Download - Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
1/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
PROGRAM KLINIK BOLASEPAK REMAJA
TARIKH : ( BELUM DIPUTUSKAN)
TEMPAT PROGRAM : (BELUM DITENTUKAN)
1.0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Yang Berbahagia Dr. Saari b Ahmad, Pengarah Pusat Pendidikan
Profesioanal dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi
merealisasikan perlaksanaan program Klinik Bolasepak Remaja yang akan diadakan di
__________________________, Kedah mengikut tarikh yang dicadangkan iaitu pada
_______________2011.
Program Klinik Bolasepak Remaja ini dicadangkan bertujuan untuk memilih
remaja yang berpotensi dari lima (5) buah sekolah menengah di dalam daerah Kota Setar
untuk dilatih secara formal dalam klinik bolasepak. Pemilihan akan dilakukan oleh guru
sukan sekolah yang terpilih dimana setiap sekolah akan diminta meminta menghantar
lima (5) orang pelajar yang berminat.
Remaja ini akan dilatih oleh jurulatih Profesional yang dijemput khas iaitu
______________ yang merupakan jurulatih pasukan bolasepak negeri Kedah. Selain
daripada itu, projek ini juga diharapkan dapat mewujudkan semangat setiakawan dan
kerja berpasukan yang mantap bagi mahasiswa yang terlibat.
1
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
2/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
2.0 KONSEP PROJEK
Program yang akan diadakan ini bertujuan untuk memupuk bakat baru yang berpotensi
untuk menjadi pelapis kepada pasukan bolasepak negara suatu masa nanti. Kumpulan
empat belas (14) orang mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) akan mengendalikan
program ini dengan kerjasama dari sekolah-sekolah yang dipilih serta pasukan bolasepak
profesional negeri Kedah Darulaman.
Semua aktiviti akan diadakan di ______________________. Antara aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang program yang dianjurkan ini adalah seperti berikut:
i) Aktiviti melatih teknik-teknik bermain bola sepak dengan betul dan
professional.
ii) Ceramah pemakanan (diet) yang sesuai untuk seorang pemain bolasepak
iii) Ceramah motivasi untuk kecemerlangan diri dan memupuk semangat
berpasukan.
2.1 Objektif Umum
Projek ini secara umumnya bertujuan untuk melahirkan generasi baru sebagai
pelapis kepada pasukan bolasepak negara yang semakin malap di arena
antarabangsa. Pelapis-pelapis dari kumpulan yang dipilih ini diharapkan dapat
memberi sumbangan untuk menyemarakkan bolasepak sebagai sukan yang
berprestij di Malaysia.
2
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
3/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
2.2 Objektif Khusus
Objektif khusus program ini adalah untuk memperkenalkan Universiti Utara
Malaysia (UUM) di kaca mata masyarakat yang mana ianya menjadi platform
kepada golongan mahasiswa untuk membantu memberikan semangat dan
mengintergasikan semula hubungan sosial di antara masyarakat, keluarga dan
institusi pelajaran yang lain.
2.3 Objektif-Objektif Lain
2.3.1 Ianya juga akan memberikan pengalaman yang baru kepada para
mahasiswa untuk menunjukkan kebolehan yang ada dalam diri
mereka untuk mengendalikan sesuatu program pada masa akan
datang.
2.3.2 Golongan mahasiswa juga boleh mewujudkan jaringan kerjasama
yang erat dengan masyarakat awam, agensi-agensi kerajaan dan
badan-badan NGOS yang terlibat untuk memupuk minat golongan
remaja terutamanya pelajar sekolah dalam arena bolasepak.
2.3.3 Secara tidak langsung, program yang dicadangkan ini memberikan
peluang kepada para pelajar memanafaatkan masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah dan kebolehan bersukan untuk diri sendiri
dan negara.
2.3.4 Program ini juga diharapkan dapat memberi permahaman yang
terperinci tentang sukan bola sepak serta peluang-peluang menjadi
pemain professional kepada pelajar-pelajar yang terpilih.
