Download - 9.-Inspection and Testing electrical
ELECTRICAL INSTALLATION
9. PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN
PENGENALAN Pengujian adalah perkara penting yang perlu dilakukan kepada setiap pemasangan elektrik
sebelum bekalan boleh diberikan. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-
ujian tertentu dilaksanakan dan disahkan tiada kecacatan terdapat pada pemasangan
tersebut.
Tujuan utama pengujian ialah untuk memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu telah
dilaksanakan dengan sempurna dan ianya selamat untuk digunakan selaras dengan
kehendak Akta dan Peraturan berikut:
a. Akta Bekalan Elektrik 1990
b. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
c. Peraturan MS IEC 60364 – part 6-61
d. Safety regulation
Ujian-ujian hendaklah dilakukan mengikut peraturan semasa oleh orang kompeten yang
berdaftar dengan Jabatan Bekalan Elektrik dan masih sah, mengikut kategori masing-
masing. Orang kompeten dengan sijil PW2 boleh menguji dan mengendos borang H untuk
pemasangan fasa tunggal, manakala orang kompeten dengan sijil PW4 pula boleh menguji
dan mengendos borang H untuk pemasangan fasa tunggal dan tiga fasa.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pelajaran ialah untuk:
1.Mengenali jenis-jenis pengujian pepasangan 1 fasa.
2.Mengetahui prosedur membuat pengujian pepasangan 1 fasa
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran pelatih akan dapat:
1. Kenal jenis-jenis pengujian pepasangan 1 fasa.
2. Buat pemeriksaan dan pengujian selepas siap pendawaian.
3. Pilih jenis-jenis pengujian yang sesuai untuk pemeriksaan pemasangan.
BPLK EEV 1016184
ELECTRICAL INSTALLATION
9.1 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Sebelum pengujian dilakukan pemeriksaan secara penglihatan hendaklah dibuat terlebih
dahulu. Ini adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu telah siap secara
fizikalnya. Jika terdapat bahagian atau komponen pemasangan tersebut tidak lengkap ianya
tidaklah perlu lagi diuji. Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa
mengunakan apa-apa alat uji. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah seperti
yang berikut:
a. Sambungan pengalir ketat dan baik.
b. Pengenalan dan kod warna kabel betul.
c. Pemilihan saiz kabel yang betul.
d. Label pengenalan litar, fius dan fungsi suis hendaklah tercatat dan disediakan.
e. Papan-papan tanda amaran bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.
f. Notis tarikh ujian semula ada dicatatkan.
g. Plat nama kontraktor terpasang di tempat yang sepatutnya.
h. Memeriksa keadaan fizikal peranti dan kelengkapan yang digunakan untuk
memastikan samada sesuai kadarannya atau sebaliknya dan berada dalam keadaan
baik dan selamat. ( tidak retak, pecah , reput dan sebagainya)
i. Perlindungan daripada bahaya renjatan ada disediakan dan masih baik.
j. Pertolongan cemas.
BPLK EEV 1016185
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2 UJIAN LITAR MATI
9.2.1 Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.
9.9.2 Ujian keterusan pengalir pelindung
9.2.3 Ujian Rintangan Elektrod Bumi
9.2.4 Ujian Penebatan
9.2.5 Ujian Kekutuban
9.2.1 UJIAN KETERUSAN PENGALIR LITAR AKHIR GELANG
Tujuan ujian ini untuk memastikan bahawa conductor bagi litar akhir gelang
membentuk suatu gelang tanpa sambungan bersilang atau gelung tidak lengkap.
