Download - Assgmen Asas Kepimpinan
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
1/25
PENGENALAN
Hasrat kita adalah untuk mempastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru
yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang
berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di
sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein
ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Daripada
kenyataan di atas, dapatlah difahamkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia
bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga
memastikan bahawa mereka yang berkualiti akan kekal dalam sIstem pendidikan
negara dan akan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan. Guru-guru yang
berkualiti amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara.
Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu faktor utama
yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan
pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi
Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Sebagai pendidik , para guru
harus sedar bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga.
Pelbagai pelan boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada
kualiti guru di setiap pelusuk tanahair. Guru yang berkualiti sangat diperlukan untuk
memartabatkan profesion keguruan.
Keguruan adalah satu jawatan profesional seperti juga kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, seseorang guru perlu
melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua
konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini (Ragbir Kaur, 2007). Sementara
itu Kamus Dewan 2007 mendefinisikan profesionalisme sebagai sifat (unsure, tanda)
yang khusus pada sesuatu yang membezakannya daripada yang lain. Sebagai
seorang yang profesional, guru perlulah memberikan perkhidmatan yang berkualitikepada para pelanggannya. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
2/25
sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang,
alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402).
Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikanbertaraf dunia, guru yang profesional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi
keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan
pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Guru yang
profesional dan berkualiti sudah pasti akan dapat memberikan pendidikan negara
bertaraf dunia seiring dengan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Akauntabiliti utama guru yang mempunyai sifat profesional yang tinggi adalah
bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah
mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai
disiplin dalam kurikulum sekolah.
Semenjak dahulu lagi, kerjaya keguruan merupakan tugas yang sangat
bermakna buat semua masyarakat kerana sumbangan, komitmen dan pengorbanan
warga guru dalam pembinaan perpaduan dan integrasi, pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat dalam membentuk anak-anak bangsa menjadi
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kejayaan melaksanakan
tuntutan tersebut tidak mungkin akan berjaya sekiranya guru tidak melaksanakan
tugasan berkenaan berlandaskan integriri dalam perkhidmatan yang menjadi
landasan profesion keguruan selama ini. Integriti dalam kalangan guru boleh dilihat
dalam dua kategori iaitu yang melibatkan peribadi guru yang berkenaan dan integriti
yang melibatkan organisasi iaitu sekolah.
Guru kini berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu ditangani
dengan sikap profesional yang terbuka. Persoalan seperti sikap guru, kesantunan
guru, kerja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di sekolah menjadi
isu yang perlu ditangani dengan berhemah supaya kerjaya ini tidak terpesong
daripada landasan yang sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru
juga memerlukan kehidupan yang berkualiti, namun konsep kualiti ini tidaklah
memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan
semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
3/25
insaniah. Oleh itu guru sebagai insan yang terlatih perlulah mencari pengertian
kualiti hidup yang lebih lengkap.
Salah Laku Guru
Guru harus menyedari bahawa sebagai pendidik, diri mereka menjadi contoh
teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sehubungan dengan itu,
peribadi guru hendaklah terdorong kepada yang berfikiran global, bermentaliti kelas
pertama dan memiliki a towering personalityserta tidak terjebak dalam sebarang kes
jenayah dan salah laku. Guru juga perlu bertindak secara terarah dengan
menjadikan etika profesion keguruan dan Pelan Integriti Nasional sebagai panduan
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Keadaan ini sekali gus membolehkan
Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan kecekapan jentera perkhidmatannya
dan memartabatkan profesion keguruan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini kita sering terbaca di dada akhbar dan
di kaca televisyen berkenaan dengan salah laku yang melibatkan guru. Terdapat
pelbagai salah laku yang melibatkan guru antaranya adalah mencabul kehormatan,
memukul pelajar, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang, penyalahgunaan
dadah, pengedaran dadah, dan banyak lagi. Apabila keadaan ini berterusan, ia telah
menyebabkan profesion perguruan tidak dihormati oleh masyarakat setempat.
Walaupun masalah ini hanya melibatkan sebilangan kecil guru sahaja tetapi
kesannya telah menyebabkan seluruh profesion perguruan mendapat malu dan
dipandang serong.
