Download - ancaman komunisv
Pendahuluan
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh
kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti
dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis,
dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik
haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan
sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan
kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerah kalahan Jepun pada
tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan
kerajaan Malaysia pada Disember 1989.
Punca Darurat
Boleh dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-
1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang
Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya
telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di
Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM
diharamkan.
1
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh
kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman
ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM
kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan
Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap
sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM
memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan
Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat
oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan
bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.
Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng
sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3
ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang
berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat
Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
MENGIMBAS kembali zaman darurat, terbayang difikiran kisah duka dan
penderitaan yang terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika Parti
2
kerajaan mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Pada 1950, Jeneral Sir
Horold Briggs memperkenal Rancangan Briggs. Rancangan penempatan semula
setinggan di kampung-kampung baharu bertujuan memastikan penduduk dapat
diasingkan daripada pengaruh dan ancaman komunis. Taktik ini berjaya menyekat
bekalan makanan dan memutuskan perhubungan, maklumat, ubat-ubatan dan
keanggotaan baru kepada PKM. Penempatan semula setinggan ini melibatkan seramai
572 917 orang yang telah dipindahkan ke 480 buah kampung baharu (Jun 1950 hingga
Disember 1952).
Bagi mengekang pemberontakan komunis dan meningkatkan tahap keselamatan
negara, pasukan keselamatan diperkukuh dengan pembesaran pasukan polis dan
tentera. Antara pasukan yang ditubuhkan semasa berlakunya darurat ialah Pasukan
Mata-Mata Khas-SC (Special Constable), Polis Bantuan (Auxiliary Police), Polis
Cawangan Khas (Special Branch) dan Pengawal Kampung (Home Guard). Tentera dari
negara Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan Afrika Timur turut dibawa masuk ke
Tanah Melayu untuk membantu memerangi keganasan komunis.
Kemuncak usaha kerajaan untuk mengatasi pemberontakan bersenjata komunis
ini adalah mengadakan rundingan damai dengan pihak komunis. Rundingan ini
diadakan dalam empat sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah Kebangsaan Tunku
Putra), Baling, Kedah pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk
3
menamatkan darurat. Rundingan ini juga merupakan lanjutan daripada tawaran
pengampunan berama-ramai yang diberikan oleh kerajaan kepada angota PKM pada 9
Pemberontakan bersenjata PKM ini di mulai dengan menyerang beberapa
sasaran pasukan keselamatan. Serangan ini bertujuan untuk memperlihatkan
kesungguhan PKM dalam memulakan semula pemberontakan bersenjatanya. Antara
serangan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis ini termasuklah serangan
hendap terhadap satu konvoi pasukan keselamatan pada 17 Jun 1968. Dalam
serangan tersebut, konvoi Batalion Pertama, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta,
Perak telah diserang hendap oleh penggans komunis berhampiran kawasan sempadan
Kroh (Perak) dan Betong (Thailand). Dalam kejadian tersebut, tiga buah kenderaan
polis mengalami kerosakan teruk, 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh dan
17 orang anggota lagi mengalami kecederaan.
PKM juga bukan sahaja memperhebatkan gerakan ketenteraanya di hutan
belantara, malahan memasuki bandar dan melakukan pelbagai sabotaj dan
kemusnahan. Antara yang menjadi sasaran utama pengganas komunis termasuklah
kerja pembinaan Lebuh Raya Timur – Barat sepanjang 85 kilometer yang
menghubungkan Gerik, Perak dan Pasir Puteh, Kelantan. Kerajaan mengalami
kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak jentera dan kelengkapan pembinaan
diletupkan serta dimusnahkan.
4
Dalam upacara menandatangani Perjanjian Damai yang diadakan di Hotel Lee
Gardens, Haadyai, Thailand ini, PKM diwakili oleh Pengerusinya, Abdullah C.D, Chin
Peng dan anggota majlis pusat, Abdul Rashid Maidin. Kerajaan Malaysia diwakili Ketua
Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara,
Tan Sri Mohd. Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim
Mohd. Ali. Kerajaan Thailand pula diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Dalam
Negeri, Jeneral Tan Sri Vhabalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam
Negeri Wilayah Empat, Lefternan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah
Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Saweang Therasawat dan Setiausaha
Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Anek Sithip Rasasana. Perjanjian damai dan
pembubaran Pasukan Komunis Malaya (PKM) ini merupakan lambang kejayaan
kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani perjuangan bersenjata PKM.
