619
BAB 13
PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN
KUALITI GURU
13.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan pendekatan yang difikirkan terbaik dan sesuai bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru kerana pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-‐guru dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru-‐guru baharu, guru-‐guru kanan mata pelajaran, guru-‐guru cemerlang, guru-‐guru penolong kanan dan Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih kompeten dan profesional.
13.2 Objektif
Objektif bab ini adalah;
• Untuk menjelaskan isu-‐isu utama berkaitan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru.
• Untuk memaparkan dapatan kajian yang berkaitan dengan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru.
• Untuk mencadangkan dasar dan mekanisme bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru di Malaysia.
620
13.3 Isu-‐Isu Utama
Isu-‐isu utama yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini adalah berkaitan Anjakan ke-‐4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
a) Cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya. Dalam menangani cabaran ini, para guru perlu mempunyai semangat juang yang kuat dan sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan. Persoalannya, adakah guru di Malaysia memiliki kesediaan menangani cabaran-‐cabaran perubahan itu sendiri dan bagaimanakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan guru-‐guru telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi melaksanakan sesuatu perubahan yang dirancang oleh pihak KPM.
b) Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap HARAPAN (52%), MEMUASKAN (31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaiki (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf Pengajaran dan Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH. Aspek kelemahan yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid secara “hands-‐on” yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Daripada penilaian yang dilakukan ke atas aspek-‐aspek kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu aspek-‐aspek 4.1 hingga 4.9 (penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian dan teknik penyoalan), didapati sebanyak 30% masih berada pada skor MEMUASKAN dan ke bawah, manakala teknik penyoalan yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid.
Kajian ini mencadangkan antara cabaran-‐cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan pendidikan di Malaysia ialah:-‐
621
• Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah di setiap peringkat pengurusan;
• Perubahan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran ke arah berpusatkan murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses berfikir yang bukan berorentasikan peperiksaan;
• Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan aspirasi murid perlu dicapai; dan
• Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa.
c) Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-‐2025 (PPPM).
d) Pemilihan calon-‐calon guru yang berkualiti bagi memastikan hanya guru terbaik sahaja yang dapat dipasarkan di pasaran. Anjakan ini memungkinkan proses pengambilan calon guru yang lebih berwibawa di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/ IPTS). Ini akan menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan dan rebutan seperti yang berlaku di negara-‐negara maju.
e) Sistem pendidikan di Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang timbul disebabkan oleh pelbagai tafsiran dan pemahaman yang melibatkan penggubal dasar. Pelbagai tafsiran dan pemahaman tersebut diandaikan berpunca daripada:
• Kepelbagaian tahap kepimpinan di setiap peringkat terutamanya dari segi politik dan latar belakang pendidikan;
• Setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan sering berlaku perubahan mengenai pendekatan pelaksanaan sesuatu dasar;
• Penggubalan dasar yang dibuat mengikut tekanan ahli politik dan tidak bersandarkan kepada fakta empirikal dan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan; dan
• Tahap profesionalisme keguruan yang sewajarnya perlu dicapai oleh guru. f) Memperkasa perkhidmatan perguruan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan Pasukan Guru Malaysia yang mempunyai ciri-‐ciri berikut:
• Kekentalan semangat keguruan; • Ketinggian ilmu akademik dan profesionalisme; • Kompetensi;
622
• Kemahiran; • Kepakaran; • Dedikasi; dan • Komitmen.
13.4 Memperkasakan Guru Aspek pemerkasaan guru perlu mengambilkira elemen berikut:
i. Memantap dan memperteguh profesyen keguruan dari aspek keilmuan, profesionalisme, kemahiran, kepakaran;
ii. Mengukuhkan iltizam dari aspek ketepatan visi, kesesuaian misi dan keberkesanan fungsi;
iii. Menggagahkan perwatakan guru bercirikan keikhlasan, kesungguhan, keberanian, ketegasan; dan
iv. Meninggikan imej keguruan dari aspek pengiktirafan, kemuliaan peribadi dan prestij guru.
Di samping itu, elemen yang mendasari keteguhan Profesionalisme Keguruan adalah sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dari institusi latihan guru. Dalam ertikata lain untuk menjadikan kerjaya perguruan sebagai suatu profesion “ teguh” seseorang guru itu perlu:
• Telah mengikuti program pengajian tinggi formal; • Telah dilatih mendapatkan kemahiran tertentu; • Mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori; • Mempraktikkan ilmu secara berterusan; • Mengamalkan etika profesyen .
