Download - Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
AJARAN SESAT
PENGERTIAN AJARAN SESAT
• Ajaran atau amalan yang didakwa ajaran islam sedangkan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis.
• Menyalahi prinsip sumber perundangan Islam.
• Bersifat tertutup dan berahsia
• Mendewa-dewakan pemimpim sehingga
menganggap bersifat maksum.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain daripada Allah.
• Membuta tuli dalam pengambilan hukum dan
fatwa
KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT
• Akidah seseorang akan rosak• Masa terbuang.• Minda seseorang akan tertutup.• Kehidupan tidak stabil.• Perpaduan tergugat.• Negara akan mundur.• Negara tidak stabil.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
• Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
• Menyebarkan ajaran Islam.• Kerjasama dalam penguatkuasaan
undang-undang.• Program pemulihan akidah.
MURTAD
DEFINISI
• Murtad berasal daripada perkataan ‘Riddah’ yang bermaksud kembali.
• Menurut istilah bahasa, ‘murtad’ bermaksud kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
• Manakala dari segi istilahnya ia merujuk kepada kembali dari agama Islam kepada agama lain sama ada dengan niat, perbuatan atau perkataan.
SI MURTAD
• Natrah• Nyonya Tahir• Lina Joy• Hartina Kamaruddin• Ayah Pin
ISUU
SYIRIK DAN KHURAFAT
• Perkhidmatan rawatan alternatif dan tradisional yang menyeleweng dari ajaran Islam tidak begitu disedari oleh masyarakat
• Khidmat rawatan yang memperalatkan agama sebagai topeng menyebabkan umat Islam terkeliru
• Amalan perubatan yang menggunakan jenama Islam ini mungkin tidak melibatkan perhambaan atau penyembahan kepada syaitan pada pandangan mata kasar. Namun terdapat banyak unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran islam
Antara perbuatan yang dikenal pasti adalah :
• Menggunakan khidmat makhluk halus sebagai khadam, pendamping atau sahabat dalam proses merawat pesakit
• Mempamerkan perkara-perkara ajaib dan luar biasa seperti melakukan pembedahan batin, mengambil barang yang jauh dalam sekelip mata dan seumpamanya.
• Kaedah-kaedah tersebut dilakukan dengan menggunakan ayat-ayat dari al-Quran dan perawat menyatakan bahawa beliau hanya berikhtiar.
• Masyarakat mula terkeliru dan sebahagiannya menganggap bahawa ianya kaedah yang betul tanpa menyedari bahawa itulah sebenarnya sihir.