Download - Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
1/27
DINSMANN.COM
ALTER TERAHSIA BANGSAMELAYU 14oleh
S R I K A N D I1/8/2011
http://mistifiles. blogspot. com/
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
2/27
S A T U R D A Y , J A N U A R Y 8 , 2 0 1 1
A L T E R T E R A H S I A B A N G S A M E L A Y U XIV
Hujan rintik-rintik di luar. Suasana di Bangkok pagi itu sejuk
sekali. Lelaki muda itu menyelak langsir, melihat dari luarbangunan National Library of Thailand. Dia merenung titis-titis
hujan terjun di jalanan yang becak. Memorinya ligat mengingat-
ngigat kata-kata anak buahnya; seorang pelatih dalam bidang
arkeologi yang berkerja di Sumatera.
"Monsieur, dengarlah kata-kata saya ini. . . mereka telah
menjumpai berpuluh-puluh prasasti menakjubkan terbenam di
dalam lumpur. Saya telah membaca laporan dari ketua
ekspedisi. . . dan apa yang saya beritahu dahulu. . . "
"San fo qi?"
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
3/27
"Saya telah beritahu tuan bukan?"
Lelaki muda itu kelihatan resah. Dia mundar mandir di dalamruang pejabat, kemudian terus duduk di hadapan meja kerjanya
sambil kedua-dua tangannya menggenggam ; sambil bermain
dengan jari-jemarinya. Di atas mejanya terletak satu plat
tembaga berkilat yang terukir namanya: Georges Coeds
"Di Ligor, mereka telah menjumpai satu batu yang terukir
tulisan-tulisan yang amat kuno. Orang aku telah meminta sami-
sami Buddha menterjemahkan erti dalam batu bersurat itu,
namun sami-sami itu semuanya tidak berguna! Aku terpaksa
mengupah seorang pandit tua dari Ceylon yang tahu bahasaSanskrit dan Pali. Dia mengesan beberapa perkataan yang boleh
dibaca, namun ada perkataan-perkataan yang tidak mampu
diterjemahkan, " Coedes teringatkan kata-kata sahabatnya di
Paris, beberapa minggu selepas dirinya dilantik menjadi
pengarah di National Library of Thailand.
"Apa isinya?"
"Nama seorang Maharaja. . . "
Coedes menyelak helaian-helaian jurnal di atas meja. Dia
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
4/27
terpandang satu perkataan di hujung perenggan: Lo-Yue
"Aku tidak setuju! Kamu lihat apa keadaan orang-orang di sini,
mustahil mereka boleh membina sesuatu sehebat itu?"
"Apa masalahnya? Mundur? Terjajah?"
"Kamu tahu apa yang Raffles tulis?"
Coedes mencebik bibir sambil tersenyum mengejek, ". . . dan
kamu tidak tahu apa yang ditulis Raffles selepas dia menjumpai
Borobudur. . . "
Lelaki muda itu masih termenung mengingatkan dialog antaradirinya dan sahabat baiknya setahun yang lepas. San fo qi,
hatinya berbisik. Kepalanya ligat memikirkan misteri itu. Dia
bangun lalu mengambil laporan-laporan tebal yang berisi koleksi
rekod-rekod China Purba berkenaan kerajaan-kerajaan di Asia
Tenggara. San fo qi dan Sribhoja adalah benda yang sama, detikhatinya.
"Monsieur. . . ingatlah kata-kata saya ini, di sana. . . beribu-
ribu tahun yang silam. . . terdapat satu empayar yang amat
megah. Mereka menjalankan perdagangan maritim yang amatberjaya; dari Sumatera hingga ke Visaya. Dari Jawa hingga ke
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
5/27
Kemboja. Mereka berdagang dengan dinasti-dinasti China,
dagangan mereka sampai ke India dan tiba sejauh Empayar Rom
dan menembusi runtuhan Persepolis. Monsieur, rahsia yang
paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidakterbandingkan. "
Coedes tiba-tiba tersentak. Matanya melilau sambil tangan
kanannya mencari-cari hadiah pemberian pelatih arkeologi itu
kepadanya. Kemudian dia mengeluarkan perlahan-lahan, satusyiling purba yang diperbuat dari emas tulen. Kilauan aneh dari
syiling emas itu begitu mempesona.
Srivijaya, Coedes berbisik.
