ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 1 of 19
PROFAIL PROSES
Nama Proses
Arahan Kerja Selamat – Bekerja Di Jalanraya
Pemilik Proses Pengurus JKH/OSH Management , PPM, ND
Version No.
1.0
Ketua Proses Pen. Pengurus OSHE Management, PPM,
ND Date Created 01/01/17
Pengarang Proses VP ND Date Approved 20/03/17
SENARAI VERSI
No Versi Tarikh Efektif
No Muka Surat
Maklumat Perubahan
Pelulus
1.0 01/01/14 All Pages Original issue DCA
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 2 of 19
PROFIL PROSES
SENARAI VERSI
1.0 TUJUAN 3
2.0 SKOP 3
3.0 SINGKATAN 3
4.0 TERMINOLOGI 3
5.0 TANGGUNGJAWAB 4
6.0 ARAHAN KERJA SELAMAT 6
7.0 RUJUKAN 7
8.0 LAMPIRAN 8
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 3 of 19
1.0 TUJUAN
1.1 Amalan kerja selamat Bekerja di Jalanraya yang seragam di setiap unit operasi Kumpulan TM 1.2 Untuk mengawal risiko kerja berkaitan kerja di jalanraya. 1.3 Untuk mencegah kejadian kemalangan terhadap kerja-kerja berkaitan di jalanraya..
2.0 SKOP
Arahan Kerja dan Garispanduan ini terpakai kepada semua kakitangan dan juga kontraktor yang menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan TM.
3.0 SINGKATAN -
3.1
PPE
Kelengkapan Pelindung Diri
3.2 OSH Occupational Safety and Health
3.3 PBT Pihak Berkuasa Tempatan
4.0 TERMINOLOGI
4.1
Bahaya
Pendedahan relatif terhadap hazard
4.2 Hazad Satu sumber atau keadaan yang mempunyai potensi untuk
mengakibatkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan, merosakkan
hartabenda, persekitaran atau kombinasi diantara yang tersebut. 4.3
Jalan Persekutuan
Jalan utama kebangsaan didalam Malaysia. Jalan Persekutuan adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya yang menghubung
negeri-negeri. 4.4
Jalan Negeri
Jalan yang menghubung bandar-bandar didalm sesebuah negeri dan
diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya(JKR). 4.5
Jalan Bandaran/Majlis
Jalan yang dibina oleh PBT dan dibawah tanggungjawab PBT.
4.6
Jalan Kampung
Jalan yang dibina oleh Pegawai daerah samada bertar atau tanah. Jalan yang dibina tidak termasuk Reserve Of Work.
4.7 Ketua Kumpulan Seorang yang memberi arahan atau panduan
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 4 of 19
4.8 Kerja di jalanraya Kerja yang dijalankan samada di tepi jalanraya atau di atas jalanraya.
4.9
Lebuhraya
Semua jalan yang berstatus lebuhraya seperti PLUS/DUKE/SPRINT
dsb.
4.10 Pegawai Pemeriksa Seseorang individu yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan tempat kerja samada secara berkala mahupun rawak.
4.11
Pihak yang berkepentingan
Anggota TM, Kontraktor TM dan Pelawat.
4.12 Risiko Kombinasi diantara kebarangkalian berlakunya insiden dan tahap keparahan kecederaan ,kerosakan hartabenda atau persekitaran disebabkan oleh insiden tersebut.
4.13 Senarai Semak Pemeriksaan Tempat Kerja
Suatu senarai semak yang digunakan untuk memberikan skop kepada pegawai pemeriksa melaksanakan pemeriksaan tempat kerja.
