1
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:
Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak
Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan
Akan diambil tindakan dengan;
Surat tawaran ditarik balik, dan
Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT
DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
2
LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS
Visi Misi
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMS KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
Pengangkutan Bas Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain
PANDUAN PENDAFTARAN
Pakej Tawaran Kemasukan ke UMS Tindakan yang perlu diambil oleh Calon
o Setelah Menerima Tawaran o Surat Tawaran
Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS
o Mematuhi Peraturan Pengguguran Tawaran
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Menyediakan wang untuk pembelian Buku Teks dan Buku Lab Manual, yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Membuat Pemeriksaan Kesihatan Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi
SEMASA HARI PENDAFTARAN
Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS o Dokumen-dokumen Asal o Dokumen-dokumen Salinan o Menyediakan wang untuk pembelian Buku Teks dan Buku Lab Manual, yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar
SELEPAS HARI PENDAFTARAN
Program Minggu Suai Mesra Pelajar
SENARAI SEMAKAN MAKLUMAT UMUM SOALAN-SOALAN LAZIM
KANDUNGAN
3
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini beroperasi di bangunan Sekolah Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. VISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan. MISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.
SISTEM PENGAJIAN
Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. Kalender Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada dua semester .Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada dua (2) semester dan tidak lebih daripada empat (4) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk Pusat.
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS
4
PENGANGKUTAN BAS UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Sekolah/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas. PUSAT KESIHATAN Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.
Pusat Kesihatan Warga terletak di dalam kampus. PERPUSTAKAAN Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;
1. Perkhidmatan
Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD)
Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
Perkhidmatan Terbitan Bersiri
Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak)
Perkhidmatan Pelanggan
Perkhidmatan Repografi
Perkhidmatan Multimedia dan ICT
Kelas Literasi Maklumat
2. Kemudahan
Auditorium
Bilik Tayangan
Bilik Latihan
Bilik Multimedia
Bilik Seminar
Bilik Muzik
Bilik Kubikal
Bilik 24 jam
Loker Berkunci
Surau
Peti Cadangan dan E- Aduan
Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
Wireless
Komputer
Mesin Pinjaman Sualayan
Peti Pemulangan Buku
Xpress OPAC
Taklimat pelawat, dan
Induksi Perpustakaan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
5
PERKHIDMATAN ICT
BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL
1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna
Rangkaian tanpa Wayar(Wireless)
ISNIN – KHAMIS
8.00 Pg – 12.15 Tgh
2.00 Ptg – 4.15 Ptg
JUMAAT
8.00 Pg – 11.15 Pg
2.30 Ptg – 4.15 Ptg
SABTU & AHAD
(TUTUP)
Borang boleh didapati di
(Bangunan JTMK, Aras Bawah
Kaunter Teknikal)
2 Perkhidmatan Instalasi Perisisan Berlesen (MS Office,
SPSS,Visual Studio)
3 Perkhidmatan Video Conferencing
4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM)
5 Percetakan Kad Pelajar
Borang boleh didapati di Bangunan
JTMK, Aras Bawah & di Fakulti
masing-masing.
Kaunter Kad Pelajar (JTMK)
6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my
7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my
8 Perkhidmatan 1 Megalab(Thin Client)
HARI BIASA
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 10.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
CUTI SEMESTER
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 5.00 Ptg
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
MINGGU ULANGKAJI
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 12.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
Tiket Penggunaan Perkhidmatan 1
Megalab boleh diperolehi dikaunter
Perpustakaan, Aras Bawah
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain
Stadium
Padang Kawad
Pejabat Pos
CIMB Bank Berhad
Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)
Kolej Kediaman
Kafeteria
Telefon Awam
Kedai Buku Anjung Siswa
Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)
6
7
PANDUAN PENDAFTARAN PAKEJ TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS Calon hendaklah memastikan bahawa pakej yang diterima mengandungi dua (2) dokumen berikut: 1. Buku Panduan Kemasukan (online) ` (1 Salinan) 2. Surat Tawaran (online) (1 Salinan) Jika anda tidak menerima mana-mana dokumen di atas, sila hubungi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi di nombor telefon: 088-320000 samb 613611/613602/613604 atau layari laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN. Nota: Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS 1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah. ii. Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kursus pengajian di Pusat
Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS. iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-
syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini. iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohonan masuk ke Pusat Persediaan Sains Dan
Teknologi, UMS.
2. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB:
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti, Peraturan Perpustakaan, Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti serta peraturan-peraturan lain Fakulti/Pusat yang berkenaan;
ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;
iii. Menghormati para Pegawai Universiti;
iv. Mematuhi Peraturan Asrama Universiti;
v. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang
dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, Universiti dan Negara;
vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
viii. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;
PANDUAN PENDAFTARAN
8
3. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini
dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS;
4. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS;
5. Pihak berkuasa Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-
syarat tersebut di atas; PENGGUGURAN TAWARAN
1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran.
