Download - AKTIVITI 3 - definisi operasi
2.3 AKTIVITI 3 - APAKAH MENDEFINISI SECARA OPERASI?
۞ Salah satu keputusan secara operasi yang paling penting seorang saintis perlu
lakukan ialah untuk menentukan bagaimana ukuran sesuatu pembolehubah itu dibuat.
Kaedah yang digunakan untuk mengukur pembolehubah adalah mendefinisi secara
operasi. Mendefinisi secara operasi menentukan cara ukuran dibuat. Setelah saintis
menentukan kaedah, kaedah tersebut mestilah dilaporkan kepada saintis lain supaya
mereka boleh menguji hasil penyiasatan tersebut. Mana-mana saintis boleh membaca
definisi secara operasi dan dengan mudah memahami atau melakukan ukuran yang
sama. Contoh di bawah menunjukkan definisi operasi bagi pembolehubah.
Contoh Pertama.
Seorang pelajar mahu menguji kesan vitamin C ke atas kesihatan pelajar dalam
kelasnya. Pembolehubah “kesihatan pelajar” boleh didefinisikan dengan cara berikut.
Bilangan yang mengalami selesema dalam masa sebulan.
Bilangan hari yang tidak hadir disebabkan sakit dalam sebulan.
Bilangan mereka yang batuk dalam sebulan.
Contoh Kedua.
Seorang pelajar mahu menguji kesan poster “Jangan Buang Sampah” keatas masalah
sampah di sekolah. Pembolehubah “masalah sampah-sarap “boleh didefinisi melalui
cara berikut.
Bilangan pembalut gula-gula di taman permainan.
Bilangan beg sampah sarap yang dikumpulkan,
Bilangan tin aluminium di “courtyard”.
Tugasan anda adalah untuk memikirkan definisi operasi yang boleh digunakan untuk
mengukur pembolehubah dalam beberapa situasi. Sebelum itu, lihat contoh .
25
Seorang pelajar ingin mengukur penyerapan tuala kertas. Oleh itu, pembolehubah
adalah penyerapan. Pelajar mestilah menghasilkan definisi secara operasi bagi
mengukur penyerapan tuala kertas. Dia menghasilkan 3 definisi secara operasi.
Celupan: Mengukur jumlah air yang tinggal selepas kertas tandas yang
terperonyok diletakkan dalam 25 ml air selama 5 minit.
Curahan/ tuang: Mengukur jumlah air yang terkumpul selepas 25 ml air telah
dituang ke tisu tandas yang terperonyok.
Kenaikan: Mengukur ketinggian air yang dicapai selepas hujung tuala kertas
yang dilipat dimasukkan ke dalam air selama 15 minit.
Fikirkan definisi secara operasi yang mungkin boleh digunakan untuk mengukur
pembolehubah dalam situasi berikut.
1. Seorang pelajar berminat terhadap magnet. Dia hendak mengukur kekuatan magnet
kesukaannya.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah “kekuatan magnet”
Kebolehan magnet untuk menarik klip kertas.
2. Seorang pelajar berminat dalam menyiasat percambahan biji benih.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah “percambahan”
Ketinggian anak pokok selepas seminggu
3. Seorang pelajar hendak mengukur minuman bergas manakah yang menjadi pilihan
rakan sekelas.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah “minuman bergas pilihan”
Bilangan tin minuman bergas yang dibeli oleh pelajar mengikut jenis dalam
seminggu
26
4. Seorang pelajar hendak mengetahui tahap rakan sekelasnya minat dalam membaca
buku-buku tentang Sains.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah “minat membaca buku-buku tentang
Sains.
Bilangan buku Sains yang dipinjam oleh pelajar di perpustakaan pada setiap
bulan.
5. Seorang pelajar hendak mengetahui jika belajar mempengaruhi gred Sains. Definisi
secara operasi bagi pembolehubah “belajar”
Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk belajar sains pada setiap hari.
MENDEFINISI PEMBOLEHUBAH SECARA OPERASI
1. Seorang guru berminat dalam menyiasat kesan kerja rumah ke atas keputusan ujian.
Apakah dua definisi secara operasi bagi “ kerja rumah” ?
a) Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid dalam seminggu
b) Bilangan pelajar yang tidak membuat kerja rumah dalam seminggu
2. Seorang peniaga kedai runcit ingin mengetahui jika papan iklan mempengaruhi
jualan. Berikan dua definisi secara operasi bagi pembolehubah papan iklan
a) Jumlah jualan selepas papan iklan dipasang dalam seminggu.
b) Bilangan pembeli yang datang ke kedai selepas papan iklan dipasang dalam
seminggu.
