Download - Adab-Adab Murid 2
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1. Isi Kandungan 1
2. Kata Pengantar 2
3. Pendahuluan 3
4. Pengertian Adab 4-6
5. Adab Murid Mengikut Tradisi Islam 7-20
6. Adab-adab Pelajar Masa Kini 21-26
7. Kesimpulan 27-28
8. Rujukan 29
1
KATA PENGANTAR
Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”
Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang
dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya
Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-
Nya .
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk
junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , saya
MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM, IEB130010 telah dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang
banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras
penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya . Seterusnya , tak lupa juga kepada
pensyarah saya , Dr Mohd Anuar Bin Mamat yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar
agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna.
Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan ialah mengenai Sejarah dan Falsafah
Pendidikan Islam iaitu “Adab-adab Murid : Antara Tradisi Islam dan Pelajar Masa
Kini” , skop penulisan saya adalah mengenai perbezaan adab pelajar Islam dulu dengan adab
pelajar masa kini.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi
manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian.
2
PENDAHULUAN
Adab adalah semula jadi, ia tidak benar-benar diajar atau dipelajari, tetapi ia adalah
semula jadi maju. Kanak-kanak memperoleh adab daripada ibu bapa mereka, pelajar-pelajar
dari guru-guru mereka, muda dari tua-tua. Kami mungkin mempunyai pengetahuan yang
banyak tetapi kekurangan adab dan kita mungkin mempunyai adab yang banyak tetapi kurang
pengetahuan, tetapi ia adalah adab yang memegang nilai yang lebih besar dan kepentingan.
Dalam masyarakat hari ini, di mana ibu bapa, guru, dan orang yang lebih tua tidak lagi diberi
penghormatan yang betul, menghormati atau hak; adab asas telah dibuat keluar cepat, dan
pada masa yang sama kita bersaing untuk kemuliaan, pengetahuan, atau keuntungan duniawi.
Ibn Al-Mubarak berkata, "Mukhlid Ibn al-Husayn pernah berkata kepada saya, “Kita
lebih memerlukan memperolehi adab daripada belajar Hadith”.Ini menekankan bahawa ilmu
sahaja tidak mencukupi untuk membina keperibadian Islam yang kukuh dan seimbang.
Zakaria Imam al-Anbari pernah berkata: “Ilmu tanpa Adab seperti api tanpa kayu, dan Adab
tanpa pengetahuan adalah seperti roh tanpa badan”.
Oleh itu, sejumlah besar pengetahuan dan kekurangan yang teruk dalam adab, ertinya
seseorang adalah lebih sedikit daripada keldai yang sarat dengan buku-buku. Apa gunanya
buku kepada keldai itu tanpa dapat membaca? Begitu juga, apa gunanya ilmu pengetahuan
kepada orang Islam, tanpa mannerisms praktikal dan etika yang benar-benar mentakrifkan
kita sebagai orang Islam?
3
PENGERTIAN ADAB
Adab yang pada pandangan mata kasarnya hanya dibina dengan empat huruf sahaja
sebenarnya mendokong maksud dan konsep yang juga amat luas. Ia boleh dikatakan
merangkumi konsep keseluruhan kehidupan dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Pelbagai
pendapat dan kupasan telah diutarakan oleh para sarjana mengenai adab sejak bermulanya
tamadun ilmu itu sendiri. Kamus Dewan (1989) mendefinisikan adab sebagai tingkah laku
serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti, kesopanan. Sekali imbas
definisi yang diberikan amat mudah dan ringkas, namun jika diteliti maka ia merupakan kata-
kata yang amat besar konotasinya.
Adab dalam bahasa arab memiliki dua makna ; makna khusus dan makna umum.
Secara umum األدب bererti berhias diri dengan akhlak yang luhur seperti jujur dan amanah,
orang bijak mengatakan : تأديبي فأحسن ربي Tuhanku“ أدبني telah mendidikku dengan
sebaik-baik pendidikan.” Dalam definisinya, Al-Jurjani meletakkan Adab sebagai sesuatu
yang setara dengan Ma’rifah yang mencegah pemiliknya dari terjerumus ke dalam berbagai
bentuk kesalahan.
