Download - Assignment Krp 3013 Bahagian a Dan c
LAPORAN ANALISIS
(TUGASAN BAHAGIAN A)
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama: SITI HAJAR BT. ARSHAD No. ID : 20111049606
Nama Mata Pelajaran :
BAHASA MELAYU
Tahun : TAHUN 5
Dokumen Dianalisis : SP/ HSP/ RPH/ DSP/ BT/ M (√ yang berkenaan)(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja sebagai lampiran)
Tajuk : NEGARA TERCINTA (Tokoh Pemimpin)
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih:
i. Kajian Tempatan
ii. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
iii. Muzik dan Gerakan
iv. Teknologi Maklumat (ICT) /TMK
v. Pendidikan Seni
b. Rasional/ Kepentingan
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi
mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu
mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai
contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan diserapkan
seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai
maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu
yang telah dipelajarinya.
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan tentang pengetahuan daripada mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
dengan meminta murid menamakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama
sehingga sekarang ini. Guru juga boleh meminta murid mengenalpasti sekurang-kurangnya 5
daripada 6 tokoh pemimpin secara lisan atau tulisan. Ini akan membuat murid akan mengingati
dan menghormati pemimpin besar yang ada di Malaysia. Penyerapan pengetahuan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadikan murid lebih menghayati kepentingan
pemimpin dalam menerajui sesebuah negara dan mengetahui bidang tugas pemimpim negara.
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran yang
dipilih:
i. Kemahiran menyanyi dalam Pelajaran Muzik
ii. Kemahiran Pendidikan Seni membuat buku folio gambar-gambar pemimpin
iii. Kemahiran meneroka maklumat tokoh negara
iv. Kemahiran ICT dengan menganalisis biografi tokoh
v. Kemahiran bersajak untuk mengetahui bakat murid
b. Rasional/ Kepentingan.
Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
Selain itu, berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara
harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
lain. Melalui program terpadu ini, satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna
dapat diciptakan. Ia juga dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Di
samping itu, ia membolehkan kemahiran-kemahiran saling kukuh- memperkukuh dan dapat
diterapkan antara satu sama lain. Sebagai contoh, strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah digunakan untuk menggabungjalinkan beberapa
kemahiran asas seperi mendengar, bertutur, membaca, menulis. Penggabungjalinan ini perlu
supaya pembelajaran berlaku secara bersepadu dan menyeluruh dalam sesuatu waktu
pelajaran bahasa.
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi jenis ini melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran
dalam satu mata pelajaran. Sebagai contohnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran boleh
digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik di mana kemahiran bahasa
sebagai kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik sebagai kemahiran
sampingan. Kemahiran muzik iaitu nyanyian lagu mengenai Negara Tercinta dapat dapat
menjadikan murid lebih memahami dan menghayati lagu. Kemahiran Nyanyian dan gerakan
dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan kreatif.
Sebagai contohnya, seorang guru ingin mengajar bahasa dengan tajuk ‘Keranamu Malaysia”
di mana kemahiran bahasa yang boleh diterapkan ialah dengan cara bercerita, membaca,
atau menulis mengenai kawan saya. Kemahiran seni yang boleh digabungjalinkan pula
mungkin dalam bentuk melukis gambar bendera Malaysia dan mewarnakannya begitu juga
dengan kemahiran muzik, guru boleh mempelbagaikan dan menggabungjalinkan pengajaran
dengan cara menyanyikan lagu mengenai ‘Keranamu Malaysia” dengan tujuan untuk
mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam petikan lagu.
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:
i. Semangat Cintakan Negara (Patriotisme)
ii. Bertanggungjawab terhadap negara
iii. Kesyukuran
iv. Menghargai dan mematuhi undang-undang
v. Menghormati pemimpin negara
b. Rasional/ Kepentingan
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik,
sejarah, dan lain-lain. Oleh itu, konsep penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai
bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia juga merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari
satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran lain.