3
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
4/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
3.0 MATLAMAT PROJEK
Di antara matlamat-matlamat yang dapat dicapai melalui Program Klinik Bolasepak
Remaja ini adalah seperti berikut:
3.1 dapat menerapkan semangat jati diri, disiplin dan keperibadian yang tinggi
dalam hati dan sanubari pelajar-pelajar yang terpilih
3.2untuk menggalakkan pelajar-pelajar terpilih bergiat secara professional di
dalam sukan bolasepak dengan teknik-teknik yang betul
3.3 untuk memberi tunjukajar cara-cara menjaga pemakanan yang betul ke
arah matlamat menjadi pemain bola sepak profesional
4.0 ANALISIS KEPERLUAN PROJEK
Program Klinik Bola Sepak Remaja ini perlu dianjurkan adalah disebabkan oleh
perkara-perkara berikut:
4.1 Perkembangan semasa sukan bolasepak negara
Bolasepak merupakan sukan yang pernah menjulang nama negara
dipersada antarabangsa. Walau bagaimanapun, prestasi pemain-pemain
tidak konsisten dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ini
disebabkan oleh sukan ini telah dikomersialkan dan wang menjadi
matlamat utama dalam sesuatu pertandingan yang disertai oleh sesuatu
4
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
5/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
pasukan. Prestasi pemain semakin malap dan bakat-bakat baru perlu
digilap untuk menjadi pelapis supaya sukan ini muncul semula menjadi
sukan yang berprestij di negara ini.
4.2 Aspek Sosial
Melihat dari aspek sosial, sukan bolasepak boleh menjadi satu medium
untuk remaja menumpukan perhatian selain akademik. Ini merupakan
suatu aktiviti kokurikulum yang berfaedah dan menjadi subjek untuk
remaja meluangkan masa daripada melepak atau membuang masa di
waktu terluang mereka. Selain daripada itu, sukan bolasepak menjanjikan
kerjaya yang lumayan untuk pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi
untuk cemerlang di arena kebangsaan dan antarabangsa.
4.3 Sumber
5.0 PERANCANGAN PROJEK
Program yang akan dilaksanakan ini bertajuk Klinik Bolasepak Remaja . Program ini
akan dilaksanakan selama dua (2) hari dan satu (1) malam iaitu pada
_____________bermula jam 8.00 pagi pada hari pertamasehingga 5.30 petang pada hari
kedua bertempat di _______________________ Kedah. Peserta-peserta yang akan
dipilih untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua
5
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
6/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
dari sekolah menengah disekitar daerah Kota Setar, Kedah. Perancangan program yang
akan dijalankan adalah seperti berikut:
5.1 Mesyuarat I
Mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) bermesyuarat pada 27
November 2010 (Sabtu) untuk membincangkan program yang akan
dilaksanakan, tarikh, tempat perlaksanaan program, aktiviti yang akan
dicadangkan, tarikh l awat tapak dan sebagainya. Mesyuarat ini diadakan
di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 5/2 Universiti Utara Malaysia. Selain
itu perlantikan jawatankuasa projek dan jawatankuasa kerja serta
pengagihan tugas dan peranan yang perlu dimainkan juga dilakukan.
6.2 Lawatan ke Daerah Terlibat
Lawatan ke tapak program iaitu di ____________________, Kedah akan
dilakukan pada ______________ (Sabtu) untuk mengumpulkan
maklumat dan data-data yang berkaitan dengan program yang
dicadangkan.
6.3 Mesyuarat II (Kertas Cadangan)
Membincangkan dan menyediakan kertas cadangan untuk memohon
6
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
7/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
kelulusan daripada Yang Berusaha Pengarah Pusat Profesional dan
Lanjutan (PACE) melalui Jurulatih dan Penyelaras Program PJJ. Kertas
cadangan ini juga akan dimajukan kepada pihak
_____________________________untuk mendapatkan kerjasama dan
persetujuan untuk melaksanakannya.
6.4 Mesyuarat III (Penajaan)
Berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan bagi perlaksanaa n
projek.
6.4.1 Memohon sumbangan daripada pihak universiti dan orang-
perseorangan.
6.4.2 Sumbangan daripada mahasiswa yang terlibat
6.4.3 Memohon sumbangan daripada pihak
____________________________________________
6.4.4 Akan berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada penaja-
penaja luar yang ingin sama menjayakan program ini.
6.5 Mesyuarat IV
Mahasiswa akan bermesyuarat dengan _________________________
untuk membentangkan kertas kerja yang akan dihadiri bersama oleh
jurulatih dan merancang perlaksaan program yang ingin dilaksanakan
7
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
8/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
untuk diteliti dan diambil tindakan yang selanjutnya.
6.6 Penyediaan Maklumat
Selepas perbincangan dan keputusan dicapai, pihak mahasiswa Pengajian
Luar Kampus (PLK) UUM akan menyediakan perkara-perkara yang
diperlukan sepanjang program ini dilaksanakan. Seterusnya mengedarkan
senarai semak perancangan kepada semua ketua biro untuk memastikan
tindakan telah diambil, belum atau sedang dilaksanakan bagi menjamin
kelancaran program yang akan dilaksanakan.