Secara Khusus “Al-Adab” bererti :
سواء والسامعين، القراء عواطف ثيرفي التأ إلى به يقصد الذي البليغ االنشائي الكالم
نثرا أم شعرا كان
“Iaitu perkataan yang indah dan jelas, dimaksudkan untuk menyentuh jiwa mereka
yang mengucapkan atau mendengarnya baik berupa syair mahupun nas atau prosa. “
Perkataan tersebut haruslah memenuhi beberapa persyaratan, iaitu :
Lafaznya haruslah mudah dan indah
Memiliki kedalaman makna
Menyentuh jiwa
Huraian yang lebih terperinci tentang konsep adab dalam Islam disampaikan oleh
Prof. Naquib al-Attas. Menurut Prof. Naquib, adab adalah “pengenalan serta pengakuan akan
hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat
dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta.” Pengenalan
adalah ilmu; pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa
4
amal; dan pengakuan tanpa pengenalan seperti amal tanpa ilmu. ”Keduanya sia-sia kerana
yang satu menyifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi menyifatkan ketiadaan
kesedaran dan kejahilan,” demikian Prof. Naquib al-Attas.1
Tingkahlaku, tutur kata, budi bahasa, budi pekerti dan kesopanan semuanya
mempunyai kaitan dengan pendidikan dan etika manusia itu sendiri. Menurut Rosenthal
(1992) adab adalah istilah yang lebih luas kerana ia memasukkan perkara etika, moral,
kelakuan dan adat istiadat, sebagai tambahan kepada perkara pembelajaran. Berdasarkan
huraian tersebut, adab boleh juga dikaitkan dengan kesopanan dan ketertiban. Menurut
Kamus Dewan (1989) sopan bermaksud hormat, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan atau
beradab, manakala tatatertib adalah peraturan yang baik yang telah ditetapkan. Oleh yang
demikian, konsep adab ini turut mengheret kita memperjelaskan maksud dan perkaitan antara
nilai, norma, sikap etika dan moral.
Penjelasan-penjelasan adalah perlu kerana eratnya hubungan perkataan-perkataan ini
dengan perkataan adab itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1989) orang yang beradab
dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan (jasmani dan rohani) atau telah bertamadun. Ini
turut membawa maksud bahawa manusia yang beradab mengetahui dan dapat membezakan
antara kejahatan dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan, sesuatu yang berharga
daripada yang tidak berharga, dan sesuatu yang benar dengan yang palsu. Plato dalam
Rosenthal (1992) menyatakan bahawa:
“tujuan adab ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada
nikmat fizikal dan material, dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada raut muka gembira
dan sedih dan segala kejadian yang lain, dan juga tetap berada dalam keadaan yang tidak
diganggui dan tidak aktif, kecuali apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau
keperluan kepada tindakan”.
(Keagungan Ilmu, 1992, hal. 312)
Nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar masyarakat disepakati sebagai nilai-
nilai yang mencerminkan kemahuan masyarakat itu, akhirnya akan menjadi nilai bersama dan
disusun mengikut keutamaannya. Nilai-nilai tersebut pula akan membentuk sikap-sikap
1Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), hal. 118-120
5
tertentu terhadap sesuatu. Dalam memperkatakan perkaitan antara nilai, norma, sikap, dan
etika, INTAN (1994) merumuskan bahawa nilai bolehlah dianggap sebagai benih kehidupan
bermasyarakat, manakala sikap pula adalah pohonnya yang dapat dilihat dalam pelbagai
wajah dan bentuk, dan etika adalah buahnya. Berasaskan sikap terhadap sesuatu, kehidupan
manusia disusun dalam peraturan-peraturan hidup yang dinamakan norma-norma masyarakat.
Seorang pemikir Islam, Ibn ‘Abd-Rabbih dalam Rosenthal (1992) menegaskan
bahawa keseluruhan adab mengandungi semua aspek tingkah laku manusia. Konsep tersebut,
mengaitkan adab dengan keseluruhan tindak tanduk, perbuatan dan perlakuan manusia. Hal
ini menguatkan lagi konsep adab yang dibicarakan. Keseluruhan perbincangan tentang adab
ini akhirnya membawa kita kepada keperluan memahami hubungan antara adab dengan
pendidikan yang menjadi teras belajar dan mengajar.
6
ADAB MURID MENGIKUT
TRADISI ISLAM
ADAB MURID DALAM TRADISI ISLAM
Penyucian zahir dan batin( والباطن الظاهر (طهارة
penyucian zahir ialah menjaga wuduk kebersihan badan dan pakaiannya semampu
yang mungkin. Penyucian batin ialah dia menghendaki sesuatu ilmu ikhlas untuk
beribadat kepada Allah dan menyucikan dirinya daripada akhlak yang keji dan
peribadi yang tidak elok. Hal ini kerana ilmu itu ialah ibadah bagi hati dan dapat
mendekatkan diri kepada Allah.
Mengosongkan hati untuk ilmu pengetahuan dan memutuskan segala perkara yang
menyibukkan.( الشاغلة العالئق وقطع للعلم القلب (تفريغ
Penuntut ilmu tidak akan dapat ilmu kecuali dengan mengosongkan hati daripada
semua perkara yang menyibukkan dia daripadanya. ini dapat menjadikan seorang
penuntut ilmu itu dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang
dipelajarinya.2
Hendaklah mendapatkan buku untuk dipelajari tidak kira sama ada beli atau pinjam.
Tidak mementingkan tulisan buku itu sama ada ia baik atau tidak. Apa yang penting
kandungan buku itu sesuai dan betul untuk dipelajari.3
ADAB MURID MENUNTUT ILMU MENURUT ISLAM
Kitab “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Ulama tasawuf terkemuka dunia, Imam al-Ghazali,
beliau telah membuat mengariskan panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam
penulisannya, beliau telah mengarang dan memperkenalkan sepuluh panduan yang boleh
dijadikan asas pedoman kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. Adab-adab yang
diperkenalkan oleh Imam Ghazali ini perlu dihayati dan diterapkan dalam diri para pelajar
ketika menuntut ilmu agar ilmu yang diperolehi diberkati oleh Allah S.W.T.
