Download - AsasKomputer-Bahagian5
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
1/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 1 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
KandunganPeluang Kerjaya ............................................................................................................................................. 2
Komputer dalam Kehidupan Seharian .............................................................................................. 2
Kuiz ................................................................................................................................................................ 6
Gambaran Keseluruhan Peluang Kerjaya ......................................................................................... 7
Kuiz .............................................................................................................................................................. 12
Tahniah ....................................................................................................................................................... 13
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
2/13
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
3/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 3 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Di bandar, anda mungkin mendapati diri
anda menghantar SMS kepada rakan
anda untuk bertemu dengan anda dan
makan tengah hari di restoran, dan
kemudian membuat tempahan dengan
telefon pintar anda.
Di sesetengah negara, anda boleh
menggunakan tablet dalam
penyelidikan jadual air bagi mencarilokasi terbaik untuk menggali telaga.
Orang menggunakan komputer di
seluruh dunia, tidak kira sama ada
mereka berada dalam persekitaran
bandar, di lokasi luar bandar atau di
tempat yang berbeza.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
4/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 4 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
di sekolah.
Komputer boleh membantu dalam
pekerjaan anda.
Malah, di tengah lautan, anda boleh
menggunakan komputer anda untuk
mengesan lokasi anda melalui GPS.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
5/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 5 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
atau berhubung dengan rakan-rakan
secara terus.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
6/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 6 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Kuiz
Komputer tidak banyak digunakan di luar bandar.
o Betul
o Salah
Di manakah komputer biasanya digunakan?
o Sekolah
o Tempat kerja
o Rumah
o Kesemua di atas
Jawapan
#1 Salah. Komputer banyak digunakan di kawasan luar bandar dan dengan Internet
wayarles, lebih banyak yang boleh anda lakukan.
#2 Komputer digunakan dalam setiap aspek kehidupan pada masa kini, termasuk di
rumah, tempat kerja dan sekolah.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
7/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 7 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Gambaran Keseluruhan Peluang Kerjaya
Gambaran
Keseluruha
n Peluang
Kerjaya
Ingatlah bahawa komputer memainkan
peranan besar dalam kehidupan
seharian dalam permainan danpelbagai industri, serta di sekolah,
pejabat kerajaan dan kedai. Kecelikan
komputer merupakan kemahiran yang
berharga, sama ada anda bekerja
dalam sektor pendidikan, pertanian,
perniagaan, penjagaan kesihatan,
penyelidikan saintifik, hal ehwal
kerajaan, seni, hiburan, penerbitan dan
banyak lagi industri lain.
Pekerja
Maklumat
Pekerja maklumat, yang dikenali sebagai
pengguna rumah dan pejabat, bukan hanya
bekerja dengan menggunakan komputer,
walaupun mereka biasanya menggunakan
komputer untuk memasukkan dan
menyelenggara rekod. Pekerja maklumat
mungkin merangkumi pengendali entri
data, pengurus gudang, pereka grafik, ejen
pelancongan, pengurus sumber manusia
atau usahawan.
Pengurus
Gudang
Pengurus gudang menyimpan akaun
stok gudang, serta mengurus
penerimaan, penyimpanan, latihan
pekerja dan sebagainya. Penting bagi
pengurus gudang untuk menggunakan
komputer dalam mengekalkan haluan
syarikat mereka. Penggunaan
komputer, pemproses kata dan sistem
pemprosesan data menjadikan tugas
ini lebih mudah. Pengurus gudang
perlu menghantar pelbagai jenis
produk. Mereka perlu mengurus
inventori mereka, rak stok, pemindahan
dan inventori eksport. Tanpa
menggunakan komputer dan aplikasi
kemasukan data, syarikat boleh
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
8/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 8 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
kekurangan inventori dan ini akan
menelan perbelanjaan syarikat.
Pengendali
Entri Data
Pengendali entri data boleh menggunakan
komputer untuk membuat dokumen,
memasukkan data seperti nama, alamat,maklumat statistik, maklumat perniagaan,
nombor akaun atau data lain,
mengendalikan pemproses kata dan
menyelenggara rekod. Rekod ini boleh
dianalisis oleh komputer untuk membuat
laporan. Kemasukan data adalah luas dan
boleh digunakan untuk jenis maklumat yang
ditaipkan ke dalam aplikasi komputer
seperti Microsoft Excel.
Ejen
Pelanconga
n
Ejen pelancongan mengurus
pelanggan dengan mengatur
perjalanan mereka, memberikan sebut
harga bagi tiket kapal terbang, hotel
dan restoran, mengutip bayaran untuk
pengangkutan dan penginapan, serta
menyediakan maklumat tentang jadual
mod pengangkutan, kewangan dan
penerbangan. Untuk menyediakan
maklumat ini kepada pelanggan
mereka, mereka mesti menggunakan
komputer. Ejen pelancongan boleh
mencari tempat penginapan untuk
pelanggan mereka, masa dan harga
tiket, dan maklumat tentang tempat
tertentu; serta mengira kos perjalanan,
pengangkutan, restoran dan hotel
dengan menggunakan komputer.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
9/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 9 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Pereka
Grafik
Pereka grafik mencipta reka bentuk dan seni
yang menarik perhatian khalayak sasaran.
Pereka grafik boleh melukis atau mengecat,
atau bekerja dengan menggunakan gambar,
tipografi atau komputer penjana imej.
