ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI
ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN
UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI
SINGAPURA
TEO SHI LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI
ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN
UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI
SINGAPURA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya: TEO SHI LING_____ __ __
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ __________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
87, JALAN TAY KIA HONG, EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI
TAMAN SRI LALANG,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
MEI 2011 MEI 2011
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Tandatangan :__________________________________________
Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
Tarikh : MEI 2011
ANALISIS NOTASIONAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI
ANTARA PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI THAILAND DAN PASUKAN
UNIVERSITI MALAYSIA MENENTANG PASUKAN UNIVERSITI
SINGAPURA
TEO SHI LING
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
Saya akui karya ini bertajuk “Analisis Notasional Perlawanan Bola Tampar Wanita
Di Antara Perlawanan Pasukan Universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti
Thailand dan Pasukan Universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti Singapura”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya perjelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________________
Nama Pelajar : TEO SHI LING
Tarikh : MEI 2011
iii
DEDIKASI
Khas dibuat untuk ayah dan ibu yang tersayang
Teo Bee Huat dan Tan Yoke Cheng
Dan juga kakak dan abang yang dikasihi
Teo Jey Ling dan Teo Seng Siong
Terima kasih ke atas segala pengorbanan dan didikanmu.
Doa dan sokongan yang diberi sepanjang masa amat dihargai
Kepada rakan-rakan dan Warga SPS seperjuangan
Wong Sin Yin, Ng Sher Fen, Aruna Santhappan,
Noor Haniza Binti Kosnan dan Mas Murni@Zaiton Binti Abdullah
Bantuan dan dorongan yang diberikan
akan dikenang selama-lamanya.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas dan
ribuan terima kasih kepada penyelia projek, En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki atas
segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang melaksanakan
kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pensyarah Fakulti
Pendidikan yang telah memberi nasihat dan pandangan kepada saya dalam proses
menjayakan kajian ini.
Seterusnya penghargaan ditunjukkan kepada rakan seperjuangan yang banyak
membantu saya dalam memberi dorongan, semangat dan nasihat semasa menghadapi
segala cabaran dalam penulisan laporan kajian ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan
atas bantuan mereka.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada ibu bapa dan adik-beradik yang
amat saya sayangi atas sokongan moral dan kewangan yang diberikan. Akhir sekali,
kerjasama, tunjuk ajar dan dorongan daripada semua pihak di atas amat hargai. Saya
ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan apa jua
sokongan dan bantuan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam proses
menyiapkan projek sarjana muda ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor kekuatan dan kelemahan
pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti
Thailand dan pasukan bola tampar Universiti Singapura. Keseluruhannya, 36 orang
subjek terlibat dalam kajian ini, dengan masing-masing 12 orang pemain berumur di
antara 20 tahun hingga 24 tahun dari pasukan Universiti Malaysia, pasukan
Universiti Thailand dan pasukan Universiti Singapura. Kajian ini dijalankan
menerusi analisis video perlawanan yang dirakam semasa kejohanan Asean
Universitiy Games 2010. Tiga elemen utama yang dianalisis adalah analisis nisbah
kerja dan rehat, analisis kemahiran dan analisis taktikal (serangan dan pertahanan)
yang menyumbang kepada perolehan mata dan kehilangan mata semasa perlawanan.
Analisis perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan
Universiti Thailand dan pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti
Singapura mendapati peratusan tertinggi perolehan mata bagi pasukan Universiti
Malaysia bagi kedua-dua perlawanan adalah menerusi SPwon (23% dan 31.0%).
