Download - Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu
![Page 1: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/1.jpg)
![Page 2: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/2.jpg)
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya.
Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lain-lain sebagainya.
![Page 3: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/3.jpg)
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.
Persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.
![Page 4: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/4.jpg)
Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan, dan sebagainya.
sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan dikatakan sebagai perwatakan.
Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap, dan pemikiran.
![Page 5: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/5.jpg)
tinggi lampai, lemah lembut ikal mayang gemuk gedempol lincah
![Page 6: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/6.jpg)
adil alim jujur tegas pemurah pemarah penakut
![Page 7: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/7.jpg)
(a) Watak utama adalah watak penting yang
menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu.
(b) Watak sampingan adalah
watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
(c) Watak hitam adalah watak yang jahat atau
watak yang buruk dalam sesuatu karya. (d) Watak putih adalah watak yang baik atau
watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya.
![Page 8: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/8.jpg)
(e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.
(f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.
(g) Watak dinamik adalah watak
yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering berubah.
![Page 9: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/9.jpg)
(h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
(i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.
![Page 10: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/10.jpg)
Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat
![Page 11: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/11.jpg)
(a) Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.
(b) Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita.
(c) Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
![Page 12: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/12.jpg)
plot ialah rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri denganpeleraian
![Page 13: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/13.jpg)
(a) pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar, atau konflik yang wujud.
(b) Pertengahan adalah peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu hingga sampai ke puncaknya.
(c) Pengakhiran adalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada peringkat ini sesuatu masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.
![Page 14: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/14.jpg)
Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa,pembinaan ayat, dan lain-lain sebagainya.
![Page 15: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/15.jpg)
Diksi secara mudahnya ialah pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama, dan puisi.
Diksi yang baik terlihat pada :- (a) pemilihan kata yang tepat, sesuai
dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh pengkarya;
(b) penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi yang baik;
(c) penggunaan kata yang jelas dan khusus.
![Page 16: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/16.jpg)
Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan sebagainya.
Lihat contoh simile yang berikut. Sesungguhnya Annyss Sophillea umpama akar
tunjang, lemah dan liat. Desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat.
Dalam contoh di atas, pengarang membandingkan Annyss Sophillea dengan akar tunjang yang lemah dan liat. Maksudnya, Annyss Sophillea itu tampak saja lemah lebut, tetapi sangat tegas dan sukar menyerah kalah.
![Page 17: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/17.jpg)
Metafora merupakan perbancingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.
Lihat contoh metafora yang berikut.(a) Hatinya karam dalam samudera hampa.(b) Pelbagai soalan terus muncul dalam lautan
fikirannya. Dalam contoh (a) di atas, pengarang
membandingkan kehampaan itu dengan samudera. Samudera di sini melambangkan atau menunjukkan sesuatu yang sangat luas atau banyak. Secara mudahnya, maksud samudera hampa ialah berasa sangat hampa.
Dalam contoh (b) pula, pengarang membandingkan fikirannya dengan lautan. Lautan itu melambangkan sesuatu yang luas. Maksud metafora itu ialah fikirannya sangat luas.
![Page 18: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/18.jpg)
Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
Yang berikut ialah contoh hiperbola.
Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup direnangi, sejuta bintang sanggup dilewati.
Dalam contoh di atas, frasa seribu lautan dan sejuta bintang merupakan suatu gambaran yang berlebih-lebihan kerana di dunia ini bilangan lautan tidak sampai seribu dan bilangan bintang pula tidak terkira jumlahnya. Gambaran secara berlebih-lebihan itu digunakan untuk menunjukkan betapa mendalamnya perasaan sayang Annyss kepada Eyrique.
![Page 19: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/19.jpg)
Sinkof bermaksud penyingkatan
perkataan. Yang berikut adalah contoh sinkof. “Kau ni, Sid! Tak sabar-sabar lagi nak
mendaki bukit itu.” Dalam contoh di atas,
kata engkau disingkatkan menjadi kau kata inidisingkatkan menjadi ni, kata tidak disingkatkan menjadi tak, dan katahendak disingkatkan menjadi nak.
![Page 20: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/20.jpg)
Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja terdapat dalam puisi tetapi juga terdapat dalam tulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel.
Rima ialah keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi.
3Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagai rima akhir.
![Page 21: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/21.jpg)
Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
Lihat contoh asonansi yang berikut. Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-
bunga (pengulangan vokal a) Aliterasi merupakan pengulangan
bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.
Yang berikut ialah contoh aliterasi. Negeri impian, negeri
gemerlapan (pengulangan konsonan r)
![Page 22: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/22.jpg)
Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, ataurangkap diulang dalam sajak.
Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.
Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.
Contohnya : Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam. Epifora pula ialah pengulangan kata pada
akhir baris. Contohnya : Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar.
![Page 23: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/23.jpg)
Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa.
Lihat contoh perlambangan yang berikut.
Masa sudahku lebih mahal Seindah senja dan merah di sebelah
pagi Dalam contoh yang dipetik,
kata senja itu melambangkan usia tua, sementara kata pagi melambangkan usia muda.
![Page 24: Aspek Dan Istilah Sastera Bahasa Melayu](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022050623/55cf915f550346f57b8cfb1a/html5/thumbnails/24.jpg)
Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan.
Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak.
Lihat contoh personifikasi yang berikut.(a) …. Kata-kata ibunya dahulu
mengasak ke ruang fikirannya.(b) Pelbagai pertanyaan menerpa di
dalam benaknya.