". . . Monsieur, rahsia yang paling tersembunyi adalah
kemegahan yang tidak terbandingkan. . . "
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
6/27
THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS
"Srivijaya is remembered today not for its temples or even its
own literary records but in the literature of foreign countries,
whose merchants enjoyedthe facilities of the Malay
seafarers "
( O. Wolters )
Tidak dinafikan, kewujudan sesuatu entiti itu adalah
disebabkan kesan-kesan yang ditinggalkan. Peradaban Assyria
jika dikaji dari segi kota-kota atau bangunan-bangunan. . .
memang hampir tiada dan hampir mustahil untuk dibuktikan
kewujudannya. Ibukotanya, Nineveh kini sudah rata menjadipasir. Namun adakah peradaban Assyria itu tidak wujud hanya
disebabkan Nineveh sudah hilang dari muka bumi?
Peradaban Assyria wujud disebabkan beratus-ratus prasasti,
manuskrip, catatan-catatan ahli sejarah, helaian-helaian kitabagama dan rekod-rekod kerajaan yang akhirnya membuktikan
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
7/27
bahawa peradaban ini benar-benar wujud. Sebab itu, walaupun
Nineveh hanya tinggal lagenda, keberadaannya mampu
dibuktikan melalui sumber-sumber bertulis yang lain. Inilah
yang terjadi kepada empayar maritim ini;
Sriwijaya.
Pada tahun 1918, selepas beberapa tahun meneliti, akhirnya
George Coeds dari cole franaise d'Extrme-Orient (Institut
Kajian Timur Jauh Perancis) yang ketika itu berkedudukan
sebagai pengarah telah mengemukakan satu nama yang
kemudiannya membuka satu rahsia besar kepada sejarah Asia
Tenggara. Beliau mendapati terdapat satu empayar maritim
yang hilang di Asia Tenggara di mana bukti kewujudannya
berada dalam pelbagai bentuk sumber;dari prasasti, rekod dari
China, riwayat dari India dan Sri Lanka, serta catatan-catatan
pengembara Arab dan Parsi. Beliau mendapati nama 'Sanfotsi'
yang tercatat di dalam rekod-rekod kuno China adalah entiti
yang sama dengan 'Sribhoja' yang terdapat dalam teks-teks Arab
dan India. Beliau juga merujuk entiti yang sama muncul dalam
prasasti-prasasti yang ditemui di Sumatera, tertulis dalam
bahasa Melayu Kuno. Teks-teks China juga kadangkala
menyebutkannya sebagai 'Shilifoshih' sementara Sumatera
muncul dalam manuskrip-manuskrip kuno dengan nama 'San Fo
Qi' atau 'Sanfotsi'.
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
8/27
Goerge Coedes telah menjumpai satu empayar maritim yang
dahulunya amat berkuasa di Asia Tenggara!
Penemuan Coedes ini telah mencantum beratus-ratus 'puzzle'yang lain;empayar yang sama disebut dalam rekod-rekod China,
prasasti di Nusantara dan India, juga catatan-catatan
pengembara Arab dan Parsi. Kesemua rekod-rekod luar negara
ini pula bertepatan dengan prasasti-prasasti yang ditemui di
seluruh Asia Tenggara. Antaranya Prasasti Ligor, PrasastiChaiya, Laguna Copperplate, Prasasti Kedukan Bukit, Prasasti
Telaga Batu, Prasasti Talang Tua, Prasasti Tanjore dan
sebagainya. Kesemua rekod bertulis ini mengukuhkan
kewujudan empayar maritim paling misteri dalam sejarah
dunia.
Kewujudan Sriwijaya tidak diketahui dengan tepat bilakah ianya
bermula. Catatan dari pengembara yang juga sami Buddha dari
China, I-Tsing, adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap
kemuncaknya. Ketika itu, Sriwijaya menjadi pusat pengajianBuddha Mahayana terbesar di dunia sehinggakan para sami
Buddha dari China wajib mempelajari bahasa Sanskrit di
Sriwijaya sebelum melanjutkan pengajian ke India. Sriwijaya
memerlukan beratus tahun untuk muncul sebagai empayar yang
terkenal!
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
9/27
Catatan dari K. A Nilakanta Sastri menyatakan wujud rekod-
rekod dari manuskrip-manuskrip purba India bahawa terdapat
kewujudan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara sejauh
300 tahun Sebelum Masehi. Para sarjana Tamil lebih cenderungmenyebutkan ini sebagai 'hubungan dagang dengan Sriwijaya'.