Dapatan kajian turut mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi semua
kemahiran bagi kedua-dua perlawanan kecuali SVlost (p = 0.023) dan unforced error
(p = 0.001) bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan
Universiti Thailand. Dari aspek taktikal, pasukan Universiti Malaysia mencatatkan
peratusan tertinggi bagi taktik serangan Tempo 3 berbanding Tempo 1 bagi pasukan
Universiti Thailand. Pasukan Universiti Malaysia juga melakukan lebih banyak
taktik pertahanan double block berbanding single block bagi pasukan Universiti
Thailand. Namun, tiada sebarang perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua taktik
tersebut. Bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan
Universiti Singapura, terdapat perbezaan yang signifikan bagi taktik serangan Tempo
1won (p = 0.029), Tempo 3lost (p = 0.045) dan BDwon (p = 0.020). Kesimpulanya,
faktor kekalahan pasukan Universiti Malaysia kepada pasukan Universiti Thailand
adalah disebabkan oleh kehilangan mata menerusi kemahiran servis dan banyak
melakukan unforced error manakala kemenangan pasukan Universiti Malaysia
kepada pasukan Universiti Singapura dipengaruhi oleh keupayaan memperoleh
banyak mata menerusi taktik serangan Tempo 1, taktik pertahanan double block dan
kelemahan serangan Tempo 3 pasukan Universiti Singapura.
vi
ABSTRACT
The study was carried out to determine the factors of the strength and weakness for
Malaysia University volleyball team in the match with Thailand University
volleyball team and Singapore University volleyball team. Overall, 36 of the subjects
involved in this study, which comprised of twelve women volleyball players of age
group 20 - 24 years from each Malaysia University team and Thailand University
team and Singapore University team. The study was carried out at the Asian
University Games 2010 in women volleyball event by video analysis. This study
consist of three elements of analyses which are the analysis of work to rest ratio and
analysis based on the skills and tactical play (attack phase and defense phase) that
contribute to the won and lost of points during the match. The match analysis
between Malaysia University team against Thailand University team and Malaysia
University team against Singapore University team revealed that spiking skill (23%
and 31%) to be the highest point-scoring for Malaysia University team in both of the
matches. The result showed that there is no significant in any volleyball skills in both
volleyball matches except for the SVlost (p=0.023) and unforced error (p=0.001)
during the match between Malaysia University team and Thailand University team.
The tactical analysis found that Malaysia University team used the most in attack
strategy was third tempo spike compare with first tempo spike of Thailand
University team. The double block is the type of defense strategy that occurs most in
Malaysia University team compare with single block of Thailand University team.
However, there is no significant difference in tactical play between Malaysian and
Thailand players. The match analysis of Malaysia University team against Singapore
University team showed the significantly differentiated in Tempo 1won (p = 0.029)
Tempo 3lost (p = 0.045) and BDwon (p = 0.020) between Malaysian and Singaporean
players. The result point to the factors that contribute the failure of Malaysia
University volleyball team were because of the weakness of serve and lost points
from unforced error whereas the factor of victory of Malaysia University volleyball
team were because of the effectiveness of attack strategy in Tempo 1, defense
strategy in double block, and weak attacking Tempo 3 by Singapore University team.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Limitasi Kajian 11
1.8 Delimitasi Kajian 12
1.9 Definisi Operasional 12
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Ciri-ciri Fizikal Pemain Dalam Sukan Bola Tampar 18
2.3 Analisis Notasional 20
2.4 Analisis Notasional Dalam Proses Kejurulatihan 22
3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Subjek Kajian 25
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26
3.3 Analisis Notasional 27
3.3.1 Maklumat Asas Ciri-ciri Fizikal Pemain 27
3.3.3 Analisis Kemahiran 27
3.3.3.1 Servis 27
3.3.3.2 Blocking 28
3.3.3.3 Spiking 28
3.3.3.4 Reception 28
3.3.3.5 Dig 29
3.3.4 Analisis Taktikal 30
3.3.4.1 Taktik Serangan 30
3.3.4.2 Taktik Pertahanan 30
3.3.5 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 31
3.4 Pengumpulan dan Penganalisan Data 32
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Deskriptif 34
4.2.1 Ciri-Ciri Fizikal Pasukan Universiti Malaysia,
Universiti Thailand dan Universiti Singapura 34
4.2.2 Keputusan Prestasi Pasukan 35
ix
4.2.2.1 Pasukan Universiti Malaysia menentang
Universiti Thailand 35
4.2.2.2 Pasukan Universiti Malaysia menentang
Universiti Singapura 36
4.2.3 Analisis Notasional 38
4.2.3.1 Analisis Kemahiran: Servis 38
4.2.3.2 Analisis Kemahiran: Blocking 41
4.2.3.3 Analisis Kemahiran: Spiking 43
4.2.3.4 Analisis Kemahiran: Reception 49
4.2.3.5 Analisis Kemahiran: Dig 52
4.2.3.6 Analisis Taktikal: Taktik Serangan 54
4.2.3.7 Analisis Taktikal: Taktik Pertahanan 57
4.2.3 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 60
4.2.4.1 Pasukan Universiti Malaysia menentang