Dilakukan pada soket alir keluar. Untuk memastikan kabel L-L , N-N dan E-E adalah
betul terutama pada pemasangan baru. Alat yang digunakan ialah:
a. alat uji loceng
b. multimeter.
c. AVO meter
d. ring main tester/ socket tester (dalam litar hidup)
tatacara ujian:
1) bekalan diputuskan (litar mati)
2) Laraskan ‘Range Selector Knob’ pada nilai ohm yang terendah (x1)
3) Litar pintaskan ‘test pin’ merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk
menunjukkan bacaan sifar (0) dengan melaraskan ‘adjuster knob’
4) Cantum pengalir hidup L1 dengan N2 dan L2 dengan N1 sehingga ujian keterusan
pengalir litar akhir gelang ini selesai dijalankan – Rujuk Rajah 9.1
BPLK EEV 1016186
ELECTRICAL INSTALLATION
5.Rekodkan bacaan pertama yang diambil pada Unit Pengguna – rujuk rajah 11.2
BPLK EEV 1016187
SAK 1 SAK 2
SAK 3 SAK 4
UP
L2
N2N1
L1
Unit Pengguna
Rajah 9.1
Rajah 9.2
ELECTRICAL INSTALLATION
6.Rekodkan bacaan kedua yang diambil pada SAK 1 – Rujuk rajah 9.3
7.Rekodkan bacaan ketiga yang diambil pada SAK 2 - Rujuk rajah 9.4
8.Rekodkan bacaan keempat yang diambil pada SAK 3 –Rujuk rajah 9.5
BPLK EEV 1016188
E
N L
E
SAK 1N L
E
N L
E
SAK 3N L
SAK 2
SAK 1
Rajah 9.3
Rajah 9.4
Rajah 9.5
ELECTRICAL INSTALLATION9.Rekodkan bacaan kelima yang diambil pada SAK 4 – Rajah 9.6
Keputusan :-
i. Kelima-lima bacaan yang direkodkan mestilah sama nilainya.
ii. Bacaan yang diperolehi mestilah tidak melebihi 0.5 Ω
iii. Bacaan yang terbaik adalah 0 Ω
Kesimpulan
Sekiranya bacaan yang diperolehi melebihi 0.5 Ω atau tidak sama, berkemungkinan :-
1) Saiz kabel yang digunakan adalah tidak sama diantara pengalir fasa, neutral dan
pengalir pelindung litar.
2) Jarak dari Unit Pengguna dengan soket alir keluar itu terlalu jauh.
3) Penyambungan yang longgar.
4) Kekutuban yang salah.
5) Suhu sekeliling yang tinggi
BPLK EEV 1016189
E
N L
Bil Perkara Bacaan
1. Unit Pengguna
2. SAK 1
3. SAK 2
4. SAK 3
5. SAK 4
SAK 4
Rajah 9.6
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.2 UJIAN KETERUSAN PENGALIR PELINDUNG
Ujian ini bertujuan untuk mengetahui sambungan pengalir bumi dalam keadaan
betul, mempunyai keterusan yang baik dan juga mempunyai rintangan yang rendah.
Ianya juga memastikan pengalir pelindung dalam keadaan selamat dan pendawaian
boleh diberikan bekalan.
Alat yang digunakan :
a. multimeter
b. loceng
c. insulation tester
d. AVO meter
Tatacara menjalankan ujian.
Sebelum ujian ini dijalankan, pastikan perkara berikut dipatuhi :-
i. Bekalan utama (suis utama) di’OFF’kan.
ii. RCCB di’OFF’ kan
iii. MCB di’OFF’kan
iv. Semua beban hendaklah ditanggalkan.
BPLK EEV 1016190
ELECTRICAL INSTALLATION
Ujian Litar Lampu.
i. Sambungkan ‘test lead’ merah ke pengalir fasa dan ‘test lead’ hitam ke ‘CPC’ pada Unit Pengguna.
ii. Pintaskan pengalir fasa dan ‘CPC’ pada suis satu hala seperti Rajah 10
i. Rekodkan bacaan rintangan yang diperolehi
BPLK EEV 1016191
Lampu 1
Dipintaskan
UP
Suis 1
Lampu 2
E
NL
Rajah 9.7
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.3 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
i. Elektrod bumi perlu mempunyai rintangan yang rendah supaya apabila
berlaku kerosakan ke bumi, arus bocor dapat mengalir ke bumi dengan
mudah dan cepat bagi menghindarkan bahaya kejutan elektrik.
