1RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT
MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI
BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA BERSAMA
PEGAWAI JPS PULAU PINANG
PULAU PINANG - Satu majlis perjumpaan Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj.
Ahmad Husaini Bin Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia
bersama pegawai JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 4 Mac 2015
(Rabu), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, JPS Pulau
Pinang, Tingkat 55, KOMTAR.
Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj. Ahmad Husaini Bin Sulaiman bersama pegawai JPS Pulau Pinang
di Ibu Pejabat JPS Pulau Pinang.
Seramai 25 orang pegawai JPS Pulau
Pinang telah menghadiri majlis
tersebut bagi mendengar amanat
daripada Ketua Pengarah JPS yang
akan bersara. Dalam ucapannya,
beliau menyarankan supaya Jabatan
Pengairan dan Saliran mengekalkan
fungsinya dan relevan selama-
lamanya. Majlis diakhiri dengan makan
tengahari bersama pegawai dan
kakitangan JPS Pulau Pinang.Ketua Pengarah JPS Malaysia
menyampaikan amanat kepada warga
JPS Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat
JPS Pulau Pinang, KOMTAR.
2RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT
SEBERANG PERAI UTARA – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau
Pinang telah mengadakan Taklimat Profiling bagi Pegawai dan Kakitangan
pada 25 Mac 2015 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Pusat
Kecemerlangan JPS Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau
Pinang.
Sejumlah 65 orang kakitangan JPS Pulau Pinang daripada bahagian dan
daerah telah menghadiri taklimat tersebut. Tujuan utama taklimat ini
diadakan adalah bagi menyediakan profiling kerja di bahagian masing-
masing. Taklimat disampaikan oleh Ir. Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali dan
telah dimanfaatkan oleh kesemua Pegawai dan kakitangan yang hadir.
TAKLIMAT PROFILING PEGAWAI DAN KAKITANGAN
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG.
Taklimat Profiling disampaikan oleh Ir. Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali. Turut hadir
ialah Tuan Pengarah JPS PP.
Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Md. Khuzai Bin
Hussain kepada Penceramah.
“Tak kan hampa semua nak goyang kaki kot mai reja?”
3RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT
PERHIMPUNAN PAGI DI JPS PULAU PINANG
JPS Pulau Pinang- Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari bertugas
jam 8.30 pagi yang diketuai oleh Pengarah atau mana pegawai terkanan yang
hadir jika Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri tiada. Setiap kakitangan
JPS Pulau Pinang diwajibkan hadir dan dikehendaki berkumpul di ruang legar
Jabatan bagi mendengar ucapan dan perkara-perkara penting yang
disampaikan oleh Pengarah dan Ketua bahagian.
Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Azahar Bin
Hashim dan diakhiri dengan sesi Renungan Pagi yang disampaikan oleh
kakitangan JPS Pulau Pinang secara bergilir mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Hasil dari perhimpunan pagi yang diadakan, setiap kakitangan menjadi lebih
bermotivasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Keyakinan diri
juga meningkat apabila diberi peluang berucap di depan warga jabatan.
RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN
SEBERANG PERAI UTARA –
Satu bengkel berkaitan penyediaan
permohonan Projek / Program
Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-
11) telah diadakan selama dua hari
iaitu pada 12 hingga 13 Februari
2015, bertempat di Pusat
Kecemerlangan JPS SPU.
Taklimat bengkel penyediaan
permohonan Projek / Program
Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-
11) ini disampaikan oleh Ir. Tuan
Haji Mat Supri Bin Kasa dari
Bahagian Korporat Ibu Pejabat JPS
Kuala Lumpur.
Taklimat permulaan yang disampaikan oleh Ir. Ratna Rajah
(Timbalan Pengarah Pengairan dan Saliran)
Bengkel ini diadakan bagi menyiapkan
maklumat dan memberi input lengkap
kepada setiap Bahagian dan Daerah di
Pulau Pinang bagi memahami kehendak dan
spesifikasi yang perlu diutamakan dalam
melaksanakan permohonan RMK-11.
Penerangan terperinci diberikan oleh
Ir. Tuan Haji Mat Supri Bin Kasa
Taklimat ini berlangsung dengan
jayanya dan dihadiri seramai lebih
kurang 40 orang pegawai dari JPS
Bahagian dan JPS Daerah.
“ Cukupkah peruntukan ini? Justifikasi ada ka? ”
4
BENGKEL PENYEDIAAN
PERMOHONAN
PROJEK/PROGRAM
RANCANGAN MALAYSIA KE 11
(RMK-11)
5RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN
Ir. Tuan Haji Mat Supri Bin Kasa menghuraikan skop
permohonan RMK-11 kepada Pegawai JPS DTL
“ Order, order, order… Dengar sini semua..!”