Kesan daripada keadaan ini telah menyebabkan ibu bapa kurang
mempercayai terhadap guru dan mula berasa ragu-ragu dengan setiap tindakan
guru. Apabila keadaan ini berterusan, ia sedikit sebanyak mengganggu segala
semangat dan perancangan yang telah dibuat oleh guru dan juga pihak sekolah. Ibu
bapa juga kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti sekolah. Hal ini jelas
menunjukkan masalah salah laku di kalangan guru yang makin menjadi-jadi
sekarang sangat member kesan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan
martabat profesion perguruan dan melahirkan guru yang cemerlang.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
4/25
Cara Penyelesaian Salah Laku Guru
Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum
kepada pelajar di sekolah. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan
amalan dalam pendidikan. Setiap guru bertanggungjawab untuk melahirkan murid
yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni. Guru yang professional dan kompeten
hendaklah mempunyai integriti dan kredibiliti yang boleh diteladani. Bagi
menyelesaikan masalah di atas, guru hendaklah sentiasa menghayati kod etika
profesionalisme perguruan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Apabila semua guru sentiasa berpegang kepada kod berkenaan, ia dapat
dijadikan panduan kepada guru apabila ingin melakukan sebarang aktiviti ataupun
tindakan supaya ia masih mengikut landasan yang benar. Ini akan menghindarkan
diri guru berkenaan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
Selain itu, bagi menyelesaikan masalah salah laku di kalangan guru,
seharusnya setiap guru diberi pendedahan agama yang kukuh supaya dapat
dijadikan pegangan sekaligus menjadi panduan dalam hidup. Menurut Mohammad
Shatar Sabran, Jasni Sabri, Azali Mohamed (2006:6), setiap agama yang wujud di
dunia ini sentiasa menggalakkan semua penganutnya untuk melakukan perkara-
perkara yang baik dengan ikhlas dan jujur. Berdasarkan kepada pernyataan di atas,
setiap guru seharusnya berpegang teguh pada agama masing-masing. Guru yang
berpegang pada agama akan memikirkan kesan baik dan kesan buruk apabila ingin
melakukan sesuatu perkara kerana mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam
agama masing-masing. Maka, guru haruslah mendekatkan diri kepada tuhan
masing-masing supaya dapat menhindarkan diri daripada melakukan salah laku
dalam pekerjaan.
Kesimpulannya, bagi memastikan hasrat Kementerian pelajaran untuk
melahirkan guru yang cemerlang, mereka seharusnya menghayati kod etika
profesionalisme perguruan dan berpegang teguh pada agama supaya mereka dapat
menjadikan ianya sebagai panduan dalam menjalankan tugas mendidik
berpandukan dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
5/25
1.0 Isu-isu salah Laku Guru dan Bagaimana Untuk Memulihkan Semula
Kepercayaan Masyarakat.
Terdapat beberapa elemen etika keguruan yang difokuskan di dalam menjaga
profesion keguruan ini. Antara fokus-fokus yang yang ditekankan ialah seperti
berikut :
Etika
Keguruan
Penampilan
guru
Berniaga di
sekolah
Pengurusan
masa
Kerjaya
sambilan
Pengurusan
kewangan
Kesantunan
guru
Kepedulian
guru
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
6/25
1.1 Kesantunan Guru ( Guru Pukul Murid)
Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati
bersama oleh kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut
sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang
demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan
kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian
tersebut, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan
perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan
pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Kesantunan guru memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau
etiket dalam pergaulan sehari-hari. Seorang guru yang mengamalkan kesantunan
yang tinggi, akan menunjukkan segala tindakan yang mempunyai nilai sopan santun
atau nilai etiket yang berlaku secara beradab dalam kehidupan mereka.
Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat dinamik di mana ia
berubah mengikut keperluan dan tuntutan semasa. Seorang guru yang cemerlang
perlu seimbang dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah di
samping mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran
yang wujud dalam sistem pendidikan dan mengamalkan cara dan pertimbangan
yang mengikut norma-norma masyarakat dan juga selaras dengan pengetahuan
yang telah sedia ada.
Cabaran kini memerlukan seorang guru yang mempunyai kemahiran yang
tinggi, berjiwa kental dan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini
kerana guru perlu melalui halangan-halangan dan cabaran-cabaran untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan
guru yang berfikiran global, bertindak secara sistematik dan efektif, menguasai
bidangnya, mengamalkan etika profesion keguruan dan berpandangan jauh. Di
dalam dada-dada akhbar pada masa sekrang, banyak sekali akhbar atau laporan
berita yang melaporkan tentang perlakuan guru yang bertentangan dengan nilai-nilai
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
7/25
kesantunan seseorang guru tersebut dan telah mengatasi norma-norma masyarakat
setempat. Antara perlakuan tersebut adalah seperti guru yang memukul pelajarnya
tanpa unsur periksa dan melakukan pertimbangan yang tidak wajar dan seterusnya
melahirkan perlakuan yang membatasi akal fikiran manusia normal dan masyarakat
setempat.
ARAU - Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggilguru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF),Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin, katanya. Bagaimanapun,mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), AlorSetar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit RawatanRapi (ICU). Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanyamengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunyaketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. Saya bergegas ke HSB dansebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanyabengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. Malah, ada kesan melecet ditangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesinbantuan pernafasan, katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar,semalam. Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata,dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian keranadia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. Katanya, anaknyatinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya,Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa SaifulSyazani setahun lalu. Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri
saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar,malam kelmarin. Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadianitu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpaldengan apa dilakukan terhadap anaknya. Sementara itu, Ketua PolisDaerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungiberkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duitseorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden disitu yang juga suspek utama kes ini. Suspek yang juga guru sekolah itumenyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,katanya. Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi
membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruhmengenai motif dan punca kejadian itu.
