AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN
MENURUT ISLAM
Jabatan Mufti Negeri Melaka
© JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA www.al-azim.com/jmm
Cetakan Pertama 2012
Diterbitkan oleh: JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA
Aras 2, Kompleks MAIM, Jalan Bukit Palah, 75150 Melaka.
Tel: 06-2847920/21 Fax: 06-2848144 E-mel: [email protected]
Kandungan
Bahagian I : Pengenalan Tujuan.................................................................................................................................. Latar Belakang.................................................................................................................... Pendahuluan....................................................................................................................... Konsep Asas Dalam Pengubatan.................................................................................... Bahagian II : Pengubatan Islam Ciri-Ciri Pengamal Pengubatan Islam …........................................................................ Kaedah Rawatan Pengubatan Islam ……………………………………………...……. Etika Pengubatan Islam ……………………………………………………….... Larangan-Larangan Dalam Pengubatan Islam……………………...………….…….. Bahagian III : Perbomohan Syarat-Syarat Pengamal Perbomohan …………………….………………………….. Kaedah Rawatan Perbomohan………………………………..………………………... Pantang Larang Pengamalan Perbomohan …………………….……………… Ikrar Sumpah Dan Taat Setia Dalam Perbomohan ............................................ Larangan-Larangan Dalam Perbomohan ....................................................................... Adab-Adab Dalam Perbomohan ...................................................................................... Bayaran Perkhidmatan / Pengeras Dalam Perbomohan ............................................
1 1 2 4 4 5 7 10 12 13 15 15 16 17 17
Bahagian IV : Penutup Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara .................................................................. Penutup ................................................................................................................................ Glosari……………………………………………………………………………..……… Bibliografi ………………………………………………………………………………… Lampiran: Petikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka)……………………….…...
18 18 20 27 28
1 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
1
بسم الله الرحمن الرحیم ، الحمد رب العالمین ، وبھ نستعین على أمور الدنیا والدین ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبیاء والمرسلین ، سیدنا محمد وعلى آلھ وصحبھ أجمعین
BAHAGIAN I PENGENALAN
Tujuan 1. Garis panduan ini disusun bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai
ciri-ciri, kaedah dan bentuk pengubatan Islam dan perbomohan yang dibenarkan
oleh syarak supaya dapat mengenali dan menjauhi amalan pengubatan yang
bercanggah dari segi aqidah, syariah atau akhlak Islam. Penerbitan garis panduan
ini penting kerana wujudnya aktiviti perbomohan dan pengubatan yang didakwa
sebagai rawatan Islam tetapi hakikatnya menggunakan kaedah-kaedah yang
bercanggah dengan Islam sama ada dari segi aqidah, syariah ataupun akhlak.
Latarbelakang
2. Kandungan garis panduan ini telah disesuaikan untuk rujukan berdasarkan
kepada Buku Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari Kementerian Kesihatan
Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang
dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jakim serta keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia. Garis Panduan ini telah disemak dan
diperhalusi oleh suatu Jawatankuasa dalam Bengkel Penyemakan yang telah
diadakan pada 29 Rejab 1433H / 19 Jun 2012M. Ia seterusnya telah disahkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.3/2012 pada 10 Julai 2012 dan
diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka Bil.3/2012 pada 24 Julai
2012. Pelanggaran terhadap keputusan Majlis Agama Islam Melaka merupakan
suatu kesalahan kerana ia dianggap sebagai menghina Agama Islam dan Pihak
Berkuasa Agama serta boleh dikenakan takzir sebagaimana yang diperuntukan di
2 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
2
dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka. Petikan seksyen
berkenaan seperti mana di Lampiran A.
3. Pada masa ini dipercayai terdapat berpuluh-puluh pengamal pengubatan
Islam dan perbomohan yang memberi khidmat rawatan pelbagai penyakit sama ada
zahir atau batin kepada masyarakat setempat di negeri ini. Oleh kerana tiada badan
yang bertanggungjawab mengawal dan memantau kegiatan tersebut maka jumlah
kewujudannya tidak dapat dipastikan.
4. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pengamal pengubatan Islam yang
menggunakan kaedah Islam sepenuhnya dalam mengubati pesakit, bagaimanapun
terdapat juga pengamal yang mencampuradukkan kaedah rawatan dengan perkara
yang bercanggah dengan Islam. Kebanyakan ahli masyarakat yang mendapatkan
khidmat pengubatan tersebut tidak mengetahui sama ada pengamal yang didatangi
itu benar-benar mematuhi syariat atau sebaliknya dalam rawatannya. Ia berpunca
daripada kurang kefahaman agama, keliru, terdesak atau terpengaruh dengan iklan
hebat dan cerita yang didengar, apatah lagi pengamal digelar ‘ustaz’ atau berstatus
‘haji’ serta berpenampilan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Tambahan pula
pengamal rawatan tersebut tidak perlu memiliki ‘Sijil Patuh Syariah’ dalam
memberikan perkhidmatannya menyebabkan masyarakat tidak dapat mengenalpasti
statusnya, malah ada yang mengambil kesempatan menipu pelanggan dengan
pelbagai helah.
5. Oleh yang demikian, adalah wajar suatu garis panduan yang jelas mengenai
amalan pengubatan Islam dan perbomohan menurut perspektif Islam dapat
diwujudkan supaya umat Islam yang berikhtiar mendapatkan rawatan mengetahui
tentang ciri-ciri dan kaedah yang dibenarkan oleh syarak serta menjauhi pengamal
rawatan dan pengubatan yang menyanggahi syarak.
Pendahuluan
6. Kaedah pengubatan Islam dan perbomohan merupakan satu cabang usaha
seorang pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit serta permasalahan emosi
3 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
3
atau rohani yang sedang dihidapi. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk
mengambil alih peranan rawatan moden atau allopati, tetapi merupakan pelengkap
bagi rawatan yang diterima. Ia juga sebagai rawatan komplimentari untuk
meneruskan ikhtiar, sambil berusaha bagi pesakit yang masih juga belum sembuh
setelah berusaha melalui mana-mana kaedah rawatan perubatan.
7. Pengubatan Islam adalah satu usaha dalam merawat penyakit yang
berasaskan wahyu Ilahi yang diambil dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, yang
juga dikenali sebagai Pengubatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Manakala perbomohan pula suatu kaedah ikhtiar mengubati penyakit secara
tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan herba dan jampi tertentu berdasarkan
pengalaman yang dipelajari secara turun temurun.
8. Allah Subhanahu Wata’ala menyuruh setiap hambaNya berusaha mencari
penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Usaha tersebut merupakan satu ibadah
bagi seorang Muslim yang mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang
dijadikan penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-
Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian.” (Surah Al-Isra’ : 82)
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :
) تداووا فإن الله عز وجل لم یضع داء إلا وضع لھ دواء ، غیر داء واحد الھرم )
Maksudnya : “Berubatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak
menurunkan penyakit melainkan (bersamanya) diturunkan ubat kecuali
satu penyakit iaitu tua.”
4 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
4
(Sunan Abu Daud, Kitab Al-Tibb, Hadith Nombor:3857, Diriwayatkan
oleh: Osama Ibn-Shuraik)
9. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau komplimentari adalah harus,
dengan syarat ianya tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan
syarak. Dalam sejarah Islam, memang wujud cara pengubatan tertentu sepertimana
yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat. Selain
daripada cara-cara biasa, mereka juga menggunakan doa-doa khusus bagi
mengubati penyakit-penyakit tertentu.
10. Setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa
perbomohannya bersumber daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam,
para anbia’ atau diambil daripada al-Qur’an dan hadith atau berasal dari amalan
para sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam atau lain-lain jika tidak ada alasan
yang kukuh berdasarkan nas al-Qur’an atau al-Hadith.