6.7 Perlaksanaan Program
Program ini akan dilaksanakan sepertimana tarikh, masa dan tempat yang
telah ditetapkan.(Rujuk Program Tentatif)
6.8 Mesyuarat IV (Post Mortem)
Selepas berakhirnya program yang dirancangkan ini, satu mesyuarat
bersama semua jawatankuasa akan diadakan bagi mengkaji kelemahan dan
kekuatan yang wujud ketika program ini dijalankan untuk tujuan
penambahbaikkan pada masa akan datang.
6.9 Penyediaan Laporan Kewangan
AJK yang bertanggungjawab berkaitan dengan kewangan akan
membentangkan penyata kewangan sepanjang program berlangsung
8
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
9/21
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
10/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Program Tentatif
Program Klinik Bolasepak Remaja
Pada___________________, Di ________________________________ Kedah
Hari Pertama
7.30 8.00 pagi : Ketibaan peserta-peserta Klinik Bolasepak
8.00 8.05 pagi : Bacaan doa
8.05 8.20 pagi : Ucapan alu- aluan oleh Pengerusi Program
8.20 8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Pengetua Sekolah ____________
8.45 9.00 pagi : Taklimat program
9.00 9.30 pagi : Sesi Suai Kenal
9.30 10.00 pagi : Peserta-peserta daftar masuk ke penginapan
10.00 10.30 pagi : Minum Pagi
10.30 12.00 tgh : Klinik Bolasepak Sesi 1
12.00 2.00 petang : Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor
2.00 4.00 petang : Klinik Bolasepak Sesi 2
4.00 4.45 petang : Minum petang/Solat Asar
4.45 6.45 petang : Klinik Bolasepak Sesi 3
7. 00 8.45 malam : Solat Maghrib /Makan malam/ Solat Isyak
8.45 - 10.00 malam : Ceramah Diet untuk Pemain Bolasepak
10.00 10.30 malam : Minuman Ringan
10.30 malam : Bersurai (Tamat Aktiviti Hari Pertama)
Hari Kedua
10
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
11/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
6.30 - 7.00 pagi : Solat Subuh/ Sarapan Pagi
7.00 - 9.30 pagi : Ceramah Motivasi Kecemerlangan
9.30 - 10.00 pagi : Sesi Bergambar
10.00 - 10.30 pagi : Minum Pagi
10.40 - 12.00 tgh : Perlawanan Persahabatan
12.00 2.00 petang : Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor
2.00 2.45 petang : Majlis beramah mesra dengan Pemain-pemain profesional Kedah
2.45 - 3.15 petang : Ucapan penutup oleh Pengerusi Program
3.15 - 3.30 petang : Ucapan Perasmian Penutupan Program oleh_____
3.30 - 3.45 petang : Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan
5.30 ptg : Majlis bersurai
Aturcara Majlis Penutup
4.45 ptg : Ketibaan Pengarah
4.50 ptg : Bacaan doa
4.55 ptg : Ucapan penutup oleh Pihak Penganjur Program
Ucapan Perasmian Penutupan Program Klinik Bolasepak
Remaja oleh ________________________--
Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan
5.30 ptg : Majlis bersurai
8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Program
11
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
12/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Pengerusi : Azizi Bin Abu Hassan
Timbalan Pengerusi : Nurul Emy Natasha Abdul Rahman
Setiausaha : Sarimah Binti Othman
Penolong Setiausaha : Ishamina Binti Abdul Aziz
Bendahari : Nor Anisah Binti Ali
Penolong Bendahari : Nurazimah Binti Zulkifli
Ahli Biro
Biro Jemputan : Mohd Nizar Bin Ismail
: Suwasdie Bin Che Man
: Nor Anisah Binti Ali
Biro Protokol/Sambutan : Syed Naser Bin Syed Abdullah
: Nurazimah Binti Zulkifli
: Mohd Saifullah Bin Awang
Biro Cenderahati : Ishamina Binti Abdul Aziz
: Nurazimah Binti Zulkifli
: Nurul Emy Natasha Binti Abdul Rahman
Biro Makanan : Rosley Bin Meh
: Khairil Bin Bakri
: Sarimah Binti Othman
Biro Persediaan Tempat : Mohamad Rifqi Bin Mohd Razali
: Mohd Saifullah Bin Awang
: Syed Naser Bin Syed Abdullah
12
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
13/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Biro Teknikal : Khairil Bin Bakri
: Tan Song Lim
Biro Keselamatan : Mohd Nizar Bin Ismail
: Suwasdie Bin Che Man
Biro Fotografi/Publisiti : Tan Song Lim
: Nor Anisah Binti Ali
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran Perbelanjaan
Program Klinik Bolasepak Remaja
Pada___________________________, Di ________________________ Kedah.