ii. Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk pemasangan elektrik ialah 1
ohm manakala elektrod bumi untuk penangkap kilat ialah 10 ohm.
iii. Elektrod bumi yang selalu digunakan ialah rod tembaga yang panjangnya 6
kaki dan bergarispusat 5/8”. Selain dari itu paip G.I dengan garispusat 2” dan
panjang 8 kaki, plat tembaga, wire mesh juga boleh digunakan.
iv. Alat uji yang digunakan ialah alat uji elektrod bumi.
v. Paip-paip air dan gas awam tidak boleh dijadikan elektrod bumi tetapi ianya
mestilah disambung dengan terminal bumi menggunakan konduktor pengikat
(bonding conductor) yang bertujuan untuk menjadikannya sama beza
keupayaan (equipotential) dengan bumi iaitu kosong volt.
Jika nilai 1 ohm tidak diperolehi ia perlu dikurangkan dengan mengunakan salah
satu cara yang berikut:
1. tambahan elektrod secara selari hendaklah dilakukan mengikut kesesuaian
tanah sehinggalah nilai tersebut diperolehi.(sedalam 6 meter)
2. mengisi garam disekeliling elektrod (8 bln sekl).
3. mengisi arang batu kedalam elektrod.
4. menabur serbuk besi disekeliling elektrod.
5. memasang elektrod di tempat yang lembap.
6. memasang atau panjang luas keratin rentas elektrod.
Tujuan :
i. Menguji rintangan elektrod bumi
ii. Mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu adalah
bersesuaian.
iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan
rintangan bertindih dengan elektrod lain.
BPLK EEV 1016192
ELECTRICAL INSTALLATION
Alat penguji yang digunakan :- Jangka Penguji Bumi (Earth Tester).
Tatacara menjalankan ujian 1. Periksa bateri – ‘selector switch’ pada kedudukan ‘B’ dan tekan ‘push button’. Pastikan
jarum penunjuk pada posisi ‘Battery’.
2. Sambungkan terminal ‘E’ ke elektrod yang hendak di uji dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir hijau) – 5 meter –Rujuk rajah 9.10
3. Sambungkan terminal ‘P’ ke pancang Voltan (spike potential) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir kuning) pada jarak 10 meter. –Rujuk rajah 9.10
4. Sambungkan terminal ‘C’ ke pancang Arus (spike current) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir merah) pada jarak 20 meter. –Rujuk rajah 9.10
BPLK EEV 1016193
B
VPush ‘ON’
Rajah 9.8: Earth tester
Rajah 9.9
ELECTRICAL INSTALLATION
Pengukuran voltan elektrod.
i. ‘Selector switch’ pada ‘V’ dan tekan ‘push button’. Jarum penunjuk akan
menunjukkan bacaan voltan pada elektrod yang diuji.
ii. Bacaan normal ialah diantara 0 hingga 10 Volt.
iii. Sekiranya bacaan melebihi 10 Volt, tanggalkan sambungan ‘konduktor bumi’
sedia ada (disconnected).
Nota : Voltan yang melebihi 10 Volt pada elektrod boleh merosakkan jangka penguji
bumi dan bacaan yang diperolehi adalah tidak tepat.
BPLK EEV 1016194
E CP
Elektrod
10 meter5 meter5 meter
Rajah 9.10 Pengukuran Elektrod Bumi
ELECTRICAL INSTALLATION
Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi.
i. ‘Selector switch’ pada ‘’. Tekan ‘push button’ sambil melaras ‘dial scale’
sehingga jarum menunjukkan sifar (0).
ii. Rekodkan bacaan pertama (Z1) – Rajah 18
Contoh : Z1 = 10
iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan
kedua (Z2) – Rajah 18
Contoh : Z2 = 10
iv. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan
ketiga (Z3) – Rajah 18
Contoh : Z3 = 10
Keputusan :
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan elektrod bumi yang diuji.