“Mai, mai, mai.. Kita kena bagi siap. Kalau tak siap, siap la kita..!” Cenderahati yang disampaikan oleh Ir. Nasser Bin
Salim kepada Penceramah sambil diperhatikan
oleh Ir. Ratna Rajah
BENGKEL PENYEDIAAN
PERMOHONAN
PROJEK/PROGRAM
RANCANGAN MALAYSIA KE 11
(RMK-11)
6RENCAH MUTIARA
6
BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM
Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) disampaikan oleh Ir. Tuan Haji Abdullah Bin Isnin dari
Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Ibu Pejabat Kuala Lumpur.
Antara Peserta yang hadir dalam sesi Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition)
GEORGE TOWN – Satu Sesi Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) telah diadakan
selama dua hari iaitu pada 24 hingga 25 Februari 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau
Pinang, Tingkat 55, KOMTAR.
Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) ini di sampaikan oleh Ir. Tuan Haji Abdullah Bin Isnin
dari Bahagian Saliran Mesra Alam Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur.
Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi maklumat terkini yang terkandung dalam Manual Saliran
Mesra Alam Edisi Ke-2, juga input lengkap kepada setiap Bahagian dan Daerah di Pulau Pinang bagi
memahami dalam proses kerja menyemak permohonan pembangunan dan semakan bagi pengurusan
air larian hujan di Malaysia.
Taklimat ini berlangsung dengan jayanya dan dihadiri seramai lebih kurang 30 orang pegawai dari JPS
Bahagian dan JPS Daerah.
Pegawai-pegawai Kanan & Jurutera Daerah yang turut serta dalam sesi Taklimat.
Taklimat Saliran Mesra Alam
(MSMA 2nd Edition)
Terima kasih Tuan,
atas ilmu yang
dikongsi
7RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN ICT DAN INOVASI
GEORGE TOWN – Bengkel MyMesyuarat diadakan pada 30 Januari 2015,
bertempat di Bilik Millenium, Pusat Teknologi Maklumat dan Komputer Negeri Pulau
Pinang.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan penggunaan Sistem
MyMesyuarat di kalangan kakitangan JPS Pulau Pinang.
Dalam bengkel ini, peserta dimaklumkan tentang kepentingan dan keperluan
penggunaan sistem tersebut. Selain itu, peserta juga dinasihatkan supaya
melengkapkan proses pengendalian mesyuarat sepenuhnya, iaitu dari “jemputan
mesyuarat” sehingga “edaran minit mesyuarat”.
Wakil peserta kursus terdiri dari daerah dan
bahagian ibu pejabat JPS Pulau Pinang.
Antaranya dari Daerah Timur Laut, Daerah
Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang
Perai Tengah, Seberang Perai Selatan,
Pembangunan Korporat, Pengairan Dan
Saliran, Pengurusan Banjir, Sungai Dan
Pantai, ICT Dan Inovasi, Khidmat Pengurusan
serta PA Pengarah JPS Pulau Pinang.
Tugasan utama dan penekanan latihan pada
para peserta kursus seperti mengesahkan
kehadiran mesyuarat, mencapai laporan dan
minit, memberi maklumbalas tindakan,
memberi komen pada kemaskini status serta
mengemaskini maklumat diri.
BENGKEL MyMESYUARAT
8RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN ICT DAN INOVASI
PAMERAN PRODUK INOVASI JPS PULAU PINANG SEMPENA HARI
MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2015
Pada 1 Mac 2015, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah
menyertai pameran produk inovasi sempena Hari Menyambut Tahun Baru Cina yang
diadakan oleh Hidayah Centre Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua
Menteri 1, YB. Dato Haji Mohd Rashid bin Hasnon.
JPSPP telah mendedahkan produk-produk inovasi kepada orang awam. Produk yang
dipamerkan ialah “B-Log” daripada JPS Daerah Seberang Perai Selatan dan “Smart
Signage” daripada JPS Daerah Barat Daya. Jabatan juga menyebarkan kesedaran
tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dengan pemberian brosur, keychain
dan bookmarks tentang “GOES GREEN” kepada orang awam. Pameran ini
mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.
Penerangan produk inovasi kepada pengunjung gerai JPS
oleh petugas.
“Kalau Cik Nak Tau… Yang ni la orang panggil
Smart Signage.. Papan tanda boleh dibawa ke
tapak dengan mudah, Nah.. Cik, kami bagi
keychain percuma.”
9RENCAH MUTIARA
Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato Haji
Mohd Rashid bin Hasnon sempat bergambar
kenangan dengan sebahagian para petugas
gerai pameran JPS Pulau Pinang dan sedikit
cenderahati dari JPS telah diberikan kepada
Yang Berhormat.
Segala Usaha Amatlah dihargai, jutaan terima
kasih kepada petugas yang menjayakan
pameran produk inovasi ini.
BAHAGIAN ICT DAN INOVASI
“ Tahniah JPS Pulau Pinang !!! ”
PAMERAN PRODUK INOVASI JPS PULAU PINANG SEMPENA HARI
MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
10RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR
Nibong Tebal – 6 Mac 2015
Lawatan turun padang oleh Pengerusi, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau
Pinang telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau
Pinang. Tujuan lawatan diadakan adalah supaya pemimpin-pemimpin mengadakan
lawatan-lawatan ke projek-projek pembangunan di Pulau Pinang bagi memastikan
pelaksanaan projek-projek ini berjalan lancar disamping menghebahkan kepada
rakyat mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat
P.Pinang.
Projek yang telah dipilih untuk dilawati
ialah Rancangan Tebatan Banjir
Lembangan Sungai Kerian iaitu
KERJA-KERJA MEMBINA BAN DAN
STRUKTUR DI KAMPUNG TANJUNG
BEREMBANG / TAMAN SEMPADAN
DAN KAMPUNG TELUK IPIL /
KAMPUNG TELUK SEBERANG
PERAI SELATAN PULAU PINANG.
Taklimat dan lawatan telah diadakan dengan
kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan
P.Pinang dan JPS Pulau Pinang.
Taklimat status projek disampaikan oleh Tuan
Timbalan Pengarah ( Sungai Dan Pantai) JPS
Pulau Pinang, Tuan Hj. Md. Khuzai Bin
Hussain
Turut hadir ialah pemimpim-pemimpin
tempatan, kakitangan-kakitangan
kerajaan dan juga dari kalangan
wartawan.
Penolong Pengarah Kanan, Encik Masnizan Bin
Mustapha memberi penerangan tentang
perjalanan projek di tapak.
YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, YB.
Dato’ Mahmud Dan Pengarah Pembangunan Negeri,
Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah diiringi oleh
Timbalan Pengarah JPS (SUNGAI & PANTAI) Pulau
Pinang, Tuan Haji Md. Khuzai Bin Hussain menaiki
bot ketika sesi lawatan.
LAWATAN TEKNIKAL BAHAGIAN RTB SUNGAI KERIAN
11RENCAH MUTIARA
AMPANG - Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) JPS Malaysia
mengadakan Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi pada 12 hingga 13
Februari 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Sumber Air Dan Hidrologi
JPS Jalan Ampang, Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah Negeri dan
Pegawai Hidrologi Negeri seluruh Malaysia. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk
membentang dan membincangkan kejadian banjir di Malaysia, status laporan
sumber air dan kemarau, laporan penemuan dan pematuhan audit oleh SIRIM,
program kerja tahunan pembangunan dan mengurus, laporan prestasi tahunan
data hidrologi setiap negeri serta agihan peruntukan tahun semasa.
Laporan Prestasi Data Tahun 2014 yang dibentangkan menunjukkan
prestasi data Hujan Auto Logger dan Aras Air bagi Negeri Pulau Pinang adalah
100% iaitu melebihi daripada sasaran 95% bagi setiap stesen. Tahniah diucapkan
kepada Bahagian Sumber Air dan Hidrologi.
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
Data Prestasi Hidrologi yang mencapai
100 Peratus mendapat pujian dari
Pengarah Bahagian Sumber Air dan
Hidrologi JPS Malaysia.
Foto menunjukkan Kakitangan
Hidrologi sedang mengambil bacaan
data AutoLogger di setiap Stesen
Telemetri
MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
12RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI / KAKITANGAN
JPS PULAU PINANG
ABDUL WAHAB BIN AWANG
Pembantu Awam Gred H11
Daerah Seberang Perai Utara
Tahun : 17.8.1981 – 28.1.2015
UMAR BIN HASHIM
Pembantu Awam Gred H11
Daerah Seberang Perai Utara
Tahun : 15.5.2002 – 14.2.2015
BERSARA WAJIB
BERSARA PILIHAN
ABDUL RAHMAN BIN PUTEH
Pembantu Awam Gred H11
Daerah Barat Daya
Tahun : 6.11.1978 – 1.3.2015
ISMAIL BIN MD SALLEH
Pembantu Awam Gred H11
Daerah Seberang Perai Tengah
Tahun : 1.3.1980 - 1.3.2015
BERTUKAR
CIK SYAZWANIE BINTI ZAKARIA
merupakan Pembantu Awam Gred H11 di JPS Pulau Pinang,
mula berkhidmat di JPS Daerah Timur Laut, kemudian di
tempatkan di JPS Seberang Perai Tengah, tempoh
berkhidmat bermula dari 12.9.2011 sehingga 25.2.2015.
Ditawarkan ke Jawatan Pembantu Tadbir (Undang-undang)
Gred L17 dan berkhidmat di Putrajaya.