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan
semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
Salah satu nilai yang dapat dilaksanakan ialah semangat cintakan negara (patriotisme) yang
mana dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bertajuk : Negara
Tercinta ( Tokoh Pemimpin). Murid diminta memuat naik bahan maklumat berkaitan tajuk dan
mencari nama-nama Perdana Menteri dari yang pertama hingga yang ke enam. Murid diminta
membaca biografi setiap tokoh dan membincangkan kejayaan dan usaha mereka dalam
membangunkan negara Malaysia. Murid membaca petikan dan menjawab soalan kefahaman
bagi mengenali dan menghormati tokoh-tokoh pemimpin yang telah banyak berjasa kepada
bangsa, agama dan tanah air sehingga Malaysia menjadi negara merdeka dan maju di seluruh
dunia.
Tokoh-tokoh ini harus diberi penghormatan sebagai seorang pemimpin yang telah banyak
berjasa kepada kemajuan rakyat, negara dan bangsa.
4. Pendapat/ Pandangan/Cadangan serta Justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembela-
jaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat
mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Strategi ini perlu bagi mengelakkan
guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau
mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat .
Pelajar-pelajar diandaikan boleh belajar lebih baik kerana mereka berpeluang melibatkan
diri dengan aktiviti-aktiviti yang terdiri daripada satu kemahiran. Strategi penggabungjalinan
juga mampu untuk menjadi alat pengukuhan kepada kemahiran yang diperoleh daripada
mata pelajaran lain.Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat
membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif penga -
jaran dan pembelajaran. Selain itu, ia mampu menggalakkan proses pertumbuhan
dan perkembangan murid-murid secara seimbang,harmonis dan bersepadu selaras den -
gan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0 Lampiran
(Sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja daripada SP/ HSP/ DSK/ DSP/ BT/ M sebagai lampiran)
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 5
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1 i. Mengemukakan data
yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Aras 2 i. Membentangkan hasil
i.Mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk secara kumpulan. Contoh : Tanaman utama di Malaysia
ii.Menyenaraikan maklumat yang diperoleh. iii.Membentangkan hasil data yang diperoleh.
i.Mengumpul maklumat dengan
rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa
yang betul.
Aras 3 i. Membentangkan
penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci.
membuat rujukan. ii.Menganalisis dan berbincang untuk membuat rumusan. iii.Membentang rumusan. Contoh : Cara murid Tahun5 Bestari datang ke sekolah. 20 orang murid datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 10 orang murid menungang basikal. 5 orang murid menaiki kereta. 5 orang murid berjalan kaki. Rumus an : Ramai murid datang ke sekolah dengan menaiki bas
i.Murid membuat projek secara berkumpulan. Contoh : Folio Tokoh Tempatan ii.Murid membentangkan hasil kerja. Contoh : Murid menceritakan tokoh kajian mer eka.
(KRP 3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : SITI HAJAR BT. ARSHAD No. ID : D20111049606
Nama Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tahun : Tahun 5
Dokumen Analisis : Huraian Sukatan/ Rancangan Tahunan/Buku Teks
Tajuk : Kenali Budaya Malaysia
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran
yang dipilih:
i. Bahasa Melayu
ii. Pendidikan Muzik
iii. Agama Islam
iv. Tarian /Pergerakan
iv. Pendidikan Seni
b. Rasional /kepentingan
Bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan
negara kerana mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan
dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah
wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya
masyarakat Negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh
pengetahuan. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Dengan penyerapan mata pelajaran Agama Islam bagi pelajar beragama Islam dan
Pendidikan Moral bagi pelajar beragama lain dapat membentuk adab dan tingkah laku
yang terpuji.
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan lain yang diserapkan ke dalam mata pelajaran ini akan membantu murid-
murid menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dalam tajuk ini dengan
pengetahuan dalam pelajaran lain. Ini akan menjadikan murid-murid berfikir secara
lebih menyeluruh secara kreatif dan kritis. Murid akan lebih berminat dengan tajuk ini
kerana akan menambah minat mereka dalam mata pelajaran lain yang disebutkan
tadi. Ini akan membantu meluaskan pengetahuan am mereka. Ini merupakan salah
satu daripada pengisian Huraian Sukatan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran Sivik dan
kewarganegaraan iaitu penekanan terhadap ilmu pengetahuan yang melibat pelbagai
kemahiran. Ini akan menjadikan P&P lebih efektif dan produktif.