Universiti Thailand 60
4.2.4.2 Pasukan Universiti Malaysia menentang
Universiti Singapura 61
4.3. Analisis Inferensi bagi Pasukan Universiti Malaysia
dan Pasukan Universiti Thailand 62
4.3.1 Perbandingan Ciri-ciri Fizikal di antara Pasukan
Universiti Malaysia dan Pasukan Universiti
Thailand 62
4.3.2 Perbandingan Skor Menerusi Kemahiran di antara
Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Thailand 63
4.3.3 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Serangan di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Thailand 65
4.3.4 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Pertahanan di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Thailand 66
4.3.5 Perbandingan Skor Menerusi Unforced Error di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Thailand 67
x
4.4. Analisis Inferensi bagi Pasukan Universiti Malaysia
dan Pasukan Universiti Singapura 68
4.4.1 Perbandingan Ciri-ciri Fizikal di antara Pasukan
Universiti Malaysia dan Pasukan Universiti
Singapura 68
4.4.2 Perbandingan Skor Menerusi Kemahiran di antara
Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Singapura 69
4.4.3 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Serangan di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Singapura 70
4.4.4 Perbandingan Skor Menerusi Taktik Pertahanan di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Singapura 72
4.4.5 Perbandingan Skor Menerusi Unforced Error di
antara Pasukan Universiti Malaysia dan Pasukan
Universiti Singapura 73
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Ciri-Ciri Fizikal Pemain 75
5.3 Analisis Notasional Dari Segi Kemahiran 76
5.3.1 Analisis Kemahiran: Servis dan Reception 76
5.3.2 Analisis Kemahiran: Spiking dan Blocking 77
5.3.3 Analisis Kemahiran: Dig 78
5.4 Analisis Notasional Dari Segi Taktik Pasukan 79
5.4.1 Analisis Taktik: Serangan dan Pertahanan 79
5.5 Analisis Masa Pergerakan Perlawanan 81
5.6 Analisis Notasional Dari Segi Unforced Error 82
5.7 Kesimpulan 83
5.8 Cadangan 85
xi
RUJUKAN 86
LAMPIRAN (A1 – A3) 90
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data ciri-ciri fizikal pemain pasukan Universiti Malaysia,
pasukan Universiti Thailand dan pasukan Universiti
Singapura 34
4.2 Keputusan Perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 35
4.3 Rumusan Prestasi Perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 35
4.4 Keputusan Perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 36
4.5 Rumusan Prestasi Perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 37
4.6 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Thailand 38
4.7 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Singapura 39
xiii
4.8 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Thailand 41
4.9 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Singapura 42
4.10 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Thailand 43
4.11 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Singapura 46
4.12 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Thailand 49
4.13 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Malaysia
dan pasukan Universitit Singapura 50
4.14 Taburan kemahiran dig pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Thailand 52
4.15 Taburan kemahiran dig pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Singapura 53
4.16 Taburan taktik serangan pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Thailand 54
4.17 Taburan taktik serangan pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Singapura 56
4.18 Taburan taktik pertahanan pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universitit Thailand 57
4.19 Taburan taktik pertahanan pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura 58
xiv
4.20 Nisbah kerja : rehat perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand 60
4.21 Nisbah kerja : rehat perlawanan di antara pasukan Universiti
Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura 61
4.22 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan ciri-ciri
fizikal di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan
Universiti Thailand 62
4.23 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
kemahiran di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan
Universiti Thailand 63
4.24 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
taktik serangan di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand 65
4.25 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
taktik pertahanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand 66
4.26 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
unforced error di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand 67
4.27 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan ciri-ciri
fizikal di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan
Universiti Singapura 68
4.28 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
kemahiran di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan
Universiti Singapura 69
xv
4.29 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
taktik serangan di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura 70
4.30 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
taktik pertahanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura 72