Profesion keguruan seperti juga profesion-‐profesion yang lain menuntut ahlinya untuk mengamalkan budaya pembelajaran berterusan dari segi:
• Pertambahan ilmu; • Pertambahan pengetahuan; • Pertambahan kemahiran; • Pertambahan kepakaran; • Penguasaan Perubahan teknologi; • Penghayatan budaya; • Kepekaan terhadap perubahan masyarakat; • Kemahiran menangani perubahan ragam murid;
623
Dalam konteks pemerkasaan profesyen guru, para guru perlu sentiasa menginsafi dan menghayati kemuliaan profesyen guru itu sendiri. Kemuliaan fungsi profesion keguruan, termasuklah mendidik, melatih, memimpin, mengasuh dan mengajar generasi muda untuk menyebarkan ilmu dan kemahiran, pengekalan tradisi, pengwujudan perubahan ke arah meningkatkan martabat bangsa dan negara. Selain itu fungsi profesion keguruan penting untuk:
• Meniupkan dan meningkatkan semangat patriotik murid; • Menyedarkan murid tentang aspek berkaitan kenegaraan; • Mengasuh dan membimbing murid memahami dan menghayati
kemerdekaan negara; • Menyedarkan murid tentang pengorbanan generasi terdahulu dalam
meneroka, membangun dan memajukan negara; • Memberikan kefahaman tentang kegemilangan sejarah yang telah
menyumbang kepada pembinaan negara bangsan yang berdaulat.
13.5 Sekolah Berkesan
Sekolah berkesan adalah aspirasi yang perlu diberikan penumpuan sebagai salah satu elemen untuk mengangkat martabat dan harakat pendidikan di Malaysia ke tahap lebih gemilang. Model Sekolah Berkesan mengetengahkan kreteria berikut;
i. Kepimpinan profesional; ii. Pengkongsian visi dan matlamat; iii. Persekitaran pembelajaran; iv. Penumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran; v. Pengajaran berkesan; vi. Harapan yang tinggi; vii. Peraturan positif; viii. Kemajuan pemantauan; ix. Hak dan tanggungjawab murid; x. Kerjasama rumah sekolah; dan xi. Organisasi belajar.
Sekolah berkesan perlu dilengkapkan dengan keupayaan Pengetua untuk mengurusnya. Ini disebabkan Pengetua sekolah merupakan enjin penggerak yang menyokong dinamika sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Pengetua yang mempunyai aras kompetensi yang tinggi berupaya menggerakkan para guru dan murid untuk mencapai aspirasi pendidikan berkualiti. Terdapat sembilan bidang di bawah Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, iaitu:
624
i. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi; ii. Pengurusan Kurikulum; iii. Pengurusan KoKurikulum; iv. Pengurusan Hal-‐Ehwal Murid; v. Pengurusan Kewangan; vi. Pengurusan Pentadbiran Pejabat; vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal; viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan ix. Pengurusan Pembangunan Luar.
Sementara itu, para guru pula perlu mengamalkan piawaian yang standard dalam amalan pengajaran dan pembelajaran . Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan beberapa kriteria yang merangkumi aspek berikut;
i. Kepimpinan Berkesan; ii. Mengutamakan Instruksional; iii. Berwawasan; iv. Menterjemah Dasar; v. Merancang dan Melaksanakan; vi. Komunikasi; vii. Menangani Krisis; viii. Urustadbir yang Cekap; ix. Pembangunan ETOS; dan x. Keberhasilan Akademik.
13.6 Dapatan Kajian Melalui Seminar dan Analisis Dokumen
1. Profesionalisme Guru Pembangunan profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan profesionalisme juga usaha-‐usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus-‐kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Penimbaan pembelajaran itu termasuklah pembangunan secara tidak formal di sekolah dan juga melalui peluang-‐peluang pembelajaran secara formal yang wujud melalui latihan dalam perkhidmatan yang dikendalikan di dalam sekolah dan di luar sekolah. Pembangunan profesional dijelaskan oleh Joyce & Showers (1980) ialah:
625
Sebarang aktiviti yang dilaksanakan bagi pembangunan profesional yang terdiri daripada semua pengalaman pembelajaran semula jadi yang dilalui, yang mencakupi aktiviti-‐aktiviti yang terancang dengan tujuan untuk memberikan manfaat secara langsung atau secara tidak langsung kepada individu, kumpulan atau sekolah, dan meningkatkan kualiti pendidikan di bilik darjah. Pembangunan profesionalisme merupakan proses pembangunan profesional guru untuk menyemak, memperbaharui dan memantapkan komitmen mereka sebagai agen perubahan, memperoleh dan membangunkan pengetahuan kritikal, kemahiran dan kecerdasan emosi bagi memperbaiki amalan di bilik darjah pada setiap fasa pengajaran mereka (Joyce & Showers, 1980).
Sebagai golongan profesional adalah perlu bagi guru sentiasa peka kepada aspek peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Beberapa elemen dalam meningkatkan kualiti tersebut adalah seperti pada jadual berikut:
Jadual 13.1: Aspek Peningkatan Kualiti Guru
BIL. PENINGKATAN ASPEK YANG PERLU DITINGKATKAN
1. Akademik Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib meneruskan pengajian sampai ke peringkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran.
2. Pembelajaran dan pengajaran
Guru-‐guru wajib mengikuti kursus-‐kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-‐program perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development Programmes).
3. Pentadbiran dan Pengurusan
Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus yang berwibawa.
626
4. Penyuburan Diri Guru-‐guru perlu dilatih untuk menguasai kemahiran-‐kemahiran generik secara berterusan agar personaliti mereka dapat dipupuk untuk menjadi individu yang berkebolehan dalam serba serbi. Antara aspek dalam kategori ini, termasuklah semangat patriotisme, perpaduan, pengurusan stress, kecerdasan pelbagai dan pembangunan personaliti kendiri.