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pela-
jaran yang dipilih:
i. Gerakan daripada pelajaran Muzik
ii. Kemahiran menulis menjawab soalan kefahaman dari pelajaran Bahasa
Melayu
iii. Kemahiran ICT mencari gambar alat muzik/jenis tarian pelbagai kaum
iv. Membuat buku skrap dengan melekat gambar bagi pelajaran PSV
v. Kemahiran berfikir secara kretif dan kritis
b. Rasional / Kepentingan
Rasional penggabungjalinan ialah strategi ini dapat mengelakkan kebosanan
terhadap pengajaran dan pembelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja
yang digunakan kerana aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna, serta
menimbulkan suasana yang lebih berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai
kemahiran- kemahiran secara bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di
dalam kehidupan seharian malahan pelbagai kemahiran dapat saling
memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilak-
sanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penekanan yang lebih diberikan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menulis, kemahiran
membaca, kemahiran mendengar, dan kemahiran bertutur. Justeru itu,kemahiran-
kemahiran asas ini perlu diajar secara menyeluruh dan strategi yang sesuai dilak-
sanakan ialah aktiviti penggabungjalinan. Dengan penggunaan bilik computer itu
penggunaan ICT dalam mencari gambar dan maklumat mengenai tajuk merupakan
kesepaduan dari segi penggabungjalinan yang mana ini menambah kemahiran murid
dari segi penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran.
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih:
i. Perpaduan kaum
ii. Menghormati kebudayaan pelbagai kaum
iii. Menghargai warisan negara
iv. Mengamalkan adab sopan dan kesusilaan
v. Berbangga dengan kebudayaan Malaysia
b. Rasional /Kepentingan
Rasional strategi penyerapan ialah murid dapat memperoleh ilmu
pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran malahan murid juga dapat
mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna dalam
kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat
dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan nilai yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
perpaduan. Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kebudayaan. Oleh itu
nilai hidup bersatu padu dalam masyarakat perlu diterapkan dengan menghormati dan
menerima kebudayaan kaum lain dari segi seni tari dan muzik, cara berpakaian,
bahasa dan adat resam kehidupan pelbagai kaum di Malaysia. Guru perlu
menyerapkan nilai perpaduan dalam pengajaran dan pembelajaran iaiti dengan
memberi contoh cara-cara mengamalkan hidup bersama dalam masyarakat pelbagai
kaum bagi mengekalkan hubungan baik dan hidup aman damai . Oleh itu
menghormati, menghargai dan mengamalkan adab-adab social membantu perpaduan
kaum di Malaysia.
4. Pendapat,pandangan/ cadangan anda serta justifikasi
ii. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.
Pada pendapat saya pengabungjalinan dan penyerapan merupakan ciri-ciri pent-
ing yang harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan penyera-
pan nilai-nilai dapat memupuk dan mendidik pelajar agar menjadi masyarakat
yang harmonis, seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek bersesua-
ian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu guru harus menyerapkan nilai-nilai yang positif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mendidik murid-murid dari tahap rendah lagi agar mereka
dapat mengamalkan nilai-nilai persefahaman dan menghormati kebudayaan orang
lain bagi mewujudkan perpaduan kaum.
5. Lampiran (Huraian Sukatan Pelajaran)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
4. KENALI BUDAYA
TAHUN 5
MALAYSIA
a. Kenali dan apresiasi
kekayaan pelbagai
warisan budaya Malaysia
- Seni tari dan muzik
- Bahasa dan dialek
b. Kenali dan apresiasi
adab sosial warisan
budaya Malaysia
- Adab berpakaian
- Adab menziarah
i. Mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat ii. Menjelaskan adab-adab sosial warisan budaya dan kepentingannya iii. Mengamalkan adab sosial warisan budaya iv. Hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum v. Mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia vi. Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain
i. Menghasilkan peta asal usul seni tari dan alat muzik mengikut negeri ii. Mempelajari dan mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum iii. Memainkan lagu dengan menggunakan alat muzik pelbagai kaum iv. Melakonkan adab sosial pelbagai kaum
(KRP 3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : SITI HAJAR BT. ARSHAD No. ID : D20111049606
Nama Mata Pelajaran : Sains
Tahun : Tahun 5
Dokumen Analisis : Huraian Sukatan/ Rancangan Tahunan/
Tajuk : Rantaian Makanan
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran
yang dipilih:
v. Bahasa Melayu
vi. Pendidikan Muzik
vii. Kajian Tempatan
iv. TMK ( Penggunaan ICT )
viii. Pendidikan Seni
b. Rasional /kepentingan
Melalui proses penyerapan dalam aktiviti pembelajaran, murid dapat memperolehi ilmu
pengetahuan daripada berbagai-bagai mata pelajaran. Selain itu, strategi penyerapan
membolehkan murid menguasai teknik mengintegrasikan berbagai-bagai ilmu penge-
tahuan yang berkaitan dan berguna. Dengan adanya penyerapan aktiviti pembelajaran da-
pat dipelbagaikan. Di samping aktiviti pembelajaran bahasa, aktiviti sokongan pula dapat
dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan
Muzik dalam program pelajaran bahasa. Contohnya dalam mata pelajaran Sains banyak
didapati aktiviti melukis dan mewarna gambar-gambar haiwan, tuumbuhan dan seba-
gainya.