Kejadian yang dilaporkan diatas terjadi di Arau, Perlis yang melibatkan seorang
guru agama. Seorang pelajar dipukul olehnya kerana beliau mempercayai
pelajarnya tersebut telah mencuri. Jika kita meneliti dengan pemikiran yang waras,
kemanakah pergi kesantunan guru tersebut dan juga kemanakah perginya sahsiah
seorang guru tersebut terutamanya guru tersebut bergelar ustaz yang sanggup
memukul pelajarnya sehingga nyawa-nyawa ikan dan mengalami kecederaan yang
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
8/25
teruk sehiingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Disini jelas kelihatan bahawa
perlakuan ini jelas bertentangan dengan etika keguruan itu sendiri yang
menekankan kesantunan guru. Guru tersebut perlu memikirkan dengan waras
tindakan yang perlu diambil oleh beliau yang bertepatan dengan norma-norma
masyarakat dan juga selaras dengan etika keguruan.
Cara Mengatasi
Jika dibiarkan masalah ini akan lebih membimbangkan dan akan terus
menerus terjadi dan memburukkan imej keguruan. Justeru itu, kerajaan perlulah
melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Antara jalan yang terbaik ialah
kerajaan perlu merangka kursus-kursus kepada guru-guru secara berkala. Kursus-
kursus tersebut adalah merangkumi kemahiran utk mengawal emosi guru tersebut.
Hal ini adalah kerana saya berpendapat bahawa guru yang memukul pelajar secara
tidak berperikemanusiaan ini adalah guru yang tidak dapat mengawal emosinya. Ini
mungkin kerana beban kerjanya yang banyak ditambah pula dengan faktor-faktor
lain yang menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang melampau dan
seterusnya mempengaruhi tindakan beliau.
Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amat berat. Guru bukan
sekadar mengajar tetapi juga berperanan mendidik para murid menjadi insan yang
cemerlang dari segi intelek, akhlak, emosi dan jasmani. Sejajar dengan peralihan
zaman dan kemajuan yang dicapai dalam dunia pendidikan, maka peranan guru
turut mengalami perubahan dengan tanggungjawab yang semakin besar danbebanan yang bertambah berat. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom
(2002), tanpa disedari stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
sejak dahulu lagi. Keadaan ini berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres
bukanlah suatu perkara yang asing lagi bagi masyarakat di negara ini. Stres
biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada pada tahap yang tidak
menyeronokkan. Perguruan adalah antara profesion yang amat terdedah dengan
stres. Di Malaysia, fenomena stres dikalangan guru kini sedang hebat dibincangkan
dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
9/25
mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi
stres yang tinggi. (Mokhtar, 1998 dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Arus
pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk terus
bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut.
Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru semakin mula tertekan atau
pernah berasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya pendidikan masa
kini.
Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memainkan peranan penting dalam
mengurangkan bebanan tugas guru masa kini ini. Memetik ucapan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinpada Majlis Pelancaran Sambutan Hari
Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia
Pahang menyatakan satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ditubuhkan bagi meneliti
isu beban guru yang dibangkitkan. Jawatankuasa ini yang turut dianggotai beberapa
orang wakil kesatuan guru telahpun mengadakan mesyuarat bagi meneliti syor-syor
yang dikemukakan serta mencadangkan penambahbaikan.
Antara beberapa syor jawatankuasa ini yang boleh dilaksanakan dengan
segera untuk meringankan beban tugas guru ialah mengurangkan bilangan
jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar. Pada masa ini,
ada sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan
keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan
sedikit. Pengecilan jumlah jawatankuasa melalui penggabungan atau pemansuhanbukan saja akan mengurangkan bebanan tugas guru tetapi juga memberi peluang
kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
10/25
1.2 Kesantunan Guru ( Guru Cabul Murid)
Isu kedua yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan
dan rogol terhadap murid. Masalah ini adalah satu isu yang melanggar etika dalam
profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik
profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-
akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan
jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka diugut oleh guru supaya tidak
memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan ini
haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion
perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik.
TAMPIN: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah
Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menggunakan kekerasan
untuk mencabul kehormatan seorang murid perempuannya di Gemas,
dekat sini, awal bulan ini. Muhamad Shafik Supaat, 29, (kanan) yang
mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, bagaimanapun mengaku
tidak bersalah di depan Majistret Siti Nur Shafrida Hashim dan meminta
dibicarakan. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa
menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak berusia
11 tahun dengan niat mencabul kehormatannya apabila menarik mangsa
masuk ke bilik, memeluk badan, mencium dan meraba buah dadanya di
sebuah rumah di Taman Hala Cara Baru, Londah, Gemas, jam 3 petang,
7 Mac lalu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi
perbuatan itu terhadap kanak-kanak sama dengan memaksanya duduk
atas peha, memeluk badan, mencium dan meraba buah dadanya di
rumah sama, kira-kira jam 4.45 petang, 10 Mac lalu. Berikutan itu,
Mohamad Shafik didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau
denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika
sabit kesalahan. Siti Nur Shafrida menetapkan sebutan semula kes pada
5 Mei depan di Mahkamah Majistret Gemas dan membenarkan ikat jamin
RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Pendakwaan
dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Zahid Ahmad, manakala
tertuduh diwakili peguam Jamil Abas.