Kebanyakan pereka grafik bekerja dengan
menggunakan komputer untuk
menyelesaikan tugas mereka. Biasanya,
mereka membangunkan idea dan konsep
untuk menghasilkan kreativiti. Pereka grafik
biasanya menghasilkan kerja mereka
dengan menggunakan komputer yang
mempunyai aplikasi suntingan gambar.
Mereka boleh membuat poster, papan iklan,
logo perniagaan, iklan majalah, kulit album,
laman web dan banyak lagi. Jika anda mahu
bekerja lebih rapat dengan komputer, anda
boleh mendapatkan pelbagai peluang
pekerjaan dalam bidang komputer jika anda
mempunyai pengetahuan yang berkaitan.
Anda boleh bekerja sebagai pekerja
maklumat, pakar IT atau pembangun
perisian, bergantung pada kemahiran anda.
Ahli
Profesional
Teknologi
Maklumat
Ahli Profesional Teknologi Maklumat,
yang dikenali sebagai ahli profesionalIT, ialah pakar yang menggunakan
kepakaran teknikal mereka untuk
melaksanakan, memantau atau
menyelenggara sistem IT. Ahli
profesional IT secara khususnya boleh
bekerja di satu kawasan, seperti
rangkaian komputer, pentadbiran
pangkalan data, sistem pentadbiran,
keselamatan dan jaminan maklumat,
audit IT, pentadbiran pangkalan data,pentadbiran web dan banyak lagi.
Kerjaya dalam bidang teknologi
maklumat berbeza-beza mengikut
tahap pendidikan anda. Anda boleh
mendapatkan sijil, mengajar diri sendiri
dan mendapatkan ijazah teknologi
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
10/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 10 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
maklumat, dan pekerjaan IT khususnya
adalah berdasarkan komputer. Contoh
ahli profesional IT termasuk pentadbir
rangkaian dan pentadbir pangkalan
data.
Pentadbir
Rangkaian
Pentadbir rangkaian bertanggungjawab
mengurus rangkaian kawasan setempat
(LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN)
untuk organisasi. Pentadbir rangkaian boleh
menyusun, memasang dan menyokong
sistem komputer sesebuah organisasi
dengan mengekalkan keselamatan
rangkaian, memasang perkakasan dan
aplikasi baharu, memantau naik taraf
perisian, menguatkuasakan perjanjianpelesenan, membangunkan aplikasi
pengurusan storan, dan memastikan
sandaran rutin. Pentadbir rangkaian
memastikan rangkaian tersebut boleh
diharap, selamat dan berkesan.
Pentadbir
Pangkalan
Data
Pangkalan data ialah koleksi maklumat
yang tersusun dalam komputer.
Pentadbir pangkalan data
bertanggungjawab menyimpan,
menyusun dan mengurus data.
Pentadbir pangkalan data memastikan
pangkalan data beroperasi dengan
cekap, mengekalkan pangkalan data
yang selamat, membuat penalaan
halus, menaik taraf dan menguji
pengubahsuaian jika diperlukan.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
11/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 11 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Kerani Bank Kerani bank menggunakan komputer untuk
memproses urus niaga pelanggan mereka.
Dengan menggunakan komputer, mereka
menyediakan maklumat seperti membuka
akaun baharu atau menyemak baki akaun
dan kadar faedah untuk pelanggan mereka.
Usahawan Dalam masyarakat hari ini, usahawan
menggunakan blog dan laman web
rangkaian sosial untuk
mempromosikan perniagaan dan
produk mereka. Alat rangkaian
perniagaan mereka memberikan
liputan yang lebih luas dan membantumereka menemui prospek yang
berpotensi.
Pembangun
Perisian
Pembangun perisian mencipta aplikasi dan
perisian yang digunakan oleh perniagaan
dan pengguna setiap hari. Mereka mungkin
terdiri daripada pembangun permainan dan
pembangun aplikasi mudah alih, yang
membuat perisian untuk syarikat. Mereka
menulis aplikasi, mendiagnosis dan
menyelesaikan masalah, mereka bentuk,
dan mengurus projek. Setiap kali anda
membuka aplikasi pada telefon atau
komputer anda, inilah hasil kerja
pembangun perisian.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
12/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 12 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Kuiz
Kecelikan komputer membuka banyak peluang kerjaya baharu yang menarik.
o Betulo Salah
Siapakah yang menulis aplikasi, mendiagnosis dan menyelesaikan masalah, mereka
bentuk, dan mengurus projek?
o Pekerja IT
o Pembangun Perisian
o Kerani Bank
o Ejen Pelancongan
Jawapan
#1 Betul. Kecelikan komputer membuka banyak peluang kerjaya baharu yang menarik.
#2 Pembangun perisian menulis aplikasi, mendiagnosis dan menyelesaikan masalah,
mereka bentuk, dan mengurus projek.
-
7/25/2019 AsasKomputer-Bahagian5
13/13
Literasi Digital Microsoft
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer 13 | H a l a m a n
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Tahniah
Tahniah kerana berjaya menamatkan
pelajaran ini!
Kini, anda seharusnya boleh:
Menerangkan bagaimanakomputer telah menjadi teras
kehidupan bandar dan luar
bandar setiap hari.
Mengenal pasti peluang kerjaya
yang ada untuk orang yang celik
komputer.