Download - 7_1Citizen_PUO_E kesejahteraan
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
e-Kesejahteraan
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Objektif Pembelajaran
Objektif modul ini adalah untuk:
• Mengenal pasti ergonomik yang betul untuk pekerjaan yang menggunakan komputer
• Mengenal pasti bahaya terhadap kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan komputer
• Mengenal pasti masalah sosial yang dikaitkan dengan ketagihan menggunakan Internet dan komputer
• Mengenal pasti cara mengitar semula dan melupuskan peralatan komputer dengan betul
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Pengenalan
Elemen ini membincangkan:
• Isu-isu kesihatan dan keselamatan.
• Langkah-langkah bagi mengurangkan risiko.
• Memperkenalkan istilah-istilah berkaitan:
• Ketagihan komputer & Internet
• Ergonomik
• Impak ke atas alam sekitar kesan daripada penggunaan komputer
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Elemen e-Kesejahteraan
Dalam Program 1Citizen, e-Kesejahteraan adalah berkenaan dengan kesejahteraan fizikal dan psikologi di alam teknologi.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Ergonomik
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Definasi Ergonomik
Ergonomik adalah sains yang membantu manusia membina mesin atau peralatan komputer agar selesa dan mudah digunakan oleh pengguna.
Ini termasuk rekacipta perkakasan atau perabot seperti kerusi komputer, tetikus, papan kekunci dan lain-lain yang berguna dan baik untuk kesihatan.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Aplikasi Ergonomik dalam Kehidupan
Meja
• Laraskan ketinggian permukaan meja kerja anda.
• Pastikan siku berkeadaan lurus dan kawasan jari berada di atas permukaan meja.
• Pastikan tangan tidak ke bawah kerana permukaan yang rendah, atau ke atas kerana permukaan yang tinggi.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Aplikasi Ergonomik dalam Kehidupan..
Kerusi
• Guna kerusi yang boleh dilaras ‘ketinggian & kecondongan’ untuk kesihatan tulang belakang.
• Sekiranya kaki tidak menyentuh lantai, guna alas bagi mengelakkan ketegangan otot kaki.
• Laraskan bahagian sokongan belakang bagi mengelakkan tekanan tambahan pada bahagian belakang.
• Pilih kerusi yang boleh dilaras bahagian tempat letak tangan bagi mengelakkan ketegangan pada leher dan bahu.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Aplikasi Ergonomik dalam Kehidupan..
Postur semasa menggunakan papan kekunci
• Letakkan diri anda dalam keadaan santai dan posisi semulajadi yang memudahkan pergerakan.
• Tukar postur kedudukan dengan kerap. Elakkan postur statik yang membebankan bahagian sendi terutamanya pada pergelangan tangan.
• Pastikan diri anda ‘kerap berehat seketika’ semasa menggunakan komputer.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Aplikasi Ergonomik dalam Kehidupan..
Perkara lain yang boleh dilakukan
• Sesuaikan kedudukan papan kekunci
• Laras Kedudukan skrin
• Susun atur semua benda atas meja
• Kawal kadar pencahayaan
• Hindari silau and pantulan cahaya
• Guna perkakasan ergonomik
• Awas radiasi monitor
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Video Cara Mewujudkan Suasana Ergonomik di Rumah
e-Kesejahteraan _V001
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Fizikal Pengguna
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas kesihatan fizikal
Tekanan Kecederaan berulang-ulang (Repetitive Stress Injuries - RSI)
• Ianya berlaku disebabkan penggunaan tangan untuk tempoh yang lama. Simptomnya seperti sakit, rasa terbakar, bengkak, berdenyut-denyut, kebas, hilang hilang ketangkasan dan rasa lemah.
Carpal Tunnel Syndrome
• Ini disebabkan oleh pergerakan tangan secara berulang-ulang. Simptom penyakit ini ialah kebas tangan dan sakit pada pergelangan tangan.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas kesihatan fizikal..
Sakit Bahagian Tulang Belakang (Back Pain)
Elak dari duduk dalam postur statik kerana ia
boleh menyebabkan tekanan kepada bahagian
belakang, leher, bahu, lengan dan kaki.
Kecenderungan duduk terlalu lama boleh
menyebabkan regangan pada ligamen. Pada
jangkamasa lama, ianya boleh merosakkan
struktur tulang belakang yang menyebabkan
bahagian belakang.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas kesihatan fizikal..
Ketegangan Mata (Eye Strain)
Mata akan menjadi tegang apabila bekerja di tempat yang mempunyai pencahayaan tidak sesuai atau melihat skrin yang berkedip. Namun ia bersifat sementara dan hilang selepas satu tempoh tertentu.
Simptomnya seperti kering mata, rasa seakan terbakar, gatal mata, kabur atau nampak objek berganda, sakit kepala, loya dan letih.
•
Sindrom Penglihatan
Komputer
Satu keadaan sementara akibat daripada terlalu menumpukan mata pada
skrin komputer untuk satu tempoh masa yang lama. Antara gejalanya
termasuk sakit kepala, penglihatan kabur, sakit leher, keletihan, ketegangan
mata, kering, penglihatan berganda, polyopia, dan kesukaran yang menfokus
mata.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi Pengguna
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi
Penghendap Siber
Penghendap Siber adalah satu bentuk gangguan Internet. Kebanyakan mangsa adalah golongan muda. Jika aktiviti ini dilakukan dengan niat yang jahat, ianya dikenali sebagai Pemangsa Atas Talian atau ‘Online Predators’.
Kriteria pemangsa atas talian ialah golongan lelaki, pandai menggoda, suka mengasingkan diri, sadistik dan mengamalkan seks rambang.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Video Mengenai Penghendap Siber
e-Kesejahteraan_V002
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Pornografi
Pornografi adalah berkenaan kandungan laman web yang tidak sesuai untuk golongan dewasa atau kanak-kanak. Sesetengah agama menganggapnya sebagai dosa dan eksploitasi wanita.
Dalam masa yang sama ia boleh merosakkan nilai moral sesebuah masyarakat. Adalah dipercayai pornografi merupakan penyebab utama kepada kes-kes jenayah rogol dan salah laku seks.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Mengabai Keluarga dan Kawan-kawan
Individu-individu yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan komputer akan mengabaikan hubungan mereka dengan orang lain termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan.
Akhirnya mereka hilang kemahiran bersosial. Sekiranya mereka bertemu dengan orang, mereka sukar berinteraksi. Biasanya mereka akan menyegerakan urusan mereka atau mencari helah untuk kembali kepada komputer.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Gangguan Tidur
Individu yang asyik dengan komputer menyebabkan mereka tidur lewat atau berjaga malam.
Ini boleh mewujudkan sikap negatif seperti kurang prestasi kerja, tidak produktif dan tidur pada masa yang tidak sepatutnya.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Pembelian Atas Talian
Sesetengah pembeli atas talian membeli barang mengikut gerak hati atau spontan.
Mereka sering membeli benda-benda yang tidak dirancang. Tabiat ini menyebabkan mereka berhutang kerana membeli lebih dari kemampuan diri.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Video Berkenaan Pembelian atas Talian
e-Kesejahteraan_V003
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Perjudian Atas Talian
Penjudi atas talian membuang masa berjudi daripada bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Golongan ini mudah terdorong untuk melakukan perbuatan salah seperti mencuri atau meminjam wang dari lintah darat yang menyebabkan ahli keluarga mereka terdedah kepada bahaya.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Kajian Kes 1: Perjudian Atas Talian
http://www.hmetro.com.my/articles/Anakpulanglewat__8216_telaah__8217_judi/Article/
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Kajian Kes 1: Perjudian Atas Talian..
RAWANG: Segelintir pelajar berpakaian sekolah berasak-asak menunggu giliran untuk melepaskan gian terhadap permainan Internet yang berunsur perjudian di beberapa pusat Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang.
Pemerhatian Metroplus hampir tiga jam baru-baru ini mendapati ada pelajar ponteng sekolah untuk memasuki premis bercermin gelap itu seawal jam 11 pagi semata-mata mahu melepaskan gian bermain judi Internet.
Kebanyakan mereka menghabiskan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam setiap hari di pusat berkenaan. http://www.hmetro.com.my/articles/Anakpulanglewat__8216_telaah__8217_judi/Article/
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Bahaya Komputer ke atas Psikologi..
Permainan Atas Talian
Ada kajian menyatakan permainan atas talian bermanfaat kerana pemain perlu berfikir dan membuat keputusan tepat untuk satu situasi kompleks.
Namun ia juga mempunyai kesan negatif seperti membuang terlalu banyak masa, membazir wang, tidak produktif, menghadapi masalah dalam ejaan dan penggunaan bahasa kesat.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Video Permainan Komputer dan Gangguan Tidur
e-Kesejahteraan_V004
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara Melupuskan Bahan Berkaitan dengan Komputer dengan Selamat
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara melupuskan bahan berkaitan dengan komputer dengan selamat
Bijak Ketika Mengguna
• Lazimkan dengan membaca dokumen-dokumen pada paparan skrin.
• Guna monitor yang memerlukan kuasa elektrik yang rendah.
• Matikan komputer jika tidak digunakan atau apabila hendak ditinggalkan pada satu tempoh masa.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara melupuskan bahan berkaitan dengan komputer dengan selamat
Penggunaan Kertas dan Katrij Pencetak
• Cetak kertas bila perlu untuk menyelamatkan pokok-pokok dari ditebang.
• Kertas-kertas lama hendaklah diguna pakai untuk draf-draf kerja.
• Katrij dakwat pencetak juga boleh dikitar semula.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara melupuskan bahan berkaitan dengan komputer dengan selamat
Komputer dan Kitar Semula
Komputer perlu dilupus dengan cara berhemah kerana ia diperbuat daripada logam-logam dan bahan-bahan yang membahayakan kesihatan dan menjejaskan alam sekitar.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara melupuskan bahan berkaitan dengan komputer dengan selamat
Lupus dengan Cara Menderma
Sekiranya anda membeli komputer baru, berikan komputer lama anda kepada orang yang boleh memanfaatkannya atau mendermakan kepada badan-badan kebajikan.
PERINGATAN!!! Lupuskan cakera keras supaya pemilik baru tidak boleh melihatkan maklumat sensitif
ANDA.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Cara melupuskan bahan berkaitan dengan komputer dengan selamat
Lupus dengan Cara Menghantar ke Pusat Kitar Semula
Sekiranya komputer anda telah rosak atau tidak boleh diperbaiki, lupuskannya di pusat-pusat kitar semula.
PERINGATAN!!!
Lupuskan cakera keras supaya pemilik baru tidak boleh melihatkan maklumat sensitif
ANDA.
Copyright © 2011 Prestariang Systems | We Train and Certify Professionals
Kesimpulan
• Aplikasikan ergonomik yang betul semasa menggunakan komputer
• Fahami bahaya komputer terhadap kesihatan diri dan keluarga anda
• Perihatin terhadap masalah sosial yang dikaitkan akibat penggunaan komputer dan Internet
• Kitar semula semua peralatan komputer dengan cara yang betul dan selamat