Z1 + Z2 + Z3
Z = ----------------- 3
10 + 10 + 10 = ----------------- = 10 Ω
3
BPLK EEV 1016195
EPC
6 meter
6 meter
Z1
Z2
Z3
Rajah 9.11
ELECTRICAL INSTALLATION
Kesimpulan :
1. Ujian hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali bertujuan untuk mengelakkan
bacaan tidak tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih.
2. Nilai rintangan elektrod bagi :
i. Pepasangan domestik keseluruhan : 1 Ω
ii. Penangkap Kilat : 10Ω
3. Sekiranya nilai rintangan bumi yang diperolehi melebihi nilai rintangan yang
ditetapkan, tindakan berikut haruslah diambil :
i. Menambah panjang elektrod
ii. Menanam beberapa elektrod secara selari
Rajah 9.12: Penanaman elektrod secara selari
BPLK EEV 1016196
Unit Pengguna
E1 E2
L
2 x L
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.4 UJIAN PENEBATAN
Ujian penebatan bertujuan untuk mempastikan nilai rintangan penebatan kabel atau
peralatan elektrik adalah melebihi dari yang dikehendaki oleh peraturan dan
standard tertentu. Ini untuk menghindarkan dari berlakunya litar pintas atau
kebocoran arus diantara mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau
diantara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana logam yang
dibumikan.
Rujuk Peraturan MS IEC 60364 -612.3
Untuk pendawaian biasa nilai rintangan penebatan mestilah melebihi 1 megaohm.
Nilai biasa yang diperolehi selalunya melebihi 50 megaohm. Kabel yang pendek
mempunyai nilai rintangan yang rendah manakala kabel yang panjang akan
menjadikan nilai rintangannya tinggi.
Nilai rintangan penebatan antara elemen atau bahagian hidup dengan bahagian
logam terdedah untuk alat-alat elektrik hendaklah tidak kurang dari 0.5 megaohm.
Kebocoran ke bahagian-bahagian logam seperti paip air akan menjadikan logam
tersebut hidup dan ini membahayakan pengguna serta satu pembaziran tenaga
elektrik kerana kuasa terbuang begitu sahaja ke bumi. Arus sebesar lebih kurang
0.05A boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Ini bererti rintangan
penebatan ke bumi bernilai 4,800 ohm (240V/0.05A) sudah cukup untuk
mendatangkan bahaya. Arus bocor juga boleh mempercepatkan kelunturan bahan
penebat.
BPLK EEV 1016197
ELECTRICAL INSTALLATION
Untuk sistem tiga fasa, neutral dan bumi, ujian penebatan yang perlu dijalankan
adalah seperti berikut:
i. Antara fasa Merah dan Kuning
ii. Antara fasa Kuning dan Biru
iii. Antara fasa Merah dan Biru
iv. Antara fasa Merah dan Neutral
v. Antara fasa Kuning dan Neutral
vi. Antara fasa Biru dan neutral
vii. Antara fasa Merah dan Bumi
viii. Antara fasa Kuning dan Bumi
ix. Antara fasa Biru dan Bumi
x. Antara fasa Neutral dan Bumi
xi. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru dan Neutral
xii. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kunung, Biru dan Bumi
xiii. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru, Neutral dan Bumi
Sebelum ujian penebatan sistem pendawaian dijalankan, alat-alat elektrik, lampu-
lampu dan apa-apa juga beban hendaklah diasingkan terlebih dahulu. Jika tidak
alat-alat tersebut mungkin rosak dan bacaan rintangan penebatan juga menjadi
rendah dari yang sepatutnya.
Alat penguji yang digunakan :- Insulation Tester (Penguji Penebatan)
I. Voltan kendalian adalah arus terus
II. Keupayaan Penguji 500 Volt adalah untuk menguji voltan beban kurang daripada 500
Volt
III. Keupayaan Penguji 1000 Volt adalah untuk menguji voltan beban kurang daripada
1000 Volt
IV. Ini adalah bertujuan untuk menguji penebatan yang lemah.
BPLK EEV 1016198
ELECTRICAL INSTALLATION
Prosedur Sebelum Ujian Dijalankan bagi ujian penabatan antara pengalir.