5.0 TANGGUNGJAWAB
5.1.1 Penyelia/ Ketua Kumpulan
a. Memastikan arahan-arahan kerja selamat ini dimaklumkan dan diterangkan kepada semua pekerja dibawah seliaannya.
b. Memastikan dokumen arahan kerja selamat berada ditempat kerja setiap masa sebagai rujukan.
c. Memastikan pekerja melaksanakan kerja mengikut keperluan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan didalam arahan kerja selamat.
d. Memastikan hanya pekerja yang dibenarkan atau yang terlatih untuk melaksanakan kerja-kerja yang berisiko seperti yang ditetapkan didalam arahan kerja selamat.
e. Memastikan pekerja-pekerja yang mempunyai kad kompetensi yang sah dan belum tamat tempoh.
f. Memastikan pekerja berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan ketika kerja-kerja dilaksanakan.
g. Memastikan pekerja memakai Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) yang ditetapkan dalam arahan kerja selamat.
h. Memaklumkan kepada pihak syarikat sekiranya terdapat perubahan proses kerja yang menimbulkan hazad baru.
i. Mematuhi keperluan kontrak seperti melapurkan sebarang kecederaan dan kemalangan pekerjaan kepada pengurusan TM
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 5 of 19
5.1.2 Pekerja
a. Memberi perhatian kepada keselamatan dan kesihatan diri dan juga orang lain semasa atau setelah kerja siap.
b. Merujuk dan memahami arahan kerja selamat yang disediakan oleh pihak syarikat. Sebarang kemusykilan perlu dirujuk kepada Penyelia/ Ketua Kumpulan.
c. Memaklumkan penyelia tentang keadaan kesihatan sebelum menjalankan tugas.
d. Memakai atau menggunakan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) yang dibekalkan oleh majikan.
e. Memaklumkan kepada Penyelia/Ketua Kumpulan tentang hazad atau keadaan/ tindakan tidak selamat atau keperluan membaiki atau menggantikan Kelengkapan Pelindung Diri yang rosak.
f. Bekerjasama dengan majikan dalam menunaikan kewajipan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturannya.
g. Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikan atau dibawah keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
h. Memastikan arahan-arahan kerja selamat ini dipraktikan di tapak kerja.
i. Memastikan dokumen arahan kerja selamat berada ditempat kerja setiap masa sebagai rujukan.
j. Memastikan kerja dilaksanakan sebagaiamana ditetapkan didalam arahan kerja selamat.
k. Memaklumkan kepada pihak syarikat sekiranya terdapat perubahan proses kerja yang menimbulkan hazad baru.
l. Mematuhi keperluan kontrak seperti melapurkan sebarang kecederaan dan kemalangan pekerjaan kepada pengurusan.
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 6 of 19
6.0 ARAHAN KERJA SELAMAT
No.
Keterangan Individu yang
Bertanggung
jawab
Rekod/
Dokumen
6.1 Periksa peralatan yang perlu digunakan untuk kawalan trafik dan susun atur tapak.
Penyelia TM / Kontraktor
6.2 Kenalpasti tempat kerja berhampiran jalanraya dan jenis
jalan dimana kerja akan dilakukan. Jenis – jenis jalan adalah seperti berikut : a. Jalan Persekutuan, b. Jalan Negeri, c. Jalan Bandaran / Majlis, d. Jalan Kampung e. Lebuhraya (PLUS, DUKE, SPRINT and etc).
Penyelia TM / Kontraktor
6.3 Memohon permit untuk perlaksanaan kerja daripada Pihak Bertanggungjawab. Ini termasuk JKR, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah dan lain-lain.
Penyelia TM / Kontraktor
6.4 Lakukan taklimat OSH dan kerja-kerja yang berkaitan serta
keperluan penutupan jalan yang telah ditetapkan. Ini termasuk penggunaan PPE, Keselamatan Trafik, Peralatan Kerja, Peralatan ‘Hygiene’ dan lain-lain
Penyelia TM / Kontraktor
6.5 Semak peralatan kerja sebagaimana senarai semak dibawah:
a. Senarai Semakan Peralatan Untuk Kerja Awam (SSKA), b. Senarai Semakan Peralatan Bekerja Di Ruang
Terkurung(Lurang) (SSKL) c. Senarai Semakan Peralatan Bekerja Di Talian Atas(SSTA)
Penyelia TM / Kontraktor
6.6 Sekiranya, kerja dilakukan pada waktu malam pastikan
pencahayaan mencukupi dan pekerja memakai vest pemantul
cahaya.
