Download - Assignment Bm (Autosaved)
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
1.0 PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia – Nya maka dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa
yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada
dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Mohd Asri Bin Abdul
Razak kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap
permasalahan yang diutarakan. Tanpa beliau, saya tidak mungkin mampu
menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi penjelasan yang jelas untuk
memastikan tugasan ini dapat disiapkan
Tidak saya lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi
menyempurnakan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya
tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan
pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika
tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan tidak
dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, “Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing”. Sesungguhnya,hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa
kalian. Akhir sekali,saya pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak yang terlibat
sekiranya terdapat silap dan salah yang telah saya lakukan. Sesungguhnya manusia
tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, Yang baik datangnya daripada
Tuhan yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
1
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
2.0 PENGENALAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah
ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta
teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Ini adalah suatu perkara yang
harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah
merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang
sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang
menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat
diamalkan dalam bilik darjah. Projek ini bertujuan memberi sedikit sebanyak
penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta
hubungan di antara satu sama lain. Dalam projek ini saya memberi tumpuan
kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.
2
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
3.0 PENGAJARAN MAKRO
3
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
PERSEDIAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO
Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan
keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping
mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa
perkara:
Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran
Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun
Menyediakan persediaan mengajar harian.
Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap perlu dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan
dengan jelas,teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.Melalui
persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru :
a. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk disampaikan
dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
b. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat,kebolehan
dan minat pelajar.
c. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.
d. Merancang aktiviti murid-murid.
e. Mengawal bilik darjah dengan baik.
f. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
g. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
h. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
i. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur.
j. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran.
k. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Format persediaan mengajar/Rancangan Pengajaran Harian
5
Tahun (kelas) : 2 cerdik Tarikh :Bilangan murid : 35 orang murid Masa :Mata pelajaran : Tajuk pengajaran :Sub-topik :
Pengetahuan sedia ada :Objektif pengajaran :
Bahan sumber pengajaran : pemikiran kreatif dan kritis :
Pelaksanaan P&P:
Penyampaian/Masa
Isi pelajaran / Kemahiran
Aktiviti p&p Catatan
Set induksi(5 min)
Langkah 1(15 min)
Langkah 2(15 min)
Langkah 3(15 min)
Penilaian(5 min)
Penutup(3 min)
Refleksi muridRumusan guru
Refleksi guru : 1. Sebelum p&p :
2.Selepas p&p :
Rumusan Penyelia :
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
4.0 PENDEKATAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PENDEKATAN PENGAJARAN
6
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :
I ) Pendekatan Deduktif
Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun
peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan
pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian
undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh
penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru
akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh
penggunaanya .
II) Pendekatan Induktif
Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-
undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh
penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-
undang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal ,
guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat
tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu
murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.
III) Pendekatan Eklektif
7
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Elektif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
P E N D E K A T A N P E N G A J A R A N
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk
menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran
dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak
diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk
sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan
untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya
guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang
yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-
contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang
tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang
hampir sama.
IV) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta
kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang
murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada
khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan
bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan
dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan
sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif
digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam
aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan
struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid
daripada guru.
8
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
5.0 KAEDAH PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
9
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah
pengajaran . Di antaranya ialah :
A ) KAEDAH NAHU
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :
1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih
pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
2. Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya.
3. Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat
digunakan dalam penulisan.
4. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku- buku
yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca
Sifat-sifatnya
1. Kaedah ini bersifat deduktif
2. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Kaedah
Bacaan Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.
Tujuan
1. Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.
2. Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.
Teknik Mengajar
1. Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu
pelajar dapat membaca bersendirian.
2. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan
pola-pola pertuturan yang mudah.
3. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami 3 teks yang
dibaca.
10
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
4. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan
pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang
penting pada fahaman teks.
5. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan
pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-
lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan.
6. Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-
pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara
mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah
tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan
menjawab soalan.