I. Putuskan bekalan utama contohnya ‘OFF’ kan Suis Utama
II. Putuskan (tanggalkan) sambungan pada kesemua beban.
-supaaya rintangan yang diuji adalah rintangan penebatan dan bukannya rintangan
beban.
III. ‘ON’ kan kesemua suis.
Tatacara menjalankan ujian.
1. Litar Lampu :
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
BPLK EEV 1016199
Rajah 9.13
ELECTRICAL INSTALLATION
2. Litar Soket Alir Keluar 13 A – Litar Jejari
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
3. Litar Soket Alir Keluar 13 A.- Litar Gelang
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
BPLK EEV 1016200
Rajah 9.14
Rajah 9.15
ELECTRICAL INSTALLATION
4. Unit Pengguna (Consumer Unit)
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
5. Pepasangan Pendawaian Tiga Fasa
BPLK EEV 1016201
PVK DAWAI
KELULI
ALASSALUTANPLUMBUM
PITA
KAIN
PITA
LOGAM KERTAS
TERISITEPU
PVK
SUIS UTAMA
PLAB
M C B
UNIT PENGGUNA
EN
L
Rajah 9.16
Rajah 9.17
ELECTRICAL INSTALLATION
Dilakukan pada pengalir :-
i. R & Y viii. Y & E
ii. Y & B ix. B & E
iii. R & B x. N & E
iv. R & N xi. RYB & N
v. Y & N xii. RYB & E
vi. B & N xiii. RYBN & E
vii. R & E
6. Alat Radas / Motor
Rajah 9.18: Ujian penebatan antara pengalir bagi motor
Rajah 9 .19: Ujian penebatan antara pengalir bagi peralatan
BPLK EEV 1016202
U1 V1 W1
V2 W2U2
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.20: Ujian penebatan antara pengalir dengan bumi
Keputusan :
i. Bacaan yang diperlukan mestilah tidak kurang daripada 1 M bagi semua
pemasangan.
ii. Bagi peralatan elektrik, contohnya cerek elektrik, motor, mesin dan lain-lain,
bacaan mestilah tidak kurang daripada 0.5 M.
Rumusan :
Sekiranya didapati bacaan kurang daripada nilai diatas, berkemungkinan :-
i. Litar pintas / salah sambungan
ii. Penebat kabel lemah / pecah
BPLK EEV 1016203
Kabel mudah lentur peralatan
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.5 Ujian Kekutuban
Ujian ini selalunya dilakukan untuk pemasangan baru dimana bekalan elektrik belum
diperolehi, atau pemasangan sedia ada dimana bekalannya diputuskan terlebih
dahulu.
1) Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.
2) Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.
3) Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa,
neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.
Peraturan MS IEC 60364 - 612.7:
Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan bahawa:
(i) setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung disambung dalam
konduktor fasa sahaja.
(ii) bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada BS 6776 di
dalam litar yang mempunyai konduktor neutral terbumi mempunyai kontak luaran
atau yang diskru kepada konduktor neutral.
(iii) Pendawaian telah disambung dengan betui kepada soket alur keluar dan
aksesori yang serupa.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan sebelum ujian dijalankan ialah:
i. Matikan bekalan
ii. Semua lampu dikeluarkan dari pemegangnya atau membuka
sambungannya
iii. Semua peralatan elektrik dibuka sambungannya
iv. Semua fius-fius dikeluarkan atau MCB di OFFkan
Alat uji yang boleh digunakan ialah:
BPLK EEV 1016204
ELECTRICAL INSTALLATION
a. Loceng
b. Multimeter (pengukuran rintangan)
c. Ohm meter
d. Alatuji penebatan
1.Ujian Kekutuban pengalir fasa
Rajah 19.21: Ujian kekutuban pengalir fasa
Keputusan – bacaan (0 Ω)/ loceng berbunyi
2. Ujian kekutuban pengalir neutral
BPLK EEV 1016205
Bekalan 240V 50 HzMultimeter/ Avo meter
S /U PLBK
N E1
2 3
suis utamadimatikan
L N
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.22: Ujian kekutuban pengalir Neutral