Sriwijaya umumnya diketahui sejauh apa yang dicatat dalam
Prasasti Kedukan Bukit. Menggunakan skrip Pallava, dalam
bahasa Melayu Kuno:
Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi
Shuklapaksa wulan Waishaka dapunta hiyang naik
Disambau mangalap siddhayatra di Saptami Shuklapaksa
Wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari MinangaTamvan (Tamvar?) mamawa jang bala dua laksa dangan
dua ratus tsyara disambau dangan jalan saribu
Tlu ratus sapuloh dua banyaknya. Datang di Matajap
(Mataya?)
Sukhatshitta. Di pantshami shuklapaksa WulanLaghu mudik datang marwuat manua
Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa.
Maksud dalam bahasa Melayu Moden:
Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
10/27
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
11/27
Siapakah Sriwijaya?
Satu perkara yang menarik tentang Sriwijaya, kewujudan
direbut oleh pelbagai negara pada hari ini. Contohnya Thailand
yang mendakwa Sriwijaya bermula di wilayah selatan Thai,
tepatnya di Chaiya. Kemboja menampilkan nama-nama raja
dinasti Sriwijaya yang memerintah Angkor dan Kamboja, juga
penemuan Prasasti Ligor di perbatasan Kemboja menunjukkan
asal-usul dinasti ini terutama Sailendra adalah dari Funan yang
terletak di Kemboja. Sri Lanka menampilkan sejarah raja Vijaya
yang kononnya bermigrasi ke Sumatera dan mewujudkan
kerajaan Sriwijaya. India menyatakan hipotesis tentang orang
Malayalam yang berhijrah ke Sumatera. Juga tentang legenda
Raja Vijaya. Malaysia dengan Kesultanan Melakanya yang
dikatakan warisan mutlak Sriwijaya disamping teori Sriwijaya
berasal dari wilayah Langkasuka. Dan akhirnya sudah pasti,
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
12/27
Indonesia dengan Sriwijaya sebagai lambang kemegahan
kebangsaannya.
Terdapat juga suku kaum tertentu yang cuba menaikkan prestijkaumnya dengan mendakwa empayar ini milik mereka. Namun
malangnya mereka tidak mampu menampilkan apa jua prasasti
atau bukti bertulis bahawa kaum mereka pernah memerintah
Sriwijaya. Sriwijaya hanya mengeluarkan prasasti dalam bahasa
Sanskrit atau Melayu Kuno atau campuran kedua-dua bahasa.
Ini adalah bukti jelas kepada para sarjana seluruh dunia
bersepakat bahawa Sriwijaya ADALAH EMPAYAR ORANG-ORANG
MELAYU. Maharaja-maharajanya menuliskan dengan megah
kerajaan dan nama keluarga dinasti mereka dalam bahasaMelayu Kuno!
Dari Sriwijaya inilah, kebudayaan Melayu tersebar ke seluruh
pelusuk Asia Tenggara. Bahasa Melayu menjadi lingua franca,
bahasa perdagangan, bahasa pentadbiran dan bahasapersuratan. Taraf bahasa Melayu di Asia Tenggara adalah
setaraf dengan bahasa Latin. Dahulu, raja-raja Eropah wajib
mempelajari bahasa Latin untuk berhubung antara kerajaan-
kerajaan di Eropah. Seorang kerabat diraja Perancis contonya,
disamping berbahasa Perancis, dia juga wajib mempelajaribahasa Latin. Bagaimanakah bahasa Latin menjadi lingua
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
13/27
franca?
Melalui Empayar Rom.
Bagaimanakah bahasa Melayu menjadi lingua franca?
Melalui Empayar Sriwijaya.
Faktor bahasa ini adalah hujah terkuat untuk membuktikanbahawa Sriwijaya adalah milik mutlak bangsa Melayu. Sebagai
contoh, sekiranya Sriwijaya adalah milik orang-orang Tausug,
adalah tidak relevan maharaja-maharaja Tausug menuliskan
prasasti dalam bahasa Melayu Kuno. Sekiranya teori bahasa
Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa perdagangan (ini teoriyang selalu dicipta oleh fanati-fanatik sukukaum tertentu yang
buta sejarah), ini bermakna sebelum kemunculan maharaja-
maharaja Tausug ini, ADA SEBUAH EMPAYAR YANG
MENYEBABKAN BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA.