Sumber : Berita Harian
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
11/25
Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri
dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri
apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. selain itu juga, guru-guru yang
bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga
menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar untuk mengajar di
dalam kelas.
Cara Mengatasi
Isu cabul dan rogol yang dilakukan oleh segelintir guru disekolah jelas sekali telah
menjatuhkan imej profesion keguruan di negara kita ini. Profesion keguruan tidak
lagi dianggap sebagai profesion yang mulia oleh segelintir masyarakat. Jenayah
berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion
perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika
profesion perguruan dimana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh
dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini.
Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oleh guru terhadap anak
murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan termasuk ibu
bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga
bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada
terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk meminimumkan permasalahan
ini adalah seperti jawatan guru disiplin perempuan boleh dilaksanakan. Ini adalah
kerana kebanyakkan kes cabul yang berlaku adalah disebabkan oleh guru disiplin
lelaki. Di sekolah, kebanyakan guru disiplin adalah guru lelaki dan kebanyakan
hukuman dijalankan oleh guru tersebut samada keatas murid perempuan mahupun
murid lelaki. Jadi jika jawatan guru disiplin perempuan diwujudkan disekolah, segala
kes-kes disiplin murid perempuan akan diserahkan kepada guru perempuan
tersebut. Hal ini akan meminimakan kejadian cabul dikalangan guru lelaki.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
12/25
Selain daripada itu juga, pihak kementerian juga boleh menjalankan
pemantauan yang lebih ketat keatas guru-guru disiplin yang mempunyai masalah
supaya dapat membendung kejadian kes cabul murid ini. Pihak sekolah juga tidak
terkecuali daripada mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Pihak sekolah
seharusnya melantik guru disiplin yang benar-benar arif dan amanah didalam
melakukan tugasnya dan bukan sewenang-wenangnya melantik guru disiplin secara
rawak. Pihak sekolah juga perlulah meneliti latar belakang guru tersebut secara
terperinci sebelum melantiknya sebagai guru disiplin. Adalah sangat wajar jika guru
yang dilantik sebagai guru disiplin adalah seorang ustaz disekolah tersebut.
1.3 Pengurusan Masa
Profesion keguruan tidak pernah lari dari ketepatan pengurusan masa dan
penggunaan masa. Hal ini adalah kerana kerjaya seorang guru amatlah
mementingkan kegunaan masa semasa menjalankan tugasnya seperti meliputi
masa datang ke sekolah dan juga masa semasa memasuki kelas. Terdapat juga
guru yang tidak langsung ke sekolah dan juga ponteng kesekolah. Permasalahan ini
ada permasalah yang melibatkan etika pengurusan masa oleh guru tersebut.
Pengurusan masa yang tidak cekap akan membawa kesan buruk kepada guru
tersebut seperti guru tersebut akan lebih cenderung untuk memonteng daripada
menghadiri sekolah dan juga kelasnya.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
13/25
Penyalahgunaan masa di sini seperti guru lewat sampai ke sekolah, guru
lewat masuk ke kelas, guru keluar awal dari waktu bekerja, guru melepak di kantin,
guru melakukan kerja yang tiada kaitan dengan pendidikan pada waktu pengajaran
dan pembelajaran seperti berchatting, guru melakukan kerja sambilan di malam
hari seperti berniaga dan sebagainya. . Ini bertentangan dengan perintah-perintah
am kerajaan di bawah perkara 4 (2) (a) iaitu seseorang pegawai tidak boleh
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.
Penyelewengan masa oleh guru akan memberi kesan kepada emosi kepada pihak
yang terlibat. Sebagai contoh, guru yang tidak mengikut jadual kerja yang
sepatutnya akan menghadapi masalah seperti kelewatan menanda buku latihan
murid, hilang fokus di dalam kelas akibat kelesuan dan sebagainya.
Cara Mengatasi
Penyalahgunaan kuasa oleh segelintir guru-guru telah membawa kesan buruk
kepada profesion keguruan ini. Manakan tidak, guru yang tidak pandai mengurus
masa dan juga melakukan penyelewengan penggunaan masa ini menimbulkan
banyak salahlaku didalam perkhidmatan mereka. Antaranya ialah ponteng kelas,
ponteng sekolah, lewat menghadiri kelas, perhimpunan mesyuarat dan banyak lagi.
Salah laku ini secara tidak langsung telah menjatuhkan imej keguruan dan telah
menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada guru dan juga pihak sekolah yang
terlibat. Pihak-pihak yang berwajid perlu mengambil tindakan drastik bagi memulih
kan semula imej keguruan ini.
Antara cara yang boleh diambil oleh pihak kementerian adalah, pihak
kementerian perlu memantau dengan lebih tegas lagi di sekolah-sekolah untuk
meninjau kehadiran guru disekolah dan juga didalam kelas. Pihak sekolah juga perlu
memberi kerjasama dengan menjalankan pemantauan dan menghantar laporan
kepada pihak kementerian jika ada guru-guru yang terlibat dengan penyelewengan
masa semasa bertugas. Dengan kerjasama ini, pihak kementerian boleh mengambiltindakan yang sewajarnya. Pihak yang berwajib juga boleh menguatkuasakan
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
14/25
undang-undang yang telah sedia ada untuk menjatuhkan hukuman tatatertib kepada
pesalah-pesalah ini. Hukuman yang lebih berat juga harus dipertimbangkan supaya
guru-guru yang tertangkap dan dikenakan hukuman ini serik untuk melakukan
kesalahan mereka lagi.