JASAMU DIKENANG
13RENCAH MUTIARA
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
KANGAR, PERLIS-Pada 28 dan 29 Mac 2015 telah berlangsung
Pertandingan Dart Gapura Open berpasangan dan perseorangan
di Dewan Belia dan Sukan Negeri Perlis. JPSPP telah menghantar
empat orang peserta ke pertandingan ini
Srikandi JPS Pulau Pinang, dari kiri : Zurina,
Noreen, Zuraidah dan Safarina
Antara peserta perseorangan wanita yang menyertai
Pertandingan Dart Gapura Open 2015
Bagi Kumpulan Bergu
pertandingan
berlangsung pada 28
Mac 2015 bermula jam
8.30 pagi hingga jam
11.30 malam. Manakala
pertandingan
Perseorangan wanita
pula berlangsung pada
29 Mac 2015 bermula
jam 2.00 petang dan
berlarutan sehingga
jam 12.30 malam
Zurina Abdul
Rahim (JPS SPT)
merangkul
tempat ketiga
bagi kategori
Perseorangan
Wanita. Tahniah
Srikandi JPSPP
TAHNIAH!
PERTANDINGAN DART GAPURA
OPEN - PERLIS
14RENCAH MUTIARA
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
MAKLUMAT PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK KAKITANGAN
JPS PULAU PINANG
(ANAK PEGAWAI & KAKITANGAN JPS SPU)
SUGANYA A/P BALA SUBRAMANIAN
Anak Kepada Encik Bala Subramaniam A/L R. Nadarajah
Cemerlang dalam Peperiksaan SPM – 5A
NUR IZZATI BINTI MOHD RODZI
Anak Kepada Encik Mohd Rodzi Bin Ishak
Cemerlang dalam Peperiksaan PT3 – 6A
MOHD AZAD AZHARI BIN MOHD JOHAN
Anak Kepada Encik Mohd Johan Bin Md Yusof
Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 5A
AININ SABIHA BINTI MOHD SAYUTHI
Anak kepada Encik Mohd Sayuthi Bin Taha
Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 5A
(ANAK PEGAWAI & KAKITANGAN JPS SPS)
NITHISSWARAN A/L RAGHUNATHAN
Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 7A
NIMNLALISWARAN A/L RAGHUNATHAN
Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 6A,1B
Anak Kembar Kepada Encik Raghunathan A/L Shanmugam
15RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
MAJLIS PERHIMPUNAN KONTINJEN SEMPENA SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
TAHUN 1436H/2015M
SEBERANG PERAI UTARA – Pada 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal
1436H, Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H Peringkat
Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dengan
tema pada tahun ini iaitu “Qudwatul Ar-Rasul Sirat Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Lebih
41 kontinjen dari jabatan kerajaan dan NGO menyertai perarakan pada kali ini yang
bermula jam 7.30 pagi dari Vision Park ke Masjid Abdullah Fahim, Bertam sejauh
1km. Kontinjen Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang diketuai oleh
Jurutera Daerah JPS SPU, En. Saiful Rizan Bin Sanusi dan dianggotai seramai 60
orang kakitangan dari setiap daerah terdiri daripada 39 lelaki dan 21 wanita.
Tiga dari Kiri : En. Saiful Rizan Bin
Haji Sanusi - Jurutera Daerah
Seberang Perai Utara selaku Ketua
Kontinjen bagi Jabatan Pengairan
dan Saliran Pulau Pinang
Antara Kakitangan yang menjadi Kontinjen sempena Majlis Perarakan dan
Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H
16RENCAH MUTIARA
MAJLIS PERHIMPUNAN KONTINJEN SEMPENA SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
TAHUN 1436H/2015M
Sejurus selesai perarakan, semua kontinjen terus memasuki ke dalam Masjid
Abdullah Fahim untuk menunaikan Solat Dhuha. Selepas itu, Majlis diteruskan
dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan
Ketua Menteri I Pulau Pinang. Acara diserikan lagi oleh syarahan perdana yang
bertajuk “Keindahan Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Zahazan Bin
Mohamed, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diakhiri dengan
majlis penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik serta anugerah tokoh Maulidur
Rasul dan anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang. Kontinjen
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah menerima anugerah
sebagai kontinjen ketiga terbaik keseluruhan bagi kategori jabatan kerajaan dan
menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.00. Semoga menjadi semangat
dan motivasi lagi selepas ini. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.
Muslimin dan Muslimat JPS Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita
menegakkan agama.
Tuan Haji Ir. Nasser Salim mewakili
jabatan bagi menerima anugerah sebagai
kontinjen ketiga terbaik keseluruhan bagi
Kategori Jabatan Kerajaan Negeri Pulau
Pinang
Tuan Haji Ir. Nasser Salim
bergambar bersama wakil
Kontinjen JPS Pulau Pinang
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
17RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar bagi Skop Pensijilan
Perkhidmatan untuk operasi dan penyelenggaraan Skim Pengairan
Sungai Muda, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang telah dijalankan pada 15 dan 16 Januari 2015.