Sesungguhnya kejayaan ini menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan
kemakmuran negara. Oleh sebab itu, nikmat kemerdekaan, keamanan dan
keharmonian yang dikecap kini wajarlah disyukuri. Namun begitu, usahlah kita alpa dan
leka serta beranggapan ancaman tidak lagi wujud pada masa sekarang dan akan
datang. "Kegagalan memandang ke hadapan memungkinkan kita terperangkap ke
dalam situasi yang sukar". Begitulah catatan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral
Dato' Seri Md. Hashim Hussein, pada 23 Julai 1999 (dipetik dari buku Tentera Darat
Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989).
5
Pengisytiharan Darurat 1948.
untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan ( tentera, polis) untuk
menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara.
Ramai ahli PKM ditangkap serta merta
Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan ahli PKM
Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan
mereka.
Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke
tangan PKM
Komunis sukar mendapat bekalan makanan,ubat-ubatan.
PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok sekuruh negara
Meluluskan penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948”
Memastikan mereka yang tidak menentang kerajaan diambil bekerja.
6
Rancangan Briggs
i. Perkampungan baru
untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan Min yuen
penempatan semula setinggan Cina ke kampung-kampung baru
kampung-kampung dikawal – beri perlindungan dari ancaman PKM
hubungan Min Yuen dengan PKM terputus
memaksa komunis keluar
ii. Gerakan kelaparan
mengawal bekalan makanan sampai ke tangan komunis
komunis sukar mendapat bekalan makanan
iii. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang
meliputi peringkat negeri dan daerah
bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan
Persekutuan bagi menangani ancaman komunis
7
Rancangan Templer
i. Ketenteraan
menaikan semangat dan kekuatan tentera
menambah kekuatan tentera - 13 batilion askar British, Gurkha dan
Melayu kepada 23 batilion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand
dan Rhodesia.
Penubuhan “Home Guard” – bilangan ditambah kepada 210,000 ahkir
1953
Bilangan anggota polis / mata-mata Khas ditambah dari 24,000 kepada
67,000 1952
Melemahkan pasukan komunis.
ii. Pengenalan “ Kawasan Putih “
kawasan bebas komunis
penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan
menggalakkan tempat lain mengikut langkah ini
penduduk beri sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka
menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap “ Kawasan Hitam” –
banyak sekatan
merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk
memudahkan komunis ditangkap
Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka September 1952
8
iii. Perang Psikologi
syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui pindaan undang-undang
1952
bilangan kaum Cina dan India yang menjadi warganegara meningkat
mendorong mereka menyokong Inggeris dan melemahkan komunis
pemberian hadiah wang kepada pemberi maklumat cth $250,000 jika
berjaya menangkap Chin Peng.
Pengampunan ; risalah tawaran pengampunan digugurkan dari udara
Berjaya menarik mereka keluar dari hutan untuk menyerah diri
Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – kerajaan bantu
perkembangan orang Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman
komunis.
Menggalakkan perkembangan politik – parti politik dibenarkan
menjalankan aktiviti spt UMNO,MIC dan MCA.
Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan
Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga
pilihanraya umum pertama diadakan pada1955.
Rundingan Baling diadakan pada 28 – 29 Disember 1955 tetapi gagal kerana
kerajaan enggan mengiktiraf komunis.
9
1. Tawaran Pertama: 9 September 1955, Kerajaan menawarkan pengampunan
beramai-ramai kepada anggota PKM dengan syarat PKM meletakkan senjata.
Rundingan telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di antara Kerajaan dengan
PKM di Baling. Kerajaan meletakkan syarat iaitu PKM mesti menyerahkan senjata
sebagai syarat pengampunan dan tidak boleh menubuhkan parti politik komunis. Chin
Peng yang ketika itu Setiausaha Agung PKM menolak syarat tersebut dan seterusnya
menolak tawaran pengampunan beramai-ramai.
2. Tawaran Kedua: 1 September hingga 31 Disember 1957, sekali lagi tawaran
penyerahan diri kali kedua kepada PKM diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu tetapi juga ditolak.