5. Keagamaan dan Moral
Aspek ini perlu dibimbing supaya guru-‐guru berakhlak, bernilai dan bermoral.
Program Pembangunan Profesional Yang Berterusan
Bagi peningkatan tahap profesionaliksme, guru-‐guru wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui Program Pembangunan profesional dengan mod berikut:
Jadual 13.2: Mod Program Pembangunan Profesional Guru
Mentoran Menghadiri kursus-‐kursus dan bengkel-‐bengkel
Jaringan Komuniti Pembelajaran
Pembelajaran kendiri Pencerapan di bilik darjah Pengajaran Berpasukan
Bimbingan Rakan Sebaya Penyelidikan Tindakan Kumpulan-‐kumpulan Penyelesai Masalah
Menulis dalam jurnal profesional
Pasukan Pengurusan Sekolah
Permuafakatan Sekolah-‐Universiti
Jaringan Pakar Mata Pelajaran Pendidikan Guru secara on-‐line (dalam talian)
Latihan Dalaman
Program Sandaran Penggiliran Tugas Konsultansi
E-‐Pembelajaran Pembelajaran Berkumpulan
Lawatan ke Sekolah
627
Landskap perkembangan profesionalisme guru juga harus dilahat dari perspektif zaman bagi mencerminkan keperluan terhadap perubahan itu sendiri. Jadual berikut menjelaskan perspektif tersebut;
Jadual 13.3: Konsep-‐konsep Tradisional Dan Baharu Tentang Perkembangan Staf
Konsep Tradisional Tentang Perkembangan Staf
Konsep Baru Tentang Perkembangan Staf
1. Kawalan dari luar
• Autoriti pendidikan di pusat merancang dan menguruskan aktiviti-‐aktiviti yang menekankan semata-‐mata tentang polisi
• Staf tidak berminat untuk melibatkan diri dan memberikan pendapat
• Aktiviti-‐aktiviti tidak boleh memenuhi keperluan staf
• Aktiviti-‐aktiviti diadakan di luar institusi/sekolah, peserta perlu meninggalkan tempat kerja dan tugas institusi/sekolah yang normal terjejas.
1. Program berasaskan institusi/sekolah
• Staf merancang dan mengurus aktiviti-‐aktiviti dan kandungan kursus direka bentuk mengikut keperluan staf setiap institusi/sekolah
• Staf bersedia untuk terlibat dan memberikan sumbangan idea
• Aktiviti lazimnya dikendalikan di institusi/sekolah pegawai/guru tidak perlu meninggalkan tempat kerja dan mereka boleh mengamalkan apa-‐apa yang dimuridi secara serta merta.
2. Pemulihan
• Aktiviti disusun untuk tujuan pemulihan apabila proses pendidikan menjadi salah.
• Hanya mengambil berat tentang masalah secara umum, tidak tertumpu kepada keperluan sesebuah institusi/sekolah.
2. Perkembangan
• Aktiviti-‐aktiviti dirancang untuk tujuan perkembangan dengan memenuhi keperluan institusi/sekolah, kumpulan dan individu
• Bertindak untuk memenuhi keperluan institusi/sekolah
628
3. Sementara, tidak sistematik
• Aktiviti-‐aktiviti adalah hanya sementara, dirancang dan dikendalikan oleh pakar-‐pakar daripada luar.
• Tiada mempunyai strategi jangka panjang untuk pembangunan dan tiada pengurusan yang sistematik
3. Berterusan, sistematik
• Aktiviti-‐aktiviti sudah dimasukkan di dalam perancangan tahunan institusi/sekolah sepenuhnya disokong oleh pentadbiran institusi/sekolah
• Mempunyai strategi jangka panjang dan pengurusan yang sistematik
4. Kandungan
• Terputus-‐putus • Terlampau menekankan ilmu teknikal dan perubahan tingkahlaku
4. Kandungan
• Berterusan dan komprehensif • Perkembangan teknik, kesan, nilai dan kepercayaan, kesemuanya diberi pertimbangan
5. Fokus terhadap individu
• Menekankan pembaikan individu dan mengabaikan perkembangan kumpulan dan institusi/sekolah secara keseluruhan.
5. Fokus terhadap individu, kumpulan dan institusi/sekolah
• Menekankan perkembangan pada tahap-‐tahap individu, kumpulan dan keseluruhan institusi/sekolah
6. Untuk guru-‐guru sahaja
6. Bukan sahaja untuk guru, tetapi juga untuk pentadbir, staf sokongan dan murid
7. Penceramah luar sahaja
• Mereka tidak faham tentang situasi institusi/sekolah dan menggunakan contoh-‐contoh yang tidak relevan.
7. Penceramah luar dan dalaman
• Kandungan kursus disesuaikan dengan keperluan peserta dan kajian kes yang sebenar yang dikongsi amat berguna dalam amalan di tempat kerja.
8. Peranan staf pasif 8. Peranan staf aktif
9. Jenis aktiviti yang mudah
• Hanya kuliah
9. Pelbagai jenis aktiviti
• Seminar, syarahan, bengkel, bimbingan,
629
kumpulan kualiti mutu kerja, penyelidikan bilik darjah, penilaian, dan lain-‐lain lagi.
