Download - Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
ISI KANDUNGAN :
ISI KANDUNGAN :..............................................................................................................1
1.0 PENGENALAN ETIKA............................................................................................................3
2.0 Maksud Etika......................................................................................................................3
3.0 KOD ETIKA DALAM KAUNSELING........................................................................................5
4.0 KEPENTINGAN ETIKA..........................................................................................................7
5.0 LIMA PRINSIP ETIKA..........................................................................................................7
1. Autonomi............................................................................................................................7
2. Beneficence........................................................................................................................8
3. Nonmaleficence..................................................................................................................8
4. Justice.................................................................................................................................8
5. Fidelity................................................................................................................................9
6.0 ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN.................................................................9
a. Guru tidak mengambil alih tugas Kaunselor.......................................................................9
b. Menjaga kerahsiaan..........................................................................................................10
c. Meneroka alternatif yang sesuai.......................................................................................10
d. Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan dan batasan.........................................................................................................10
e. Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh, adil dan saksama........11
f. Memahami dan menyedari bahawa setiap pelajar adalah unik dan berbeza...................11
g. Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan..........12
h. Sentiasa meningkatkan kemahiran Interpersonal dan menambah pengetahuan serta kemahiran.................................................................................................................................12
i. Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar.............12
j. Menerima pelajar tanpa syarat.........................................................................................13
k. Sentiasa fokus kepada isu dan penyelesaian pelajar tanpa mencampuradukkan aspek peribadi.....................................................................................................................................13
l. Bersifat terbuka dan tidak menghukum............................................................................13
m. Sentiasa ikhlas dan bersedia untuk membantu............................................................14
n. Tidak meletakkan nilai peribadi kepada pelajar dalam penyelesaian masalah.................14
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 1
o. Menjalankan tindakan susulan.........................................................................................14
p. Membuat penilaian...........................................................................................................15
7.0 ISU ETIKA...........................................................................................................................15
8.0 KESIMPULAN.....................................................................................................................16
9.0 Bibliografi..........................................................................................................................17
10.0 Lampiran.......................................................................................................................18
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 2
1.0 PENGENALAN ETIKA
Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional
serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman
Mohamed, (dalam Othman Mohamed, 2005:283-284), kod etika merupakan tatasusila
yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli
sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis
profesional.
Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di
antara satu dengan yang lain, iaitu ;1) Pola hidup am atau suatu cara hidup.2) Set
peraturan tingkah laku atau kod moral
3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah
laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya
manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan
norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu
mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam
pengendalian kelompok.
2.0 Maksud Etika
Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu. Etika
dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang
terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan
supaya menjaga imej bidang kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah
yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini,
penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan
masyarakat tempatan.
Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd
Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006: 202) , etika berasal daripada perkataan Greek
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 3
yang bermaksud “watak” atau “resam” yang merujuk kepada piawaian perlakuan
manusia. Menurut Corey, Corey dan Callanan ,1988 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd
Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika merupakan tatasusila yang
menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu
profesion. Ia merupakan piawai asas bagi mencerminkan satu praktis professional dan
merupakan suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi.
Berdasarkan kepada Kamus Dewan , 1998 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd
Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika membawa makna “prinsip moral
(atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan ( persatuan, pekerjaan dan lain-lain)”. Ianya adalah nilai dan garis
panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing.
Disamping itu , etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing
dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan
pelajar. Etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat
memikirkan serta boleh boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu
keputusan apabila berhadapan dengan isu moral.
Kitchener ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:56-57)
menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia
dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak,
sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-
prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling
dijalankan. Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai
antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga
kaunselor.
Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50
minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling
kumpulan, perkahwinan dan keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang
dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi
rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 4
menyelesaikan masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 ( dalam Baharom Mohamad dan
Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau
jangka panjang.
Kaunseling jangka pendek merupakan perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling
selama 6-12 sesi. Namun, perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir
tidak dapat menyelesaikan masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru.Kaunseling
jangka panjang pula adalah perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun
ataupun lebih.Menurut Peterson J.V. dan Nisenholz ( dalam Baharom Mohamad dan
Iliyas Hashim , 2010:57) ,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya
rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus
bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan.
Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580
dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat juga mempunyai
standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling
Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling
yang dijalankan kaunselor. Terdapat tiga kepentingan etika kaunseling yang
dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan professional dan menangani seksual.