Konsep Asas Dalam Pengubatan : 11. Penyembuhan penyakit adalah semata-mata daripada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
BAHAGIAN II
PENGUBATAN ISLAM Ciri-Ciri Pengamal Pengubatan Islam
12. Seorang pengamal Pengubatan Islam perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) Beragama Islam, aqil dan baligh, serta memahami dan mengetahui ilmu
asas Islam merangkumi aspek aqidah, syariat dan akhlak, dan sentiasa
bertaqwa;
5 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
5
(b) Jelas bacaannya serta memahami dan mengetahui apa yang
diucapkannya;
(c) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik;
(d) Tidak melakukan maksiat, jenayah dan apa sahaja yang bertentangan
dengan undang-undang negara;
(e) Ikhlas, iaitu mengerjakan sesuatu semata-mata kerana Allah
Subhanahu Wata’ala, bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk, mendapat
ganjaran kebendaan dan sebagainya;
(f) Ketahanan jiwa dan rohani, iaitu mempunyai kepercayaan penuh dan
melakukan amalan-amalan tertentu mengikut kehendak dan tuntutan
Rukun Iman;
(g) Benteng pertahanan diri, iaitu amalan-amalan yang berupa bacaan-
bacaan dan doa untuk memperkuatkan ketahanan diri, mental dan
fizikal;
(h) Setiap pengalaman dan pengubatan yang dilakukan perlulah merujuk
kepada kitab Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias, iaitu pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah;
(i) Pembayaran di atas perkhidmatan boleh diambil mengikut kos
pengubatan, tetapi tidak membebankan pesakit; dan
(j) Tidak mengambil kesempatan ke atas pesakit.
Kaedah Rawatan Pengubatan Islam:
13. Rawatan pengubatan Islam perlu berdasarkan kaedah-kaedah seperti berikut:
6 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
6
(a) Penggunaan ayat-ayat Al-Quran, selawat, zikir dan doa-doa untuk
jenis-jenis penyakit hendaklah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah,
amalan salaf al-soleh atau ulamak muktabar serta doa-doa dalam
bahasa yang difahami maksudnya.
(b) Pengamal perlulah memberi kekuatan psikologi/fikiran/mental serta
semangat kepada pesakit dengan menunjukkan rasa simpati,
kesungguhan dan keikhlasan ketika memberi rawatan serta layanan
yang sama rata antara pesakit-pesakit yang dirawat.
(c) Selain daripada doa-doa yang dibaca oleh pengamal, pesakit juga perlu
mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu, serta beribadat
dalam usahanya untuk mengubati diri sendiri.
(d) Kaedah rawatan yang dibenarkan :
i) Minum;
ii) Sapu;
iii) Mandi;
iv) Renjis;
v) Tepuk;
vi) Kebas;
vii) Hembus; atau
viii) Kaedah lain yang tidak memudharatkan dan tidak menzalimi
pesakit, serta dilakukan secara berhikmah.
(e) Kaedah yang tidak dibenarkan :
i) Bedah batin;
ii) Perbuatan yang memudharatkan atau menzalimi pesakit; atau
iii) Mana-mana kaedah yang bercanggah dengan hukum syarak.
(f) Peralatan/bahan yang dibenarkan :
i) Air;
ii) Herba seperti limau, daun-daun, habbatussauda’, minyak zaitun;
7 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
7
iii) Madu;
iv) Bekam;
v) Garam; atau
vi) Bahan yang suci dan halal menurut syarak.
(g) Peralatan/bahan yang tidak dibenarkan untuk digunakan:
i) Peralatan tajam seperti keris; atau
ii) Peralatan yang memudharatkan seperti besi panas dan
sebagainya.
(h) Bagi rawatan khusus termasuk rawatan histeria, rawatan santau,
mengeluarkan atau mematikan susuk dan rawatan resdung yang
memerlukan ruang khas semasa sesi rawatan terutama yang
melibatkan batasan aurat pesakit perlu mengambil perhatian terhadap
perkara-perkara seperti mana di jadual 1 berkaitan Indikasi,
kontraindikasi, serta langkah berjaga-jaga bagi rawatan khusus.
(i) Rawatan bekam:
i) Rawatan perlulah dijalankan di dalam bilik khas atau tempat yang
sesuai;
ii) Prosedur perlu dilakukan dalam keadaan steril;
iii) Pengamal perlulah menggunakan peralatan yang telah
disucihama mengikut piawaian yang ditetapkan; dan
iv) Setiap pengamal perlu memastikan sisa klinikal dibuang mengikut
piawaian yang ditetapkan.