Penyelia TM /
Kontraktor
6.7 Pastikan pengaturan tapak kerja dibuat dengan sempurna
berdasarkan:
i. Zon kawalan trafik
ii. Pelan lakar bekerja diatas jalan
iii. Tanda dan peralatan kawalan trafik
Sekiranya melibatkan Lebuhraya, pengaturan tapak kerja
perlu dirujuk kepada Operator Lebuhraya.
Penyelia TM / Kontraktor
Lampiran 8.1 & 8.2
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 7 of 19
Speed Taper Length Number of Spacing Limit
Channelizing (meter)
Km/h Lane Width in meters
3 3,5 3,75
30 17 20 22 5 6
40 30 35 40 6 7
50 50 55 60 7 9
55 60 70 75 8 10
65 80 95 100 9 12
70 130 155 165 13 13
80 150 175 190 13 15 90 170 195 210 13 16
6.7.1 Kenalpasti zon kawalan trafik sebelum meletakkan papan tanda amaran dan kon keselamatan ditapak kerja. Nota : Zon kawalan trafik adalah jarak diantara papan tanda amaran pertama (‘advance warning area’) diletakkan dan keseluruhan kawasan kerja sebelum tamat (‘termination area’). Zon kawalan trafik boleh dibahagian kepada 5 bahagian : a. ‘Advance Warning Area’ – Jarak papan tanda amaran
pertama diletakkan. Jarak dimaksudkan adalah :
2 KM – 1 KM untuk lebuhraya. 500 meter untuk kebanyakan jalan persekutuan dan
bandaran Sekurang-kurangnya 100 meter untuk jalan kampung.
b. ‘Transition Area’ – Kawasan dimana bermulanya
penguncupan/ lencongan untuk penutupan jalan. Jarak pemisah trafik adalah berdasarkan hadlaju dan lebar laluan jalan berkenaan. Rujuk jadual dibawah
Jika tiada penutupan di bahu atau laluan jalan, ‘Transition Area’
tidak terpakai.
c. ‘Buffer Space’ – adalah ruang kosong diantara ‘Transition Area’ dan Kawasan Kerja. Ia memberikan ruang perlindungan untuk trafik dan pekerja.
d. Kawasan Kerja (Work Area) – Ruang dimana kerja-kerja dilakukan dan ianya ditutup kepada trafik dan hanya boleh dilalui oleh pekerja, peralatan dan bahan pembinaan.
e. ‘Termination Area’ – Ruang penamat dimana membenarkan
trafik untuk kembali bergerak ke laluan asal.
Penyelia TM / Kontraktor
6.7.2 Pengaturan tapak kerja dibuat berdasarkan pelan lakar di atas jalan yang telah diluluskan. Rujuk lampiran 8.2 atau berdasarkan pelan yang diluluskan oleh pihak berkenaan.
Penyelia TM / Kontraktor
Lampiran 8.2
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 8 of 19
6.7.3 Penggunaan papan tanda amaran dan kon keselamatan adalah seperti berikut :
a. Papan tanda amaran sementara hendaklah diletakkan dimana ianya boleh memberikan mesej secara efektif kepada pengguna trafik.
b. Papan tanda amaran sementara hendaklah diletakkan di atas penyokong mudah alih yang sesuai dengan keadaan kerja berkenaan.
c. Papan tanda amaran sementara yang digunakan hendaklah mempunyai ‘Retro-Reflective Sheeting’ dan memenuhi keperluan sebagaimana didalam Arahan Teknik (Jalan) 2B/85 dan 2C/85.