10. Motivasi
• Menggalakkan penglibatan staf secara ganjaran ekstrinsik, seperti kenaikan pangkat dan pengurangan beban tugas kerja.
10. Motivasi
• Penglibatan staf adalah berbentuk motivasi kendiri melalui ganjaran secara intrinsik sebagai perkembangan profesional dan perasaan sepunya.
Merujuk kepada konsep-‐konsep baru perkembangan staf dalam Program Pendidikan Guru Yang Bersepadu pada jadual di atas, beberapa fungsi penting perkembangan staf pada pelbagai tahap dapat dirumuskan seperti berikut:
Jadual 13.4: Impak Perkembangan Staf
Elemen Perkembangan Individu Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan staf secara individu supaya lebih bermotivasi dan mempunyai iltizam terhadap tugas mereka; Untuk memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, keterampilan dan kepakaran staf; Untuk membantu staf secara individu dalam perkembangan kerjaya mereka; Untuk membantu ahli-‐ahli individu membuat refleksi terhadap tujuan dan objektif dan polisi institusi/sekolah yang sedia ada; Untuk memperkembang potensi setiap ahli staf; Untuk menjaga dan membaiki kepuasan peribadi dalam menjalankan tugas harian; dan Untuk meningkatkan keyakinan individu.
Elemen Perkembangan Kumpulan Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan kerjasama di dalam kumpulan; Untuk membina semangat berpasukan; Untuk memupuk perasaan persaudaraan dan hubungan intim; Untuk belajar daripada ahli kumpulan yang lain; Untuk memahami dan menerima idea-‐idea alternatif di dalam kumpulan; Untuk menyelesaikan konflik kumpulan; Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan; dan Untuk mencetuskan idea, keputusan dan strategi penyelesaian yang lebih baik di
630
dalam kumpulan.
Elemen Perkembangan Institusi/Sekolah Dan Keberkesanannya
Untuk memastikan/meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di institusi/sekolah; Untuk memperbaiki pengurusan staf; Untuk membina budaya institusi/sekolah yang kuat; Untuk memupuk jalinan hubungan kemanusiaan yang terbuka dan positif dalam institusi/sekolah; Untuk memberi peluang berkomunikasi dan membina misi dan matlamat institusi/sekolah; Untuk membantu ahli-‐ahli institusi/sekolah bagi tujuan melaksanakan perubahan di institusi/sekolah atau mengadakan inovasi-‐inovasi dalam bidang pendidikan; Untuk memenuhi keperluan jangka panjang sekolah; dan Untuk menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan ahli-‐ahli di institusi/sekolah.
13.7 Akreditasi Dan Pelesenan Guru
Seksyen 104 – 114 Akta Pendidikan 1996 menetapkan perkara-‐perkara yang berkaitan pendaftaran dan pelesenan guru. Berdasarkan akta tersebut, guru perlu mengikuti kursus ikhtisas bagi melayakkan mereka memperoleh lesen mengajar dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Bagi guru-‐guru permulaan yang baru ditempatkan ke sekolah, mereka wajib mengikuti program induksi sebelum memperoleh lesen mengajar. Tempoh sah laku bagi satu-‐satu sijil pentauliahan ialah selama 5 tahun. Syarat untuk mendapat lesen mengajar pada kali pertama dan seterusnya perlu memenuhi kriteria-‐kriteria berikut:
(a) Boleh mengajar dengan baik (hasil daripada pencerapan di bilik darjah);
(b) Tahap keberhasilan murid (berdasarkan kepada keputusan ujian dan peperiksaan);
(c) Kualiti portfolio;
(d) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
631
(e) Mempunyai hubungan yang baik dengan kalangan pentadbir, rakan sejawat, dan murid.
Bahagian III Seksyen 10 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati Menteri Pelajaran berhubung apa-‐apa perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Bahagian IX PENDAFTARAN GURU (Bab 1), menetapkan perkara-‐perkara yang termasuk dalam pendaftaran guru. Seksyen 103 menetapkan bahawa “...tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di bawah Akta Pendidikan 1996”. Seksyen 104 – seksyen 113 menetapkan prosedur berkaitan pendaftaran guru. Bahagian IX, Bab 2 Seksyen 114 pula menetapkan perkara-‐perkara berkaitan permit mengajar guru. Justeru, penguatkuasaan undang-‐undang di bawah Akta Pendidikan 1996 perlu diperhalusi supaya guru yang mengajar adalah telah berdaftar mengikut kehendak Akta.
13.8 Kompetensi Guru Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-‐ciri peribadi atau “personality traits” yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris, iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999).
Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermakna “competence, proficiency, skillful and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas dalam model kompetensi menjelaskan bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya.
Sementara itu, kompetensi guru juga dikaitkan dengan elemen-‐elemen personal, profesional dan sosial, seperti aspek pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti lima komponen kompetensi minimum bagi menilai seseorang guru. Lima komponen itu
632
ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.