3. Seorang pelajar hendak mengukur “pizza topping” manakah yang menjadi pilihan
rakannya. Apakah definisi secara operasi bagi pembolehubah ‘pizza topping
preference”?
a) Bilangan pelbagai jenis pizza yang dibeli oleh pelajar setiap hari dalam
seminggu
b) Jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli pizza dalam seminggu.
27
PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
Di akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Apakah yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini?
Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi
secara operasi adalah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan
memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan
mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu. Hal ini
bermakna kemahiran ini melibatkan proses memberi definisi tentang
sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan
diperhatikan.
Saya juga mendapati bahawa mendefinisi secara operasi juga adalah
merupakan pelaporan tentang kaedah khusus mengukur sesuatu kuantiti
fizik supaya orang lain yang membaca laporan tersebut dapat mengulangi
pengukuran itu. Dengan penguasaan kemahiran ini juga, ia dapat
membantu untuk mengukur pembolehubah yang ingin diukur atau
diperhatikan. Secara langsung, ia dapat memudahkan penyiasatan
dilakukan dengan lebih lancar kerana objektif yang ingin dicapai telah
dicatatkan terlebih dahulu.
2. Bahagian manakah yang terdapat di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini?
Merangkumi topik sains dari tahun 1 hingga tahun 6.
28
3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Aktiviti bagi mendefinisi secara operasi merupakan salah satu bagi
pengaplikasian kemahiran proses sains dalam menjalankan sebuah
eksperimen dengan langkah yang betul. Oleh itu, bagi aktiviti mendefinisi
secara operasi, saya akan membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa soalan, pembelajaran
kooperatif boleh dijalankan bagi menggalakan pelajar berinteraksi secara
aktif dan positif dalam kelompok. Hal ini membolehkan pertukaran idea dan
pemeriksaaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai
dengan falsafah konstruktivisme.
Kemudian, murid akan diminta untuk memberikan tafsiran tentang
sesuatu konsep berdasarkan pemerhatian tersebut. Seterusnya, digunakan
untuk mendefinisikan pembolehubah atau fenomena yang tidak dapat
diukur secara langsung. Daripada aktiviti yang telah dilakukan itu,
seterusnya saya akan menjelaskan hasil daripada aktiviti yang dilakukan
dan apakah objektif yang ingin dicapai.
4. Kreativiti adalah elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik.
Apakah ciri-ciri kreatif dalam kemahiran proses mendefinisi secara operasi.
Semasa melaksanakan kemahiran mendefinisi secara operasi, kreativiti
murid dapat dipupuk dan dikembangkan dengan baik. Melalui proses
kemahiran ini, murid akan menggunakan idea kreatif mereka untuk
menghubungkaitkan iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan dalam
sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak
perhubungan sepanjang melakukan pemerhatian.
Selain itu, murid juga akan dapat meningkatkan kreativiti mereka dengan
menguasai kemahiran membuat gambaran mental. Melalui kemahiran ini,
29
murid dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan membuat
tanggapan atau membayangkan sesuatu idea atau konsep dalam minda
dan fikiran mereka. Sebagai contoh, murid dapat memerihalkan secara
spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan
yang berlaku ke atas pembolehubah itu
Seterusnya ialah murid dapat menjanakan idea di mana murid mampu
menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Melalui
pemerhatian, murid akan berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu
perkara dan akan mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku.
5. Dalam mengembangkan kebolehan pelajar berfikir dan bekerja secara saintifik,
terdapat beberapa teknik untuk seorang guru menggalakkan perkembangan
kreativiti. Bincangkan perkara yang kamu boleh lakukan? (5 markah)
Untuk pengembangan kreativiti yang berkesan, sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik.
Selain dapat mengembangkan kreativiti murid, aktiviti hands-on dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran sains. Aktiviti hands-
on berupaya meningkatkan sifat inkuiri murid dan meningkatkan kemahiran
sains seperti kemahiran memerhati dan menginterpretasi data.
Guru juga boleh melaksanakan teknik pelaksanaan projek bagi
mengembangkan kreativiti murid. Murid akan dapat menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyiapkan tugasan dengan idea yang bernas
melalui bimbingan daripada guru.
Guru juga boleh menggunakan teknik sumbangsaran di dalam kelas.
Teknik ini boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat
yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam
perbincangan dan pembelajaran itu (Said & Yunos, 2008). Teknik ini
merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea
dalam tempoh masa yang singkat.
30
Guru juga boleh melaksanakan pengajaran koperatif seperti
menjalankan eksperimen yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam
aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif.
Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk
menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat, membuat
perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah.
31