Bil Perkara Perbelanjaan
(RM)
Penerimaan
(RM)
1. Kutipan ahli
(14 orang x RM50.00 = RM700.00)
2. Sumbangan
3. Sumbangan Ahli Parlimen
4. Perbelanjaan Penceramah, Jurulatih & Pengadil
(5 orang)
(RM200.00 x 5 orang = RM1000.00)
5. Cenderahati dan Sijil Penghargaan
Penceramah (2 orang), Jurulatih (1 orang), Pengadil (3
orang)(RM30.00 x 5 orang = RM 150.00)
Pengetua Sekolah (5 buah sekolah)
(RM20.00 x 5 orang = RM100.00)
6. Cenderahati Perasmian dan Penutup
(RM50.00 x 2 = RM100.00)
13
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
14/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
7. Cenderahati dan Sijil Penyertaan Peserta
( RM10.00 x 25 peserta = RM250.00)
8. Jamuan makan
i) Minum Pagi (Hari Kedua)
(RM3.00 x 50 = RM150.00)
ii) Makan Tengahari
(Hari Pertama & Kedua)
(RM5.00 x 50 orang x 2 hari = RM500.00)
iii) Minum Petang (Hari Pertama & Kedua)
(RM3.00 X 50 = RM150.00)
iv) Makan Malam (Hari Pertama)
(RM5.00 x 50 = RM250.00)v) Minuman Ringan (Malam)
9 Pengangkutan untuk Peserta (RM300.00)
10 Penginapan Peserta (RM500.00)
11 Sewa Padang & Peralatan Sukan
JUMLAH
14
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
15/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Secara ringkasnya, perancangan yang dibuat untuk melaksanakan Program Klinik Bolasepak Remaja adalah seperti jadual di
bawah:
Carta Gratt menunjukkan pergerakan (flow) perancangan Projek Klinik Bolasepak Remaja yang akan diadakan pada
____________di________________________________, Kedah.
BULANNov2010 Disember 2010
Jan2011
Feb2011
Apr2011
Mei2011
Jun2011
Julai2011
Bil Perkara/Aktivit Mgu 4 Mgu 1 Mgu 2 Mgu 3 Mgu 4 Mgu 3 Mgu 4
1
Mesyuarat I
(Lantikan AJK Projek)
2 Lawatan ke lokasi program
3
Mesyuarat II
(Kertas Cadangan)
4
Mesyuarat III
( Penajaan)
Mesyuarat IV
5 Edar Surat mohon sumbangan
6Edar senarai semakperancangan
7 Tempahan makanan8 Persiapan terakhir program
9 Laksana Program
10
Mesyuarat V
( Post Mortem)
11 Sediakan Laporan Kewangan
12 Penyiapan Laporan Projek
13 Penyerahan Laporan Projek
15
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
16/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
10.0 PENUTUP
Harapan kami semoga program Klinik Bola Sepak Remaja ini dapat melahirkan
bakal pemain-pemain bolasepak profesional yang akan mengharumkan nama negara di
persada nasional dan di mata dunia.
Pihak penganjur juga mengharapkan agar suatu hari nanti pihak berkenaan
memperbanyakkan program sebegini untuk melatih dan melahirkan pemain-pemain bola
sepak yang mantap, bersemangat waja dan berdisiplin tinggi untuk berjuang di arena bola
sepak untuk menaikkan imej negara dipersada antarabangsa.
Oleh yang demikian, menjadi impian semua ahli jawatankuasa program ini agar
projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan. Kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh setiap pihak dari segi
wang, cenderamata dan barang-barang lain disanjung tinggi. Semoga manfaat daripada
program ini akan dinikmati oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung.
Disediakan Oleh :
(Sarimah Binti Othman)
Setiausaha Program
Program Klinik Bola Sepak Remaja
16
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
17/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
11.0 CATATAN DAN ULASAN JURULATIH
17
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
18/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Tandatangan Tarikh :
(PN ASHLI BINTI ABDULLAH)
11.0 CATATAN/ULASAN PENYELARAS
18
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
19/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Tandatangan Tarikh :
( )
12.0 CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE
19
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
20/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Tandatangan Tarikh :
(DR. SA A RI AHMAD)
RUJUKAN
.
20
-
8/3/2019 Asgmt Projek VRS031 (1st Draft)
21/21
VRS 031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
LAMPIRAN-LAMPIRAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK