7/27/2019 82455886 Susut Nilai Dan Susut Nilai Terkumpul
http://slidepdf.com/reader/full/82455886-susut-nilai-dan-susut-nilai-terkumpul 1/4
SUSUT NILAI DAN SUSUT NILAI TERKUMPUL
• Susut nilai bermaksud kejatuhan nilai bagi Aset Bukan Semasa perniagaan
• Susut nilai merupakan belanja kepada perniagaan maka direkod sebagai belanja dalam
Penyata Pendapatan/ debit Akaun Untung Rugi.
• Contoh merekod :
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir ………
Belanja:
Susut Nilai Kenderaan
RM
XXXX
RM
Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir …….
RM
Susut Nilai Kenderaan xxxxx
• Susut nilai terkumpul ialah jumlah susut nilai yang dikumpul daripada tahun pertama susut
nilai dikira sehingga tahun semasa dalam tempoh perakaunan
• Susut nilai terkumpul akan direkod pada Kunci Kira-kira di bahagian Aset Bukan Semasa,
dengan menolak daripada kos asal aset bukan semasa untuk mendapatkan nilai buku aset
berkenaan
• Contoh merekod:
Kunci Kira-Kira pada ………
Aset Bukan Semasa
Kenderaan(-) Susut Nilai Terkumpul
RM
XXXX(XXXX)
RM
XXXX
• Pengiraan susut nilai dapat dilakukan dengan tiga kaedah iaitu kaedah garis lurus/
ansuran tetap/kos tetap, kaedah baki berkurangan dan kaedah penilaian semula
7/27/2019 82455886 Susut Nilai Dan Susut Nilai Terkumpul
http://slidepdf.com/reader/full/82455886-susut-nilai-dan-susut-nilai-terkumpul 2/4
1) KAEDAH GARIS LURUS/ANSURAN TETAP/KOS TETAP
Jumlah susut nilai adalah sama setiap tahun sepanjang tempoh usia guna aset berkenaan
Aset mungkin boleh dijual setelah tamat usia dengan nilai jualan aset itu yang dikenali sebagainilai skrap
Formula:
Susut Nilai Tahunan =Kos Asal – Nilai Skrap
Usia guna aset
CONTOH 1: Perniagaan Rinni membeli sebuah mesin bernilai RM 28 000 dan dijangka dapat
digunakan selama 5 tahun. Pada akhir tahun ke-5, mesin itu dijangka dapat dijual sebagai besi buruk
bernilai RM 3 000. Hitung susut nilai tahunan badi aset tersebut
CONTOH 2: Perniagaan Puspa membeli jentera memproses tebu bernilai RM 10 000. Susut
nilai ditetapkan pada kadar 20% setahun daripada kos asalnya. Hitungkan susut nilai tahunan
aset itu
Susut Nilai tahunan = Kos asal aset X Kadar susut nilai
7/27/2019 82455886 Susut Nilai Dan Susut Nilai Terkumpul
http://slidepdf.com/reader/full/82455886-susut-nilai-dan-susut-nilai-terkumpul 3/4
2. KAEDAH BAKI BERKURANGAN
Susut nilai tahunan dikira berasaskan kadar peratus yang tetap terhadap nilai buku aset dan
bukan kos asal aset.
Untuk memeproleh nilai buku, kos asal aset ditolak dengan susut nilai terkumpul aset
berkenaan
Contoh : Kedai Mun Yee membeli sebuah mesin fotostat dengan harga RM 20 000. Kadar
peratus susut nilai dianggarkan sebanyak 10% setahun. Susut nilai tahunan dikira mengikut
kaedah baki berkurangan selama tiga tahun. Hitung susut nilai tahunan mesin fotostattersebut.
TAHUN PENGIRAAN SUSUT
NILAI
SUSUT NILAI
TERKUMPUL
7/27/2019 82455886 Susut Nilai Dan Susut Nilai Terkumpul
http://slidepdf.com/reader/full/82455886-susut-nilai-dan-susut-nilai-terkumpul 4/4
3. KAEDAH PENILAIAN SEMULA
Rumus : Susut nilai = Nilai aset pada awal tahun + belian aset – Nilai aset pada akhir
tahun
Contoh : Pada 1 Januari 2012, baki awal alat-alat kecil bagi kedai Motor Arumugam bernilaiRM 1 800. Sepanjang tempoh perakaunan, pemilik kedai telah membeli alat-alat kecil bernilai
RM 4 500. Pada akhir tempoh perakaunan, iaitu 31 Disember 2012, nilai semasa alat-alat kecilialah RM 5 100