Penyelia TM / Kontraktor
6.8 Penjaga bendera hendaklah sentiasa berada ditapak kerja
sepanjang masa ketika kerja-kerja dilaksanakan. Penyelia TM /
Kontraktor
6.9 Patuh kepada kepada Arahan Kerja Selamat yang melibatkan kerja-kerja di jalan raya : a. AKS di Talian Atas. b. AKS Bekerja di Ruang Terkurung (Lurang). c. AKS Pengorekan dan Penggalian Perparit. d. AKS Pengendalian Kabel Fiber.
Penyelia TM / Kontraktor
6.10 Pastikan kerja-kerja pemunggahan atau pengalihan
peralatan dilakukan dengan berhati-hati. Perhatian perlu
diberikan kepada keadaan jalanraya pada masa itu.
Penyelia TM /
Kontraktor
6.11 Pastikan peralatan kawalan trafik disimpan ditempat yang
sesuai dan disusun dengan kemas tanpa menimbulkan
sebarang halangan apabila kerja selesai.
Penyelia TM /
Kontraktor
7.0 RUJUKAN
No Nama rujukan No. Dokumen
7.1
Occupational Safety & Health Act 1994 and Its Regulations
7.2
ARAHAN TEKNIK (JALAN) 2C/85 dan 2B/85
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 9 of 19
8.0 LAMPIRAN
8.1 Zon Kawalan Trafik
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 10 of 19
8.2 Pelan Lakar Bekerja Diatas Jalan
Rajah 1 : Kedudukan Papan Tanda Keselamatan dan kon semasa kerja – kerja di bahu jalan
(One Side Closed)
Rajah 2 : Kedudukan dan jarak kenderaan : Pastikan kenderaan sentiasa diletakkan di antara
tempat kerja dan arah kenderaan lain yang datang. Penutupan jalanraya dari 4 lorong
kepada 3 lorong dan seterusnya 2 lorong.
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 11 of 19
Rajah 3 : Kedudukan kon dan papan tanda di jalanraya 3 lorong dan mempunyai pembahagi jalan.
Kerja – kerja di tengah lorong di jalanraya.
Rajah 4 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di kawasan pekan di jalanraya dua
lorong dengan pembahagi jalan dan satu lorong ditutup.
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 12 of 19
Rajah 5 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di kawasan pekan di jalanraya dua
hala dengan pembahagi jalan dan satu lorong ditutup
Rajah 6 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di kawasan pekan di jalanraya dua
hala tanpa pembahagi jalan dengan satu lorong ditutup.
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 13 of 19
Rajah 7 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di simpang jalanraya
(sebelum simpang)
Rajah 8 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di simpang tiga kawasan
bandar (satu lorong ditutup)
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 14 of 19
Rajah 9 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di simpang empat jalan
(sebelum simpang)
Rajah 10 : Kedudukan papantanda dan kon semasa dan kerja - kerja di simpang empat
jalan (selepas simpang)
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 15 of 19
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Rajah11 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja-kerja di tengah simpang
empat.
Rajah12 : Kedudukan papantanda dan kon emasa kerja - kerja di bahagian luar
bulatan.
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 16 of 19
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Rajah13 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di bahagian
dalam bulatan
Rajah14 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di selekoh jalanraya
dua hala.
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 17 of 19
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Rajah15 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di selekoh
tajam jalanraya dua hala (sebelum/selepas selekoh).
Rajah16 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di selekoh jalanraya
dua hala. Satu lorong ditutup berdekatan dengan selekoh.
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 18 of 19
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Rajah17 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja – kerja di jalanraya 4
lorong tanpa pembahagi jalan(dua lorong ditutup).
Rajah18 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di jalanraya 4
lorong tanpa pembahagi jalan(2 lorong ditutup). Bagi kawasan lalu lintas
kurang sibuk
Telekom Malaysia Berhad Controlled Page 19 of 19
ARAHAN KERJA SELAMAT -
BEKERJA DI JALANRAYA
ND-OSH-AK-JALANRAYA
Version No: 2.0 03/10/17
Rajah19 : Kedudukan papantanda dan kon semasa kerja - kerja di jalanraya kawasan
bandar