3. Tawaran Ketiga: 2 Disember 1989, PKM menerima tawaran peletakan senjata oleh
Kerajaan. PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta
menamatkan keganasan mereka di Tanah Melayu. Antara syarat kembali ke tanahair
ialah memajukan permohonan (ada tarikh tutup) dan hadir temuduga. Malangnya Chin
Peng berkeras tidak mahu memohon dan hanya memohon pada saat akhir setelah
mendapati semua rakan PKMnya memohon. Permohonan Chin Peng diterima sehari
sebelum tarikh tawaran berakhir. Rakan-rakan Chin Peng telah hadir dalam sesi
temuduga dan Chin Peng tidak hadir. Ini bermakna, beliau tidak insaf, menolak tawaran
kerajaan. Menurut maklumat tertentu, semasa saat memajukan permohonan kembali ke
Malaysia, berlaku pergeseran di kalangan mereka yang mana Chin Peng memarahi
anggota Komunis yang memajukan permohonan. Dan permohonan Chin Peng untuk
10
kembali yang dimajukan sehari sebelum tamat tarikh tawaran tidak dibuat oleh Chin
Peng sendiri tetapi oleh rakan-rakan beliau.
Rundingan Baling 1955
Setelah gagal melalui perjuangan bersenjata, Parti Komunis Malaya (PKM) di
Tanah Melayu mengubah taktik perjuangannya ke arah memenangi hati rakyat. PKM
meminta rundingan perdamaian bagi mencari jalan supaya PKM dibenarkan bergiat
dalam politik negara secara sah.
Sebaik sahaja Parti Perikatan berjaya memenangi pilihan raya tahun 1955, Tunku
Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Menteri. Kerajaan telah mengeluarkan
tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis. Antara lain tawaran
itu berbunyi:
"Anggota komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Mereka yang menunjukkan
taat setia dan ikhlas kepada negara ini akan dibenarkan hidup bebas sebagai rakyat
biasa. Sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka, tetapi bagi mereka yang
ingin pulang ke negara China akan diberikan pertimbangan oleh kerajaan". (Sumber:
Berita Harian)
Ketua propaganda PKM, Chen Tien keluar dari hutan di Kelian Intan untuk menghantar
surat kepada Tunku bagi mengatur pertemuan di antara Tunku dan PKM. Pertemuan
telah berlangsung di sebuah sekolah di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955.
11
Di akhir pertemuan itu, Chin Peng telah menolak tawaran pengampunan kerana
kerajaan tidak membenarkan PKM bergiat sebagai sebuah parti politik yang sah. Beliau
juga menolak keras syarat yang kesetiaan PKM disiasat terlebih dulu sebelum mereka
dibebaskan untuk memulakan kehidupan baru.
12
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS
1. Pergisytiharan Darurat Pengampunan Beramai-ramai. Pengharaman Parti
Komunis Malaya Dan Parti Berhaluan Kiri Perang Saraf Pertemuan Baling
Memperbesar Pasukan Keselamatan Rancangan Briggs
2. Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus lading berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu
untuk melindungi kepentingan ekonomi British di TM British Kuatkuasakan
Undang2 Darurat 1948 yang membolehkan British menahan sesiapa sahaja
yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis Pasukan keselamatan dibenarkan
menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru
atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu
pengganas komunis Pengisytiharan Darurat Home Guard.
3. Pengharaman Parti Komunis Malaya Dan Parti Berhaluan Kiri PKM
diharamkan pada 23 Julai 1948 Parti2 politik berfahaman kiri yang
perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti; Angkatan Wanita Sedar
(AWAS) Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA) Pemuda Radikal Melayu
(PERAM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Hizbul Muslimin
Home
4. Memperbesar Pasukan Keselamatan Menambah Anggota Polis & Tentara
Menubuhkan Pasukan Home Guard Pasukan polis disusun semula &
diperbesar hingga seramai 70 000 orang British membawa masuk askar
13
dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur &
Fiji Menambah Anggota Polis & Tentara Menubuhkan Pasukan Home Guard
Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari
Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji Ditubuhkan di peringkat kampung
untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan terdiri
daripada kaum lelaki & wanita Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu
(Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan
lombong yang terpencil Pasukan keselamatan mengebom & melakukan
serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan
bantuan Tentera Udara British Pasukan polis disusun semula & diperbesar
hingga seramai 70 000 orang British membawa masuk askar dari negara2
Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji Ditubuhkan di
peringkat kampung untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga
keselamatan terdiri daripada kaum lelaki & wanita Seramai 24 000 orang Mata2
Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang &
kawasan lombong yang terpencil Pasukan keselamatan mengebom &
melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis
dengan bantuan Tentera Udara British Menambah Anggota Polis & Tentara
Menubuhkan Pasukan Home Guard Menambah Anggota Polis & Tentera
Menubuhkan Pasukan Home Guard Home
5. Rancangan Briggs Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold
Rowdon Briggs melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir
14
hutan ke kawasan penempatan baru yg digelar ‘kampung baru’ bertujuan
menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak
komunis sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen Video Komunis
6. Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400
buah kampung baru di seluruh TM Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal
ketat oleh Special Constables (SC) Setiap ketua keluarga diberi kad catuan
makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan
makanan secukupnya Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia
setiap masa Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” –
tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan,
senjata, maklumat & ubat Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese
Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di
kampung baru Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
7. Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur
Pengganas Komunis Di Kampung Baru 1. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan
komunis Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari
tempat persembunyian mereka Ia memudahkan pasukan keselamatan
menggempur pengganas komunis 2.Sistem Pendaftaran Kebangsaan Tujuan –
mengawal pergerakan penduduk Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih
mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan
pengganas komunis Home Video Komunis 2.