2 , Eووى الن لإلمام والمتعلم العالم اداب3 , الغزالي حامد أبي محمد بن محمد اإلسالم حجة الولد أيها
7
1. Pertama, Imam Ghazali memesan agar jauhkan diri daripada perkara-perkara yang
boleh merosakkan akhlak yang murni. Ini kerana ilmu akan mudah diperolehi kepada mereka
yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati
seseorang pelajar itu dicemari dengan perkara-perkara yang buruk atau negetif atau perkara-
perkara yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa seseorang pelajar itu. Ini akan
menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Jadi kesimpulannya, ilmu itu
bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor
tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
2. Kedua, Imam Ghazali menyarankan para pelajar agar tidak terlalu terikat dengan hal-
hal keduniaan yang cenderungan melalaikan fikiran para pelajar daripada menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan pelajar
tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar yang hakiki. Selain
itu, mereka juga akan memalingkan fikiran mereka ketika menuntut ilmu. Perkara ini telah
dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-
Ahzab:4).
Oleh sebab itu, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh perkara-perkara yang boleh
mencemari fikiran mereka, ini akan menyebabkan mereka sukar untuk mengetahui hakikat
ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara
sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau
memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh perkara-perkara yang
tidak kaitan dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap
8
oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke
ladang.
3. Ketiga, di dalam kitab “Ihya’ `Ulum al-Din” juga, Imam Ghazali menasihati agar para
penuntut ilmu tidak bersikap angkuh dan bongkak malah tidak boleh bersikap demikian
terhadap golongan pengajar dan guru. Ia menjadi kewajipan kepada penuntut ilmu untuk
menyerahkan segala urusan dan perkara yang berkait ilmu kepada guru serta mematuhi dan
menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Pelajar yang
belajar berguru juga dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta
sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian itu, para penuntut ilmu
tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang
disampaikannya dengan alasan menganggapan guru tersebut tidak mempunyai ilmu yang
tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kependekan pemikiran yang ada dalam
diri seseorang pelajar islam. Para penuntut ilmu atau pelajar hendaklah dan sepatutnya
sentiasa berhutang budi dengan guru mereka kerana telah menyampaikan ilmu mereka
kepada kita.
4. Keempat, diantara lain adab-adab menuntut ilmu yang digariskan oleh Imam Ghazali
ialah orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan
diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang
melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Megikut logiknya, ia boleh mengelirukan
pemikiran seseorang pelajar terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya. Ia juga boleh
membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan dan kajian yang mendalam dalam
ilmu. Namun walaubagaimanapun, bagi seseorang pelajar yang telah menguasai sesuatu
bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam. Ia tidak menjadi halangan untuk mengkaji
perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu
perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
5. Kelima, Imam Ghazali menyebut, seseorang penuntut ilmu tidak boleh meninggalkan
sesuatu yang berkait dengan disiplin ilmu yang terpuji. Melainkan ia telah dipertimbangkan
dengan sebaik yang mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk seorang menuntut
9
ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih
tinggi. Tetapi jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha dalam menuntut dan
mempelajari ilmu pengetahuan, maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan
penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya masing-masing.
6. Keenam, Imam Ghazali menyebut, seseorang penuntut ilmu tidak boleh memaksa diri
untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan dan cara yang paling bijak
ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu
berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu. Kompetensi
yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti
semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.
7. Ketujuh, satu lagi adab yang disebut oleh Imam Ghazali ialah seseorang penuntut
ilmu itu tidak boleh mencampur adukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan
memahami dengan baik cabang ilmu yang mereka belajar sebelumnya. Ini kerana tertib
dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh sebab itu, sekiranya
seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat
menguasai sesuatu konsep ilmu itu dengan baik. Pemahaman seseorang individu tentang
konsep ilmu akan lebih sempurna dan tersusun jika setiap cabang ilmu yang mereka kuasai
dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.
8. Kelapan, Imam Ghazali menggariskan seseorang penuntut ilmu perlu mengetahui
hakikat dan objektif sesuatu ilmu yang dipelajari. Ini bertujuan untuk menilai sesuatu
kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diamalkan
dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Tujuan utama ilmu yang
dipelajari oleh seseorang pelajar itu hendaklah tidak bertentangan dengan syariat dan
membawa kemudharatan dan kerosakan kepada masyarakat sekitar.
9. Kesembilan, ikhlas dalam menuntut ilmu adalah perkara penting dalam menuntut
ilmu. Imam Ghazali menjelaskan bahawa Ikhlas adalah bertujuan untuk menyucikan jiwa
10
agar tidak timbul perasaan riak dan takabbur di dalam diri seorang penuntut ilmu. Orang yang
ikhlas dalam menuntut ilmu pasti akan lebih dekat dengan Allah serta bersih jiwanya. Ilmu
yang berkaitan dengan keduniaan sepatutnya tidak diabaikan walaupun kita dituntut untuk
menguasai ilmu-ilmu agama. Ini kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era
modenisasi ini, ilmu yang ditakrifkan sebagai fardhu kifayah amat penting bagi masyarakat
Islam kerana ia dianggap sebagai satu keperluan yang perlu dikuasai dan dipegang oleh umat
Islam. Dan sekiranya manusia mengabaikan dan meninggalkan bidang ilmu ini, umat Islam
pasti akan ketinggalan dalam zaman yang serba canggih.