1. Kurikulum. Guru hendaklah mempunyai pengetahuan terkini tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek).
2. Pedagogi. Guru mestilah tahu dan mahit untuk mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai, serta teknologi pengajaran yang sesuai.
3. Penilaian. Guru hendaklah cekap dalam menilai hasil kerja dan tahap kemajuan murid, menilai kemajuan murid, melaporkan kemajuan kepada murid dan ibu bapa, menyimpan rekod kemajuan pembelajaran, serta menetapkan tahap kemajuan.
4. Sumbangan kepada sekolah. Setiap guru seharusnya berupaya memberi sumbangan yang konstruktif kepada sekolah secara menyeluruh dan bersedia samping menerima tanggungjawab. Di samping itu guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta menjaga reputasi institusi pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan dan kemenjadian murid di sekolahnya. 5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan
profesion keguruan dengan menyertai kursus berkaitan perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan idea-‐idea pembangunan dalam profesion keguruan, kesedian untuk berkolaborasi untuk menyalurkan kemahiran yang dimilikinya dan bersedia untuk membantu rakan sejawat secara profesional. Secara amnya seorang guru profesional perlu mempunyai kompetensi dalam aspek berkaitan penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru, dan kemahiran teknologi.
Prinsip asas kompetensi menjelaskan bahawa seseorang guru dapat dipertingkatkan pengetahuan dan kemahirannya bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan bagi membolehkannya melaksanakan tugas dengan berkesan dan memberi impak kepada pencapaian prestasi. Terdapat tiga komponen kompetensi yang utama iaitu:
(a) Pengetahuan:
Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan.
633
(b) Kemahiran
Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi.
(c) Ciri-‐ciri Peribadi
Nilai-‐nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam.
Komponen-‐komponen di atas diilustrasikan oleh Hay McBer di dalam Model “Aisberg”. Kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan ciri-‐ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberikan penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan pembangunan. Bagi model ini, kompetensi merupakan aisberg (bongkah ais), iaitu kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisberg dan berada di atas paras air. Manakala, ciri-‐ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walau bagaimanapun, kemahiran dan pengetahuan perlu untuk menjalankan sesuatu kerja, walaupun tidak membezakan prestasi yang dihasilkan. Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-‐ciri peribadi (yang tersembunyi) merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa (Rajah 12.1). Dengan kata-‐kata lain, pengetahuan dan kemahiran merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti, manakala ciri-‐ciri peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti. Namun begitu, komponen tersebut merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan.
Rajah 13.1: Model Kompetensi “Aisberg”
Paras Kemahiran Pengetahu
an
-‐ Sukar diperhati, ukur dan ubah
Peranan Sosial
Self-‐image
Traits
Menentukan
kecemerlan
Diperlukan untuk jawatan
634
Terdapat dua jenis kompetensi iaitu;
(a) Kompetensi umum(Generic Competencies):
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi serta tatakelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan berkenaan.
(b) Kompetensi Khusus(Functional Competencies)
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi yang spesifik bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan.
Tahap kompetensi guru boleh ditingkatkan melalui latihan dalam perkhidmatan, peningkatan tahap akademik atau melalui program perkembangan profesionalisme yang berterusan. Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru novis berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap pakar. Jadual 13.6 di bawah ini menggambarkan tahap peningkatan kompetensi guru:
Jadual 13.6: Tahap Pengingkatan Kompetensi Guru
Tahap 1: Novis • Patuh kepada arahan • Mempunyai gambaran cetek terhadap situasi • Tidak boleh membuat keputusan
Tahap 2: Novis yang berpengalaman • Garis panduan untuk tindakan berdasarkan atribut dan mempunyai
sedikit pengalaman • Persepsi terhadap situasi masih terhad • Semua atribut dan aspek digunakan secara berasingan
Tahap 3: Kompeten • Mampu bekerja dengan kumpulan • Kini mula melihat tindakan untuk mencapai matlamat jangka panjang • Mula merancang • Prosedur-‐prosedur standard dan bersifat rutin
Tahap 4: Cekap • Melihat situasi secara holistik • Melihat yang paling penting dalam sesuatu situasi • Melihat kepelbagaian dan berbeza daripada pola normal • Mampu membuat keputusan
635
Tahap 5: Pakar • Tidak lagi bergantung kepada peraturan dan garis panduan • Boleh memahami situasi secara naluri berdasarkan penelitian yang
mendalam • Menggunakan pendekatan analitikal dalam situasi-‐situasi apabila
menemui sebarang masalah timbul • Mempunyai visi yang boleh diimplementasikan /dilaksanakan
13.9 Dapatan Kajian Tentang Tahap Kompetensi Guru Di Malaysia
Satu kajian mengenai persepsi tahap kecekapan guru yang mengajar di sekolah perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme perkhidmatan guru. Oleh itu, satu kajian menggunakan sumber data primer telah dijalankan bagi menentukan tahap kompetensi guru di Malaysia. Seramai 2590 orang guru telah terlibat di dalam kaji selidik mengenal pasti tahap kompetensi guru dan tanggungan tugas. Borang soal selidik telah dihantar kepada guru-‐guru sekolah di seluruh Malaysia. Analisis data mengenai tahap kompetensi guru di Malaysia yang diperoleh secara amnya adalah seperti berikut;
13.9.1 Profil Demografi Responden
Carta 13.1: Jantina Responden
21%
79%
Lelaki
Perempuan
636
Berdasarkan Carta 13.1 di atas, didapati jumlah responden wanita lebih ramai berbanding dengan responden lelaki. Responden wanita mewakili 79.4%, manakala responden lelaki sebanyak 20.6%.
