1
Bab 1 : Pengenalan
1.1. Pengenalan
Perbankan wujud bagi memenuhi kehendak ekonomi masyarakat dan merupakan
kemunculan tamadun moden dalam pengurusan kewangan. Perbankan Islam secara
umumnya didefinisikan secara umumnya sebagai urusan perbankan yang bebas daripada
amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip muamalat Islam1. Fungsi utama sebuah
bank adalah untuk menghasilkan dana atau mengumpulkan wang yang tidak digunakan
daripada orang ramai dan wang tersebut kemudian digunakan sebagai pendahuluan kepada
orang ramai yang lain untuk menghasilkan keuntungan2.
Dana bank diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada modal penubuhan bank itu
sendiri, keuntungan hasil operasi perbankan, akaun pelaburan dan daripada akaun deposit
yang ditawarkan oleh bank. Akaun deposit merupakan bahagian terbesar dalam sumbangan
dana kepada bank, akaun deposit terdiri daripada akaun semasa, akaun simpanan, deposit
tetap, instrumen deposit boleh niaga dan perjanjian beli balik (REPOs)3.
Di samping itu dana bank digunakan untuk membuat pembiayaan projek, pembiayaan
perumahan, modal kerja dan lain-lain kepada masyarakat. Selain itu dana bank juga
1 Joni Tamkin Borhan. (2000). “Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangan”. Jurnal Usuluddin.
b.12. h.105. 2 Mohammad Muslehuddin. (1986). Urusan Bank dan Hukum Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, h.17. 3 Shamsudin Ismail. (2003). Pengurusan Bank Perdagangan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka. j.2. h.82-83.
2
digunakan dalam pelaburan saham, jaminan bank, kemudahan overdraf, pajakan dan
sebagainya.4
Sejak penubuhan institusi perbankan Islam pertama iaitu Bank Islam Malaysia Berhad pada
tahun 1983, sektor kewangan Islam di Malaysia terus berkembang dalam pelbagai bidang
seperti takaful, unit amanah, pasaran saham, pajak gadai, sukuk dan sebagainya5. Dalam
tempoh ini juga, sektor kewangan Islam telah berjaya mewujudkan pelbagia instrumen dan
produk yang dapat memenuhi keperluan masyarakat Malaysia amnya dan khususnya
masyarakat Islam dalam pelbagai kegiatan atau keperluan ekonomi6.
Hasil daripada inovasi dan peredaran zaman pelbagai produk beraneka jenis dan fungsi
telah dicipta mengikut arus perkembangan teknologi moden yang menjanjikan cara yang
mudah kepada pelanggan bagi menarik masyarakat melabur untuk meningkatkan kuasa
beli atau menyimpan kekayaan di bank, hasil daripada respon orang ramai melalui
langganan produk-produk yang ditawarkan oleh bank, maka bank akan berhasil
mendapatkan dana daripada masyarakat untuk meneruskan operasi bank di samping
memenuhi kehendak masyarakat.
Pada tahun 1997 Maybank telah menawarkan sebuah produk pelaburan baru, iaitu Akaun
Pelaburan Emas, diikuti oleh Public Bank pada tahun 2007, Kuwait Finance House pada
tahun 2010, Unite Overseas Bank / UOB dan CIMB Bank pada 2011. Akaun Pelaburan
4 Mustapa Muhamed. (1995). Sistem dan Institusi Kewangan Islam Malaysia. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
(M) Sdn.Bhd. h.17. 5 Mohd Yahya Mohd Hussin et. al. (2010). “Daya Saing dan Anjakan (shift) Dalam Jenis Kontrak
Pembiayaan Perbankan Islam”. Jurnal Syariah. j.18. b.1. h.124. 6 Mohd Yahya Mohd Hussin dan Joni Tamkin Borhan. (2009). “Analisis Perkembangan Pasaran Saham Islam
di Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.3. h.431-456.
3
Emas merupakan sebuah portfolio pelaburan melalui akaun simpanan. Pada masa ini,
pelaburan emas memperlihatkan perkembangan yang baik pada setiap tahun, hal ini dapat
dilihat dengan graf peredaran harga emas dunia pada graf 1. Di mana dilihat harga emas
semakin meningkat naik, oleh yang demikian institusi-institusi perbankan tertarik untuk
menawarkan produk mengenai pelaburan emas, oleh hal yang demikian pengkaji akan
membincangkan mengenai Akaun Pelaburan Emas di dalam kajian ini.
Graf 1.1 : Kenaikan Harga Emas Dunia
Sumber : Gold Price (17 januari 2012)
1.2. Latar Belakang Kajian
Pelaburan merupakan aktiviti menjana pendapatan. Di malaysia terdapat pelbagai
instrumen pelaburan, antaranya pelaburan fizikal seperti hartanah, bangunan, emas dan
sebagainya, manakala pelaburan kewangan terdiri daripada simpanan biasa, deposit tetap,
bon, saham, pasaran hadapan dan pertukaran wang (forex).
4
Di Malaysia, pelaburan hartanah, saham, bon, pasaran hadapan, forex telah lama
dibincangkan menurut perspektif Islam atau konvensional. Tetapi kebelakangan ini,
pelaburan emas telah menjadi perbualan yang semakin rancak dibincangkan oleh
masyarakat Malaysia, ramai pelabur mula melabur dalam portfolio emas, ini kerana harga
emas dilihat meningkat naik sejak 20 tahun kebelakangan ini7, peningkatan harga emas
berlaku walaupun mata wang dunia mengalami inflas. Ini membawa erti emas mampu
menyimpan nilai yang menjadikannya terlindung daripada kesan inflasi terhadap pasaran
kewangan8.
Dewasa ini, di Malaysia terdapat 2 kaedah dalam portfolio pelaburan emas, iaitu secara
fizikal dan secara bukan fizikal, pelaburan emas fizikal boleh dibahagikan kepada 3
kategori iaitu, syiling emas, jongkong emas dan barangan kemas.
Pelaburan menggunakan barangan kemas adalah tidak begitu sesuai, ini kerana perbezaan
harga jualan dan belian barang kemas adalah sangat tinggi iaitu antara 13% - 25%9.
Manakala emas dalam bentuk jongkong dan syiling yang dikeluarkan oleh bank-bank atau
syarikat-syarikat tertentu adalah sangat sesuai untuk dijadikan bahan pelaburan. Ini kerana
emas jongkong atau syiling mempunyai ketulenan yang tinggi dan di manapun ia dijual,
nilainya tetap sama iaitu mengikut nilai semasa emas dunia. Selain itu ia juga mempunyai
perbezaan harga belian dan jualan yang rendah iaitu antara 5% - 6%10
. Antara bank-bank
dan syarikat di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas secara fizikal adalah, Maybank,
7Gold Price, http://www.goldprice.org/gold-price-history.html#20_year_gold_price ( 17/1/2012) 8 Greg Tkacz. (2007). “Gold Prices and Inflation”. Bank of Canada Working Paper. h.12 9 Louis Ng. (2009). “Public Gold : Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal”. Prosiding Seminar Antarabangsa
Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Bangi : Selangor. h.182 10 Ibid.
5
UOB Bank, Public Dinar, Kedai Emas Poh Kong, IGDExchange Sdn Bhd, Public Fine
Gold International Sdn Bhd dan sebagainya.
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh
membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun pelaburan emas di institusi
perbankan yang menawarkannya. Akaun pelaburan emas membolehkan pelanggan
membeli dan melabur emas dengan cara yang mudah dan selamat, tanpa perlu menyimpan
emas secara fizikal11
dengan emas akan disimpan oleh pihak bank. Buku akaun atau
penyata akaun akan diberikan kepada pelabur sebagai pemilik emas, dan setiap pesanan
belian atau jualan akan direkodkan ke dalam buku akaun tersebut12
. Pelabur akan
mendapat pulangan apabila membeli emas pada harga yang rendah dan menjual semula
emas pada harga yang tinggi. Setakat awal 2012 terdapat 5 bank yang menawarkan
kemudahan akaun pelaburan emas iaitu iaitu Public Bank13
- Gold Investment Account
(GIA), Maybank14
- Gold Saving Passbook Account (GSPA), KFHMB15
- Gold Account-I,
UOB16
- Premier Gold Account (PGA) dan Gold Savings Account (GSA) dan CIMB17
-
Gold Deposit Account (GDA).
1.3. Masalah Kajian
Penggantian sistem urusan bank dan kewangan yang berasaskan kepada riba, kepada sistem
yang berasaskan perkongsian untung dan rugi (sistem perbankan Islam) tidak sahaja
menggantikannya dari sudut tektikal, tetapi mesti menggunakan mekanisma-mekanisma
11 Kuwait Finance house Malaysia Berhad, http://www.kfhonline.com.my/ ( 16/6/2011) 12
Public Bank, http://www.pbebank.com/ ( 16/6/2011) 13Public Bank, www.pbank.com.my (16/6/2011) 14 Maybank, www.maybank2u.com.my (16/6/2011) 15 Kuwait Finance House Malaysia Berhad, www.kfh.com.my (16/6/2011) 16 United Overseas Bank, www.oub.com.my (16/6/2011) 17 CIMB, www.cimb.com.my (16/6/2011)
6
peerlaksanaan dan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan syariah dan masyarakat
Islam18
.
Di awal kajian ini akan memberi tumpuan kepada mengkaji prinsip asas dan konsep syariah
yang digunakan dalam penawaran produk akaun pelaburan emas oleh KFHMB. Ini kerana,
seperti mana dimaklumi setiap produk perbankan atau pasaran modal yang ditawarkan
mempunyai teori pendasar iaitu prinsip asas dan konsep syariah tertentu untuk
membolehkan ia dilaksanakan mengikut perspektif ekonomi Islam. Sebagai contohnya,
produk pembiayaan perumahan boleh menggunakan konsep musharakah mutanaqisah atau
baic bithamal ajil atau murabah atau istisna’. Di KFHMB bagi penawaran produk akaun
pelaburan emas, pihak KFHMB menggunakan akad al-sarf dan al-qard untuk menjalankan
operasi penawaran akaun pelaburan emas. Oleh itu kajian ini akan mengkaji mengenai teori
pelaburan emas yang merangkumi pelaburan dan teori transaksi emas menurut perspektif
ekonomi Islam.
Kajian ini seterusnya akan cuba merungkai persoalan tentang bagaimana institusi
perbankan di Malaysia yang terlibat iaitu KFHMB melaksanakan operasi produk akaun
pelaburan emas. Hal ini adalah untuk mengenal pasti samada perlaksanaan produk ini
bertepatan atau tidak dengan konsep syariah atau ekonomi Islam. Ini kerana walaupun
produk yang diisytiharkan patuh syariah, tetapi jika wujud isu-isu yang berlawanan dengan
prinsip syariah atau tidak memenuhi kriteria konsep syariah yang didasari, maka produk
tersebut perlu diperbaiki.
18 Joni Tamkin Borhan. (2000). op. cit., h.109.
7
Pemerhatian dan pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa ke atas amal ibadah
dan tatacara muamalat kita bagi memastikan bahawa segala perbuatan yang dilakukan oleh
insan itu tidak tersimpang jauh dari landasan agama serta untuk mengembangkan
penyelesaian masalah mengikut peredaran zaman dengan berpaksikan sumber yang kukuh
bagi mengharmonikan prinsip Islam yang sesuai sepanjang zaman.
Selain itu, antara masalah yang membuatkan kajian ini perlu dilaksanakan atau isu-isu yang
dikenalpasti dalam perlaksanaan akaun pelaburan emas adalah berkaitan dengan kewujudan
emas fizikal diragui kerana transaksi urusniaga yang dilakukan hanya dicatatkan dalam
buku akaun, jika emas tersebut tidak wujud, jual beli ini tergolong dalam baic al-ma
cdum
19
yang dilarang oleh syara’.
Seterusnya penggunaan konsep al-sarf dan al-qard di dalam produk akaun pelaburan emas
oleh KFHMB membawa kepada persoalan bagaimana 2 kontrak boleh dilakukan di dalam 1
produk pelaburan, tidakkah hal ini membawa kepada timbulnya persoalan 2 kontrak di
alam 1 akad yang dilarang oleh syara’20
.
Selain itu, masih berkaitan dengan penggunaan konsep al-sarf dan al-qard, di mana isu
yang timbul ialah simpanan emas, jika disyaratkan emas disimpan oleh bank maka pelabur
tidak mempunyai hak penuh ke atas pemilikan emas sekaligus pindahan milik sempurna
kepada pembeli tidak berlaku. Hal ini merosakkan akad jual beli kerana barangan tidak
19 Baic al-macdum ialah jual beli ke atas barang yang tidak ada atau yang mungkin tidak ada. Imam-imam mazhab yang empat bersependapat mengatakan hukum jual beli ini adalah terbatal. Lihat : Wahbah al-
Zuhayli. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuh . Damsyiq : Dar Fikr. j.4. h.427 20 Al-Nasaci. (2001). Sunan al-Kubra. Beirut : Muacssasah al-Risalah. j.6. h.66. no.6181
8
berpindah sepenuhnya kepada pembeli daripada penjual dan dikhuatiri juga transaksi ini
tergolong dalam jual beli bersyarat21
yang dilarang oleh syara’.
Oleh itu, kajian berkaitan dengan akaun pelaburan emas ini perlu dilakukan dari semasa ke
semasa bagi memastikan sejauh manakah pengaplikasiannya bertetapan dan bersesuaian
dengan kehendak shariah memandangkan portfolio pelaburan emas sentiasa berkembang
dan berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.
1.4. Objektif Kajian
1. Menjelaskan transaksi berkaitan pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam.
2. Mengkaji perlaksanaan akaun pelaburan emas di KFHMB.
3. Menganalisis keabsahan akaun pelaburan emas yang dilaksanakan oleh KFHMB
menurut perspektif ekonomi Islam.
1.5. Skop Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti konsep atau teori yang digunakan
dalam perlaksanaan akaun pelaburan emas serta permasalahan-permasalahan yang
berhubung kait dengan pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam. Seterusnya skop
kajian hanya akan melihat kepada modus operandi22
bagaimana akaun pelaburan emas
dilaksanakan dalam amalan institusi perbankan di Malaysia bagi mengenal pasti keabsahan
konsep syariah yang diguna pakai dalam produk akaun pelaburan emas. Hal ini
21 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.461 22 Modus Operandi bermaksud cara atau prosuder dan sebagainya untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu.
Sila lihat: Kamus Dewan. (2000). Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. edisi.3. c.5. h. 895.
9
merangkumi perihal kontrak syariah yang diguna pakai, pembukaan akaun pelaburan emas,
pembelian emas, penjualan emas dan penutupan akaun pelaburan emas.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada aplikasi perlaksanaan akaun perlaburan emas di
Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB), ini kerana hanya KFHMB sahaja
menawarkan produk akaun pelaburan emas berasaskan prinsip syariah berbanding 4 buah
bank yang lain.
1.6. Sorotan Literatur
Kajian lepas adalah sangat penting bagi tujuan rujukan berkaitan kajian yang dilakukan, ia
bertujuan mengelakkan berlakunya pengulangan kajian yang sama serta memberi pengkaji
idea-idea yang baru untuk dikemukakan. Selain itu kajian lepas juga penting untuk menjadi
titik tolak kepada perkembangan sesuatu kajian dengan melakukan penambahbaikan atau
penghuraian yang lebih jelas bagi menjadikan kajian tersebut lebih bermutu.
1.6.1. Kajian Berkaitan Pelaburan
Prinsip mudarabah merupakan salah satu prinsip yang digunakan oleh bank-bank dalam
mengeluarkan produk-produk pelaburan yang berasaskan syariah. Nurul Huda Binti
Yahaya23
membincangkan mengenai perlaksanaan prinsip mudarabah di dalam Akaun
Pelaburan Am al-Mudharabah di Bank Pertanian Malaysia, beliau menjelaskan secara
terperinci definisi, objektif, keistimewaan skim tersebut dan perlaksanaan operasi produk
23 Nurul Huda Binti Yahaya @ Yahuza. (2001). “Perlaksanaan Prinsip Mudharabah di Dalam Akaun
Pelaburan Am Al-Mudharabah : Kajian Kes di Bank Pertanian Malaysia”. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana
Muda, Jabatan Syariah dan Ekonomi , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
10
Akaun Pelaburaban Am al-Mudharabah ini yang merangkumi pembukaan akaun, deposit,
pembahagiaan keuntungan dan pengeluaran keuntungan. Selain itu di dalam kajian beliau
juga, beliau mengemukakan prinsip-prinsip mudarabah yang meliputi sejarah, rukun,
syarat serta jenis mudarabah yang digariskan di dalam sistem kewangan Islam. Hasil
daripada kajian ini, prinsip syariah yang digunakan oleh Bank Pertanian Malaysia dalam
akaun Pelaburan Am al-Mudharabah ini ialah prinsip mudarabah mushtarikah, iaitu
gabungan konsep mudarabah dengan musyarakah.
Manakala Noprizal Bin Muhammad Yunus24
pula membincangkan mengenai kriteria
pelaburan Bank Syariah di Bank Negara Indonesia (BNI), di dalam kajiannya, beliau
memulakan kajian dengan menjelaskan mengenai definisi dan hakikat pelaburan, iaitu
merangkumi pelaburan jangka pendek dan pelaburan jangka panjang serta kedudukan
pelaburan dalam perbankan syariah. Selepas itu beliau menerangkan mengenai konsep
mudarabah menurut hukum Islam yang merangkumi definisi, jenis rukun, keuntungan dan
sebagainya. Kemudian kajian beliau disusuli pula dengan perbincangan mengenai aplikasi
mudarabah di BNI syariah yang meliputi perlaksanaan operasi pelaburan dan tatacara
pemberian imbalan perkongsian keuntungan. Akhir sekali kajian beliau menjelaskan
mengenai aspek hukum terhadap perkongsian keuntungan di BNI syariah, peluang dan
cabaran sistem mudarabah serta ancaman dan rintangan Bank Syariah di era globalisasi.
24 Noprizal Bin Muhammad Yunus. (2006). “ Kriteria Pelaburan Bank Syariah : Aplikasi Mudharabah Pada
Bank Negara Indonesia”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur).
11
Fauzi Kado25
telah membincangkan mengenai skim pelaburan al- mudarabah di Islamic
Bank of Thailand. Di dalam kajian beliau, beliau menjelaskan mengenai akad mudarabah
di dalam Islam yang merangkumi definisi, rukun dan syarat serta perlaksanaan sistem
kewangan Islam. Beliau juga menerangkan mengenai perlaksanaan skim pelaburan
mudarabah di Islamic Bank of Thailand (ISBT) yang merangkumi definisi Akaun
Pelaburan al-Mudharabah, operasi perlaksanaannya iaitu cirri-ciri asas, syarat, pembukaan
akaun dan keuntungan. Seterusnya di dalam kajian beliau, beliau menganalisis produk-
produk mudarabah di ISBT iaitu membawa kepada analisis pertumbuhan deposit pelaburan
yang diaplikasikan oleh ISBT di dalam pelaburan am dan pelaburan khas. Beliau juga
menganalisis perlaksanaan mudarabah di ISBT berkaitan pembatalan kontrak,
perlaksanaan mudarabah al-mushtarikah serta jaminan modal. Selain itu beliau juga
membuat analisis mengenai modal pelaburan dalam akaun mudarabah al-mushtarikah dan
pelaburan am di ISBT, tidak ketinggalan juga beliau membincangkan permasalahan yang
dihadapi dalam perlaksanaan skim pelaburan mudarabah di ISBT. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan bahawa instrumen mudarabah yang diaplikasikan di ISBT adalah patuh
syariah.
Fatimah Binti Abdul Majid26
membincangkan mengenai perlaksanaan instrumen pelaburan
Islam di Islamic Bank of Thailand (ISBT). Di dalam bab yang pertama beliau menjelaskan
konsep pelaburan menurut perspektif konvensional dan ekonomi islam, kemudian beliau
menyusunkan sejarah kepada tertubuhnya institusi kewangan Islam di Thailand dan ISBT
serta konsep dan operasi ISBT. Perkara pokok yang dibincangkan di dalam kajian beliau
25 Fauzi Kado. (2009). “Analisis Skim Pelaburan Al-Mudharabah di Islamic Bank of Thailand”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 26 Fatimah Binti Abdul Majid. (2010). “Perlaksanaan Instrumen Pelaburan Islam di Islamic Bank of Thailand
(ISBT)”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur)
12
ialah aplikasi prinsip syariah yang berada di dalam bab ketiga dan empat iaitu prinsip
syariah sebagai instrumen pelaburan di ISBT seperti al-wadiah, al-mudarabah, baic al-
cinah dan sebagainya. Dan akhir sekali, beliau menganalisis perlaksanaan instrumen
pelaburan Islam di ISBT yang meliputi prestasi, kesan dan masalah yang dihadapi oleh
ISBT. Hasil daripada kajian beliau, ISBT Berjaya mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah
sebagai instrumen pelaburannya.
Muhammad Yamin Ismail27
membincangkan mengenai skim pelaburan SwissCash yang
dikendalikan oleh Syarikat SwissCash Mutual Fund. Di dalam skim ini, pelaburan ini
menawarkan pulangan keuntungan sehingga 300% dalam masa 450 hari atau 15 bulan.
Aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh syarikat ini adalah seperti projek pembangunan,
hedging, ekuiti, tukaran asing, perniagaan komoditi dan sebagainya. Menurut beliau,
pelaburan SwishCash ini adalah haram kerana ia menjanjikan pulangan keuntungan secara
tetap, perjanjian pulangan keuntungan inilah yang membawa kepada unsur riba seperti
pinjaman dengan faaedah yang disyaratkan atau aqad mudarabah yang rosak syarat-
syaratnya. Menurut pandangan ulama’, kontrak pelaburan mudarabah yang menjamin
keuntungan adalah tidak sah dari segi syariah. Selain itu di dalam pelaburan tukaran wang
asing pula ia berlawanan dengan prinsip qabd dalam transaksi matawang di dalam Islam
iaitu penyerahan mestilah secarai langsung, manakala transaksi matawang secara tangguh
yang dijalankan oleh syarikat ini akan menyebabkan berlakunya riba nasicah.
27 Muhammad Yamin Ismail. (2008). “Hukum Pelaburan ke Atas Syarikat SwissCash Mutual Fund”. Jurnal
Muamalat, bil.1. h.9.
13
Selain itu Muhammad Yamin Ismail28
juga membincangkan mengenai Investment-link
menurut hukum Islam. Investment-link ialah satu produk yang menggabungkan pogram
pelaburan dan caruman insurans nyawa. Di Malaysia antara syarikat yang menawarkan
produk ini adalah Takaful Malaysia Berhad dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.
Bagi produk yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia, tiada permasalahan yang timbul
kerana pelaburan dan insurans adalah berlandaskan syariah. Akan tetapi bagi syarikat Great
Eastern, terdapat permasalahan dari segi syariah di dalam produk ini, iaitu polisi insurans
yang ditawarkan adalah polisi insurans konvensional dan skim pelaburan yang ditawarkan
pula adalah pelaburan saham amanah Islam, maka di sini terdapat percampuran antara skim
syariah dan konvensional. Oleh itu, menurut muzakarah fatwa kebangsaan kali ke-76,
produk investment-link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang
menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah Islam adalah tidak
menepati syariah dan perlu dielakkan.
Asyraf Wajdi Dusuki29
membincangkan mengenai Islamic Real Estate Investment Trusts
(I-REITs) iaitu pelaburan hartanah Islam di Malaysia. Portfolio pelaburan I-REITs ini
mengendalikan pelaburan hartanah seperti hartanah kediaman, komersial, runcit,
kemudahan penyimpanan, gudang dan tempat letak kereta. I-REITs berbeza daripada dana
harta konvensional kerana I-REITs perlu mematuhi garis panduan pelaburan Islam dan
prinsip-prinsip Syariah. Oleh itu, ia menyediakan peluang pelaburan baru bagi pelabur yang
ingin melabur dalam hartanah melalui instrumen pasaran modal patuh Syariah. selain itu,
kajian ini juga membincangkan mengenai dan prospek REITs Islam di Malaysia di mana
28 Muhammad Yamin Ismail. (2008). “Investment-link Menurut Hukum Islam” . Jurnal Muamalat. bil.1.h.65. 29 Asyraf Wajdi Dusuki. (2010), “Practice and Prospect of Islamic Real Estate Investment Trusts (I-REITs) in
Malaysian Capital Market”. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, vol.6, no.2. p.25-40.
14
instrumen ini mempunyai kelebihan tersendiri dan nilai tambah yang akan menjadikan ia
medium pilihan dalam memenuhi keperluan dan tuntutan tertentu di dalam pelaburan.
Anas Elmelki dan Mounira Ben Arab30
membincangkan mengenai etika pelaburan dan
tanggungjawab sosial perbankan Islam, di mana etika pelaburan atau etika perniagaan
merupakan isu penting dalam bidang kewangan kerana pelaburan itu bukan hanya untuk
mendapatkan keuntungan tetapi tujuannya juga haruslah untuk memenuhi kewajipan moral
atau tanggugjawab sosial kepada masyarakat. Di mana perbankan Islam atau sistem
kewangan Islam ditubuhkan untuk menghapuskan eksploitasi dalam urus niaga dan
memberi keadilan kepada masyarakat, matlamat ini boleh dicapai dengan larangan
berurusan daripada sumber-sumber haram dan larangan berurusan dengan aktiviti yang
mengandungi risiko yang keterlaluan atau spekulasi.
Imran Tahir dan Mark Brimble31
mengkaji mengenai tingkah laku atau gelagat pelabur
Islam, hasil kajian ini mendapati agama Islam mempengaruhi tingkah laku pelabur, tetapi
tahap pengaruhan itu bergantung kepada tahap keimanan seseorang muslim tersebut.
1.6.2. Kajian Berkaitan Emas
Di dalam kajian berkaitan dengan pelaburan emas, Mohd Aidid Bin Md Said32
membincangkan mengenai emas sebagai alternatif pelaburan, di dalam kajian beliau, iaitu
30 Anas Elmelki dan Mounira Ben Arab. (2009). “Ethical Investment and the Social Responsibilities of the
Islamic Banks”. International Business Research. vol.2, no. 2. p.123-130. 31 Imran Tahir dan Mark Brimble. (2011). “Islamic Investment Behavior”. International Journal of Islamic
and Middle Eastern Finance and Management. vol. 4, no.2, p.116-130.
15
mengenai syiling kijang emas di SMI-Q Resource Sdn Bhd, beliau membincangkan jenis-
jenis instrumen pelaburan yang ada seperti sijil simpanan emas dan syiling kijang emas.
Kemudian beliau mengulas mengenai operasi pelaburan syiling kijang emas serta prestasi
syiling kijang emas sebagai instrumen pelaburan di syarikat SMI- Q Resourse Sdn Bhd.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaburan emas merupakan satu alternatif pelaburan
yang terbaik dan mempunyai prospek yang cerah dan luas.
Manakala Salmy Edawati Yaacob33
juga membincangkan mengenai dinar emas di dalam
kajiannya, beliau membincangkan mengenai dinar emas di dalam syariat Islam seperti
periwayatan dinar di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan kedudukan dinar di dalam Islam.
Di dalam kajian beliau juga membincangkan mengenai wang kertas dan riba, iaitu kaitan
riba yang terdapat di dalam wang kertas serta perbandingan wang kertas dengan dinar
emas. Beliau juga membincangkan mengenai perlaksanaan dinar emas di Malaysia iaitu
sijil simpanan emas sebagai mata wang beredar seperti E-dinar, E-gold, E-Qirad dan gold
money. Selain itu dinar juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran iaitu dalam jual beli,
bayaran gaji, pembayaran zakat dan mas kawin. Tidak ketinggalan juga, beliau
membincangkan dinar sebagai pelaburan, iaitu kajian mengenai sistem pelaburan yang
menggunakan dinar emas yang telah dibangunkan oleh IGDExchange Sdn Bhd iaitu anak
syarikat Islamic Mint yang berlandaskan prinsip mudarabah.
32 Mohd Aidid Bin Md Said. (2007). “Emas sebagai Satu Alternatif Pelaburan : Kajian Terhadap Syiling Kijang Emas di SMI-Q Resources Sdn Bhd”. (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan
Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 33 Salmy Edawati Yaacob. (2009). Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
16
Mat Noor Mat zain34
membincangkan mengenai jual beli barang kemas daripada emas dan
perak menurut pendapat Ibn Taymiyyah. Dalam perbincangannya, beliau membahaskan
mengenai kedudukan barang kemas samada ia berada dalam golongan kepingan emas
mutlak atau barang dagangan setelah ia ditempa. Selain itu perbincangan ini juga
menyentuh mengenai jual beli barang kemas dengan emas dengan adanya lebihan, jual beli
barang kemas dengan emas secara tangguhan dan jual beli barang kemas dengan wang
kertas. Hasilnya barang kemas dibolehkan jual beli dengan emas dengan adanya lebihan,
dengan emas secara tangguhan dan dengan wang kertas atas hujah barang kemas
merupakan barangan dagangan atau barangan jualan selepas ia ditempa, ia bukan lagi emas
mutlak yang terikat dengan larangan daripada hadis Nabi s.a.w, ini bermakna barang kemas
telah berpindah sifat daripada barangan ribawi kepada bukan ribawi.
Syukor bin Hashim35
pula membincangkan mengenai cara untuk membuat pelaburan emas
di Malaysia, dalam perbincangannya, beliau menjelaskan mengenai dua cara pelaburan
emas di Malaysia iaitu melalui pelaburan emas secara fizikal dan pelaburan emas dengan
membuka akaun simpanan emas. Pelaburan emas secara fizikal dibahagikan kepada tiga
ketogeri iaitu syiling emas, jongkong emas dan barangan kemas. Manakala pelaburan emas
melalui akaun pelaburan emas pula adalah dengan membuka akaun simpanan emas di
bank-bank yang menawarkan produk ini, di mana pelabur tidak mendapat emas fizikal,
sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
34 Mat Noor Mat Zain. (2009). “Jual Beli Barangan Kemas daripada Emas dan Perak: Reaksi Terhadap Pandangan Ibn Taymiyyah”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang
Dinar. Selangor : Bangi. 35 Syukor Hashim. (2009). “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. Prosiding Seminar Antarabangsa
Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Selangor : Bangi.
17
Louis Ng36
pula membincangkan mengenai kelebihan pelaburan emas, beliau menyatakan
simpanan emas fizikal atau pelaburan melalui pembelian emas fizikal mempunyai banyak
kelebihan dan kebaikan, antaranya adalah emas merupakan penyimpan kekayaan yang
unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Emas mempunyai nilai
yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka
masa panjang. Selain itu, emas fizikal juga boleh dijadikan sebagai mas kahwin, hadiah,
pembayaran zakat dan juga berfungsi sebagai medium yang sah dalam pertukaran jual beli.
Mohamed Fairooz37
membincangkan mengenai isu-isu semasa riba dalam jual beli emas
dan perak, beliau memulakan perbahasannya mengenai akad al-sarf sebagai pendasar jual
beli emas dan perak dan diikuti dengan isu-isu yang membawa kepada riba, iaitu isu qabd,
hurriyah al-tasarruf dan baic
al-macdum dalam jual beli emas yang membawa kepada riba
al-nasa’, riba al-fadl dan riba al-nasicah.
Saat Sukami38
membincangkan mengenai kaedah, pendekatan dan strategi pelaburan emas
di Malaysia, dalam awal penulisannya, beliau membahaskan mengenai kegunaan dan
kelebihan emas, iaitu dari segi penggunaan dalam industri dan dalam pelaburan. Selain itu
beliau juga turut membincangkan bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia, pembekal-
pembekal pelaburan emas di Malaysia, perancangan sebelum melabur, risiko pelaburan
emas, stategi pelaburan emas serta pengiraan zakat emas.
36 Louis Ng. (2009). “Public Gold : Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Selangor : Bangi. 37 Mohamed Fairooz. (2011). “Isu-Isu Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak”. Konvensyen Kewangan Islam
2011 : Selangor. 38 Saat Sukami. (2011). Pelaburan Emas : Kaedah, Pendekatan dan Strategi. Selangor : PTS Professional.
18
Forrest Capie, Terence C. Mills dan Geoffrey Wood39
pula membincangkan bahawa emas
berfungsi sebagai lindung nilai terhadap pertukaran matawang asing terhadap Dollar, walau
bagaimanapun lindung nilai ini juga bergantung kepada keadaan politik negara dan
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Emas menjadi pelindung nilai kerana ia adalah
bersifat hemogen yang mana ia mudah diniagakan dalam pasaran.
Pradeep Dubey, John Geanakoplos dan Martin Shubik40
membincangkan mengenai
kesesuaian emas sebagai alat penyimpan nilai dengan membandingkan emas dengan
tembakau untuk dijadikan sebagai wang komoditi yang sesuai. Hasil daripada kajiannya,
emas adalah tidak sesuai dijadikan wang komoditi atau alat penyimpan nilai, ini kerana
emas bersifat sebagai penyimpan dan penggunaan, yang mana kebiasaanya masyarakat
akan menyimpan emas, oleh itu aktiviti menyimpan emas ini akan menyebabkan
berlakunya pengurang penggunaanya dalam pasaran. Selain itu, emas juga tidak sesuai
dijadikan sebagai wang kerana ia tidak mudah cair dalam pasaran jual beli.
G. D. I. Barr dan J.F Affleck-Graves41
membincangkan mengenai pelaburan emas bullion
(syiling) atau fizikal dengan pelaburan saham emas, dalam kajian ini, mereka melihat
kepada gelagat pelabur Amerika Syarikat dalam memilih pelaburan yang lebih mendapat
sambutan. Hasil daripada kajian ini mendapati pelaburan saham emas adalah lebih baik
berbanding pelaburan dalam bentuk bullion atau fizikal. Ini kerana pulangan bagi saham
39
Forrest Capie, Terence C. Mills dan Geoffrey Wood. (2005). “Gold as a Hedge Against the Dollar” Journal
of International Financial Markets, Institutions and Money. j.15. h.343-352 40 Pradeep Dubey, John Geanakoplos dan Martin Shubik. (2003). “Is Gold an Efficient Store of Value?”.
Journal of Economic Theory. vol.21. no.4. h.767-782. 41 G. D. I. Barr, J.F Affleck-Graves. (1985). “Gold Share or Gold Bullion – Which is The Better
Investment?“. Journal of Managerial and Decision economic. vol.6. no.4. h.241-245.
19
emas adalah lebih tinggi daripada emas fizikal dan risiko pelaburan saham emas juga
kurang berbanding dengan pelaburan syiling emas (bullion).
Dirk G. Baur dan Thomas K. McDermott42
membincangkan mengenai peranan emas dalam
sistem kewangan dunia. Mereka menganalisis data keupayaan emas sebagai pelindung nilai
terhadap pasaran saham di Eropah dan Asia. Hasil daripada kajian mereka, emas adalah alat
pelindung nilai yang paling selamat terhadap pasaran saham, yang mana emas berfungsi
sebagai alat menstabilkan sistem kewangan dengan mengurangkan kerugian apabila
menghadapai situasi krisis ekonomi.
Dirk G. Baur dan Brain M. Lucey43
membincangkan mengenai emas sebagai pelindung
nilai yang selamat. Mereka mengkaji hubungan antara pulangan saham, bon dan pulangan
emas untuk membuktikan emas sebagai pelindung nilai yang selamat. Hasil daripada kajian
mereka, emas merupakan pelindung nilai yang selamat bagi jangka masa pendek sahaja,
yang mana purata pemegang emas mendapat pulangan yang positif apabila pasaran saham
mengalamai kejatuhan atau krisis dan pulangan emas mungkin menjadi negatif apabila
keadaan pasaran menjadi stabil.