Keputusan – ada bacaan (0 Ω)/ loceng berbunyi
3. Ujian kekutuban pemegang lampu skru Edison.
BPLK EEV 1016206
Bekalan 240V 50 Hz
Multimeter/ Avo meter
Suis utama PLBK
N E1
2 3
suis utamadimatikan
L N
ELECTRICAL INSTALLATION
i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan terminal tengah pada pemegang
lampu skru Edison.
ii. Keputusan yang betul seperti rajah dibawah :-
Suis ON - 0 Suis OFF - infiniti (∞)
Rajah 9.23: Pemegang Lampu Skru Edison
BPLK EEV 1016207
ELECTRICAL INSTALLATION
BPLK EEV 1016208
LATIHAN 9.2
1.Senaraikan jenis-jenis pengujian( litar mati);
a)………………………………………………………..
b)………………………………………………………..
c)………………………………………………………..
d)………………………………………………………..
e)………………………………………………………..
2. Apakah tujuan ujian keterusan pengalir litar akhir gelang dilakukan?
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
3. Berapakah nilai minimum penebatan untuk pepasangan elektrik? Dan berapakah nilai bacaan terbaik untuk ujian penebatan ini?
i. .……………………………
ii. ……………………………
4. Apakah jenis alat pengujian yang digunakan untuk ujian rintangan elektrod bumi dan berapakah nilai yang ditentukan bagi pepasangan dan penangkap kilat?
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
5. Berikan prosedur yang perlu dilakukan sebelum ujian kekutuban dijalankan;
i. ……………………………………………………………………………………….
ii. ……………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………….....
iv. …………………………………………………………………………………….....
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3 PENGUJIAN – LITAR HIDUP
9.3.1 UJIAN KEKUTUBAN DENGAN LITAR HIDUP
Ujian ini dilakukan dengan litar hidup dengan menggunaka multimeter/AVOmeter/
lampu uji bagi memastikan perkara-perkara berikut:
i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.
ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.
iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa,
neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.
Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan bahawa:
b. setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung
disambung dalam konduktor fasa sahaja.
c. bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada
BS 6776 di dalam litar yang mempunyai konduktor neutral terbumi
mempunyai kontak luaran atau yang diskru kepada konduktor neutral.
d. Pendawaian telah disambung dengan betui kepada soket alur
keluar dan aksesori yang serupa.
Tatacara ujian kekutuban dengan litar hidup:
a. Tanggalkan semua beban daripada litar
b. Sambungkan alat uji seperti ditunjukkan dalam rajah.
c. Sekiranya lampu uji menyala/multimeter ,AVOmeter menunjukkan 240 volt,
ini menunjukkan sambungan adalah betul.
BPLK EEV 1016209
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.24: Ujian kekutuban pengalir fasa (litar hidup)
BPLK EEV 1016210
Bekalan 240V 50 HzLN
Suis utama PLBK
N E
12 3
suis utamadimatikan
Multimeter(volt),AVOmeter(volt), lampu uji
ELECTRICAL INSTALLATION
`
Rajah 9.25: Ujian kekutuban pengalir Neutral (Litar hidup)
BPLK EEV 1016211
Bekalan 240V 50 Hz
Suis utama PLBK
N E
12 3
suis utamadimatikan
L N
Multimeter(volt)/ AVO meter (volt)/ Lampu uji
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3.2 UJIAN GALANGAN GELUNG KEROSAKAN KEBUMI.
Bacaan galangan lengkaran bumi boleh diperolehi dengan menggunakan alat yang
dipanggil Line earth loop impedance tester. Alat ini hanya boleh digunakan keatas
pemasangan yang mempunyai bekalan. Ia mempunyai plug top yang perlu dipasang
kepada soket alir keluar 13A.