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan” (al-Mujadalah:11)
10. Dan yang terakhir, Imam Ghazali menyebut, setiap penuntut ilmu perlu tahu kaitan
ilmu yang mereka pelajari. Ini bertujuan agar mereka mengutamakan keperluan ilmu yang
perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini amat
penting kerana ia dapat memantapkan lagi pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara.
11
ADAB MURID DENGAN ALLAH S.W.T( سبحان الله
( وتعالى
Sebagai seorang pelajar atau murid yang menuntut ilmu, kita hendaklah meletakkan
ALLAH S.W.T sebagai yang paling utama. Kemudian, kita hendaklah menjaga adab-adab
dengannya. Antara adab-adab dengan ALLAH S.W.T ialah :
Ikhlas lillahi taala dalam menuntut ilmu.
Seorang penuntut ilmu yang sedang mencari ilmu hendaklah sentiasa memberi
perhatian dalam keikhlasan niat dan tujuannya dalam mencari ilmu, iaitu hanya
kerana ALLAH ta’ala . Kerana menuntut ilmu adalah ibadah, dan ibadah tidak akan
diterima kecuali jika niatnya hanya untuk ALLAH ta’ala. ALLAH ta’ala berfirman :
: البينة ] EينMالد NهE ل EينOصOل PْخNم EهR الل NدNوا EعPب Oي ل RالO إ وا NرOمN أ ]5وEمEا
“Dan mereka tidaklah diperintahkan melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah
dengan mengikhlaskan amalan mereka.” [Al Baiyinah : 5[
Di dalam shahihain disebutkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
EوEى ن مEا SٍئOرPام MِّلN Oك ل RمEا Oن وEإ ، OاِتR Mي Oالن ب NاُلEمPعE األ RمEا إن
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung dengan niatnya dan setiap orang akan
memperoleh pahala sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
Nabi shallallahu ‘alaihiwa sallam juga bersabda dalam suatu hadith yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim :
PمN Oك عPمEالE وEأ PمN Oك Nوب قNل OلEى إ NرNظP Eن ي PنOكE وEل ، PمN Oك مPوEال
E وEأ PمN ُصNوEرOك OلEى إ NرNظP Eن ي Eال Eالله RنO إ
“Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk wajah dan harta kalian, namun yang Dia
lihat adalah hati dan amalan kalian.”
12
Hanya meminta pertolongan dan sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T.
Ini adalah di antara perkara penting yang harus diambil perhatian oleh seorang
penuntut ilmu, bahkan perkara ini adalah dasar yang harus ada pada seorang penuntut
ilmu, iaitu sentiasa berdoa atau meminta pertolongan kepada ALLAH ta’ala untuk
memperoleh ilmu yang semakin bertambah serta bermanfaat. Firman ALLAH ta’ala :
طه ( PمYا عOل Oي ِزOدPن Mب Eر PِّلNقE114و (
“Dan katakanlah (wahai Nabi Muhammad), Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmu
kepadaku.” [Thaaha : 11[
Telah kita ketahui juga bahawa Nabi kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam
setiap hari apabila selesai solat subuh, baginda akan berdoa kepada Allah :
YالR EقEب مNت YالEمEعEو Yا Mب طEي قYا PِزOرEو EافOعYا ن PمYا ل Oع EَكNلE أ PسE أ Mي Oن إ RمNهR الل
“Ya Allah sesungguhnya saya minta kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki
yang baik dan amalan yang diterima.”
Mengamalkan ilmu yang dipelajari
Seorang penuntut ilmu harus memandang serius dalam perkara mengamalkan ilmu.
Kerana tujuan dari menuntut ilmu adalah untuk diamalkan. Saidina Ali radhiyallahu
‘anhu berkata :
ارتحِّل وإال أجابه فإن العمِّل، بالعلم يهتف
“Ilmu akan mengajak pemiliknya untuk beramal, jika dia penuhi ajakan tersebut
ilmunya akan tetap ada, namun jika tidak maka ilmunya akan hilang.”
Oleh sebab itu seorang penuntut ilmu harus benar-benar berusaha mengamalkan
ilmunya. Adapun jika yang dilakukan hanya mengumpulkan ilmu namun tidak
13
mengamalkannya, maka ilmunya itu akan mencelakakannya. Sebagaimana sabda
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
EَكP Eي عEل PوE أ EَكE ل ̂ة RجNح Nآن PرNقP وEال
“Al Qur’an akan menjadi penolong bagimu atau yang akan mencelakakanmu.”
Menjadi penolongmu jika kita mengamalkannya, dan mencelakakanmu jika kita tidak
mengamalkannya.
Berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Antara adab lain kita dengan ALLAH ta’ala ialah seorang penuntut ilmu hendaknya
menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia seperti, lemah lembut, tenang, sopan
santun dan sabar.
Menyebarkan ilmu yang dipelajari.
Jika seorang penuntut ilmu memperoleh taufik dari ALLAH ta’ala untuk mengambil
manfaat dari ilmunya, hendaklah dia juga bersemangat untuk menyampaikan ilmu dan
mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Dalam firman Allah ta’ala :
) OرPصEعP رS) (1وEال PسNُخ EفOي ل Eان EسP Oن Pاإل RنO PحEقM) 2إ Oال ب EوEاُصEوPا وEت OاِتEحO الصRال Nوا وEعEمOل Nوا آمEن EينOذR ال RالO إ
) OرP OالصRب ب EوEاُصEوPا ]3وEت العصر) ] سورة
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya kesabaran.” [Al Ashr :1-3[
Didalam ayat yang mulia ini, Allah ta’ala bersumpah bahawa manusia semunya
mengalami kerugian, tidak ada seorang pun yang selamat dari kerugian kecuali orang
yang beriman, berilmu, mengamalkan ilmunya, mendakwahkannya kepada orang lain
serta bersabar atas gangguan yang menimpanya.
14
Dari penjelasan di atas dapat kita diketahui bahawa kedudukan ilmu dan beramal
dengannya itu bertingkat-tingkat. Sebagaimana di nukilkan oleh Adz Dzahabi
rahimahullah di Siyaru A’laamin Nubalaa dari Muhammad bin An Nadhr, dia
berkata :
بثه ثم به، العمِّل ثم حفظه، ثم واإلنصاِت، االستماع العلم أوُل
“Ilmu yang pertama kali adalah mendengar dan diam, kemudian menghafal,
mengamalkannya lalu menyebarkannya.”
Orang yang menyebarkan ilmu akan memperoleh pahala yang besar, kerana setiap
kali ada orang yang mengambil faedah dari ilmu yang dia sebarkan dan dakwahkan
akan dicatat baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengamalkan
dakwahnya tersebut. Sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Yا Pًئ ي Eش PمOهOورNجN أ PنOم EَكOلEَذ NُصNقP Eن ي Eال NهEعO Eب ت PنEم OورNج
N أ NِّلP مOث OرPجE Pاأل EنOم NهE ل EانE ك هNدYى OلEى إ دEعEا PنEم
“Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk maka baginya pahala sebagaimana
pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun juga.”
ADAB MURID TERHADAP GURU DALAM TRADISI
ISLAM
Merendah diri terhadap ilmu dan guru, sentiasa menurut perintah dan nasihat guru,
sentiasa meminta pendapat guru.
Kata Imam Syafie : "Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,maka
hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang
yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab
daripada kalangan mereka yang berilmu"4
4 Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1
15
Mentaati setiap arahan serta bimbingan guru dan bersabar dalam menuntut ilmu.
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan.5
Sentiasa berkhidmat untuk guru-guru dengan mengharapkan balasan pahala serta
kemuliaan di sisi Allah.
Kata Ibnu Abbas : Aku merendah diri tatkala aku menuntut ilmu, maka, aku
dimuliakan tatkala aku menjadi guru
Memandang guru dengan perasaan penuh hormat serta mempercayai kepakarannya.
Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim Nakhaie seperti mana kami
menghormati raja.
Imam Syafie pula berkata: "Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik
perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan
kertas tersebut).“
Rabie berkata: "Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam
Syafi’e„ memandang kepadaku."
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda):“Pelajarilah ilmu,
pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap
orang yang kamu ambil ilmunya “(Riwayat Ath-Thabrani)
Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat ilmu pada bila-bila masa serta
menjadikannya qudwah (ikutan).
Imam Syafie, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun
170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu
wafat pada tahun 179 Hijrah. Imam Syafie tidak pernah meninggalkannya kecuali
ketika pergi ke Mekah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan
feqah. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui,
Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan
sambil mendoakan keselamatannya.
Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti “engkau”dan “awak” dan tidak
memanggil guru dari jauh.
5 Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Yacob,
16
Cendekiawan Arab berkata : Sesiapa yang tidak bersabar dalam merendah diri
dalam pembelajaran, maka sisa umur hidupnya dilitupi dengan kejahilan. Sesiapa
yang bersabar terhadapnya, maka kesemua urusannya membawa kepada kebaikan
dunia dan akhirat.
Tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru.
Dalam satu hadis riwayat Imam Al Hakim, Kaabbin Malik berkata bahawa
Rasulullah telah bersabda: “Barang siapa mencari ilmu untuk menyaingi para
ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia
menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”(Hadis riwayat Al Hakim)
Berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta tegurannya.
Kata Imam Ahmad : Tidaklah aku tidur semenjak 30tahun kecuali aku berdoa bagi
Imam Syafie dan memohon ampun untuknya.
Jika guru tersebut sedang berehat, maka guru itu tidak boleh diganggu.