B) KAEDAH MEMBACA
1. Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan
mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan
membaca.
2. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk
kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat
memahami apa yang dibaca .
3. Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi
tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan
pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam
bahasa yang dipelajari.
C ) KAEDAH TERUS
11
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk
melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.
Tujuan
1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.
2. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam
masyarakat yang berkenaan.
Teknik Mengajar
1. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan
bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi
bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh
pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.
2. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian,
lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.
3. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar
dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang
tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat.
4. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan
dengann latihan lisan yang dibuat.
Sifat-sifat
1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-
penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa
pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur.
2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.
3. Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan,
kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic
dengan pengajaran bahasa.
Kelemahan-kelemahan
12
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
1. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat
menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang
disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid- murid telah
mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar
bahasa kedua atau bahasa asing.
2. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia
mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga
perlu diajar.
3. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang
boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini
mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.
D) KAEDAH KOD KOGNITIF
J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan
pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa
bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan
sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-
rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller
(1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap
bahasa :
· Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan.
· Boleh digunakan untuk berfikir.
· Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
· Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran
bahasa (khusus bahasa kedua):
13
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
i. Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa
dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.
ii. Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama
seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .
iii. Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur
bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa
dalam situasi yang bermakna.
iv. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf
kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan
bahasa akan berkembang secara automatik.
Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi
murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat –ayat pecahan digunakan
dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran
bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran
dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk
memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya
membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran – kan
dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif
lokatif.
Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar
baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk
kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah
berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar.
Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini
mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam
pengajaran bahasa.
Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu
terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan
huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes
penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa
daripada kecekapan berbahasa.
14
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
E) KAEDAH ORAL – AURAL ( Dengar–tutur )
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar–tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz
dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog
dianggap realistiK dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog
dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang
betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati
bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika
gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar
digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang
realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut
dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa
yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan
yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya
dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah
berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar
menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula
latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya
selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk
pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
F) KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada
beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah
15
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses
pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa
( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa
mengikut konteks penggunaan ).
Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih
berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga
berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai
makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa
pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog,
sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih
menggunakan struktur bahasa yang diajar.
Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur
bahasa dalam teks dan wacana .Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-
mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran
perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dilatih
tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa.
Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu
ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa
dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga
bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan
unsur-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan
teras kaedah ini, dalam aktiviti.
Pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan
tugas yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini
memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang
telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.
Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar
16
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal
jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur
bahasa dalam pra aktiviti.
Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi
Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa
( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru
dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti
pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang
diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang
menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.
17
KAEDAH PENGAJARAN
BAHASA
KAEDAH MEMBACA
KAEDAH TERUS
KAEDAH KOD KOGNITIF
KAEDAH ORAL - AURAL
KAEDAH KOMUNIKATIF
KAEDAH NAHU
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
18
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
6.0 TEKNIK PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik
darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk
membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh
19
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat
memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih
bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini
diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-
guru dalam pengajaran mereka.
A) TEKNIK BERSOAL JAWAB
Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular
dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan
kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya
mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi
20
TEKNIK PENGAJA
RAN
PENYELESAIAN
MASALAH BERSOAL JAWAB
MAIIN PERANAN
MENGHAFAZ PERMAIN
AN BAHASA
PERBINCANGAN
SIMULASI
SUMBANG SARAN
DRAMA
BERCERITA
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk
pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan
kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di
kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-
soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan
mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar,
tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau
nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan
teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan
dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan
yang diberi oleh pelajar.
B) TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-
gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian
melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut
juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan
boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main
peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.
C) TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI
Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama
digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-
orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan
21
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat
berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :
1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta
Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali
sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak
untuk menyebutnya.
3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain
dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.
4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam
proses menghafaz .
Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari
itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi
amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis,
menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai
kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya
memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru
harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan
mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak
berkesan dan membosankan.
D) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah
penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau
halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey (1933) telah mencadangkan beberapa
22
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a) Kenal masalah Biasanya teknik ini
memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau
mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-
soalan yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini
dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa
banyak sekatan .
E) TEKNIK BERCERITA
1. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
2. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
4. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
5. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
6. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
7. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
8. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
9. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
10.Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
11.Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
12.Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
13.Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
23
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
F) TEKNIK DRAMA
1. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
2. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan.
3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
4. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
5. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
6. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
G) TEKNIK PERBINCANGAN
1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan
mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian
Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan
dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau
topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas
dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan
sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan
pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
24
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian
memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan
semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan
dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.
H) TEKNIK SUMBANG SARAN
1. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
2. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan
profesional.
3. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbang saran
1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
25
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
10.Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
11.Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
I ) TEKNIK SIMULASI
1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
2. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.
3. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.
4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
5. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
J) TEKNIK PERMAINAN BAHASA
26
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
1. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
2. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.
3. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
4. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :
5. merangsang interaksi verbal pelajar
6. menambah kefasihan dan keyakinan
7. menyediakan konteks pembelajaran
8. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
9. bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
27
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
28
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Tarikh : 17 April 2012
Masa : 10.30 – 11.30 pagi
Tahun : 3 Al-Ayubbi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Aras : 1 dan 2
Tema : Melancong Ke Sarawak
Tajuk : Bumi Kenyalang
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
1) Membaca dengan lancar dengan sebutan yang betul.
2) Menyenaraikan isi penting dalam bahan bacaan.
3) Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
4) Membina ayat tunggal.
Hasil pembelajaran :
Fokus utama
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa serta sebutan intonasi yang
baik dan betul.
Aras 2
i Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.
ii Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
Fokus Sampingan :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
29
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Aras 1
i . Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk dalam
sesuatu
penulisan teks tentang tajuk.
Aras 1
i . Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.
KEMAHIRAN BAHASA :
mendengar dan bertutur,membaca, dan menulis.
SISTEM BAHASA :
Tatabahasa :
Ayat aktif
Ayat pasif
Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat tunggal
Kosa kata :
- menurut
- kayangan
- pertanian
- sumpahan
- ibu negeri
- budaya dan adat resam
30
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
- maju
PENGISIAN KURIKULUM :
Ilmu
- Kajian tempatan
- Pendidikan moral
Nilai murni :
- Menghargai dan kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah :
(a) Belajar cara belajar
- Membaca
- Mendengar
(b) Kemahiran berfikir
- Mengesan lokasi
- Menjana idea
-
(c) Konstruktuvisme
- Teori kecerdasan pelbagai
- Muzik
- Interpersonal
- Naturalis
(d) ICT
- Tutorial
31
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
- Penerokaan
BAHAN BANTU MENGAJAR :
Buku teks, petikan, gambar, lembaran kerja, komputer riba dan LCD.
Langkah /
MasaIsi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Set Induksi
( 5 minit )
Pengenalan tajuk.
Murid mengetahui
kedudukan negeri
Sarawak di dalam
peta.
I. Guru menunjukkan
gambar peta dan bendera
negeri Sarawak.
II. Guru dan murid bersoal
jawab tentang negeri
Sarawak.
III. Mengaitkan dengan
pembelajaran.
IV. Guru menerangkan tajuk
pengajaran dan
pembelajaran ialah “Bumi
Kenyalang” .
Menggunakan
persembahan
“powerpoint”
Gambar peta dan
bendera negeri
Sarawak di
tayangkan.
Langkah 1
( 15 minit )
Mengetahui asal-usul
negeri Sarawak.
I. Guru menunjukkan
gambar mengenai negeri
Sarawak.
II. Berbincang tentang
gambar.
III. Guru bercerita tentang
asal-usul negeri Sarawak
dipanggil “Bumi
Kenyalang”
Guru bercerita
tentang asal-usul
negeri Sarawak.