Etika Pengubatan Islam 14. Sebelum Merawat :
(a) Memastikan pesakit dirawat di ruang yang bersesuaian iaitu pengamal
perlu mempunyai premis khas untuk menjalankan rawatan;
8 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
8
(b) Memohon izin daripada pesakit sebelum menjalankan rawatan;
(c) Memohon izin daripada waris atau penjaga untuk merawat pesakit
sekiranya berlainan jantina atau pesakit tidak mampu dari segi mental
atau di bawah umur (kurang daripada 18 tahun);
(d) Memastikan waris pesakit berada bersama pengamal dan pesakit
sekiranya pesakit dan pengamal berlainan jantina;
(e) Tidak dibenarkan untuk menentukan dan mengumumkan makhluk
halus atau benda ghaib yang mempengaruhi kesihatan pesakit secara
terperinci seperti menyatakan bilangan jin yang menganggu dan
sebagainya;
(f) Tidak dibenarkan mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi;
(g) Merekodkan daftar pesakit dan menjaga kerahsiaannya;
(h) Memberi penerangan yang jelas tentang punca, kaedah rawatan dan
kos; dan
(i) Memastikan pesakit dan juga pengamal mengenakan pakaian yang
menutup aurat.
15. Semasa Merawat:
(a) Memulakan sesi rawatan dengan bacaan doa atau ayat-ayat Al-Quran
yang jelas, serta mengikut tertib;
(b) Memastikan jenis penyakit yang hendak dirawat sama ada penyakit
fizikal, qalbu atau gangguan makhluk halus/sihir;
9 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
9
(c) Pengamal perlu berkomunikasi dengan berkesan semasa sesi
rawatan;
(d) Tidak dibenarkan menjalankan perkara yang di larang didalam
Pengubatan Islam;
(e) Perlu menjaga aurat pesakit semasa sesi rawatan dengan kadar yang
munasabah;
(f) Bagi rawatan bekam, hanya peralatan bekam yang telah disteril sahaja
dibenarkan;
(g) Peralatan yang telah digunakan untuk merawat pesakit HIV/AIDS tidak
boleh dikongsikan dengan pesakit lain; dan
(h) Tidak dibenarkan mengambil atau merakam gambar menggunakan
peralatan audio-visual semasa sesi rawatan dijalankan kecuali dengan
kebenaran pesakit
16. Selepas Merawat:
(a) Tidak dibenarkan membekalkan azimat, tangkal atau susuk, samada
daripada ayat Al-Quran atau bahan lain;
(b) Tidak dibenarkan mensyaratkan ‘pengeras’ untuk sesuatu rawatan;
dan
(c) Memberi nasihat kepada pesakit mengenai amalan, wirid atau doa
tertentu untuk diamalkan mengikut jenis rawatan yang diterima.
10 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
10
Larangan-Larangan Dalam Pengubatan Islam
17. Perawat Pengubatan Islam adalah ditegah sama sekali daripada
mengamalkan penggunaan bahan-bahan dan amalan-amalan yang bercanggah
dengan hukum-hukum Islam serta boleh membawa kepada syirik dan fitnah
(termasuklah penggunaan terma-terma yang boleh mengelirukan masyarakat
umum). Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang sebagai perawat :
(a) Sumber Ambilan dan Bacaan:
(i) Menyalahgunakan ayat Al-Quran dalam perawatan, seperti
menambah, mengurang atau menterbalikkan susunan ayat Al-
Qur’an;
(ii) Menggunakan kitab Al-Quran dengan cara yang tidak wajar,
seperti menggantung Al-Quran dan menunggunya berpusing
atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu bagi sesuatu (istihza’);
(iii) Menggunakan lafaz-lafaz, perkataan atau tulisan yang kurang
jelas ertinya, lucah atau tidak sahih sebutannya;
(iv) Menggunakan azimat, tangkal atau susuk, samada daripada
ayat Al-Quran atau bahan lain;
(v) Penggunaan wafak, kerana tanpa akidah yang sempurna, boleh
menjerumuskan pengguna kepada syirik; atau
(vi) Mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, ilham, bisikan-
bisikan dan kitab-kitab yang tidak sahih sumbernya.