James Ross McCown dan John R. Zimmerman44
mengkaji mengenai prestasi pelaburan
logam berharga, mereka mendapati emas dan perak mampu menjadi portfolio pelaburan
yang setanding dengan portfolio pelaburan yang lain. Hal ini kerana pulangan emas adalah
42
Dirk G. Baur dan Thomas K. McDermott. (2010). “Is gold a safe haven? International evidence”. Journal
of Banking and Finance 34. h.1886-1898. 43
Dirk G. Baur dan Brian .M. Lucey. (2010). “Is gold a hedge or a safe haven? An analysis of stocks, bonds
and gold” Financial Review 45. h.217-229. 44 James Ross McCown dan John R. Zimmerman. (2006). “Is Gold a Zero-Beta Asset? Analysis of the
Investment Potential of Precious Metals”, Working Paper Series. Available at SSRN:
http://ssrn.com/abstract=920496. (Dilayari pada 14/7/2011)
20
konsisten daripada tahun 1970 sehinggalah 2003, dan pulangan tersebut melebihi pulangan
bil perbendaharaan, emas juga tidak mempunyai risiko yang sistematik kepada pelabur
portfolio tersebut iaitu risiko terhadap kejatuhan nilai emas sangat kurang. Selain daripada
itu, emas juga mempunyai keupayaan yang kuat untuk melindung nilai daripada risiko
inflasi, oleh itu emas boleh menjadi satu portfolio pelaburan yang baik.
Virginie Coudert dan Helena Raymond-Feingold45
mengkaji peranan emas sebagai tempat
pelaburan yang selamat dan sebagai pelindung nilai terhadap saham. Mereka
membandingkan pulangan saham dan emas semasa berlakunya zaman kemelesetan pasaran
iaitu semasa krisis ekonomi. Hasilnya, mereka mendapati emas merupakan pelaburan yang
selamat berbanding saham yang lain. Ini adalah kerana pulangan emas adalah positif
berbanding pulangan saham semasa kemelesetan, sekaligus menjadikan emas sebagi
pelindung nilai terhadap kerugian saham.
Greg Tkacz46
mengkaji mengenai harga emas dan inflasi, dengan mengambil data harga
emas dan inflasi daripada 14 buah negara sejak dari tahun 1994 sehingga 2005, hasil
kajiannya menunjukkan bahawa, harga emas boleh dijadikan indikator yang signifikan
terhadap jangkaan inflasi sesebuah negara pada masa hadapan.
Nadeshda Demidova-Menzel dan Thomas Heidorn47
membincangkan mengenai emas
dalam portfolio pelaburan, dalam kajian mereka, pelaburan emas boleh dilakukan dengan
45
Virginie Coudert and Hélène Raymond-Feingold. (2011). ''Gold and financial assets: Are there any safe
havens in bear markets?''. Economics Bulletin, vol. 31 no.2 h. 1613-1622. 46 Greg Tkacz. (2007). “Gold Prices and Inflation”. Bank of Canada Working Paper. 47 Nadeshda Demidova-Menzel dan Thomas Heidorn. (2007). “Gold in the Ivestment Portfolio”. Frankfurt
scholl of Finance & Management, Working Paper. no.87.
21
pelbagai cara iaitu, pelaburan dalam emas fizikal, akaun pelaburan emas, pasaran hadapan
emas, sekuritii emas dan syarikat perlombongan emas.
Mark Joy48
mengkaji mengenai perbandingan emas dan dollar USD sebagai lindung nilai,
beliau mendapati emas menjadi lindung nilai yang sangat berkesan berbanding dollar USD
selama tempoh 23 tahun kebelakangan ini dengan melihat perubahan harga emas dan
Dollar selama tempoh itu.
Thi Hong Van Hoang49
mengkaji mengenai peranan emas (fizikal atau kertas) di Perancis
dalam kepelbagaian portfolio pelaburan dari tempoh 2004 sehingga 2009. Hasil daripada
kaijian ini menunjukkan portfolio emas dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan
pulangan keuntungan, dianggarkan risiko portfolio emas ini antara 2% sehingga 5% sahaja.
Oleh itu, emas merupakan portfolio yang cekap dan prestasinya sangat memberangsangkan
berbanding portfolio saham dan bon.
Laurence E. Blose50
mengkaji mengenai risiko harga emas terhadap pulangan pada
pelaburan dana bersama dalam syarikat perlombongan emas. Hasil daripada kajian ini
mendapati, harga emas tidak mempengaruhi pulangan pada pelaburan dana bersama
syarikat perlombongan emas, ini kerana pulangan dana bersama adalah bergantung kepada
rizab emas yang dikawal oleh syarikat-syarikat itu, kos pengeluaran, nilai aset yang tidak
berkaitan dengan perlombongan, hutang syarikat dan tahap harga emas.
48
Mark Joy. (2011 “Gold and the US dollar: Hedge or haven?” Finance Research Letters. 49 Thi Hong Van Hoang. (2011). “Gold quoted at Paris and the Diversification of French Portfolios from 2004 to 2009”. Kertas kerja persidangan International Conference of French Finance Association (AFFI) ke-28,
Montpellier. 50 Laurence E. Blose. (1996). “Gold Price Risk and the Returns on Gold Mutual Funds”. Journal of
Economics and Business. no. 48. h.499-513
22
Selain itu, Laurence E. Blose51
juga mengkaji bagaimana perubahan dalam inflasi dijangka
memberi kesan kepada harga emas, dengan menggunakan perubahan yang tidak dijangka
dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), perubahan inflasi dijangka tidak mempengaruhi
harga emas. Oleh itu para pelabur tidak boleh menentukan jangkaan inflasi pasaran dengan
melihat kepada harga emas, tetapi perubahan inflasi dijangka mempunyai hubungan positif
dengan pasaran bon, oleh itu para pelabur perlu melihat kepada pasaran bon untuk
menjangkakan inflasi dijangka.
Jeffrey F. Jaffe52
membincangkan mengenai kelebihan emas dan saham emas dalam
portfolio pelaburan. Hasil daripada kajiannya mendapati pulangan emas adalah lebih tinggi
berbanding portfolio pelaburan yang lain seperti saham dan bon, kecuali portfolio logam
berharga yang lain. Selain itu, emas juga tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan
portfolio pelaburan yang lain, oleh itu setiap turun naiknya harga pasaran portfolio yang
lain adalah tidak mempengaruhi harga dan pulangan emas. Selain itu, risiko inflasi juga
tidak mempengaruhi harga dan pulangan emas, oleh itu emas juga berperanan sebagai
pelindung nilai. Selain pulangan yang baik dan kebal daripada inflasi, emas juga mampu
mengurangkan risiko portfolio dalam pelaburan berbanding portfolio yang lain. Emas juga
mempunyai kecairan yang sangat tinggi berbanding portfolio yang lain walaupun disaat
krisis ekonomi dan masalah politik.
51 Laurence E. Blose. (2010.) “Gold Prices, Cost of Carry, and Expected Inflation”. Journal of Economics
and Business. no.62. h.35–47 52 Jeffrey F. Jaffe. (1989). “Gold and Gold Stocks as Investment for Institutional Portfolio”. Financial
Analysts Journal. vol. 45. no. 2. h. 53-59.
23
David Hillier, Paul Draper, dan Robert Faff53
membincangkan mengenai keupayaan logam
berharga, iaitu emas, perak dan platinium sebagai medium pelaburan, dengan menganalisis
data daripada tahun 1976 sehingga 2004. Mereka mendapati, ketiga-tiga logam ini tidak
mempunyai kolerasi dengan indeks pulangan saham biasa, oleh itu logam ini boleh
memberi kepelbagaian dalam portfolio pelaburan. Selain itu, logam-logam ini juga
mempunyai keupayaan melindung nilai semasa berlakunya tempoh turun naik pasaran
saham yang tidak normal. Oleh itu, portfolio logam berharga ini lebih baik daripada
portfolio ekuiti yang biasa.
Kesimpulannya, kajian mengenai pelaburan menurut ekonomi Islam banyak menghuraikan
mengenai perlaksanaan kaedah mudarabah di dalam perlaksanaan produk-produk di bank.
Manakala kajian mengenai emas banyak tertumpu kepada keupayaan emas melindung nilai
dan jangkaan inflasi. Oleh itu, uniknya kajian ini kerana membincangkan mengenai akaun
pelaburan emas yang merangkumi perlaksanaan operasi akaun ini di KFHMB, bagi menilai
keabsahan konsep syariah yang dilaksanakan dalam penawaran produk ini. Oleh itu kajian
mengenai akaun pelaburan emas menurut perspektif Islam adalah sangat bertepatan untuk
memperkembangkan lagi maklumat berkaitan dengan pelaburan emas di Malaysia
terutamanya.
53 David Hillier, Paul Draper, dan Robert Faff. (2006). “Do Precious Metals Shine? An Investment
Perspektif”. Financial Analysts Journal. vol.63. no.2. h.98-106.
24
1.7. Metodologi Kajian
1.7.1. Metodologi Pengumpulan Data
1.7.1.1. Metode Dokumentasi
Dalam usaha untuk mengumpul data dan maklumat, pengkaji menggunakan metode
dokumentasi dengan merujuk kepada maklumat yang berbentuk jurnal, kertas kerja
persidangan, kamus, buku, disertasi, tesis, artikel dan sebagainya yang berkaitan dengan
teori transaksi emas dalam Islam dan pelaburan emas di dalam bab ke 2. Maklumat-
maklumat tesebut diperolehi dengan berkunjung ke Perpustakaan Utama Universiti Malaya
Kuala Lumpur, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Perpustakaan
Peringatan Za’ba Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.7.1.2. Metode Temubual
Selain daripada itu, metode temubual digunakan untuk mendapatkan data daripada pihak
bank iaitu KFHMB mengenai penjelasan berkaitan dengan perlaksanaan akaun pelaburan
emas yang ditawarkan oleh KFHMB di dalam bab 3 dan temubual dengan pakar syariah
bagi mendapat maklumat yang lebih tepat dalam menjawab persoalan yang ditimbulkan
pada bab 4, antara mereka yang ditemubual ialah :
Encik Hidayat Harun Pegawai Pembangunan Produk, Kuwait Finance House (Malaysia)
Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang,
Kuala Lumpur.
25
Encik Ahmad Zaini Ariffin, Pengurus Pembangunan Produk, Kuwait Finance House
(Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan
Pinang, Kuala Lumpur.
Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, Ketua Penasihat Syariah dan
Pembangunan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 5 Januari 2012
bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Encik Che Azizi Bin Che Seman, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Bank
Muamalat Malaysia, pada 28 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya
Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, Pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Hong
Leong Islamic Bank, pada 10 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
1.7.2. Metodologi Analisis Data
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menganalisa data. Setelah data yang
dikehendaki dikumpul, ia akan dianalisa dan diolah secara berkesan untuk memberi hasil
rumusan yang terbaik untuk kajian ini. Ia terbahagi kepada 3 iaitu:
26
1.7.2.1. Metode Induktif
Pendekatan ini digunakan untuk membuat rumusan dan kesimpulan yang bersifat umum dari
hal-hal yang bersifat khusus. Pengkaji menggunakannya dalam kebanyakan bab, terutama
apabila terdapat pelbagi pendapat sehingga memerlukan satu kesimpulan yang kukuh. Sebagai
contoh dalam menerangkan tentang konsep transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam,
pengkaji akan meneliti pendapat sarjana-sarjana yang arif serta daripada sumber yang
berautoriti, pengkaji kemudian akan membuat kesimpulan mengenai konsep transaksi emas
menurut perspektif ekonomi Islam mengikut perspektif pengkaji berdasarkan data-data yang
diperolehi dalam bab 2.
1.7.2.2. Metode Deduktif
Ia adalah cara menganalisa data melalui pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal
yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang bersifat umum. Metode ini merupakan
satu kaedah memperolehi pengetahuan dengan membuat kenyataan yang umum tentang sesuatu
fenomena dan disusuli dengan pernyataan khusus.54
Sebagai contoh, keseluruhan kajian ini
adalah berdasarkan kaijan di dalam bidang perbankan Islam yang menjurus kepada
pengkhususan pelaburan emas.
1.7.2.3. Metode Komparatif
Metode ini digunakan untuk membandingkan data-data yang dikumpul untuk mencari
perbezaan atau persamaan daripada maklumat yang diperolehi. Hasilnya satu rumusan yang
menyeluruh daripada maklumat yang diperolehi. Metode ini digunakan oleh pengkaji
dalam bab empat, iaitu menganalisa perbandingan perlaksanaan akaun pelaburan emas
54 Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. c.4. h. 12.
27
dengan transakasi emas menurut syariah untuk mendapatkan keabsahan atau ketepatan
perlakasanaan produk berdasarkan prinsip syariah atau ekonomi Islam.
1.8. Sistematika Bab
Bab 1
Pada bab pertama dalam kajian ini pengkaji menerangkan mengenai pengenalan, latar
belakang masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, kajian lepas
(literature review) dan metodologi penyelidikan yang digunakan.
Bab 2
Pada bab kedua pengkaji menerangkan mengenai pelaburan menurut perspektif Islam dan
disusuli dengan huraian mengenai, jual beli daripada perspektif Islam, transaksi emas
menurut perspektif syariah (al-sarf) dan teori al-qard yang diguna pakai di dalam produk
akaun pelaburan emas KFHMB.
Bab 3
Di dalama bab yang ke tiga, pengkaji akan menghuraikan mengenai konsep dan
perlaksanaan operasai Akaun Pelaburan Emas yang dijalankan oleh KFHMB.
28
Bab 4
Pada bab yang ke empat pula, pengkaji menganalisa perbandingan akaun pelaburan emas
yang ditawarkan oleh KFHMB bagi memastikan ia bertepatan atau tidak dengan perspektif
ekonomi Islam.
Bab 5
Pada bab yang terakhir, pengkaji membuat kesimpulan mengenai kajian ini serta saranan
dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
1.9. Kesimpulan
Bahagian ini adalah sangat penting untuk pengkaji merangka dan menyusun kajian supaya
lebih tersusun dan teratur bagi memudahkan proses kajian dilaksanakan. Selain daripada
itu, bab ini juga penting dalam menentukan sejauh mana matlamat kajian akan dicapai
semasa melakukan kajian dan ke arah mana kajian ini akan menuju.
29
Bab 2 : Konsep Pelaburan dan Teori Transaksi Emas Menurut Perspektif Ekonomi
Islam
2.0. Pendahuluan
Pada bab ini dibincangkan mengenai teori yang berkaitan dengan pelaburan emas, iaitu
transaksi berkaitan dengan pelaburan emas yang diguna pakai oleh KFHMB di dalam
produk akaun pelaburan emas meraka, iaitu teori al-sarf dan al-qard, walau bagaimanapun
untuk menyempurnakan transaksi produk akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh
KFHMB, terdapat dua lagi teori asas yang perlu dibincangkan untuk sampai kepada
sempurnanya transaksi pelaburan emas ini, iaitu teori jual beli dan teori pelaburan menurut
ekonomi Islam. Dua teori ini menjadi asas atau teori awalan sebelum sampainya kepada
aplikasi teori al-sarf dan al-qard di dalam memenuhi perlaksanaan akaun pelaburan emas.
2.1.0. Pengenalan Kepada Pelaburan
Harta adalah amanah Allah s.w.t yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk
membantu perjalanan hidup dan mencapai kehidupan yang diberkati. Harta ialah barang-
barang berharga seperti rumah, kenderaan, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya
yang dimiliki oleh seseorang, syarikat, pertubuhan atau lain-lain55
.
Islam juga menganggap harta itu sebagai jalan ibadah, iaitu ia menjadi ibadah dengan
mencari harta mengikut landasan yang dihalalkan oleh syariah serta ikhlas mencarinya
55 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. h.517.
30
untuk keluarga dan selebihnya diinfaqkan untuk kemaslahatan ummah. Dalam Islam, infaq
atau memberi sumbangan merupakan jalan ibadah bagi seseorang muslim untuk
mengagihkan semula kekayaannya dan berkongsi kekayaannya dengan orang lain bagi
tujuan menzahirkan keimanan, kesyukuran dan dijanjikan pahala56
.
Harta juga adalah ujian Allah s.w.t terhadap manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah
s.w.t dalam surah al-taghabun :
(surah Al-Taghabun 64 : 15)
Terjemahannya : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah s.a.w jualah pahala yang besar.
Di sini yang dikatakan ujian adalah dalam keadaan syukur atau kufur, gelisah atau sabar
dan taat atau maksiat57
di saat bagaimana manusia itu menghadapi situasi berada dalam
keadaan kemiskinan atau kekayaan. Sesungguhnya seorang muslim itu dipandang mulia di
sisi Allah s.w.t jika mereka bersyukur dan bersabar dalam menjalankan hukum-hukum
Allah s.w.t.
Dalam menyusuri kehidupan, umat Islam dituntut mencari rezeki yang halal bagi
meneruskan keperluan hidup, ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
56
Asmak Ab Rahman. (2009). “Peranan wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di
Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.1. h.125. 57 cAid Al-Qarni. (2008). Tafsir Muyassar. Jakarta : Tim Qisthi Press. j.4. h.357
31
(surah Al-Jumucah 62:10)
Terjemahannya : Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah
apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyaknya (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan
di Akhirat).
Pada ayat ini, Allah s.w.t menerangkan bahawa manusia boleh menjalankan segala urusan
mereka di muka bumi dalam melaksanakan urusan duniawi asalkan menepati syariah dan
mereka digalakkan berusaha mencari rezeki yang halal dengan pelbagai cara yang telah
digariskan oleh syariah seperti menanam, menyewa, berniaga, melabur dan sebagainya.
Beserta dengan itu, manusia hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t sebanyak-
banyaknya di dalam mengerjakan usahanya dengan menghindarkan diri daripada
kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya. Hal ini kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui
segala sesuatu, yang tersembunyi apatah lagi yang nyata.
Umat Islam juga digesa untuk mencari nafkah atau harta dengan sedaya yang mampu bagi
menampung keperluan hidup dan mengelakkan daripada hidup melarat serta meminta-
minta daripada orang lain. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
32
Terjemahannya : Hadis riwayat Hakim bin Hizam r.a: Bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik
adalah sedekah daripada harta yang cukup. Tangan yang di atas lebih baik dari
tangan yang di bawah. Mulailah dari orang yang engkau tanggung
(nafkahnya).
Dalam konsep penggunaan atau perbelanjaan harta pula, harta haruslah dibelanjakan ke
arah tuntutan yang fardhu dan sunat, dan menjauhi dari membelanjakan ke atas perkara-
perkara yang maksiat, haram dan sia-sia, yang mana kesemuanya itu tergolong dalam
perkara yang membazir59
. Perbelanjaan harta haruslah dengan mendahulukan keperluan
daruriyyah60
, kemudian hajiyyah61
dan seterusnya tahsiniyyah62
.
Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna memerintahkan agar harta
diuruskan dan dibelanjakan dengan baik dan bijaksana kerana jika sebaliknya, harta boleh
menyebabkan kemusnahan manusia dan kemurkaan Allah s.w.t. Oleh itu Islam mengambil
sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta berdasarkan nilai dan objektif
58 Ibn cAbd al-Barr. (2000). Al-Istadhkar. Beirut : Dar Kutub al-cIlmiyyah. j.8. h.539 59 Surtahman Kastin Hasan (2002) “Perbelanjaan Bermanfaat dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif
Islam” Jurnal syariah, edisi.10. j.2. h.87-98. 60 Daruriyyah ialah sebagai keperluan asasi yang wajib dipenuhi untuk menjamin kesinambungan hidup
manusia, tanpanya maka kehidupan akan terganggu daripada semua sudut kemudharatan dan akan musnah
kemaslahatan lihat : cAbd al-Karim Zaydan. (1996). Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Mucassasah al-Risalah,
h.378-380. 61 Hajiyyah ialah sesuatu yang diinginikan manusia untuk memenuhi kehendak hidup secara normal dan
tidaklah sampai diketogerikan sebagai keperluan darurat : ibid 62Tahsiniyyah diketogerikan sebagai pelengkap kepada kesempurnaan hidup untuk memenuhi keperluan adat dan meningkatkan mutu akhlak, tanpa system kehidupan ini kehidupan manusia tidak akan terganggu : Ibid :
lihat Wahbah al-Zuhayli. (1969). Nazariyyah al-Darurah al-Shariciyyah. Damsyik : Matbacah al-Farabi. h.49-
52 ; Surtahman Kastin Hasan, Sanep Ahmad (2005). Ekonom Islam : Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur :
Dewan bahasa dan Pustaka. h. 80-81.
33
untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari segala keburukan dan
kemudaratan.
Atas dasar keterbukaan inilah, harta beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor
kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan penggunaannya secara
meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syariah. Dengan hal ini ia dapat
memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat secara adil.
Oleh itu, secara asasnya harta itu perlu dikembangkan mengikut keperluan semasa. Adalah
tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Allah
s.w.t menjanjikan azab siksa kepada mereka yang menyimpan harta dan tidak
dibelanjakannya pada jalan Allah s.w.t melalui firmanNya iaitu :
(Surah Al-Taubah 9:34)
Terjemahannya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di
antara pendeta-pendeta dan Ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan
harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi
(manusia) dari jalan Allah (agama Islam). dan (ingatlah) orang-orang yang
menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah,
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
34
Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta, ia adalah salah
satu cara bagaimana kita berinteraksi dengan harta yang kita ada. Pelaburan merupakan
perkara yang penting dalam pembangunan ekonomi kerana ia merupakan satu jalan yang
boleh mengembangkan harta ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Selain itu,
pelaburan juga mampu meningkatkan pembangunan negara dan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai cara dan institusi-institusi yang dapat
memainkan peranan dalam bidang pelaburan. Di antaranya ialah syarikat pelaburan dan
perbankan komersial. Maka bank secara tidak langsung berperanan dalam pembangunan
ekonomi dan seterusnya membawa kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat.
2.1.1. Definisi Pelaburan
2.1.1.1. Pelaburan Menurut Bahasa
Pelaburan di dalam bahasa Arab ialah Istithmar ( استثمار ) 63
, berasal dari kalimah Thamar (
iaitu tuntutan untuk ( طلب الثمر) bermaksud ( استثمار ) iaitu buah. Istithmar ,( ثمر
membuahkan atau memperbanyakkan. Dikatakan seseorang itu memperbanyakkan hartanya
dengan melaburkannya iaitu memperbanyakkanya dengan menyuburkanya.
Pelaburan menurut kamus dewan adalah jumlah wang atau modal dan sebagainya yang
dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga dan sebagainya. Maksud yang kedua ialah sesuatu
yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda64
.
63 Ibn Manzur. (1955). Lisan al-cArab. Beirut : Dar Sadir. j.4. h.104. 64 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). op. cit., h.864.
35
2.1.1.2. Pelaburan Menururt Ulama Fiqh
Para fuqaha’ terdahulu tidak membincangkan konsep pelaburan secara khusus, mereka
lebih banyak membincangkan mengenai kaedah menguruskan atau berinteraksi dengan
harta dalam mengusahakan dan mengembangkan harta yang ada di samping memastikan
peredaran harta di kalangan masyarakat berlaku secara adil.
Mereka juga tidak menggunakan perkataan istithmar ( استثمار ) di dalam perbahasan mereka,
tetapi mereka ada menggunkan perkataan lain, yang menggambarkan maksud yang sama
dengan makna istithmar iaitu suatu usaha untuk mendapatkan hasil atau keuntungan. Ia juga
digunakan bagi maksud menyuburkan harta dan menambahkanya. Al-Kasani65
menggunakan perkataan istima’ ( استماء ) dalam menerangkan maksud akad al-mudarabah,
iaitu suatu akad untuk memperbanyakkan harta ( المال استماء هو المضاربة عقد من المقصود ).
Imam Dardir daripada mazhab Maliki pula menggunakan perkataan tambih bagi
menunjukkan makna istithmar di dalam menerangkan hukum mudarabah, iaitu mudarabah
adalah harus kerana manusia itu berhajat untuk memperbanyakkan harta mereka, tetapi
mereka tidak mampu mengembangkan bersendirian66
.
Manakala Ibn Rushd67
pula dalam membincangkan mengenai perbezaan fuqaha’ tentang
makna al-rushd ( الرشد ). Berkata Ibn Rushd, imam Malik melihat perkataan al-rushd itu
adalah ( تثمير المال وإصالحه ) iaitu mengembangkan harta dan mengusahakannya.
65 Al-Kasani. (1327.H). Badaci al-Sanaci fi Tartib al-Sharaci. Kaherah : Matbacah al-Jamaliah. j.6. h.88. 66 Qutub Mustafa Sanu. (2000). Al-Istithmar, Ahkamuhu wa Dawabituhu fi al-fiqh al-Islami. cAmman : Dar
al-Nafa’is. h.18. 67 Ibn Rushd. (1415H). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Kaherah : Maktabah al-cIlm. j.4. h.68.
36
Dapat di kelaskan di sini bahawa, apa pun perkataan yang digunakan oleh ulama’ fiqh
terdahulu yang membawa kepada makna mendapatkan hasil ke atas harta seperti
mengambil untung daripadanya, memperbanyakkan ia, menyuburkan ia, menambahkan ia
atau sebagainya dengan cara ijarah, muzaracah, mudarabah, musharakah dan sebagainya
adalah boleh diistilahkan sebagai pelaburan.
2.1.1.3. Pelaburan Menurut Ahli Ekonomi Islam Semasa
Menurut ulama’ semasa seperti Qutub Mustafa Sanu mendefinisikan pelaburan itu ialah
menuntut ke atas penghasilan harta mengikut pemilikan syariah, antara kaedah pelaburan
mengikut kaedah syariah yang muctabar ialah daripada prinsip mudarabah, murabahah dan
musharakah68
.
Menurut pendapat Sayyid al-Hawari pula, pelaburan ialah meletakkan sesuatu harta dengan
tujuan mendapatkan keuntungan atau pulangan yang dijangkakan dalam jangkamasa
panjang pada waktu yang akan datang69
. Manakala Tahir Haidar Hardan pula
mendefinasikan pelaburan adalah suatu usaha dengan harta untuk menghasilkan
keuntungan70
.
68 Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.20 69 Sayyid al-Hawari. (1983). Al-Istithmar wa al-Tamwil. Kaherah : Maktabah cAin Shams. h.4. : Muhammad
Sulayman al-cAsqar et. al. (1998). Qadaya al-Zakah al-Muacsarah. Jordan : Dar al-Nafa’is. j.3. h.504 70 Tahir Haydar Hardan. (1997). Mabadic al-Istithmar”. cAmman : Dar al-Mustaqbal. h.14.
37
Menurut Ziyad Ramadan pula, pelaburan ialah meletakkan sesuatu harta yang dimiliki oleh
seseorang dalam jangka masa dan tempoh tertentu dengan hasrat mendapatkan hasil ke atas
hartanya tersebut pada masa akan datang71
.
2.1.1.4. Pelaburan Dari Perspektif Konvensional
Dalam konteks ekonomi konvensional, menurut Keynes72
, pelaburan sama dengan
tabungan kerana kedua-dua merupakan lebihan pendapatan daripada perbelanjaan. Jumlah
nilai antara kuantiti tabungan dan kuantiti pelaburan timbul antara transaksi dua pihak dan
keputusan untuk mengguna adalah merupakan pelaburan yang menentukan pendapatan.
Manakala menurut Radcliffe73
pelaburan adalah satu bentuk penggunaan wang untuk
membeli sesuatu aset sama ada aset hakiki atau aset kewangan dengan menjangkakan atau
mengharapkan bahawa aset yang dibeli itu akan menghasilkan pulangan ataupun
pendapatan semasa dan nilainya dijangka akan meningkat dan memberi keuntungan pada
masa hadapan, selepas mengambil kira risiko-risiko yang mungkin dihadapi.
Menurut Frank K. Reilly74
pula, pelaburan adalah penyerahan dana yang ada sekarang
untuk sesuatu tempoh masa bagi mendapatkan aliran dana masa hadapan yang akan
memberi ganjaran kepada unit yang melabur kerana tempoh modal itu digunakan untuk
kadar inflasi terjangka dan untuk ketidakpastian aliran dana masa hadapan. Takrif ini
71
Ziyad Ramadan. (1998). Mabadic al-Istithmar : Al-Haqiqi wa al-Mali.
cAmman : Dar Wa’il. h.13.
72 John Maynard Keynes. (1960). The General Theory of Employment, Investment and Money. London : Macmillan & Co. Ltd. h.61-64. 73 Radcliffe, Robert. C. (1990). Investment – Concepts, Analysis, Strategy. United States : University of
Florida, Harper Collin Publishers. h.4. 74 Frank K. Reilly. (1992). Investment. United States : The Dryden Press. e.3. h.6.
38
meliputi segala jenis pelaburan samada pelaburan oleh syarikat dalam alat jentera, kilang
dan peralatan pelaburan oleh kerajaan dalam mengawal banjir, ataupun pelaburan oleh para
individu saham, bon barangan ataupun hartanah.
Rumusan daripada keseluruhan definasi yang telah diketengahkan, dapatlah dikatakan
bahawa secara umumnya pengertian pelaburan yang sejajar dengan penggunaan masa kini
yang meluas ialah mengaktifkan dan menggunakan wang atau harta dalam satu jangka
masa tertentu dengan tujuan memperolehi keuntungan atau pulangan, dengan menyedari
sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Pelaburan juga tidaklah semestinya berupa
wang kerana kadang-kadang keuntunganya adalah berupa barangan ataupun berupa
manfaat.
2.1.2. Ciri-Ciri Pelaburan75
2.1.2.1. Penanaman Modal
Penanaman modal ialah sejumlah wang atau dana yang perlu dikorbankan76
atau
dikeluarkan untuk membeli instrumen pelaburan atau aset yang dijadikan asas kepada
sesuatu pelaburan bagi tujuan penjanaan pulangan77
atau meraih keuntungan dalam jangka
masa tertentu ataupun di akhir hayat ekonomi aktiviti tersebut78
.
75 Suhaimi Salleh. (1994). Menceburi Bidang Pelaburan. Singapura : Times Book International. h.3. 76 Rosalan Haji Ali (1992). Pelaburan : Penilaian dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. h.3 77 Suhaimi Salleh. (1994). op. cit., h.3. 78 Shamser Mohamad et. a.l (2002). Analisis Pelaburan Selangor : Universiti Putra Malaysia. h.1.
39
2.1.2.2. Kecairan
Perkataan kecairan digunakan oleh ahli-ahli ekonomi untuk mengambarkan sejauh mana
satu aset boleh ditukarkan kepada wang tunai. Sesuatu pelaburan adalah cair sekiranya
ianya boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan kadar yang segera. Biasanya aset hakiki
lebih rendah kadar kecairannya berbanding aset kewangan seperti akaun simpanan.
Semakin cair sesuatu pelaburan itu, semakin menarik pelaburan itu untuk diceburi79
.
2.1.2.3. Risiko
Pelaburan juga melibatkan risiko. Risiko ialah ketidakpastian tentang kadar pulangan
terjangka sesuatu pelaburan80
, secara mudahnya risiko juga bermaksud kemungkinan
sesuatu pelaburan itu tidak mencapai pulangan yang dirancangkan81
atau kemungkinan
mengalami kerugian82
. Ia juga boleh dikatakan ketidakpastian sama ada untung atau rugi
pada masa hadapan, lazimnya pelaburan yang berisiko tinggi akan menjanjikan pulangan
yang lebih tinggi daripada pelaburan yang berisiko rendah83
.
2.1.2.4. Pulangan
Tujuan kita melabur adalah untuk menangguhkan penggunaan hari ini dan dengan
demikian menambahkan kekayaan kita supaya dapat berbelanja lebih pada masa hadapan.
Oleh itu, apabila kita bercakap tentang pulangan daripada sesuatu pelaburan, maka kita
79
Azlan Khalili Shamsuddin (1993). Saham dan Pelaburan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. h.43. 80 Frank K. Reilly. (1992). op. cit., h.12. 81 Ismail Ibrahim. (1994). Pelaburan dalam Pasaran Sekuriti, Hadapan dan Opsyen. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. h.6. 82 Rosalan Haji Ali (1992). op. cit., h.3. 83 Shamser Muhamad. (2002) op. cit., h.6.
40
menumpukan perhatian kepada pernambahan kekayaan hasil daripada pelaburan itu84
. Oleh
yang demikian itu, sesuatu pelaburan akan melibatkan jangkaan pulangan yang positif iaitu
kadar keuntungan85
atau pendapatan. Pulangan pelaburan juga boleh dikatakan jumlah
aliran tunai yang diperolehi dalam bentuk dividen, laba modal, faedah, sewa, bonus dan
sebagainya86
. Semakin besar nisbah pulangan yang mungkin didapati, maka semakin
menariklah sesuatu pelaburan itu.
2.1.2.5. Peralihan Masa
Sesuatu pelaburan akan melibatkan peralihan masa, iaitu dari hari ini (sekarang) ke masa
akan datang (masa hadapan)87
atau jangka masa dari hari instrumen pelaburan itu dibeli
sehinggalah ia dijual88
. Masa juga akan menentukan sama ada seseorang pelabur akan
memperolehi keuntungan atau kerugian. Bagi kebanyakan pelabur, masa yang panjang
bagi sesuatu pelaburan akan menghasilkan pulangan yang tinggi. Contohnya, nilai sebidang
tanah akan terus meningkat dari masa ke semasa. Namun begitu, peralihan masa juga akan
menyebabkan nilai sesuatu aset itu menjadi rendah. Contohnya bagi aset berbentuk seperti
mesin semakin lama digunakan, nilai sebuah aset mengalami susut nilai.
84 Frank K. Reilly. (1992). op. cit., h.7. 85 Rosalan Haji Ali. (1992). op. cit., h.3. 86 Rosalan Haji Ali (1992). op., cit., h.5 ; Suhaimi Salleh. (1994). op. cit., h.3. 87 Rosalan Haji Ali. (1992). op. cit., h.3. : Shamser Mohamad. (2002). op. cit., h.3. 88 Suhaimi Salleh. (1994). op. cit., h.3.
41
2.1.3. Prinsip Umum Pelaburan Menurut Perspektif Ekonomi Islam
2.1.3.1. Tidak Melabur Dalam Syarikat atau Aktiviti yang Diharamkan Syariah dan
Mudarat89
Para pelabur tidak dibenarkan membuat pelaburan di syarikat yang menjalankan perniagaan
yang bertentangan dengan syariah seperti arak, judi, maksiat dan sebagainya. Pelaburan di
dalam perkara mudarat seperti penghasilan dadah, penjualan senjata kepada pengganas dan
sebagainya juga ditegah dalam Islam. Hal ini kerana setiap perkara yang mudarat itu akan
membawa kepada pencabulan maqasid syaricah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan
dan harta90
. Oleh itu, para pelabur hanya boleh membuat pelaburan pada aktiviti yang
dihalalkan oleh Islam sahaja.91
. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :
(Surah Al-Ma’idah 5:90)
Terjemahannya : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh
itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
89 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. h.81-86. ; Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.193 ; Nasr Muhammad al-Salami. (2008). Al-
Dawabit al-Sharciyyah li al-Istithmar”. Iskandariah : Dar al-Iman. h.272. 90Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.194 91 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005) op. cit., h.83.