Carta 13.2: Lokasi Sekolah
Carta 13.2 menunjukkan taburan responden mengikut lokasi sekolah. Kajian mendapati majoriti responden iaitu 53.2% daripada jumlah keseluruhan responden mengajar di sekolah luar bandar dan selebihnya mengajar di sekolah bandar.
53% 47% Luar Bandar
Bandar
637
Carta 13.3: Pengalaman Mengajar
Sementara itu carta 13.3 menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman mengajar yang lama, iaitu 24.1% (melebihi 20 tahun pengalaman) berbanding jumlah responden mempunyai pengalaman mengajar 20 tahun ke bawah.
21%
21%
17%
17%
24% 1-‐5 tahun
6-‐10 tahun
11-‐15 tahun
16-‐20 tahun
> 20 tahun
638
Carta 13.4: Agama Dianuti Responden
Daripada segi agama yang dianuti, Carta 13.4 menunjukkan majoriti responden adalah beragama Islam, iaitu 73% dan diikuti oleh responden yang beragama Buddha, iaitu 17.2%. Seterusnya, Carta 13.5 menunjukkan sebanyak 72.6% responden terdiri daripada kaum Melayu, diikuti oleh kaum Cina sebanyak 20.8%, manakala Carta 13.6 pula menunjukkan sebanyak 85% daripada responden telah berkahwin.
73%
5%
17%
5% 0% 0%
Islam
Krijan
Buddha
Hindu
Sikh
Bahai
639
Carta 13.5 : Etnik Responden
Carta 13.6: Status Perkahwinan
73%
21%
5% 1%
0% 0% 0% 0% 0%
Melayu
Cina
India
Iban
Bidayuh
Melanau
Kadazan
Bisaya
Siam
13%
85%
1% 0% 1%
Status Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
Janda/Duda
Ibu/Bapa Tunggal
Balu
640
Carta 13.7: Gred Sekolah
Carta 13.7 menunjukkan gred sekolah bagi tempat responden mengajar. Majoriti adalah dari sekolah Gred A, iaitu 76.1%, diikuti oleh Gred B sebanyak 23.7%. Carta 13.8 pula menunjukkan sebanyak 52.5% responden mengajar di sekolah rendah, berbanding 47.5% mengajar di sekolah menengah.
Carta 13.8: Jenis Sekolah
76%
24%
0%
Gred A
Gred B
Gred sekolah kurang murid
52% 48% Sekolah rendah
Sekolah menengah
641
Carta 13.9: Jenis Sekolah Menengah
Carta 13.9 menunjukkan majoriti guru yang mengajar di sekolah menengah, dalam kajian ini, adalah mengajar di sekolah menengah kebangsaan.
Carta 13.10: Kelayakan Akademik Responden
Dari segi kelayakan akademik pula, Carta 13.10 menunjukkan majoriti responden mempunyai Ijazah Sarjana Muda (71.5%) dan tahap Diploma 24%).
86%
3% 7% 2%
2% Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian Perdana)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
24%
72%
4% 0%
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
Ijazah Doktor Falsafah
642
Carta 13.11: Kelayakan Ikhtisas
Dari segi kelayakan ikhtisas pula majoriti responden mempunyai Diploma Pendidikan (45%), Sijil Perguruan (28% ) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebanyak 27.0%.
Carta 13.12: Tempoh Guru Bertugas
Carta 13.12 di atas menunjukkan tempoh bertugas sebagai guru terlatih di kalangan responden adalah di antara 1-‐5 tahun sebanyak 22.3%, berpengalaman antara 6-‐10
0%
27%
45%
28%
Sarjana Pendidikan Teknikal
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Diploma Pendidikan
Sijil Perguruan
22%
20%
14%
20%
13%
6% 4% 1% 1-‐5 tahun
6-‐10 tahun
11-‐15 tahun
16-‐20 tahun
21-‐25 tahun
26-‐30 tahun
31-‐35 tahun
36-‐40 tahun
643
tahun sebanyak 20.3%. Ini menjadikan majoriti responden mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih di antara 1-‐10 tahun (42.6%).
Dari segi bilangan murid dalam kelas pula, Carta 13.13 di bawah menunjukkan bahawa majoriti responden yang mengajar kelas yang mempunyai bilangan murid antara 31-‐40 orang ialah 52.2%, dan diikuti 37.0% pula bagi kelas yang mengandungi jumlah murid sebanyak 20-‐30 orang.