JPS SPU berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam perjalanan
Sistem ISO EMS ini tanpa sebarang ‘Non Conformance Report’ (NCR)
buat kali ketiga berturut-turut melalui audit yang dilaksanakan oleh
pihak SIRIM.
Sebahagian kakitangan JPS.
Seberang Perai Utara yang terlibat
dalam pengauditan pensijilan
semula ISO 14001 : 2004 untuk
tahun 2015
Pengauditan di tapak turut
dilakukan untuk memastikan
ketepatan maklumat di dalam fail
Pengauditan di tapak melibatkan
Penolong Jurutera Kawasan dan
Pembantu Awam memberikan
penerangan di Sekim Pengairan
Sungai Muda.
Pengauditan Pensijilan Semula
ISO 14001 : 2004 JPSSPU
18RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Lawatan ke pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah
Tanah Merah, Kelantan dan misi penghantaran bantuan untuk
mangsa banjir di Negeri Kelantan Darul Naim pada 23 hingga 25
Januari 2015 dan disertai 26 orang kakitangan JPS SPU dan JPS
Pulau Pinang yang diketuai oleh Penolong Jurutera Daerah JPS
SPU iaitu En. Mohd Sayuthi Bin Taha
Gambar kenangan diambil setibanya di Pejabat Jurutera Daerah
Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah, Kelantan.
Jurutera Daerah JPS SPU memberi
taklimat sebelum bertolak ke
Kelantan
Kenderaan konvoi siap sedia untuk ke
Destinasi yang ditetapkan
Lawatan & Misi Bantuan Banjir
Di Kelantan.
19RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARALawatan & Misi Bantuan Banjir
Di Kelantan.
“Kami amat bersimpati dengan bencana yang menimpa saudara mara
kami di Kelantan. Terimalah sumbangan yang tak seberapa ini, ikhlas
dari kami.”
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
20RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARATaklimat Pengurusan Jenazah
Anjuran JPS SPU
SEBERANG PERAI UTARA – Satu taklimat berkaitan pengurusan pengendalian
Jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Ahmad ( Imam Masjid At-Taqwa
Taman Bertam Indah, Kepala Batas) bertempat di Dewan Pusat Kecemerlangan
JPS Daerah Seberang Perai Utara pada 21 Januari 2015 yang dihadiri oleh 110
Orang peserta dari Daerah SPU dan 20 Orang dari lain-lain Daerah
Penerangan disampaikan oleh
Ustaz Zubir Bin Ahmad
Kehadiran peserta kursus begitu
menggalakkan dari setiap daerah
“ Bila Izrail datang memanggil …. ”
21RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARATindakan Ke Atas Pencerobohan
di Tanah Lot Pengairan SPU
SEBERANG PERAI UTARA – Satu lawatan bersama Bahagian Pengairan dan
Saliran Pertanian JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 30 Mac 2015 jam 10.00
pagi ke atas pencerobohan tanah warta pengairan di Pajak Song, Seberang Perai
Utara. Lawatan tersebut dihadiri oleh Ir. Ratna Rajah (Timbalan Pengarah
Pengairan dan Saliran), En Amphai (Penolong Pengarah Kanan Pengairan dan
Saliran), JD Saiful Rizan dan PJD Mohd Sayuthi.
Aduan pencerobohan telah diterima pada 29 Mac 2015 (Ahad) dari JKR SPU.
Melalui siasatan dan pemantauan, didapati lot 3741 tersebut termasuk di dalam
Warta Taliair 1953 dan pemaju disyaki dalam proses membina lintasan haram
(twin box-culvert) di Parit Permatang Bogak yang boleh menyebabkan halangan
terhadap aliran air di kawasan tersebut.
Sehubungan dengan itu, kerja-kerja pengalihan lintasan haram tersebut telah
dilaksanakan segera pada jam 1.00 petang dan siap pada hari yang sama.
Tindakan pantas ini dapat menyelamatkan tanah pengairan yang telah diwarta
daripada terus diceroboh dan semakin berkurangan serta boleh menjejaskan
keselamatan makanan (food security) bekalan beras negara.
Aduan oleh JKR SPU terhadap pembinaan
culvert yang menjejaskan keselamatan
pengguna jalanraya
Pembinaan twin box-culvert yang dibina
secara haram boleh menyebabkan sekatan
dan aliran air kurang lancar
Kerja-kerja
pengalihan
lintasan
haram telah
dilaksanakan
dengan
segera
Kerja-kerja
pengalihan
telah
selesai pada
hari yang
sama
22RENCAH MUTIARA
SEBERANG PERAI TENGAH: Semua peserta yang terlibat dengan Misi
Pasca Banjir berkumpul sebelum bertolak ke Pahang , Kelantan dan
Terengganu. Setibanya di Gunung Semanggol Perak, JPSPP membawa
haluan ke Kuantan, Pahang untuk meneruskan misi ini.