42
2.1.3.2. Tiada Jaminan Keuntungan Berdasarkan Modal Pelaburan92
Syarikat yang menawarkan instrumen pelaburan dilarang sama sekali membuat jaminan
keuntungan berdasarkan modal yang dilaburkan. Namun jaminan boleh dilakukan
berdasarkan peratusan keuntungan sebenar urusniaga perniagaan, hal ini berdasarkan syarat
keuntungan dalam kontrak mudarabah93
. Islam melarang jaminan dibuat di atas modal
kerana ia melibatkan riba. Larangan tersebut juga adalah kerana Islam menghendaki
sekiranya berlaku kerugian dalam aktiviti pelaburan sepatutnya kedua-dua belah pihak
menanggung masalah tersebut bersama berdasarkan persetujuan pada perjanjian awal
pelaburan94
.
2.1.3.3. Tiada Unsur Gharar95
Gharar merupakan satu keadaan yang tidak pasti akan keberhasilan akad yang dilakukan
dalam transaksi, iaitu akan menyebabkan berlakunya keraguan tentang hasilnya atau
memberi kesan yang negatif selepas berlakunya transaksi96
. Pengharaman gharar ini adalah
berdasarkan beberapa sabda Rasulullah s.a.w antaranya :
92 Ibid. h.83. 93 Wahbah al-Zuhayli. (2004). Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq : Dar Fikr. j.5. h.3937-3940 94Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.84 95
Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.84 : Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op.cit., h.288. 96 Ibn Hazm, cAli bin Ahmad. (t.t). Al-Muhalla. Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah. j.8 h.343 ; Ibn Rushd. (1982). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Macrifah. j.2. h.148 & 172 ; Sayyid Sabiq
(1999). Fiqh Al-Sunnah. Kaherah : Dar al-Fath li al-cIlm al-cArabi. j.3. h.102. 97 Al-Nawawi. (1994). Sahih Muslim Bi Sharah al-Imam al-Nawawi. Beirut : Dar al-Macrifah. j.9, h.395. no
:3787.
43
Terjemahnnya : Dari Abu Hurairah r.a katanya : “Rasulullah s.a.w melarang
jual beli dengan cara melemparkan kerikil dan cara-cara lain yang
mengandungi gharar.
Oleh itu sesuatu perniagaan itu mestilah jelas dari segi sumber modalnya, ke mana sumber
itu digunakan dan bagaimana atau dari mana sesuatu pulangan dapat diagihkan.
Unsur gharar atau ketidakpastian perniagaan boleh mengakibatkan kerugian bagi satu
pihak. Gharar kadang-kadang berlaku pada barangan, seperti menjual barang yang rosak
dan barang yang telah hilang atau barang yang tiada98
.
Gharar juga mungkin berlaku dalam harga, seperti penjual tidak menetapkan harga tertentu
dalam transaksi, seperti mana berlaku dalam jual al-Munabazah99
iaitu penjual dan pembeli
tidak menetapkan bentuk harga yang dikehendaki ketika berpisah di dalam majlis kontrak.
Kadang-kadang berlaku gharar kerana terdapat syarat-syarat atau sandaran tertentu dalam
akad seperti jual beli mudaf100
iaitu sesuatu akad ijab kepada masa yang akan datang atau
akad bersyarat seperti kata seseorang kepada saudaranya “aku jual kereta ini kepada
engkau tahun hadapan dengan harga sekian”
Operasi syarikat-syarikat insurans konvensional merupakan contoh kepada wujudnya
unsur-unsur gharar kerana penggunaan akad jual beli polisi insurans tidak jelas akan apa
yang dijualbelikan. Dalam keadaan timbulnya musibah, tidak jelas dari mana sumber untuk
98 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3398. 99 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.103. 100 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3447.
44
memberi pampasan, ini bererti elemen gharar terdapat di dalam rukun jual beli insurans
tersebut. Selain itu, semua jenis jual beli yang mengandungi spekulasi dan permainan
pertaruhan juga dikategorikan sebagai jual beli gharar101
.
Antara ciri-ciri lain gharar adalah102
:
i. Jaul beli yang tidak memenuhi perjanjian dan tidak dapat dipercayai.
ii. Jual beli yang dalam keadaan bahaya iaitu tidak diketahui harganya atau barangnya
atau keselamatannya dan bila akan diperolehi.
iii. Jual beli di mana terkumpul pelbagai cara, di antaranya yang masih belum diketahui
seluruh mengenai harga mahupun barangannya.
2.1.3.4. Tiada Unsur Paksaan103
Paksaan menurut istilah fiqh ialah membawa orang lain melakukan apa yang tidak
disetujuinya di mana orang itu tidak akan memilih untuk melakukannya jika dia dibiarkan
sendirian104
. Oleh itu, paksaan merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang tanpa
kerelaan hatinya sendiri dan ia dilakukan akibat tekanan yang telah dikenakan oleh pihak
lain. Para fuqaha’ seperti mazhab Jacfariyah, Syafi
ciyyah dan Hanabilah berpendapat segala
akad atau kontrak yang dibuat secara terpaksa adalah tidak sah dan tidak melahirkan segala
hukum, segala tindakan dan segala perkataan yang dilakukan secara paksa dianggap sia-sia
dan tidak melahirkan kesan105
. Oleh itu kewujudan elemen paksaan dalam sesuatu kontrak
akan mengakibatkan kontrak itu tidak sah. Ini bererti pihak–pihak yang berkontrak tidak
101 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.84. 102 Ibid. 103 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.85. ; Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.4. h.3063 104Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.242. : Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit.,j.4,. h.3063 105 Faizah Ismail. (1995). Asas-asas Muamalat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 134
45
memenuhi syarat bagi penjual atau pembeli dalam rukun jual beli. Oleh itu sebarang bentuk
pelaburan yang mempunyai unsur paksaan adalah diharamkan oleh Islam. Hal ini
bersesuaian dengan firman Allah s.w.t :
(Surah Al-Nahl 16:106).
Terjemahannya : sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka
baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa
(melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi
sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa
kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
2.1.3.5. Tiada Unsur Riba106
Aktiviti pelaburan di dalam Islam mestilah bebas daripada riba. Riba ialah pertambahan
yang berlaku dalam urusniaga barang-barang ribawi atau dalam urusniaga hutang107
. Ia
diharamkan dalam Islam melalui al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w, iaitu firman Allah
s.w.t:
(Surah Al-Baqarah 2:275).
Terjemahannya : Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga)
dan mengharamkan riba.
106 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.85 ; Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.185. ; Nasr
Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.245. 107 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.12.
46
Dalam sebuah hadis daripada Jabir r.a bahawa ia berkata:
Terjemahannya : Daripada Jabir : "Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang
memakan riba, orang yang mewakilinya, orang yang membuat catatan
mengenainya dan orang yang menjadi saksinya. "
Riba dikategorikan kepada dua jenis iaitu riba al-fadl dan riba al-nasicah. Riba al-fadl
ialah sebarang pertambahan pada salah satu barang pertukaran dalam transaksi yang
melibatkan barangan ribawi109
. Contohnya Ali menjual sekilo kurma kepada Abu dengan
nilai dua kilo kurma. Manakala riba al-nasicah ialah kelewatan menyerahkan salah satu
barang pertukaran dalam transaksi yang melibatkan barang ribawi atau pertambahan yang
disyaratkan dalam akad pinjaman ekoran daripada penangguhan bayaran110
.
Dalam sektor pelaburan sekarang, operasi pelaburan yang berteraskan riba boleh dilihat
pada bank-bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat-syarikat kewangan yang lain
yang mengamalkan konsep kewangan konvensional111
.
108Al-Nawawi. (1994). op. cit., j.11. h.28. no :4069. 109 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.125 ; Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.3. h.30. 110 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.125 : Al-Sharbini. (1997). op., cit., j.3. h.30. 111 Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.85.
47
2.1.3.6. Tiada Unsur Ihtikar112
Ihtikar atau monopoli keperluan orang ramai dengan tujuan mengawal harga bukan
termasuk di dalam akhlak-akhlak orang Islam. Ihtikar ditakrifkan sebagai menghalang
barang yang amat diperlukan oleh orang ramai dengan niat menaikkan harga barang
tersebut sama ada dengan cara menyimpannya (di suatu tempat) atau merosakkannya
dengan sengaja atau enggan menjual barang berkenaan kecuali dengan harga yang tinggi113
.
Oleh itu para pelabur dilarang memonopoli keperluan masyarakat bagi tujuan menaikkan
harga barangan tersebut seperti gula, beras dan barang asasi yang lain. Larangan ihtikar ini
adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
Terjemahannya : Daripada Macmar ibn
cAbdillah, telah berkata Rasulullah
s.a.w : Tidak dibolehkan ihtikar kecuali ia adalah kesalahan.
2.1.3.7. Tiada Unsur Penipuan atau Tadlis115
Tadlis atau Taghrir ialah daya tarikan pihak yang berkontrak dengan tipu helahnya supaya
menarik orang lain untuk mengadakan kontrak dengan anggapan kontrak itu memberi
kebaikan kepadanya, sedangkan hakikat sebenarnya adalah berlawanan dengan
112
Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.177 : Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.265. 113Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.114 ; Shamsiah Mohamad (2002). Cir-ciri Keuntungan Menururt Perspektif Islam. Jurnal syariah. j.10. edisi.1. h.129. 114 Al-Nawawi. (1994). op. cit., j.11. h.44. no :4099. 115 Muhammad Rafat Sacid. (2002). Al-Mal, Milkitahu, wa Istishmaruhu, wa Infaquhu. Mansurah : Dar al-
Wafa’. h.176.
48
demikian116
. Terdapat 3 jenis penipuan iaitu penipuan dengan perbuatan, penipuan dengan
kata-kata dan penipuan dengan menyembunyikan hakikat117
. Perkara ini dilarang oleh
syariah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
Terjemahannya : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda : “ Sesiapa yang menghunuskan senjata kepada kita, mereka itu tidak
termasuk golongan kita. Dan siapa yang menipu kita, tidak termasuk dalam
golongan kita.
Oleh itu, segala bentuk pelaburan yang membawa unsur penipuan kepada pihak tertentu,
haruslah dielakkan. Hal ini banyak dapat kita lihat dalam pelaburan saham, yang mana
spekulator akan memain peranan menyebar spekulasi atau tipu helah bagi menaikkan atau
menurunkan harga saham syarikat tertentu dalam pasaran saham bagi kepentingan pihak
tertentu.
2.1.4. Instrumen-Instrumen Pelaburan119
Di Malaysia terdapat pelbagai bentuk-pentuk pelaburan yang boleh dilanggan oleh
masyarakat. Produk-produk ini kebanyakannya dikeluarkan oleh bank-bank komersial,
syarikat-syarikat pelaburan dan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara. Antara bentuk-
bentuk pelaburan yang terdapat di Malaysia ialah :
116 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.4. h.3069. 117Ibid. 118 Al-Nawawi. (1994). op. cit., j.1. h.291. no :279. 119 Suhaimi Salleh. (1994). op. cit., h.20-25.
49
1. Tunai – terdiri daripada :
i. Akaun simpanan
ii. Akaun Pelaburan
iii. Simpanan tetap
iv. Matawang asing
v. Sekuriti kerajaan iaitu bon kerajaan dan bil perbendaharaan
vi. Insurans dan takaful
vii. Sukuk
2. Ekuiti – terdiri daripada :
i. Saham biasa
ii. Saham pinjaman
iii. Amanah saham
iv. Waran panggilan
3. Aset Hakiki– terdiri daripada :
i. Hartanah
ii. Emas dan perak
iii. Batu permata
iv. Barangan Antik
4. Pasaran Hadapan– Komoditi.
50
2.1.5. Prinsip Pendasar Produk Pelaburan Islam
Terdapat beberapa prinsip syariah yang menjadi asas kepada muamalat Islam. Prinsip ini
boleh diaplikasikan bersesuaian dengan sesuatu jenis instrumen pelaburan. Di antara
prinsip-prinsip asas yang mendasari produk-produk yang diguna pakai dalam pelaburan
Islam pada masa kini ialah :
2.1.5.1. Al-Sarf120
Al-sarf bermaksud penjualan mata wang dengan mata wang yang sejenis atau tidak sejenis,
iaitu menjual emas dengan emas atau perak dengan perak atau emas dengan perak sama ada
dalam bentuk emas dan perak atau dalam bentuk wang121
.
2.1.5.2. Mudarabah122
Mudarabah disebut juga qirad, berasal daripada kata qard yang bererti qat (sepotong), ini
kerana pemilik modal mengambil sebahagian daripada hartanya untuk diperdagangkan dan
ia berhak mendapatkan sebahagian daripada keuntungannya.
Menurut istilah fiqh, kata mudarabah adalah akad perjanjian antara kedua belah pihak,
salah satu daripada keduanya memberi modal kepada yang lain supaya dikembangkan, dan
keuntungannya dibahagi antara keduanya sesuai dengan ketentuan yang disepakati123
.
120 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op.cit., h.130 ; Nasr Muhammad al-Salami (2008). op.cit., h.437. 121 Wahbah al-Zuhayl.i (2004). op.cit., j.5. h.3659. ; Ibnu Rushd (1982). op.cit., j.2. h.194. 122 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op.cit., h.157.: Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.467. 123 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.147. : Ibn Rushd (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.236.
51
Sebagai contoh suatu perjanjian di antara dua orang atau lebih di mana seorang atau lebih
daripada mereka menjadi pembiaya, sementara yang lain-lain menyediakan suatu
perusahaan perniagaan dengan tujuan mencari untung. Keuntungan yang diperolehi akan
dibahagikan mengikut yang dipersetujui dan kerugian akan ditanggung oleh setiap
pembiaya mengikut saham masing-masing.
2.1.5.3. Musyarakah124
Musyarakah merupakan akad perkongsian di antara dua orang atau lebih dengan modal
dibahagikan sesama mereka. Setiap individu yang menyertai musyarakah dikehendaki
menyediakan modal dan usaha bersama ke atas suatu projek perniagaan. Setiap peserta
hendaklah bersedia menghadapi keuntungan atau kerugian.
2.1.5.4. Muzaracah
125
Muzaracah ialah seseorang memberikan tanahnya kepada orang lain untuk ditanami atau
diusahakan dengan upah tertentu dari hasil tanah tersebut, misalnya sepertiganya atau
separuhnya.
124 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op. cit., h.131 ; Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.455. ;
Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.202. : Ibn Rushd. (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.251. 125 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op. cit., h.133 ; Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.493.:
Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.124.
52
2.1.5.5. Baic Salam
126
Baic salam atau jual beli tempahan adalah jual beli barang secara tangguh dengan
menentukan jenisnya ketika akad dan didahulukan bayarannya127
. Ulama’ bersepakat
tentang keharusan baic salam, bai
c salam dikecualikan daripada larangan Rasulullah s.a.w
tentang jualan apa yang tidak ada di sisi penjual. Ini kerana jual beli salam secara umumnya
terdapat perjanjian tanggungjawab penyerahan barangan nanti128
. Sebagai contoh Ali ingin
membeli kereta import, maka Ali menentukan kereta jenis mana yang dikehendakinya,
maka oleh Ali akan mendahulukan bayarannya sebelum ia menerima kereta tersebut.
2.1.5.6. Ijarah129
Ijarah ialah jual beli manfaat, iaitu kontrak pertukaran hak milik harta (mucawadah) dengan
memberi milik manfaat dengan timbal balas. Jual beli manfaat ini boleh dibahagikan
dengan mendapatkan manfaat daripada harta atau aset dan manfaat daripada hasil titik
peluh atau hasil kerja130
. Sebagai contoh, menyewakan rumah atau mengambil upah hasil
daripada kerja yang dilakukan seperti memotong rumput.
.
2.1.5.7. Murabahah131
Murabahah merupakan jual beli berdasarkan rundingan awal diantara penjual dan pembeli.
Barang tersebut dijual dengan harga modal dan ditambah untung sekadar yang dipersetujui,
126
Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.423. 127 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.120. 128 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op. cit., h.139. 129 Muhammad Rafat Sacid. (2002). op. cit., h.147 ; Nasr Muhammad al-Salami (2008). op. cit., h.408. 130 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.138. 131 Nasr Muhammad al-Salami. (2008). op. cit., h.442.
53
keuntungan tersebut boleh dinyatakan jumlahnya secara terus, atau dengan menyatakan
kadar mengikut peratus tertentu132
. Contohnya, bank membeli barang yang hendak dibeli
oleh pelanggan, kemudian bank menjual barang tersebut kepada pelanggan dengan harga
yang lebih tinggi dari harga belian.
2.1.5.8. Baic Bithamal
cAjil (BBA)
133
BBA adalah jualan dengan harga tangguh. Penjual barang menyerahkan barang kepada
pembeli dengan serta merta dan pembeli menangguhkan pembayaran harga barang tersebut
kepada suatu tempoh tertentu atau membuat bayaran secara ansuran. Kebanyakkan ahli fiqh
mengharuskan bayaran tinggi ke atas barang itu berbanding dengan harga tunai134
.
2.2.0. Pengenalan Kepada Jual Beli
Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi. Dengan berinteraksi, manusia
dapat mengambil dan memberi manfaat. Salah satu contoh praktikal hasil interaksi sesama
manusia adalah jual beli, dengan jual beli manusia mampu mendapatkan keperluan yang
mereka inginkan. Islam telah mengatur permasalahan jual beli dengan terperinci dan
saksama sehingga ketika mengadakan transaksi jual beli, manusia mampu berinteraksi
dalam landasan syariah dan terhindar dari tindakan-tindakan negatif sesama manusia dan
alam. Hal ini menunjukkan bahawa Islam merupakan ajaran yang bersifat universal dan
komprehensif.
132 Wahbah al-Zuhayli (2004). op.cit., j.5. h.3765 : Al-Nawawi (t,t) . Al-Majmuc. Jeddah : Maktabah al-cArshad. j.12. h53. : Ibn Rushd. (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.213 133 Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad. (2005). op. cit., h.237. 134Norazidah Abd. Aziz. (1991). Sistem Pelaburan Islam: Perlaksanaanya di Bank Islam Malaysia Berhad.
Kuala Lumpur : UKM. h.4.
54
Oleh yang demikian, adalah perlu kita mengetahui konsep jual beli menurut Islam, terutama
bagi mereka yang sehariannya bergelut dengan transaksi jual beli, bahkan jika diperhatikan
secara saksama, setiap orang terlibat dengan jual beli. Oleh kerana itu, pengetahuan tentang
jual beli yang disyariatkan sangat diperlukan.
Untuk membincangkan mengenai teori transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam,
terlebih dahulu perlu dibincangkan mengenai teori jual beli menurut ekonomi Islam. Ini
kerana teori jual beli merupakan rukun atau asas kepada teori al-sarf iaitu tranasaksi emas.
2.2.1. Pensyariatan Jual Beli
Kegiatan jual beli dalam segala bentuk jual beli adalah dibolehkan selama mana ia
didasarkan pada sikap sama redha dari kedua belah pihak dan tidak dilarang oleh Allah
s.w.t dan Rasul-Nya.
Firman Allah s.w.t :
(Surah al-Baqarah 1:275)
Terjemehannya :“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba”
55
.
(Surah an-Nisaa’4:29)
Terjemahannya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling
memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan
perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan
janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
Penyayang kepadamu.”
Pensyariatan jual beli adalah untuk memudahkan cara hidup manusia, ia juga merupakan
sebahagian daripada hubungan manusia sesama manusia. Berdasarkan daripada ayat di atas
Islam sangat melarang wujudnya unsur-unsur kebatilan atau penindasan di dalam jual beli
kerana akan membawa kesusahan atau kemudaratan kepada insan yang lain. Oleh itu
terdapat rukun dan syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh seorang muslim di dalam
transaksi jual beli.
2.2.2. Definisi Jual Beli
Dari segi bahasa jual beli ialah penukaran sesuatu dengan sesuatu. Dari segi istilah fiqh,
maksud jual beli ialah pertukaran harta dengan harta atau penukaran hak milik harta dengan
harga, antara pembeli dengan penjual dengan cara tertentu yang diizinkan syariah135
.
135 Al-Sharbini. (1997). Mughni al-Muhtaj. Bierut : Dar al-Macrifah. j.2. h.5. : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit.,
j.3. h.89. : Ibn cAbidin. (2009). Rad al-Muhtar. Riyad : Dar al-Kitab al-cIlmiyyah. j.7. h.3 : Wahbah al-
Zuhayli (1985). op. cit., j.4. h.344.
56
2.2.3. Rukun Jual Beli
Jual beli mempunyai rukunnya yang tersendiri. Rukun ialah perkara yang mesti ada bagi
membolehkan sesuatu jual beli itu berlaku. Mengikut jumhur fuqaha’ jual beli mempunyai
3 rukun iaitu akad (sighah), orang yang berakad dan barang136
:
2.2.3.1. Akad (sighah)
Sighah di dalam jual beli ialah ijab (penawaran) qabul (penerimaan), ijab dan qabul adalah
penting di dalam sesuatu jual beli kerana ia menentukan sama ada tunai, hutang, tangguh
dan sebagainya, contohnya “saya jual” dan “ saya beli ”. Lafaz ijab dan qabul boleh
digunakan dalam pelbagai cara atau bentuk asalkan maknanya membawa erti kepada jual
beli,137
di mana lafaz qabul itu mestilah selaras dengan lafaz ijab138
.
Selain itu penawaran dan penerimaan hendaklah dibuat dalam satu majlis139
, iaitu dengan
kedua-dua pihak hadir bersama, ataupun dalam satu majlis di mana pihak yang tidak hadir
mengetahui penawaran yang dibuat140
. Dan lafaz ijab dan qabul tersebut tidak boleh
diselangi dengan kata-kata lain antara keduanya141
. Setiap perkataan, tulisan dan syarat
berkaitan dengan jual beli itu mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual
dan pembeli.
136Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.6 : Ibn cAbidin. (2009). op. cit., j.7. h.14 : Wahbah al-Zuhayli (1985).
op. cit., j.4. h.347. 137
Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.9. 138 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.11. ; Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3.h.90. 139 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.11 : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.90 : Ibn cAbidin. (2009). op.
cit., j.7. h.15. 140 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.363. 141 Al-Sharbini (1997). op. cit., j.2.h.10. : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.90.
57
Selain itu juga, Rasulullah s.a.w juga melarang melakukan dua akad dalam satu transaksi
ini kerana aktiviti ini termasuk dalam jual beli gharar disebabkan terdapat unsur-unsur
kejahilan dan tidak diketahui sempurna atau tidak kontrak tersebut kerana terdapat 2 (dua)
kontrak dalam 1 (satu) akad142
.
2.2.3.2. Orang yang Berakad
Penjual dan pembeli dikenakan syarat bagi membolehkan sesuatu jual beli itu sah menurut
Islam. Syarat-syarat itu adalah al-rushd iaitu meraka yang berakal, baligh dan tidak
dihalang dari menguruskan muamalat, tidak sah berakad jual beli kanak-kanak yang belum
berakal, orang gila atau orang bodoh. Ini adalah kerana mereka dianggap golongan yang
tidak berkemampuan dalam mengendalikan harta dan juga dalam jual beli143
. Oleh itu harta
benda yang dimiliki oleh mereka, tidak boleh dikendalikan oleh mereka sendiri, sama ada
untuk mengurus atau menjual144
.
Selain itu, penjual dan pembeli juga mestilah melakukan transaksi secara sukarela atau
tanpa paksaan, jika ia terpaksa maka jual beli tersebut batal145
. Kerelaan dan keredhaan
antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli adalah penting kerana kedua belah
pihak menerima implikasi dari jual beli itu. Faktor utama tujuan kerelaan di dalam jual beli
adalah untuk mengelakkan berlakunya kezaliman ke atas pihak tertentu.
142 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.471. 143 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.12. : Ibn cAbidin. (2009), op. cit., j.7. h.14. 144 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.91. 145 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.12.
58
2.2.3.3. Barang
Setiap barang yang dijual beli haruslah suci, bermanfaat, boleh di serah, merupakan milik
penuh penjual, diketahui sifat, ukuran atau takarannya146
. Oleh yang demikian itu, tidak sah
jual beli barang najis atau barang haram seperti darah, bangkai dan daging babi kerana
benda-benda tersebut menurut syariat tidak dapat digunakan. Selain itu barang yang belum
atau sulit untuk mendapatkannya dan barang yang tidak ada (macdum) juga tidak sah
dijadikan subjek transaksi kerana tidak boleh diserah147
seperti barang yang hilang. Selain
itu, barang tersebut perlu diketahui secara jelas sifatnya dan dilihat oleh pembeli sama ada
ketika akad atau sebelum akad kerana untuk mengelakkan wujudnya faktor ketidakpastian
atau gharar seperti anak haiwan dalam kandungan, susu yang belum diperah dan buah
yang belum masak.
Dan disyaratkan bahawa barang yang dijual tersebut mestilah disebut atau diketahui
harganya ketika akad148
dan mata wang mestilah dijelaskan kecuali jika telah dilihat ketika
akad149
2.3.0. Pengenalan Kepada Transaksi Pelaburan Emas Menurut Perspektif Ekonomi
Islam
Akaun pelaburan adalah alternatif kepada akaun simpanan tetap dan paling sesuai untuk
orang Islam yang sememangnya menolak konsep riba. Perkara asas yang membezakan
146 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.16-26 : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.91-98. : Ibn cAbidin. (2009). op.cit., j.7. h.14-15 147Ibn cAbidin. (2009). op. cit., h.15. 148 Ibid. 149 Al-Sharbini. (1997). op. cit. j.2..h.23-26.
59
dengan pelaburan simpanan tetap ialah keuntungan yang dibayar kepada pemegang
akaunnya adalah dalam bentuk dividen atau keuntungan dan bukannya berbentuk faedah150
.
Oleh sebab pulangannya berbentuk dividen, sudah pasti peratus atau kadar yang dibayar
sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dividennya tidak ditetapkan dan pembahagiannya
mengikut tahap keuntungan pelaburan. Walau bagaimanapun, wang pokok para pelabur
diberi jaminan akan dibayar sepenuhnya. Kaedah ini berasaskan kepada hukum
mudarabah, iaitu bank menjadi pengusaha dan penyimpan menjadi pemilik modal, dan
kedua-duanya bersetuju membahagikan keuntungan yang diperoleh hasil daripada usaha
bank melaburkan wang simpanan berkenaan. Seperti juga akaun simpanan tetap, para
penyimpannya diberi sijil untuk menebus semula pelaburan pokoknya apabila tamat
tempohnya151
.
Akaun pelaburan emas adalah salah satu daripada portfolio pelaburan. Akaun pelaburan
emas membolehkan pelanggan untuk membeli dan melabur dalam portfolio emas dengan
cara yang mudah dan selamat, tanpa perlu menyimpan emas secara fizikal152
, di mana emas
akan disimpan oleh pihak bank. Buku akaun atau slip urus niaga akan diberikan
kepada pelabur sebagai bukti pemilikan emas, dan setiap pesanan belian atau jualan akan
direkodkan dalam buku akaun tersebut153
. Dalam akaun pelaburan emas ini, pelabur tidak
akan mendapat keuntungan, dividen atau faedah daripada bank, ini kerana bank hanya
berperanan menyimpan dan menjaga keselamatan emas yang dibeli154
, di mana para
pelabur akan mendapat keuntungan dengan menjual kembali emas yang dibeli di bank
150 Rosalan Haji Ali. (1992). op. cit., h.12. 151 Ibid. h.12. 152Kuwait Finance House Malaysia Berhad. www.kfh.com.my. (dilayari pada 16/6/2011) 153 Public Bank. www.pbebank.com. (dilayari pada 16/6/2011 ) 154 Maybank. www.maybank2u.com.my : (dilayari pada 16/6/2011)
60
apabila harga emas meningkat naik daripada harga belian sebelumnya. Penjualan semula
emas ini bergantung kepada turun naiknya harga emas di pasaran dunia. Dengan melabur di
dalam komoditi emas juga, pelabur mempunyai satu daripada perlindungan nilai yang
terbaik terhadap inflasi keatas kekayaan mereka155
.
Seperti yang telah dijelaskan, pelaburan emas tergolong di dalam kategori pelaburan tunai,
yang mana kaedah pelaburan ia adalah dengan membeli emas dan menyimpan emas
tersebut sehingga harga emas menjadi tinggi dan menjualkannya semula atau pelabur
menyimpan emas itu untuk menjaga nilai hartanya daripada dimamah inflasi.
Dalam Islam, setiap aktiviti muamalat yang dijalankan, mempunyai prinsip pendasar yang
mengawal sah atau batalnya kontrak yang dilakukan. Oleh itu, pelaburan emas adalah
termasuk di dalam prinsip al-sarf iaitu jual beli mata wang. Dari segi istilah al-sarf
bermaksud penjualan mata wang dengan mata wang yang sejenis atau tidak sejenis, iaitu
menjual emas dengan emas atau perak dengan perak atau emas dengan perak sama ada
dalam bentuk emas dan peraknya atau dalam bentuk wang156
. Kategori al-sarf boleh dilihat
dengan mudah melalui gambarajah 2.1.
155Kuwait Finance House Malaysia Berhad. www.kfh.com.my : (dilayari pada 16/6/2011) 156 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3659.
61
Gambarajah 2.1 : Carta Transaksi al-Sarf
Sumber : Di ambil daripada pelbagai sumber seperti, Fiqh al-Sunnah, Mughni Muhtaj dan
Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
Terdapat empat syarat di dalam al-sarf iaitu persamaan, serah terima sebelum berpisah dua
pihak yang berkontrak, tunai dan tiada khiyar syarat.
2.3.1. Syarat Transaksi Emas (al-sarf)
2.3.1.1. Persamaan
Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa penjualan perak dengan perak atau emas dengan
emas iaitu dari jenis yang sama mestilah sama timbangannya atau tidak boleh dilebihkan
(tafadul) salah satu barangan yang ditukarkan biarpun berlainan dari segi kecantikan dan
al-sarf
emas emas
perak perak
wang wang
emas perak
wang emas
wang perak
62
pencanaian157
. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan terlibat dengan riba al-fadl158
, perkara
ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Terjemahannya : Abu Sacid berkata : dalam al-sarf, aku mendengar
Rasulullah s.a.w berkata “ Emas dengan emas dalam ukuran sama, dan perak
dengan perak dalam ukuran yg sama”.
Ini bererti emas dengan emas dijual secara bersamaan dari segi kadarnya bukan dari segi
sifat hal ini juga kerana berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang baik dan buruknya
adalah sama160
.
Manakala hadis yang diriwayaatkan daripada Abu Hurairah pula :
Terjemahannya : Daripada Abu Hurairah, berkata : Rasulullah s.a.w
bersabda : “Diperbolehkan menjual emas dengan emas yang sama
timbangannya dan sebanding, dan perak dengan perak yang sama
timbangannya dan sebanding. Barangsiapa menambah atau meminta
tambahan, maka itu adalah riba”
157 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). Fath al-Bari. Kaherah : Maktabah al-Salafiah. j.4. h.382 : Ibn Rushd. (1982).
op. cit., j.2. cet.6. h.195. 158 Muhammad al-Zuhayli. (2007). Al-Muctamad fi al-Fiqh al-Shafici. Damsyiq : Dar al-Qalam. j.3. h.128. 159 Al-Bukhari. (1400H). Al-Jamic al-Sahih al-Bukhari. Kaherah : al-Matbacah al-Salafiyyah. j.3. h.108. no :
2176. 160 Wahbah al-Zuhayl.i (2004). op. cit., j.5. h.3661. 161 Al-Nawawi. (1994). op. cit., j.11. h.18. no : 4044.
63
Hadis ini menerangkan, tidak boleh tafadul atau melebihkan timbangan antara emas dengan
emas atau perak dengan perak, dan jika berlaku pertambahan daripada pertukaran ini maka
ia terlibat dengan riba.
Ibn cAbd al-Barr menyatakan telah berlaku kesepakatan ulama’ mengatakan bahawa emas
dengan emas, perak dengan perak seperti dalam bentuk “al-tibr” iaitu serbuk atau cecair
logam, cainnya dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tidak harus berlaku sebarang
tafadul iaitu tambahan atau lebihan dari mana-mana pihak yang berkontrak162
. Dalam hal
ini, dapat diterangkan bahawa hukum emas, iaitu bermula daripada serbuk sehinggalah
dibentuk menjadi apa pun barang, asalkan ia daripada emas, maka hukumnya tidak lari
daripada hukum asal emas, iaitu dilarang melebihkan timbangan jika ia transaksi daripada
jenis yang sama dan dilarang penangguhan.
Imam Syafici pula menyatakan tidak boleh menukar emas dengan emas, perak dengan
perak, dan sesuatu yang dapat dimakan atau diminum dengan sesuatu yang sejenis
dengannya, kecuali yang sama nilainya dan dilakukan secara tunai. Dan jika transaksi dua
jenis barang yang berbeza seperti emas dengan perak, kurma dengan anggur, atau gandum
dengan barli, maka dibolehkan untuk menukarkannya dengan dilebihkan sebahagian atas
sebahagian yang lain, dengan dilakukan secara tunai. Juga kedua orang yang melakukan
transaksi itu tidak berpisah dari tempatnya sehingga saling menerima163
.
162 Ibn cAbd al-Barr. (2000). op. cit., j.6, h.347. 163 Al-Syafici .(2002). Al-cUmm. Beirut : Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. j.3. h.38.
64
Ibn Qudamah berpendapat tidak dibenarkan tafadul bagi jual beli barangan ribawi yang
bersamaan jenis samada boleh ditimbang atau disukat164
. Manakala dibenarkan tafadul
bagi jual beli barangan riba yang berbeza jenis tetapi jual beli itu hendaklah dilakukan pada
masa yang sama iaitu tunai. Fuqaha’ juga menetapkan diharamkan riba al- nasicah
(bertangguh) dalam jual beli bagi setiap benda yang diharamkan tafadul 165
.
Penyataan Imam Syafici dan Ibn Qudamah ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w
iaitu :
Terjemahannya : Daripada cUbadah bin Samit r.a, beliau berkata :
“Rasulallah s.a.w bersabda : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, barli dengan dengan barli, kurma dengan kurma, garam
dengan garam, sejenis ditukar dengan sejenis, tunai dengan tunai dan sama
ukuran dengan sama ukuran. Jika kadar dan sifat kesemua ini berbeza, maka
lakukanlah jual beli itu sebagaimana kamu mahu, selagi mana ia dilakukan
dengan cara tunai.
2.3.1.2. Penerimaan Tukaran (al-qabd) Sebelum Dua Pihak yang Berkontrak Berpisah
Dalam al-sarf, serah terima barang (al-qabd) di dalam majlis adalah syarat sah tanpa
berlakunya khilaf ulama’. Ibn al-Munzir berkata telah bersepakat para fuqaha’, ke atas dua
orang yang berkontrak, jika mereka berpisah sebelum menyerah terima (al-qabd) barangan,
164 Ibn Qudamah. (1999). Al-Mughni. Arab Saudi : Dar cAlim al-Kutub. j.6. h.53. 165 Ibid. j.6. h.61. 166 Al-Nawawi. (1994) . op. cit., j.11. h.16. no : 4039.
65
di dalam majlis maka al-sarf mereka menjadi fasad167
. Di dalam al-qabd disyaratkan
supaya tukaran antara dua pihak yang berkontrak itu mestilah diterima semuanya sebelum
kedua-dua pihak berpisah anggota tubuhnya atau lebih mudah dikatakan serahan perlu
dilakukan dalam tempoh selagi mana penjual dan pembeli tidak berpisah secara fizikal168
.
