Transcript
Page 1: Abdul Hamid Bin Ahmad

ABDUL HAMID BIN AHMADA13 FELDA SRI LEDANG,85220 JEMENTAH ,SEGAMAT, JOHOR. 017-7548517

30 JUN 2007Kepada ,

Tuan Pengarah,Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Johor.

Tuan,

Per : MOHON PERUNTUKAN PEMBELIAN PERALATAN GASING

Merujuk perkara di atas , saya selaku JSBN ( Gasing ) sedang menjalankan latihan gasing bertempat di gelanggang gasing Felda Sri Ledang yang melibatkan sekolah-sekolah berikut :-

1. KTB SK RKT Sri Ledang ( 12 orang pelajar )2. KGB SMK Tun Sri Lanang Sri Jaya Bukit Serampang ( 12 orang pelajar )

2. Untuk makluman tuan , kami memerlukan kelengkapan peralatan yang secukupnya bagi menjalankan program latihan tersebut.Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan dapat kiranya menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1440.00 bagi menampung pembelian peralatan berikut :

a. Tali Gasing 24 utas 24 X RM 15.00 = RM 360.00b. Gasing Pusing 24 X RM 20.00 = RM 480.00c. Gasing Pangkah 24 X RM 25.00 = RM 600.00

Jumlah = RM 1440.00

3. Besarlah harapan saya, sekiranya perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan tuan, segala kerjasama diberi didahului jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..(HAMID BIN AHMAD )0712 JSBN


Top Related