Carta 13.13: Bilangan Murid Dalam Kelas
6%
37%
52%
5%
Bawah 20 orang
20-‐30 orang
31-‐40 orang
41-‐50 orang
644
Dari segi jumlah murid di sekolah, Carta 13.14 menunjukkan bahawa responden yang mengajar di sekolah dengan jumlah murid lebih 1500 orang ialah 12% sahaja, di sekolah yang jumlah muridnya di antara 1000 – 1500 orang ialah 20%, manakala di sekolah yang bersaiz sederhana (500-‐999 orang) ialah 46%, dan di sekolah bersaiz kecil (kurang 500 orang) ialah 22%.
Carta 13.14: Jumlah Murid Di Dekolah
12%
20%
46%
22% Lebih 1500 orang
1000 – 1500
500-‐999
Kurang 500 orang
645
Carta 13.15: Kursus Yang Dihadiri Guru
Responden juga diminta untuk memberikan persepsi tentang kursus-‐kursus yang perlu dihadiri oleh mereka, di samping menjalankan tugas hakiki sebagai guru di sekolah. Kebanyakan responden menyatakan bahawa kursus yang dihadiri adalah berkait dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Dengan berdasarkan Carta 13.15 di atas, peratusan yang mengatakan “Ya” untuk “Berkait dengan mata pelajaran yang diajar” adalah 69.2% berbanding dengan bidang kepakaran (35.2%) dan jawatan yang disandang (31.8%).
69.2
35.2
31.8
30.1
Berkait dengan matapelajaran diajar
Berkait dengan bidang kepakaran
Berkait dengan jawatan yang disandang
Kursus-‐kursus lain
646
Dari segi jawatan yang disandang oleh guru pula, Carta 13.16 menunjukkan bahawa peratus responden yang memegang jawatan sebagai guru tingkatan ialah 28%, diikuti oleh jawatan sebagai guru penasihat persatuan/kelab/sukan (19%), guru disiplin (17%) dan setiausaha (11%). Selebihnya, guru-‐guru memegang pelbagai tugas seperti guru data, guru panitia, bendahari, dan Jawatankuasa PIBG.
Carta 13.16: Jawatan Yang Disandang oleh Guru
19%
2%
17%
3% 5%
11%
28%
5% 4% 1%
2% 2% 1%
Guru jngkatan
Guru data
Guru panija
Bendahari
Jawatankuasa PIBG
Sejausaha
Penasihat persatuan/kelab/sukan
Guru kanan mata pelajaran
Guru disiplin
Kaunselor sekolah
Sejausaha peperiksaan
647
Jadual 13.7: Purata Skor Item Kompetensi Guru
N Min Mak Purata Sisihan piawai
Ilmu Asas Sebagai Guru
Falsafah dan Tujuan Pendidikan 2492 1 5 3.90 .60
Matlamat Umum Pendidikan 2490 1 5 3.87 .57
Psikologi Murid 2490 1 5 3.95 .57
Hubungan Baik 2492 2 5 4.13 .56
Tahap Pembelajaran Kognitif 2486 1 5 3.93 .56
Teknik Pengujian 2484 2 5 3.94 .57
Kandungan Mata Pelajaran
Kandungan Ilmu 2493 1 5 4.20 .60
Susunan Hieraki Konkrit Abstrak 2488 2 5 3.91 .65
Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran
2492 2 5 4.13 .57
Susun Urutan Mata Pelajaran Setahun
2489 1 5 4.08 .60
Sumber dan Aktiviti Pembelajaran 2491 2 5 3.98 .58
648
Pedagogi
Kaedah dan Teknik Pengajaran 2494 1 5 3.93 .58
Kaedah dan Bahan Pengajaran ICT 2492 1 5 3.65 .69
Kebolehan Murid 2493 1 5 3.93 .57
Semak dan Taksir Penguasaan Murid
2494 2 5 4.01 .57
Memandu Murid Memahami 2491 2 5 4.09 .57
Kerja Rumah danTugasan 2491 2 5 4.02 .57
Nilai-‐nilai Budaya Moral 2496 2 5 4.14 .57
Rancangan Pelajaran 2493 2 5 4.11 .59
Bahan-‐bahan Pengajaran dan Pembelajaran
2495 2 5 4.04 .57
Gubal Soalan Ujian 2492 1 5 4.01 .62
Pengurusan Bilik Darjah
Bersedia dan Bermotivasi 2497 2 5 4.03 .59
Mengurus Aktiviti Pembangunan Kumpulan Bilik Darjah
2494 1 5 4.02 .58
Kawal Tingkah Laku Buruk 2498 1 5 3.99 .64
Urus Projek Luar 2497 1 5 3.71 .67
Pengalaman Projek Murid 2496 1 5 3.92 .61
Berkomunikasi Secara Jelas 2495 1 5 4.06 .59
Hubung Ilmu Dengan Pengalaman Hidup
2496 1 5 4.09 .58
649
Atribut Profesional
Penuhi Tugas dan Tanggungjawab 2498 2 5 4.09 .58
Patuh Peraturan dan Etika 2500 2 5 4.24 .59
Tingkatkan Komitmen 2497 2 5 4.20 .59
Bacaan dan Aplikasi Konsep 2499 1 5 3.84 .63
Penyelidikan Skala Kecil 2495 1 5 3.64 .68
Tulis Kertas Kerja 2493 1 5 3.20 .84
Kelola Seminar 2495 1 5 3.33 .83
Aplikasi Ilmu Melalui Seminar 2499 1 5 3.84 .68
Sokong Pentadbir Sekolah 2495 2 5 4.03 .64
Capai Sasaran Prestasi 2496 1 5 4.06 .60