Perpisahan secara fizikal bermaksud dua pihak yang berkontrak berpisah dengan tubuh
badan mereka dari majlis kontrak, seperti seorang menuju ke satu arah dan seorang lagi ke
arah yang lain atau salah seorangnya pergi dan seorang lagi masih tinggal di situ. Jika
mereka berdua kekal di dalam majlis, maka perpisahan tidak wujud biarpun terlalu lama
mereka berada dalam majlis itu kerana tidak ada perpisahan dengan tubuh badan. Begitu
juga tidak wujud perpisahan jika kedua-dua tidur di dalam majlis atau pitam atau kedua-
duanya bangun dari majlis dan berjalan seiring ke satu hala dan satu jalan, walaupun
mereka berjalan dengan jarak sebatu atau lebih asalkan mereka tidak meninggalkan antara
satu sama lain, maka mereka tidak dianggap berpisah. Ini kerana perpisahan itu dikira
dengan perpisahan anggota tubuh169
.
Hal al-qabd ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
167
Ibn Qudamah. (1999). op. cit., j.6. h.112. : Musa Ibn Ahmad al-Hujawi. (1999). Al-Iqnac li Talib al-Intifa’.
Beirut : Dar cAlam al-Kutub. j.3. h.258 : Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4.h.382 : Ibn Rushd. (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.197 168 Al-Syafici. (2002). op. cit., j.3. h.38 : Ibn Rushd. (1982). op.cit., j.2. h.197. 169 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3660-3661. 170 Al-Nawawi. (1994). op. cit., j.11. h.16. no : 4039.
66
Terjemahannnya : Daripada cUbadah bin Samit r.a, beliau berkata :
“Rasulullah s.a.w bersabda : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, barli dengan dengan barli, kurma dengan kurma, garam
dengan garam, sejenis ditukar dengan sejenis, tunai dengan tunai dan sama
ukuran dengan sama ukuran. Jika kadar dan sifat kesemua ini berbeza, maka
lakukanlah jual beli itu sebagaimana kamu mahu, selagi mana ia dilakukan
dengan cara tunai.
Terjemahannya : Dari Ibn Shihab, dari Malik bin cAus, dia mengkhabarkan
bahawa sesungguhnya dia mencari penukar bagi 100 dinar. Lalu Talhah bin cUbaidillah memanggilku dan kami pun saling menawar, hingga akhirnya dia
mahu menukar dariku. Dia mengambil emas lalu memegang pada tanganya
kemudian dia berkata, : “ hingga datang perbendaharaanku dari Ghabah”.
Sementara cUmar mendengarnya, maka ia berkata, “ Demi Allah, jangan
engkau berpisah dengannya hingga engkau mengambil darinya”. Rasulullah
s.a.w bersabda : “ Emas dengan emas adalah riba kecuali secara tunai,
gandum dengan gandum adalah riba kecuali secara tunai, barli dengan barli
adalah riba kecuali secara tunai, dan kurma dengan kurma adalah riba kecuali
secara tunai”.
Ibn cAthir mengatakan bahawa maksud lafaz وهاء هاء إلا adalah, setiap salah satu pihak
yang melakukan jual beli mengatakan “ambillah”, lalu dia memberikan apa yang ada di
tangannya (barang miliknya). Sama seperti hadis lain بيد يدا kecuali dari tangan ke ) إلا
tangan), yakni diserah terima langsung di tempat transaksi. Sebahagian ulama’ lagi
171 Al-Bukhari. (1400H). op. cit., j.3. h.107. no : 2174.
67
mengatakan bahawa makna lafaz tersebut adalah “ambil” dan “berikan”. Lafaz ini
dijadikan dalil disyaratkan serah terima (al-qabd) jual beli emas dan perak172
.
Muhammad al-Zuhayli pula menyatakan wajib menyempurnakan serah terima (al-qabd)
secara perbuatan dengan serahan hakiki. Dan tidak memadai sekadar membiarkan kosong
antara dua orang yang berkontrak. Ini kerana kekosongan itu tidak memberi makna
sempurnanya al-qabd. Pada hari ini, al-qabd hukmi atau al-qabd secara curuf adalah
diterima pakai, sebagaimana diterimanya al-qabd haqiqi seperti penyerahan melalui cek
atau kertas pengiraan173
.
2.3.1.2.1. Bentuk-Bentuk Qabd174
Seperti yang diketahui, al-qabd adalah proses perpindahan atau pengambil alihan hak milik
barangan yang dijual, al-qabd terbahagi kepada dua ketogeri iaitu qabd haqiqi atau qabd
hissi dan qabd hukmi atau qabd macnawi.
a. Qabd haqiqi175
Qabd haqiqi iaitu pengambil alihan pemilikan secara jelas atau secara fizikal. Ia dilakukan
mengikut bentuk barang yang dijual iaitu yang pertama apabila barang tersebut boleh dialih
atau manqul seperti buku, makanan dan sebagainya. Ia berkesan apabila pembeli
172
Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4.h.378.
173 Muhammad al-Zuhayli. (2007). op. cit., j.3. h.129 - 130. 174 Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). “Sharicah Issues in Short Selling as Implemented in the Islamic Capital Market
in Malaysia”. Kertas kerja di bentangkan di Muctamar Aswaq al-Auraq al-Maliyyah wa al-Bursot, al-
Mucktamar al-cIlmi al-Sanawiyyah al-Khamis cAshar, Jamicyyah al-Imarat al-cArabiyyah al-Mutahaddah, h.7 175 Ibid, h.8
68
mengambil atau menerima barang dengan tangan atau dengan kemampuan yang lain
semasa pembayaran dilakukan.
Yang kedua apabila harta tersebut harta tidak alih atau caqar seperti tanah dan bangunan,
qabd berkesan apabila pemilik asal memberi kebenaran kepada pembeli untuk mengawal
atau melakukan apa-apa aktiviti yang dikehendaki oleh pembeli tanpa sebarang halangan
daripada penjual seperti penjual memberi kunci rumah kepada pembeli tanda perpindahan
milik rumah. Dalam kontek masa kini, qabd haqiqi dikira sempurna apabila nama pemilik
baru atau pembeli telah dicatat atau ditukar di dalam geran atau sijil pemilikan.
b. Qabd hukmi176
Qabd hukmi iaitu pengambil alihan pemilikan barangan bukan secara fizikal tetapi keadaan
sifatnya masih sama dengan qabd haqiqi, terdapat beberapa cara atau bentuk qabd hukmi
iaitu:
i. Takhliyyah – Memberi Kebenaran Penuh177
Pembeli memiliki akses sepenuhnya terhadap barang jualan dengan kebenaran penjual.
Seperti contoh jika pembeli membeli kelengkapan rumah seseorang (penjual), dan penjual
memberi kunci rumah sambil berkata “Aku memberi kebenaran untuk kamu mengambil
barang jualan”. Oleh itu penjual telah memberi kebenaran kepada pembeli untuk
mengambil barang jualan tanpa halangan.
176 Ibid 177Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). op. cit., h.8 : Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.418 .
69
ii. Muqassah – Hutang Balas178
Sesuatu penyelesaian hutang secara tersirat antara dua pihak, yang menyebabkan kedua-dua
pihak tidak lagi mempunyai hutang antara satu sama lain lagi. Contohnya Ali berhutang
dengan Abu sebanyak RM1000 kemudian Abu pula mempunyai hutang daripada Ali
sebanyak RM1000 juga, ini bermakna kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai hutang
sesama mereka, dan qabd baru tidak diperlukan.
iii. Itlaf- Kerosakkan179
Jika pembeli merosakkan barang yang dijual dalam tangan penjual maka dia dikira telah
menerima serahan barang tersebut dan dipertangungjawabkan ke atas harga barang
tersebut. Ini kerana pemberian kebenaran untuk menggunakan atau mengakses ke atas
barang tersebut telah diimplimentasikan dengan pembeli boleh menguruskan barangan
tersebut secara baik atau pun merosakkannya.
iv. Penerimaan Serahan Terlebih Dahulu180
Qabd hukmi juga boleh berlaku dengan penerimaan serahan terlebih dahulu dengan
mengimplimentasikan qabd yang telah berlaku di awal akad yang lain atau secara
mudahnya jika barang yang hendak dibeli telah berada di tangan pembeli. Sebagai contoh
di dalam kontrak ijarah thumma al-baic, qabd yang pertama adalah atas akad ijarah
kemudian barang tersebut dijual terus kepada pembeli atau penyewa, oleh itu qabd yang
pertama telah berkesan terhadap serahan barang selepas akad jual beli berlaku tanpa
diperlukan kepada qabd yang baru.
178 Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). op. cit., h.9. 179Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). op. cit., h.9. : Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit. j.4,. h.419. : 180Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). op. cit., h.9. : Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit. j.4. h.421.
70
v. Menyimpan dan Memberi Pinjaman kepada Pembeli
Jika penjual menyimpan barang yang dijual kepada pembeli atau memberi pinjaman
kepadanya maka pembeli dikira telah menerima serahan barang itu, kerana simpanan dan
pinjaman barang kepada pemilik atau pembeli adalah tidak sah. Demikian juga jika pembeli
menitipkan barang yang dibeli kepada orang lain atau memberi pinjaman kepadanya dan
dia menuntut supaya penjual menyerahkan barang tersebut kepada orang lain atau
wakilnya, maka dengan ini jika penjual menyerahkannya bermakna pembeli telah
menerima serahan (qabd)181
.
Dewasa kini penggunaan qabd hukmi sangat meluas terutamanya di dalam sistem
perbankan Islam antara contoh penggunaan qabd hukmi di bawah akad al-sarf adalah182
:
i. Sekiranya pelanggan mengadakan akad al-sarf dengan bank dalam situasi
pembelian mata wang dengan mata wang yang berbeza untuk akaun pelanggan
ii. Sekiranya pemiutang atau bank dengan arahan pelanggan membuat potongan wang
daripada akaunnya untuk memasukkan ke dalam akaun pihak lain dengan mata
wang yang berbeza di bank itu sendiri atau bank lain.
iii. Penerimaan cek jika ia mengandungi simpanan yang boleh dikeluarkan dengan mata
wang yang tercatat di atasnya ketika ia ditunaikan.
181 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.420. 182 Mohamed Fairooz. (2011). “Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak”. Kertas kerja
Konvensyen Kewangan Islam. Shah Alam, Selangor. h.5.
71
iv. Penerimaan penjual terhadap resit bayaran yang ditandatangani daripada pemegang
kad kredit (pembeli) dalam situasi yang membolehkan pihak bank mengeluarkan
kad kredit tersebut untuk membayar wang itu kepada penerima kad tanpa tangguh.
2.3.1.3. Tunai atau Tiada Tangguhan
Majoriti ulama’ telah menetapkan syarat di dalam al-sarf tidak boleh ditangguhkan iaitu
harus tunai walaupun jenisnya sama atau berbeza183
. Kontrak al-sarf disyaratkan tidak ada
penangguhan oleh dua pihak yang berkontrak atau salah seorangnya. Ini kerana penerimaan
dua barang tukaran adalah mesti sebelum berpisah. Penangguhan akan melewatkan
penerimaan. Oleh itu ia akan menyebabkan kontrak menjadi rosak184
. Hal ini kerana jual
beli secara tangguhan ini menyebabkan kontrak al-sarf menjadi rosak kerana wujud unsur
riba al-nasicah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:
صالح أبا أن ، دينار بن عمرو أخبرني: قال ، جريج ابن حدثنا
Terjemahannya : Daripada Ibn Juraij, dia berkata :
cAmru bin Dinar telah
mengkhabarkan kepadaku bahawa Abu Salih al-Zayyat mengkhabarkan
kepadanya, sesungguhnya ia mendengar Abu Sacid al-Khudri r.a berkata “
Dinar dengan dinar, dirham dengan dirham”. Aku berkata kepadanya, “
sesungguhnya Ibn cAbbas tidak mengatakan”. Abu Sa
cid berkata “Aku bertanya
183 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4.h.382. : Ibn cAbd al-Barr. (2000). op. cit., j.6. h.362. ; Ibn Rushd.
(1982). op. cit., j.2. cet.6. h.195 184 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3662 185 Al-Bukhari. (1400H). op. cit., j.3. h.108. no : 2179.
72
kepadannya dengan mengatakan ‘Apakah engkau mendengar daripada Nabi
s.a.w atau engkau dapatkan dari kitab Allah?’ Dia berkata: “Semua itu tidak
aku katakana, dan kalian lebih mengetahui tentang Rasulullah s.a.w daripada
aku, akan tetapi cUsamah telah mengkhabarkan kepadaku bahawa Nabi s.a.w
bersabda “Tidak ada riba kecuali pada jual beli tidak tunai”
.
Terjemahannya : Dari Syucbah, dia berkata : Habib bin Abu Thabit telah
mengkhabarkan kepadaku, dia berkata : Aku mendengar Abu Minhal berkata :
“Aku bertanya kepada Bara’ bin cAzib dan Zaid bin
cArqam r.a tentang al-
sarf”, maka berkata salah seorang daripada mereka “Ini lebih baik bagiku”,
kemudian mereka berdua berkata : “ Rasulallah s.a.w melarang jual beli emas
denagn perak dengan cara berhutang atau tangguh”
Imam Malik berkata, sabda Rasulullah s.a.w “ Emas untuk perak adalah riba kecuali
secara tunai” dan cUmar Ibn al-Khattab berkata : “Jika seseorang meminta kamu
menunggu untuk bayaran sehingga dia kembali semula ke rumahnya, maka jangan
tinggalkannya”. Kerana jika dikembalikan dirham kepadanya dari pertukaran selepas dia
tinggalkannya, ianya seperti suatu hutang atau suatu penangguhan. Untuk sebab ini, ianya
dilarang dan pertukaran al-sarf itu terbatal. Sesungguhnya cUmar mahukan agar semua
emas, perak dan makanan tidak boleh dijual untuk sesuatu yang akan dibayar atau diberikan
kemudian187
.
186 Ibid. j.3. h.109. no : 2181. 187 Imam al-Malik (1997). Al-Muwatta’. Beirut : Dar al-Gharab al-Islami. j.2. h.123.
73
Jika orang yang membuat penangguhan menggugurkan penangguhannya sebelum berpisah,
kemudian mereka berpisah setelah masing-masing menerima tukarannya, maka kontrak itu
menjadi harus.
2.3.1.4. Kontrak Mestilah Muktamad iaitu Tiada Khiyar188
Syarat
Di dalam kontrak al-sarf tidak harus disertakan khiyar syarat189
oleh dua pihak yang
berkontrak atau salah seorang daripadanya, ini kerana penerimaan (al-qabd) di dalam
kontrak ini adalah syarat sah. Oleh itu, khiyar syarat ini boleh menggugat kesempurnaan
al-qabd yang disyaratkan oleh syarac190
. Dengan itu, khiyar syarat menjadikan barangan
tersebut tidak bertukar dengan pemilikan sempurna191
oleh pembeli atau menghalang
daripada thabit terhadap hak milik sempurna keatas barang yang dikontrak, dengan itu
wujudnya unsur penangguhan hak milik dan ia menjejaskan konsep al-qabd (penerima
tukaran sepenuhnya sebelum berpisah) yang disyaratkan di dalam al-sarf. Maka jika
disyaratkan khiyar ini batallah kontrak itu192
.
Menurut al-Kasani pula, jika terdapat khiyar syarat bagi kedua-dua barang atau pada salah
satu barang dalam urusniaga, maka kontrak al-sarf itu menjadi fasad atau tidak sah. Hal ini
188 Khiyar ialah orang yang berkontrak boleh meneruskan atau membatalkan kontrak.; Lihat Wahbah al-
Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3516. 189 Khiyar Syart ialah satu pihak atau kedua-dua pihak yang berkontrak mempunyai hak sama ada hendak
meneruskan akad yang dibuat atau memfasakhkannya (membatalkannya) jika pilihan bersyarat itu
diisyaratkan dalam akad. Contohnya seorang penjual berkata kepada pembeli, “Saya jual benda ini kepada
awak dan awak boleh membuat pilihan dalam masa tiga hari.”. Maksudnya ialah pembeli boleh membuat
pilihan samada hendak meneruskan akad tersebut atau memfasakhkannya dalam tempoh tiga hari. Lihat ;
Faizah Ismail. (1995), op. cit., h.142. : Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3516. 190
Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.366 191 Pemilikan sempurna ialah memiliki zat sesuatu benda bersama dengan manfaatnya, diaman segala hak yang diakui adalah sabit untuk pemilik itu. Pemilikan tidak sempurna pula membawa maksud memiliki zat
harta sahaja ataupun memliki manfaatnya sahaja. ; lihat Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.4. h.2894 –
2895. 192 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3661.
74
kerana penjual dan pembeli tidak dapat melakukan serah terima (al-qabd), sedangkan serah
terima (al-qabd) di dalam akad ini merupakan syarat berkekalannya kontrak yang sah.
Selain itu khiyar syarat menegah berkekalan akad dari segi hukum dan menegah kesahihan
akad193
.
Akan tetapi jika pemilik khiyar menggugurkan khiyarnya dalam majlis atau menggunakan
khiyar majlis194
, kemudian kedua pihak yang berkontrak pun berpisah, maka kontrak itu
menjadi harus195
.
Ini berlainan dengan khiyar rucyah
196 dan khiyar
caib
197. Kedua-dua khiyar ini tidak
menghalang sabitnya pemilikan pada barang jualan. Ia juga tidak menghalang berlakunya
penerimaan yang sempurna. Jika dua pihak yang berkontrak berpisah dan dalam kontrak itu
terdapat khiyar caib atau ru
cyah maka kontrak itu harus
198.
Imam al-Syafici berkata di dalam kitabnya al-
cUmm yang bermaksud apabila ada seseorang
menukar wang dengan orang lain sebanyak 1 dinar dengan 10 dirham atau beberapa dinar
dengan beberapa dirham, lalu ia mendapati 1 dirham daripadanya adalah palsu atau dirham
tersebut cetakannya dan fizikalnya adalah buruk, maka tidak mengapa bagi si pembeli
untuk menerimanya atau mengembalikan wang tersebut kepada tuannya semula. Akan
193 Al-Kasani. (1998), Badaci al-Sanaci fi Tartib al-Sharaci. Beirut : Dar Ihyak al-Turath al-cArabi. j.4. h.459. 194 Khiyar majlis ialah salah satu daripada kedua-dua pihak yang berkontrak mempunyai hak membatalkan
kontrak selama mana mereka berdua berada dalam majlis kontrak, dan tamatnya tempoh khiyar ini setelah
kedua-dua pihak yang berkontrak itu berpisah : Lihat Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3516 . 195 Wahbah Al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3661. 196
Khiyar rucyah ialah hak memilih salah satu pihak yang berkontrak sama ada hendak meluluskan akad yang
dibuat atau menfasakhkannya setelah dia melihat subjek kontrak itu. Lihat : Faizah Ismail. (1995) op. cit., h.146. : Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3516. 197 Khiyar caib ialah hak memilih untuk membatalkan akad atas sebab-sebab kecacatan pada subjek kontrak
berkenaan. Lihat : Faizah Ismail (1995) op. cit., h.150 : Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3516. 198 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3661 : Muhammad al-Zuhayli. (2007). op. cit., j.3. h.131.
75
tetapi perkara mengembalikan wang tersebut menjadi sah jika semasa akad kontrak
dilaksanakan, mereka bersepakat untuk membuat khiyar caib atau diperbolehkan untuk
dikembalikan wang tersebut. Sebaliknya apabila telah disepakati suatu syarat bahawa
penukaran wang tersebut tidak boleh dikembalikan semula, maka jika dikembalikan semula
wang tersebut menjadi tidak sah.199
Tetapi dalam penjualan mata wang dan segala jenis hutang, khiyar rucyah tidak tergambar
kerana kontrak itu sah ke atas bandingannya dan bukan cainnya.
2.3.2. Akad Dan Unsur Sampingan dalam Transaksi Emas200
i. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan
ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan
tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syara’. Perlu diberi perhatian
bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam
bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual,
maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
ii. Penglibatan wadicah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum-
hakam wadiah, di mana pegangan wadicah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
iii. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk
menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn
199 Al-Syafici. (2002). op. cit., j.3. h.39. 200 Parameter Pelaburan Emas, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-96, pada 13-15 Oktober 2011.
76
yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syara’. Namun secara teorinya,
perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia
menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
iv. Wacad boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah Wa
cad dari
sebelah pihak dan bukannya muwacadah dari kedua-dua belah pihak. Contoh
aplikasi Wacad dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan
membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian
pembelian ini dinamakan (kunci harga). Sekiranya proses kunci harga adalah
menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku
penangguhan.
v. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya,
termasuklah memberi pinjaman (qard) kepada orang lain. Tetapi hendaklah
memenuhi kriteria qard yang dibenarkan syara’, tidak boleh membawa unsur faedah
dan tidak wujud unsur “salaf wa baic” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual
beli.
2.4.0. Pengenalan Kepada Al-qard al-Hasan
Di dalam bab ini juga dibincangkan mengnenai teori kontrak al-qard kerana produk akaun
pelaburan emas yang ditawarkan oleh KFHMB menggunakan kontrak al-sarf bersama
dengan kontrak al-qard, di mana dapat dilihat dalam produk ini kontrak al-qard berfungsi
apabila emas yang dibeli oleh pelanggan boleh diberi simpan kepada KFHMB dengan
77
menggunakan kontrak al-qard, dan KFHMB akan memberi penyata atau slip urus niaga
kepada pelanggan sebagai tanda hak milik pelanggan terhadap emas tersebut, disebabkan
itulah produk ini dinamakan sebagai akaun pelaburan emas.
2.4.1. Definisi al-Qard al-Hasan
Al-qard menurut pengertian bahasa adalah potong iaitu memotong sebahagian harta untuk
diberikan kepada seseorang dalam bentuk pinjaman201
.
Menurut istilah fuqaha’ pula, al-qard ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada
orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan202
. Manakala kalimah al-hasan pula bermaksud yang baik apabila digandingkan
dengan al-qard, kalimah ini di gandingkan bertujuan untuk menguatkan maksud al-qard
203.
2.4.2. Rukun al-Qard
Mengikut jumhur fuqaha’, terdapat 3 rukun al-qard iaitu, sighah yakni ijab dan qabul,
orang yang berakad iaitu pemberi hutang dan penerima hutang dan yang ketiga ialah subjek
transaksi iaitu barang yang dihutangkan sama seperti rukun seperti jual beli204
.
201 Ibn Manzur. (2003). Lisan al-cArab, Kaherah : Dar al-Hadith, j.7. h. 314. 202
Al-Shaibani. (1983). Nail al-Marib. Beirut : Maktabah al-Falah. j.1. h.367. : Al-Sharbini. (1997). op. cit.,
j.2.h.153. : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyiq : Dar al-Qalam. j.6. h.101. 203 Osman Sabran. (2001). Urusniaga al-Qard al-Hasan : Dalam Pinjaman Tanpa Riba. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia. h.61 204 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.153 : Al-Shaiban.i (1983). op. cit., j.6. h.104.
78
2.4.2.1. Sighah (ijab dan qabul)
Kontrak ini tidak sah dilakukan kecuali dengan lafaz ijab dan qabul, ini kerana ia
merupakan kontrak pemberian milik kepada seseorang manusaia205
, ia tidak sah dilakukan
tanpa ijab dan qabul sama seperti jual beli dan hibah206
. Contohnya “saya bagi hutang” dan
“saya berhutang”, walau bagaimanapun, tidak disyaratkan hanya menggunakan perkataan
hutang sahaja, boleh digunakan apa sahaja perkataan yang membawa erti yang sama
dengan hutang207
. Kontrak ini perlu mengandungi sighah iaitu penawaran daripada
pemiutang dan persetujuan daripada penghutang kerana sighah ini menjadi bukti kerelaan
kedua-dua pihak, tidak memadai hanya dengan hulur menghulur sahaja seperti jual beli208
.
2.4.2.2. Orang yang Berakad (pemiutang dan penghutang)
Orang yang berakad mestilah mempunyai fikiran yang waras iaitu sudah baligh dan
berkelayakan untuk melakukan perintah agama, menguruskan harta209
dan berkelayakkan
untuk menderma atau memberi sumbangan (ahliyyah al-tabarruc)
210, ini kerana hutang
termasuk di dalam kontrak pertukaran barang kepada pihak lain seperti jual beli211
. Selain
itu, pemberi hutang atau pemiutang mestilah berkelayakan untuk melakukan tasarruf
keatas harta tersebut, adalah tidak sah memberi hutang harta daripada barang orang lain
atau barang yang tidak boleh diserahkan, dan sesiapa yang mentasarrufkan harta orang lain
205 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.128. 206 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h721. 207 Sayyid Sabiq (1999). op. cit., j.3. h.128 : Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.153. 208 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367 : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op.
cit., j.6. h.104. 209 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4,. h.721. : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.101. 210 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367. : Al-Kasani. (2003). Badaci al-Sonaci’. Bierut : Dar Kutub al-cIlmiyyah. j.10.h.596. 211Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.101.
79
tanpa darurat, kontrak tersebut terbatal212
. Kontrak ini juga mestilah berlaku atas dasar
pilihan sendiri iaitu kerelaan diri sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak213
.
2.4.2.3. Subjek Kontrak (Barang)
Jumhur fuqaha’ menyatakan kontrak hutang boleh dibuat pada semua barang yang boleh
dimiliki secara jual beli kecuali manusia214
, tetapi mestilah dinyatakan kadar215
dan
spesifikasi barangan tersebut216
supaya jika wujud perbezaan ia hanya membabitkan
perbezaan yang kecil sahaja. Barangan tersebut juga mestilah sah untuk dilakukan jual beli
secara jual beli salam217
.
Oleh itu, sah memberi hutang dalam bentuk dirham, dinar, gandum , barli, roti, daging,
pakaian dan sebagainya218
yang dikategorikan sebagai barang mithli219
. Demikian juga
boleh dijadikan hutang dalam bentuk haiwan, harta tak alih dan sebagainya220
yang
dikategorikan sebagai barangan qiymi yang boleh dinyatakan spesifikasinya221
. Bagi
barangan qiymi yang tidak boleh dinyatakan spesifikasinya dan barang qiymi yang tidak
boleh dihutangkan iaitu barangan qiymi yang tidak sah dijual beli secara jual beli salam,
terdapat dua pendapat mengenai barangan tersebut, tetapi pendapat yang paling sahih ialah
tidak dibenarkan kerana barangan yang tidak dapat dinyatakan spesifikasinya tidak dapat
212 al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2.h.154. : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op.
cit., j.6. h.101. 213 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.104 214 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367. 215 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992),.op. cit., j.6. h.106. 216 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1, h.367. 217
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6h.105.
218 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.129. 219 al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.154. 220 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.129. 221 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.129 : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op.
cit., j.6. h.105.
80
atau sukar diganti222
. Bagi al-Sharbani dan al-Kasani iaitu ulama’ mazhab hanafi tidak
boleh dihutangkan barangan qiymi kerana tidak mungkin dapat dipulangkan serupa
dengannya223
.
Selain itu, barang yang dihutangkan itu perlulah memenuhi 2 syarat iaitu, yang pertama
kadar hutang diketahui ketika hutang dibuat, samada dalam bentuk sukatan, timbangan,
bilangan atau ukuran. Hal ini kerana untuk untuk memastikan barangan tersebut boleh
dipulangkan seumpama dengannya. Yang kedua ialah hutang tersebut mestilah satu jenis
dan tidak boleh bercampur jenis dengan yang lain iaitu sebagai contoh tidak boleh
dicampurkan gandum dengan barli, hal ini kerana apabila bercampur, sukar untuk
memulangkan yang seumpama dengannya224
.
2.4.3. Pemilikan Hutang
Menurut pendapat yang paling sahih, penghutang memperolehi hak milik barangan yang
dihutangkan ketika penerimaan atau qabd225
, manakala menurut al-Kasani qabd merupakan
salah satu syarat yang wajib di dalam kontrak hutang226
ini membawa erti apabila berlaku
penerimaan barang maka penghutang telah memperoleh hak milik barangan tersebut. Oleh
itu ulama’ sependapat bahawa penghutang boleh menggunakan barangan tersebut sebaik
sahaja menerimanya. Ini menunjukkan hak miliknya telah disahkan sebelum penggunaan
tersebut. Jika dia tidak memiliki hutang tersebut pada ketika menerimanya, sudah tentu dia
222
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.105.
223 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.155 : Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10.h.596. : Wahbah al-Zuhayli (2004). op. cit., j.5. h.723. 224 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.106. 225 Ibid. 226 Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. h.596.
81
tidak berhak menggunakannya227
. Oleh itu, kesan setiap subjek kontrak hutang iaitu barang
telah berpindah hak penjagaan, tanggungjawab dan operasi ke atas pihak yang berhutang
dan bukan lagi bagi pihak pemiutang.
2.4.4. Bayaran Hutang
Seperti mana yang dimaklumi, barangan yang dipinjamkan mestilah barangan mithli atau
qiymi dengan spesifikasi yang dinyatakan, oleh itu pembayaran hutang perlulah
menggunakan barangan yang sama dengannya jika ada, jika tidak ada ia wajib dibayar
dengan barangan yang sama nilai dengannya228
. Dan pihak pemiutang tidak boleh
mensyaratkan bayaran tambahan atau keuntungan kepada penghutang atau mendapatkan
manfaat daripada hutang tersebut229
. Ini kerana setiap hutang yang membawa manfaat
dikira sebagai riba230
, tetapi pihak penghutang dibenarkan memberi lebihan dengan
kerelaan hati tanpa syarat kepada pemiutang sebagai membalas jasa atau menghargai
pertolongannya231
, ini kerana yang dikatakan riba itu adalah jika disyaratkan pertambahan
atau manfaat semasa berlakunya akad232
.
227 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.106 228 Ibid, j.6. h.108 229 Al-Shaibani (1983). op. cit., j.1. h.368. : Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.153 : Al-Kasani. (2003). op.
cit., j.10. h.597. ; Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.110. ; Ibn
Qudamah. (1999). op., cit. j.6. h.436. 230 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3, h.129 : Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10..h.597. 231 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.368 : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.129 : Al-Sharbini. (1997). op.
cit., j.2. h.156 : Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. 597 : Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.724. 232 Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. h.597.
82
2.4.5. Tempoh Hutang
Pemiutang berhak menuntut penghutang membayar semula hutang pada bila-bila masa
selepas penghutang menerima barangan tersebut. Ini kerana menurut hukum hutang,
penghutang diwajibkan memulangkan semula hutang pada ketika pemiutang menuntutnya
semula. Alasannya kontrak ini tidak boleh disabitkan bayaran tambahan dan dengan itu
tidak boleh disabitkan tempoh tertentu233
. Justeru itu, jika terdapat tempoh tertentu yang
dijadikan sebagai syarat dalam kontrak, pemiutang tidak perlu memenuhi syarat tersebut
dan syarat tersebut dianggap sebagai syarat yang tidak diterima pakai234
, manakala menurut
al-Kasani tempoh itu bukan kebiasaan di dalam hutang235
.
Oleh itu, mengikut jumhur ahli fiqh tidak harus disyaratkan tempoh di dalam kontrak al-
qard, jika sesuatu kontrak al-qard ditangguhkan kepada sesuatu tempoh tertentu maka ia
tidak menjadi tangguh malah ia tetap menjadi tunai236
. Ini membawa erti bahawa setiap
barangan yang dipinjamkan wajiblah dipulangkan semula tetapi tidak ada waktu tertentu
untuk dipulangkan, ia mengikut budi bicara pemiutang dan penghutang, jika penghutang
mempunyai barangan tersebut maka diwajibkan terus untuk membayarnya dan jika ia tidak
mempunyai berangan tersebut ketika pemiutang memintanya maka dia wajib memulangkan
juga barangan tersebut tetapi di lain waktu.
233 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.108 234 Ibid, j.6. h.111. 235 Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. h.600. 236 Wahbah al-Zuhayli (1985). op. cit., j.5. h.721: Sayyid Sabiq (1999). op. cit., j.3. h.128.
83
2.5. Kesimpulan
Kesimpulan daripada bab ini, didapati untuk menyempurnakan transaksi akaun pelaburan
emas yang di tawarkan oleh KFHMB, terdapat empat teori asas atau instrumen yang perlu
di ambil kira bagi memastikan ia selaras dengan kehendak prinsip ekonomi Islam iaitu,
teori pelaburan, jual beli, tranasaksi emas (al-sarf) dan hutang (al-qard).
84
Bab 3. Operasi Pelaksanaan Akaun Pelaburan Emas di Kuwait Finance House
Malaysia Berhad (KFHMB)
3.1. Pendahuluan
Dalam bab ini, dibincangkan mengenai operasi pelaksanaan akaun pelaburan emas di
KFHMB. Di Malaysia terdapat 5 buah bank yang menawarkan produk Akaun Pelaburan
Emas, tetapi kajian ini memilih KFHMB sebagai subjek kajian kerana hanya KFHMB
sahaja yang menawarkan produk Akaun Pelaburan Emas berasaskan prinsip Syariah. Selain
KFHMB 4 buah institusi perbankan lain yang menawarkan produk ini ialah Maybank,
CIMB Bank, Public Bank dan United Overseas Bank (UOB), kesemua bank-bank ini
kecuali KFHMB menawarkan produk Akaun Pelaburan Emas berasaskan sistem
konvensional.
Permulaan bab ini dihuraikan mengenai latar belakang KFH secara umum yang
merangkumi sejarah awal penubuhan KFH di Kuwait, sejarah penubuhan KFHMB di
Malaysia, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KFHMB dan seterusnya
pengkaji menghuraikan mengenai pelaksanaan Akaun Pelaburan Emas KFHMB yang
merangkumi prinsip Syariah yang mendasari produk tersebut, pelaksanaan operasi Akaun
Pelaburan Emas KFHMB, kedudukan emas dalam simpanan bank, cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh pihak bank di atas penawaran produk ini dan kelebihan Akaun Pelaburan
Emas KFH berbanding produk Akaun Pelaburan Emas daripada bank-bank lain di
Malaysia.
85
3.2. Pengenalan
Diperbadankan pada tahun 1977 di Kuwait, Kuwait Finance House KSC (KFH) menjadi
bank pertama yang mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah dalam operasi perbankan di
sana. Kuwait Finance House (KFH) telah muncul sebagai salah satu daripada bank-bank
utama Islam di dunia seperti Nasser Social Bank, Bank Pembangunan Islam (IDB) di
Mesir, Bank Islam Dubai, Bank Islam Faisal dan sebagainya237
. KFH mempunyai operasi
perniagaan di Bahrain, Turki, Jordan, Arab Saudi, Malaysia, Singapura, Australia, Emiriah
Arab Bersatu, Oman dan Bangladesh. Digelar ‘Harvard of Islamic banks’ dalam isu 2007
majalah Forbes, KFH telah memperoleh pengiktirafan global dengan menerima pelbagai
anugerah berprestij tempatan dan antarabangsa238
. Pengiktirafan ini membuktikan kekuatan
kewangan, kualiti aset dan kecekapan dan profesionalisme pekerjanya.