(b) Perawat:
11 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
11
(i) Mendakwa dirinya kasyaf, dapat mengetahui dan melihat
perkara-perkara ghaib; atau
(ii) Pengijazahan hanya melalui cakera padat, buku, internet, atau
apa sahaja cara tanpa berguru
(c) Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan:
(i) Sebarang kaedah rawatan yang meragukan seperti melakukan
rawatan di dalam bilik yang gelap;
(ii) Menjalankan pembedahan batin yang dilakukan secara ghaib
yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara
makrifat;
(iii) Menggunakan perantara seperti asap kemenyan, tembakau,
colok dan sebagainya, serta mengamalkan perbuatan ‘menurun’
atau menyemah;
(iv) Mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus
yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau
memindahkan jin atau makhluk halus tersebut;
(v) Perbuatan atau kaedah yang mendatangkan keraguan atau
bersifat menghina agama Islam;
(vi) Menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai media perawatan;
(vii) Meminta pertolongan makhluk halus dalam rawatan; atau
(viii) Perbuatan merawat premis dengan menggunakan perkara-
perkara dan kaedah-kaedah yang dilarang Islam.
12 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
12
(d) Bahan-bahan Rawatan:
(i) Penggunaan bahan-bahan yang najis seperti khinzir, anjing,
darah, bangkai, arak dan sebagainya;
(ii) Bahan yang dikaitkan dengan sihir seperti minyak dagu, minyak
pengasih, minyak senyonyong, minyak cenuai, nasi tangas dan
sebagainya; atau
(iii) Bahan yang dikaitkan dengan pemujaan seperti kain kapan,
tanah kubur, senjata lama, tulang-belulang, rambut dan
sebagainya.
BAHAGIAN III PERBOMOHAN
Syarat-Syarat Pengamal Perbomohan 18. Seorang pengamal perbomohan perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :
(a) Beragama Islam, aqil baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya;
(b) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa syirik, sama
ada melalui iktikad, perkataan atau perbuatan;
(c) Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti
sembahyang fardhu, puasa dan zakat;
(d) Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang bertentangan dengan
undang-undang negara;
13 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
13
(e) Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga;
(f) Tidak mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu;
(g) Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah
dengan Islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana
pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan
dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada
kufur dan syirik;
(h) Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa
akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu
dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain.
(i) Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan semata-mata mencari
keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala; dan
(j) Hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah kerana Allah sahaja yang
memberi kebaikan dan pertolongan.
Kaedah Rawatan Perbomohan 19. Kaedah rawatan yang dijalankan oleh pengamal perbomohan hendaklah
mematuhi syarat-syarat seperti berikut :
(a) Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya
atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah
atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus
dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi
berjumpa wali, malaikat atau lainnya;
(b) Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat
daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,
14 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
14
para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad
menjelma ke dalam diri dan sebagainya;
(c) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa
atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau
buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk
nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu,
cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain;
(d) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada
berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur
aduk dengan ayat al-Quran;
(e) Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran secara songsang;
(f) Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut
syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak
untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak,
begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran
(Istihza’).
(g) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam
Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan
ketika melakukan amalan perbomohan; dan
(h) Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang
mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
Pantang Larang Pengamalan Perbomohan
20. Pantang larang dalam pengamalan perbomohan hendaklah mematuhi
perkara-perkara berikut :
15 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
15
(a) Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan,
meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk
ghaib seperti hantu, jin, penunggu, khadam, orang halus dan
sebagainya;
(b) Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh sehingga
melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti
meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka
aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan bomoh
sahaja dan sebagainya;
(c) Perkara-perkara yang harus dan halal dalam syariat Islam tidak boleh
dihukumkan haram atau sebaliknya; dan
(d) Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh yang bertentangan dengan
apa juga perkara berhubung dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
Ikrar Sumpah Dan Taat Setia Dalam Perbomohan
21. Terdapat sesetengah pengamal perbomohan yang mensyaratkan pesakit
melakukan ikrar sumpah untuk taat setia dalam perkara-perkara tertentu. Ikrar
sumpah yang dibenarkan hendaklah berdasarkan syarat-syarat berikut :
(a) Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya ikrar saja boleh
digunakan mengikut kesesuaian.