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai cara seperti menyerapkan un-
sur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam pelajaran
kemahiran-kemahiran bahasa Malaysia. Selain itu, penyerapan juga berlaku dengan
menyerapkan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran dalam satu
mata pelajaran. Di samping itu, ia juga boleh dengan menyerapkan isi kandungan be-
berapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran lain dan ia juga boleh dalam peny-
erapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beber-
apa mata pelajaran dalam satu mata pelajaran lain.
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih:
i. Gerakan daripada pelajaran Muzik
ii. Kemahiran menulis menjawab soalan kefahaman dari pelajaran Ba -
hasa Melayu
iii. Kemahiran ICT mencari gambar alat muzik/jenis tarian pelbagai kaum
iv. Membuat buku skrap dengan melekat gambar bagi pelajaran PSV
v. Kemahiran berfikir secara kretif dan kritis
b. Rasional / Kepentingan
Rasional penggabungjalinan ialah strategi ini dapat mengelakkan kebosanan ter-
hadap pengajaran dan pembelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang di-
gunakan kerana aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti aktiviti penga-
jaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana
yang lebih berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran- kemahiran
secara bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di dalam kehidupan seharian
malahan pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuh dan melengkapi antara
satu sama lain.
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat di-
laksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Simulasi dan animasi berkomputer merupakan satu lagi kaedah untuk mengajar
konsep sains yang mujarad dan sukar.Simulasi dan animasi berkomputer boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian atau melalui pembelajaran melalui laman
web. Dalam konteks sebagai peralatan pemprosesan perkataan dan persembahan
ini, teknologi maklumat berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan
dan berkesan.Selain daripada ini, teknologi maklumat seperti komputer juga digu -
nakan. Penggunaan teknologi lain seperti penggunaan antara muka berkomputer
amat membantu dalam meningkatkan minatmurid belajar sains dan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Antara muka berkomputer
boleh digunakan semasa menjalankan eksperimen untuk meningkatkan keberke -
sanan pengajaran dan pembelajaran.Teknologi maklumat digunakan sebagai satu
saluran untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Selain daripada itu,penggu -
naan teknologi secara umum memudahkan pembelajaran terarah kendiri dan pem-
belajaran mengikut kadar sendiri yang seterusnya membenarkan integrasi
Penekanan yang lebih diberikan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menulis,
kemahiran membaca, kemahiran mendengar, dan kemahiran bertutur. Justeru
itu,kemahiran-kemahiran asas ini perlu diajar secara menyeluruh dan strategi
yang sesuai dilaksanakan ialah aktiviti penggabungjalinan. Dengan penggunaan
bilik computer itu penggunaan ICT dalam mencari gambar dan maklumat menge-
nai tajuk merupakan kesepaduan dari segi penggabungjalinan yang mana ini
menambah kemahiran murid dari segi penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran penggunaan computer dalam P&P akan menjadikan
murid lebih memahami dan mudah untuk mengingat kerana system powerpoint
yang mempunyai gambar yang boleh diedit gambar dengan keterangan mengenai
sesuatu tajuk .