KFH telah memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2005. Penubuhan KFH di
Malaysia merupakan sebahagian dari agendanya untuk mengembangkan aktiviti perbankan
berteraskan Syariah. Di Malaysia, KFH dikenali sebagai Kuwait Finance House (Malaysia)
Berhad atau singkatannya KFHMB. KFHMB adalah bank Islam asing pertama yang telah
diberikan lesen di bawah Akta Bank Islam (Malaysia) 1983 . Operasi KFHMB di negara ini
berpusat di Menara Etiqa, Jalan Pinang Kuala Lumpur. KFHMB merupakan anak syarikat
milik penuh KFH, yang beroperasi di Malaysia dengan galakan Bank Negara Malaysia
(BNM) untuk membuka industri perbankan Islam di negara ini kepada perbankan asing
seperti yang disyorkan di bawah Sektor Induk Pelan Kewangan239
.
237 Mustafa Dakian. (2005). Sistem Kewangan Islam: Instrumen, Mekanisme dan Pelaksanaannya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Ditributors Sdn. Bhd. h. 48 238 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. http://www.KFHMB.com.my/. (18 November 2011). 239 Ibid.
86
Berdasarkan kronologi penubuhannya di Malaysia, sejarah KFHMB bermula apabila Bank
Negara Malaysia (BNM) telah menawar dan mengumumkan untuk menerbitkan lesen
kepada tiga buah bank Islam asing untuk beroperasi di Malaysia pada September 2003.
Pada Mei 2004, BNM telah meluluskan permohonan KFHMB untuk menjadi bank Islam
asing yang pertama di Malaysia. Setahun kemudian, Kementerian Kewangan Malaysia
telah menganugerahkan lesen kepada KFHMB untuk memulakan aktivitinya di Malaysia.
Pada bulan Ogos 2005, KFHMB telah memulakan operasi di Malaysia dengan pembukaan
cawangan pertamanya di Kuala Lumpur. KFHMB juga merupakan bank Islam pertama
yang diberi lesen pengedar oleh suruhanjaya sekuriti pada Februari 2006. Penubuhan
KFHMB secara rasmi telah dilancarkan pada 17 Februari 2006 oleh Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi240
.
KFHMB juga berperanan sebagai ibu pejabat serantau KFH di rantau Asia Pasifik, peranan
utama KFHMB adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan Syariah
yang inovatif kepada pelanggan-pelanggan KFH di Asia Pasifik. Di samping itu, KFHMB
juga bertindak sebagai perantara dan pemudah cara untuk menggalakkan pelaburan dan
perdagangan dua hala antara Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah. Selain itu Anak
syarikat milik penuh KFH iaitu Kuwait Finance House (Labuan) Berhad diberi lesen untuk
menjalankan perniagaan perbankan luar pesisir di Wilayah Persekutuan Labuan241
.
KFHMB menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah dan
kewangan di bawah Akta Perbankan Korporat dan Pelaburan, Perdagangan, dan Runcit dan
Hal Ehwal Pengguna serta Perbendaharaan dan Perniagaan Antarabangsa. Di samping itu,
240Ibid. 241Ibid.
87
KFHMB juga telah menubuhkan KFH Asset Management Sdn Bhd untuk menyediakan
aktiviti-aktiviti pengurusan aset dan dana, merangkumi ekuiti swasta, pelaburan alternatif
dan unit amanah242
.
3.3. Produk dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh KFHMB
KFHMB merupakan antara bank Islam yang tertua di dunia, justeru itu telah banyak
berlakunya pembaharuan, pengubahan, pembaikan pada setiap produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan. Maka telah lahirlah pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkualiti
serta berlandaskan syariah bagi mengisi keperluan masyarakat. Penawaran produk dan
perkhidmatan ini adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan membangunkan
sistem ekonomi Islam seterusnya menegakkan syiar Islam.
Di Malaysia, produk dan perkhidmatan KFHMB tidak jauh beza dengan penawaran
daripada bank-bank komersial yang lain, produk dan perkhidmatan KFHMB boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu, bahagian perbankan pengguna, perbankan perniagaan
dan perbankan pelaburan dan korporat. Pembahagian produk dan perkhidmatan ini dapat
dilihat melalui jadual berikutnya.
242 Ibid.
88
Jadual 3.1: Produk dan Perkhidmatan Perbankan Pengguna KFHMB
Produk dan Perkhidmatan Perbankan Pengguna KFHMB
1) Akaun Deposit
- Akaun Simpanan Asas-i
- Akaun Simpanan-i
- Akaun Semasa -i
- Akaun Semasa Matawang asing-i
2) Akaun Pelaburan
- Akaun Pelaburan Am-i
- Akaun Pelaburan Am Mata Wang
Asing-i
- Akaun Emas-i
3) Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan
- Tabung Unit Amanah Islam
- PA Bayaran Balik KFH Takaful
- Penulisan Wasiat KFH Wasiat-i
- PA KFH Kembara
4) Perkhidmatan Pembiayaan
- Pembiayaan Perumahan Musharakah
Mutanaqisah – i
- Pembiayaan Perumahan-i
- Pembiayaan Peribadi Murabahah-i
- Pembiayaan Peribadi Sektor Kerajaan-i
- Automobil Ijarah-i
5) Perkhidmatan Lain
- Kiriman
- Western Union
- Perbankan Prioriti
- Arahan Tetap
- KFH MM2H Hijrah-i
- Deposit Kotak Keselamatan-i
- Auto – Sweep Facility
Sumber: Laman Web KFHMB, http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1 (21
November 2011)
89
Jadual 3.2: Produk dan Perkhidmatan Perbankan Perniagaan KFHMB
Produk dan Perkhidmatan Perbankan Perniagaan KFHMB
1) Akaun Deposit
- Akaun Semasa-i
- Akaun Semasa Mata Wang Asing
KFHMB-i
2) Akaun Pelaburan
- Akaun Pelaburan Am-i
- Akaun Pelaburan Am Mata Wang
Asing-i
3) Perkhidmatan Pembiayaan
- Pembiayaan Perdagangan-i
- Pembiayaan Projek-i
- Pembiayaan Kontrak -i
- Pembiayaan Modal Kerja-i
- Pembiayaan Aset-i
- Pembiayaan Bersandarkan Aset-i
4) Perkhidmatan Perniagaan Antarabangsa
- Overview (penilaian)
- Acheivement (pencapaian)
5) Perkhidmatan Perbendaharaan
- Kontrak FX Promissory KFHMB-i
- Deposit Murabahah Komoditi Antarabangsa
KFHMB-i
Sumber: Laman Web KFHMB, http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=2 (21
November 2011)
Jadual 3.3: Produk dan Perkhidmatan Perbankan Pelaburan dan Korporat KFHMB
Produk dan Perkhidmatan Perbankan Pelaburan dan Korporat KFHMB
1) Perbankan Pelaburan
2) Pelaburan Korporat
3) Penasihat Korporat
4) Pasaran Modal Islam
5) Perbendaharaan
6) Penyelidikan
7) Perniagaan Antarabangsa
Sumber: Laman Web KFHMB, http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=3 (21
November 2011)
90
3.4. Latar Belakang Penawaran Akaun Pelaburan Emas
Akaun Pelaburan Emas di KFHMB dikenali sebagai Akaun Emas-i, akaun ini berada di
bawah bahagian produk pelaburan bagi sektor perbankan pelanggan. Akaun Emas-i adalah
akaun yang membolehkan pelanggan untuk membuat pelaburan emas dengan cara yang
selesa, selamat dan murah tanpa perlu menyimpan emas secara fizikal. Produk ini
dilancarkan pada 29 April 2010. Faktor penawaran produk ini adalah kerana gaya
pelaburan masyarakat telah menunjukkan peningkatan terhadap pelaburan emas, ini adalah
kerana pelaburan emas mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, antaranya emas
merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai
logam berharga, emas juga mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya
malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang243
. Sasaran produk ini adalah
kepada semua lapisan masyarakat.
3.5. Operasi Perlaksanaan Akaun Emas-i
3.5.1. Kontrak Syariah Akaun Emas-i
Akaun Emas-i yang dilaksanakan oleh KFHMB menggunakan kontrak baic al-sarf dan al-
qard sebagai alat pendasarnya244
. Al-sarf bermaksud penjualan matawang dengan mata
wang yang sejenis atau tidak sejenis, iaitu menjual emas dengan emas atau perak dengan
perak atau emas dengan perak sama ada dalam bentuk emas dan peraknya iaitu fizikal emas
243
Louis Ng. (2009). op. cit., h.183-186. : James Ross McCown dan John R. Zimmerman. (2006). “Is Gold a
Zero-Beta Asset? Analysis of the Investment Potential of Precious Metals”. Working Paper Series. h.1-6. Available at SSRN: http://ssrn.com/abstract=920496. (Dilayari pada 14/7/2011) 244 Temubual bersama Encik Hidayat Harun Pegawai Pembangunan Produk, Kuwait Finance House
(Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala
Lumpur.
91
atau dalam bentuk wang245
. Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa segala transaksi emas
atau perak samada dalam bentuk “al-tibr” iaitu serbuk atau cecair logam, cainnya dan apa
jua bentuknya, hukumnya juga diklasifikasikan sebagi baic al-sarf
246. Hal ini dapat kita lihat
pada sabda Rasulallah s.a.w yang memenuhi syarat al-sarf yang digariskan oleh mejoriti
ulama’, iaitu :
Terjemahannya : Daripada cUbadah bin Samit r.a, beliau berkata :
“Rasulallah s.a.w bersabda : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, barli dengan dengan barli, kurma dengan kurma, garam
dengan garam, sejenis ditukar dengan sejenis, tunai dengan tunai dan sama
ukuran dengan sama ukuran. Jika kadar dan sifat kesemua ini berbeza, maka
lakukanlah jual beli itu sebagaimana kamu mahu, selagi mana ia dilakukan
dengan cara tunai.
Manakala al-qardu atau al-qard menurut pandangan syara’ adalah sesuatu yang
dipinjamkan atau hutang diberikan. Menurut istilah para fuqaha’, hutang ialah memberi hak
milik sesuatu barang kepada orang lain dengan syarat orang tersebut mengembalikannya
tanpa tambahan248
.
Di bawah akaun ini, pelanggan akan membeli emas daripada KFHMB dalam bentuk gram
dengan tertakluk di atas kontrak baic al-sarf. Kemudian emas tersebut akan didepositkan ke
245 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op.cit., j.5. h.3659. ; Ibn Rushd. (1982). op.cit., j.2. cet.6. h.194. 246
Ibn cAbd al-Barr. (2000). op. cit., j.6, h.347 247 Al-Nawawi. (1994) . op. cit., j.11. h.16. no : 4039. 248 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.120
92
dalam Akaun Emas-i di atas kontrak al-qard dengan KFHMB sebagai penghutang
(muqtarid) dan pelanggan sebagai pemiutang (muqrid).
3.5.2. Pembukaan Akaun Emas-i
Bagi pelanggan yang belum memiliki Akaun Semasa atau Akaun Simpanan, pelanggan
hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan dikehendaki membuka Akaun Semasa atau Akaun
Simpanan terlebih dahulu dengan nilai minimum RM250 dengan mengisi Borang
Pembukaan RIM atau Akaun249
, kemudian disusuli dengan membuka Akaun Emas-i
dengan mengisi Borang Permohonan KFH Akaun Emas-i250
.
Pembukaan Akaun Emas-i dilakukan dengan membeli minimum emas sebanyak 5 gram
bagi minor, 10 gram atau lebih bagi individu dan 50 gram bagi bukan individu mengikut
harga emas semasa. Emas yang dibeli akan direkodkan di dalam slip urus niaga yang
dikeluarkan oleh KFHMB, slip urusniaga tersebut menyatakan jumlah pembelian emas dan
baki akaun. Kemudian pihak bank akan memberikan kepada pelanggan slip urus niaga
tersebut dan kad pelanggan sebagai bukti langganan produk tersebut, di kad tersebut tertera
nama dan nombor akaun pelanggan251
. Perlu diingatkan, Akaun Emas-i ini merupakan
akaun tanpa buku, tetapi Penyata Akaun252
akan dihantar oleh pihak bank kepada
pelanggan setiap suku tahunan atau tempoh lain yang ditentukan oleh pihak bank atau akan
249
Rujuk lampiran 1 250 Rujuk lampiran 2 251 Temubual dengan Encik Ahmad Zaini Ariffin, Pengurus Pembangunan Produk, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala
Lumpur. 252 Rujuk lampiran 3
93
disediakan apabila diminta oleh pelanggan. Gambaran pembukaan Akaun Emas-i dapat
dilihat dengan mudah melalui gambarajah 3.2
Gambarajah 3.1 : Carta Pembukaan Akaun Emas-i
Sumber : KFHMB
3.5.3. Pembelian Emas atau Penambahan Emas
Selepas pembukaan Akaun Emas-i, pelangggan boleh membeli emas tambahan (top up)
pada bila-bila masa pada hari perniagaan daripada KFHMB dengan mengisi borang belian
emas iaitu Borang Arahan KFH Akaun Emas-i253
yang telah disediakan oleh pihak bank.
Pelanggan dikehendaki membeli emas tidak kurang dari 5gram dan dalam gandaan 1, 5, 10,
50 dan 100 gram. Setelah pihak bank menerima borang permohonan pelanggan, pihak
KFHMB akan terus serta merta merekodkan urusniaga pembelian dalam slip urus niaga dan
seterusnya dalam penyata suku tahunan yang dikeluarkan oleh KFHMB mengikut kuantiti
emas yang dibeli oleh pelanggan dan harga emas pada masa tersebut. Pembelian emas
253 Rujuk lampiran 4
SYARAT PEMBUKAAN AKAUN EMAS-I
Pelanggan disyaratkan membuka akaun semasa
atau akaun simpanan terlebih dahulu - 'Borang
Pembukaan RIM atau Akaun'
Pembukaan Akaun Emas-i dengan pembelian minimum 10 gram bagi individu dan 50
gram bagi bukan individu - 'Borang Permohonan KFH
Akaun Emas-i'
Slip urus niaga akan dikeluarkan kepada
pelanggan oleh KFHMB dengan menyatakan jumlah
pembelian emas
Akaun ini merupakan akaun tanpa buku simpanan, oleh
itu setiap suku tahunan pihak KFHMB akan
menghantar penyata akaun kepada pelanggan
Selesai
94
melalui wang tunai adalah tidak dibenarkan. Wang tunai perlu dimasukkan terlebih dahulu
ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa KFHMB.
3.5.4. Penjualan Emas
Pelanggan boleh mengarahkan KFHMB menjual emas yang terdapat di dalam akaun pada
hari perniagaan dengan melengkapkan borang penjualan iaitu Borang Arahan KFH Akaun
Emas-i254
yang ditetapkan oleh pihak KFHMB. Setiap penjualan yang dilakukan akan terus
direkodkan di dalam slip urus niaga dan seterusnya dalam penyata suku tahunan yang
dikeluarkan oleh KFHMB. Penjualan emas perlulah melalui secara langsung dengan
menghadiri diri ke mana-mana cawangan KFHMB dan mengisi borang Arahan KFH
Akaun Emas-i, harus di ingatkan penjualan emas tidak boleh dilakukan melalui internet
atau mesin ATM255
.
Hasil jualan akan dibayar kepada pelanggan dengan dikreditkan ke dalam Akaun simpanan
atau Akaun Semasa pelanggan atau dengan cara lain yang ditentukan oleh KFHMB dan
dipersetujui oleh pelanggan pada waktu jualan itu berlaku.
Penjualan emas oleh pelanggan mestilah tidak boleh kurang dari 5 gram dan dengan
gandaan 1, 5, 10, 50 dan 100 gram dan baki di dalam akaun tidak boleh kurang daripada 2
gram emas256
.
254
Rujuk lampiran 4 255 Temubual dengan Encik Ahmad Zaini Ariffin. op. cit. 256 Temubual dengan Encik Hidayat Harun. op. cit.
95
3.5.5. Permintaan atau Pengeluaran Emas Fizikal
Pelanggan boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun dalam dedominasi 1, 5, 10, 50,
100 gram atau denominasi lain seumpamanya seperti yang ditentukan oleh KFHMB.
Pengeluaran emas fizikal hendaklah berlaku secara langsung dengan melengkapkan borang
pengeluaran emas fizikal yang dikeluarkan oleh KFHMB iaitu Borang Arahan KFH Akaun
Emas-i dan segala transaksi pengeluaran emas fizikal tidak dikenakan sebarang caj kepada
pelanggan. Pelanggan boleh mengeluarkan emas fizikal di cawangan lain dengan syarat
jumlah maksimum pengeluaran adalah tidak melebihi 50 gram dalam tempoh 3 bulan.
Setelah menyerahkan Borang Arahan KFH Akaun Emas-i, pelanggan akan terus diberi
emas fizikal yang dibalut dan mengandungi kod bar tersediri. Kod bar dan pembalut ini
bertujuan bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan emas semasa ia dipulangkan (dijual
kepada bank semula) dan unutk memastikan identiti pemilik emas diketahui jika berlaku
kecurian257
.
Jika pihak bank tidak mempunyai fizikal emas yang mencukupi untuk permintaan
pelanggan, pihak bank akan menentukan tarikh tertentu dan tempat atau cawangan tertentu
untuk pelanggan mengambil fizikal emasnya tersebut. Sekiranya pelanggan gagal atau
terlupa menghadiri diri di cawangan yang ditetapkan oleh KFHMB pada tarikh
pengambilan emas, maka pelanggan dan KFHMB bersetuju bahawa pihak KFHMB akan
memegang dan menyimpan Emas yang dikeluarkan itu sehingga pelanggan mengambil
emas fizikal tersebut daripada KFHMB258
.
257 Temubual dengan Encik Ahmad Zaini Ariffin. op. cit. 258 Temubual dengan Encik Hidayat Harun. op. cit.
96
3.5.6. Penjualan atau Deposit Semula Emas Fizikal Kepada KFHMB
Pelanggan boleh menjual semula emas fizikal yang dikeluarkan kepada KFHMB pada
harga belian yang ditetapkan oleh bank dengan syarat pembungkusan dan pelekat
keselamatan emas fizikal kekal dan tidak terjejas serta nombor bersiri dan kod bar yang
tercetak pada bahagian depan pembungkusan mestilah sepadan dengan rekod KFHMB259
.
Jumlah minimum penjualan emas fizikal kepada pihak KFHMB adalah sebanyak 1 gram.
Pelanggan perlu melengkapkan borang penjualan emas iaitu Borang Arahan KFH Akaun
Emas-i dan menyerahkan borang tersebut dan emas fizikal kepada pihak bank, kemudian
hasil jualan emas akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa yang
ditetapkan oleh pelanggan.
Pelanggan tidak dibenarkan secara terus mendepositkan semula emas fizikal yang telah
dikeluarkan ke dalam Akaun Emas-i, tetapi pelanggan boleh menjual fizikal emas tersebut
kepada pihak bank dengan harga belian (bagi pihak bank) yang ditetapkan oleh KFHMB,
kemudian hasil jualan tersebut dimasukkan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan
pelanggan, kemudian pelanggan akan membeli semula emas tersebut dengan harga jualan
(bagi pihak bank) yang di tetapkan oleh KFHMB. Pelanggang perlu memastikan keadaan
emas seperti asal semasa ia dikeluarkan dengan jumlah minimum deposit semula adalah 5
gram dan selebihnya dengan gandaan 1 gram260
.
259 Ibid. 260 Ibid.
97
3.5.7. Harga Belian dan Jualan261
Harga belian yang dibuat oleh pelanggan merupakan harga jualan bagi pihak KFHMB.
Manakala harga jualan yang dibuat oleh pelanggan merupakan harga belian bagi pihak
KFHMB. Harga jualan dan belian emas ditentukan oleh KFHMB menurut budi bicara
tunggal dan mutlak mereka dengan mengambil kira pelbagai faktor yang disifatkan
berkaitan oleh KFHMB termasuk keadaan semasa pasaran emas dunia dan tempatan pada
masa tersebut, kadar pertukaran antara Dollar Amerika syarikat (USD) dengan Ringgit
Malaysia (RM) dan kehalusan emas.
Segala penentuan harga jual beli emas ini ditentukan oleh bahagian treasury operation
KFHMB. Harga belian dan jualan emas boleh dilihat di cawangan KFHMB pada setiap hari
waktu bekerja dan di dalam laman web rasmi KFHMB.
3.5.8 Penutupan Akaun Emas-i262
Akaun Emas-i disifatkan sebagai telah ditutup apabila kesemua emas yang terdapat di
dalam akaun dikeluarkan oleh pelanggan atau dijual oleh pelanggan. KFHMB juga berhak
menghalang pelanggan daripada mengendalikan akaun, jika KFHMB mengesyaki bahawa
Akaun Emas-i KFHMB digunakan untuk apa jua tujuan yang menyalahi undang-undang.
261 Ibid . 262 Kuwait Finance House Malaysia Berhad, www.kfhmb.com.my. (26 Disember 2011)
98
3.6. Status Emas di Bank
Kedudukan emas di bank adalah seperti kedudukan wang deposit, di mana produk ini
berdasarkan konsep dan ciri-ciri deposit wang263
, oleh itu emas di dalam simpanan bank
boleh bergerak bebas menjadi perantaraan kepada transaksi yang seterusnya.
Emas yang dipinjamkan kepada bank akan disimpan oleh bank sehinggalah pelanggan
mengeluarkan fizikal emas atau menjual emas tersebut. Di maklumkan simpanan emas di
bank tidak dikenakan sebarang upah atau caj sepanjang langganan produk tersebut264
.
Emas yang disimpan oleh pelanggan tidak ditentukan fizikal tertentu di dalam simpanan
bank, akan tetapi pelanggan mengetahui pemilikan emasnya dengan bukti yang tercatat di
dalam slip urusniga yang dikeluarkan oleh bank semasa transaksi berlaku. Oleh itu
pelanggan bebas mengeluarkan fizikal emas di mana-mana cawangan bank selagi mana ia
mempunyai simpanan emas seperti yang tercatat di dalam slip urusniaganya265
.
3.7. Cabaran Pihak Bank
Setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank mempunyai masalah dan
cabaran yang menghalang produk tersebut daripada diterima oleh masyarakat, antara
cabaran bagi produk Akaun Emas-i KFHMB ini adalah mengenai tanggapan masyarakat
mengenai akaun Emas-i tidak mempunyai emas fizikal yang menghalang mereka memiliki
263 Temubual dengan Encik Ahmad Zaini Ariffin, op. cit. 264 Temubual dengan Encik Hidayat Harun, op. cit. 265 Ibid.
99
fizikal emas, ini kerana pelaburan ini berasakan sistem akaun. Oleh itu masyarakat kurang
percaya mengenai produk ini266
.
Cabaran yang lain yang dihadapi oleh pihak bank adalah mengenai emas 99.5 yang
ditawarkan oleh KFHMB, di mana bank menjual emas 99.5 ini dengan harga emas 99.9.
Sedangkan pelanggan boleh mendapatkan emas 99.9 dengan harga emas 99.5 yang
ditawarkan oleh pihak KFHMB di bank lain mahupun di kedai emas atau syarikat emas.
Hal ini menjadikannya kurang daya tarikan kepada pelanggan yang mementingkan
ketulenan emas267
.
3.8. Isu-Isu yang Timbul
Pada bahagian ini dibincangkana mengenai masalah atau isu yang timbul berkaitan
perlaksanaan akaun pelaburan emas KFHMB, di mana pengkaji akan menghuraikan atau
membincangkan permasalahan ini pada bab 4 iaitu dalam analisis kajian.
Permasalahan yang pertama adalah berkaitan dengan fizikal emas. Oleh kerana emas fizikal
milik pelanggan yang disimpan tidak ditentukan oleh bank, maka bank bebas menggunakan
mana-mana emas untuk dijadikan bahan transaksi untuk pelanggan seterusnya, oleh itu
timbulnya isu jika emas yang dimiliki oleh bank telah habis dilanggan, sedangkan bank
masih membuka kaunter langganan untuk pelanggan baru. Isu yang timbul adalah
mengenai emas yang dijual oleh pihak KFHMB mungkin tidak mencukupi atau tiada.
266 Temubual dengan Encik Ahmad Zaini Ariffin. op. cit. 267 Ibid.
100
Isu yang kedua adalah mengenai pembelian permulaan pembukaan akaun Emas-i, melalui
Borang Permohonan KFH Akaun Emas-i tidak dinyatakan emas yang dibeli dipinjamkan
semula kepada pihak bank, sedangkan emas yang dibeli terus dikreditkan kedalam akaun
pelanggan dengan kontrak al-qard seperti mana yang tercatat di dalam borang terma dan
syarat268
. Oleh itu isu yang timbul adalah tiada akad pinjaman yang berlaku antara
pelanggan dengan pihak bank, sedangkan diketahui kontrak pendasar produk ini ialah al-
sarf dan al-qard. Begitu juga semasa pembelian tambahan yang seterusnya, di dalam
Borang Arahan Akaun Emas-i, hanya terdapat akad pembelian emas tetapi tidak
mempunyai akad simpanan semula kepada bank. Oleh itu, adakah tidak ada akad simpanan
(al-qard) emas kepada pihak bank atau mungkin terdapat 2 kontrak di dalam 1 akad yang
termeterai dengan mengisi 1 borang sahaja.
Isu yang ketiga adalah mengenai tempoh serahan emas fizikal, pihak bank akan memberi
serta merta emas fizikal kepada pelanggan yang ingin mengeluarkannya, akan tetapi jika
bank tidak memiliki emas yang mencukupi seperti yang diminta oleh pelanggan bank akan
menetapkan masa yang lain untuk memulangkan keseluruhan emas yang dipohon oleh
pelanggan, penangguhan permohonan ini menjadi isu kerana transaksi emas tidak boleh
berlaku secara tangguh.
268 Rujuk lampiran 5
101
3.9. Perbandingan Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas KFHMB Dengan Akaun
Pelaburan Emas Perbankan Komersial Lain di Malaysia.
Di Malaysia, pada awal 2012 terdapat 5 buah bank komersial yang menawarkan Akaun
Pelaburan Emas, pada tahun 1997 Maybank merupakan bank petama yang telah
menawarkan sebuah produk Akaun Pelaburan Emas, diikuti oleh Public Bank pada tahun
2007 , Kuwait Finance House pada tahun 2010, Unite Overseas Bank UOB pada 2010 dan
CIMB Bank pada 2011
3.9.1. Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas Bank-Bank Komersial di Malaysia
3.9.1.1. Akaun Pelaburan Emas di Maybank269
Akaun pelaburan emas Maybank dilancarkan pada tahun 1997 dengan nama Akaun
Simpanan Emas, kemudian pada tahun 2008 produk ini telah dijenamakan semula dengan
nama yang baru iaitu Akaun Pelaburan Emas Maybank (Maybank Gold Investment
Account / MGIA). Emas yang ditawarkan adalah jenis 999.9 dan tiada faedah diberikan
terhadap pelaburan pelanggan.
Akaun ini atau MGIA tidak memerlukan pelanggan memiliki Akaun Simpanan atau Akaun
Semasa di Maybank terlebih dahulu untuk melanggan produk ini, pelanggan boleh
membuka terus akaun ini dengan pembelian minimum 1 gram emas. Setelah membuka
akaun MGIA, pelanggan akan diberi buku akaun, segala transaksi pembelian dan penjualan
emas akan direkodkan ke dalam buku tersebut, di dalam buku tersebut akan direkodkan
jumlah atau baki emas, emas yang dibeli atau dijual oleh pelanggan di dalam unit gram
269 Maybank, http://www.maybank2u.com.my. (23November 2011).
102
beserta harga semasa emas yang telah ditentukan oleh bank pada waktu transaksi tersebut
berlaku.
Pelanggan boleh menambah emas (top up) selepas membuka akaun MGIA dengan
minimum belian 1 gram, mengikut harga yang telah ditetapkan oleh Maybank. Pelanggan
boleh membeli secara tunai atau dengan mendebitkan terlebih dahulu ke dalam Akaun
Simpanan atau akaun Semasa pelanggan.
Pelanggan juga boleh menjual emas di dalam MGIA dengan penjualan minimum 1 gram,
mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pihak bank. Hasil jualan tersebut boleh
diterima secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun Simpanan atau akaun Semasa
pelanggan. Baki minimum untuk MGIA adalah sebanyak 1 gram.
Kaedah operasi MGIA adalah dengan menggunakan kaedah Buku Akaun. Harus diketahui
bahawa produk ini tidak membenarkan pengeluaran fizikal emas, segala transaksi emas
adalah berdasarkan kepada harga emas yang telah ditetapkan oleh pihak bank pada waktu
tersebut.
3.9.1.2 Akaun Pelaburan Emas di Public Bank270
Akaun pelaburan emas di Public Bank dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA),
GIA mula beroperasi pada 21 April 2008. Untuk melanggan produk ini, pelanggan haruslah
mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa di Public Bank. Untuk membuka GIA
270Public Bank, http://www.pbebank.com/. (23 November 2011).
103
pelanggan dikehendaki membeli minimum emas sebanyak 10 gram, pelanggan akan diberi
buku akaun selepas pembukaan akaun dilakukan, segala transaksi pembelian dan penjualan
emas akan direkodkan di dalam unit gram beserta harga yang ditetapkan oleh bank pada
waktu tersebut. Emas yang ditawarkan adalah jenis 99.9 dan tiada faedah diberikan kepada
para pelanggan.
Untuk melakukan pembelian tambahan selepas pembukaan akaun, pelanggan dikehendaki
membeli minimum emas 5 gram dan dalam gandaan 1 gram untuk selebihnya, mengikut
harga jualan (bagi pihak bank) yang di tentukan oleh bank, pembayaran boleh dilakukan
secara tunai, Akaun Simpanan, Akaun Semasa pelanggan atau house cheque.
Pelanggan boleh menjual emasnya dengan nilai minimum jualan adalah 5 gram dan
gandaan 1 gram untuk selebihnya berdasarkan harga belian (bagi pihak bank) semasa yang
ditentukan oleh pihak bank. Pelanggan boleh mendapatkan pembayaran melalui tunai atau
dikreditkan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan.
Di Public Bank, pengeluaran fizikal emas adalah dibenarkan, Public Bank menyediakan 2
unit gram fizikal emas kepada pelanggan iaitu 50 gram dan 100 gram, pelanggan akan
mengambil fizikal emasnya hanya di cawangan yang ditentukan oleh pihak bank sahaja.
Caj pengeluaran akan dikenakan kepada pelanggan sebanyak RM 220 untuk unit 50 gram
dan RM 240 bagi unit 100 gram. Dan segala transaski deposit emas terus ke dalam akaun
tidak dibenarkan, pelanggan dikehendaki menjual terlebih dahulu fizikal emas yang
dikeluarakan dan membeli semula emas untuk dimasukkan ke dalam akaun pelanggan.
104
Baki minimum untuk GIA adalah sebanyak 2 gram, caj sebanyak RM 10 akan dikenakan
jika baki emas di dalam Buku Akaun pelanggan adalah kurang daripada 10 gram pada
setiap 31 Disember.
Selain mengunjung ke cawangan public Bank untuk membuka akaun GIA atau melakukan
traksaksi jual dan beli, Public Bank juga menawarkan operasi melalui dalam talian. Segala
operasi termasuk pembukaan akaun, pembelian dan penjualan emas dibolehkan pada setiap
hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi sehingga 4.45 petang. Pembelian dan
penjualan emas melalui dalam talian akan diberi diskaun harga, minimum transaksi iaitu
jual dan beli adalah sebanyak 5 gram.
3.9.1.3. Akaun Pelaburan Emas di United Overseas Bank (UOB) 271
Dilancarkan pada 15 oktober 2010 dengan nama Gold Saving Account (GSA) dengan
penawaran emas jenis 999.9 dan pelabur tidak diberikan faedah di atas pelaburan mereka.
Pelanggan dikehendakai mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa terlebih dahulu
untuk melanggan produk ini. Dengan nilai minimum pembukaan akaun adalah 20 gram,
pelanggan tidak diberi Buku Akaun tetapi akan diberi Penyata Akaun setiap bulan dan slip
urus niga bagi transaksi jual beli emas. Pembayaran pembukaan akaun adalah melalui
Akaun Simpanan atau Akaun Semasa dan tidak dibenarkan membayar dengan tunai.
Minimum baki bagi akaun ini adalah 10 gram.
271 United Overseas Bank, http://www1.uob.com.my/ l. (23 November 2011).
105
Untuk membeli emas selepas pembukaan akaun, minimum pembelian seterusnya adalah
sebanyak 5 gram dan gandaan 5 gram untuk selebihnya, pembayaran adalah melalui Akaun
Simpanan dan Akaun Semasa, pembayaran tunai adalah tidak dibenarkan. Bagi penjualan
emas, minimum penjualan emas adalah sebanyak 5 gram dan gandaan 5 gram bagi
selebihnya, hasil jualan akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan
pelanggan.
Permintaan untuk fizikal emas adalah bergantung kepada budi bicara bank dan caj akan
dikenakan bagi pengeluaran emas fizikal tersebut. Pelanggan tidak boleh mendepositkan
fizikal emas secara terus ke dalam akaun pelanggan. Bagi setiap baki emas di dalam
Penyata Akaun kurang daripada 10 gram pada setiap akhir bulan, pelanggan akan
dikenakan caj sebanyak RM 2 setiap bulan.
3.9.1.4. Akaun Pelaburan Emas di CIMB Bank272
Akaun Pelaburan Emas di CIMB Bank dilancarkan pada 17 Januari 2011 dikenali sebgai
Gold Deposit Account (GDA). Sebelum melanggan GDA, pelanggan dituntut memiliki
Akaun Semasa atau Akaun Simpanan terlebih dahulu. Ketulenan emas yang ditawarkan
bagi GDA adalah jenis 99.9 dan tiada faedah diberikan kepada para pelabur.
Pembukaan akaun GDA adalah dengan pembelian minimum 10 gram emas. Pembayaran
dibuat melalui Akaun Simpanan atau Akaun Semasa pelanggan di CIMB, pembayaran
tunai adalah tidak dibenarkan. Selepas pembukaan akaun, pelanggan diberi Buku Akaun
272 CIMB Bank, http://www.cimbbank.com.my/. (23 November 2011).
106
yang akan dicatatkan di dalamnya segala transaksi pembelian dan jualan emas berdasarkan
harga emas semasa yang ditetapkan oleh CIMB dan juga jumlah baki emas yang dimiliki
oleh pelanggan.
Untuk pembelian tambahan selepas pembukaan akaun, pelanggan dikehendaki membeli 5
gram emas dan selebihnya dengan gandaan 1 gram, pembayaran juga melalui Akaun
Simpanan atau Akaun Semasa. Untuk menjual emas yang dibeli, pelanggan dikehendaki
menjual minimum 5 gram emas dan gandaan 1 gram bagi selebihnya, hasil bayaran ini akan
diterima melalui kredit ke Akaun Semasa atau Akaun Simpanan. Pembayaran secara tunai
adalah tidak dibenarkan bagi pembelian atau penjualan emas.
Di CIMB juga dibenarkan untuk pengeluaran fizikal emas, minimum pengeluaran fizikal
emas adalah 100 gram dan selebihnya dengan gandaan 100 gram, setiap pengeluaran fizikal
emas dikenakan caj sebanyak RM 1 per gram. Deposit semula fizikal emas terus ke dalam
akaun adalah tidak dibenarkan, pelanggan dikehendaki menjual semula fizikal emas kepada
bank dengan harga belian bank, kemudian pelanggan membeli semula emas untuk
dimasukkan ke dalam akaun dengan harga jualan bagi pihak bank. Baki minimum dalam
Buku Akaun mestilah tidak kurang dari 1 gram. Caj akan di kenakan sebanyak RM 5 jika
baki emas di dalam buku akaun adalah kurang daripada 10 gram pada setiap 31 Disember.
