Download - ayatpasifdanaktif-130904035554-
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
AHLI KUMPULAN: Mohd Hamdan Bin Pallao
Herman Marius Ellif Mophilin
Jessyca Anak Ungat
Ragam Ayat
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Pembahagian Ayat Pasif
Secara umumnya:
Ayat pasif dengan
imbuhan kata kerja pasif.
Ayat pasif dengan kata
ganti nama diri pertama dan
kata ganti nama diri
kedua.
Ayat pasif dengan perkataan kena
yang hadir sebelum kata
kerja.
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
1. Ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter- .
Contohnya:
Subjek Kata kerja pasif
Oleh + frasa nama
keterangan
1. Barang itu
2. Sampah sarap
sudah diambil
dibakar
Oleh Hakim
oleh ibu
semalam.
petang tadi.
Kata kerja pasi di-, KSN oleh pada binaan
oleh + FN yang letaknya selepas kata
kerja boleh digugurkan tanpa
menjejaskan makna atau struktur ayat.
•Contohnya:•Barang itu sudah diambil Akim semalam.• Sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi
Sekiranya binaan olehh + FN
terletak jauh daripada kata
kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan.
•Barang itu sudah diambil semalam oleh Amir.•* Barang itu sudah diambil semalam Amir.
Demikian juga, untuk ayat pasif
dengan kata kerja ter-, KSN
oleh tidak boleh digugurkan.
•Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.•* Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya.
Ayat pasif di atas, semua bahagian oleh + FN boleh juga digugurkan.
Keadaan ini berlaku apabila subjeknya diberi
tekanan.
•Barang itu sudah diambil Malik semalam.•Barang itu sudah diambil semalam.
• Ayat pasif juga dibentuk dengan kata kerja mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an.
• Bahagian oleh + FN tidak diperlukan lagi. Contohnya:
Subjek Predikat
Mereka
Surat anaknya
kehujanan sepanjang hari.
belum berjawab.
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata
ganti nama diri kedua
• Kata ganti nama diri diletakan di hadapan kata kerja dasar. • Hal ini kerana kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua tidak bole menerima kata kerjadengan imbuhan pasif di- .
• Hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh / kata ringkas.
• Kata ganti diri yang penuh ialah, saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita.
• Bentuk kata yang ringkas seperti ku (aku), dan kau (engkau).
Subjek Frasa kerja pasif dengan ganti nama diri pertama / kedua.
keterangan
Kerja itu
Hutang itu
Tugas ini
Beban ini
sudah saya selesaikan
akan kau jelaskan
mesti kami pikul
akan kita tanggung
semalam.
sepenuhnya.
dengan sepenuhnya.
bersama- sama.
• Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti berikut:
- saya tendang bola itu.
(Ayat pasif susunan biasa)- Bola itu saya tendang.
• Kekeliruan selalu berlaku apabila ayat saya tendang bola itu dianggap sebagai ayat aktif, iaitu sama bola itu saya tendang.
• Cara membezakannya ialah melalui intonasi.
Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena.
• Ayat pasif ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasaryang tidak menerima awalan.
• Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan.
Contohnya:
Subjek Kena Kata kerja dasar Oleh + FN
A. Pencuri itu
B. Dia
C. Mereka
kena
kena
kena
tangkap
tipu
hasut
(oleh polis).
(oleh pemuda itu).
(oleh anasir luar).
Ayat aktif
Ayat Aktif- Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
- Contoh ayat aktif : 1. Saya menyaksikan kemalangan itu.
2. Dia mengelamun sepanjang hari.
Dalam ayat di atas, subjek yang diterangkan ialah saya dan dia, manakala kata kerjanya ialah menyaksikan dan mengelamun. Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
I. Ayat aktif transitif
II. Ayat aktif tak transitif
(a) Ayat aktif transitif
Merupakan ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Aktif Transitif
SubjekPredikat
Kata Kerja Transitif Objek
1. Pekerja mencuci bangunan.
2. Air hujan membasahi bajunya.
3. Taufan memusnahkan harta benda.
4. Anak ayam mencari ibunya.
Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya :
Dalam contoh di atas, objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif, manakala objek sipi objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.
Ayat Aktif
Ayat Aktif Transitif
SubjekPredikat
Kata Kerja Transitif
Objek tepat Objek sipi
1. Guru menghadiahi muridnya jam tangan.
2. Ibu menjahitkan adik baju kurung.
3. Abang membelikan emak beg tangan.
Ayat Aktif transitif
SubjekPredikat
Kata Kerja Transitif
Objek Frasa Sendi Nama
1. Guru menghadiahkan jam tangan kepada muridnya.
2. Ibu menjahit baju kurung untuk adik.
3. Abang membeli beg tangan untuk emak.
Ayat Aktif
Contoh di atas, objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keteranganManakala objek sipi yang asal pula menjadi objek tepat yang baharu.
(b) Ayat aktif tak transitif
- Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut.
- Ayat ini dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut :
I. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, iaitu sama ada hendak mengekalkannya ataupun hendak ditiadakan. Contoh :
1. Pekerja sedang berehat di bawah jambatan.
2. Pekerja sedang berehat.
II. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Mesti diikuti oleh pelegkap untuk maksud ayat yang sempurna. Contoh :
1. Bas itu menghala ke Timur.
2. Bas itu menghala.
Ayat (2) menunjukkan ayat tidak gramatis dan tidak sempurna maksudnya. Ini bermakna bahawa unsur keterangannya tidak boleh ditiadakan.
Ayat Aktif