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih:
i. Hormat menghormati
ii. Bekerjasama antara guru dan rakan
iii. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan
iv. Yakin diri
v. Menghargai keseimbangan alam semulajadi
b. Rasional /Kepentingan
Rasional nilai-nilai lain yang diserapkan ialah supaya murid-murid mempunyai
sikap untuk saling menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan ada sikap
suka menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang manusia dapat dan
berbeza daripada kejadian haiwan . Nilai-nilai ini penting bagi memupuk dan
menanamkan sikap yang baik, positif dan menjadi murid yang mereka ada
kepada sifat-sifat terpuji dan menjadi ikutan
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut da-
pat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Nilai murni yang dapat diterapkan dalam keseluruhan proses pengajaran dan pem-
belajaran ini adalah sikap hormat-menghormati dan bekerjasama antara
guru dan rakan sebaya. Pencapaian objektif ini boleh dilihat melalui interaksi
murid semasa perbincangan dalam kumpulan dalam langkah yang ke empat dan
pembentangan hasil perbincangan dalam langkah ke lima. Sikap ini juga dapat
diperhatikan melalui interaksi guru dan murid dalam proses mereka memahami
konsep Rantai Makanan melalui langkah pengajaran ke dua dan ketiga. Selain
dari itu, murid juga dapat menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup
bolehmenjadi makanan kepada benda hidup yang lain seterusnyamensyukuri
rezeki dan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan.
4. Pendapat,pandangan/ cadangan anda serta justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.
Pada pendapat saya pengabungjalinan dan penyerapan merupakan ciri-ciri pent-
ing yang harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan penyera-
pan nilai-nilai dapat memupuk dan mendidik pelajar agar menjadi masyarakat
yang harmonis, seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek bersesua-
ian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu guru harus menyerapkan nilai-nilai yang positif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mendidik murid-murid dari tahap rendah lagi agar mereka
dapat mengamalkan nilai-nilai persefahaman dan menghormati kebudayaan orang
lain bagi mewujudkan perpaduan kaum.
5. Lampiran (HSP)
Investigating Force and Energy Science -Year 5
Learning Objec-
tives
Suggested Learning
Activities
Learning Out-
comes
Notes Vocabulary
3. Food Chain and Food Web
3.1 Understanding foodchains
Pupils carry out abrainstorming session on animals and the food they eat.Pupils discuss and classify animals into the following groups according to the food they eat:a) herbivoreb) carnivorec) omnivore
Pupils build food chains to show the food relationshipamong organisms.
Pupils
· identify animals and the food they eat.
· classify animals into herbivore, carnivore and omnivore.
· construct food chain.
· identify producer.
Food chains must beginwith plants as producers
food chain-rantai makananproducer-pengeluarconsumer-pengguna
From the food chains pupils identify the producers and the consumers.
· identify consumer
Nama Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Tahun : Tahun 5
Dokumen Analisis : Huraian Sukatan/ Rancangan Tahunan/Buku Teks
Tajuk : Mengenal Negara Kita
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran
yang dipilih:
i. Bahasa Melayu
ii. Pendidikan Muzik
iii. Sivik dan Kewarganegaraan
iv. Geografi
v. Pendidikan Seni
b. Rasional /kepentingan
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan penge-
tahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang
dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi
mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran
Sains dan Pendidikan Seni Visual diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-
kemahiran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran den-
gan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa
kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pen-
gajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak
dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilak-
sanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu daripada pegetahuan tersebut ialah Pendidikan Seni di mana bagi
mengenal dan memupuk semangat cintakan tanah air maka dijalankan aktiviti
melukis dan mewarna bendera Jalur Gemilang. Oleh itu secara tidak langsung ak-
tiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Pen-
guasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat
disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang
telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan penge-
tahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang
menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pen-
gajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih:
i. Menyanyi lagu Jalur Gemilang
ii. Kemahiran mendeklamasikan sajak dengan baik
iii. Menulis maksud lambing dan warna dalam bendera
iv. Membaca lirik senikata lagu Jalur Gemilang
v. Kemahiran berfikir secara kretif dan kritis
b. Rasional / Kepentingan
Kepentingan kemahiran lain yang digabungjalinkan adalah penting menimbulkan
suasana yang lebih berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran-
kemahiran secara bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di dalam kehidu-