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Pada 8 Januari 2015, Misi JPSPP diteruskan ke Dungun, Terengganu bagi
mengagihkan bantuan kepada mangsa di Dungun, Terengganu. Setelah
selesai di Dungun, misi diteruskan ke Tanah Merah, Kelantan untuk
menyambung Misi Pasca Banjir terakhir bagi kawasan Pantai Timur yang
terlibat dengan Bencana Banjir.
Kakitangan JPS SPT dan Anggota Bomba yang terlibat
dalam misi pasca banjir
Bantuan disalurkan kepada penduduk yang terlibat
dengan bencana banjir
MISI BANTUAN BANJIR
23RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
SEBERANG PERAI TENGAH - Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan
pada 18 Februari 2015 bertempat di Surau As- Syakirin, Pejabat daerah
Seberang Perai Tengah. Seramai 52 orang peserta telah mengikuti kursus ini.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Ahmad, Imam dari Masjid At-
taqwa, Bertam Indah Kepala Batas.
Taklimat Pengurusan Jenazah
Anjuran JPS SPT
Kiri – Para peserta sedang memberikan tumpuan pada taklimat yang disampaikan.
Kanan – Ustaz Zubir sedang menunjukkan cara penyediaan kafan.
Ustaz Zubir mendemonstrasikan langkah mengkafan dengan cara yang betul.
24RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
TAKLIMAT PRA BEKALAN AIR MUSIM 1 / 2015 SKIM PENGAIRAN
SUNGAI KULIM, SEBERANG PERAI TENGAH
KUBANG SEMANG - Seramai 60 orang petani yang menghadiri Taklimat Pra-
Bekalan Air Musim 1/2015 Skim Pengairan Sungai Kulim yang di Pengerusikan
oleh wakil Pengurus Besar Kampung Pelet turut dihadiri Jabatan Pertanian, IADA
Pulau Pinang, PPK Bukit Metajam dan Pegawai JPS yang bertugas di kawasan
tersebut.
Tujuan Taklimat dibuat adalah untuk memastikan perancangan dan pengurusan
bekalan air berjalan lancar tanpa sebarang isu yang membolehkan gangguan
bekalan air di kawasan tersebut.
Pihak Jabatan yang diwakili oleh Jurutera Daerah, En. Mohd Anuar Bin Abdul
Nasir memberi penerangan dalam perancangan jabatan bagi menangani isu
gangguan bekalan air.
Sesi penerangan diberikan oleh Jurutera Daerah, En. Mohd Anuar Bin Abdul Nasir
Sesi soal jawab dengan wakil PPK dan juga petani setempat
25RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Jurutera Daerah
Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Seberang Perai Selatan dan
Taklimat Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Daerah Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang
NIBONG TEBAL – Satu Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Jurutera
Daerah JPS Seberang Perai Selatan telah diadakan bersama-sama dengan
Program Taklimat Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah
Seberang Perai Selatan pada 12 Mac 2015 , bertempat di Rumah Pam Nibong
Tebal , Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.
Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Selatan ini
telah disampaikan oleh Puan Che Suriani Binti Rahim merangkap Penolong
Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Selatan. Beliau turut diiringi oleh
Pembantu Penguatkuasa AADK seramai 4 orang bagi membantu dari segi
pemberian maklumat berkaitan.
Taklimat ini diadakan adalah bertujuan
untuk memberi penerangan dan
maklumat yang lebih jelas berkaitan
dadah. Antara penerangan yang
disampaikan dan dititikberatkan adalah
seperti penerangan berkaitan jenis-jenis
dadah dan penyalahgunaan dadah
yang ada di negara ini. Selain daripada
itu, nasihat juga turut diberikan untuk
mengelakkan diri daripada terjebak ke
kancah penggunaan dadah ini.
Selesai taklimat tersebut, diadakan juga
saringan air kencing untuk semua
kakitangan yang berkhidmat di JPS
Seberang Perai Selatan untuk
memastikan kakitangan JPS SPS
adalah bebas daripada penggunaan
sebarang jenis dadah yang terlarang.
JPS Seberang Perai Selatan dengan
kerjasama daripada Agensi Anti dadah
Kebangsaan menjayakan program bagi
memupuk kesedaran bahaya dadah di
kalangan warga kerja JPS SPS
Penceramah dari AADK dari Daerah
Seberang Perai Selatan sedang
memberi penerangan terperinci jenis-
jenis dadah.
Sebahagian kakitangan hawa JPS SPS bergambar
kenangan selepas sesi pembentangan hasil kerja
JPS SPS untuk ujian saringan secara rawak
Ujian air kencing turut dibuat kepada warga
kerja JPS SPS untuk siasatan secara rawak dan
didapati setiap kakitangan bebas daripada
penggunaan dadah
26RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUTKURSUS TINDAKAN TATATERTIB
PENJAWAT AWAM
Kursus Tindakan Tatatertib Penjawat Awam JPS DTL telah dijayakan. Pejabat JPS
DTL menganjur mengadakan kursus berkenaan di Auditorium F, Tingkat 5,
KOMTAR. Tarikh program iaitu 4 Februari 2015 sementara yang merasmikan
program tersebut adalah Jurutera Daerah Timur Laut, Puan Haslinda Binti Hj Mohd.
