sehubungan dengan ini, peranan perniagaan kecil dapatlah kita ringkaskan ke dalam
beberapa aspek seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk, membantu
dalam meningkatkan jumlah tabungan negara, membantu dalam menjimatkan
pengaliran wang keluar negara dan seterusnya menjimatkan tukaran wang asing,
mengurangkan jurang perbezaan agihan pendapatan di kalangan penduduk negara,
membantu memberi latihan dan meningkatkan kemahiran kepada pekerja, membantu
dalam melatih usahawan tempatan, menyumbang dalam meningkatkan arus
pemindahan teknologi asing, berperanan dalam meningkatkan rantaiam perniagaan
dengan firma besar, peranan dalam melengkapkan aktiviti pembangunan
perindustrian dan perdagangan negara, serta meningkatkan pengukuhan kepada
struktur asas ekonomi dan pembangunan industri negara. (Moha Asri, 2000).
5
Sesungguhnya pengurusan perniagaan ini adalah perlu dititik beratkan oleh
mana-mana organisasi perniagaan yang wujud sama ada berorientasikan untuk
mendapatkan keuntungan atau tidak. Melalui pengurusan yang cekap, ia dapat
membantu dalam membuat perancangan, penilaian, kawalan barang dagangan serta
menilai prestasi jualan barang dagangan yang diniagakan. Oleh itu, ramalan
permintaan pelanggan terhadap sesuatu barang dapat dipenuhi tanpa perlu
menanggung kos operasi yang tinggi. Dengan itu, menunjukkan bahawa aspek
pengurusan perniagaan yang tersusun, sistematik dan dapat mengenal pasti
keperluan-keperluan utama dalam operasi perniagaan. Sekaligus dapat menentukan
penerusan jangka hayat sesebuah perniagaan pada masa akan datang di samping
meningkatkan keuntungan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perniagaan runcit bumiputera di luar bandar merupakan satu perniagaan yang
semakin diminati kini. Namun begitu minat membuka kedai runcit ini
kebanyakkannya tidak memperlihatkan kemajuan yang memberansangkan.
Walaupun mudah untuk membuka perniagaan ini, namun untuk mempertingkat dan
meluaskan perniagaan sukar untuk dilihat.
Menurut Shaharuddin Haron dalam Chamhuri Siwar (1992). Kadangkala
faktor psikologi memainkan peranan penting dalam urusan perniagaan terutama
sekali bagi kaum yang telah lama ketinggalan dan baru mencuba untuk bersaing.
Bermacam-macam halangan seperti persaingan yang tidak sihat sengaja diadakan
sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung oleh golongan masyarakat
perniagaan yang berkepentingan. Ini boleh menjejaskan prestasi dan semangat
Bumiputera semasa pertama kali hendak membuat keputusan untuk berniaga.
Manakala menurut Zainal Abidin Mohd Said, dalam Chamhuri Siwar (1992).
Beberapa faktor yang boleh menolong untuk memberi penerangan kepada masalah
mengapa kebanyakkan peniaga-peniaga Bumiputera menghadapi masalah perniagaan
6
ialah tidak membuat peramalan perniagaan secara bersistem, tidak mampu untuk
menjalankan penyelidikan perniagaan, tidak mampu menjalankan kegiatan promosi
dan tidak mempunyai saluran agihan yang berkesan dan cekap untuk mengedarkan
barang keluaran mereka kepada pengguna-pengguna.
Perniagaan kecil mempunyai sistem organisasi yang lebih mudah dan
kebiasaannya operasi mereka senang untuk difahami. Dalam kebanyakkan kes,
operasi perniagaan kecil diasaskan oleh keluarga atau individu tertentu dengan
dibantu oleh beberapa orang pekerja am. Ini selaras dengan saiz operasi mereka yang
sebahagian besarnya amat kecil. Tahap penggunaan modal juga amat rendah dan
banyak bergantung kepada penggunaan tenaga pekerja yang terdiri daripada kaum
keluarga, jiran dan sebagainya. Perniagaan kecil juga, sebahagian besarnya
bergantung kepada penggunaan tenaga buruh atau intensif pekerja (Moha Asri
Abdullah, 2000).