3.0 KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan
yang dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai
etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.
Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin
Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian
tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 5
Diantara Kod Etika Kaunseling tersebut adalah Kaunselor-kaunselor yang
mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki
perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya
kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga
dibimbing untuk mencari data.Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam
perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu
institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip
institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi.
Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang
dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.
Selain itu tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli
boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain,
mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat
dan sebagainya.Kaunselor juga tidak harus mencari kemajuan dengan cara membuat
perbandingan yang merugikan orang lain. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau
menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi,
bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh
orang lain.
Selain itu juga bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor
mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada
kemampuannya.Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti
memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah,
objektif dan data yang nyata.Kaunselor juga mesti mengetahui perbezaan antara tawaran
perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan
kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan
disebarkan oleh media massa. Seterusnya berhubung dengan pekerjaan profesion,
kaunselor mesti menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat
diteruskan.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 6
4.0 KEPENTINGAN ETIKAEtika dalam bimbingan dan penasihatan merupakan garis panduan tatalaku
kepada ahli dalam menjalankan tugasnya dan mengambil tindakan sewajarnya .Selain itu
etika juga digunakan sebagai perlindungan kepada ahli daripada sebarang tindakan yang
boleh menyebabkan kemarahan orang awam (public condemnation) jika terdapat sesuatu
salah faham dalam pelaksanaan kerja. Ia juga menyediakan asas dalam mengawal
tingkahlaku supaya berada dalam dalam landasan yang betul dan tidak tersasar daripada
amalan sepatutnya. Ia juga penting untuk menjaga dan menghormati kedudukan guru
sebagai pembimbing dan penasihat kepada pelajar disamping memastikan kepercayaan
masyarakat terhadap profesion perguruan sentiasa dipelihara. Kewujudan etika ini juga
dapat meningkatkan keharmonian dalam diri guru bimbingan dan penasihatan kerana ia
menggariskan pandua praktis yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya
mereka melaksanakan tugas yang dilaksanakan dengan betul mereka akan terhindar dari
melakukan perkara yang bertentangan dengan etika. Ketidakpatuhan kepada etika akan
mengundang kepada pelbagai masalah. Etika juga memastikan matlamat profesion
terlaksana melalui garis panduan yang telah disediakan
5.0 LIMA PRINSIP ETIKAApabila kita melakukan proses menolong,sebenarnya kita telah berusaha untuk
meringankan beban yang sedang ditanggung oleh anak didik kita. Ketika kita melakukan
proses menolong, kita sangat dituntut untuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan
klien kita.
Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk
menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut
Kitchener(1984), terdapat lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan
secara beretika dalam melakukan proses menolong. Lima prinsip ini juga dinamakan
sebagai “golden five principles” iaitu :
1. AutonomiAutonomi membawa maksud kebebasan untuk membuat pilihan untuk diri
sendiri. Setiap dari kita berhak untuk membuat keputusan dan mempunyai
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 7
kebebasan untuk berfikir . sebagai tujuan untuk menolong, guru sepatutnya
memberi peluang kepada klien untuk membina keputusan mereka sendiri dengan
guru sebagai penggalak kepada pertumbuhan, perkembangan pelajar, minat dan
kebajikan pelajar. Elakkan daripada guru memberi peluang kepada pergantungan
pelajar kepada guru. Menurut Patterson dan Welfel(2000) autonomi seharusnya
melibatkan suatu keadaan yang mana individu itu berkemampuan untuk
memahami implikasi atau kesan daripada pilihan yang dibuat.
2. BeneficenceBeneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah.
Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan
perkembangan diri pelajar. Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang
diberikan kepada pelajar seharusnya berasaskan kepada kebajikan pelajar.
Seharusnya guru pembimbing mempunyai komitmen dan kemahiran yang tinggi
untuk membantu pelajar yang memerlukan.
3. NonmaleficenceNonmaleficence membawa maksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang
tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Guru sangat
dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu
yang boleh membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada pelajar. Guru
pembimbing juga dituntut untuk menjaga batasan dalam perhubungan, tidak
cuai, serta sentiasa berusaha untuk mengekalkan rasa hormat kepada pelajar di
samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri
(Patterson dan Welfel,2000).
4. JusticeJustice membawa pengertian iaitu keadilan kepada semua. Sebagai seorang guru
pembimbing, guru seharusnya memberi layanan yang sama rata kepada semua
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 8
pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan
merupakan asas kepada tahap kepercayaan pelajar kepada guru dalam membina
perhubungan yang baik.
5. FidelityFidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan untuk
menolong antara guru dengan pelajar dalam suatu sesi menolong. Kejujuran dan
keihklasan merupakan suatu tanggungjawab untuk memberi kepercayaan serta
membuat janji yang jujur terhadap pelajarnya(Corey,1998).jujur dan ikhlas amat
penting dalam proses membimbing dan memebrri nasihat. Fidelity juga
merangkumi kepatuhan guru terhadap sekolah, guru besar dan profesion
keguruan.
6.0 ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Etika bermaksud suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan. Setiap profesion
seperti perguruan, perbatan, undang-undang, perakaunan dan sebagainyamempunyai kod
etikanya yang tersendiri. Dalam bimbingan dan penasihatan, terdapat 16 etika sebagai
panduan untuk guru-guru menjalankan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan. Antara
etika-etika tersebut adalah seperti berikut :-
a. Guru tidak mengambil alih tugas Kaunselor
Guru bimbingan dan penasihatan tidak boleh mengendalikan kaunseling
tetapi mereka boleh menggunakan kemahiran kaunseling dalam urusan
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pembimbing dan penasihat perlu
menjalankan proses membimbing secara sistematik dan teratur beasaskan kepada
kemahiran kaunseling ( Kottler dan Kottler,2000).
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 9
b. Menjaga kerahsiaan
Kerahsiaan merupakan komponen penting dalam perhubungan menolong.
Ianya merupakan janji atau kontrak untuk menghormati privasi pelajar iaitu tidak
membocorkan atau memberitahu apa-apa maklumat yang berkaitan dengan
bimbingan yang dijalankan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Rahsia dan
maklumat pelajar hendaklah dipelihara oleh guru pembimbing bagi mendapatkan
kepercayaan pelajar (Salleh Lebar,1993). Oleh itu, Setiap maklumat yang
dikongsi bersama termasuk identiti pelajar hendaklah dirahsiakan kecuali perkara
yang menimbulkan kemudaratan serta kesan yang tidak baik.
c. Meneroka alternatif yang sesuai Di dalam melaksanakan bimbingan dan penasihatan, guru tidak boleh
memberitahu pelajar apa yang mereka perlu lakukan tetapi sebaliknya mereka
perlu membimbing pelajar ke arah meneroka potensi dan kebolehan mereka
( Kottler dan Kottler, 2000). Perkara ini penting untuk mengelakkan pergantungan
pelajar kepada guru. Oleh yang demikian, guru perlu mengiktiraf bahawa pelajar
juga mempunyai kuasa autonomi untuk memikirkan dan membuat keputusan
yang terbaik untuk diri mereka.
d. Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan dan batasan.
Adakalanya guru berhadapan dengan permasalahan yang rumit dan
kompleks. Oleh itu, guru perlu membuat rujukan kes-kes bimbingan yang tidak
dapat dikendalikannya. Masalah-masalah yang kompleks memerlukan kemhiran
bimbingan dan kaunseling yang khusus. Antara masalah tersebut adalah seperti
pelajar yang mengalami depresi, terlalu agresif, suka menentang pihak berkuasa,
vandalisme atau terlibat dalam kegiatan kumpulan liar dan penyalahgunaan
dadah. Sekiranya guru bimbingan dan penasihatan tidak membantu, adalah lebih
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 10
baik guru tersebut merujuk kepada individu yang lebih arif aau berkebolehan bagi
mengendalikan sesuatu permasalahan daripada terus cuba membantu tetapi tidak
mempunyai kebolehan atau pengetahuan ( Noraini, 2003 ).
e. Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh, adil dan saksama.
Guru hendaklah memberikan bantuan kepada semua pelajar dengan sebaik
mungkin. Ini bermakna bantuan bukan sahaja kepada pelajar yang berada di
bawah tangungannya secara langsung seperti guru tingkatan atau guru penasihat
persatuan (Myrick dan Zuraidah,2001). Oleh itu, walaupu tidak mengenali pelajar
tersebut, jika pelajar tersebut meminta bantuan, maka guru harus memberikan
bantuan dengan sebaik mungkin. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
lagi hubungan antara pelajar dengan guru-guru di sekolah tersebut.
f. Memahami dan menyedari bahawa setiap pelajar adalah unik dan berbeza.