Hamran . Penceramah yang dijemput menyampaikan taklimat adalah Puan Nor Mah
Binti Che Meh. Jumlah peserta adalah seramai 65 orang pegawai. Objektif program
di adakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan integriti dalam diri penjawat
awam.
Sehubungan itu harapan penganjur dan kerajaan negeri kepada penjawat awam
supaya meningkatkan prestasi sahsiah diri juga kerja. Harapan sektor perkhidmatan
awam agar prestasi kerajaan keseluruhan bergantung sepenuhnya kepada
pencapaian yang dilakukan oleh seluruh anggota perkhidmatan awam, ketua
jabatan harus memberikan perhatian yang serius ke atas pengurusan prestasi
anggota jabatan masing-masing.
Kakitangan JPS daerah yang dipilih
menghadiri kursus
Para peserta memberi tumpuan mendengar
taklimat yang di sampaikan oleh Puan Nor Mah.
Ketua Penolong Pengarah Operasi iaitu
Ir. Nasser Bin Salim bertanyakan soalan
dan pandangan beliau mengenai
tindakan tatatertib penjawat awam
kepada penceramah yang diundang.
27RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUTTAKLIMAT SISTEM PENGOPERASIAN
AUTORAKE DI KOLAM TAKUNGAN
Taklimat Sistem Pengoperasian Autorake Di Kolam Takungan telah
dijayakan. Pejabat JPS Daerah Timur Laut dan Syarikat Lantec Far East Sdn.
Bhd menganjur kursus berkenaan di Dewan Mesyuarat S18, Lebuh Macallum
pada 5 Februari 2015 yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan Dan
Saliran Pulau Pinang .
Penceramah yang dijemput
menyampaikan taklimat adalah En.
Christopher dan merupakan
Pengurus Lantec Far East Sdn Bhd.
Penglibatan jumlah peserta adalah
50 orang pegawai daripada Negeri
Pulau Pinang, Johor, Melaka dan
Selangor. Objektif program diadakan
adalah untuk menambahkan
pengetahuan dalam penggunaan
sistem autorake di rumah pam.
Sehubungan itu harapan penganjur
Meningkatkan kecekapan dan
kemahiran dalam mengendalikan
Autorake di Kolam Takungan
seterusnya Program Perasmian
Sistem Autorake
Tuan Pengarah Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Haji Yahya bersama Ir. Ratna Rajah dan Jurutera
Daerah Timur Laut turut menjayakan taklimat berkaitan Taklimat Sistem Pengoperasian Autorake
Sebahagian kakitangan Khidmat Pengurusan dan
kakitangan sokongan JPS daerah dan Bahagian
Ibupejabat JPS Pulau Pinang yang hadir semasa
taklimat dan majlis perasmian Sistem Autorake di
Rumah Pam S18
Sistem Pengoperasian Autorake sedang diuji oleh
Kakitangan JPS Daerah Timur Laut
28RENCAH MUTIARA
LAWATAN MENTERI KEMENTERIAN
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
KE PULAU PINANG
DAERAH TIMUR LAUT
Satu lawatan tapak yang diketuai oleh Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YB Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit,
Timbalan Menteri NRE, Dato Seri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE, telah
diadakan pada 07hb Februari 2015 (Sabtu) bertempat di tapak projek Pemuliharaan
Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Turut serta ialah Dato' Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor, Timbalan KSU I NRE,
YBhg. Datuk Dr Abdul Rahim Bin Haji Nik, Timbalan KSU II NRE dan Datin Junaidah
Binti Kamarruddin, Setiausaha Bahagian Kanan NRE
Penerangan telah diberi oleh Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran
Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya berkenaan Projek Pemuliharaan
Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Projek ini merupakan salah satu langkah jangka panjang untuk mengatasi
masalah pencemaran dan hakisan yang berlaku di pantai dan muara sungai-sungai di
kawasan Batu Feringghi.
Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di Kementerian
Sumber Asli Dan Alam Sekitar sedang diberi
penerangan mengenai projek di Batu Feringghi.
Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
melihat Sungai Batu Feringghi.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Y.B
Timbalan Menteri adalah masalah
pencemaran yang berlaku di bawah
dasar sungai yang melibatkan
pembinaan dua (2) unit (outfall
structure) sepanjang 120.0 meter dari
muara ke tengah laut mampu untuk
mengurangkan pencemaran dari sisa
kumbahan dan domestik. Di samping
itu, satu projek berasingan bagi
merawat air di kedua-dua sungai juga
akan dilaksanakan bagi
mengurangkan tahap pencemaran
yang sedia ada.