2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang ditetapkan, tawaran tersebut akan terbatal dengan
sendirinya. * sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :
TARIKH TEMPAT PERKARA
24 Mei 2017 (Rabu)
8.30am-4.30pm
Pendaftaran Kolej Kediaman
Pelajar-Pelajar Baharu (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)
UMS
Pendaftaran Kemasukan
24 Mei 2017 (Rabu)
8.30am-4.30pm
BT1-BT5
(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)-
ANNAXE, UMS
Pendaftaran Program
25 Mei 2017 hingga
27 Mei 2017 (bermula pukul 8.30pagi hingga
10.00malam) (Rabu-Sabtu)
BT1-BT5
(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST),
UMS
Minggu Suai Mesra (MSM)
9
10
Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;
1. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan dan bawa Semasa Pendaftaran iaitu;
UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran
Surat Tawaran ( Salinan Akademik )
Salinan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa
Salinan Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil Berhenti Sekolah
Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
UMS/HEP/01 Ikrar
UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)
UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan
UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian
PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan)
Wajib membuka akaun Bank Islam bagi tujuan biasiswa. *NOTA : PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN BANK ISLAM sebelum datang mendaftar/jika pelajar masih tidak
cukup umur untuk membuka AKAUN BANK ISLAM, perlulah ada sokongan daripada ibubapa (maklumat lanjut pembukaan AKAUN BANK ISLAM bolehlah rujuk laman web ini https://www.bankislam.com.my/) .
2. Lengkapkan Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA) Kementerian Pendidikan
Tinggi yang dimuat turun daripada portal berikut : https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/. *PERINGATAN : Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian yang disediakan di laman web
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan
11
3. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
a) Jadual Yuran Pengajian Program Asasi Sains, 2 Semester, sesi 2017/2018 :
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS, PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BIL. YURAN TIDAK BERULANG AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kolompok Pelajar 25.00
Jumlah 403.00
BIL. YURAN SEMESTER AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1011.00
JUMLAH KESELURUHAN 1414.00
b) Jadual keseluruhan mengikut yuran semester:
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1011.00
Jumlah Keseluruhan 2,425.00
c) Jadual Buku untuk 2 semester
Buku Teks/Kursus Amaun (RM)
1. Fizik 2. Kimia 3. Biologi 4. Matematik 5. Bahasa Inggeris 6. Lab Manuals
520.00
PERINGATAN : Bayaran buku teks MESTI dijelaskan pada hari pendaftaran iaitu pada 24 Mei 2017
d) Pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi perlu memohon bantuan kewangan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
e) KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui: i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank
Islam di seluruh Malaysia. ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui: i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi pemegang akaun Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB,
Public Bank & Hong Leong Bank. ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.
iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.
f) AKAUN BANK ISLAM
Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Pelajar boleh membuka akaun tanpa deposit.
Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian melalui kaedah:
i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine) ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet
12
Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di university.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.
5. Penyediaan Gambar
Anda diminta menyediakan lima (5) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam bentuk "CD" (format jpg).
6. Keperluan Peribadi
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
Kasut Hitam dan T-shirt putih (wajib bagi keperluan siswa) dan tudung hitam (wajib bagi keperluan siswa) dan pakaian sukan
Kemeja putih, seluar hitam dan tali leher (untuk siswa)
Baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam @ blouse putih dan skirt labuh hitam (untuk siswi)
Kelengkapan solat/sejadah Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran dengan Kampus UMS.
13
14
1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR. Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:
4. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran 5. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa 6. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa 7. Sijil SPM 8. Sijil Berhenti Sekolah 9. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa 10. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport) 11. UMS/HEP/01 Ikrar 12. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan) 13. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan 14. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian 15. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan) 16. Buku bank BANK ISLAM (pelajar) 17. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang layak) Kementerian Pendidikan Tinggi
Nota:
Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara. Dokumen Salinan Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. Salinan Sijil SPM 4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah 5. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa 6. Surat Tawaran ( Salinan Online ) 7. Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar) 8. Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini 9. Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga 10. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat
berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja); Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga Nota :
Perkara 3 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat
2. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
b) Pelajar dilarang BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:
Berselipar
Berskirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
Berbaju T tanpa kolar
Berbaju tanpa lengan
Berseluar terlalu ketat
Berpakaian nipis
SEMASA HARI PENDAFTARAN
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah
15
(c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan Universiti mengenali pelajar.
(d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang dikuatkuasakan.
ETIKA PAKAIAN PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS:- Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang di bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat dan dewan makan. Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan semasa menghadiri majlis rasmi.
PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS DAN BERSOPAN SEPERTI BERIKUT:
KERJASAMA ANDA DALAM MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN UMS ADALAH DIHARGAI
16
17
PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM) Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti program MSM yang bermula pada tarikh pendaftaran.Sebarang urusan peribadi perlu dilakukan sebelum atau selepas MSM. Bagi memastikan semua pelajar baru dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga ”TIDAK DIBENARKAN” untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA
Lelaki : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang kemeja berlengan panjang formal, tali leher, t-shirt putih berkolar, kasut hitam, 2
pasang seluar berwarna gelap (hitam/biru) dan 2 pasang seluar panjang untuk sukan (track bottom). Pelajar yang beragama Islam diminta membawa pakaian kebangsaan/baju Melayu serta songkok hitam.