4.31 Ujian t tidak bersandar mengenai perbandingan skor menerusi
unforced error di antara pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura 73
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Klasifikasi Sukan (Read dan Edwards, 1992) 17
2.2 Sub-kategori Net dan Wall Games serta sukan bagi setiap
kategori 18
2.3 Kepentingan pemerhatian dan analisis prestasi dalam proses
kejurulatihan (Carling et al., 2005) 23
3.1 Carta alir pelaksanaan analisis perlawanan 26
3.2 Komponen analisis kemahiran 29
3.3 Komponen analisis taktikal pasukan 31
4.1 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran servis
dalam bentuk peratusan 39
4.2 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran servis
dalam bentuk peratusan 40
xvii
4.3 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran blocking
dalam bentuk peratusan 41
4.4 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran blocking
dalam bentuk peratusan 43
4.5 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia
mengikut zon 44
4.6 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Thailand
mengikut zon 45
4.7 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran spiking
dalam bentuk peratusan 45
4.8 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Malaysia
mengikut zon 47
4.9 Taburan kemahiran spiking pasukan Universiti Singapura
mengikut zon 47
4.10 Perbandingan prestasi dari segi kemahiran spiking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura
dalam bentuk peratusan 48
4.11 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran reception
dalam bentuk peratusan 50
4.12 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran reception
dalam bentuk peratusan 51
xviii
4.13 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi kemahiran dig
dalam bentuk peratusan 52
4.14 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi kemahiran dig
dalam bentuk peratusan 54
4.15 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi taktik serangan
dalam bentuk peratusan 55
4.16 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi taktik serangan
dalam bentuk peratusan 56
4.17 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Thailand dari segi taktik pertahanan
dalam bentuk peratusan 58
4.18 Perbandingan prestasi pasukan Universiti Malaysia dan
pasukan Universiti Singapura dari segi taktik pertahanan
dalam bentuk peratusan 59
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A1 – A3 Borang Analisis Notasional 90
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh Willian G. Morgan pada
tahun 1895. Beliau merupakan seorang pengarah fizikal YMCA, di Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Morgan mengambil keputusan menggabungkan
elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan
bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang
mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai “mintonette”, bagi
menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan
tenaga fizikal kepada ahli perniagaan.
Pada tahun 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang
pemain telah mengambil bahagian dalam permainan sebenar mintonette di
Springfield, Massachusetts. Setelah permainan ini berlangsung selama setahun,
seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang
bermain kelihatan seolah-olah menampar bola melintasi jaring, maka permainan ini
lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu dan
2
menukar nama permainan tersebut. Permainan ini dikenali sebagai “mintonette”
digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun tersebut.
Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang,
namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau kemudian cuba
menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu
pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan
peralatan sukan, Morgan meminta A. G Spalding menghasilkan bola untuk
permainan ciptaannya. Maka satu bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada
tahun 1900.
Populariti bola tampar meningkat pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi
negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenallan di India pada tahun
yang sama. Sukan bola tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan di Cuba
(1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico (1909) dan Filipina (1910) sebelum
ianya diperkenalkan di Eropah. Perkembangan sukan bola tampar di Eropah berlaku
menerusi penglibatan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama. Ianya
bermula di Yogoslavia pada tahun 1918, diikuti dengan Czechoslovakia dan Poland
pada tahun 1919 dan seterusnya di Rusia pada tahun 1922.
Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada
peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) telah ditubuhkan dengan Paul
Libaud sebagai presiden pertamanya pada tahun 1947. Berdasarkan kepada
perkembangan yang menggalakkan, permainan bola tampar telah rasminya
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ke-17 pada tahun 1964 di Tokyo, Jepun.
Dalam pertandingan ini, pasukan bola tampar lelaki Rusia telah muncul sebagai
johan manakala pasukan wanita Jepun pula membolot pingat emas bagi acara wanita.
Selepas itu, permainan bola tampar dipertandingkan di Sukan Olimpik hingga ke hari
ini. FIVB kini mempunyai sebanyak 210 buah negara yang menjadi anggotanya.