Selain daripada itu juga, pihak-pihak yang berwajib juga boleh menjalankan
kursus yang perlu dihadiri oleh guru-guru yang bermasalah didalam pengurusan
masa ini. Kehadiran mereka didalam kursus ini akan memberikan input kepada
mereka bagaimana untuk menguruskan masa dengan efisen supaya mereka tidak
terjebak dengan salah laku yang sering dilakukan guru yang tidak pandai
menguruskan masa.
1.4 Kerjaya Sambilan
Tidak dinafikan cabaran ekonomi pada masa kini amat membeban kepada semua
penduduk yang mana mempunyai sumber pendapatan yang sederhana.
Peningkatan harga barangan, sewa rumah, pembayaran bulanan kereta dan
pelbagai lagi keperluan asas kehidupan menjadi satu cabaran dan bebanan kepada
golongan yang berpendapatan rendah ini. Profesion keguruan tidak terlepas dari
dugaan dan cabaran ekonomi yang tidak menentu pada masa kini. Tambahan pula
kepada guru-guru yang berada di kawasan bandar yang memerlukan kos sara hidup
yang agak tinggi untuk menampung keperluan asas hidup para guru di kawasan
bandar ini. Secara kasarnya, penduduk dikawasan bandar yang berpendapatan
rendah ini perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM2000 ringgit setiap bulan
untuk menampung kos hidup yang kian meningkat ini.
Justeru ini, tidak dinafikan banyak penjawat-penjawat awam yang mengambil
jalan untuk mencari peluang-peluang untuk mendapatkan sumber kewangan
tambahan untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Guru-guru juga tidak terlepasdaripada cabaran ini dan ramai juga guru-guru yang terlibat dengan kerjaya
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
15/25
sambilan untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Kebelakangan ini kita sering
mendengar ataupun terbaca di dada-dada akhbar yang melaporkan terdapat
penjawat awam ataupun secara lebih khususnya guru terlibat dengan kerja-kerja
sambilan demi mencari sumber pendapatan yang lain untuk menampung kos hidup
mereka sekeluarga. Jika diteliti, sebagai penjawat awam guru tidak boleh terlibat
dalam mana-mana kerjaya sambilan secara kecil-kecilan mahupun secara besar-
besaran. Hal ini, bertentangan dengan etika keguruan ataupun etika penjawat awam
itu sendiri.
Di dada-dada akhbar terdapat pelbagai laporan yang melaporkan kegiatan
guru yang terlibat dengan aktiviti perniagaan samada secara kecilan mahupun
secara besar-besaran. Sebagai contoh terdapat guru yang terlibat dengan
perniagaan yang dilakukan di rumah mahupun diluar. Terdapat juga guru yang
berniaga menerusi internet dengan mewujudkan laman-laman sesawang
perniagaan. Sementara itu, akhbar metro ada melaporkan seorang guru
memasarkan produk seks di dalam internet dan dapat dikesan oleh salah seorang
bapa pelajar sekolah terbabit.
JOHOR BAHRU: Cikgu Power. Itu gelaran untuk seorangketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjualubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabitkepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini. Guru lelakiberusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman webdi Internetdan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadipelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia jugadidakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itubersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar. Bapa pelajaryang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila
mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks danmemiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnyadi laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesionperguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah. Dia sepatutnyamenjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatansampingandengan menjual produk seumpama itu, katanya di sini,semalam. Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru ituselepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulangbeberapa risalah bertajuk Abang Best. Saya terkejut kerana laman web
produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuanmempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
16/25
Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia bolehmembawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial, katanya yangberharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannyaberterusan. Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang seriusperkara itu, katanya.
Laporan akhbar terbabit bukan sahaja telah mencemarkan imej profesion
keguruan, malah ia juga satu kesalahan dan bertentangan dengan etika keguruan.
Laporan ini secara jelas menunjukan senario yang tejadi pada masa kini yang
melibatkan guru. Ini secara langsung telah menjatuhkan maruah guru terbabit dan
juga profesion keguruan. Secara umumnya, guru ditugaskan untuk mendidik para
pelajar untuk mengenali erti hidup dan juga mengajar pelajar untuk menjadi insan
yang berguna di masa hadapan kelak (Mahathir 1999). Tetapi sangat
mendukacitakan kerana perkara sebegini boleh berlaku didalam profesion keguruan.
Laporan akhbar ini telah membuka mata masyarakat diseluruh negara dan telah
menjatuhkan imej keguruan di mata masyarakat yang selama ini memandang tinggi
terhadap profesion ini. Hal ini secara langsung telah membuat masyarakat hilang
kepercayaan keatas profesion keguruan ini.