Ibnu Abbas pernah datang kepada salah seorang daripada sahabat Rasulullah
untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadis. Lalu dikatakan kepadanya:"Dia
sedang tidur. Maka duduklah Ibnu Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan
kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu Abbas pun menjawab:
Jangan."
ADAB MURID DENGAN IBU BAPA DALAM ISLAM
Dalam Islam, kita memang diwajibkan untuk menghormati ibu bapa kita. Tidak kira
sama ada dia Islam atau kafir. Ibu bapa merupakan insan yang pertama sekali mendidik kita
dalam kehidupan. Jika baiklah ajarannya, yakni diajar dengan menerapkan pendidikan Islam,
maka baiklah perangai serta sikap anaknya. Adab dengan ibu bapa juga perlu dijaga agar
dapat keredaan serta keberkatan dalam menuntut ilmu. Antara adab-adab murid terhadap ibu
bapa dalam Islam ialah :
17
Memohon restu dan izin apabila keluar menuntut ilmu.
Sangat penting bagi kita apabila keluar menuntut ilmu meminta izin dahulu
daripada mereka untuk restu mereka. Restu mereka terdapatnya keberkatan
ALLAH S.W.T.
Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata: Sesungguhnya seorang lelaki dari
Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk
berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di
Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka
memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika
mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka
berbuat baiklah kepada mereka berdua.”
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa walaupun berjauhan.
Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim
yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya.
Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua
orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat
baik kepada mereka.
Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa.
Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang
tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara
tinggi.
Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.
(Surah an-Nisaa, ayat 23).
Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
18
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup
atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya
melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka
keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat
24).
Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat
keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai
seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka
berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah
mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku
kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).
19
ADAB MURID DENGAN SESAMA MURID
(SAHABAT) DALAM ISLAM
Adab sesama murid juga hendaklah sentiasa dijaga. Ini bertujuan supaya kita dapat
menuntut ilmu dalam keadaan tenang dan mudah. Selain itu, kita juga dapat berkongsi ilmu
dan seterusnya menambah ilmu pengetahuan yang ada. Dengan menjaga adab sesama murid,
kita juga dapat manfaat dari apa yang betul dan apa yang salah semasa menuntut ilmu.
Antara adab murid sesama murid ialah ;
Dia hendaknya mempertahankan kehormatan sahabatnya itu sama ada ketika dia hadir
atau tidak dan tidak mengkhianatinya.
Sentiasa memberikan nasihat kepada sahabat kita apabila mereka memerlukan
pertolongan kita. Nasihatnya kepada mereka hendaklah diberikan secara peribadi dan
hendaklah dengan penuh rendah diri serta bebas dari kesombongan. Dia yang diberi
nasihat hendaklah menerimanya dan hendaklah mereka berterima-kasih serta
melaksanakan nasihat itu mengikut kesesuaian.
Hanya berbaik sangka kepada sahabat itu dan tidak mencari kelemahan mereka.
Menerima permintaan maaf mereka apabila mereka memohon maaf daripada kita.
Selalu dalam keadaan damai dengan sahabat kita.
Dia hendaknya membantu mereka bila sedang diserang.
Tidak meminta menjadi pemimpin mereka, hanya menjadi saudara dengan mereka.
Membantu sahabat kita dalam menuntut ilmu. Contohnya, menerangkan apa yang
sahabat kita tidak faham.
Membantu apabila sahabat kita dalam kesusahan.
20
ADAB-ADAB PELAJAR MASA KINI
Pelajar masa kini semakin jauh dengan adab. Ini kerana mereka tidak didedahkan
tentang pendidikan Islam secara lebih khusus. Oleh sebab itu, mereka tidak hirau mengenai
adab-adab sebagai seorang murid atau pelajar. Selagi mana tujuan mereka tercapai. "Cabaran
dan krisis pendidikan kita timbul akibat kecelaruan ilmu apabila kita tidak lagi menekankan
hakikat ilmu yang benar sehingga kekaburan terhadapnya menyebabkan kita hanya berjaya
melahirkan pekerja mahir dan cekap, tetapi jahil mengenai hakikat kebenaran. "Ia juga timbul
kesan daripada ketiadaan penyemaian dan pemupukan adab sehingga melahirkan manusia
kurang adab, rendah budi bahasa dan pekerti serta luntur nilai murni dan akhlak mulia,".
Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu FBMK, Prof Dr Hashim Musa.
Antara sikap-sikap dan adab-adab pelajar sekarang ialah :
Tidak kisah tentang ilmu.
Pelajar masa kini tidak hiraukan tentang ilmu lagi. Mereka menganggap jika
memperoleh sijil serta kerja itu sudah cukup. Ini berlaku kerana mereka tidak
didedahkan tentang gaya hidup Islam. Perkara ini juga berlaku kerana beberapa faktor
contohnya ibu bapa yang mengharapkan anaknya memperoleh pekerjaan yang tinggi,
guru yang tidak hanya sekadar mengajar mata pelajarannya tanpa menghiraukan anak
muridnya dan pelajar itu sendiri yang hanya mahukan duit.
Hanya mahu hidup bersenang lenang.
Oleh kerana perubahan zaman, kita dapat rasa pelbagai kemewahan dan kemudahan.