107
3.9.2. Analisis Perbandingan Perlaksanaan Produk Akaun Pelaburan Emas Antara
Bank di Malaysia
Jadual 3.4 : Perbandingan Perlaksanaan Produk Akaun Pelaburan Emas Antara
Bank di Malaysia
KFHMB Maybank Public
Bank
UOB CIMB
Tarikh Pelancaran 29/4/2010 1997 21/4/2008 15/10/2010 17/1/2011
Kehalusan Emas 99.5 999.9 99.9 999.9 99.9
Minimum Deposit
/ Pembukaan
Akaun
10 gram 1 gram 10 gram 20 gram 10 gram
Minimum Baki
Akaun
2 gram 1 gram 2 gram 10 gram 1 gram
Minimum
Pembelian Emas
Tambahan
5 gram dan
gandaan 1
gram
selebihnya
1 gram dan
gandaan 1
gram
selebihnya
5 gram dan
gandaan 1
gram
selebihnya
5 gram dan
gandaan 5
gram
selebihnya
5 gram dan
gandaan 1
gram
selebihnya
Pembayaran
Belian
Debit
Akaun
Simpanan/
Semasa
-Tunai
-Debit
Akaun
semasa/
Simpanan
-House
Cheque
-Tunai
-Debit
Akaun
Simpanan/
Semasa
-House
Cheque
Debit
Akaun
Simpanan /
Semasa
Debit
Akaun
Simpanan /
Semasa
Minimum
Penjualan Emas
5 gram 1 gram 5 gram 5 gram 5 gram
Penerimaan Jualan -Kredit ke
Akaun
Semasa/
simpanan
-Tunai
-Kredit ke
Akaun
Semasa/
simpanan
-Tunai
-Kredit ke
Akaun
Semasa/
simpanan
-Kredit ke
Akaun
Semasa/
simpanan
-Kredit ke
Akaun
Semasa/
simpanan
Kadar Perbezaan
Jualan dan Belian
(berdasarkan
harga jualan dan
belian pada 12
Jan 2012)
4.2% 4.1% 3.9% 1.2% 3.3%
Pengeluaran Emas
Fizikal
-Ya
-Minimum
1 gram
-Tidak -Ya
-Minimum
50 gram
-Bergantung
Kepada
Budi Bicara
Bank
-Ya
-Minimum
100 gram
Caj Pengeluaran
Fizikal Emas
Tiada - -RM 220
bagi 50
gram
Akan Di
Kenakan
Rm 1 Per
gram
Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di Bank-Bank Komersial Malaysia
108
-RM 240
bagi 100
gram
Deposit Semula
Fizikal Emas ke
Dalam Akaun
Tidak - Tidak Tidak Tidak
Penjualan Semula
Fizikal Emas
Kepada Bank
Ya - Ya Ya Ya
Lain-Lain Caj Tiada Tiada RM 10 jika
Baki Akaun
Pada 31 Dis
Kurang dari
10 gram
RM 2 jika
Baki Akaun
Pada Setiap
Bulan
Kurang dari
10 gram
RM 5 jika
Baki Akaun
Pada 31 Dis
Kurang dari
10 gram
Faedah Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
Transaksi Internet Tiada Tiada Ya Tiada Tiada
Konsep Syariah -Al-Sarf
-Al-Qard
Tiada Tiada Tiada Tiada
Sumber : Diubahsuai daripada bank-bank komersial di Malaysia273
3.9.3. Kelebihan Akaun Emas-i KFHMB Berbanding Akaun Pelaburan Emas Bank
Lain
Akaun Emas-i adalah merupakan produk akaun pelaburan emas berasaskan prinsip Syariah
yang pertama di Malaysia dan merupakan produk tunggal berlandaskan prinsip Syariah
yang berada di pasaran Malaysia. Setakat kajian ini dilakukan terdapat 4 buah bank lain
yang menawarkan produk akaun pelaburan emas iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank
dan UOB Bank, di mana keempat bank tersebut tidak mematuhi kreteria sebagai produk
Syariah dan diletakkan di bawah penyeliaan produk konvensional. Oleh itu, produk Akaun
Emas-i KFHMB adalah produk yang menjadi pilihan masyarakat islam yang
mementingkan status halal Syariah.
273 Temubual dengan Encik Hidayat Harun. op. cit. : Temubual dengan Encik Ahmad Zaini. op. cit. : CIMB Bank, http://www.cimbbank.com.my. (1 Disember 2012). : UOB Bank, http://www1.uob.com.my. (1
Disember 2012).: KFHMB, http://www.kfh.com.my. (1 Disember 2012). : Public Bank,
http://www.pbebank.com. (1 Disember 2012). : Maybank, http://www.maybank2u.com.my. (1 Disember
2012).
109
KFHMB juga menawarkan emas fizikal jika pelanggan ingin mengeluarkan emas fizikal
yang disimpan, berbanding dengan beberapa bank yang lain emas fizikal tidak boleh
dikeluarkan, di mana transaksi jual beli emas hanya berlaku dalam penyata bank atau
passbook tanpa melibatkan fizikal emas, antara bank yang tidak menawarkan fizikal emas
dalam penawaran akaun pelaburan emas ialah Maybank.
Selain itu, simpanan yang dilakukan di KFHMB ini juga tidak dikenakan sebarang caj
bulanan atau tahunan dan tiada juga caj pengeluaran emas fizikal, hal ini membezakan
produk KFHMB dengan bank-bank yang lain. Bank-bank selain KFHMB mengenakan caj
simpanan dan caj pengeluaran emas fizikal seperti di CIMB, UOB dan Public Bank, di
mana setiap baki simpanan emas yang kurang daripada 10 gram akan dikenakan bayaran
bulanan atau tahunan274
. Selain itu pengeluaran emas fizikal juga dikenakan caj oleh bank
lain seperti CIMB, Public Bank dan UOB bagi setiap gram yang hendak dikeluarkan.
Seterusnya kelebihan Akaun Emas-i berbanding produk akaun pelaburan emas bank lain
adalah minimum fizikal emas yang boleh dikeluarkan adalah serendah 1 gram, di mana
bank lain seperti UOB dan CIMB bagi syarat minimum pengeluaran emas fizikal adalah
tinggi iaitu 50 gram bagi Public dan 100 gram bagi CIMB.
274Public Bank, http://www.pbebank.com. (1 Disember 2012). ; United Overseas Bank,
http://www1.uob.com.my/. (1 Disember 2012).
110
3.9.4. Kekurangan Akaun Emas-i KFHMB Berbanding Akaun Pelaburan Emas Bank
Lain
Setiap produk tidak lari daripada mempunyai kekurangan atau kelemahan, antara
kelemahan Akaun Emas-i adalah ketulenan emas adalah rendah berbanding dengan produk
akaun Pelaburan Emas dari bank-bank yang lain iaitu 99.5 berbanding 99.9 bagi produk
dari bank lain. Selain itu, jumlah minimum pembukaan akaun juga dikira tinggi iaitu 10
gram berbanding Akaun Pelaburan Emas Maybank iaitu 1 gram, begitu juga dengan jumlah
minimum pembelian tambahan dan penjualan emas iaitu 5 gram berbanding Maybank 1
gram.
Dari segi keberuntungan pelanggan, produk Akaun Pelaburan Emas UOB adalah sangat
menguntungkan, ini adalah kerana tanpa melihat kepada perubahan harga emas dunia,
perbezaan harga belian dan jualan emas di UOB adalah paling rendah iaitu dalam anggaran
1.2%, hal ini dapat memberi jumlah keuntungan yang maksimum kepada pelanggan
berbanding dengan produk dari bank-bank lain. Dapat diketahui kadar perbezaan harga
belian dan jualan di bank yang lain adalah sangat tinggi iatu di KFHMB 4.2%, Maybank
4.1%, Public Bank 3.9% dan CIMB 3.3%275
.
Dari segi produk mesra pelanggan dan fleksibel iaitu produk yang membolehkan setiap
golongan masyarakat yang berpendapatan rendah atau tinggi melanggan produk Akaun
Pelaburan Emas adalah daripada Maybank, hal ini adalah kerana pelanggan boleh melabur
atau membeli emas dengan kadar paling minimum iaitu 1 gram dan segala transaksi seperti
belian tambahan dan penjualan emas boleh dilakukan dalam kiraan serendah 1 gram sahaja.
275
CIMB Bank, http://www.cimbbank.com.my. (12 Januari 2012). : UOB Bank, http://www1.uob.com.my.
(12 Januari 2012). : KFHMB, http://www.kfh.com.my. (12 Januari 2012). : Public Bank,
http://www.pbebank.com. (12 Januari 2012). : Maybank, http://www.maybank2u.com.my. (12 Januari 2012).
111
Hal ini dapat memberi peluang kepada masyarakat yang berpendapatan rendah untuk
melanggan produk ini dan dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk menceburi
dalam bidang pelaburan.
3.10. Kesimpulan
Manusia yang berfikiran jauh akan sentiasa melakukan perancangan untuk menghadapi
sesuatu perkara. Bagi menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan pelbagai
perancangan perbelanjaan dilakukan untuk memastikan kelancaran dalam kehidupan.
Pelaburan adalah sebahagian daripada perancangan kewangan. Sekiranya manusia
mempunyai sedikit simpanan, mereka mungkin hendak melabur untuk memaksimumkan
pulangan. Di Malaysia terdapat pelbagai portfolio untuk melabur seperti amanah saham,
perlombongan, saham, hartanah, emas dan sebagainya. Tetapi dewasa kini masyarakat
dilihat telah memberi minat kepada pelaburan emas, hal ini adalah kerana harga emas
sentiasa meningkat naik dan mampu menjamin penyimpanan nilainya.
Masyarakat Islam merupakan mejoriti masyarakat di Malaysia, oleh itu keperluan kepada
produk dan perkhidmatan berasaskan prinsip-prinsip Islam di Malaysia adalah sangat
dituntut. Oleh itu, tanggal 29 april 2010 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
KFHMB telah melancarkan Akaun Emas-i untuk menyediakan produk pelaburan
berasaskan emas pertama yang berlandaskan prinsip syariah unutk keperluan umat Islam.
112
Bab 4 : Analisis Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di KFHMB Menurut
Perspektif Ekonomi Islam
4.0.Pengenalan
Setelah membincangkan mengenai konsep transaksi emas menurut perspektif ekonomi
Islam pada bab yang kedua dan perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di Kuwait Finance
House (Malaysia) Berhad (KFHMB) pada bab ketiga, maka dalam bab yang keempaat ini
pula dibincangkan mengenai analisis Akaun Pelaburan Emas yang dilaksanakan oleh
KFHMB menurut perspektif ekonomi Islam.
4.1. Analisis Pelaburan Menurut Perspektif Ekonomi Islam
4.1.1.Tidak Melabur Dalam Syarikat Atau Aktiviti Yang Diharamkan Syariah Dan
Mudarat.
Para pelabur tidak dibenarkan membuat pelaburan di syarikat yang menjalankan perniagaan
yang bertentangan dengan syariah seperti seperti arak, judi, maksiat dan sebagainya.
Pelaburan di dalam perkara mudarat seperti penghasilan dadah, penjualan senjata kepada
pengganas dan sebagainya juga ditegah dalam Islam, ini kerana setiap perkara yang
mudarat itu akan membawa kepada pencabulan ke atas maqasid syaricah iaitu menjaga
agama, jiwa, akal, keturunan dan harta276
.
276 Qutub Mustafa Sanu. (2000). op. cit., h.194
113
Oleh itu pelaburan emas yang di tawarkan oleh KFHMB bukan daripada aktiviti yang
diharamkan syariah dan memudharatkan, maka dengan itu aktiviti pelaburan emas adalah
diharuskan. Selain itu, pelaburan emas juga memberi kebaikan kepada masyarakat dari segi
keuntungan dan ia juga bertujuan untuk memelihara harta daripada susut nilai bagi
memastikan nilai harta berada dalam keadaan yang stabil atau nilainya semakin tinggi bagi
tujuan jaminan pada masa hadapan277
.
4.1.2.Tiada Jaminan Keuntungan Berdasarkan Modal Pelaburan.
Syarikat yang menawarkan instrumen pelaburan dilarang sama sekali membuat jaminan
keuntungan berdasarkan modal yang dilaburkan. Namun jaminan boleh dilakukan
berdasarkan peratusan keuntungan sebenar urusniaga perniagaan, hal ini berdasarkan syarat
keuntungan dalam kontrak mudarabah278
. Islam melarang jaminan dibuat ke atas modal
kerana ia melibatkan amalan riba. Larangan tersebut juga adalah kerana Islam
menghendaki sekiranya berlaku kerugian dalam aktiviti pelaburan sepatutnya kedua-dua
belah pihak menanggung kerugian tersebut bersama berdasarkan persetujuaan pada
perjanjian awal pelaburan279
.
Di KFHMB, para pelabur iaitu pelanggan Akaun Pelaburan Emas tidak diberikan
keuntungan berbentuk tetap mahupun peratusan, keuntungan pelabur hanya berdasarkan
perubahan harga emas semasa, iaitu pembelian emas pada harga pasaran emas rendah dan
menjual semula emas tersebut semasa pasaran harganya tinggi daripada harga semasa
277
Greg Tkacz. (2007). op. cit., h.12. 278 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op.cit. j.5. h.3937-3940. 279Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). op. cit., h.84.
114
belian dilakukan. Oleh itu Akaun Pelaburan Emas di KFHMB ini bebas daripada sifat
jaminan keuntungan berdasarkan modal yang dilaburkan.
4.1.3.Tiada Unsur Gharar
Gharar merupakan satu keadaan yang tidak pasti akan keberhasilan akad yang dilakukan
dalam transaksi, iaitu akan menyebabkan berlakunya keraguan tentang hasilnya atau
memberi kesan yang negatif selepas berlakunya transaksi280
.
Akad di dalam akaun Pelaburan emas KFHMB adalah berdasarkan akad al-sarf dan al-qard
al-hasan, di mana pelanggan akan membeli emas daripada KFHMB kemudian memberi
pinjaman kepada bank semula untuk disimpan atau digunakan oleh pihak bank, selain itu
pelanggan juga diberi hak untuk menjual atau mengambil fizikal emas pada bila-bila masa
yang dikehendakinya, maka dengan itu akad ini sangatlah jelas dan tiada berlaku keraguan
atau memberi kesan negatif selepas berlakunya transaksi ini.
4.1.4.Tiada Unsur Paksaan
Paksaan merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang tanpa kerelaan hatinya sendiri
dan ia dilakukan akibat tekanan yang telah dikenakan oleh pihak lain. Jumhur fuqaha’
berpendapat segala akad atau kontrak yang dibuat secara terpaksa adalah tidak sah dan
tidak melahirkan segala hukum, segala tindakan dan segala perkataan yang dilakukan
280 Ibn Hazm, cAli bin Ahmad. (t,t). Al-Muhalla. Beirut: Dar al-Afaq Al-Jadidah. j.8 h.343 ; Ibn Rushd.
(1982). op. cit., j.2. h.148 & 172. ; Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.102.
115
secara paksa dianggap sia-sia dan tidak melahirkan kesan281
. Oleh itu kewujudan elemen
paksaan dalam sesuatu kontrak akan mengakibatkan kontrak itu tidak sah.
Pihak KFHMB tidak memaksa mana-mana pihak, individu atau mana-mana organisasi
untuk melanggan produk ini, maka dengan itu pelanggan yang membeli produk ini adalah
atas dasar kerelaan mereka sendiri.
4.1.5.Tiada Unsur Riba
Riba dikategorikan kepada dua jenis iaitu riba al-fadl dan riba al-nasicah. Riba al-fadl
ialah sebarang pertambahan pada salah satu barang pertukaran dalam transaksi yang
melibatkan barangan ribawi282
. Contohnya Ali menjual sekilo kurma kepada Abu dengan
nilai dua kilo kurma. Manakala riba al-nasicah ialah kelewatan menyerahkan salah satu
barang pertukaran dalam transaksi yang melibatkan barang ribawi atau pertambahan yang
disyaratkan dalam akad pinjaman ekoran daripada penangguhan bayaran283
.
Di KFHMB, merujuk kepada isu atau permasalahan yang telah ditimbulkan oleh pengkaji
pada bab 3 mengenai tempoh serahan emas fizikal, di mana pihak bank akan memberi serta
merta emas fizikal kepada pelanggan yang ingin mengeluarkannya, akan tetapi jika bank
tidak memiliki emas yang mencukupi seperti yang diminta oleh pelanggan, bank akan
menetapkan masa yang lain untuk memulangkan keseluruhan emas yang dipohon oleh
pelanggan, penangguhan permohonan ini menjadi isu kerana transaksi emas tidak boleh
281 Faizah Ismail. (1995). op. cit., h. 134 282 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.125. ; Al-Sharbini. (1998). op. cit., j.3. h.30. 283 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.125. ; Al-Sharbini. (1998). op. cit., j.3. h.30.
116
berlaku secara tangguh disebabkan emas merupakan barangan ribawi dan kelewatan atau
penangguhan penyerahannya akan membawa kepada beralakunya riba al-nasicah.
KFHMB dengan jawapan bahawa emas yang dibeli adalah terus berpindah milik kepada
pihak pelanggan dengan deposit emas ke dalam akaun pelanggan dan masalah kelewatan
serahan emas jika tidak mengcukupi adalah tidak memberi apa-apa kesan kerana emas
tersebut memang telah dimiliki oleh pelanggan dan dibuktikan dalam slip transaksi atau
penyata akaun pelanggan284
. Oleh itu, transaksi jual beli emas antara pelanggan dengan
KFHMB telah selesai dan status emas di dalam akaun pelanggan yang disimpan atau di
pinjamkan kepada bank telah bertukar kepada milik bank dengan kontrak al-qard iaitu
pelanggan meminjamkan kepada pihak bank. Jika pelanggan ingin mengeluarkan emas
tersebut daripada bank, maka kelewatan serahan emas jika berlaku ketidak cukupan bekalan
emas di bank adalah berdasarkan kontrak al-qard yang bebas daripada riba al-nasicah iaitu
boleh berlakunya penangguhan285
.
4.1.6.Tiada Unsur Ihtikar
Keuntungan daripada pelaburan emas yang menggunakan medium akaun pelaburan emas
adalah berdasarkan kepada turun naik harga emas. Pelabur membeli emas pada harga yang
rendah dan menjualnya semasa harga tinggi, selagi mana harga emas tidak naik pelabur
284 Temubual dengan Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, Ketua Penasihat Syariah dan
Pembangunan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 5 Januari 2012 bertempat di
Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur. 285 Temubual bersama Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, Pensyarah Jabatan Syariah dan
Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Ketua Penasihat Syariah Hong Leong
Islamic Bank, pada 10 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.
117
tidak akan menjualnya bagi mengelakkan berlakunya kerugian. Oleh itu, secara kasarnya
gelagat ini menyerupai monopoli atau ihtikar.
Al-Barakati mengatakan fuqaha’ mendefinisikan ihtikar sebagai membeli sesuatu barang
dan menyimpannya untuk tujuan mendapatkan keuntungan disebabkan perbezaan harga.286
Amalan ini diharamkan berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w:
Terjemahanya: telah berkata Rasulullah s.a.w. Siapa yang ihtikar maka dia adalah
salah.
Imam al-Nawawi berkata: Berkata pakar Bahasa Arab: al-khati’, adalah al-casi
(melakukan maksiat) dan al-athim (berdosa)288
.
Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan:
من " : ليه وسلم ، يقولسمعت رسول الله صلى الله ع : معقل بن يسار قال
دخل في شيء من أسعار المسلمين ليغليه عليهم ، كان حقا على الله أن يقذفه
في معظم من النار يوم القيامة289
Terjemahanya: Sesiapa yang terlibat memanipulasikan harga barang
masyarakat Islam, untuk menaikkan harga mereka, Allah berhak menjadikan
286 Al-Barakati, Muhammad cAmin al-Ihsan al-Mujaddidi. (2003): Al-Tacrifat al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar al- Kutub al-cIlmiyyah. h.18. 287 Al-Nawawi (1930). op. cit., j.11. h.43. 288 Ibid. 289 Sulaiman, Ibn Daud. (1999). op. cit., j.3. h.242. no.970.
118
ke atas mereka dengan menuntunnya dengan tulang dari neraka pada hari
kiamat.
Menurut cUthman Syubair, dalam membahaskan pelaburan mata wang, aktiviti ini
sebenarnya bukan bertujuan memegang wang di tangan mereka. Mereka kemudiannya
mempengaruhi pasaran supaya harga naik dan mendapat untung yang besar bagi mereka
dari kerugian pihak lain, oleh itu pelaburan sebegini adalah diharamkan oleh syariah290
.
Begitu juga dengan sesuatu pelaburan lain yang bertujuan untuk mendapat keuntungan
daripada turun naik harga adalah menyerupai ihtikar. Ini kerana dengan menghimpun
bekalan emas (melabur) iaitu menjadikan emas pada tahap permintaan yang tinggi, emas di
pasaran dunia akan menjadi kurang kerana bekalan adalah terhad, oleh kerana bekalan
emas berkurangan harga emas akan meningkat naik.
Walaupun begitu, hujah-hujah di atas adalah masih belum berakhir dan belum memadai, ini
kerana fuqaha’ seperti Ibn Hajar al-cAsqalani dan Imam al-Nawawi melanjutkan huraian
mereka kepada mengharuskan ihtikar pada perkara selain makanan. Pada mereka, larangan
ihtikar hanya terhad kepada barang makanan sahaja (makanan ruji).
Ibn Hajar al-cAsqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berkaitan jual beli makanan dan
penimbunan (ihtikar) menyatakan:
290 Syubair, Muhammad cUthman (2006). “Al-Mutajarah bi al-Hamisy wa al-Ahkam al-Mutcalliqah biha fi
al-Fiqh al-Islami”. p.39. kertas di bentang di al-Majmac al-fiqh al-Islami. 291 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4. h.348.
119
Terjemahannya: Dari Ahmad: sesungguhnya diharamkan ihtikar makanan
ruji dan bukan pada selainnya.
Dan Imam al-Nawawi menghuraikan masalah ihtikar ialah bagi selain daripada bukan
makanan ruji (iaitu keperluan masyarakat), maka tidak diharamkan ihtikar padanya, inilah
perincian mazhab kami292
.
Ihtikar atau monopoli keperluan orang ramai dengan tujuan mengawal harga bukan
termasuk di dalam akhlak-akhlak orang Islam . Oleh itu ihtikar yang menghalang barang
yang amat diperlukan oleh orang ramai seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal
dengan niat menaikkan harga barang tersebut sama ada dengan cara menyimpannya (di
suatu tempat) atau merosakkannya dengan sengaja atau enggan menjual barang berkenaan
kecuali dengan harga yang tinggi293
adalah sangat ditegah di dalam Islam, ini adalah kerana
ia akan membebankan masyarakat dan memberi masalah kepada banyak pihak.
Dalam hal ini, pengkaji mengambil kira larangan ihtikar adalah menjurus kepada barangan
keperluan masyarakat sahaja seperti makanan dan pakaian berdasarkan syarah Imam al-
Nawawi dan Ibn Hajar al-cAsqalani. Manakala emas bukanlah dikategorikan sebagai
barang-barang keperluan harian atau keperluan masyarakat, oleh itu pelaburan emas yang
ditawarkan oleh KFHMB adalah dibolehkan.
292 Al-Nawawi. (1930). op. cit., j.11. h.43. 293Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.114.
120
4.1.7.Tiada Unsur Penipuan Atau Tadlis
Tadlis atau Taghrir ialah daya tarikan pihak yang berkontrak dan tipu helahnnya supaya
menarik orang lain untuk mengadakan kontrak dengan anggapan kontrak itu memberi
kebaikan kepadanya, sedangkan hakikat sebenarnya adalah berlawanan dengan
demikian294
. Oleh itu, orang yang tertipu dengan cara ini akan mengalami kerugian
daripada segi kepuasan atau harga.
Di dalam hal ini, KFHMB dengan produknya Akaun Emas-i secara jelas menawarkan
produk ini untuk membuka peluang kepada masyarakat meningkatkan pendapatan mereka
dengan melabur. Di samping itu, transaksi ini sangat jelas dengan adanya fizikal emas dan
harganya mengikut harga semasa pasaran emas dunia, di mana KFHMB akan sentiasa
mengemaskini harga belian dan jualan emas bagi memudahkan pelanggan berurusan.
Selain itu, secara jelas juga pihak bank mengumumkan bahawa tiada faedah akan diberikan
kepada pelanggan, keuntungan pelanggan adalah berdasar perbezaan harga emas, di mana
pelanggan memperoleh keuntungan dengan membeli emas pada waktu harga rendah dan
menjual semula sewaktu harga lebih tinggi daripada harga belian. Oleh itu, tiada penipuan
atau tipu helah yang berlaku di dalam pelaburan ini.
4.2.Analisis Rukun Jual Beli Di KFHMB
Di dalam kajian yang telah dibuat dalam bab ketiga, pengkaji mendapati Akaun Pelaburan
Emas di KFHMB telah menepati hampir keseluruhan rukun-rukun jual beli sebagaimana
yang telah disepakti oleh jumhur ulama’295
, rukun jual beli tersebut adalah :
294 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.4. h.3069. 295 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit,. j.4. h.347.
121
i. Orang yang berakad (penjual dan pembeli)
ii. Barang
iii. Akad jual beli (sighah)
4.2.1 Orang Yang Berakad (Penjual dan Pembeli)
Mengikut jumhur ulama’ mengenai orang yang berkontrak mestilah baligh, boleh
menguruskan harta (tasarruf) dan tiada paksaan296
.
KFHMB telah diberi lesen untuk berniaga di Malaysia oleh Bank Negara, oleh itu KFHMB
adalah mampu untuk menguruskan harta termasuklah penjualan dan pembelian. Demikian
itu KFHMB adalah layak dan menenuhi syarat sebagai penjual yang menepati syariah.
Manakala syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KFHMB kepada pelanggan pula
adalah terdiri daripada mereka yang layak berkontrak serta layak melakukan akad jual beli
dan mereka boleh dipertanggungjawabkan. Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh
KFHMB ialah berumur 18 tahun keatas, sempurna akal dan waras serta tidak muflis.
Walaupun tidak tercatat syarat baligh secara langsung, namun begitu syarat 18 tahun keatas
adalah termasuk golongan baligh. Oleh itu syarat-syarat yang ditetapkan oleh KFHMB ini
adalah syarat-syarat yang menepati syariah. Syarat-syarat ini penting untuk mengelakkan
berlaku perselisihan faham dan permusuhan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
296 Ibid. j.4. h.398
122
4.2.2. Barang Yang Di Akad (Subjek Kontrak)
Mengikut jumhur ulama’ barang jual beli tersebut harus terdiri daripada harta yang bernilai
iaitu boleh diambil manfaat daripadanya serta barangan itu suci (tidak najis), milik penuh
penjual, boleh diserahkan iaitu sesuatu yang ada (bukan macdum) dan diketahui sifatnya
(termasuklah rupa, berat dan harga) 297
.
Walau bagaimanapun, sifat produk Akaun Pelaburan Emas merupakan pelaburan dengan
membeli emas di bank, kemudian emas tersebut akan disimpan oleh pihak bank dengan
mengkreditkan jumlah gram yang dibeli oleh pelanggan ke dalam akaun pelanggan, di
mana pelanggan tidak mendapat fizikal emas tetapi hanya mendapat buku akaun atau
penyata akaun yang tercatat jumlah pembelian atau penjualan emas yang dilakukan oleh
pelanggan.
Kemudian pelanggan akan mendapat keuntungan dengan menjual semula emas tersebut
kepada pihak bank sekiranya harga pasaran emas meningkat naik melebihi harga belian.
Hal ini menunjukkan pelanggan tidak memiliki secara zahiriah barangan tersebut iaitu
fizikal emas, akan tetapi pelanggan bebas mendapat keuntungan dengan menjual dan
membeli emas tanpa perlu memegang kepada fizikal emas tersebut. Hal ini menunjukkan
seperti pelaburan ini tidak melibatkan fizikal emas, tetapi hanya melibatkan transaksi harga
emas sahaja, oleh itu transaksi ini menyerupai baic al-ma
cdum iaitu jual beli barang yang
tiada atau tidak boleh diserahkan kepada pemilik seterusnya, permasalahan ini telah
dikemukakan oleh pengkaji pada bab 1 dalam permasalahan kajian.
297 Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.16-26 : Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.91-98. : Ibn cAbidin. (2009).
op.cit., j.7. h.14-15
123
Baic al-ma
cdum dilarang oleh syara
c kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada
pelanggan dan membuka ruang kepada spekulator untuk memanipulasi harga barangan. Hal
ini menyerupai pembelian anak lembu yang masih di dalam kandungan di mana kepastian
anak lembu itu dilahirkan hidup atau mati tidak diketahui lagi. Di mana imam-imam
mazhab yang empat bersependapat mengatakan hukum baic al-ma
cdum atau jual beli ke
atas barang yang tidak ada atau yang mungkin tidak ada adalah terbatal298
. Dan berkata
Imam al-Syafici “barang siapa membeli sesuatu apa pun bentuknya, maka ia tidak
diperbolehkan menjualnya hingga pembeli menerimanya”299
, ini bermaksud selagi mana
barang tersebut belum berada ditangannya atau miliknya maka tidak boleh melakukan
transaksi jual beli lain ke atas barang tersebut.
Di KFHMB, emas yang dibeli oleh oleh pelanggan akan disimpan oleh pihak KFHMB dan
pelanggan akan diberi Penyata Akaun dan slip urusniaga sebagai bukti pembelian mereka
dan pemilikan mereka. Dan mereka bebas menjual dan membeli emas tanpa perlu
memegang kepada fizikal emas tersebut bagi mendapat keuntungan. Di mana hal sebegini
menyerupai baic al-ma
cdum yang telah dibangkitkan, walau bagaimanapun KFHMB juga
menawarkan pengeluaran emas fizikal kepada pelanggan yang ingin memegang atau
menyimpan emas itu sendiri. Di mana pelanggan bebas mengeluarkan fizikal emas pada
bila-bila masa dengan minimum pengeluaran adalah 1 gram atau dalam dominasi 1 gram, 5
gram, 10 gram, 20 gram 50 gram dan 100 gram.
Oleh itu, dengan penawaran fizikal emas ini menunjukkan bahawa transaksi yang berlaku
di antara bank dan pelanggan bukanlah berdasarkan kepada harga yang tercatat di dalam
298 Wahbah al- Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.427. 299 Al-Syafici. (2002). op. cit., j.4. h.144.
124
Penyata Akaun pelanggan sahaja tanpa wujudnya barang yang sebenar (baic al-ma
cdum),
tetapi transaksi ini juga mempunyai fizikal emas itu sendiri yang diperdagangkan antara
dua pihak, di mana pelanggan diberi pilihan samada menyimpan emas tersebut di bank atau
sendiri, tetapi disarankan agar emas tersebut disimpan di bank kerana lebih selamat dan
mudah untuk urusan selanjutnya.
Akan tetapi, jika pihak bank kehabisan bekalan emas untuk dijual, maka penawaran bagi
produk ini perlu diberhentikan sehinggalah bekalan emas sudah ada. Ini kerana jika bekalan
emas tidak ada, transaksi ini dikira sebagai baic ma
cdum yang dilarang oleh syara’ iaitu
menjual barang yang tidak ada. Walau bagaimanapun, di KFHMB telah menawarkan
kontrak al-qard ke atas emas yang dibeli oleh pelanggan, maka dengan itu jika berlaku
kehabisan bekalan emas, pihak bank boleh menggunakan emas yang dipinjamkan oleh
pelanggan kepada KFHMB untuk transaksi lain.
4.2.3. Akad
Mengikut jumhur ulama’, akad jual beli disyaratkan mesti bersatu majlis antara tawaran
dan penerimaan. Ia tidak boleh dipisahkan (diselangi) oleh sebarang perkara. Penerimaan
mesti sekata dengan tawaran. Lafaz yang dikeluarkan mesti didengar dan difahami oleh
pihak yang satu lagi. Lafaz itu janganlah disertakan dengan taklik atau dibataskan dengan
waktu300
.
300 Wahbah al- Zuhayli. (1985). op.cit., j.4. h.398.
125
Selain itu, terdapat beberapa larangan semasa akad berlaku, di mana Rasulullah s.a.w
melarang melakukan dua akad dalam satu transaksi (baicataini fi bai
c). Hal ini berdasarkan
riwayat Abdullah Ibn cAmru
يحل ال: وسلم عليه الله صلى الله رسول قال: قال ، عمرو بن الله عبد ذكر
يضمن لم ما ربح وال ، بيع في شرطان وال ، وبيع سلف301
Terjemahan : daripada Abdullah Ibn cAmru telah berkata sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud tidak halal salaf (pinjaman) dan jualan, tidak boleh dua
syarat (kontrak) dalam satu jualan, tidak boleh mengaut keuntungan terhadap
sesuatu yang tidak dibayar ganti.
Pendapat ulama’ Syaficiyah dan Hanabilah, akad ini dikira batil atau terbatal dan termasuk
dalam jual beli gharar disebabkan terdapat unsur-unsur kejahilan dan tidak diketahui
sempurna atau tidak kontrak tersebut kerana terdapat 2 (dua) kontrak dalam 1 (satu)
akad302
.
Di KFHMB mempraktikkan al-sarf dan al-qard di dalam produk akaun pelaburan emas
mereka, di mana emas yang dibeli (al-sarf) akan diberi pinjam (al-qard) kepada pihak bank
(untuk disimpan). Secara aplikasinya setelah pelanggan membaca terma dan syarat produk
dan bersetuju dengan kontrak al-sarf dan al-qard tersebut, pelanggan mengisi borang
permohonan dan membuat pembayaran, emas tersebut terus dikreditkan ke dalam akaun
pelanggan mengikut jumlah gram yang tercatat di dalam slip urusniaga transaksi dan fizikal
emas akan diberikan jika pelangggan membuat tuntutan.
301 Al-Nasaici. (2001). Sunan al-Kubra. Beirut : Mucassasah al-Risalah. j.6. h.66. no.6181. 302 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.471.
126
Oleh hal yang demikian pelanggan hanya mengisi 1 (satu) borang sahaja untuk
melengkapkan transaksi ini, oleh itu pengkaji melihat kontrak al-sarf dan al-qard terjadi di
dalam 1 (satu) akad sahaja iaitu dengan persetujuan atas terma dan syarat yang telah dibaca
dan melengkapkan borang pembukaan akaun, maka transaksi ini selesai dengan 2
penghasilan iaitu, selesainya kontrak al-sarf dan al-qard. Di mana al-sarf selesai dengan
pertukaran hak milik selepas pembelian dan al-qard terjadi dengan simpanan atau pinjaman
emas kepada pihak bank melalui gabungan 2 kontrak di dalam 1 (satu) akad pada 1 (satu)
borang sahaja iaitu borang pembukaan Akaun Emas-i. Seperti yang diutarakan oleh
pengkaji pada bab 3, hal ini seolah-olahnya seperti terdapat syarat mesti menyimpan emas
kepada pihak bank jika ingin membeli emas yang ditawarkan oleh pihak KFHMB, atau
tiada kontrak al-qard atau 2 kontrak di dalam 1 akad, di mana kekeliruan ini atau ketidak
jelasan akad ini umpama unsur-unsur kejahilan yang tidak diketahui kepastiannya, ia
digelar gharar.