Di mana langkah-langkah pelindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan
tentang impedans gelung kerosakan bumi, impedans yang relevan hendaklah
disukat untuk menentukan kaedah altematif. Di mana kaedah altematif yang
diterangkan dalam Peraturan 413-02-12 (lihat Jadual 41C) digunakan, impedans litar
konduktor pelindung yang berkenaan hendaklah disukat/ukur.
Tujuan :
Untuk memastikan nilai galangan gelung kerosakan kebumi bagi sesuatu
pepasangan tidak melebihi daripada had maksimum mengikut peraturan IEE (Jadual
604B1) dan (Jadual 604B2).
Alat penguji yang digunakan
Line Earth Loop Tester.
Tatacara menjalankan ujian :
1. Pilih julat yang tinggi (0 hingga 100Ω) dan sekiranya bacaan didapati kurang
daripada
2. 10Ω, maka hendaklah menggunakan julat yang rendah (0 hingga 10Ω)
BPLK EEV 1016212
Rajah 9.26:Line earth loop tester
ELECTRICAL INSTALLATION
3. Sambungkan palam tiga pin (plug) pada soket alir keluar 13A.
4. Semasa ujian dijalankan hendaklah dipintaskan L1 dan L2 serta N1 dan N2
(kemasukan dan keluaran) pada RCCB kerana dikuatiri ia akan terpelantik semasa
ujian dijalankan serta bacaan tidak dapat direkodkan.
5. ‘ON’ soket alir keluar 13A dan pastikan lampu L-N dan L-E menyala. Ini
menunjukkan kekutuban adalah betul. Sekiranya lampu L-N dan L-E tidak menyala
ujian tidak boleh diteruskan.
6. Tekan butang penguji serta rekodkan bacaan.
- Keputusan tadi hendaklah dirujuk dengan mengambilkira jenis peranti dan
kadarannya sebagaimana contoh dibawah :-
Pepasangan satu fasa 240 V. 50 Hz. yang menggunakan Suis Utama adalah HRC
berkadaran 32A, maka galangan gelung kerosakan kebumi maksimum tidak melebihi
0.92Ω.
Kesimpulan :-
Keputusan bagi pepasangan di atas mestilah tidak melebihi 0.92Ω,
Perkara yang perlu dilakukan sekiranya impedan tinggi / melebihi had yang ditetapkan.
i. Tukarkan jenis peranti kepada yang mempunyai kepekaan yang lebih seperti MCB –
Ini adalah kerana MCB 32A membolehkan impedan sehingga 1.88Ω.
ii. Besarkan saiz pengalir pelindung litar, pengalir bumi serta pengalir ikatan utama dan
tambahan.
iii. Rendahkan nilai rintangan elektrod bumi.
BPLK EEV 1016213
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3.3 UJIAN PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RCCB)
Tujuan ujian pemutus litar arus bocor ke bumi adalah Untuk memastikan Pemutus
Litar Arus Baki (PLAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku
kebocoran arus kebumi.
Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak langsung hendak disediakan oleh
peranti arus baki, kekesanannya hendaklah disahkan melalui ujian yang menyerupai
keadaan kerosakan yang sesuai dan bebas daripada mana-mana kemudahan ujian
yang digabungkan didalam peranti.
Ada dua cara untuk menguji RCCB iaitu:
a. Menggunakan Butang Tekan Trip
Menekan butang trip yang terdapat pada RCCB tersebut, sama ada ia
terpelantik atau tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCCB dan
masa yang diambil untuk ianya terpelantik.
b. Menggunakan RCCB Tester
Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket
alir keluar 13A. Dengan memilih kepekaan yang sama dengan kepekaan
RCCB yang hendak diuji alat ini boleh menentukan sama ada RCCB boleh
terpelantik dan masa yang diambil untuk terpelantik juga boleh diketahui.