Bimbingan dan pensihatan bagi setiap pelajar adaah berbeza dari segi
kebolehan, minat, bakat serta motivasi untuk belajar. Setiap orang memiliki
keistiewaan tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, guru
hendaklah memberikan tumpuan kepada perbezaan individu tersebut. Guru harus
memberikan tumpuan kepada kebolehan dan keupayaan setiap individu. Dengan
cara ini seseorang guru itu dapat membantu mengenali potensi diri masing-
masing( Fadzil dan Rasidah, 2002).
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 11
g. Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan.
Hubungan yang baik antara guru pembimbing dengan pelajar dapat
menjamin kelancaran proses penasihatan. Sikap guru yang dingin, tidak mesra
dan garang akan menyebabkan pelajar tudak mahu berkongsi masalah. Mungkin
mereka juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap aspek bimbingan dan
penasihatan serta guru pembimbing ( Noraini,2003). Oeh sebab itu, hubungan
yang baik mesti diwujudkan antara guru an semu pihak berkaitan seperti keluarga
pelajar, PIBG, polis, mahkamah dan pihak sekolh sendiri agar pelaksanaan dan
masalah dapat dikongsi dan ditanggung bersama untuk kebaikan pelajar.
h. Sentiasa meningkatkan kemahiran Interpersonal dan menambah pengetahuan serta kemahiran.
Setiap guru yang menjadi pembimbing perlu mempunyai kebolehan
semula jadi, latihan dan pengalaman luas untuk menjalankan tugas ini dengan
berkesan. Jadi, guru perlukan persediaan dalam bimbingan dan kemahiran
tertentu. Sesuatu ujian boleh dilakukan hanya apabila guru tersebut telah dilatih
dan cekap untu melaksanakannya ( Barki dan Mukhopadhyay, 2001). Selain itu,
pembimbing juga perlu memahami tentang tabii manusia dan kemahiran
komunikasi. Oleh yang demikian, guru pembimbing perlu melibatkan diri secara
berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau
perkembangan kerjayanya.
i. Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar.
Setiap guru adalah guru pembimbing. Oleh itu, guru perlu
bertanggungjawab membantu pelajar menghadapi masalah dalam aspek
perkembangan dan mendapatkan faedah dari persekolahan. Bimbingan juga
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 12
bertujuan menolong semua pelajar biasa, pelajar yang salah laras dan yang
berbakat.
j. Menerima pelajar tanpa syarat.
Seorang guru bimbingan perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk
menerima bantuan daripadanya. Walau bagaimanapun, jika permintaan tersebut
melebihi kemampuannya untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan,
guru perlu merujuk kepada pihak lain seperti kaunselor dan sebagainya.
k. Sentiasa fokus kepada isu dan penyelesaian pelajar tanpa mencampuradukkan aspek peribadi.
Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk membina diri dalam
aspek sosial, akademik, kerjaya dan personal atau peribadi. Setiap tindakan guru
perlulah memberi fokus kepada aspek-aspek ini dan bukan hanya sesetengah
aspek sahaja. Oleh itu guru haruslah menasihati dan membimbing pelajar supaya
tingkah laku mereka sentiasa menjurus ke jalan yang baik di samping
menitikberatkan dan memfokuskan kepada kehendak pelajar.
l. Bersifat terbuka dan tidak menghukum.Pelajar tidak boleh dipaksa berkongsi sesuatu maklumat atau menerima
sesuatu keputusan. Mereka juga tidak boleh dipaksa untuk berjumpa untuk berjumpa
atau mendapatkan nasihat. Suasana kerelaan dan kemesraanbhendaklah diwujudkan
pada setiap masa sesi bimbingan diadakan.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 13
m. Sentiasa ikhlas dan bersedia untuk membantu.
Guru hendaklah sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam melaksanakan
proses bimbingan dan penasihatan. Oleh itu, guru perlu mempamerkan ciri-ciri
kejujuran seperti tulus, ikhlas, tidak ragu-ragu terhadap pelajar ( Hill et al., 1999).
Guru juga harus bersedia untuk membantu pelajar. Seorang guru yang baik akan
bertanya kepada pelajar sama ada mereka bersedia untuk belajar dan guru juga
akan memastikan peljar tidak mempunyai masalah peribadi yang boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
n. Tidak meletakkan nilai peribadi kepada pelajar dalam penyelesaian masalah.