pan seharian malahan pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuh dan me-
lengkapi antara satu sama lain. Kajian Tempatan merupakan tunggak
utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Disamping
itu, dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid. Unsur-unsur Kajian Tempatan disepadukan dengan mata
pelajaran Bahasa. Mata pelajaran ini diajar sebagai satu mata pelajaran yang be-
rasingan. Kesimpulannya, mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan untuk
melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, Bangga men-
jadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat di-
laksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penekanan yang lebih diberikan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran membaca, menulis,
melukis , mewarna dan sebagainya. Salah satu daripada kemahiran yang dapat di-
laksanakan ialah Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang
diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pen -
didikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti
seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan
ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi
meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih:
i. Membentuk jati diri yang kukuh
ii. Memupuk semangat Patriotik
iii. Menghargai warisan negara
iv. Berbangga dengan Jalur Gemilang
v. Menghormati dan berbangga menjadi rakyat Malaysia
b. Rasional /Kepentingan
Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelak-
sanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan se -
mangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada keper-
cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembela -
jaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi
murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut da-
pat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyerapan nilai yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah semangat cintakan Negara (patriotic). Bendera Jalur Gemilang merupakan
bendera yang melambangkan Negara Malaysia. Kita harus berbangga mempunyai
bendera dan lagu iaitu lagu Jalur Gemilang yang mencerminkan identity Negara
kita. Dengan menerangkan makna warna-warna pada bendera dan juga lambing
yang terdapat pada bendera murid perlu mengetahui dan sentiasa berdiri bila ben-
dera kita dinaikkan. Penyerapan unsur patriotism dankewarganegaraan dalam
pendidikan bahasa Malaysiamengutamakan pemupukan semangat cinta dan
taatakan Negara. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta
meningkatkan komitmen individu terhadap Negara.
4. Pendapat,pandangan/ cadangan anda serta justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.
Pada pendapat saya penyerapan salah satu nilai merupakan ciri-ciri penting yang
harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan penyerapan nilai-nilai
dapat memupuk dan mendidik pelajar agar menjadi masyarakat yang harmonis,
seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu guru harus menyerapkan nilai-nilai yang positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mendidik murid-murid dari tahap rendah lagi agar mereka dapat
mengamalkan nilai semangat cintakan Negara dengan mengenali bendera Jalur
Gemilang, lagu Jalur Gemilang, makna warna dan lambang Jalur Gemilang. Tema ini
merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insane yang seimbang dari segi
fizikal,mental,emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup
berkorban demi negara.tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan
masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada Negara.
Mata Pelajaran Kajian Tempatan adalah pendukung utama pemupukan semangat
patriotik di sekolah rendah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu
dibuat supaya murid dapat menyayangi keluarga , jiran dan persekitaran serta
menghormati masyarakat, patuh kepada pemimpin dan taat kepada raja; dan
seterusnya sentiasa mendaulatkan undang-undang . Pengalaman pembelajaran ini
akan membentuk murid yang setia kepada negara dan bangga sebagai rakyat
Malaysia.
5. Lampiran (Huraian Sukatan Pelajaran )
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 5
TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI
5.3 Identiti Negaraa. Lagu, bendera, jata,mercu dan lambanglaini. Lagu Ke-bangsaan<Lirik lagu
<Cara menyanyi
ii. Jalur Gemilang
Aras 11. Menyebut lirik Lagu Kebangsaan dengan betul.2. Menyanyikan lagu'Negaraku' dengan betul.3. Menyenaraikan lambing-lambang
-Menghormati dan menghayati Lagu Ke-bangsaan.
-Menghormati bendera danjata negara.
1. Membincangkan maksud lirik Lagu 'Negaraku’.
2. Mengadakan per-tandinganmenyanyi lagu 'Ne-garaku' antarakumpulan.
<Maksud jalur,warna danlambing
iii. Jata<Maksud setiapLambing
iv. Lambang lain negeri seperti bunga raya,wau bulan dan keris
yang menjadiidentiti negara.Aras 21. Menghuraikan maksud jalur,warna dan lam-bang pada Jalur Gemilang.2. Menjelaskan maksud lirikLagu Kebangsaan.3. Melukis dan mew arnakan ben-dera Malaysia, jata danbunga ke-bangsaan dengan betul.
-Berbangga den-gan lambing-lambangdan mercu tandanegara.
3. Menghasilkan ben-dera Malaysiadan membincangkan maksud jalur, warna dan lambang yangterdapat padanya.
4. Mengarang puisi seperti sajak,pantun atau syair bertemakanJalur Gemilang sertamempersembahkan-nya.
5. Melukis dan mewarna jatanegara.