Masa tersebut mestilah tidak melebihi 40 milisaat.
BPLK EEV 1016214
ELECTRICAL INSTALLATION
Alat penguji yang digunakan
RCCB Tester / RCD Tester
Tatacara menjalankan ujian :
Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan
RCCB yang digunakan pada pepasangan tersebut.
Contohnya : 100 mA / 0.1 A
Laraskan suis operasi kepada ‘No Trip’
(½ Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 pin
pada soket alir keluar 13 A.
iii. ‘On’ soket alir keluar 13 A – pastikan lampu P-N dan P-E menyala ataupun
berfungsi. Ini menunjukkan kekutuban adalah betul.
Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala – ujian tidak boleh
diteruskan.
BPLK EEV 1016215
100 mA
DIGITAL RCCB (ELCB) TESTER 00.0
Rajah 9.27:RCCB tester/RCD tester
ELECTRICAL INSTALLATION
iv. Tekan butang uji – bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan
pada masa yang sama lampu ‘test’ menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala.
v. Pada waktu ini RCCB tidak akan terpelantik.
vi. Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) – ulang langkah 4 dan 5.
vii. Ubah suis operasi kepada ‘Trip’ (Rated mA = 100%).
viii. Tekan butang uji – RCCB akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan
mestilah tidak melebihi 200 milisaat.
BPLK EEV 1016216
200.2
202.0
63.0
ELECTRICAL INSTALLATION
ix. Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve)
x. Tekan butang uji – RCCB akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak
melebihi 200 milisaat.
xi. Ujian diatas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan
yang hampir tepat.
xii. Rekodkan keputusan ujian di dalam Borang H (Borang Perakuan Ujian).
xiii. Tukarkan suis operasi kepada ‘Fast Trip’ dan tekang butang uji – RCCB akan
terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat.
xiv. Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800.
BPLK EEV 1016217
60.0
34.5
ELECTRICAL INSTALLATIONKesimpulannya :-
BILKEDUDUKAN SUIS
OPERASIMASA KENDALIAN KEPUTUSAN
1 No Trip > 200 ms Tidak Terpelantik
2 Trip < 200 ms Terpelantik
3 Fast Trip < 40 ms Terpelantik
BPLK EEV 1016218
ELECTRICAL INSTALLATION
BPLK EEV 1016219
ELECTRICAL INSTALLATION
BPLK EEV 1016220
LATIHAN 9.3
1.Senaraikan jenis-jenis pengujian( litar hidup);
a)………………………………………………………..
b)………………………………………………………..
c)………………………………………………………..
2. Berikan peraturan IEE yang digariskan untuk ujian kekutuban;…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
3. Apakah alat yang digunakan untuk ujian galangan gelung kerosakan kebumi dan apakah tujuan ujian ini dilakukan?
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
3. Apakah tujuan ujian pemutus litar bocor kebumi dilakukan?
.…………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
4. Apakah alat yang boleh digunakan untuk ujian pemutus litar bocor kebumi?
i. ……………………………………………………
ii. ……………………………………………………
ELECTRICAL INSTALLATION
RUMUSAN
Untuk tajuk pemeriksaan dan pengujian pepasangan, kita telah mempelajari:
1. Jenis – jenis pengujian pepasangan (litar mati dan hidup)
2. Mengetahui peraturan MS IEC 60364 yang berkaitan ujian- ujian tersebut.
3. Cara dan prosuder dalam menjalankan ujian pepasangan.
4. Alat-alat uji yang boleh digunakan bagi setiap jenis ujian.
RUJUKAN
1. Peraturan – Peraturan MS IEC 60364
2. Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik (edisi ke-2), Abd Samad Hanif,Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004
3. Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Haji Hanif,Mohd Nazri Bin Haji
Mustapa,Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1989.
4. Nota Panduan Subjek Electrical Installation 1, Cawangan Kurikulum Bahagian
Kemahiran Mara, Disember 2000.
5. Nota Pengujian pepasangan, PEJEMA.
BPLK EEV 1016221