Inilah yang menyebabkan mereka malas untuk bergerak ke hadapan. Mereka
menganggap kemudahan yang ada sudah cukup dan mereka tidak perlu berusaha.
Sepatutnya ibu bapa tidak terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan
kemewahan dan kesenangan dan menerapkan pendidikan Islam di dalam kehidupan.
Mereka perlu belajar erti kesusahan hidup agar mereka dapat menghayati hidup dan
bergerak ke hadapan.
Mengambil mudah semua perkara.
21
Sikap mengambil mudah semua perkara ini jenis yang berjangkit. Sikap ini selalunya
datang disebabkan pengaruh rakan sebaya. Kenapa sikap ini wujud? Corak kehidupan
dan suasana persekitaran yang menjadi faktor sikap ini wujud. Mereka yang
mengambil mudah semua perkara ini selalunya hidup dalam keadaan mewah. Apabila
mereka berasa senang, semua perkara dianggap kecil dan tidak perlu dilakukan kerana
mereka sudah senang. Sikap ini dilarang di dalam Islam kerana merugikan diri sendiri
serta mereka yang di sekitarnya.
Tidak boleh menerima pendapat dan nasihat orang lain.
Akibat diri sudah di hanyut kemewahan dan teknologi, mereka tidak dapat menerima
pendapat dan nasihat orang lain. Sikap ini wujud kerana tidak faham tentang kaedah
ilmu. Mereka menganggap ilmu boleh diakses dengan teknologi dan itu sudah cukup.
Mereka juga tidak suka kehidupannya diganggu dan diubah oleh orang lain.
Malas dan tidak suka membaca.
Pelajar sekarang apabila sudah hidup dengan cara sekular, buku atau kitab hanya
dijadikan hiasan. Antara faktor sikap ini terbentuk ialah kerana ibu bapa tidak
mendedahkan kepada anak-anak mereka gaya hidup membaca sejak kecil. Apabila
mereka meningkat dewasa, mereka akan menjadi malas untuk membaca. Jika
digabungkan dengan sifat ego mereka, mereka akan berlagak tahu dan akhirnya
memberi ilmu yang salah kepada orang lain.
Malas menuntut ilmu.
Apabila mereka terpisah dengan kehidupan agama Islam, mereka tidak tahu tentang
kewajipan menuntut ilmu. Itulah apa yang berlaku sekarang. Mereka hanya mahu
hidup dalam kesenangan serta tidak mahu menyusahkan diri mencari ilmu. Jika
ditanya, mereka kata jawab semua ilmu sudah ada di Internet. Gaya hidup sebegini
perlu dicegah sejak mereka kecil lagi
22
ADAB PELAJAR MASA KINI DALAM MENUNTUT
ILMU DAN ADAB TERHADAP GURU
Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, adab pelajar dulu dan sekarang sudah
berubah. Ini termasuklah juga apabila mereka menuntut ilmu atau perkataan yang sesuai
untuk masa kini ialah belajar di dalam kelas. Dengan perubahan zaman dari zaman
menggunakan kuda kepada kereta sebagai pengangkutan, daripada mengaji di masjid kepada
Internet untuk mencari ilmu, adab juga sudah berubah. Begitu juga dengan adab berguru.
Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu. Tanpa guru, ilmu tidak dapat
disampaikan. Begitu juga dengan guru, terdapat pelbagai adab-adab berguru yang telah
digariskan sejak zaman nabi. Tetapi oleh kerana tiada penyerapan mengenai pendidikan Islam
di dalam kehidupan harian, pelajar kini tidak tahu mengenai adab-adab berguru. Mereka
hanya tahu duduk di dalam kelas dan buat ikut sesuka hati mereka.
Antara adab-adab pelajar masa kini dalam menuntut ilmu ialah :
Lewat hadir ke kelas
Sikap ini sudah menjadi trend zaman sekarang. Datang lewat dianggap biasa kerana
pelajar sendiri datang bukan dengan niat untuk menuntut ilmu tetapi terpaksa. Tidak
kira sama ada untuk mendapatkan sijil atau kerana tidak mahu dimarahi. Mereka tidak
kisah dimaki jika datang lewat asalkan mereka lulus dalam peperiksaan.
Tidak tumpu perhatian semasa belajar.
Sudah menjadi kebiasaan pelajar zaman sekarang tidak menumpukan perhatian
semasa belajar. Sekiranya mereka memperoleh nota dari guru, itu sudah cukup.
Kerana, mereka hanya mahu sesuatu untuk dibaca sebelum peperiksaan.
Tidak menghormati atau membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar.
23
Dengan arus teknologi yang semakin berkembang dengan lajunya, pastilah kita tidak
mahu terlepas dengan alat teknologi ini di tangan. Itulah hakikat yang berlaku semasa
guru sedang mengajar. Pelajar akan melakukan perkara lain seperti main game di
handset, melayari internet dan sebagainya. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak
minat belajar atau mereka tidak minat dengan mata pelajaran yang diajar.
Melenting dan marah apabila ditegur.