Selain daripada itu juga, guru-guru yang terlibat dengan kerjaya sambilan ini
akan membawa kesan yang negatif kepada sekolah dan juga murid. Secara
dasarrnya guru ditugaskan untuk mendidik para pelajar disekolah. Tetapi jika
seseorang guru itu terlibat dengan kerjaya sambilan, sudah tentu fokus guru tersebut
kepada kerjaya sebagai pendidik tergangu. Hal ini adalah kerana guru yang terlibat
dengan kerjaya sambilan ini mungkin tidak akan menjadikan objektif pengajarannya
didalam kelasnya perkara utama dan mengangap kerjaya sambila beliau adalah
lebih penting daripada pencapai pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Justeru itu,
pencapaian para pelajarnya mungkin akan merosot didalam peperiksaan selaras
dengan kemerosotan kualiti pengajaran guru terbabit. Disamping itu juga, hal ini juga
akan membawa keburukan kepada pihak sekolah. Guru terbabit mungkin akan
membawa kemerosotan kepada prestasi sekolah itu sendiri. Selain itu, guru terbabit
juga mungkin akan menimbulakan masalah kepada pihak sekolah seperti tidak hadir
ke sekolah kerana sibuk dengan kerjaya sampinganya. Guru terbabit juga mungkin
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
17/25
tidak akan menyiapkan kerja yang diamanahkan kepadanya oleh pihak sekolah itu
sendiri. Ini secara langsung akan membawa kesan buruk kepada profesion
keguruan, sekolah dan juga murid.
Cara Mengatasi
Jelas sekali kerjaya sambilan yang diceburi oleh guru-guru ini membawa kesan
buruk kepada profesion keguruan, sekolah dan juga kepada murid. Justeru itu
terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini dan juga untuk memulihkan
semula kepercayaan masyarakat serta meningkatkan semula imej profesion
keguruan itu sendiri. Yang pertama ialah kerajaan perlu memandang tegas perkara
ini dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Kerajaan perlu
membanteras gejala ini yang semakin berleluasa dikalangan guru-guru. Pihak
Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan tegas kepada guru-guru yang
terlibat dengan kerjaya sambilan ini untuk memastikan guru-guru tidak lagi terlibat
dengan kerjaya sambilan ini. Seperti yang diketahui umum, terdapat undang-undang
yang memperuntukkan hukuman keatas pesalah-pesalah ini. Pihak kerajaan perlu
menguatkuasakan lagi undang-undang ini supaya guru-guru yang terlibat ini serik
dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan ini.
Selain daripada itu juga, pihak kerajaan juga perlu mengkaji semula tahap
pendapatan yang diberikan kepada penjawat-penjawat awan seperti guru ini. Kita
sudah sedia maklum bahawa kos hidup dikawasan bandar amatlah tinggi dan
secara puratanya, guru-guru yang terlibat dengan kerjaya sambilan ini adalah guru
yang berkhidmat dikawasan bandar. Ini adalah kera, mereka ingin mencari
pendapatan lebih untuk menampung keperluan asas mereka dan keluarga mereka.
Justeru itu, pihak kerajaan perlu menaikkan gaji ataupun elaun bagi guru-guru yang
berkhidmat dikawasan bandar ini. Usaha ini mungkin akan mengelakkan guru
tersebut terlibat dengan perniagaan dan kerjaya sambilan yang lain kerana setelah
dipantau faktor-faktor yang memaksa guru ini mencari kerjaya sambilan adalah
kerana guru tersebut kekurangan wang untuk menyara kehidupan mereka
sekeluarga didalam kehidupan didalam kota raya.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
18/25
Disamping itu juga, kesedaran kendiri guru-guru tersebut juga amatlah penting
bagi mengelakkan mereka terjebak didalam kerjaya sambilan ini. Guru-guru perlulah
sedar bahawa mereka diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa dan mereka
perlulah menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi dan dengan
penuh komited supaya hasrat dan objektif pembelajaran didalam kelas akan
tercapai. Jika seseorang guru tersebut terlibat dengan kerjaya yang lain, ini sedikit
sebanyak akan menggangu komitmen guru terbabit untuk mendidik dan mengajar
pelajar-pelajarnya. Guru-guru perlulah ikhlas untuk menjalankan amanah yang telah
diberi oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak bangsa dan menjalankan
tugasnya dengan penuh komited sekali. Ini secara tidak langsung akan
mengembalikan kepercayaan masyarakat dan seterusnya akan meningkatkan imej
profesion keguruan itu sendiri.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
19/25
2.0 Sejauhmanakah guru dilihat melaksanakan akauntabilitinya.
AKAUNTABILITI GURU
Akauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Seorang guru yang telah diberi
tanggungjawab untuk melakukan sesuatu tugas bermaksud beliau telah
diamanahkan melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, mereka harus mempunyai
rasa tanggungjawab kepada dirinya sendiri dan kepada tuhan. Setiap guru
dikehendaki melaksanakan tugasnya sebagai pemeganf amanah negara dan rakyat
dengan cemerlang dan menghasilkan kerja yang optimum.
