Bagaimana spyware, malware masuk pc anda?
Malware, Spyware, junk software, malah virus boleh masuk komputer anda
dengan beberapa sebab:-
Anda install sesuatu yang tidak sepatutnya diinstall, malah dari sumber
yang tidak diketahui. contoh: screensaver, toolbar, smiley pack, dll
Anda tidak ambil peduli application “sampingan” yang diinstall
bersama-sama dengan application yang anda percayai
Komputer anda sendiri telah dijangkiti oleh malware, dan malware
tersebut install lagi banyak malware dalam komputer anda
Anda tidak menggunakan Anti-virus / Anti-spyware yang berkualiti dan
dijamin keberkesanannya.
sumber : howtogeek.com
Bagaimana nak selamat?
Jangan sesekali check/tanda kat box “keep me signed in” kalau PC tu bukan PC anda.
Berhati-hati dengan komputer di pejabat anda. Mungkin ada orang yang mencuri guna
sewaktu anda pergi tandas.
Selepas log-IN ke google, facebook, ebay, sila log-OUT selepas selesai urusan.
Delete browser history.
Untuk privacy, gunakan “privacy mode” dalam browser anda untuk menghilangkan
jejak anda di internet. IE: InPrivateBrowsing, Chrome: NewIncognitoWindow.
jangan sesekali save password bila diminta oleh browser anda. org lain mungkin
menggunakan pc tersebut dan boleh access ke akaun anda.
dipetik dari website gizmodo.com
Sesetengah perkara di internet adalah sangat merbahaya sekiranya tidak diberi perhatian yang serius. Berikut
disertakan salah satu perkara yang boleh menyebabkan anda dalam risiko.
Ninite Memudahkan Anda! :)
Pernahkah anda menghadapi situasi ini?
Anda baru sahaja selesai memformat komputer. Selepas format, anda perlu menginstall semua software satu
persatu pula. Anda perlu download Firefox, Yahoo Messenger, Winamp, Adobe Reader dan banyak lagi.
Kemudian, anda perlu install satu persatu pula. Cube bayangkan berapa banyak masa yang anda perlu
luangkan. Berapa banyak klik yang anda perlu buat. Pasti leceh bukan? Tahukah anda dengan Ninite, anda
boleh download dan install semua software yang anda perlukan hanya dengan beberapa klik sahaja! Menarik
bukan? Tahukah anda dengan Ninite, anda boleh download dan install semua software yang anda perlukan.
Cara-caranya:
1. Buka website ninite –> http://ninite.com/
2. Pilih software kegemaran anda.
3. Klik “Get Installer”.
4. Klik “Save” dan “Run”.
Kemudian, anda boleh pergi buat air kopi atau ke pasar atau apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan. Biar
Ninite siapkan semua proses installation software anda. Mudah bukan?
Hanya dengan 4 langkah mudah, semua software yang anda perlukan akan siap diinstall ke dalam komputer
anda! Selamat mencuba!
Komputer anda lembab? Selalu hang?
Pernahkah anda mengalami situasi begini? Komputer anda tidak lagi laju seperti sewaktu anda mula-mula beli
dahulu. Sedang membuat kerja, tiba-tiba hang pula. Awal-awal dahulu tiada pula jadi begini. Apa yang sudah
berlaku?
Penyelesaian anda? Format kemudian install semula. Apa? FORMAT? INSTALL SEMULA?? Bukankah ia
menyusahkan? Ia bukan sahaja lambat malah menyusahkan. Anda perlu install semula pelbagai program,
perlu download semula patches, perlu copy semula MP3 dan macam-macam lagi. Leceh bukan?
Sebenarnya, format bukanlah langkah yang bijak dan ia juga bukanlah jalan penyelesaian yang mutlak. Perkara
yang sama akan berulang kembali. Komputer anda akan jadi lembab semula, kemudian hang dan anda perlu
format semula.
1. Uninstall program yang jarang/tidak digunakan.
Buka ‘Control Panel’ > ‘Add/ Remove Program’. Di situ akan disenaraikan semua program yang
ada dalam komputer anda. Teliti satu persatu senarai tersebut dan uninstall kesemua program yang
anda sudah jarang pakai atau tidak pakai langsung.
p/s: Jangan lupa untuk simpan installer ya. Sekiranya anda mahu pakai nanti, boleh install semula.
2. Buang program-program yang bertindih.
Anda tidak perlukan 3 jenis program yang fungsinya sama. Contohnya KMPlayer, Adobe Media
Player, CCCP Player, Winamp Movie Player, DIVX Movie Player dan banyak lagi. Mungkin tujuan asal
anda adalah untuk memainkan pelbagai jenis media file. Jangan risau. Anda uninstall sahaja
semua player itu dan install VLC Media Player. Ia boleh memainkan kesemua jenis media file!
3. Pastikan komputer anda bersih dari virus.
Kemungkinan besar komputer anda lembab kerana diserang virus. Sekalipun komputer anda ada 3
antivirus, ianya tidak menjamin kesucian komputer anda dari virus. Apatah lagi jika antivirus anda
tidak diupdate. Tips yang paling penting ialah, JANGAN INSTALL LEBIH DARI 1 ANTIVIRUS! Ia hanya
akan melembabkan komputer anda.
Sekiranya anda sudah lakukan ketiga-tiga tips asas di atas tetapi komputer anda masih lagi lembab,
kemungkinan besar ada masalah lain. Tips-tips yang lebih advance akan kami kongsikan dalam artikel yang
akan datang, insyaAllah. Setakat ini sahaja dahulu.
Sekian, terima kasih!
Sumber : https://baikikomputer.wordpress.com/
Komputer lembab! Tertekan!! Pasti anda tertekan apabila komputer anda lembab. Mahu
buka Microsoft Word pun mengambil masa 2 minit. Apabila
menonton filem, sangkut-sangkut pula. Apatah lagi kalau
main game. Lagilah menyakitkan hati. Usah risau, di sini kami
akan kongsikan beberapa tips asas
untuk troubleshoot komputer yang lembab.
Cara Mengembalikan File Dan Folder Yang Menjadi Shortcut
Bila cucuk pendrive di PC ataupun notebook, sekali semua folder bertukar rupa jadi ikon shortcut. Dan,
semua folder tu tak boleh nak buka. Kita tak perlu lagi format pendrive tersebut sebab kadang-kadang ada
data-data penting yang penting untuk disimpan.
Untuk buang shortcut virus dalam pendrive, tanpa format pendrive tu, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Cucuk pendrive. Kenal pasti lokasi pendrive. Di E, F atau sebagainya.
2. SCAN dulu pendrive. Biar hilang semua virus-virus.
3. Selesai scan, klik kat My Computer > Tools > Folder Options > View. Tick show hidden files.
Kemudian untick hide extension & hide protected.
4. Buka lokasi pendrive tadi semula. Kita akan nampak folder yang di ‘hidden’ kan oleh virus.
5. Klik di Start > Run, dan taip cmd, klik. Kemudian akan muncul skrin hitam.
6. Taip command :
attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive masing-masing)
Kemudian, tekan Enter.
7. Skrin hitam akan ambil masa hendak loading. Tunggu sampai arahan command muncul, kemudian
buka lokasi pendrive semula.
8. Folder yang hidden tadi akan kembali normal.
9. Kemudian boleh padam folder yang ada shortcut tadi.
10. Setting yang ditukar di My Computer tadi, tukar semula kepada asal
11. Selesai
Selamat mencuba………….