Perbaiki Semangat dan Kerja Berpasukan
2491 2 5 3.99 .61
Pengurusan Masa 2496 2 5 4.05 .57
Penyelesaian Masalah 2496 2 5 3.94 .59
Penilaian Kendiri 2494 1 5 4.00 .57
Laman Web Kelab/Kesatuan 2488 1 5 3.41 .80
650
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah
Kendali Kokurikulum 2491 1 5 3.97 .64
Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
2494 1 5 3.99 .58
Pengurusan Rekod Murid 2495 1 5 3.98 .65
Mendisiplinkan Murid 2488 1 5 4.01 .62
Penglibatan Aktiviti/Polisi Sekolah 2493 1 5 3.96 .61
Penglibatan Proses Pembuatan Keputusan
2494 1 5 3.72 .69
Menyelia Guru Baru 2483 1 5 3.60 .77
Pembangunan dan Kebajikan Murid
Menasihati Murid 2494 1 5 4.10 .63
Beri Kelas Tutorial Tambahan 2490 1 5 3.92 .68
Pengelolaan Seminar Motivasi 2491 1 5 3.53 .78
Pandu Murid Ke Arah Aktiviti Komuniti
2490 1 5 3.62 .73
Pandu Murid Ke Arah Mencari Informasi
2493 1 5 3.75 .70
Jadual 13.7 menunjukkan skor purata terhadap item-‐item bagi tujuh (7) komponen kompetensi guru.
Carta 13.17 pula mendapati bahawa terdapat sepuluh (10) item kompetensi yang memperoleh skor purata paling tinggi. Item “kompetensi saya dalam mematuhi peraturan dan nilai-‐nilai etika profesion keguruan” memperoleh skor purata paling tinggi, iaitu 4.24. Bagi item “kompetensi saya dalam kandungan ilmu mata Pelajaran yang saya ajar” pula memperoleh skor purata sebanyak 4.20 dan juga item “kompetensi
651
saya untuk meningkatkan komitmen saya kepada sekolah dan profesion” yang memperoleh skor purata sebanyak 4.20. Keadaan ini diikuti oleh item “kompetensi saya dalam mengajar nilai-‐nilai budaya-‐moral dalam mata pelajaran yang saya ajar” yang memperoleh skor purata sebanyak 4.14. Daripada analisis skor purata tertinggi ini didapati bahawa responden meletakkan dua (2) item dalam komponen atribut profesional sebagai paling penting dalam menentukan tahap kompetensi guru. Atribut profesional juga merupakan persepsi utama responden untuk memartabatkan profesion keguruan.
Carta 13.17: Skor Purata Item Kompetensi Guru
4.24
4.20
4.20
4.14
4.13 4.13
4.11
4.10
4.09
4.09
Patuh Peraturan dan Ejka
Kandungan Ilmu
Tingkatkan Komitmen
Nilai-‐nilai Budaya Moral
Hubungan Baik
Matlamat dan Objekjf Mata Pelajaran
Rancangan Pelajaran
Menasihaj Pelajar
Memandu Pelajar Memahami
652
Carta 13.18 di bawah menunjukkan jumlah skor bagi setiap komponen kompetensi guru.
Carta 13.18: Skor Komponen Kompetensi Guru
23.73
20.30
39.94
27.81
57.90
27.24
18.92 Ilmu Asas
Kandungan Mata Pelajaran
Pedagogi
Pengurusan Bilik Darjah
Atribut Profesional
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah
653
Carta 13.19 pula menunjukkan komponen kompetensi yang memperoleh skor purata yang paling tinggi, iaitu kompetensi dari segi kandungan mata pelajaran (4.06), pedagogi (3.99), pengurusan bilik darjah (3.97), dan ilmu asas (3.95).
Carta 13.19: Skor Purata Komponen Kompetensi Guru
3.95
4.06
3.99
3.97
3.86
3.89
3.78 lmu Asas
Kandungan Mata Pelajaran
Pedagogi
Pengurusan Bilik Darjah
Atribut Profesional
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah
Pembangunan dan Kebajikan Pelajar
654
Jumlah skor untuk semua komponen kompetensi bagi kesemua responden dibahagikan kepada tiga (3) tahap, iaitu kompetensi tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Keadaan ini ditunjukkan pada Carta 13.20, iaitu sebanyak 34.1% daripada responden memiliki kompetensi tahap tinggi, 31.1% kompetensi tahap sederhana dan 34.7% kompetensi tahap rendah.
Carta 13.20: Tahap Kompetensi Guru
Seterusnya penjadualan silang tahap kompetensi dan profil guru telah dijalankan untuk meihat hubungan antara tahap kompetensi dan profil demografik responden. Hanya hubungan yang penting (signifikan) sahaja ditunjukkan dalam bahagian seterusnya.
34.7
31.1
34.1 Tahap kompetensi rendah
Tahap kompetensi sederhana
Tahap kompetensi jnggi