Pelajar zaman kini juga pantang ditegur. Sesetengah pelajar lebih suka buat sesuatu
mengikut kehendak sendiri. Apabila ditegur,mereka akan menjawab serta berasa tidak
puas hati. Mereka ini kurang ilmu pendidikan islam serta malas belajar agama.
Mempertikaikan apa yang guru ajar.
Spesies ini adalah di kalangan mereka yang kuat membaca tanpa guru. Membaca
memang bagus dan baik tetapi terdapat sesetengah ilmu perlu belajar dengan guru
seperti akidah dan tasawuf. Dan apabila mereka tidak berguru, maka wujudlah satu
pemikiran yang baru dan mempertikaikan apa yang diajar oleh guru. Contoh mereka
yang spesies ini ialah Benz Ali.
24
ADAB PELAJAR MASA KINI TERHADAP IBU BAPA
Seperti yang kita ketahui, ibu bapa ialah insan yang kedua kita wajib hormati serta
menjaga adab-adab terhadapnya. Namun, segelintir pelajar zaman sekarang tidak
menghiraukan perkara itu. Mereka hanya menganggap ibu bapa tiada kaitan dengan menuntut
ilmu. Pandangan mereka itu salah. Ini kerana ibu bapa memain peranan penting dalam untuk
mendapat keberkatan serta manfaat dalam menuntut ilmu. Kerana peredaran masa serta
perkembangan perkara-perkara yang melalaikan, adab-adab terhadap ibu bapa yang
sepatutnya dan wajib kita ikuti berubah.
Adab-adab pelajar masa kini terhadap ibu bapa ialah:
Tidak memohon restu daripada ibu bapa dalam menuntut ilmu.
Tidak bertanya khabar ketika menuntut ilmu.
Sikap mendoakan kesejahteraan mereka
Tidak menghiraukan pesanan ibu bapa
Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka.
25
ADAB PELAJAR MASA KINI TERHADAP SESAMA
PELAJAR (SAHABAT)
Orang yang kita panggil sahabat pada zaman dahulu dengan zaman sekarang sudah
jauh berbeza. Jika zaman dulu, sahabat sanggup menolong kita semasa kesusahan. Tetapi
kini, sahabat hanya berada bersama kita ketika senang dan jauh ketika susah. Apabila perkara
ini berlaku, pastinya adab-adab sesama pelajar juga berubah.
Antaranya :
Kedekut ilmu sesama pelajar atau sahabat.
Suka melaga-lagakan antara sahabat
Bergurau yang berlebihan
Menjatuhkan aib sahabat
Menipu dalam pengajian ilmu
Menghasut sahabat dan sesama pelajar buat perkara tidak baik
26
KESIMPULAN
Kesimpulannya, adab-adab bagi seorang murid atau pelajar sudah diajar oleh agama
Islam dan telah disusun oleh ulama supaya mudah untuk kita ikuti. Setiap keberkatan dan
keredaan ilmu itu, terletak di tangan kita. Kita boleh memilih sama ada untuk ikut atau tidak
adab-adab yang Islam ajar. Atau mahu terus kekal dengan adab-adab yang dipelajari atas
faktor persekitaran.
Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak
Mempunyai Adab Belajar.
PERSONALITI PELAJAR YANG
MEMPUNYAI ADAB BELAJAR
PERSONALITI PELAJAR YANG
TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR
Belajar mengikut jadual yang
ditetapkan
Belajar hanya dengan mengikut
mood
Menguruskan masa belajar dengan
baik
Tidak pandai menguruskan masa
belajar dengan baik
Menghormati Guru Tidak menghormati Guru
Tidak menangguhkan waktu belajar Suka belajar disaat akhir
Rajin belajar Malas belajar
Bermotivasi Tidak bermotivasi
Mempunyai cita-cita Tidak mempunyai cita-cita
Merancang sistem pembelajaran Tidak pandai merancang
27
Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai adab
belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan begitu jelas
sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka belajar secara
bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa personaliti pelajar ini
cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai
adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana mereka melakukan sesuatu
dengan mengikut kata hati mereka.
Akhir kalam, saya harap penulis yang dibuat ini dapat memberi ilmu baru kepada
semua. Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi
manfaat dan di jadikan contoh teladan di dunia dan akhirat kepada sekalian pembaca . Sekian.
28
RUJUKAN
Hashim bin Musa, 1983, Ke Arah Penghayatan Islam Yang Sejati (Towards a
Complete Islamic Way of Life), Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.
al-Attas, S. M. N. (2001). Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: ISTAC.
Al-Imam Al-Ghazali, Al Imam Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali.
الدين علوم أحياء
, Eووى الن لإلمام والمتعلم العالم اداب
, الغزالي حامد أبي محمد بن محمد اإلسالم حجة الولد أيها
Aujazul Masalik, Syarah Al-muatta' Imam Malik; Syeikh Zakariyya al-Kandahawi
Syed Muhammad Naquib Al-Attas ,(1993) The Meaning and Experience of
Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib,(1977) Islam: Faham Agama dan Asas
Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
Kitab Ta’limul Muta’allimm, Syeikh Az-Zarnuji
Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, HusinYacob
29