A. TUJUAN PROJEK KIK/INOVASI
Untuk Mewartakan kawasan pengairan dalam bentuk digital menggunakan
PEGIS map browser.
Rajah 1 : Laman Utama PEGIS
B. KETERANGAN SEBELUM PROJEK KIK/INOVASI DILAKSANAKAN
1. Sejak kebelakangan ini, banyak tanah sawah telah ditambun atau ditanam
dengan kelapa sawit tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Perkara ini telah menjadi isu yang telah dibangkitkan di Persidangan Dewan
Undangan Negeri untuk menjadikan lot-lot sawah ini dikekalkan sebagai
tanaman padi sahaja.
2. Banyak lot-lot tanah di kawasan pengairan walaupun telah dizonkan sebagai
kawasan pembangunan dan telah dibangunkan untuk pelbagai projek
perumahan atau komersial tetapi masih terikat di bawah warta kawasan
pengairan dan perlu membayar cukai parit dan taliair. Maka semakan semula
kawasan pengairan yang diwartakan di bawah Ordinan taliair dan pembatalan
bagi lot yang diberi kelulusan untuk dikeluarkan dari warta atau
pembangunan perlu dilakukan.
3. Tempoh masa yang lama iaitu sekurang-kurang 2 hari atau lebih yang diambil
oleh Juruteknik dalam menyediakan ulasan teknikal bagi permohonan
pembangunan.
1
4. Juruteknik perlu membuat siasatan ke tapak lot untuk mengenalpasti samada
lot tanah berkenaan merupakan kawasan pengairan atau sebaliknya dan
menyemak pelan lama yang disimpan di bilik/kabinet pelan.
5. Kehilangan pelan lama atau kerosakan yang disebabkan oleh serangga
perosak.
6. Data lot-lot tanah di kawasan pengairan yang ada di Jabatan adalah rekod
lama yang kurang pasti ketetapan.
7. Pelan lot-lot tanah di kawasan pengairan yang ada di Jabatan adalah
merupakan pelan lama. Terdapat lot-lot baru dan pecahan-pecahan lot yang
dilaksanakan selepas tahun 1991 yang tidak dikemaskini.
8. Kaedah pengemaskinian data tidak sistematik kerana dilakukan terus di atas
pelan lama yang dibuat secara manual. Ini akan menyebabkan pelan lama ini
menjadi kotor dan menyukarkan Juruteknik untuk membaca/mengenalpasti.
9. Menyukarkan untuk membuat cetakan mengikut saiz kertas yang
dikehendaki.
C. KETERANGAN SEBELUM PROJEK KIK/INOVASI DILAKSANAKAN
Projek KIK/Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya menghasilkan seperti berikut :
1. Penukaran sistem kerja dan pencapaian maklumat cara manual kepada
sistem berkomputer yang lebih dinamik, cekap dan berkesan.
2. Memudah dan mempercepatkan proses permohonan mengeluarkan lot-lot
tanah dari kawasan pengairan yang diwartakan pada masa akan datang.
Juruteknik hanya perlu memasukkan maklumat lot tanah yang terlibat dan
seterusnya menyemak samada lot tersebut dalam kawasan pengairan
yang telah diwartakan itu. Laman peta ini akan mencari dan memfokuskan
lot tersebut pada skala yang sesuai.
3. Kaedah ini dapat menjimatkan kos dan masa Jabatan tanpa perlu merujuk
pada peta lama atau membuat siasatan di tapak.
4. Kaedah yang terbaik bagi memastikan penanaman padi di negeri Pulau
Pinang tidak terjejas dan kekal sebagai kawasan tanaman padi.
5. Peta dan data yang terkini kawasan pengairan yang diwartakan bagi
seluruh Negeri Pulau Pinang.
2
6. Pengkalan data yang dibangunkan mengandungi maklumat-maklumat
terperinci seperti daerah, mukim, no.lot, keluasan tanah, pelan lokasi dan
no. warta.
7. Maklumat boleh diperolehi dengan kadar segera dan capaian maklumat
boleh dilakukan 24 jam sehari.
8. Melalui penggabungan internet dan GIS (sistem maklumat geografi), data
bagi setiap lot yang diwartakan dapat dicari dengan lebih cepat dan
pantas.
9. Peta dan data digital ini boleh terus dicetak mengikut saiz kertas yang
diingini apabila diperlukan.
10. Pelan dan data kawasan pengairan yang diwartakan dapat dikemaskini
dengan mudah dan cepat.
11. Pelan dan data dapat dipelihara dan dan disimpan dengan baik.
12. Menggalakkan perkongsian maklumat antara jabatan/agensi kerajaan
negeri.
Pelan dan data digital kawasan warta pengairan bagi seluruh negeri Pulau Pinanng
ini boleh diakses di laman Pegis Map Browser dengan menggunakan alamat internet
seperti berikut : http://pegismap.penang.gov.my.
