Download - BAB 1 RESPIRASI 1.3
-
BAB 1 : RESPIRASI
1.3 Kepentingan Sistem Respirasi Yang Sihat
-
Pencemaran
-
BAHAN YANG MEMUDARATKAN SISTEM RESPIRASI
Sistem respirasi akan terganggu apabila terdedah
kepada udara yang tercemar
Udara tercemar mengandungi bahan-bahan
pencemar dan mikroorganisma yang berbahaya
kepada sistem respirasi
Bahan-bahan pencemar seperti :-
(a) asap rokok
(b) sisa pengeluaran kilang
(c) asap ekzos
(d) jerebu
-
KESAN BAHAN PENCEMAR TERHADAP SISTEM RESPIRASI
Bahan Pencemar Sumber Kesan Terhadap Sistem Respirasi
Tar Tembakau Asap rokok menyebabkan kanser peparuMenyelaputi silia dalam sistemrespirasi, menyebabkan fungsinya
terhenti. Zarah-zarah toksik dan
bakteria tidak terperangkap
Nikotina Asap rokok Menyebabkan ketagihan merokok
Karbon monoksida Asap rokok, asap
ekzos
Merendahkan kandungan oksigen
di dalam darah dan bekalan
oksigen ke dalam sel-sel badan
Sulfur Dioksida Pengeluaran asap
daripada kilang,
asap ekzos
Membentuk larutan berasid yangmerosakkan tisu peparu
merengsa laluan udara sistemrespirasi
-
KESAN BAHAN PENCEMAR TERHADAP SISTEM RESPIRASI
Bahan Pencemar Sumber Kesan Terhadap Sistem Respirasi
Hidrokarbon Pengeluaran asap
daripada kilang-
kilang, asap ekzos
Menyebabkan kanser
Nitrogen Oksida Pengeluaran asap
daripada kilang-
kilang, asap ekzos
Bertindak balas denganhidrokarbon untuk membentuk
jerebu
melarut dalam membran mukusdi dalam rongga hidung dan trakea
lalu menyebabkan kerengsaan
peparu
Jerebu Pengeluaran asap
daripada kilang-
kilang, kebakaran
hutan, pembakaran
terbuka
Menyebabkan kesukaranbernafas, asma dan pneumonia
-
PENYAKIT SISTEM RESPIRASI
Penyakit Penjelasan Gejala
Asma laluan udara sistem respirasi menjadi sempit, radang atau dipenuhi mukus
serangan asma disebabkan oleh pencemar di udara seperti asap bahan
kimia dan asap rokok dan alergen
seperti kulat, debu dan debunga
kesukaran bernafas batuk terutamanya pada waktu malam atau
semasa cuaca sejuk
Bronkitis berlaku apabila trakea dan bronkus mengalami keradangan disebabkan
jangkitan atau iritasi
lapisan nipis yang melapik laluan udara ini mengalami kerengsaan dan
membengkak. Mukus dirembeskan
sebagai tindak balas terhadap iritasi
ini disebabkan pendedahan yang lama kepada penyebab iritasi seperti
asap rokok, udara yang tercemar atau
alergen
demam kuat, kesukaran bernafas,
sakit dada, batuk
berkahak yang
berterusan
-
PENYAKIT SISTEM RESPIRASI
Penyakit Penjelasan Gejala
Emfisema tisu peparu yang mengelilingi alveolus yang terlibat dalam
pertukaran gas-gas terjejas atau
musnah
Apabila tisu-tisu ini rosak, laluan udara runtuh, menyebabkan sukar
bagi udara untuk keluar daripada
peparu lalu terperangkap di dalam
alveolus
emfisema disebabkan oleh tabiat merokok dan pencemaran udara
Nafas pendek, batuk berserta mukus
Kanser
peparu
pertumbuhan sel yang tidak terkawal di tisu peparu
ia disebabkan oleh bahan karsinogenik seperti tar tembakau dan
nikotina di dalam asap rokok
batuk berdarah, nafas pendek
-
Aktiviti 1.10 Kesan Merokok Terhadap Sistem Respirasi
-
1) Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu peparu.
2) Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
3) Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
4) Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitellium pada alveolos.
Aktiviti 1.10 Kesan Merokok Terhadap Sistem Respirasi
-
AMALAN BAIK UNTUK MENINGKATKAN
KUALITI UDARA
1. Berhenti tabiat merokok dan melarang merokok di tempat
umum
2. Menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan
bermotor
3. Mengamalkan perkongsian kereta
4. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk
mengawal jumlah lalu lintas di jalan raya
5. Memasang pengubah bermangkin di dalam paip ekzos
untuk mengubah gas-gas berbahaya kepada bahan-bahan
tidak berbahaya
6. Memasang pemendak elektrostatik pada cerobong asap
kilang untuk menyingkirkan zarah-zarah debu dan bahan-
bahan toksik daripada asap