FIVB telah membahagikan lima zon bagi ahli-ahli gabungannya yang terdiri
3
daripada Afrika, Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Norceca (Amerika Utara,
Kanada, Mexico dan Kepulauan yang berdekatan).
Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan
pelawat iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-
an. Ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan bola tampar telah
diadakan di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Singapura. Hasil daripada keaktifan perlawanan persahabatan, ia telah merintis jalan
kepada tertubuhnya Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu
dengan nombor pendaftarannya “No.1002” (Pulau Pinang) pada 9 Julai 1959. Pada
tahun 1962, kemajuan bola tampar bergerak selangkah lagi apabila Persatuan Bola
Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (FIVB). Selepas pembentukan Malaysia, Persatuan Bola
Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Persatuan Bola
Tampar Amatur Malaysia pada tahun 1965.
Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah pengelolaan
Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur Volleyball
Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Selain itu, permainan bola tampar
adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah
di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun
1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan
bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia.
Permainan bola tampar bertambah kepopularitiannya berasaskan kepada ciri-
ciri istimewanya, khususnya dimainkan oleh dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring
tinggi dengan menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau
menampar sebiji bola untuk melangkaui jaring tersebut dengan syaratnya tidak
melebihi tiga kali berturut-turut. Skor dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang
lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan
betul. Di dalam permainan ini, setiap posisi pemain mempunyai peranan tersendiri
4
dan bermain di dalam kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah “Open Hitter”,
“Middle Blocker”, “Setter”, dan “Libero”. Dalam pertandingan bola tampar,
kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan
kemahiran, kecergasan fizikal dan mental. Selain itu, persefahaman dan komunikasi
yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada
kejayaan sesebuah pasukan.
Dalam permainan bola tampar, faktor kecergasan fizikal dan kekuatan metal
yang tinggi tidak semestinya dapat menjamin prestasi tinggi dalam sesuatu
pertandingan sebaliknya aplikasi pengetahuan sains sukan seperti analisis
perlawanan dengan penggunaan teknologi dan kaedah saintifik dapat mempengaruhi
pencapaian atlet dan mempertingkat mutu sukan bola tampar. Justeru itu, Analisis
perlawanan bukanlah perkara yang baru dalam bidang sukan, malah melalui
perkembangan teknologi dan pengetahuan sains sukan dapat digunakan dalam
beberapa cara yang berbeza dan pelbagai format dalam membantu menjayakan
sesuatu sukan. Seseorang jurulatih perlu menyedari bahawa perkembangan ini
adalah penting untuk memastikan menganalisis prestasi dengan cara kontemporari
untuk meningkatkan individu dan pasukan. Selain itu, hasil analisis perlawanan
dapat memberi maklumat penting kepada jurulatih dalam memperbaiki kelemahan
dan membuat perubahan dari segi latihan pasukan untuk meningkatkan prestasi
pemain-pemain. Dengan itu, jurulatih memerlukan penilaian prestasi pasukan yang
objektif. Oleh yang demikian pengukuran, penilaian dan analisis perlawanan adalah
sangat penting untuk menjamin kejayaan dalam pasukan.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya, prestasi pasukan bola tampar negara Malayisa adalah agak
rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Justeru itu, sukan
bola tampar di Malayisa tidak tersenarai sebagai sukan teras yang ditanggung
sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara kerana pasukan bola tampar tidak dapat
mencapai prestasi yang tinggi di mana-mana pertandingan antarabangsa. Bagi
pasukan bola tampar peringkat Universiti Malaysia, pencapaian pasukan di peringkat
antarabangsa kebiasaannya terkandas sebelum peringkat separuh akhir. Prestasi
pasukan bola tampar Malaysia yang kekal pada tahap yang sama secara langsung
atau tidak langsung mewujudkan jurang perbezaan keupayaan berbanding dengan
negara- negara lain yang lebih hebat.
Jurang perbezaan prestasi yang ketara di antara pasukan bola tampar
Universiti Malaysia dengan negara-negara lain di Asia Tenggara terserlah pada
pertandingan International Women’s Volleyball VTV-Ferroli Cup 2010. Sebagai
contoh, Malaysia telah ditewaskan dengan mudah oleh Thailand secara straight set
pada peringkat kumpulan. Ini menunjunkan keupayaan pasukan bola tampar
Universiti Malaysia masih ketinggalan berbanding negara tersebut.