Selain itu, hal ini juga terjadi sekiranya pelanggan ingin menambah belian (top up) selepas
pembukaan akaun, di mana dengan mengisi borang arahan pembelian tambahan dan
melengkapkannya dengan pembayaran pembelian, emas yang dibeli oleh pelanggan itu
terus dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dengan hanya menggunakan 1 (satu) borang
sahaja. Hal ini juga menyerupai 2 (dua) kontrak di dalam 1 (satu) akad seperti mana
dijelaskan sebelum ini, iaitu transaksi jual beli emas dikira sebagai al-sarf dan emas
dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dikira sebagai al-qard.
Setelah pengkaji mempersoalkan isu ini kepada pihak bank (KFHMB), pegawai syariah
bank menyatakan bahawa tiada masalah 2 kontrak di dalam 1 borang di dalam hal ini, ini
127
kerana pihak kaunter KFHMB akan menerangkan terlebih dahulu kepada pelanggan
mengenai kontrak tersebut dan akad terjadi secara langsung antara pegawai kaunter dengan
pelanggan yang mana 2 kontrak tersebut akan dipisahkan secara lafaz perkataan, iaitu akad
al-sarf berasingan dengan al-qard dan bukan melalui borang yang diisi dan pelanggan
bebas daripada syarat mesti menyimpan emas di KFHMB kerana KFHMB memberi pilihan
kepada pelanggan untuk menyimpan emas di KFHMB atau mengeluarkannya303
.
Namun begitu, isu yang ditimbulkan oleh pengkaji ini juga disokong oleh Prof Madya Abd
Mumin304
, di mana beliau mengatakan tidak boleh berlakunya persetujuan 2 kontrak di
dalam 1 akad iaitu di dalam 1 borang sahaja. Pihak yang berwajib mestilah menyediakan 2
borang yang berasingan bagi memisahkan kedua-dua kontrak ini bagi mengelakkan
berlakunya 2 kontrak di dalam 1 akad. Walau bagiamanapun beliau mengatakan bahawa
kontrak itu sah jika pegawai kaunter menerangkan dan memisahkan kedua kontrak itu
menggunakan lisan kepada pelanggan tetapi sebagai institusi perbankan yang mempunyai
sistem operasi yang canggih dan serba lengkap, pengasingan borang di dalam kes ini
diperlukan bagi mengelakkan timbulnya isu sebegini dan supaya urusan operasi berjalan
dengan lebih teratur dan jelas serta mengelakkan berlaku kekeliruan jika kontrak berlaku
dengan lisan semata-mata.
Sementara itu, Encik Che Azizi Seman305
pula menyatakan sejauh mana akad secara lafaz
lisan ini boleh berlaku di antara pihak kaunter dan pelanggan, kerana dikhuatiri berlakunya
303 Temubual dengan Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, op. cit. 304 Temubual bersama Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, op. cit. 305 Temubual bersama Encik Che Azizi Bin Che Seman, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Ketua Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia,
pada 28 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
128
kealpaan untuk melakukan akad secara lafaz lisan, oleh itu sebaiknya pihak KFHMB
menyediakan 2 borang untuk menyempurnakan kedua-dua transaksi ini.
Oleh yang demikian, pengkaji bersetuju dengan pandangan Prof MadyaAbd Mumin dan
Encik Che Azizi dan menyarankan agar pihak KFHMB dapat menyediakan 2 borang
semasa pembukaan dan pembelian emas tambahan (top up) Akaun Emas-i ini dengan
memisahkan kontrak al-sarf dan al-qard bagi mengelakkan timbulnya isu 2 kontrak di
dalam 1 akad dan salah faham.
4.3. Analisis Konsep Transaksi Emas Menurut Perspektif Syariah
Dalam transaksi jual beli emas menurut ekonomi islam, transaksi emas perlulah memenuhi
syarat yang telah digariskan oleh syariah iaitu, yang pertama adalah persamaan berat
timbangan jika jual beli itu melibatkan emas dengan emas, perak dengan perak dan wang
dengan wang iaitu transaksi daripada jenis yang sama, jika pembelian emas dilakukan
dengan menggunakan perak atau wang lain selain emas, atau berlainan jenis maka
dibolehkan tidak bersamaan berat timbangan tetapi tunai. Syarat yang kedua adalah
transaksi jual beli emas mestilah secara tunai, yang ketiga haruslah berlaku penyerahan
barangan transasksi sebelum berpisahnya orang yang berkontrak dan terakhir adalah tidak
dibolehkan meletakkan khiyar syarat di dalam kontrak jual beli emas, ini kerana jika
diletakkan khiyar syarat, maka orang yang berkontrak boleh membatalkan transaksi mereka
selepas selesainya transaksi dan ini akan membawa kepada sifat penangguhan yang akan
mengubah nilai emas itu jika ia dikembalikan selepas berlakunya akad transasksi, sifat
129
penangguhan inilah yang akan membawa kepada riba al-nasicah
306. Syarat-syarat ini adalah
berdasarkan hadis Nabi s.a.w iaitu :
Terjemahannnya : Daripada cUbadah bin Samit r.a, beliau berkata :
“Rasulullah s.a.w bersabda : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, barli dengan dengan barli, kurma dengan kurma, garam
dengan garam, sejenis ditukar dengan sejenis, tunai dengan tunai dan sama
ukuran dengan sama ukuran. Jika kadar dan sifat kesemua ini berbeza, maka
lakukanlah jual beli itu sebagaimana kamu mahu, selagi mana ia dilakukan
dengan cara tunai.
4.3.1. Persamaan
Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa penjualan perak dengan perak atau emas dengan
emas iaitu dari jenis yang sama mestilah sama timbangannya atau tidak boleh dilebihkan
(tafadul) salah satu barangan yang ditukarkan biarpun berlainan dari segi kecantikan dan
pencanaian308
.
Pembelian emas dengan wang adalah transaksi daripada dua jenis yang berbeza, maka oleh
itu transaksi ini bebas daripada keperluan persamaan semasa akad berlaku. Daripada syarat
transaksi emas dengan perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di KFHMB, didapati bahawa
syarat yang pertama iaitu persamaan timbangan jika transaksi jual beli berlaku antara emas
dengan emas, tetapi di KFHMB transaksi jual beli adalah antara emas dengan wang, maka
306 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op. cit., j.4. h.636. 307 Al- Nawawi (1994). op. cit., j.11. h.16. no : 4039. 308 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4. h.382. : Ibn Rushd. (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.195.
130
syarat persamaan timbangan adalah tidak diperlukan, oleh itu transaksi ini bebas mengikut
kehendak penjual dan pembeli selagi mana ia tunai.
4.3.2. Penerimaan Tukaran (al-Qabd) Sebelum Dua Pihak Yang Berkontrak Berpisah
Dalam al-sarf, serah terima barang (al-qabd) di dalam majlis adalah syarat sah tanpa
berlakunya khilaf ulama’, oleh itu para fuqaha’ bersepakat jika dua orang yang berkontrak
berpisah sebelum menyerah terima (al-qabd) barangan di dalam majlis maka al-sarf
mereka menjadi batal atau fasad309
. Di dalam al-qabd disyaratkan supaya tukaran antara
dua pihak yang berkontrak itu mestilah diterima semuanya sebelum kedua-dua pihak
berpisah anggota tubuhnya atau lebih mudah dikatakan serahan perlu dilakukan dalam
tempoh selagi mana penjual dan pembeli tidak berpisah secara fizikal310
.
Di dalam perlaksanaan Akaun Pelaburan emas di KFHMB, didapati bahawa fizikal emas
yang dibeli oleh pelanggan tidak diserahkan kepada pelanggan, pelanggan hanya menerima
slip transaksi yang tercatat jumlah gram emas yang dibeli oleh pelanggan dan harga emas
semasa belian dilakukan sebagai bukti pembeliannya. Di sini secara zahirnya, pembelian
emas tidak berlakunya penyerahan fizikal emas atau qabd tetapi hanya diberi penyata atau
slip transaksi sebagai bukti pembelian atau pemilikan emas tersebut.
Persoalannya, adakah slip urus niaga sebagai bukti transaksi pembelian ini memenuhi
tuntutan akad jual beli emas menurut syara’, sedangkan syarat jual beli emas adalah secara
309 Ibn Qudamah. (1999). op. cit., j.6. h.112. : Musa Ibn Ahmad al-Hujawi. (1999). Al-Iqnac li Talib al-Intifa’.
Beirut : Dar cAlam al-Kutub. j.3. h.258 : Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4. h.382 : Ibn Rushd. (1982).
op. cit., j.2. cet.6. h.197. 310 Al-Syafici. (2002). op. cit., j.3. h.38 : Ibn Rushd. (1982). op.cit., j.2. h.197.
131
serah terima barang yang diakad sebelum dua orang yang berkontrak berpisah. Dan berkata
Ibn Athir, bahawa maksud lafaz بيد يدا (dari tangan ke tangan), adalah setiap salah satu
pihak yang melakukan jual beli mengatakan “ambillah”, lalu dia memberikan apa yang ada
ditangannya (barang miliknya) yakni diserah terima langsung di tempat transaksi.
Sebahagian ulama’ lagi mengatakan bahawa makna lafaz tersebut adalah “ambil” dan
“berikan”. Lafaz ini dijadikan dalil disyaratkan serah terima (al-qabd) jual beli emas dan
perak311
.
Pada zahirnya kita lihat di sini, dalam transaksi jual beli emas ini berlakunya kekurangan
iaitu tiada penyerahan fizikal emas semasa transaksi jual beli berlaku yang memungkinkan
terbatalnya kontrak ini atau menjadi fasad312
berdasarkan hadis Nabi s.a.w dan pandangan
Ibn Athir. Di mana penangguhan ini akan membawa kepada berlakunya riba al-nasicah
seperti mana telah berkata Imam Malik yang bermaksud sabda Rasulullah s.a.w “ Emas
untuk perak adalah riba kecuali secara tunai” 313
, iaitu jual beli emas dengan selain emas
adalah riba al-nasicah kecuali secara tunai.
Kemudahan teknologi yang menjadi medium perantaraan cara hidup manusia masa kini
boleh mempelbagaikan tatacara transaksi pemindahan hak milik, ia boleh mempercepatkan
sesuatu transaksi samada dari segi pembayaran, pinjaman, penerimaan sesuatu barang atau
perkhidmatan walaupun tiada majlis akad yang menghimpunkan pihak-pihak berakad
secara fizikal. Perkembangan ini di dalam konteks transaksi akad jual beli telah menjadikan
qabd atau serah terima barangan kepada dua ketogeri iaitu qabd haqiqi dan qabd hukmi.
311 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op.cit., j.4. h.378. 312 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op.cit., j.5. h.3662. 313 Imam Malik. (1997). op. cit., j.2. h.123.
132
Qabd haqiqi ialah qabd yang berlaku secara fizikal dan dirasai iaitu dengan mengambil
menggunakan tangan dalam bentuk sukatan atau timbangan bagi makanan atau dengan
memindah dan mengalih (barang belian) kepada pemilikan atau penguasaan pembeli.
Manakala qabd hukmi pula merupakan serahan yang membawa kepada penguasaan dan
kemampuan untuk menguruskan barang berdasarkan curuf semasa, tanpa pengambilan
dengan tangan. Ia juga bererti membolehkan orang yang berakad menerima barang yang
dikontrakkan tanpa sebarang halangan314
.
Oleh itu, dalam hal perpindahan hak milik emas melalui bukti slip transaksi jual beli yang
dilakukan oleh KFHMB di dalam Akaun Eams-i adalah dikatogerikan sebagai qabd hukmi
yang diterima oleh syara’, maka transaksi ini dibolehkan kerana pemiliknya berkuasa atau
berhak mentasarrufkan emas tersebut pada bila-bila masa tanpa halangan seperti boleh
mengeluarkan fizikal emas dan melakukan urusan jual beli emas di kemudian nanti. Oleh
itu, emas yang dibeli oleh pelanggan telah berpindah milik penuh kepada pelanggan dengan
keupayaan pemilik menguruskan emas tersebut sepenuhmya. Hal ini juga disokong oleh
Muhammad al-Zuhayli, di mana pada hari ini, qabd hukmi atau qabd secara curuf adalah
diterima pakai, sebagaimana diterimanya qabd haqiqi seperti penyerahan melalui cek atau
kertas pengiraan315
.
314Mohamed Fairooz. (2011). op. cit., h.8. : Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). op. cit., h.7.
: Wahbah al-Zuhayli. (2008). al-Mucamalat al-Maliyah al-Mucassarah. Beirut : Dar al-Fikr. h.166. 315 Muhammad al-Zuhayli. (2007). op. cit., j.3. h.129 - 130.
133
4.3.3. Tunai Atau Tiada Tangguhan
Majoriti ulama’ telah menetapkan syarat di dalam al-sarf tidak boleh ditangguhkan iaitu
harus tunai walaupun jenisnya sama atau berbeza316
. Kontrak al-sarf disyaratkan tidak ada
penangguhan oleh dua pihak yang berkontrak atau salah seorangnya. Ini kerana penerimaan
dua barang tukaran adalah mesti sebelum berpisah. Penangguhan akan melewatkan
penerimaan. Oleh itu ia akan menyebabkan kontrak menjadi rosak317
. Hal ini adalah kerana
jual beli secara tangguhan ini menyebabkan kontrak al-sarf menjadi rosak kerana wujud
unsur riba al-nasicah.
Oleh kerana perlaksanaan Akaun Emas-i di KFHMB menepati ciri menerima qabd sebelum
berpisahnya dua pihak, dengan itu ia membawa erti transaksi ini berlaku secara tunai,
bukan tangguhan. Encik Che Azizi Seman mengatakan setiap qabd itu akan adanya tunai,
maka dengan berlakunya qabd hukmi iaitu serah terima melalui slip transaksi, maka ia
menjadi tunai318
.
4.3.4. Tiada Khiyar Syarat Dalam Kontrak
Di dalam kontrak al-sarf tidak harus disertakan khiyar syarat oleh dua pihak yang
berkontrak atau salah seorang daripadanya, ini kerana penerimaan (al-qabd) di dalam
kontrak ini adalah syarat sah. Oleh itu, khiyar syarat ini boleh menggugat kesempurnaan
al-qabd yang disyaratkan oleh syara’319
. Dengan itu, khiyar syarat menjadikan barangan
tersebut tidak bertukar dengan pemilikan sempurna oleh pembeli atau menghalang daripada
316 Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). op. cit., j.4. h.382 : Ibn cAbd al-Barr. (2000). op. cit., j.6. h.362. ; Ibn Rushd. (1982). op. cit., j.2. cet.6. h.195. 317 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3662. 318 Temubual bersama Encik Che Azizi Bin Che Seman. op. cit. 319 Wahbah al-Zuhayli. (2004). op. cit., j.5. h.3661.
134
thabit terhadap hak milik sempurna keatas barang yang dikontrak, dengan itu wujudnya
unsur penangguhan hak milik dan ia menjejaskan konsep al-qabd (penerima tukaran
sepenuhnya sebelum berpisah) yang disyaratkan di dalam al-sarf, maka kontrak akan
terbatal jika wujud khiyar syarat 320
.
Di KFHMB, seperti mana yang tertera di dalam borang langganan Akaun Emas-i, secara
terang dan jelas KFHMB tidak meletakkan khiyar syarat atau opsyen yang membolehkan
pelanggan atau pihak bank boleh membatalkan akad transasksi selepas selesainya akad
kontrak antara dua pihak. Oleh itu, tiada isu yang boleh dibangkitkan berhubung dengan
syarat yang keempat ini, maka dalam kontrak Akaun Emas-i KFHMB ini adalah bebas
dariapada khiyar syarat.
4.4. Analisis al-Qard al-Hasan
Al-qard menurut pengertian bahasa adalah potong iaitu memotong sebahagian harta untuk
diberikan kepada seseorang dalam bentuk pinjaman321
. Menurut istilah fiqh pula, al-qard
ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut
memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan322
. Manakala kalimah al-hasan
pula bermaksud yang baik apabila digandingkan dengan al-qard, kalimah ini di gandingkan
bertujuan untuk menguatkan maksud al-qard 323
.
320 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.718. 321 Ibn Manzur. (2003). op. cit., j.7. h. 314. 322Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367. : Al-Sharbini. (1997). op. cit., j.2. h.153 : Mustafa al-Khin, Mustafa
al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.101. 323 Osman Sabran. (2001). op. cit., h.61.
135
4.4.1.Analisis Rukun al-Qard al-Hasan
4.4.1.1.Orang Yang Berakad
Orang yang berakad adalah mesti di kalangan mereka yang layak untuk melakukan tasarruf
iaitu mampu menguruskan harta kerana ia melibatkan harta dan kedudukannya seperti akad
jual dan beli324
. Oleh itu akad ini dilaksanakan dalam keadaan redha dan tanpa paksaan
kerana paksaan akan menghilangkan sifat keredhaan tersebut. Maka dengan melihat kepada
kelayakan bertasarruf dan keredhaan di atas, menunjukkan bahawa orang yang bertasarruf
ini adalah tergolong daripada golongan rusyd atau cerdik iaitu mempunyai sifat-sifat seperti
baligh dan berkelayakkan melaksanakan perintah agama dan urusan harta.
Di KFHMB, pelanggan yang melanggan produk Akaun Emas-i adalah berumur 18 tahun ke
atas, di mana golongan yang berumur 18 tahun keatas ini telah dikira sebagai baligh dan
mampu menguruskan segala hartanya bagi sifat kejadian manusia yang lazim iaitu keadaan
fitrah manusia yang normal berumur 18 tahun keatas mampu untuk menguruskan dirinya
dan hartanya. Oleh itu, pelanggan yang melanggan produk Akaun Emas-i ini layak
melakukan kontrak al-qard.
4.4.1.2. Sighah
Akad al-qard mewajibkan akad ijab dan qabul dalam perlaksanaan urusannya disebabkan
akad ini adalah akad pemberian berbentuk sementara. Keadaan ini berbeza dengan akad
324 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.721.
136
jual beli yang memadai dengan wujudnya perbuatan memberi dan menerima sebagai tanda
keredhaan325
.
Lafaz yang sah digunakan ialah lafaz al-qard (hutang) dan al-salaf (hutang) kerana syara’
menyebut berkenaan keduanya. Lafaz-lafaz lain yang mempunyai makna yang serupa atau
sama adalah sah jika digunakan326
dengan syarat menunjukkan kepada keredhaan terhadap
perlaksanaannya327
.
Di KFHMB, kontrak al-qard dipersetujui dengan memperakui terma dan syarat Akaun
Emas-i dengan mengisi borang pembukaan akaun, di mana telah jelas belian emas yang
dilakukan akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dengan menggunakan kontrak al-
qard, dan penggunaan borang adalah sah mewakili lafaz al-qard berdasarkan curuf. Akan
tetapi yang menjadi isunya adalah 2 kontrak di dalam 1 akad yang telah dibincangkan
sebelum ini di dalam analisis akad jual beli, iaitu kontrak al-qard disatukan bersama
kontrak al-sarf di dalam 1 borang. Oleh itu, pengkaji sekali lagi menyarankan agar pihak
KFHMB menyediakan borang yang khusus bagi memisahkan dua kontrak tersebut bagi
mengelakkan timbulnya isu seperti ini, sekali pun semasa akad berlaku pihak KFHMB dan
pelanggan menggunakan lafaz lisan bagi menyempurnakan transaksi ini, hal penggunaan
borang ini lebih sistematik di dalam sebuah institusi perbankan dan mengelakkan berlaku
kecuaian iaitu jika pegawai kaunter terlupa untuk memeterai kontrak dengan cara lafaz
lisan328
.
325 Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367. : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op.
cit., j.6. h.104. 326 Wahbah al-Zuhayli. (1985). op., cit. j.4. h.721. 327 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.104. 328 Temubual bersama Encik Che Azizi Che Seman, op. cit.
137
4.4.1.3. Harta Atau Barang Yang Diakadkan
Jumhur ulama’ bersependapat semua barang yang boleh berjual beli sama ada secara umum
dan salam, samada barang itu disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan
termasuklah semua jenis barang mithli dan qiymi adalah layak untuk dipinjamkan dan
berhutang329
. Barangan tersebut juga disyaratkan boleh diketahui sifat, ukiran, timbangan
dan bilangannya agar mudah untuk digantikan dan tidak berlakunya perselisihan ketika
pemulangan barang yang dihutang330
. Jumhur ahli fiqh juga mengatakan kontrak hutang
boleh dibuat pada setiap barang (cain) yang sah dijual kecuali manusia
331.
Berpandukan kepada pandangan ulama’ di atas mengenai harta yang layak untuk di
pinjamkan, kontrak pinjaman emas antara pemilik emas kepada pihak KFHMB adalah
menepati pandangan jumhur ulama’, iaitu emas dikategorikan daripada golongan barangan
mithli 332
, maka dengan itu subjek kontrak ini iaitu emas, adalah harus dijadikan barangan
untuk dipinjamkan atau hutang.
4.4.2.Implikasi Hutang
Implikasi hutang adalah kesan-kesan selepas sempurna perlaksanaan akad al-qard. Di mana
terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira selepas berlakunya akad tersebut iaitu :
329 Wahbah Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.723 : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992).
op. cit., j.6. h.106 : Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.367. 330 Ibid. 331 Wahbah Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.723. 332 Sayyid Sabiq. (1999). op. cit., j.3. h.129.
138
4.4.2.1. Pemilikan Barang
Menurut pendapat yang paling sahih, penghutang memperolehi hak milik barangan yang
dihutangkan ketika penerimaan atau qabd333
, manakala menurut al-Kasani qabd merupakan
salah satu syarat yang wajib di dalam kontrak hutang334
ini membawa erti apabila berlaku
penerimaan barang maka penghutang telah memperoleh hak milik barangan tersebut. Oleh
itu ulama’ bersependapat bahawa penghutang boleh menggunakan barangan tersebut sebaik
sahaja menerimanya. Jika dia tidak memiliki hutang tersebut pada ketika menerimanya,
sudah tentu dia tidak berhak menggunakannya335
. Oleh itu, kesan setiap subjek kontrak
hutang iaitu barang telah berpindah hak penjagaan, tangungjawab dan operasi ke atas pihak
yang berhutang dan bukan lagi bagi pihak pemiutang.
Di KFHMB pihak bank akan menyimpan emas yang dibeli oleh pelanggan, dan segala
urusan operasi penjagaan dan keselamatan emas adalah dibawah tanggungan pihak bank.
Jika berlaku sebarang kecurian atau kehilangan, pihak bank akan bertangungjawab ke atas
emas yang disimpan oleh pelanggan. Hal ini bertepatan dengan pindahan pemilikan barang
berdasarkan kontrak al-qard.
Di bawah kontrak ini juga, peminjam iaitu KFHMB bebas menggunakan emas yang
dipinjamkan oleh pelanggan, dengan itu isu yang ditimbulkan oleh pengkaji pada bab 3
mengenai jika emas yang ditawarkan oleh bank telah habis dilanggan dan bank masih
membuka tawaran langganan kepada pelanggan yang baru, menjadikan pihak KFHMB
akan menjual sesuatu yang tidak ada. Maka masalah ini diselesaikan dengan mengambil
atau menggunakan emas yang dipinjamkan oleh pelanggan yang awal pada transaksi
333 Ibid. 334 al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. h.596. 335 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.106.
139
seterusnya, hal ini tidak menjadi isu syariah kerana di atas kontrak al-qard pihak peminjam
bebas menggunakan barang yang dipinjam untuk dijual, dipinjamkan kepada orang lain
atau sebagainya.
4.4.2.2. Pembayaran Hutang
Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan oleh ‘ulama dalam bahagian penyerahan
hutang iaitu :
i. Ketetapan Masa (Tempoh)
Mengikut jumhur ahli fiqh tidak harus disyaratkan tempoh di dalam kontrak al-qard. Jika
sesuatu kontrak al-qard ditangguhkan kepada sesuatu tempoh yang tertentu maka ia tidak
menjadi tangguh malah ia tetap menjadi tunai. Orang yang memberi hutang mempunyai
hak menuntut gantian segera kerana akad ini membenarkan setiap pihak membatalkan akad
pada bila-bila masa sahaja yang diingini336
, ini membawa erti setiap barangan yang
dipinjamkan wajiblah dipulangkan semula tetapi tidak ada waktu tertentu untuk
dipulangkan, ia mengikut budi bicara pemiutang dan penghutang, jika penghutang
mempunyai barangan tersebut maka diwajibkan terus untuk membayarnya dan jika ia tidak
mempunyai barangan tersebut ketika pemiutang memintanya maka ia wajib memulangkan
juga barangan tersebut tetapi di lain waktu.
Di KFHMB, pelanggan boleh meminta mengeluarkan fizikal emas pada bila-bila masa
sahaja iaitu menuntut semula barangan yang telah di beri hutang oleh pelanggan kepada
336Wahbah al-Zuhayli. (1985). op.cit. j.4. h.721 : Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji.
(1992). op. cit., j.6. h.108.
140
pihak bank. Di mana pihak bank menawarkan pengeluaran emas fizikal dalam bentuk 1
gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram, pelangan bebas mengeluarkan
keseluruhan emasnya atau sebahagian sahaja daripada jumlah gram yang tercatat di dalam
Penyata akaunnya. Jika bank tidak memliki emas yang secukupnya, pihak bank akan
memberi tempoh masa yang lain untuk dikembalikan emas tersebut kepada pelanggan,
penangguhan ini tidak mendatangkan isu riba kerana kontrak al-qard memberi kebebasan
kepada penghutang untuk menyerahkan barang yang dihutang337
pada masa yang lain jika
barangan tersebut tidak ada, perkara ini juga di sokong oleh Prof Madya Abd Mumin dan
Encik Che Azizi iaitu pihak bank bebas memulangkan pada bila masa jika bank mampu.338
ii. Barangan Yang Hendak Di Pulangkan Semula
Seperti mana yang dimaklumi, barangan yang dipinjamkan mestilah barangan mithli atau
qiymi dengan spesifikasi yang dinyatakan, oleh itu pembayaran hutang perlulah
menggunakan barangan yang sama dengannya jika ada, jika tidak ada ia wajib dibayar
dengan barangan yang sama nilai dengannya339
.
Di KFHMB, pihak bank memulangkan semula fizikal emas yang dipinjamkan jika
pelanggan membuat tuntutan ke atas barangnya (emas). Oleh itu, tiada isu syariah yang
timbul dalam amalan pemulangan fizikal emas yang dipinjamkan.
337 Temubual bersama Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, op. cit. : Temubual bersama Encik Che Azizi Che Seman, op. cit. 338 Ibid. 339 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). op. cit., j.6. h.108.
141
iii. Larangan Mengambil Manfaat Daripada Penghutang
Setiap al-qard (pinjaman) jika disyaratkan pertambahan iaitu faedah atau hadiah,
hukumnya adalah haram tanpa perbezaan pandangan kerana ia adalah riba340
. Dan jika
tidak disyaratkan pertambahan iaitu faedah atau hadiah, tetapi penghutang memberi tanpa
diminta maka hukumnya adalah harus341
.
Di KFHMB, pelanggan tidak mendapat sebarang faedah terhadap pinjamannya kepada
bank. Pelanggan hanya mendapat keuntungan atau faedah daripada naik turun harga emas,
di mana pelanggan akan mendapat keuntungan dengan menjual semula emas ketika harga
emas lebih tinggi daripada harga semasa belian dilakukan. Oleh itu, tiada pertambahan iaitu
faedah atau hadiah daripada penghutang (KFHMB) kepada pemiutang (pelanggan).
340 Ibn Qudamah. (1999). op. cit., j.6. h.436 : Al-Shaibani. (1983). op. cit., j.1. h.368. : Al-Sharbini. (1997).
op. cit., j.2. h.153. 341 Ibn Qudamah. (1999). op. cit., j.6. h.438 : Al-Kasani. (2003). op. cit., j.10. h.597.
142
4.6. Ringkasan Keseluruhan Analisis
Jadual 4.1 : Ringkasan Analisis Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di KFHMB
Menurut Perspektif Ekonomi Islam
Analisis Isu-Isu Syariah Tindakan KFHMB Catatan / Cadangan
1.Analisis
pelaburan emas
menurut perspektif
ekonomi Islam
1.1. Tidak melabur
dalam syarikat atau
aktiviti yang di
haramkan syariah
dan mudarat.
- Baik
1.2.Tiada jaminan
keuntungan
berdasarkan modal
pelaburan
- Baik
1.3.Tiada unsur
gharar
- Baik
1.4.Tiada unsur
paksaan
- Baik
1.5.Tiada unsur riba Penangguhan
pemberian emas
Penangguhan atas
kontrak al-qard
bukan al-sarf
Baik
1.6.Tiada unsur
ihtikar
Melabur atas dasar
turun naik harga
emas (monopoli),
boleh menyebabkan
spekulasi.
Ihtikar atau
monopoli hanya
untuk keperluan asas
masyarakat
(makanan, pakaian,
tempat tinggaal)
Baik
1.7.Tiada unsur
penipuan atau tadlis
- Baik
2.Analisis rukun
jual beli emas di
KFHMB
2.1.Orang yang
berakad (penjual dan
pembeli)
- Baik
2.3.Barang Dikhuatiri tiada
emas (baic Ma
cdum)
KFHMB
menyediakan emas
fizikal untuk
dikeluarkan
Baik
143
2.4.Akad jual beli
(sighah)
2 akad dalam 1
kontrak iaitu dalam
1 borang ( akad al-
sarf dan al-qard)
Menggunakan lafaz
lisan antara pegawai
kaunter dengan
pelanggan untuk
memisahkan 2
kontrak
Perlu
penambahbaikan.
Tidak memadai
secara lisan sahaja,
perlu yang lebih
efisyen iaitu 1 akad
untuk 1 kontrak
(akad al-sarf 1
borang) (akad al-
qard 1 borang), ini
kerana dikhuatiri
berlaku ke alpaan
jika hanya lisan.
3. Analisis konsep
transaksi emas
menurut perspektif
syariah
3.1. Persamaan -
3.2. Penerimaan
tukaran (al-qabd)
sebelum berpisah
dua pihak yang
berkontrak
Pembelian emas
terus dikreditkan ke
dalam akaun
pelanggan
menyebabkan tidak
berlaku serahan
emas secara fizikal
Qabd hukmi Baik
3.3. Tunai atau tiada
tangguhan
- Baik
3.4. Tiada khiyar
syarat dalam
kontrak
- Baik
4. Analisis al-qard
al-hasan
4.1.Rukun al-qard
al-hasan
- Baik
4.1.1.Orang yang
berakad
- Baik
4.1.2. Sighah 2 kontrak dalam 1
akad iaitu al-sarf
dan al-qard
Menggunakan lafaz
lisan antara pegawai
kaunter dengan
pelanggan untuk
memisahkan 2
kontrak
Perlu penambah
baikan.
Tidak memadai
secara lisan sahaja,
perlu yang lebih
efisyen iaitu 1 akad
untuk 1 kontrak
(akad al-sarf 1
144
borang) (akad al-
qard 1 borang), ini
kerana dikhuatiri
berlaku ke alpaan
jika hanya lisan.
4.1.3. Harta atau
barang yang di
akadkan
- Baik
4.2.Implikasi hutang Baik
4.2.1. Pemilikan
barang
- Baik
4.2.2. Pembayaran
hutang
- Baik
i.Ketetapan masa
(tempoh)
- Baik
ii.Barangan yang
hendak dipulangkan
semula
- Baik
iii.Larangan
mengambil manfaat
daripada penghutang
- Baik
4.7. Kesimpulan
Kesimpulan daripada bab ini adalah, didapati bahawa hampir keseluruhan perlaksanaan
akaun pelaburan emas di KFHMB memenuhi kreteria perlaksanaan akaun pelaburan emas
menurut perspektif ekonomi Islam, tetapi terdapat isu yang boleh dipertikaikan
keabsahannya dari perspektif syariah iaitu mengenai 2 akad dalam 1 kontrak yang
melibatkan akad al-sarf dan al-qard di dalam 1 borang sahaja. Oleh yang demikian,
KFHMB disarankan supaya mempertimbangkan cadangan ini bagi menyediakan 2 borang
untuk memisahkan akad al-sarf dan al-qard.
145
Bab 5 : Rumusan dan Saranan
5.1. Pendahuluan
Bab ini merupakan bab terakhir di dalam kajian ini, di mana dalam bab ini merumuskan
mengenai perlaksanaan teori pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam,
perlaksanaan akaun pelaburan emas di KFHMB dan keputusan analisis keabsahan
perlaksanaan akaun pelaburan emas di KFHMB dengan teori pelaburan emas menurut
perspektif ekonomi Islam serta mengemukakan beberapa cadangan untuk mengukuhkan
lagi perlaksanaan produk tersebut. Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada hasil
dapatan maklumat-maklumat yang diperolehi. Beberapa cadangan atau saranan diutarakan
untuk menguatkan hujah dan memantapkan lagi pengurusan dan perlaksanaan akaun
pelaburan emas bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah faham masyarakat
kearah perlaksanaan yang lebih efisyen dan menepati syariah.
5.2. Rumusan
Terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dirumuskan bagi mencapai objektif kajian ini
dilakukan, iaitu :
146
5.2.1. Mengenai Teori
5.2.1.1. Prinsip Pelaburan Menurut Perspektif Ekonomi Islam
Dapat dirumuskan di sini bahawa terdapat 7 prinsip pelaburan yang perlu dipenuhi sebelum
melakukan aktiviti pelaburan menurut perspektif ekonomi Islam, iaitu sesuatu pelaburan itu
mestilah tidak boleh dilaburkan dalam syarikat atau aktiviti yang diharamkan syariah dan
mudarat, tiada jaminan keuntungan berdasarkan modal pelaburan, tiada unsur gharar, tiada
unsur paksaan, tiada unsur riba, tiada unsur ihtikar dan tiada unsur penipuan atau tadlis.
Selain itu, dalam pelaburan Islam terdapat pelbagai instrumen pendasar yang boleh
digunakan bersesuaian dengan jenis portfolio pelaburan itu sendiri, antara instrumen itu
adalah al-sarf, mudarabah, musyarakah, muzaracah, bai
c salam, ijarah, murabahah dan
baic bithamal
cajil (BBA).
5.2.1.2. Rukun Jual Beli
Sebelum melakukan transaksi jual beli emas, 3 rukun asas jual beli perlu dipenuhi terdahulu
iaitu, yang pertama ialah akad atau sighah, sighah di dalam jual beli ialah ijab (penawaran)
qabul (penerimaan), ijab dan qabul adalah penting di dalam sesuatu jual beli kerana ia
menentukan sama ada tunai, hutang, tangguh dan juga menunjukkan kerelaan atau
keredhaan seseorang untuk berkontrak, yang kedua adalah orang yang berakad iaitu
penjual dan pembeli, di mana meraka mestilah al-rushd iaitu meraka yang berakal, baligh
dan tidak dihalang dari menguruskan muamalat, dan yang ketiga ialah subjek transaksi iaitu
147
setiap barang yang dijual beli haruslah suci, bermanfaat, boleh diserah, merupakan milik
penuh penjual, diketahui sifat, ukuran atau takarannya.
5.2.1.3. Syarat Transaksi Emas (al-Sarf)
Apabila telah sempurna rukun jual beli, perlu dipenuhi pula 4 syarat transaksi emas (al-
sarf) iaitu yang pertama adalah persamaan jika dari jenis yang sama, di mana penjualan
perak dengan perak atau emas dengan emas iaitu dari jenis yang sama mestilah sama
timbangannya atau tidak boleh dilebihkan (tafadul) salah satu barangan yang ditukarkan
biarpun berlainan dari segi kecantikan dan pencanaian. Dan jika ia daripada berlainan jenis
seperti emas dengan perak atau emas dengan wang kertas maka dibenarkan tafadul bagi
jual tersebut tetapi hendaklah dilakukan pada masa yang sama iaitu tunai.
Kedua penerimaan tukaran (al-qabd) sebelum dua pihak yang berkontrak berpisah, dalam
al-sarf, serah terima barang (al-qabd) di dalam majlis adalah syarat sah tanpa berlakunya
khilaf ulama’. Para fuqaha’ bersepakat bahawa dua orang yang berkontrak, jika mereka
berpisah sebelum menyerah terima (al-qabd) barangan di dalam majlis maka kontrak al-
sarf mereka terbatal.
Ketiga, tunai atau tiada tangguhan, majoriti ulama’ telah menetapkan syarat di dalam al-
sarf tidak boleh ditangguhkan iaitu harus tunai walaupun jenisnya sama atau berbeza, hal
ini kerana jual beli secara tangguh ini menyebabkan kontrak al-sarf menjadi rosak kerana
wujud unsur riba al-nasicah.
148
Keempat, kontrak mestilah muktamat iaitu tiada khiyar syarat. Di dalam kontrak al-sarf
tidak harus disertakan khiyar syarat, ini kerana penerimaan (al-qabd) di dalam kontrak ini
adalah syarat sah. Oleh itu, khiyar syarat ini boleh menggugat kesempurnaan al-qabd yang
disyaratkan oleh syariah. Dengan itu, khiyar syarat menjadikan barangan tersebut tidak
bertukar dengan pemilikan sempurna oleh pembeli atau menghalang daripada thabit
terhadap hak milik sempurna keatas barang yang dikontrak, dengan itu wujudnya unsur
penangguhan hak milik dan ia menjejaskan konsep al-qabd (penerima tukaran sepenuhnya
sebelum berpisah) yang disyaratkan di dalam al-sarf.
5.2.1.4. Al-Qard al-Hasan
Al-qard al-hasan dibincangkan di dalam kajian ini kerana, KFHMB menggunakan
instrumen ini bersama dengan al-sarf untuk membolehkan pihak bank menyimpan emas
yang dibeli oleh pelanggan, di mana terdapat 3 rukun al-qard, sama seperti rukun jual beli
iaitu akad (ijab dan qabul), subjek akad (barang) dan orang yang berakad (penghutang dan
pemiutang). Tidak sah dilakukan tanpa ijab dan qabul sama seperti jual beli dan hibah.
Contohnya “saya bagi hutang” dan “saya berhutang”, walau bagaimanapun, tidak
disyaratkan hanya menggunakan perkataan hutang sahaja, boleh digunakan apa sahaja
perkataan yang membawa erti yang sama dengan hutang.
Orang yang berakad mestilah mempunyai fikiran yang waras iaitu sudah baligh dan
berkelayakan untuk melakukan perintah agama, menguruskan harta dan berkelayakkan
untuk menderma atau memberi sumbangan (ahliyyah al-tabarruc), ini kerana hutang
termasuk di dalam kontrak pertukaran barang kepada pihak lain seperti jual beli. Dan
149
semua barang yang boleh dimiliki secara jual beli umum (biasa) dan jual beli salam boleh
dihutangkan kecuali manusia, tetapi mestilah dinyatakan kadar dan spesifikasi barangan
tersebut.
Di mana hak milik barang tersebut berpindah milik sebaik sahaja qabd dilakukan, ini
bererti penghutang akan menanggung semua kos penyelenggaraan barangan tersebut. Akad
ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja, oleh itu pemiutang boleh meminta
barangan tersebut dikembalikan pada bila masa sahaja. Dan pemiutang tidak boleh
mensyaratkan bayaran tambahan atau keuntungan kepada penghutang atau mendapatkan
manfaat daripada hutang tersebut, ini kerana setiap hutang yang membawa manfaat dikira
sebagai riba, tetapi pihak penghutang dibenarkan memberi lebihan dengan kerelaan hati
tanpa syarat kepada pemiutang sebagai membalas jasa atau menghargai pertolongannya.
5.2.2. Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di KFHMB
Akaun Pelaburan Emas atau akaun simpanan emas membolehkan pelanggan membeli dan
melabur emas dengan cara yang mudah dan selamat, tanpa perlu menyimpan emas secara
fizikal di mana fizikal emas akan disimpan oleh pihak bank. Buku akaun akan diberikan
kepada pelabur sebagai bukti pemilikan emas, dan setiap pesanan belian atau jualan akan
direkodkan dalam buku akaun tersebut . Pelabur akan mendapat pulangan apabila membeli
emas pada harga yang rendah dan menjual semula emas pada harga yang tinggi. Sehingga
awal 2012, terdapat 5 bank yang menawarkan mekanisme pelaburan ini iaitu Public Bank
Berhad- Gold Investment Account (GIA), Maybank Berhad - Gold Saving Passbook
Account (GSPA), Kuwait Finance House (M) Berhad - Gold Account-I, United Overseas
150
Bank (UOB)- Premier Gold Account (PGA) dan Gold Savings Account (GSA) dan CIMB
Berhad - Gold Deposit Account (GDA), tetapi hanya KFHMB sahaja yang menawarkan
produk berasaskan prinsip syariah, disebabkan itu kajian ini hanya dilakukan di KFHMB.
Produk akaun pelaburan emas di KFHMB dikenali sebagai KFH Akaun Emas-i, di mana ia
menggunakan prinsip baic al-sarf dan al-qard al-hasan di dalam modus operandinya. Bai
c
al-sarf merujuk kepada pertukaran bentuk kewangan untuk satu yang lain dalam bentuk
yang sama atau berbeza dengan serta-merta seperti emas kepada syiling emas, perak kepada
perak, perak kepada emas dan lain-lain. Di bawah kontrak baic al-sarf, pelanggan akan
membeli emas daripada KFHMB (dalam bentuk ‘gram’) pada harga jualan yang ditetapkan
oleh KFHMB.
Manakala al-qard al-hasan pula merujuk kepada pinjaman tanpa faedah di mana KFHMB
sebagai peminjam hanya diwajibkan untuk mengembalikan komoditi atau amaun pokok
yang dipinjam. Di bawah kontrak qard, emas yang dibeli (dan apa-apa jumlah emas yang
akan dibeli berikutnya) akan didepositkan ke dalam Akaun Emas-i (berdasarkan kontrak al-
qard) dengan KFHMB sebagai penghutang (Muqtarid) dan pelanggan sebagai pemiutang
(Muqrid).
Pembelian emas akan dinilai dalam gram (emas) di dalam akaun, di mana akaun ini
merupakan akaun tanpa buku, pihak bank hanya mengeluarkan slip urusniaga dan penyata
akaun pada setiap suku tahunan sahaja. Bagi melanggan produk ini, pelanggan mestilah
mempunyai sama ada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa di KFHMB untuk
memudahkan urusan jual beli emas. Pembelian emas melalui wang tunai adalah tidak
151
dibenarkan, wang tunai perlu dimasukkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa
KFHMB sebelum melakukan pembelian.
Di mana pembelian pembukaan adalah sebanyak minima 5 gram bagi minor, 10 gram bagi
individu dan 50 gram bagi bukan individu iaitu syarikat atau pertubuhan. Pemegang akaun
mestilah mempunyai baki minima sekurangnya 2 gram emas. Pelanggan boleh memilih
untuk menyimpan emas di KFHMB atau mengeluarkan fizikal emas. Dan tiada keuntungan
akan dibayar untuk produk ini jika pelanggan menyimpan emas di KFHMB serta tiada juga
yuran atau caj dikenakan ke atas produk ini.
Ketulenan emas ini adalah 995.0. Pengeluaran fizikal emas hanya boleh dibuat dengan nilai
1,5,10, 20, 50 dan 100 gram. Apabila emas fizikal telah dikeluarkan, pihak bank tidak akan
bertanggungjawab lagi ke atas penjagaan emas fizikal tersebut. Pelanggan boleh menjual
semula emas yang dikeluarkan kepada pihak KFHMB pada harga belian yang ditetapkan
oleh KFHMB, dan disyaratkan bahawa bungkusan dan jaminan keselamatan fizikal emas
masih sempurna, dan nombor siri dan nombor kod yang dicetak di atas permukaan
bungkusan fizikal emas mestilah sama dengan rekod KFHMB.
152
5.2.3. Analisis Perlaksanaan Akaun Pelaburan Emas di KFHMB Menurut Perspektif
Ekonomi Islam
5.2.3.1. Analisis Pelaburan Menurut Perspektif Ekonomi Islam
Daripada analisis yang dilakukan produk akaun pelaburan emas KFHMB perlu mematuhi 7
prinsip pelaburan menurut perspektif ekonomi Islam, iaitu sesuatu pelaburan itu mestilah
tidak boleh dilaburkan dalam syarikat atau aktiviti yang diharamkan syariah dan mudarat,
di mana KFHMB menawarkan emas sebagai pelaburan yang secara amnya fizikal emas itu
tidak diharamkan oleh syariah dan tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada
masyarakat, malah emas tersebut mempunyai banyak kelebihan seperti perhiasan dan
barangan mampu menyimpan nilai daripada infalasi.
Dari segi tiada jaminan keuntungan berdasarkan modal pelaburan, pihak KFHMB tidak
memberi sebarang faedah keatas produk ini, keuntungan yang diperolehi hanya berdasarkan
turun naik harga emas, di mana pelanggan membeli emas pada harga yang rendah dan
menjual pada harga yang tinggi.
Dari segi tiada unsur gharar, kontrak ini sangat jelas transaksinya iaitu menggunakan
prinsip al-sarf dan al-qard . Bagi syarat tiada unsur paksaan pula, tiada disyaratkan kepada
sesiapa untuk melanggan produk ini, pelanggan bebas untuk membeli berapa sahaja jumlah
emas yang mereka inginkan. Dan bagi tiada unsur riba, walaupun akan wujud unsur
penangguhan jika pihak KFHMB tidak memiliki emas yang secukupnya jika diminta oleh
pelanggan, ia tidak dikira riba kerana transaksi tersebut telah bertukar kepada kontrak al-
qard semasa pelanggan meyimpan emas tersebut kepada pihak KFHMB.
153
Dari segi unsur ihtikar pula walaupun ada pandangan mengatakan apabila membeli barang
kemudian menyimpannya untuk menaikan harga dikira sebagai ihtikar, tetapi unsur ihtikar
ini hanya untuk barangan asasi atau keperluan masyarakat sahaja, emas bukan tergolong di
dalam barangan asasi masyarakat. Dan bagi prinsip yang terakhir iaitu tiada unsur penipuan
atau tadlis, di mana segala trnasaksi akan dicatat atau direkodkan transaksinya oleh itu
unsur penipuan dapat dielakkan, manakala bagi penjualan emas, harga emas ditentukan
melalui harga pasaran emas dunia dan akan dikemaskini setiap hari, maka unsur
kemungkinan penipuan adalah tiada.
Oleh itu bagi ke semua prinsip pelaburan dari perspektif ekonomi Islam telah dipenuhi oleh
KFHMB, maka tiada masalah atau isu yang timbul melalui syarat pelaburan mengikut
perspektif ekonomi Islam.
5.2.3.2. Analisis Rukun Jual Beli di KFHMB
Daripada analisis rukun jual beli yang dilakukan, perlaksanaan akaun pelaburan emas di
KFHMB telah memenuhi sebahagian besar 3 rukun jual beli iaitu, akad jual beli (sighah),
orang yang berakad (penjual dan pembeli) dan barang.
Di mana akad jual beli telah dizahirkan dengan pengisian borang permohonan serta bayaran
oleh pelanggan, walau bagaimanpun di sini wujud 1 isu iaitu akad yang dilakukan adalah
al-sarf dan al-qard yang dimeterai di dalam 1 borang sahaja, oleh itu ia menyerupai 2
kontrak dalam 1 akad yang dilarang oleh syariah, maka hal ini perlu diperbaiki,
154
Dari segi orang yang berakad pula mestilah baligh, boleh menguruskan harta (tasarruf) dan
tiada paksaan, di mana KFHMB mensyaratkan bahawa mereka yang berumur 18 tahun
keatas sahaja boleh melanggan produk ini, maka dengan ini membawa erti secara urufnya
mereka ini telah baligh dan mampu menguruskan harta. Dan rukun yang terakhir iaitu
barang, di mana syarat bagi barang mestilah bernilai yang boleh diambil manfaat
daripadanya serta barangan itu suci (tidak najis), milik penuh penjual, boleh diserahkan
iaitu sesuatu yang ada (bukan macdum) dan diketahui sifatnya (termasuklah rupa, berat dan
harga), maka oleh itu emas yang ditawarkan oleh KFHMB merupakan barangan yang tidak
najis, bernilai, bermanfaat menyimpan nilai, diketahui jumlah berat semasa pembelian
dilakukan dan boleh diserahkan kepada pembeli.
5.2.3.3. Analisis Konsep Transaksi Emas Menurut Perspektif Syariah
Terdapat 4 syarat transaksi emas al-sarf yang perlu dipatuhi KFHMB iaitu yang pertama
adalah persamaan jika dari jenis yang sama, dan jika ia daripada berlainan jenis seperti
emas dengan perak atau emas dengan wang kertas maka dibenarkan tafadul bagi jual
tersebut tetapi hendaklah dilakukan pada masa yang sama iaitu tunai, di KFHMB jual beli
emas adalah menggunakan wang, maka dengan itu ia bebas daripada syarat pertama iaitu
persamaan timbangan tetapi dikehehandaki berlaku secara tunai.
Kedua penerimaan tukaran (al-qabd) sebelum dua pihak yang berkontrak berpisah, dalam
al-sarf, serah terima barang (al-qabd) adalah wajib di dalam majlis, di KFHMB walaupun
emas tidak diberi secara hakiki kepada pelanggan tetapi ia dipindahkan ke dalam akaun
pelanggan dalam bentuk gram dan dibuktikan dengan penyata akaun atau slip transaksi,
155
kaedah ini dinamakan serahan secara hukum atau qabd hukmi yang dibenarkan oleh ulama’
kontemporari, dan pelanggan bebas mengeluarkan fizikal emas pada bila-bila masa.
Ketiga, tunai atau tiada tangguhan, di KFHMB transaksi emas berlaku secara tunai di mana
pembelian emas diambil daripada akaun simpanan pelanggan dan terus dibayar dan emas
tersebut dipindahkan terus ke dalam akaun pelanggan di dalam bentuk gram.
Dan syarat yang terakhir iaitu kontrak tersebut mestilah muktamat iaitu tiada khiyar syarat,
di KFHMB, seperti mana yang tertera di dalam borang langganan Akaun Emas-i, secara
terang dan jelas KFHMB tidak meletakkan khiyar syarat atau opsyen yang membolehkan
pelanggan atau pihak bank untuk membatalkan akad transasksi selepas selesainya akad
kontrak antara dua pihak. Oleh itu, tiada isu yang boleh dibangkitkan berhubung dengan
syarat yang keempat ini, maka dalam kontrak Akaun Emas-i KFHMB ini adalah bebas
dariapada khiyar syarat.
Oleh itu, KFHMB telah memenuhi ke semua empat prinsip al-sarf yang dituntut dalam
transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam.
5.2.3.4. Analisis al-Qard al-Hasan
Di dalam analisis al-qard, perlaksanaannya perlu memenenuhi 3 rukun al-qard sama
seperti jual beli iaitu akad, subjek dan orang yang berakad. Di mana kesemua rukun ini
telah dipenuhi dengan sempurna oleh KFHMB tetapi pada bahagian akad iaitu sighah,
berlaku sama seperti pada bahagian analisis jual beli iaitu kontrak dikira selesai dengan
hanya mengisi 1 borang sahaja, sedangkan wujud 2 kontrak yang berbeza iaitu al-sarf dan
156
al-qard, 2 kontrak di dalam 1 akad adalah dilarang oleh syariah, oleh itu hal ini perlu
diperbaiki.
Selain itu terdapat syarat tambahan yang perlu diikuti oleh KFHMB dalam kontrak al-qard
iaitu tidak boleh disyaratkan faedah atau manfaat daripada al-qard tersebut, di mana
KFHMB tidak memberi sebarang faedah atau lebihan hasil daripada pinjaman emas oleh
pelanggan kepada pihak bank, maka dengan ini tiada isu syariah yang timbul dalam hal ini.
5.3. Saranan atau Cadangan
5.3.1. Saranan Kepada Masyarakat
Ke ghairahan masyarakat untuk melabur membuka pelbagai ruang atau medium baru
kepada institusi perbankan dan syarikat pelaburan untuk memenuhi keperluan masyarakat,
apatah lagi jika portfolio pelaburan itu dilihat stabil dan dijangka terus berkembang.
Portfolio pelaburan emas telah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak kebelakangan
ini kerana harga emas stabil dan meningkat naik, ditambahkan lagi dengan penawaran
akaun pelaburan emas oleh bank-bank komersial telah memudahkan lagi kaedah pelaburan
dengan emas yang dibeli disimpan oleh pihak bank, dengan itu ia memberi kelebihan
kepada pelanggan dari aspek keselamatan.
Akan tetapi dalam memilih portfolio pelaburan yang bagus dan stabil, aspek syariah perlu
dititik berat oleh masyarakat yang beragama Islam bagi mengelak terjebak kepada
larangan-larangan syariah. Di Malaysia pada awal 2012 terdapat 5 buah bank yang
157
menawarkan akaun pelaburan emas, tetapi hanya di KFHMB sahaja yang menawarkan
produk berasaskan syariah, oleh itu masyarakat yang ingin melabur di dalam portfolio
akaun pleaburan emas disarankan agar memilih KFHMB walaupun terdapat beberapa
kekurangan kecil, tetapi ia lebih baik daripada melanggan produk konvensional yang secara
terangnya tidak patuh kepada syariah.
5.3.2. Saranan Kepada KFHMB
Dalam analisis yang dilakukan, pengkaji berpuas hati dengan semua rukun dan syarat
transaksi pelaburan emas yang perlu dipatuhi oleh KFHMB mengikut perspektif ekonomi
Islam, tetapi didapati sedikit kekurangan dari segi akad kontrak yang digunakan bagi KFH
Akaun Emas-i iaitu al-sarf dan al-qard diterjemahkan hanya dengan mengisi 1 borang
sahaja, hal ini dikhuatiri tergolong di dalam 2 kontrak di dalam 1 akad yang dilarang oleh
syariah, walaupun pihak KFHMB mengatakan akad al-sarf dan al-qard dipisahkan dengan
lafaz secara lisan, tetapi dikhuatiri berlaku kealpaan untuk memeterai lafaz secara lisan,
secara langsung membawa kepada tidak sahnya kontrak tersebut. Oleh itu, pihak KFHMB
disarankan menyedia 2 borang yang berasingan bagi membezakan kontrak al-sarf dan al-
qard untuk mengelakkan berlakunya salah faham dan kekeliruan serta memantapkan lagi
operasi perlaksanaannya.
5.3.3. Saranan Kepada Institusi Perbankan Islam
Dalam Malaysia hanya terdapat sebuah bank sahaja yang menawarkan akaun pelaburan
emas berasaskan prinsip syariah iaitu KFHMB. Oleh itu, disarankan kepada institusi
158
perbankan Islam yang lain untuk menawarkan akaun pelaburan emas, ini kerana mejoriti
masyarakat Malaysia beragama Islam yang berkehendakkan kepada sistem perundangan
Islam oleh itu dijangkakan permintaan masyarakat kepada produk syariah sangat tinggi dan
juga membuka peluang perniagaan kepada pihak bank itu sendiri, ini dapat dilihat kepada
peningkatan bekalan emas yang ditawarkan oleh KFHMB pada 2010 ialah 100 kilogram
meningkat kapada 700 kilogram pada 2012342
. Selain itu, dengan adanya saingan antara
penawaran produk oleh bank-bank akan menambahbaikkan lagi portfolio pelaburan emas
ini dengan kajian dan penyelidikan baru.
5.3.4. Saranan Kepada Penyelidik
Kepada penyelidik, adalah baik sekiranya dapat mengembangkan lagi penyelidikan
mengenai emas, ini kerana emas merupakan lambang kekayaan dan mampu menyimpan
nilai daripada dimamah inflasi. Oleh itu, kajian demi kajian perlu dilakukan lagi bagi
menambahbaik portfolio emas yang sedia ada dan melahirkan portfolio baru lain yang
berasaskan emas.
5.4. Kesimpulan
Setelah menyiapkan bab terakhir ini, dapat kita lihat bahawa kajian ini telah menjawab
segala persoalan kajian dan mencapai objektif yang telah digariskan di awal bab kajian.
Pengkaji mengharapkan usaha yang sedikit ini dapat dimanfaatkan pada waktu sekarang
mahupun pada masa hadapan. Diharap kajian ini dapat memberi pemahaman ilmu dan
342 Temubual dengan Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, op. cit.
159
maklumat yang berguna kepada segenap lapisan masyarakat khususnya pembuat dasar
berkaitan subjek utama kajian. Kajian ini juga diharap menjadi momentum kepada
penerokaan yang lebih jauh berkaitan muamalat Islam dan aplikasinya dalam
memperlihatkan ciri-ciri ke Islaman yang menyeluruh serta terbuka. (Wa Allahu aclam)
160
Bibliografi
Rujukan Arab
cAbd al-Karim Zaydan. (1996). Al-Wajiz fi
cUsul al-Fiqh. Beirut : Mu
cassasah al-Risalah.
Abu Dawud Sulaiman. (t.t). Sunan Abi Dawud. Beirut : Mucassasat
cAbd al-Hafiz al-Basat.
Al-Sharbini. (1997). Mughni al-Muhtaj. Bierut : Dar al-Macrifah.
Al-Barakati, Muhammad cAmin al-Ihsan al-Mujaddidi. (2003). Al-Ta
crifat al-Fiqhiyyah.
Beirut: Dar al- Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Bukhari. (1400H). Al-Jamic al-Sahih al-Bukhari. Kaherah : al-Matba
cah al-Salafiyyah
Al-Syafici. (2002). Al-
cUmm. Beirut : Dar al-Kutub al-
cIlmiyyah.
Al-Kasani. (1998). Badaci al-Sana
ci fi Tartib al-Shara
ci’. Beirut : Dar Ihyak al-Turath al-
cArabi.
________. (1327.H). Badaci al-Sana
ci fi Tartib al-Shara
ci’. Kaherah : Matba
cah al-
Jamaliah.
Al-Nawawi. (1930). Sahih Muslim Bi Sharah al-Imam al-Nawawi. al-Azhar : al-Matbacah
al-Misriyah wa al-Azhar.
_________. (1994). Sahih Muslim Bi Sharah al-Imam al-Nawawi . Beirut : Dar al-
Macrifah.
_________. (t.t). Al-Majmuc. Jeddah : Maktabah al-
cArshad.
Al-Shaibani. (1983). Nail al-Marib. Beirut : Maktabah al-Falah.
Al-Nasaci. (2001). Sunan al-Kubra. Beirut : Mu
cassasah al-Risalah.
Ibn cAbd al-Barr. (2000). al-Istazkar. Beirut : Dar Kutub al-
cIlmiyyah.
Ibn cAbidin. (2009). Rad al-Muhtar. Riyad : Dar al-Kitab al-
cIlmiyyah.
Ibn Hajar al-cAsqalani. (t.t). Fath al-Bari. Kaherah : Maktabah al-Salafiah.
Ibn Manzur. (1955). Lisan al-cArab. Beirut : Dar Sadir.
Ibn Rushd. (1415H). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Kaherah : Maktabah
al-cIlm.
________. (1982). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Macrifah.
Ibn Hazm, cAli bin Ahmad. (t.t). Al-Muhalla. Beirut: Dar al-Afaq Al-Jadidah.
Ibn Qudamah. (1999). Al-Mughni. Arab Saudi : Dar cAlim al-Kutub.
161
Imam al-Malik. (1997). Al-Muwatta’. Beirut : Dar al-Gharab al-Islami.
Muhammad al-Zuhayli. (2007). Al-Muctamad fi al-Fiqh al-Shafi
ci. Damsyiq : Dar al-
Qalam.
Muhammad Rafat Sacid. (2002). Al-Mal, Milkitahu, wa Istishmaruhu, wa Infaquhu.
Mansurah : Dar al-Wafa’.
Muhammad Sulayman al-Asqar et. Al. (1998). Qadaya al-Zakah al-Muacsarah. Jordan :
Dar al-Nafa’is.
Musa Ibn Ahmad al-Hujawi. (1999). Al-Iqnac li Talib al-Intifa’. Beirut : Dar
cAlam al-
Kutub.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji. (1992). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyiq
: Dar al-Qalam.
Nasr Muhammad al-Salami. (2008). Al-Dawabit al-Sharciyyah li al-Istithmar. Iskandariah :
Dar al-Iman.
Qutub Mustafa Sanu. (2000). Al-Istithmar, Ahkamuhu wa Dawabituhu fi al-fiqh al-Islami.
cAmman : Dar al-Nafa’is.
Sayyid Sabiq. (1999). Fiqh Al-Sunnah. Kaherah : Dar al-Fath li al-cIlm al-
cArabi.
Sulaiman, Ibn Dawud. (1999). Musnad Abi Dawud al-Tialisi. Badar Hijri : Markaz al-Juz
wa al-Dirasat al-cArabiah wa al-Islamiah Badar Hijri.
Syubair, Muhammad cUthman. (2006). “Al-Mutajarah bi al-Hamisy wa al-Ahkam al-
Mutacalliqah biha fi al-Fiqh al-Islami”. Kertas Kerja Dibentang di al-Majma
c al-
Fiqh al-Islami.
Sayyid al-Hawari. (1983). Al-Istithmar wa al-Tamwil. Kaherah : Maktabah cAin Shams
Tahir Haydar Hardan. (1997). Mabadic al-Istithmar.
cAmman : Dar al-Mustaqbal.
Wahbah al-Zuhayli. (2008). Al-Mucamalat al-Maliyah al-Mu
cassarah, Beirut : Dar al-Fikr.
________________. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuh . Damsyiq : Dar al-Fikr.
________________. (2004). Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq : Dar Fikr.
________________. (1969). Nazariyyah al-Darurah al-Shariciyyah. Damsyik : Matba
cah
al-Farabi.
Yusuf al-Qaradawi (1983). Fiqh Al-Zakat. Beirut : Mucassasat al-Risalah.
Ziyad Ramadan. (1998). Mabadic al-Istithmar : Al-Haqiqi wa al-Mali.
cAmman : Dar
Wa’il.
162
Rujukan Melayu
Asmak Ab Rahman. (2009). “Peranan wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam
dan Aplikasinya di Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.1. h.125.
Azlan Khalili Shamsuddin. (1993). Saham dan Pelaburan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti
Sdn.Bhd
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan. edisi.3. c.5. Ampang: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faizah Ismail. (1995). Asas-asas Muamalat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Fatimah Binti Abdul Majid. (2010). “Perlaksanaan Instrumen Pelaburan Islam di Islamic
Bank of Thailand (ISBT)”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Fauzi Kado. (2009). “Analisis Skim Pelaburan Al-Mudharabah di Islamic Bank of
Thailand”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam , Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Joni Tamkin Borhan. (2000). “Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangan”.
Jurnal Usuluddin. b.12. h.105.
Ismail Ibrahim. (1994). Pelaburan dalam Pasaran Sekuriti, Hadapan dan Opsyen. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Louis Ng. (2009). “Public Gold : Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal”. Prosiding Seminar
Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Bangi.
Mat Noor Mat Zain. (2009). “Jual Beli Barangan Kemas daripada Emas dan Perak:
ReaksiTerhadap Pandangan Ibn Taymiyyah”. Prosiding Seminar Antarabangsa
Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Bangi.
Mohammad Muslehuddin. (1986). Urusan Bank dan Hukum Islam. Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Fairooz. (2011). “Isu-Isu Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak”. Konvensyen
Kewangan Islam 2011 : Selangor.
Mohd Aidid Bin Md Said. (2007). “Emas sebagai Satu Alternatif Pelaburan : Kajian
Terhadap Syiling Kijang Emas di SMI-Q Resources Sdn Bhd”. (Latihan Ilmiah
Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
163
Mohd Yahya Mohd Hussin et. al. (2010). “Daya Saing dan Anjakan (shift) Dalam Jenis
Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam”. Jurnal Syariah. j.18. b.1. h.124.
Mohd Yahya Mohd Hussin dan Joni Tamkin Borhan. (2009). “Analisis Perkembangan
Pasaran Saham Islam di Malaysia”. Jurnal Syariah. j.17. b.3. h.431-456.
Muhammad Yamin Ismail. (2008). “Investment-link menurut hukun Islam” .Jurnal
Muamalat, Bil.1.
Mustapa Muhamed. (1995). Sistem dan Institusi Kewangan Islam Malaysia. Kuala Lumpur
: Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd.
Noprizal Bin Muhammad Yunus. (2006). “ Kriteria Pelaburan Bank Syariah : Aplikasi
Mudharabah Pada Bank Negara Indonesia”. (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian
Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Nurul Huda Binti Yahaya @ Yahuza. (2001). “Perlaksanaan Prinsip Mudharabah di Dalam
Akaun Pelaburan Am Al-Mudharabah : Kajian Kes di Bank Pertanian Malaysia”.
(Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Syariah dan Ekonomi , Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Saat Sukami. (2011). Pelaburan Emas : Kaedah, Pendekatan dan Strategi. Selangor : PTS
Professional.
Salmy Edawati Yaacob. (2009). Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shamsudin Ismail. (2003). Pengurusan Bank Perdagangan Di Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syukor Hashim. (2009). “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. Prosiding Seminar
Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Bangi.
Parameter Pelaburan Emas, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96, pada 13-15 Oktober 2011.
Rosalan Haji Ali. (1992). Pelaburan : Penilaian dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shamser Mohamad et. al. (2002). Analisis Pelaburan. Selangor : Universiti Putra Malaysia
Shamsiah Mohamad (2002). Cir-ciri Keuntungan Menururt Perspektif Islam. Jurnal
syariah. j.10.
Suhaimi Salleh. (1994). Menceburi Bidang Pelaburan. Singapura : Times Book
International.
164
Surtahman Kastin Hasan. (2002). “Perbelanjaan Bermanfaat dan Tidak Membazir
Mengikut Perspektif Islam” Jurnal syariah. edisi.10. j.2.
Surtahman Kastin Hasan, Sanep Ahmad. (2005). Ekonomi Islam : Dasar dan Amalan.
Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.
Syed Mohd Ghazali Wafa et al. (2005). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur :
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Rujukan Inggeris
Anas Elmelki dan Mounira Ben Arab. (2009). “Ethical Investment and the Social
Responsibilities of the Islamic Banks”. International Business Research. vol.2,
no. 2. p.123-130.
Asyraf Wajdi Dasuki. (t.t). “Sharicah Issues in Short Selling as Implemented in the Islamic
Capital Market in Malaysia”. Kertas kerja di bentangkan di Muctamar Aswaq al-
Auraq al-Maliyyah wa al-Bursot. Al-Mucktamar al-
cIlmi al-Sanawiyyah al-Khamis
cAshar, Jami
cyyah al-Imarat al-
cArabiyyah al-Mutahaddah
______________. (2010), “Practice and Prospect of Islamic Real Estate Investment
Trusts (I-REITs) in Malaysian Capital Market”. Journal of Islamic Economics,
Banking and Finance, vol.6, no.2.
David Hillier, Paul Draper, dan Robert Faff. (2006). “Do Precious Metals Shine? An
Investment Perspektif”. Financial Analysts Journal. vol.63. no.2.
Dirk G. Baur dan Thomas K. McDermott. (2010). “Is gold a safe haven? International
evidence” Journal of Banking and Finance 34.
Dirk G. Baur dan Brian .M. Lucey. (2010). “Is gold a hedge or a safe haven? An analysis
of stocks, bonds and gold” Financial Review 45.
Forrest Capie, Terence C. Mills dan Geoffrey Wood. (2005). “Gold as a Hedge Against the
Dollar” Journal of International Financial Markets, Institutions and Money. j.15.
G. D. I. Barr, J.F Affleck-Graves. (1985). “Gold Share or Gold Bullion – Which is The
Better Investment?“. Journal of Managerial and Decision economic. vol.6. no.4.
Greg Tkacz. (2007). “Gold Prices and Inflation” Bank of Canada Working Paper.
Imran Tahir dan Mark Brimble. (2011). “Islamic Investment Behavior”. International
Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management. vol.4, no.2.
165
James Ross McCown dan John R. Zimmerman. (2006). “Is Gold a Zero-Beta Asset?
Analysis of the Investment Potential of Precious Metals”, Working Paper Series.
Available at SSRN: http://ssrn.com/abstract=920496. Dilayari pada 14/7/2011.
Jeffrey F. Jaffe. (1989). “Gold and Gold Stocks as Investment for Institutional Portfolio”.
Financial Analysts Journal. vol.45. no.2.
Laurence E. Blose. (1996). “Gold Price Risk and the Returns on Gold Mutual Funds”.
Journal of Economics and Business. no.48.
Laurence E. Blose. (2010). “Gold Prices, Cost of Carry, and Expected Inflation”. Journal of
Economics and Business. no.62.
Mark Joy. (2011). “Gold and the US dollar: Hedge or haven?” Finance Research Letters
Nadeshda Demidova-Menzel dan Thomas Heidorn. (2007). “Gold in the Ivestment
Portfolio”. Frankfurt scholl of Finance & Management, Working Paper. no.87.
Pradeep Dubey, John Geanakoplos dan Martin Shubik. (2003). “Is Gold an Efficient Store
of Value?”. Journal of Economic Theory. vol.21. no.4.
Thi Hong Van Hoang. (2011). “Gold quoted at Paris and the Diversification of French
Portfolios from 2004 to 2009”. Kertas kerja persidangan International Conference
of French Finance Association (AFFI) ke-28. Montpellier.
Virginie Coudert and Hélène Raymond-Feingold. (2011). ''Gold and financial assets: Are
there any safe havens in bear markets?''. Economics Bulletin. vol.31. no.2.
Frank K. Reilly. (1992). Investment. ed.3. United States : The Dryden Press.
John Maynard Keynes. (1960). The General Theory of Employment, Investment and
Money. London : Macmillan & Co. Ltd.
Radcliffe, Robert. C. (1990). Investment – Concepts, Analysis, Strategy. United States :
University of Florida, Harper Collin Publisher.
Temubual
Encik Hidayat Harun Pegawai Pembangunan Produk, Kuwait Finance House (Malaysia)
Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa, Jalan
Pinang, Kuala Lumpur.
166
Encik Ahmad Zaini Ariffin, Pengurus Pembangunan Produk, Kuwait Finance House
(Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 16 november 2011 bertempat di Menara Etiqa,
Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Encik Muhammad Abdul Hakim Mohamed Sidek, Ketua Penasihat Syariah dan
Pembangunan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), pada 5
Januari 2012 bertempat di Menara Etiqa, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Encik Che Azizi Bin Che Seman, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Ketua Penasihat Syariah Bank
Muamalat Malaysia, pada 28 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan Ekonomi
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Prof. Madya. Dr. Ab Mumin Bin Ab Ghani, Pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, merangkap Ketua Penasihat Syariah
Hong Leong Islamic Bank, pada 10 Februari 2012 di Jabatan Syariah dan
Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.