Langkah 2
(10 minit)
Menyebut dan
membaca dengan
I. Menyebut perkataan
“Bumi Kenyalang”
dengan betul.
Teks petikan “Bumi
kenyalang”
Buku teks
32
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
baik. II. Murid membaca teks
petikan.
III. Murid pemulihan
membaca teks dengan
mengikut guru dan murid
yang lain.
Langkah 3
(10 minit)
1. Murid dapat
bercerita dan
menilai rakan.
2. Nilai dan
pengajaran
daripada
cerita.
I. Guru memperdengarkan
cerita “Puteri Santubung
Puteri Sejinjang”.
II. Murid menceritakan
semula cerita yang
diperdengarkan.
III. Murid menilai rakan
bercerita.
IV. Guru menyerapakan nilai.
Teks petikan “Puteri
Santubung Puteri
Sejinjang”
Kasih Sayang
Menghargai
Langkah 4
(15 minit)
Membina ayat
tunggal.
I. Murid membina ayat
tunggal berdasarkan
gambar.
II. Murid pemulihan diberi
latihan tandakan jawapan
yang betul.
III. Latihan pengayaan
“permainan bahasa”.
(Lembaran Kerja)
33
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Penutup
(5 minit)
Murid mendengar
lagu dan menyanyi
beramai-ramai.
Penutup
Murid mendengar lagu
menerusi video. Murid diberi
lirik lagu.
Murid menyanyikan lagu “Puteri
Santubung Puteri Sejinjang”
Video
“Lagu
Puteri Santubung
Puteri Sejinjang”
Refleksi :
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………...
34
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
LEMBARAN KERJA
Negeri Sarawak dikenali sebagai “Bumi Kenyalang” dan terletak di Malaysia Timur.
Negeri Sarawak kaya dengan budaya dan adat resamnya. Kita dapat melihat rumah
panjang yang didiami oleh orang Iban di sana. Kita juga boleh melawat ke Gua Niah
yang begitu popular di kalangan pelancong. ibu negeri Sarawak ialah Kuching.
Bandar Raya Kuching semakin maju pada masa ini. Jika ke Bandar Raya Kuching,
jangan lupa untuk melawat “Waterfront” iaitu tebingan Sungai Sarawak yang indah.
Kawasan ini merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sering menjadi tumpuan
pengunjung, khasnya pada hari cuti dan hujung minggu.
PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJINJANG
Menurut cerita orang-orang tua, Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang merupakan
dua orang puteri yang turun dari kayangan. Puteri Santubung suka menenun kain,
manakala Puteri Sejinjang pula menjaga kawasan pertanian. Mereka berjanji tidak
akan bergaduh.
Malangnya pada suatu hari, Puteri Santubung berasa amat cemburu akan
Puteri Sejinjang yang mencintai Putera Serapi, kekasih Puteri Santubung. Sifat
cemburu itu menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan itu berakhir dengan
kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi gunung. Sumpahan itu berlaku kerana
mereka telah melanggar janji. Orang Sarawak menceritakan kisah kedua-dua orang
puteri itu di dalam lagu.
35
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Tajuk : Melancong ke Sarawak
Nama : …………………………………………..
Kelas : …………………………………………...
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
36
---------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Tandakan jawapan yang betul.
Negeri Sarawak dikenali sebagai ___________ dan terletak di Malaysia Timur.
A. bumi kenyalang
B. Sarawak
C. Gua Niah
D. Waterfront
Negeri _________ kaya dengan budaya dan adat resamnya.