(b) Pengamal perbomohan tidak boleh taat secara membuta tuli kepada
bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan bomoh tertentu selama tidak
bercanggah dengan hukum syarak.
(c) Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam pengakuan
ikrar hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggah
16 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
16
dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam seperti memuja dewa,
bintang-bintang atau nama berhala; dan
(d) Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental
hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan
menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.
Larangan-Larangan Dalam Perbomohan :
22. Seseorang yang ingin mendapatkan rawatan secara perbomohan dilarang
(haram) melakukan perkara-perkara berikut :
(a) Menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang
nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata;
(b) Mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat;
(c) Percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri;
(d) Melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah pantai,
buang ancak dan lain-lain;
(e) Menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’I;
(f) Melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan
unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk
“ghaib” dalam acara perbomohan;
(g) Menyajikan makanan untuk menjamu penunggu;
(h) Mentaati bomoh atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas
bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam; atau
17 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
17
(i) Menyetujui sebarang syarat yang diberikan oleh bomoh yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
Adab-Adab Dalam Perbomohan : 23. Pengamal perbomohan hendaklah mematuhi adab-adab Islam semasa
menjalankan rawatan seperti berikut:
(a) Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib;
(b) Tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap orang lain lemah dan
lekeh;
(c) Melarang pesakitnya memuja, mengagung dan taasub kepadanya;
(d) Mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang
sama ada bersendirian atau bersama pesakit; dan
(e) Menjaga kesopanan dan adab susila sebagai orang Islam
Bayaran Perkhidmatan / Pengeras Dalam Perbomohan 24. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia
dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
25. Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan
dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak
membawa maksud tolong-menolong
18 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
18
BAHAGIAN IV PENUTUP
Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara 26. Semua pengamal pengubatan Islam dan ilmu perbomohan hendaklah patuh
kepada undang-undang negara yang sedang berkuatkuasa.
Penutup
27. Semoga garis panduan ini dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada
umat Islam di negeri ini mengenai aspek-aspek pengubatan Islam dan perbomohan
yang dibenarkan oleh hukum syarak dan seterusnya menjauhi pengamal rawatan
dan pengubatan yang menyanggahi syarak.
19 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
19
Kaedah Rawatan
Peralatan Yang
Digunakan
Indikasi
Kontraindikasi
Langkah Berjaga-jaga
Tepuk
Menggunakan telapak tangan
a. Santau
b. Mengurangkan
kesakitan akibat batu karang
c. Akibat sihir/dipukau
a. Tidak digalakkan dilakukan
kepada pesakit yang mempunyai penyakit senang berdarah seperti Hemofilia.
b. Tidak digalakkan bagi
perempuan mengandung (yang terkena santau)
c. Tidak digalakkan bagi
pesakit yang mempunyai penyakit tulang rapuh seperti penyakit osteoporosis.
a. Sebelum rawatan
dijalankan, pastikan pesakit tidak mempunyai penyakit senang berdarah atau tulang rapuh.
b. Tidak menjalankan kaedah tepuk di bahagian yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman seperti dibahagian lutut bagi pesakit Hemofilia.
c. Tidak dibenarkan menepuk
di bahagian sulit pesakit. d. Rawatan ini tidak
digalakkan bagi pesakit yang mmepunyai penyakit kulit sensitif atau mudah luka.
Pukul / Ketuk / Kebas
Ranting pokok nona (Annona squamosa) dan sebagainya
a. Gangguan makhluk
halus
b. Akibat sihir/dipukau
Jadual 1 : Indikasi, kontraindikasi, serta langkah berjaga-jaga bagi rawatan khusus
20 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
20
GLOSARI Al-Ain Sejenis gangguan syaitan yang berpunca daripada pandangan mata yang dengki
dan sebagainya.
Arraf Mendakwa mengetahui perkara-perkara tertentu dengan beberapa pendahuluan
atau petanda seperti mengetahui kecurian, tempat kehilangan dan tempat sesuatu
benda.
Azimat/tangkal/wafa objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu
yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan
semula jadi yang dipakai atau disimpan dengan berkeyakinan dapat memberi kesan
kepada penggunanya apabila dijampi atau dipuja.