Menurut Tun Ahmad Sarji, konsep tugas dan akauntabiliti adalah satu obligasi
untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Tugas dan akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil.
Menurut Kamus Dewan (2007), guru bererti pendidik, pengajar dan
pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang
yang memelihara dan melatih. Pengajar adalah seorang yang menjadi petunjuk
kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
Setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid
daripada hal-hal lain. iri ini merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Namun
cabaran yang sebenarnya adakah keadaan seperti ini berlaku ? Realiti yang berlaku
guru banyak mengajar disiplin mata pelajaran ke arah mencapai kelulusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Justeru akan berlaku perubahan moral. Sepatutnya
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
20/25
guru mengimbangi antara kecemerlangan akademik dengan kebajikan dan
keselamatan murid. Etika sudah ada secara teori tetapi guru juga mempunyai
aspirasi tersendiri. Cabaran sebenar yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.
Akauntabiliti guru terhadap murid memerlukan guru membimbing atau
mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sememangnya berlaku demikian di
sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap secara bulanan. Namun begitu
sekiranya berlaku kelas tambahan, maka biasanya guru-guru dibayar elaun khas
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG memainkan peranan dengan
memberi sedikit bayaran lain sebagai inisiatif kepada pengorbanan guru-guru.
Akauntabiliti seorang guru bukan sekadar merujuk kepada kehadirannya ke
dalam kelas apabila tiba waktu sahaja. Seorang guru juga perlu menunjukkan suatu
cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada murid. Ciri ini sememangnya dituntut kerana tingkah laku guru akan
menjadi ikutan murid. Segala bentuk perlakuan dan watak guru biasanya akan diikuti
oleh murid. Sikap dan sahsiah yang tidak baik akan menjadi ikutan kepada murid
kelak.
Guru dianggap sebagai individu yang ideal, berstatus dan berkelayakan. Oleh
itu tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh muridnya. Cabaran seperti ini yang
menyebabkan orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk menonjolkan
tingkah laku yang unggul kepada muridnya. Guru perlu menunjukkan penampilan
diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa bukan sekadar di
sekolah sahaja. Guru juga harus berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri
kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada murid.
Tugas dan akauntabiliti keguruan bermakna akauntabiliti yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seorang guru. Tugas dan akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan dengan akauntabiliti guru terhadap profesionalisme
keguruan. Tugas dan akauntabiliti atau akauntabiliti seorang guru yang dimaksudkan
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
21/25
merangkumi akauntabiliti guru terhadap murid, diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti
Guru
Akauntabiliti
Guru Terhadap
Negara dan
Masyarakat
Akauntabiliti
Guru Kepada
Murid dan
Profesion
Keguruan
Akauntabiliti
Guru Kepada
Murid dan Ibu
Bapa
Akauntabiliti
Guru Terhadap
Diri Sendiri
Akauntabiliti
Guru Terhadap
Tugas dan Kerja
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
22/25
2.1 Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang
telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan
yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna
kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari
segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-
murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri
sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang
terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang
terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin
dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini,
guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
Seperti yang kita semua sedia maklum, didikan guru bukanlah hanya di dalam
kelasnya sahaja tetapi apabila bermulanya sesi persekolahan, maka bermulalah
tugas guru di sekolah. Guru kebanyakkannya mengabaikan tanggungjawab dan
akauntabiliti mereka dengan hanya beranggapan bahawa mereka bertugas apabila
berada di dalam kelasnya sahaja dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab
mereka kepada murid dari segi mengenalpasti potensi murid tersebut. Akauntabiliti
terhadap murid juga merangkumi amanah masa yang telah diberikan oleh
masyarakat dan sekolah. Ramai di antara guru yang banyak berhutang dengan
masa pembelajaran murid di sekolah. Mereka tidak sedar bahawa dengan hanya
masuk lambat ke dalam kelas walaupun dalam masa tidak sampai 5 minit tanpa
sebarang sebab yang munasabah, ianya tetap dikira sebagai satu kesalahan.
Bayangkan berapa banyak ilmu dan pengetahuan yang boleh dicurahkan kepada
murid dalam masa tersebut.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
23/25
Ramai guru yang memandang sebelah mata bagi perkara ini. Tidak cukup
dengan itu, terdapat juga guru yang lansung tidak mahu melibatkan diri dengan
aktiviti kokurikulum, mengajar atlet sekolah di waktu petang, mengambil anak pulang
dari sekolah pada waktu sekolah dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan
masa. Guru seharusnya sedar bahawa setiap masa yang diperuntukkan adalah
berbayar dan sangat bermakna bagi setiap murid. Guru seharusnya menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan bersungguh sungguh dan sentiasa
mencari satu kaedah yang baru demi meningkatkan dan memberikan murid
pengetahuan yang baru di dalam proses pembelajaran mereka.