D. FAEDAH-FAEDAH DARI KIK/INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Kreativiti
Inovasi ini melibatkan penggunaan teknologi ICT. Melalui penggabungan
internet dan GIS (sistem maklumat geografi), data bagi setiap lot yang
diwartakan seluruh negeri Pulau Pinang dapat dicari dengan lebih cepat
dan pantas. Capaian maklumat boleh dilakukan 24 jam sehari oleh
pengguna yang berdaftar kecuali jika terdapat sebarang masalah pada
pelayan komputer.
b. Signifikan
Inovasi ini memberi impak yang besar terhadap JPS Negeri dan Daerah
iaitu melalui penjimatan masa, kos dan tenaga untuk memproses sesuatu
3
permohonan pembangunan di kawasan warta pengairan. Inovasi ini
adalah pemangkin kepada penukaran sistem kerja dan pencapaian
maklumat cara manual kepada sistem berkomputer yang dinamik, cekap
dan berkesan.
c. Efisien
Melalui inovasi ini, permohonan untuk apa saja keperluan bagi lot-lot yang
diwartakan dapat dibuat dengan segera dan seterusnya rekod dikemaskini
dengan baik serta boleh terus dicetak mengikut saiz kertas yang diingini
apabila diperlukan.
d. Replicability
Inovasi ini dapat membantu JPS Negeri, Daerah dan jabatan/agensi
kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya Pejabat Tanah dan Daerah
dalam membuat carian dan menyemak status sesuatu lot tanah itu dengan
serta merta samada lot tersebut adalah lot warta pengairan atau
sebaliknya. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan jabatan untuk
memberi ulasan dan membuat keputusan berhubung dengan sesuatu
permohonan pembangunan.
Selain itu, Jabatan dapat membuat tambah nilai lapisan pada peta yang
telah dibangunkan ini samada data Jabatan sendiri atau daripada
jabatan/agensi lain. Ini dapat membantu jabatan/agensi berkenaan untuk
membuat perancangan dan kajian. Contohnya bagi jabatan/agensi lain
seperti Jabatan Pertanian mempunyai data jenis haiwan perosak yang
terdapat di kawasan-kawasan pengairan. Data tersebut boleh
diintegrasikan ke dalam sistem dengan menambah nilai lapisan jenis
haiwan perosak yang terdapat di kawasan-kawasan pengairan. Akan
datang JPS merancang untuk menambah nilai lapisan pergerakan air
untuk setiap skim pengairan. Ini dapat membantu JPS dalam membuat
perancangan atau penambahbaikan bagi setiap skim pengairan tersebut.
4
e. Keberkesanan Kos
Inovasi ini telah dapat menjimatkan masa tanpa perlu menyiasat di tapak
dan mencari pelan lama di bilik/kabinet peta untuk memberi ulasan dan
membuat keputusan. Selain itu, kos juga dapat dijimatkan melalui
perkongsian maklumat antara jabatan/agensi kerajaan negeri Pulau
Pinang yang menyumbang maklumat-maklumat jabatan mereka di laman
ini.
f. Potensi Perlaksanaan
Laman Pegis Map Browser yang mengandungi maklumat lot-lot warta
pengairan ini dikhususkan hanya untuk kegunaan jabatan/agensi kerajaan
negeri Pulau Pinang yang berkaitan sahaja dengan menggunakan kata
laluan (password) yang dibekalkan oleh Pusat Pegis.
g. Komitmen Pengurusan Atasan
Projek inovasi ini telah mendapat sokongan daripada pengurusan atasan
JPS dan MMK Pertanian agar semua kawasan pengairan diwartakan
semula mengikut kaedah terkini. Ini melibatkan penyediaan pelan dan data
dalam bentuk digital dengan kerjasama Pusat Pegis.
5
E. BAGAIMANA SISTEM PEGIS MAP BROWSER BOLEH MENYELESAIKAN
MASALAH
• Sistem PEGIS Map Browser adalah merupakan antara laman peta
yang berinfomasi GIS yang berasaskan teknologi internet dan GIS. Ia
dapat membantu jabatan-jabatan kerajaan di negeri Pulau Pinang
mengakses maklumat di Pusat PEGIS dengan cepat dan tepat tanpa
memerlukan sumber kewangan yang tinggi.
• Sistem PEGIS Map Browser telah menyediakan satu Carta Aliran
Proses Pencarian Maklumat Lot Pengairan di mana tempoh pencarian
adalah 5 minit dan telah dipendekkan serta perjalanan proses tersebut
lebih sistematik. Pembentukan fungsi dan capaian laman peta ini
bercirikan mesra pengguna dan interaktif.
• Pegawai tidak perlu mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam
bidang GIS untuk melayari dan boleh dipelajari dalam tempoh kurang
daripada 15 minit. Laman peta ini juga boleh dilayari 24jam sehari di
mana-mana lokasi yang boleh dihubungkan dengan internet.
• Panduan penggunaan PEGIS Map Browser bagi proses pencarian
maklumat lot pengairan adalah seperti berikut :-
6
1. Layari laman sesawang http://pegismap.penang.gov.my
2. Bagi pengguna berdaftar, perlu masukkan nama dan kata laluan yang diperolehi
daripada Pusat PEGIS. Kemudian klik pada butang ‘Login’.
3. Klikkan pilihan lapisan peta-peta yang dikehendaki untuk paparkan semua
lapisan maklumat-maklumat yang ada dalam kumpulan maklumat.
7
4. Untuk membuat carian lot, pada menu Aplikasi dan pilih Carian Lot. Satu
tetingkap akan dipaparkan.
5. Memasukkan nama daerah, nama mukim dan nombor lot. Sistem akan zoom
kepada lot tanah yang dicari. Jika lot berkenaan tidak dijumpai satu mesej
akan dipaparkan.
8
6. Untuk mendapatkan keluasan lot, pilih polygon lot yang dikehendaki. Klik
pada menu maklumat data dan pilih lapisan maklumat yang berkaitan. Satu
tetingkap yang mengandungi maklumat mengenai lapisan data tersebut akan
dipaparkan.
7. Dengan klik ikon google earth, pengguna akan dipaparkan peta google yang
menunjukkan lokasi lot yang dicari. Pengguna akan lebih mudah mengesan
lot tersebut di tapak.
9