Bahasa menjadi lingua franca, adalah disebabkan hegemonipemerintahan sesebuah kerajaan. Bahasa Inggeris menjadi
dominan pada hari ini kerana British pernah menjadi empayar
kolonial terbesar di dunia. Penguasaan British di Amerika
menyebabkan bahasa Inggeris menjadi dominan di Amerika
walaupun selain imigran British, terdapat juga imigran darikalangan bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti imigran Itali,
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
14/27
Jerman, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Bahasa Arab
menjadi lingua franca di Timur Tengah kerana penguasaan
wilayah oleh empayar-empayar khalifah Islam pada masa
dahulu. Bahasa Sepanyol menjadi dominan di Amerika Selatankerana kesan penjajahan Sepanyol di sana.JADI KONSEP
BAHASA MENJADI LINGUA FRANCA ADALAH DISEBABKAN OLEH
HEGEMONI PEMERINTAHAN.
Perhatikan Prasasti Kota Kapur ini:
Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan
namuha ulu lavan tandrun luah makamatai tandrun luah vinunu
paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai tunai.Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta
devata mahardika sannidhana. manraksa yan kadatuan
rivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan
parsumpahan.
paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun.Samavuddhi lavan drohaka, manujari drohaka, niujari drohaka
talu din drohaka. tida ya.
Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan
diiyan nigalarku sanyasa datua. dhava vuathana uran inan
nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda daturiwi-
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
15/27
jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna
yan vuatna jahat. makalanit uran. makasuit. makagila.
mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval.
Sarambat. kasihan. vacikarana. ityevamadi. janan muah yasidha. pulan ka iya muah yan dosana vuatna jahat inan tathapi
nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-
ruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah
talu, muah ya mulan. saranbhana uran drohaka tida bhakti
tatvarjjava diy aku, dhava vua-tna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy
aku. dngan di yam nigalarku sanyasa dattua. anti muah
kavuatana. dngan gotrasantanana.
Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana
paravis chakravarsatita 608 din pratipada uklapaksa vulanvaichaka. tatkalana
Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala rivijaya
kalivat manapik yan bhumi java tida bhakti ka rivijaya.
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
16/27
Terjemahan dalam bahasa Melayu Moden:
Keberhasilan ! (disertai mantera persumpahan yang tidak
difahami ertinya)
Wahai sekalian dewata yang berkuasa, yang sedang berkumpul
dan melindungi Kadtuan rwijaya ini; kamu sekalian dewa-
dewa yang mengawali permulaan segala sumpah !
Bilamana di pedalaman semua daerah yang berada di bawah
Kadtuan ini akan ada orang yang memberontak yang
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
17/27
bersekongkol dengan para pemberontak, yang berbicara
dengan pemberontak, yang mendengarkan kata pemberontak;
yang mengenal pemberontak, yang tidak berperilaku hormat,
yang tidak takluk, yang tidak setia pada saya dan pada merekayang oleh saya diangkat sebagai datu; biar orang-orang yang
menjadi pelaku perbuatan-perbuatan tersebut mati kena kutuk
biar sebuah ekspedisi untuk melawannya seketika di bawah
pimpinan datu atau beberapa datu rwijaya, dan biar mereka
dihukum bersama marga dan keluarganya. Lagipula biar semuaperbuatannya yang jahat; seperti mengganggu :ketenteraman
jiwa orang, membuat orang sakit, membuat orang gila,
menggunakan mantra, racun, memakai racun upas dan tuba,
ganja,
saramwat, pekasih, memaksakan kehendaknya pada orang laindan sebagainya, semoga perbuatan-perbuatan itu tidak
berhasil dan menghantam mereka yang bersalah melakukan
perbuatan jahat itu; biar pula mereka mati kena kutuk.
Tambahan pula biar mereka yang menghasut orang
supaya merusak, yang merusak batu yang diletakkan di tempatini, mati juga kena kutuk; dan dihukum langsung. Biar para
pembunuh, pemberontak, mereka yang tak berbakti, yang
tak setia pada saya, biar pelaku perbuatan tersebut
mati kena kutuk. Akan tetapi jika orang takluk setia kepada
saya dan kepada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu,maka moga-moga usaha mereka diberkahi, juga marga dan
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
18/27
keluarganya
dengan keberhasilan, kesentosaan, kesehatan, kebebasan
dari bencana, kelimpahan segalanya untuk semua negeri
mereka ! Tahun aka 608, hari pertama paruh terang bulanWaisakha (28 Februari 686 Masehi), pada saat itulah
kutukan ini diucapkan; pemahatannya berlangsung ketika bala
tentara rwijaya baru berangkat untuk menyerang bhmi jwa
yang tidak takluk kepada rwijaya.