Perempuan : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang baju kurung, kasut hitam, 2 pasang seluar panjang untuk sukan yang berwarna
gelap, baju kemeja T lengan panjang tebal yang berwarna gelap. Pelajar yang beragama Islam diminta membawa sekurang-kurangnya 1 tudung hitam.
Selain dari pakaian rasmi Minggu Suai Mesra di atas, pelajar perlu membawa pakaian dan keperluan harian yang lain termasuk cadar, sarung bantal, keperluan peribadi dan sebagainya.
SELEPAS PENDAFTARAN
18
19
1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di klinik kerajaan/swasta
2. Penyediaan gambar pasport sebanyak 12 keping dan sediakan softcopy gambar terbaru dalam
bentuk ″CD” (format jpg).
3 Keperluan Peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, sarung bantal, cadar, kasut
dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah dan sebagainya.
Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )
2. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa
3. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa
4. Sijil SPM
5. Sijil Berhenti Sekolah
6. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa
Nota:
Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf
Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan Borang/Dokumen 1. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran
2. Surat Tawaran (diberi pada hari pendaftaran)
3. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
5. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
6. Salinan Sijil SPM
7. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
8. Salinan Berhenti Sekolah
9. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM
10. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan
11. UMS/HEP/01 Ikrar
12. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)
13. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan
14. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian
15. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang layak)
Kementerian Pendidikan Tinggi
SENARAI SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN
SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN
20
Nota: Pengesahan benar bagi kad pengenalan, Sijil kelahiran dan siji-sijil lain adalah sepertimana yang dinyatakan sebelum ini
21
MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN 1. Menggunakan Perkhidmatan Udarat/Darat
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1;
Kaunter perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar baru. (Rujuk pada senarai borang. Wajib emel bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan UMS)
Bas UMS akan berada di terminal mengikut waktu ketibaan semasa yang telah ditetapkan (Rujuk : http://www.ums.edu.my/ppst)
Bas UMS akan membawa pelajar terus ke Bangunan Baru, PPST, UMS sahaja sepertimana yang ditetapkan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
Perkhidmatan bas hanya disediakan pada 24 Mei 2017 SAHAJA (RABU).
Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang pada 24 Mei 2017 (Rabu).
Nota Penting : Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :
TARIKH TEMPAT PERKARA
24 Mei 2017 (Rabu)
8.30am-4.30pm
Pendaftaran Kolej Kediaman
Pelajar-Pelajar Baharu (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)
UMS
Pendaftaran Kemasukan
24 Mei 2017 (Rabu)
8.30am-4.30pm
BT1-BT5
(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)-
ANNAXE, UMS
Pendaftaran Program
25 Mei 2017 hingga 27 Mei
2017 (bermula pukul 8.30pagi
hingga 10.00malam) (Rabu-Sabtu)
BT1-BT5
(Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST),
UMS
Minggu Suai Mesra (MSM)
Pelajar dikehendaki melaporkan diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:
Membuat Pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Peta lokasi disertakan Mendapatkan aturcara, pakaian dan kelengkapan Minggu Suai Mesra Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki
Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa mendaftar diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di BANK ISLAM sebelum hari pendaftaran berlangsung. Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara, kaunter Universiti Malaysia Sabah disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, bagi mengatur pengangkutan ke kampus. (Sila rujuk lampiran maklumat semasa ketibaan http://www.ums.edu.my/ppst ). Bagi pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dan pelajar perempuan berbaju kurung/formal.
UMUM
22
23
S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM? J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem maklumat pelajar (SMP).
S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran? J2: Tidak perlu. Semua pelajar asasi sains akan diberikan tajaan biasiswa dan tiada yuran dikenakan semasa hari pendaftaran S3: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J3: Tidak Boleh. S4: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? J4: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan mendapat kebenaran
daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal. S5: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS dibenarkan? J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran
kemasukan akan menjadi luput/ terbatal. Calon tidak dibenarkan melapor diri selain daripada tarikh tawaran yang ditetapkan, selain dari tarikh tersebut, perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah, Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
S6: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus? J6: Ada, di kampus mempunyai Panel Klinik Kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih. S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman? J7: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS tertakluk kepada syarat-syarat oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan. S8: Apa yang perlu saya bawa semasa pendaftaran? J8: Anda perlu membawa duit saku/wang pembayaran buku teks dan lab manual serta yuran muet seperti dalam jadual lampiran surat
tawaran dan wang yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.
S9: Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju? J9: Anda dinasihatkan supaya berhubung terus ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. S10: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? J10: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran. S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk
keluarga saya menginap? J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? J12: Tidak boleh.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar. S14: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM? J14: MSM ialah Minggu Suai Mesra yang diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga mengenali Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi, UMS.
SOALAN-SOALAN LAZIM