Faktor kegagalan dan kejayaan sesebuah pasukan bola tampar adalah
bergantung kepada prestasi sesebuah pasukan dari segi fizikal pemain, teknik
permainan dan taktikal permainan. Dengan demikian, analisis perlawanan
berkemungkinan menjadi salah satu kaedah bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan pasukan bagi dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan dan
meningkatkan prestasi pasukan bola tampar Universiti Malaysia pada masa hadapan.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Perancangan program latihan fizikal untuk pemain bola tampar Universiti
Malaysia disusun atur dengan sistematik, namun prestasi mereka dalam beberapa
perlawanan di peringkat antarabangasa yang lepas boleh dikatakan masih berada di
tahap yang rendah berbanding dengan negera-negera lain. Pada kejohanan
International Women’s Volleyball VTV-Ferroli Cup 2010, pasukan bola tampar
Universiti Malaysia Malaysia telah ditewaskan dengan mudah oleh beberapa pasukan
lain dengan prestasi yang rendah dan hanya menduduki tempat ke-5 pada kejohanan
tersebut.
Kegagalan serta tahap prestasi yang rendah pasukan Universiti Malaysia pada
kejohanan tersebut secara langsing mendorong penyelidik menjalankan kajian ini.
Faktor kekuatan dan kelemahan pasukan Universiti Malaysia dari aspek teknikal dan
taktikal menjadi fokus utama dalam kajian ini. Dalam usaha mengkaji perkara-
perkara tersebu, dua perlawanan yang melibatkan pasukan Universiti Malaysia
dianalisis, satu perlawanan menentang pasukan yang lebih kuat dan satu lagi
perlawanan menentang pasukan yang lebih lemah.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah bertujuan :
i. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti
Thailand dan Universiti Singapura dari aspek fizikal.
ii. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti
Thailand dan Universiti Singapura dari aspek kemahiran
iii. Membuat perbandingan di antara pasukan Universiti Malaysia, Universiti
Thailand dan Universiti Singapura dari aspek taktikal.
8
1.5 Hipotesis Kajian
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan
bola tampar Universiti Malaysia dengan pasukan bola tampar Universiti Thailand.
Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
9
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ha6: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan Universiti
Malaysia dengan pasukan Universiti Thailand.
Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha7: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran servis pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha8: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran blocking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
10
Ho9: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha9: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemahiran spiking pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ho10: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha10: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik serangan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ho11: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha11: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara taktik pertahanan pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ha12: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
Ho12: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara unforced error pasukan
Universiti Malaysia dengan pasukan Universiti Singapura.
11
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian penyelidikan ini akan dapat:
i. memberi sumbangan kepada jurulatih untuk mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan sesebuah pasukan. Maklumat ini berguna kepada jurulatih
dalam merancang program latihan yang akan datang dengan berkesan dan
sesuai untuk membantu mereka meningkatkan prestasi.
ii. mengenalpasti perbezaan di antara prestasi pasukan Universiti Malaysia,
Universiti Thailand dan Universiti Singapura dan menjadi panduan
kepada jurulatih untuk memperbaiki kelemahan pasukan sekaligus
mengurangkan jurang perbezaan prestasi tersebut.
1.7 Limitasi Kajian
Kajian yang dijalankan hanya melibatkan atlet bola tampar wanita peringkat
universiti dari negara Malaysia, Thailand dan Singapura. Selain itu, rakaman video
hanya terbatas dari arah belakang gelanggang sahaja bagi perlawanan di antara
pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand dan pasukan
Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura.
12
1.8 Delimitasi Kajian
Penyelidik tidak mengawal segala aktiviti atau latihan yang dijalani oleh
ketiga-tiga pasukan sebelum dan selepas perlawanan yang dianalisis.
1.9 Definisi Operasional
Definisi bagi istilah- istilah yang digunakan dalam analisis notasional perlawanan ini
adalah seperti berikut:
MAS - Malaysia
THAI - Thailand
SG - Singapura
SV - Servis
SVwon
- Servis yang berjaya memenangi mata.