Bedah batin Prosedur atau amalan pembedahan yang berlawanan dengan prosedur
pembedahan dalam Perubatan Allopati
Bomoh Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit
dengan menggunakan cara tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi.
Diagnosa (diagnosis) Proses menentukan jenis penyakit.
Disinfeksi (nyahkuman) Prosedur pembersihan peralatan menggunakan bahan nyahkuman (antiseptik).
21 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
21
Dukun Orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional
(dengan membaca jampi serapah dan sebagainya).
Gangguan makhluk halus Satu bentuk gangguan terhadap pesakit dari segi perasaan, kesihatan, dan tingkah
lakunya dengan gejala dan tanda yang mana puncanya tidak dapat dikesan oleh
Perubatan Allopati.
Histeria
Satu bentuk gangguan makhluk halus yang mengakibatkan gangguan emosi dan
kelakuan yang tidak dapat dikawal.
Ilmu hitam
Ilmu hitam adalah satu satu daripada ilmu sihir
Istidraj Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan Allah dalam keadaan murka kepada
orang fasik atau orang yang selalu membuat maksiat, yang bersifat hakiki dan betul-
betul terjadi dan boleh berterusan, dengan tujuan untuk menambahkan lagi
kesesatannya.
Jampi Kata-kata seruan, mentera dan serapah yang diucapkan dan bercanggah dengan
syarak untuk tujuan penyembuhan penyakit atau lain-lain (contohnya dengan
memuja jin dan roh-roh jahat).
Jin Makhluk Allah yang diciptakan daripada api yang juga dikenali sebagai khadam,
qarin, syaitan, iblis, hantu, rijalul ghaib dan lain-lain.
22 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
22
Kahana Orang yang boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengkhabarkan
perkara-perkara ghaib dan apa yang tersirat dalam hati dengan pertolongan makhlus
halus.
Karamah
Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang
dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara
mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan atau dipertontonkan
kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan
kepada golongan yang taat kepadaNya.
Kasyaf/Ilham/Laduni Penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk
karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah dan mestilah tidak
bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.
Makhluk halus
Sebahagian daripada makhluk Allah Subhanahu Wata’ala seperti jin dan syaitan
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Maunah
Suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah
kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu
itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak
wajar diperhebahkan.
Menurun Satu upacara pemujaan yang melibatkan penyerapan makhluk halus ke dalam
tubuh bagi sebarang tujuan.
23 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
23
Mukjizat Suatu perkara luar biasa (yang mencarik atau berlawanan adat) yang dikurniakan
oleh Allah Subhanahu Wata’ala hanya kepada para Nabi dan RasulNya, yang
bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu yang mesti
ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka.
Pawang Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu
(biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib). Orang yang pandai mengubati orang
sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan sebagainya)
Pengeras Sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan
Pengijazahan Satu pengiktirafan kepada perawat untuk mengamalkan ilmu yang diterima daripada
guru.
Pengubatan Islam Satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani, oleh seorang Islam yang
mahir dalam kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis,
atau amalan salaf al-soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta
menggunakan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak.
Penunggu Makhluk halus yang menjaga sesuatu.
Penyakit jasmani atau fizikal Penyakit jasmani atau fizikal ialah jenis penyakit yang telah di kenalpasti oleh
pengamal Perubatan Allopati.
24 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
24
Penyakit qolbu Penyakit-penyakit atau sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia seperti
takabbur, hasad, dengki, riak dan sebagainya.
Penyakit rohani Penyakit yang tidak dapat dipastikan penyebabnya walaupun telah berjumpa dengan
pengamal Perubatan Allopati seperti kemurungan yang melampau, was-was, baran
yang melampau, resah, anxiety dan lain-lain.
Peralatan perubatan allopati
Peralatan yang didaftarkan sebagai alat perubatan, digunakan semasa prosedur
diagnostic, klinikal atau pembedahan dan dilakukan oleh Pengamal Perubatan
Allopati.
Perbomohan Sebarang aktiviti berkaitan dengan pengubatan yang dilakukan oleh seseorang
dengan menggunakan cara tradisional.
Ruqyah Doa yang berasaskan ayat-ayat Al-Quran dan hadis, yang bertepatan dengan
syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.