Pihak SPAN dan IWK
juga bekerjasama dengan JPS
Malaysia untuk menyediakan outlet
kumbahan dengan mematuhi
piawaian yang telah ditetapkan oleh
pihak Jabatan Alam Sekitar.
Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di Kementerian Sumber Asli Dan Alam
Sekitar meninjau di sekitar Sungai Batu Feringghi
29RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYAPERTANDINGAN CATUR
TERBUKA JPS PULAU PINANG
2015
BARAT DAYA – Satu Pertandingan Catur telah diadakan pada 1
Februari 2015, Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk
mencungkil bakat-bakat baru yang mahir dalam pertandingan catur
dan seterusnya menggalakkan penyertaan di kalangan kakitangan
JPS PP.
Foto ketika sesi pendaftaran peserta Pertandingan Catur.
Tumpuan sepenuhnya diberikan oleh setiap peserta dalam pertandingan yang diadakan.
30RENCAH MUTIARA
RUANGAN CETUSAN MINDA
Di sediakan oleh : Mohd. Suhaimi Bin Suait
Di sediakan oleh : Norizatul Hasni Bt. Amran
31RENCAH MUTIARA
PENERANGAN LOGO
Disimbolkan
sebagai
Pembangunan
yang mampan,
sistem yang
semakin
berinovasi serta
produktifdalam
kemodenan
terkini
JPS Pulau Pinang telah menganjurkan satu Pertandingan Mencipta Tajuk dan
Merekabentuk Logo bagi buletin JPS Pulau Pinang. Pemenang bagi kategori
mencipta tajuk buletin ialah Encik Hasrulnizar Bin Abdullah dari JPS Seberang
Perai Utara manakala pemenang bersama bagi merekabentuk logo pula adalah
Cik Nor Hafini Binti Mahamad Noor dari JPS Ibu Pejabat Pulau Pinang (Bahagian
Khidmat Pengurusan) dan Puan Siti Khadijah Binti Mohamed dari JPS Seberang
Perai Utara.
Tajuk dan Logo bagi buletin JPS Pulau Pinang adalah dipilih oleh Pengarah
sendiri dengan beberapa penambahbaikan oleh beliau semasa sesi pemilihan di
mana turut dibantu oleh Ir. Ratna Rajah a/l Sivapiragasam (Timbalan Pengairan
dan Saliran) dan Ir. Nasser Bin Salim (Ketua Penolong Pengarah-Operasi) .
Tajuk yang telah memenangi hati Pengarah adalah Rencah Mutiara bermaksud
ramuan (ingredients) selari dengan kandungan Rencah Mutiara yang merangkumi
segala aspek berkaitan dengan JPS Pulau Pinang.
Berikut merupakan penerangan berkenaan Logo yang dimaksudkan.
RENCAH MUT ARA
Gambar mata pena
berwarna hitam
bermaksud hasil
kretiviti kakitangan
JPS PP dalam
mereliasasikan
cetusan idea warga
kerja JPS PP
Disimbolkan
sebagai alam flora
dan fauna serta
bukit yang
terbentang luas di
negeri mutiara
Disimbolkan sebagai
Melestarikan Sumber
Air Negara yang
mengalir di setiap
saliran serta
menjadi nadi dan
roh untuk negara
32RENCAH MUTIARA
SIDANG REDAKSIPENASIHAT
Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya
KETUA EDITOR
Ir. Ratna Rajah A/L Sivapiragasam
EDITOR
Ir. Nasser Bin Salim
PENOLONG EDITOR
Vinotha A/P Punudorai
PEREKA GRAFIK
Yong Woo Soon
Hasnal Bin Md Rouse
Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab
JURUFOTO
Mohd Nakhaie Bin Rashid
AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN
Hasnal Bin Md Rouse (IT & INOVASI)
Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab (BPSP & BSMA)
Norinahasliza Binti Ibrahim (KORPORAT)
Azahar Bin Hashim (KHIDMAT PENGURUSAN)
Yasmin Binti Umor (KHIDMAT PENGURUSAN)
Muhammad Hakim Bin Abdul Manaff (SUNGAI & PANTAI)
Hj. Md. Zahari Bin Hassan (HIDROLOGI)
Salihan Binti Hassan (TEBATAN BANJIR)
Subaini A/P Ganasan (UKUR BAHAN)
Aziz Bin Saad (MEKANIKAL)
Nazri Bin Abdullah (Kelab Sukan & Kebajikan)
AHLI JAWATANKUASA DAERAH
Siti Zawani Binti Noordin (JPSDBD)
Saripah Binti Yaakub (JPSDTL)
Hasrul Nizar Bin Abdullah (JPSSPU)
Mohd Zaki Bin Jamaluddin (JPSSPT)
Safarina Binti Che Emby (JPSSPS)