Nilai merupakan kepercayaan dan sikap yang dipegang oleh individu yang
memberi petunjuk kepada kahidupan seharian dalam usaha untuk memhami dunia
sekeliling ( Corey,1988). Guru hendaklah dapat membezakan antara nilai peribadi
mereka dengan nilai yang dimiliki oleh pelajar. Guru juga dinasihatkan supaya
melihat nilai yang ada pada diri mereka dan menilai sama ada ianya memberi
kesan dalam proses bimbingan dan penasihatan. Adalah sesuatu yang tidak
beretika sekiranya guru bertindak menerapkan unsur nilai yang ada dalam diri
mereka kepada pelajar.
o. Menjalankan tindakan susulan.
Setelah satu-satu kes diujuk kepada kaunselor, guru hendaklah
menjalankan tindakan susulan. Guru tidak boleh membiarkan kes itu dibiarkan
begitu sahaja. Tindakan susulan adalah penting bagi menjamin pelaksanaan
strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang timbul sekiranya strategi yang dicadangkan tidak
dapat dilaksanakan.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 14
p. Membuat penilaian.
Guru bimbingan dan penasihatan perlu meningkatkan perkembangan diri
dalam usaha memberikan bimbingan kepada pelajar (Kottler dan Kottler, 2000).
Guru hendaklah berusaha menambah pengetahuan dan kemahirannya. Antara cara
yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dan guru pembimbing ialah menghadiri
seminar, diskusi dan program pertukaran maklumat antara guru pembimbing di
seluruh Malaysia. Melalui penyeliaan dan kolaborasi dengan badan-badan tertentu
seperti IPTA dan pusat kaunseling dapat memberikan peluang kepada guru
pembimbing menambah pengetahuan dan memantapkan kemahiran ke tahap yang
lebih tinggi ( Cowie dan Pecherek, 1994).
7.0 ISU ETIKA
Menurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor
sebagai professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses
kaunseling , banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya
mendatangkan dilemma bagi kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam
usaha berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien , hak masyarakat, hak kebebasan,
kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan professional oleh
kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan proses kaunseling dan salah
praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan penduaan dan proses kaunseling serta
tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu mendapat persetujuan
termaklum daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling, keadilan dan kesetiaan,
perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta keselamatan subjek.
Menurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285),
berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor membuat
pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa berwaspada kepada tatasusila profesion,
namun ada isu – isu yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika
sahaja. Dalam keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 15
Suatu dilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan yang terselubung dalamnya
perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika yang agak bercanggah dan pincang.
Menurut Kichener, 1989 ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan kea
rah penerapan prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh
berpandukan penggunaan dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi; 2) tahap kritikan-
penilaian. Tahap intuisis berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada
penyataan apakah yang wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur
intuisi demikian mempunyai asas bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai
suatu keupayaan pengetahuan etika dan pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup
yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi dan
rasional tentang elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan saksama.
Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang menglibatkan
tindakan sama ada oleh kaunselor , klien atau pihak ketiga yang begitu abstrak.
8.0 KESIMPULAN
Perkhidmatan kaunseling seperti juga perkhidmatan professional yang lain mempunyai
etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu
garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak
kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya
klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika
kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 16
9.0 Bibliografi
Barki B.G, dan Mukhopadhyay, B.,(2001). Guidance and counseling : A manual. New
Delhi : Streling Publishers Sdn. Bhd.
Corey, G. Corey, M.S.dan Callanan (1988). Issues & Ethics in the helping professions.
California : Books/Cole Publishing Company.
Cowie. H. dan Pecherek, A. (1994). Counseling : Approaches and issues in education.
London : David Fulton Publishers.
Hill, C.E. dan o’brien,K.M.(1999). Helping skills.Houghton Mifflin : Washington
American Psychological Association.
Kottler, J. A., Kottler. E. (2000). Counseling skills for teachers. California : Corwin
Press, Inc.
Myrick, Robert D.(2001). Bimbingan dan kaunseling perkembangan : Pendektan yang
praktis. Terjemahan Zuraidah Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Noraini Ahmad (2003). Konsep dan amalan kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan
Publications and Distributors
Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah :Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan Kaunseling :
Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan dan
Penasihatan :Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 17
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad
Jazimin
Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009.Kemahiran
Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling : Etika
dan Perundangan Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.
10.0 Lampiran
TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 18