15
Home Guard
Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home
Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal
keselamatan semasa keadaan darurat 1948 berlaku di Persekutuan Tanah Melayu.
Mereka turut berkhidmat dengan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara
untuk mengekang pergerakan komunis, dan supaya segala keperluan asas seperti
bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan
komunis. Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United
Kingdom).
Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat
pada 31 Julai 1960.[2]
Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963-1965, pasukan ini
diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan
penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.[2]
Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara
menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam
menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972,
Ikatan Relawan Rakyat (RELA) ditubuhkan.
16
Perintah Berkurung
NIAMEY: Pihak tentera mengumumkan perintah berkurung dari senja hingga
subuh, beberapa jam selepas melakukan rampasan kuasa dan menahan Presiden
Mamadou Tandja semalam.
Perintah itu dibacakan dan disiarkan stesen televisyen negara itu.
Majlis Agung Untuk Pengembalian Demokrasi(CSRD) berkata perintah
berkurung itu akan berkuatkuasa dari jam 6 petang (1700 GMT) hingga 6 pagi (0500
GMT).
Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata
terhadap pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan utama PKM
melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan seterusnya
menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis
Antarabangsa yang telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM
telah melakukan kekejaman, iaitu pembunuhan para pegawai British, terutama
pembunuhan tiga orang peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948. British
berusaha untuk membendung kegiatan komunis dengan mengisytiharkan darurat pada
tahun 1948. Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai
langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan komunis.
17
Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undang-
undang darurat. Dalam pada itu, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya
di Tanah Melayu. Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa untuk menangkap
sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan
menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk
berkumpul lebih daripada lima orang. Pelaksanaan undang-undang darurat telah
menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah menyebabkan
pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.
Di samping itu, kerajaan telah menambah jumlah tentera untuk memerangi
anggota komunis di Tanah Melayu. Semasa darurat, kira-kira 40 000 orang tentera
termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan
komunis. Selain itu, tentera turut mendapat bantuan daripada pasukan polis yang
berjumlah 70 000 orang dan Home Guard yang dianggarkan berjumlah 25 000 orang
yang mengawal di peringkat kampung. Pasukan Special Constables (SC) yang
berjumlah 29 897 orang dikerah untuk menjaga kawasan ladang pertanian. Melalui
pertubuhan Komanwel, Tanah Melayu mendapat bantuan ketenteraan asing untuk
memerangi komunis, antaranya dari New Zealand, Australia dan India. Walau
bagaimanapun, tindakan ketenteraan kurang berjaya kerana anggota komunis berada
di dalam hutan. Kerajaan telah menggunakan teknik perang gerila terhadap komunis.
18
Seterusnya kerajaan telah melancarkan Rancangan Briggs yang telah
diasaskan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Pengarah operasi yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir Harold Briggs.
Tujuan pelaksanaan rancangan tersebut adalah untuk melumpuhkan kegiatan
sokongan komunis, iaitu Min Yuen. Tindakan yang dijalankan adalah memindahkan
penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru atau kampung
baru. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan digunakan
oleh gerakan Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya.
Petempatan semula yang dibina oleh kerajaan dikawal ketat dan dipagari kawat berduri
untuk menjaga keselamatan mereka. Rancangan tersebut telah berjaya memindahkan
kira-kira 570 500 orang ke kawasan lebih 400 buah kampung baru menjelang tahun
1952.
Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau adalah
mewujudkan kawasan hitam dan kawasan putih. Rancangan tersebut digunakan untuk
memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu supaya tidak member bantuan
kepada pihak komunis. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menghalang rakyat
daripada terpengaruh dengan ideologi komunis. Kawasan-kawasan yang terdapat
anasir komunis diisytiharkan sebagai kawasan hitam. Pihak tentera dan polis
mengadakan sekatan dan kawalan yang rapi di kawasan tersebut. Usaha untuk
membersihkan kawasan hitam daripada pengaruh komunis dilakukan dari Johor hingga
ke utara Tanah Melayu. Kawasan yang berjaya dibersihkan daripada anasir komunis
19
pula dikenali sebagai kawasan putih. Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan
dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan pengangkutan, pusat
kesihatan dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan rakyat bekerjasama dengan
pihak kerajaan untuk memerangi komunis.
Seterusnya pihak British cuba mengeratkan hubungan antara kaum di Tanah
Melayu. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum merupakan usaha ke arah
itu. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk mengurangkan sokongan
orang Cina terhadap gerakan Parti Komunis Malaya. Jawatankuasa tersebut dianggotai
oleh wakil-wakil daripada semua kaum utama di Tanah Melayu, contohnya Dato’ Onn
bin Jaafar mewakili orang Melayu, E.E.C. Thuraisinggam mewakili kaum India dan Tan
Cheng Lock mewakili kaum Cina. Dengan wujudnya kerjasama tersebut, semangat
kebangsaan telah dapat ditanam dalam kalangan kaum Cina dan India. Tambahan
pula, pihak kerajaan telah melonggarkan pemberian taraf kerakyatan.
Kerajaan turut melancarkan perang saraf untuk memberikan kesedaran kepada
rakyat Tanah Melayu. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghebahkan keburukan
perjuangan komunis. Kerajaan telah mengadakan ceramah di seluruh pelosok Tanah
Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan mengedarkan poster-
poster tentang usaha kerajaan memerangi komunis. Malahan kerajaan turut menjadikan
pihak komunis sebagai sasaran perang saraf untuk menyedarkan kumpulan tersebut.
Risalah-risalah tentang pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah diri
20
telah digugurkan di kawasan hutan. Pihak kerajaan juga menawarkan hadiah yang
lumayan kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya anggota
komunis, contohnya Chin Peng bernilai $250 000 dan anggota yang lain bernilai $20
000.
British juga telah menggalakkan penubuhan parti-parti politik sama ada
daripada kalangan orang Melayu, Cina mahupun India. Kesempatan ini telah digunakan
oleh orang Cina untuk menubuhkan parti politik, iaitu MCA. MCA bertujuan untuk
membela hak dan kepentingan kaum Cina, manakala kaum India telah menubuhkan
MIC yang turut berusaha untuk memperbaik taraf hidup kaum tersebut di Tanah
Melayu. Parti-parti politik pelbagai kaum di Tanah Melayu telah bersatu untuk
mewujudkan perpaduan.Contohnya, Parti Perikatan antara UMNO-MCA telah
bergabung pada tahun 1952. Hasil usaha tersebut telah menyebabkan mereka berjaya
memenangi pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dengan
wujudnya parti-parti politik mengikut kaum, parti-parti yang berfahaman sosialis dan
radikal telah diharamkan oleh British.
21
PENUTUP
Secara kesimpulannya darurat yang diisytiharkan pada 1948 telah memberi
tamparan yang hebat dalam hidup masyarakat di Tanah Melayu. Pelbagai ancaman
yang dilancarkan oleh komunis telah memberi seribu satu penderitaan hidup.
Sepanjang tempoh darurat masyarakat terseksa dalam menjalani kehidupan seharian.
Mereka berhadapan dengan masalah kebuluran dan kesihatan yang menyebabkan
mereka terbunuh. Mereka dibayangi dengan bayang-bayang komunis dalam melalui
detik-detik kehidupan. Langkah yang dijalankan oleh kerajaan pula, hanya
menyusahkan penduduk di Tanah Melayu itu sendiri. Dengan itu, jelaslah bahawa
darurat yang berlangsung selama 12 tahun mendatangkan banyak kesulitan kepada
penduduk di Tanah Melayu. Masalah perkauman sedikit sebanyak menganggu
keselamatan negara.Pendidikan juga tidak dapatdijalankan dengan sempurna kerana
menghadapi ancaman-ancaman komunis. Begitu juga dengan kemudahan asas yang
semakin terjejas.
22