Masa depan perniagaan peruncitan kini telah diancam oleh kewujudan
pelbagai bentuk perniagaan terutamanya pusat membeli belah. Perkembangan ini
telah menyebabkan perniagaan runcit ini kurang diberi perhatian memandangkan
pengurusan dipusat membeli belah adalah lebih tersusun. Ini merupakan satu
ancaman kepada peruncit untuk lebih memajukan perniagaan mereka walaupun tidak
dapat bertanding sepenuhnya dengan pelbagai tawaran oleh pusat membeli belah.
Namun begitu apa yang lebih penting adalah bagaimana seseorang peruncit itu dapat
memenuhi kepuasan pelanggannya melalui tahap pengurusan perniagaan runcit
yang dapat memenuhi permintaan pelanggan (Nurazirawati Osman, 2000).
Berikutan dengan taraf hidup kehidupan penduduk semakin meningkat dan
pendapatan perkapita rakyat yang bertambah mengakibatkan pendapatan boleh guna
kuasa membeli kian meningkat. Ini menyebabkan pelanggan mempunyai pilihan
dalam melakukan aktiviti pembelian barang sama ada di pasar mini atau pasaraya.
Memandangkan hakikat ini, peruncit-peruncit merupakan golongan yang berisiko.
Ini kerana pelanggan pada masa kini memerlukan suasana pembelian yang selesa,
barangan yang berkualiti, mempunyai prestij yang lebih baik dan faktor-faktor
pembelian yang dapat menarik aktiviti pembelian mereka. Oleh itu peruncit-peruncit
7
perlu membuat perancangan pengurusan yang teliti, tahu perubahan citarasa
pelanggan serta bertindak pantas dalam melaksanakan proses pengurusan
perniagaan. Ini adalah kerana, dalam perniagaan runcit, pengguna atau pelanggan
adalah faktor utama yang perlu diambil kira dan peruncit perlu mempunyai satu
pemahaman yang jelas tentang gelagat pengguna. Ini bagi mengelakkan peruncit
menghadapi masalah yang boleh mengganggu gugat kelancaran operasi perniagaan,
seterusnya boleh menyebabkan perniagaan tutup.
Walaupun dengan adanya saingan daripada pasaraya-pasaraya yang begitu
popular dan perkembangan cepat, namun peruncit-peruncit bebas masih terus hidup
dan berkembang. Hal ini adalah kerana peruncit-peruncit menawarkan sesuatu yang
istimewa kepada pelanggan-pelanggan, tetapi pada analisis terakhir ini pelanggan-
pelangganlah yang menyebabkan kedai terus menjalankan perniagaan. Selagi
pelanggan-pelanggan terus melanggan kedai itu, ia akan tetap kekal dan berkembang
maju, tetapi sekiranya pelanggan-pelanggan membawa perniagaan mereka kepada
pasaraya baru dan mengabaikan kedai bebas yang telah memberi khidmat kepadanya
bertahun-tahun, kedai ini akhirnya terpaksa ditutup.
Selain itu, kedai-kedai runcit pada keseluruhannya terus menjalankan
perniagaan kerana ia terletak jauh dari kawasan di mana tidak terdapat saingan
daripada pasaraya-pasaraya yang besar. Ia kebanyakkannya didapati berhampiran
rumah-rumah pelanggan di kawasan luar bandar dan kawasan perkampungan di
mana penubuhan kedai sejaras dan pasaraya-pasaraya tidak akan menguntungkan.