Kita akan berjumpa beberapa perkataan yang masih wujud
dalam bahasa Melayu Moden seperti=
1. hamba
2. sumpah3. kasihan
3. tunai
4. jahat
5. aku
6. uran (orang)7. yan (yang)
8. ka (ke)
Terdapat berpuluh-puluh lagi prasasti dalam Bahasa Melayu
Kuno ditulis oleh Empayar Sriwijaya, untuk merekodkan watikahempayar ataupun pemberitahuan peristiwa. Dari prasasti ini
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
19/27
jelaslah bahawa Empayar ini diperintah oleh raja-raja Melayu
Kuno dan ini bertepatan dengan bukti-bukti dari Indochina. Dari
Inskripsi Po Klaus Garai:
Dalam Saka 972, Pulyang Sri Devaraja mahsenapati, anak
saudara perempuan Sri Paramesvaravarmadeva, datang untuk
mengambil kota Pandranga untuk Sri Paramesvaravarmadeva.
Ketika itu negeri Champa dalam pengaruh Sriwijaya dengandibuktikan nama diraja 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' ditemui dalam
prasasti di Vietnam. Perhatikan perkataan 'mahsenapati' dan ini
adalah gelaran jawatan dalam sistem Kedatuan (Emperial)
Sriwijaya.
Prasasti Ligor pula yang ditemukan di selatan Thai
menceritakan tentang Raja Sriwijaya dan pembangunan
trisamayacaithya untuk menyembah dewa-dewa agama Buddha,
serta menyebutkan seorang raja bernama Vishnu dengan gelar
Sarwarimadawimathana atau pembunuh musuh-musuh yangsombong tiada bersisa. Begitu pula prasasti Nalanda yang
dikeluarkan oleh Raja Dewa Paladewa. Isinya menyebutkan
tentang pendirian bangunan biara di Nalanda oleh Raja
Balaputradewa, Raja Sriwijaya yang menganut agama Buddha.
Wilayah kekuasaan Sriwijaya meliputi seluruh Sumatera, Jawa,
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
20/27
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ayutthaya di selatan
Thai, menjangkau ke Kemboja sehingga ke Vietnam Tengah
(Champa). Kemudian ke timur mencapai Borneo, Sulawesi dan
Kepulauan Filipina. Dengan menguasai Selat Melaka, SelatSunda, Laut Sulu dan Laut Jawa, Sriwijaya menjadi penguasa
lautan Asia Tenggara paling digeruni dengan autoritinya
mengutip cukai ke atas kapal dagang yang lalu di Asia Tenggara.
Prasasti Ligor mempunyai dua bahagian.
Dalam prasasti Ligor (A):
Pujian terhadap raja Sriwijaya yang di ibaratkan bagai Mnu
yang
memberi berkah bagi dunia menyerupai Indra dan semua rajatetangga
taat kepadanya ditulis pula pendirian sebuah bangunan batu
trisamayacahtya untuk padma, pani, sakyamuni, dan
wajrpani.
Prasasti Ligor (B):
"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya
dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengankekuatannya
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
21/27
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
22/27
Catatan-catatan Para Pengembara Arab dan Parsi
Para pengembara Arab dan Parsi adalah salah satu sumber
terpenting disamping rekod dari China. Legenda parapengembara Arab dan Parsi ini muncul dalam kisah-kisah
pelayaran Sinbad. Sriwijaya sebagai penguasa lautan Asia
Tenggara, akan mudah dikunjungi oleh para pedagang dan
pengembara dari seluruh dunia, termasuk dari Arab dan Parsi.
Orang Arab Kuno memanggil orang-orang Sriwijaya sebagaiZabaj, merupakan transliterasi bagi sebutan Jawak atau Javaka
yang terakam dalam kitab-kitab Pali Kuno.
Dalam catatan pengembara Arab disebutkan tentang kerajaanZabag:
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
23/27
"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang
Maharaja, raja seluruh kepulauan, yang berkuasa atas
kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung
banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapatmenyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau
yang berada di bawah pengaruhnya. Wilayah raja ini
menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan
tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu
mendapatkan banyak kekayaan dari bumi"-Catatan pengembara Arab Al Ma'sudi pada 943 Masehi yang
melawat Sriwijaya / Zabag / Sribuza.