A. Pahang
B. Kelantan
C. Terengganu
D. Sarawak
3. Kita dapat melihat ____________ yang didiami oleh orang Iban.
A. rumah teres
B. bangunan
C. rumah panjang
D. banglo
4. Ibu negeri Sarawak ialah ____________ .
A. Gua Niah
B. bumi kenyalang
C. Kuantan
D. Kuching
37
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
PERMAINAN BAHASA
S Q W E G B K N I L
E T A S U A G A R O
R V A D N M P A L I
A G N K U R U Z M H
P B G G N I H C U K
I N A I G A N G I N
E U A E Y C I V E H
T I B A N T A R E B
KATA KUNCI :
I. Ibu negeri Sarawak.
II. Rumah panjang didiami oleh orang ………….
III. Kekasih Puteri Santubong ialah Putera …………….
IV. Kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi ………….
38
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
LIRIK LAGU PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJINJANG
Ooo… Puteri Santubung,
Sejinjang sayang,
Kesah lama,
Jangan mensia sayang,
# Puteri Santubung,
Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung,
Negeri Sarawak,
Manis si ada,
Dapat dilawan,
Anak dak dewa,
Turun kayangan,
Ulang #
Ooo… sentubung puteri,
Bertenun kain malam,
Ooo… sejinjang puteri,
Menumbuk padi siang,
Satu harinya,
Duak kelai,
Beranok anok sik,
Henti henti,
Sorang madah diri,
Bagus agi,
Sorang sik kalah,
Walau sampai kemati,
Ulang #
39
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Ooo… Puteri Santubung,
Sejinjang sayang,
Udah bermusuh,
Berpanjang panjang sayang,
Udah lejuknya,
Duak kelai,
Lalu bertukuknya,
Duak puteri,
Sejinjang mengayun,
Aluk ke pipi,
Tebik sentubung,
Sampai gito ari,
Tapi sentubung,
Membalas juak,
Lalu di tikam,
Batang belida,
Hingga terkena,
Sejinjang kepalak,
Lalu bertabur jadi,
Pulo kerak,
Ulang #
Kesah Santubung,
Kesah Sejinjang,
Asal berkawan,
Jadi musuhan,
Kinek tok tinggal,
Jadi kenangan,
Pake ingatan,
Sepanjang jeman,
40
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Ulang #
Puteri Santubung Puteri Sejinjang
Puteri Santubung Puteri Sejinjang
41
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
8.0 REFLEKSI
Refleksi Keseluruhan
Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (BMM 3117) ini merupakan satu cabaran baru kepada kami.
Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak memberikan input
dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur dalam sukatan pelajaran, menghayati
organisasi sukatan pelajaran serta dalam merangcang aktiviti berdasarkan aras
pembelajaran yang sesuai. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Encik
Mohd Asri Bin Abdul Razak, melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau
membekalkan kami dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek teori dan
praktikal didalam sesi kuliah khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti. Bagi
subjek ini, secara dasarnya dapat kami katakan kandungan pelajarannya adalah
lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Perkara ini sebagai pendedahan awal kepada guru-guru
pelatih untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu, merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran.
Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,kami banyak didedahkan
dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap
dua.Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih
mendalam. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang serta
menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan kemahiran bernilai tambah serta
membuat analisis. Didalam kelas juga kami telah dutugaskan untuk membuat
beberapa aktiviti dan dibentangkan didalam kelas sebagai persediaan awal dalam
merancang aktiviti serta membuat langkah pengajaran
Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima tugasan KKP
BMM 3117. Tugasan berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan kami menyediakan tiga aktiviti pengajaran.Untuk menyiapkan
tugasan ini,kami perlu mendapatkan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah tahap satu dan tahap dua. Kami membuat beberapa rujukan dan
carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila
ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Setelah itu, bagi tugasan yang
42
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai unsur-unsur dalam
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran. Setelah membuat analisis kami membuat
ringkasannya dalam bentuk grafik.
Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran,terdapat sedikit masalah
dalam merangcang aktiviti ini. Permasalah tersebut ialah untuk memilih sukatan
pelajaran bagi tahun berapa. Setelah menbuat analisis dan rujukan kami memilin
untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran tahun empat.setelah
itu,kami memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin
dirancang. Kami membahagikan aras pembelajaran kepada fokus utama dan fokus
sampingan. Kami marancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran dengan
menerapkan kemahiran bernilai tambah.Selepas itu, dalam membuat perancangan
aktiviti, kami perlu mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian
yang lengkap sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran.
Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH kami telah merancang aktiviti
pembelajaran dengan berpandukan kepada aras pembelajaran,penerapan
kemahiran bernilai tambah dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang
sesuai.
Kesimpulannya, kami telah banyak mendapat pengajaran daripada kursus ini.
Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan sahaja menyiapkan diri
saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-
pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa
depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru. Dengan itu,
ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru akan dijadikan ikutan dan bebas
daripada sebarang gejala sosial.
43
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Refleksi Individu
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga
saya menyiapkan tugasan BMM 3117 ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak selaku Pensyarah Pembimbing
saya kerana sudi meluangkan masa, memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada unit
saya semasa tugasan ini dilaksanakan.
Saya berasa gembira dan teruja untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menimba pelbagai ilmu dan
pengalaman dalam kehidupan saya. Perkara yang sukar bagi saya disini ialah
apabila hendak mencari maklumat kerana kekurangan sumber rujukan dan terdapat
bahan rujukan yang tidak dapat diakses akibat disekat oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia namun saya tidak berputus asa untuk meneruskan usaha mencari
maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Sudah terang lagi bersuluh, melalui
tugasan ini, kami dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman yang mampu
memberi seribu erti dalam diri saya. Hubungan saya bersama rakan-rakan juga
semakin akrab kerana kami saling bekerjasama antara satu sama lain. “ Bumi mana
yang tidak ditimpa hujan”. Oleh itu , ribuan kemaafan dipohon kepada semua
sekiranya berlaku perselisihan faham dan kesilapan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Semoga restu dan redha ini dapat memberikan saya satu lagi peluang
untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini . InsyaAllah.Akhir kata ,saya
berharap agar tugasan yang telah saya siapkan ini menepati kriteria tugasan yang
telah ditetapkan oleh pihak institut dan para pensyarah.
………………………………………………………..
MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN MAT RAHIM
891120-03-5323
44
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus BMM
3117 ini. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya
telah memperoleh semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini. Sudah
menjadi lumrah, setiap tugasan pasti akan ada masalah dan setiap masalah itu ada
penyelesaiannya.
Antara masalah utama yang telah saya hadapi di dalam tugasan kali ini ialah
kelemahan saya sendiri iaitu kurang pengetahuan rancangan pengajaran harian.
Untuk mempunyai banyak pengetahuan mengenai ilmu tersebut, seseorang individu
itu perlulah rajin membaca dan rajin meneroka. Selain itu, di dalam bahan rujukan
terdapat juga maklumat-maklumat yang bercanggah antara satu sama lain
terutamanya dari segi pendapat pengarang itu sendiri. Tambahan lagi, pelajar yang
sedang melakukan tugasan biasanya dibelenggu masalah pemarkahan yang akan
menjadikan pelajar itu takut untuk menulis kerana bimbangkan salah. Namun saya
berpendapat bahawa adalah menjadi kebiasaan pelajar melakukan kesalahan
kerana dengan kesalahan ia akan membawa kepada kebaikan untuk selama-
lamanya.
Selain daripada masalah yang dihadapi, menerusi tugasan ini juga, beberapa
manfaat telah saya dapati. Antara manfaat yang saya dapati ialah kini saya
mengetahui sedikit sebanyak mengenai proses membuat rancangan pengajaran
harian. Jadi, dengan pengetahuan saya sedikit sebanyak membantu saya membuat
rancangan pengajaran harian pada masa akan datang.Jadi sebagai pengakhiran
pendokumentasian saya, saya berharap agar pensyarah saya iaitu Encik Mohd Asri
Bin Abdul Razak akan berpuas hati dengan apa yang telah saya bentangkan di
dalam tugasan kali ini.
……………………………………………………..
MOHAMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAIN
910817- 01- 5147
45
PISMP PS/PJ /BM SEM 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
9.0 BIBLIOGRAFI
I. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum
II. Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.
III. Kamus Dewan. (1996). Edisi ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
46