SVlost
- Kesilapan servis yang menyebabkan kehilangan mata.
SV+ve
- Servis yang menggugatkan pihak lawan sehingga tidak
dapat menghantar bola tepat kepada setter.
SV-ve
- Servis yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa memberi
gugatan.
SP - Spiking, rejaman atau serangan.
SPwon
- Rejaman yang berjaya memenangi mata.
SPlost
- Kesilapan rejaman yang menyebabkan kehilangan
mata.
SPneutral
- Rejaman yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa
memberi sebarang gugatan.
13
BL - Blocking atau hadangan.
BLwon
- Hadangan yang berjaya memenangi mata.
BLlost
- Kesilapan hadangan yang menyebabkan kehilangan
mata.
BLneutral
- Hadangan yang tidak memenangi atau hilang mata.
RC - Reception atau penerimaan bola servis
RC+ve
- Penghantaran bola tepat kepada setter.
RC-ve
- Gagal menghantar bola tepat kepada setter.
RClost
- Kesilapan dalam penghantaran bola menyebabkan
kehilangan mata.
D - Dig atau penerimaan semasa pertahanan.
D+ve
- Penghantaran bola tepat kepada setter.
D-ve
- Gagal menghantar bola tepat kepada setter.
Dlost
- Kesilapan dalam penghantaran bola menyebabkan
kehilangan mata.
Tempo 1 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan
sebelum atau semasa kemahiran mengumpan
dilakukan.
Tempo 1won
- Serangan Tempo 1 yang berjaya memenangi mata.
Tempo 1lost
- Kesilapan serangan Tempo 1 yang menyebabkan
kehilangan mata.
Tempo 1neutral
- Serangan Tempo 1 yang hanya lepas ke pihak lawan
tanpa memberi sebarang gugatan.
Tempo 2 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan dengan
mengambil langkah terakhir ketika kemahiran
mengumpan dilakukan.
Tempo 2won
- Serangan Tempo 2 yang berjaya memenangi mata.
Tempo 2lost
- Kesilapan serangan Tempo 2 yang menyebabkan
kehilangan mata.
14
Tempo 2neutral
- Serangan Tempo 2 yang hanya lepas ke pihak lawan
tanpa memberi sebarang gugatan.
Tempo 3 - Spiking, rejaman atau serangan yang dilakukan selepas
kemahiran mengumpan dilakukan.
Tempo 3won
- Serangan Tempo 3 yang berjaya memenangi mata.
Tempo 3lost
- Kesilapan serangan Tempo 3 yang menyebabkan
kehilangan mata.
Tempo 3neutral
- Serangan Tempo 3 yang hanya lepas ke pihak lawan
tanpa memberi sebarang gugatan.
BS - Single Block atau hanya seorang pemain
melakukan blocking untuk menghadang
serangan daripada pihak lawan.
BSwon
- Single block yang berjaya memenangi mata.
BSlost
- Kesilapan single block yang menyebabkan
kehilangan mata.
BSneutral
- Single block yang tidak memenangi atau hilang
mata.
BD - Double Block atau dua orang pemain
melakukan blocking secara serentak untuk
menghadang serangan daripada pihak lawan.
BDwon
- Double block yang berjaya memenangi mata.
BDlost
- Kesilapan double block yang menyebabkan
kehilangan mata.
BDneutral
- Double block yang tidak memenangi atau hilang
mata.
BF - Full Block atau tiga orang pemain melakukan
blocking secara serentak untuk menghadang
serangan daripada pihak lawan.
BFwon
- Full block yang berjaya memenangi mata.
BFlost
- Kesilapan full block yang menyebabkan
kehilangan mata.
15
BFneutral
- Full block yang tidak memenangi atau hilang mata.
BMI - Indeks jisim tubuh
ZL - Zon kiri
ZC - Zon Tengah
ZR - Zon Kanan
ZB - Zon Belakang
Opponent error - Kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan.
Unforced error - Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan.
Masa kerja - Jumlah masa perlawanan berlangsung tidak termasuk
masa rehat.
Masa rehat - Jumlah masa rehat, masa rehat teknikal, masa rehat
di antara mata dan set, dan masa pertukaran
gelanggang dan pemain.