Dalam catatan di atas, kita tahu bahawa Zabaj ini menguasai
seluruh kepulauan dan mempunyai armada tentera yang ramai.Keluasan jajahannya sehinggakan kapal yang paling pantas pun
tidak mampu menghabiskan pelayaran mengelilingi seluruh
jajahan Zabaj dalam tempoh 2 tahun. Komoditi utama yang
didagangkan oleh Zabaj ialah REMPAH RATUS dan WANG-
WANGIAN. Rempah ratus amat diperlukan di dunia sebelahBarat kerana rempah boleh memanaskan badan dikala cuaca
sejuk. Rempah sering dimasukkan ke dalam arak sebagai tonik.
Wangi-wangian ialah kemenyan, dan kemenyan memang disukai
oleh orang Arab. Dua benda ini adalah komoditi paling mahal
ketika itu sehinggakan ia memberi kekayaan yang tiada taranyaberbanding kerajaan-kerajaan lain di dunia. Maharaja Sriwijaya
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
24/27
menjadi terlampau kaya sehinggakan dalam catatan
pengembara Parsi, setiap pagi, maharaja akan mencampakkan
syiling emas ke dalam sebuah kolam sebagai ritual. Selepas
kemangkatan maharaja itu, para kerabat diraja berebut-rebutmengaut kembali timbunan duit emas yang mendap di dasar
kolam!
Pada abad ke-12 Arab Geografi El Idrisi menulis dalam Kitab
Rujar tentang penduduk Zabaj yang melakukan perjalanan keSofala dan Zanj di pantai sub-Sahara Afrika:
"Penduduk dari Zabaj pergi ke tanah Sofala dan mengeksport
besi dari sana dan membekalkannya untuk seluruh wilayah
India. Tidak ada besi setanding dengan mereka dalam kualitidan ketajaman . . . . . . Penduduk Zabaj selalu diperlukan di
Zanj di kedua-dua kapal besar dan kecil dan memperdagangkan
barang dagangan mereka sesama sendiri, kerana mereka
memahami bahasa masing-masing"
Sememangnya telah diketahui umum bahawa salah satu
pelabuhan kesayangan Sriwijaya, Kalah (Kedah) adalah
pelabuhan antara terkaya yang mengeksport besi ke India.
Menakjubkan, catatan pengembara Arab ini telah terbukti pada
hari ini apabila penemuan tamadun Sungai Batu di Kedah telahmenyaksikan tapak-tapak loji pembakaran besi dan ini
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
25/27
bertepatan dengan catatan dari El Idrisi!
Di Universiti Leiden terdapat satu kitab berbahasa Parsi ditulis
pada abad ke-16, `Ajib al-Makhlq, menceritakan maharajaSriwijaya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu
sambil dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik jelita.
Terdapat berpuluh-puluh lagi kitab Parsi Kuno yang masih dikaji
kemungkian besar menyimpan rahsia paling rumit tentang
hubungan antarabangsa orang-orang Melayu Sriwijaya denganempayar Parsi dan Rom. Sejarah orang Melayu terakam indah
dalam catatan orang asing, ditulis megah bagaikan raja-raja
kayangan dan kerajaan-kerajaan bunian.
bersambung. . . .
Artikel terbaru Srikandi dalamRiwayatMelayu
__________________________________________________
Coming soon. . .
Alter Terahsia Bangsa Melayu XV
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
26/27
The Federation of Maritime Powers & Seaports
Chapter II
-Prasasti-prasasti Melayu Kuno
-Kelas pemerintahan
-Hegemoni perdagangan
-Prestij Kebudayaan
-Rahsia dari kitab Parsi Kuno
-Perenggan-perenggan penuh misteri dari riwayat Pali Kuno
-Datu-datu Melayu di Filipina
-Perayaan nenek moyang Melayu di Filipina
-
8/7/2019 Alter Terahsia Bangsa Melayu 14
27/27
-Laguna Copperplate
-Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya
-Pembina kapal-kapal
-Dari Ryukyu hingga ke Mediteranean-Rekod-rekod dari China
-"Persekutuan Kuasa-kuasa Maritim"
-Maharaja Pelabuhan
-Prasasti Tanjore
-Pertemuan dengan Umar Abdul AzizApakah sambungan kisah empayar maritim teragung ini?
Nantikan seterusnya di MistisFiles!
SAMBUNG ke ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU 15
http://dinsmann.com/videoden/Alter%20Terahsia%20Bangsa%20Melayu%20XV.pdfhttp://dinsmann.com/videoden/Alter%20Terahsia%20Bangsa%20Melayu%20XV.pdf