Peniaga kedai runcit adalah bebas membuka kedainya pada masa yang
dikehendakinya. Manakala kedai-kedai besar adalah terikat oleh undang-undang
kesatuan sekerja dan kehendak-kehendak undang-undang dan mesti tutup pada masa-
masa tertentu. Perniagaan yang dijalankan oleh pemilik bersendirian boleh buka
sepanjang hari dan setiap hari termasuk hari cuti. Ia mendapat banyak langganan
apabila kedai-kedai di jalan besar ditutup. Ia adalah bebas membuat konsesi dengan
tujuan untuk mengambil hati dan mengekalkan pelanggan-pelanggan di kedainya
sementara pembantu jualan bagi kedai-kedai besar mungkin tidak mempunyai kuasa
untuk membuat konsesi-konsesi seperti itu.
8
Peniaga kedai runcit juga kadang kala memberi kredit kepada pelanggan-
pelanggannya secara persendirian maka ia mempunyai kedudukan yang lebih baik
untuk memberi kredit. Oleh itu ia dapat pelanggan-pelanggan yang tidak boleh
membayar secara tunai. Ia juga memberi mereka perhatian persendirian yang
mustahak dalam perniagaan seperti perkhidmatan penghantaran barang ke rumah
pelanggan.
Oleh yang demikian, peruncit-peruncit perlu membuat perancangan yang
teliti, tahu perubahan citarasa pelanggan serta bertindak pantas dalam melaksanakan
proses pengurusan perniagaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan peruncitan,
pengguna atau pelanggan adalah faktor utama yang perlu diambil kira dan peruncit
perlu mempunyai satu pemahaman yang jelas tentang gelagat pembelian pelanggan.
Ini bagi mengelakkan peruncit menghadapi masalah yang boleh mengganggu-gugat
kelancaran operasi perniagaan, seterusnya boleh menyebabkan perniagaan ditutup.
1.3 Penyataan masalah
Perniagaan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Perniagaan kadang
kala dapat membentuk bagaimana cara manusia, bekerja dan bermain. Umpamanya,
penggunaan komputer telah mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi. Begitu
juga dengan penggunaan robot dan alat elektronik lain. Perniagaan runcit telah
memainkan peranan bagi mengeluar, memasar dan menjual perbagai jenis barangan
dan perkhidmatan yang memberi satu corak penghidupan kepada manusia.
Dunia perniagaan sememangnya suatu bidang yang mencabar. Mereka yang
menceburi bidang ini sudah mengenali dan menempuhi pelbagai rintangan dan
halangan. Sebahagian mereka berjaya dan telah mengecapi kesenangan daripada
hasil perniagaan mereka. Kejayaan mereka tidak datang bergolek, tetapi
bergelumang dengan usaha dan dugaan. Untuk mengekalkan kejayaan setiap
perniagaan, peniaga atau usahawan seharusnya terus mewujudkan motivasi dan
9
disiplin diri yang tinggi, mencari sebanyak mungkin pengalaman atau selok belok
perniagaan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan perniagaan.
Tambahan pula masa depan perniagaan peruncitan kini telah diancam oleh
kewujudan pelbagai bentuk perniagaan terutamanya pusat membeli belah.
Perkembangan ini telah menyebabkan perniagaan runcit ini kurang diberi perhatian
memandangkan pengurusan dipusat membeli belah adalah lebih tersusun. Ini
merupakan satu ancaman kepada peruncit untuk lebih memajukan perniagaan mereka
walaupun tidak dapat bertanding sepenuhnya dengan pelbagai tawaran oleh pusat
membeli belah.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah di rangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang
dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai
sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :
i. Mengenalpasti amalan pengurusan kewangan perniagaan peniaga-peniaga
kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.
ii. Mengenalpasti amalan pengurusan operasi perniagaan dan pengeluaran
perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan
perniagaan mereka.
iii. Mengenalpasti amalan pengurusan sumber manusia perniagaan peniaga-
peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.
iv. Mengenalpasti amalan pengurusan pemasaran perniagaan peniaga-
peniaga kedai runcit bumiputera dalam melaksanakan perniagaan mereka.