Saka Makhluk halus yang diwarisi dari keturunan secara rela atau tidak.
Salaf al Soleh
Golongan ulama di kalangan para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in yang meliputi
kata-kata, perbuatan dan hukum hakam yang lahir pada zaman-zaman tersebut.
Sampuk Gangguan kesihatan akibat rasukan makhluk halus.
25 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
25
Semah Perbuatan yang dilakukan untuk menjamu makhluk halus dengan cara-cara tertentu. Scan / imbasan penyakit / bahth atau fahs Satu kaedah mengenalpasti punca penyakit dengan kaedah-kaedah yang tidak
menyalahi syarak. Contoh kaedah yang menyalahi syarak adalah seperti menilik,
meramal dan yang seumpama dengannya.
Sihir/santau Satu ilmu yang menghasilkan kesan luar biasa yang tidak dapat diterangkan
puncanya secara logik, yang terhasil melalui penglibatan jin, syaitan dan iblis
dengan menggunakan peralatan dan kaedah yang tertentu.
Silap mata
Perkara luar biasa yang boleh dipelajari tetapi tidak dituntut oleh syarak, berlaku
sama ada secara helah, tipu daya atau sihir dengan tujuan/niat memperdayakan
orang lain.
Steril (sucihama) Keadaan peralatan yang dibersihkan mengikut piawaian.
Sumpah/ikrar/taat setia/bai’ah
Kata-kata, lafaz, pengakuan, jaminan yang bertujuan untuk kebaikan atau
keburukan.
Tanasukh al-Arwah
Proses berkomunikasi dengan roh-roh si mati yang didakwa para wali bagi tujuan
pengubatan. Tawassul Bermohon pertolongan dari Allah Subhanahu Wata’ala dengan syafaat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dan keberkatan orang-orang yang soleh
26 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
26
Ulamak Muktabar
Ulama yang pendapatnya diterima oleh arus perdana Islam, pandangan yang tidak
terpencil dan bersumberkan Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, dan sumber-sumber
Islam yang lain pada sesuatu zaman.
27 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
27
BIBLIOGRAFI
Al-Qur’an al-Karim.
Abdul Basir Mohammed, Amalan Sihir dan Ayat-Ayat Al-Qur’an, 1999, Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abu Daud As-Sajastani, Sunan Abi Daud, 1416H/1996, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah
Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jami’u al-Bayan ‘An Ta’wil Ayi al-
Qur’an, t.t., Mesir: Dar al-Maarif.
Amalan ilmu hitam/sihir, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/amalan-ilmu-
hitamsihir-0
Amran Kasimin, Fadilat Ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir, 1995, Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Amran Kasimin, Sihir Suatu Amalan Kebatinan, 2009, Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Asas Pengubatan Islam, http://www.darussyifa.org/AsasPengubatanDS_Iss1%285-May-
2006%29.php
Bersahabat dengan jin, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/bersahabat-dengan-jin
Fatwa Mufti Kerajaan : Rawatan Dan Kesihatan, 2002, Kuala Lumpur: Jabatan Mufti
Kerajaan Negara Brunei Darussalam
Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam, 2011: Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan
Tradisional & Komplimentari.
Garis Panduan Hukum Mengenai Khurafat dan Azimat, 2012, Melaka: Jabatan Mufti Melaka.
Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam, 1999, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.
Jahid Sidek, Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perspektif Islam, 2004,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khurafat dan azimat menurut perspektif Islam, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-
kebangsaan/khurafat-dan-azimat-menurut-perspektif-islam
Mahyuddin Ismail Ph.D., Ahli Sihir Ke Tali Gantung, 2011, Selangor: PTS Milllenia Sdn. Bhd.
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an, 2000, Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
28 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam
28
Lampiran A
ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
Seksyen 63. Menghina agama Islam. (1) Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali. (2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan mengikut subseksyen (1) seksyen ini kerana mempersendakan Agama Islam dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamnya.
Seksyen 65. Menghina pihak berkuasa agama. Sesiapa yang mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji (selain dari menjalankan hak membuat rayuan) kewibawaan dan titah perintah yang sah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, perintah Majlis, mana-mana Jawatankuasa Majlis pegawai mana-mana Mahkamah Syariah atau mana-mana pegawai agama, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.