Tidak cukup dengan itu, dewasa ini guru juga lansung tidak menunjukkan
contoh yang baik dihadapan murid. Mereka yang sepatutnya menjadi role model
bagi murid tidak menunjukkan sifat sifat yang positif di hadapan murid. Kajian telah
membuktikan bahawa murid murid di sekolah lebih mempercayai guru berbanding
ibu bapa mereka sendiri. Mereka beranggapan bahawa semua perkara yang
dilakukan oleh guru mereka betul dan sentiasa menjadikan guru sebagai idola
mereka. Di mata mereka, guru merupakan malaikat. Tidak hairanlah jika pada masa
kini, murid sekolah rendah menganggap merokok bukanlah satu kesalahan,
berambut panjang dan tidak kemas merupakan satu perkara yang normal jika semua
itu ditunjukkan oleh guru mereka sendiri. Apa yang paling membimbangkan ialah,
kini guru sudah tidak malu dan berasa kekok merokok dihadapan murid mereka
sendiri dan yang kita boleh melihat juga guru merokok semasa mengajar. Tidak
hairanlah perkara ini boleh berlaku kerana kini, guru guru sudah tidak
melaksanakan akauntabiliti keguruan dengan baik.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
24/25
RUJUKAN
Aeria, L. A. (1995). Teacher Burnout in the Implementation of Curricular Change in
National Secondary Schools. Unpublished master's thesis, University of
Malaya, Kuala Lumpur.
Azali Mohamed, Jasni Sabri & Mohammad Shatar Sabran (2006). Tip Pendidik
Cemerlang. Siri Motivasi dan Kecemerlangan .Utusan.Malaysia:Selangor.
Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). The Development and Use of High Malay. In
Kongres Bahasa Melayu Sedunia: Kumpulan Kertas Kerja, Vol 1, 587
598. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian. Ucapan Perasmian Kongres
Pendidikan Melayu Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang,& Lee Sok Mee (1988).Pendidikan Di Malaysia.Kuala Lumpur
:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur, (2007). Ciri-Ciri Yang Perlu Dimiliki Oleh Seorang Guru Bagi
Menghasilkan Pendidikan Bertaraf Dunia.
Sharil @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia,
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors sdn.
bhd.
Syed Ismail b. Syed Mustafa dan Ahmad Subki b Miskon (2010). Asas Kepimpinan
& Perkembangan Profesionalisme. Selangor : Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Wan Ashibah Wan Ibrahim. (2003). Kecerdasan Emosi di Kalangan Guru Sekolah
Menengah Berasrama Penuh dan Sekolah Harian. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
-
7/31/2019 Assgmen Asas Kepimpinan
25/25
Cabaran Guru Bandar daripada laman web (2010)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Cabaran Pendidikan Kini (2010) daripada laman web
http://pendidikmy.net/2010/06/20/cabaran-pendidikan-kini/
Cabul Sebelum Rotan (2011)
http://www.hmetro.com.my/articles/Cabulsebelumrotan/Article
Pelajar Cedera didakwa Dibelash Orang Guru
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-
dibelasah-6-guru.html
Pengurangan Bajet KPM : Cabaran Buat Guru (2010) daripada laman webhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=566
7:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10
Guru Boleh Aktif Berpolitik (2010) daripada laman web
http://www.bharian.com.my/articles/Gurubolehaktifpolitik/Article/
Muhyiddin pandang berat kes guru dera murid sehingga mati (2011)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Senario Guru Berpolitik (2010) daripada laman web
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Rencana&pg=re_01.htm
Guru Berpolitik Bakal Lahir Pemimpin Berkaliber (2010) daripada laman web
http://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mus
tapa/Article/
Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru (2010) daripada laman web
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Dasar inovatif, insentif dorong guru beri khidmat cemerlang (2010) daripada laman
webhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberi
khidmatcemerlang/Article/print_html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://pendidikmy.net/2010/06/20/cabaran-pendidikan-kini/http://pendidikmy.net/2010/06/20/cabaran-pendidikan-kini/http://www.hmetro.com.my/articles/Cabulsebelumrotan/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Cabulsebelumrotan/Articlehttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-dibelasah-6-guru.htmlhttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-dibelasah-6-guru.htmlhttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-dibelasah-6-guru.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5667:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5667:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5667:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10http://www.bharian.com.my/articles/Gurubolehaktifpolitik/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Gurubolehaktifpolitik/Article/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmhttp://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mustapa/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mustapa/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mustapa/Article/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberikhidmatcemerlang/Article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberikhidmatcemerlang/Article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberikhidmatcemerlang/Article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberikhidmatcemerlang/Article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasarinovatif_insentifdorongguruberikhidmatcemerlang/Article/print_htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mustapa/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Guruberpolitikbakallahirpemimpinberkaliber_Mustapa/Article/http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htmhttp://www.bharian.com.my/articles/Gurubolehaktifpolitik/Article/http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5667:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5667:pengurangan-bajet-kpm-cabaran-buat-guru&catid=385:info-ringkas&Itemid=10http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-dibelasah-6-guru.htmlhttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/pelajar-cedera-dakwa-dibelasah-6-guru.htmlhttp://www.hmetro.com.my/articles/Cabulsebelumrotan/Articlehttp://pendidikmy.net/2010/06/20/cabaran-pendidikan-kini/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm